Kontrak Sosial Dalam Perlembagaan Malaysia

8
KONTRAK SOSIAL DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA: SATU PENILAIAN SEMULA DARI SUDUT SEJARAH Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang memperlihatkan perkembangan politik yang diwarnai oleh politik komunal. Ia merupakan sebahagian daripada warisan penjajah yang telah meninggalkan impak yang begitu besar dalam kehidupan masyarakat kita. Dasar kolonialisasi oleh kuasa-kuasa Barat bukan sekadar membawa kepada kewujudan masyarakat pluralisme malah mencorak dan mempengaruhi perkembangan sejarah kita. Ia dilihat sebagai satu bentuk hubungan yang bersifat dominasi dan eksploitatif kerana kolonialisme bukan sekadar melibatkan penguasaan ekonomi dan politik malah ia turut cenderung menguasai minda penduduk. Malaysia mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957 melalui amalan kompromi dan permuafakatan pelbagai kaum. Proses permuafakatan itu bermula sebelum kemerdekaan lagi. Ia begitu jelas selepas Perang Dunia Kedua, di mana semangat nasionalisma dan dasar dekolonialisasi oleh kuasa Barat mendorong kepada kerjasama parti-parti politik berbilang kaum. Perkembangan itu dilihat sebagai satu titik tolak kepada politik permuafakatan di negara kita dan berjaya merencanakan satu perkembangan politik yang begitu menarik. Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah mengambil kira pebagai aspek. Perkara yang paling mustahak di 1

description

Kontrak sosial yang sering diungkap oleh ahli-ahli politik kerap mengundang pelbagai perbahasan yang bersifat racist. Ia dilihat sebagai satu aspek dalam perlembagaan negara yang dibentuk pada tahun 1957 sebelum dimurnikan semula selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963.

Transcript of Kontrak Sosial Dalam Perlembagaan Malaysia

Page 1: Kontrak Sosial Dalam Perlembagaan Malaysia

KONTRAK SOSIAL DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA:

SATU PENILAIAN SEMULA DARI SUDUT SEJARAH

Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang memperlihatkan perkembangan politik yang

diwarnai oleh politik komunal. Ia merupakan sebahagian daripada warisan penjajah yang telah

meninggalkan impak yang begitu besar dalam kehidupan masyarakat kita. Dasar kolonialisasi

oleh kuasa-kuasa Barat bukan sekadar membawa kepada kewujudan masyarakat pluralisme

malah mencorak dan mempengaruhi perkembangan sejarah kita. Ia dilihat sebagai satu bentuk

hubungan yang bersifat dominasi dan eksploitatif kerana kolonialisme bukan sekadar melibatkan

penguasaan ekonomi dan politik malah ia turut cenderung menguasai minda penduduk.

Malaysia mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957 melalui amalan kompromi dan

permuafakatan pelbagai kaum. Proses permuafakatan itu bermula sebelum kemerdekaan lagi. Ia

begitu jelas selepas Perang Dunia Kedua, di mana semangat nasionalisma dan dasar

dekolonialisasi oleh kuasa Barat mendorong kepada kerjasama parti-parti politik berbilang

kaum. Perkembangan itu dilihat sebagai satu titik tolak kepada politik permuafakatan di negara

kita dan berjaya merencanakan satu perkembangan politik yang begitu menarik.

Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah mengambil kira

pebagai aspek. Perkara yang paling mustahak di sini ialah toleransi dan tolak ansur di antara

penduduk berbilang kaum telah berjaya membentuk satu pakatan murni dan menerima satu

kontrak sosial dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Di mana pada dasarnya, kontrak

sosial terdiri daripada dua elemen iaitu pertama, penerimaan orang Melayu terhadap sebilangan

besar penduduk bukan Melayu sebagai rakyat ‘jus soli’ bagi negara yang baru merdeka. Kedua,

penerimaan penduduk bukan Melayu terhadap pengiktirafan hak istimewa serta kepentingan

kaum Melayu dalam negara.bagai aspek yang melibatkan kepentingan kaum yang berbeza.

Suruhanjaya Reid telah dipertanggungjawabkan dalam merangka sebuah perlembagaan baru

untuk Tanah Melayu menerima pelbagai pandangan, cadangan serta bantahan dari pelbagai

pihak. Ia telah memberi penekanan kepada beberapa aspek yang penting termasuklah soal

kewarganegaraan, kedaulatan sultan Melayu, kedudukan agama Islam, Bahasa Melayu sebagai

bahasa Kebangsaan dan hak keistimewaan orang Melayu.

1

Page 2: Kontrak Sosial Dalam Perlembagaan Malaysia

Isu kontrak sosial merupakan satu persoalan yang sering dibahaskan oleh ahli-ahli politik

mahupun golongan akademik. Persoalan yang sering timbul ialah sejauh manakah ia masih

relevan dan kepentingan perjanjian itu dalam usaha pembentukan sebuah negara bangsa di

Malaysia. Idea kontrak sosial bermula di Eropah pada abad ke-17 dan ke-18 dan di pelopori oleh

tokoh-tokoh seperti Jaque Rousseau, John Locke and Thomas Hobbes. Pada dasarnya, ia

merujuk kepada persetujuan bersama di kalangan rakyat sesebuah negara berkaitan dengan hak

dan tanggungjawab mereka. Di mana manusia dikatakan mempunyai nafsu yang tinggi terhadap

kekuasaan, kekayaan, kehormatan dan pengetahuan dan ia disifatkan sebagai tidak terbatas.

Lantaran itu, perlu wujudnya satu mekanisme bagi mengawal keinginan manusia tersebut dalam

usha mewujudkan keselamatan serta kestabilan dalam negara ( B. Harian, 5 Nov. 2008).

Menurut John Locke (1632-1704) dalam tulisannya An Eassy Concerning the True

Original, Extent and End of Civil Government dalam Sosial Contract ( Oxford University Press,

1960) , beliau menjelaskan bahawa wujudnya tiga pihak dalam proses kontrak sosial iaitu orang

yang mencipta kepercayaan (the trustor), orang yang diberi kepercayaan ( the trustee) dan

mereka yang memperoleh manfaat daripada pemberian kepercayaan itu ( the beneficiary).

Hubungan tersebut bakal mewujudkan satu situasi saling mempercayai antara satu sama lain dan

ia amat penting dalam mengekalkan keselamatan sesebuah negara. Ini kerana sekiranya

hubungan kepercayaan tersebut terhakis maka pemerintah akan kehilangan kuasa untuk

melaksanakan dasar yang ingin dilakukannya.

Istilah kontrak sosial mula mewarnai politik negara pada tahun 1986 dan ia digunakan

buat kali pertama oleh ahli parlimen UMNO, Abdullah Ahmad yang menegaskan bahawa

kemerdekaan negara serta kesinambungan politik Malaysia berdasarkan kepada system politik

yang didominasi orang Melayu. Oleh itu kedudukan orang Melayu dalam politik Malaysia perlu

dipelihara dan sebarang usaha untuk menghapuskannya mahupun mempertikaikannya bakal

mengugat kestabilan negara ( The Star, 31.August.1986 ). Sejak diperkenalkan, kontrak sosial

dikaitkan dengan konsep dominasi Melayu atau ketuanan Melayu. Di mana ia dilihat sebagai

penerus kepada kesinambungan kuasa politik orang Melayu dan turut memberi jaminan terhadap

kedudukan serta keistimewaan orang Melayu di Malaysia. Malahan kontrak sosial dilihat

2

Page 3: Kontrak Sosial Dalam Perlembagaan Malaysia

semakin ‘rigid’ dibawah dominasi UMNO yang sering menjadikan isu tersebut sebagai modal

untuk kepentingan politik masing-masing. Ia jelas apabila isu kontrak sosial mahupun ketuanan

Melayu sering menjadi tumpuan dalam setiap Perhimpunan Agung UMNO di mana para

perwakilan mengambil kesempatan untuk menonjolkan diri dengan memanipulasikan isu kontrak

sosial mahupun hak-hak orang Melayu. Dalam Perhimpunan UMNO tahun 2006, perwakilan

Melaka Hasnoor Sidang Hussein dengan lantang menegaskan bahawa UMNO sanggup

berkorban dan bermandi darah untuk pertahankan bangsa dan agama mereka. Manakala

perwakilan dari Terengganu pula member amaran bahawa hak orang Malayu tidak harus

dipertikaikan dan jika ia berlaku orang Melayu bakal mengamuk dan peristiwa 13 Mei 1969

bakal berulang ( Malaysiakini, 22.November 2006).

Perkembangan dalam kontrak sosial itu selaras dengan tanggapan Rousseau (1712-1778)

yang berpendapat bahawa manusia pada dasarnya adalah sama tetapi faktor moral mencipta

ketidaksamaan maka timbullah hak-hak istimewa yang dimiliki oleh golongan tertentu dan ia

bakal dipergunakan untuk menindas yang lain ( B. Harian, 5 Nov. 2008 ). Oleh yang demikian,

konsep ketuanan Melayu yang dianggap sebagai pelindung orang Melayu dan dikaitkan dengan

hak raja-raja Melayu sebagai pemerintah negara sering menimbulkan perasaan kurang senang

kaum lain ( B. Harian, 9 Mei. 2008). Di mana ia seolah-olah meletakkan kaum lain di satu kelas

yang lebih rendah daripada orang Melayu. Ia jelas bercanggah dengan perlembagaan negara

yang menekankan persamaan hak bagi semua warganegara tanpa diskriminasi terhadap mana-

mana bangsa mahupun agama. Malahan konsep ketuanan Melayu dilihat sebagai satu elemen

yang berunsur negatif yang melemahkan orang Melayu dan ia bersifat perkauman. Di mana

menurut Datuk Zaid Ibrahim, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri ia mencerminkan orang

Melayu hanya mahu menjadi ‘tuan’ tanpa mahu berusaha dan bertanggungjawab kepada diri

sendiri ( Utusan Malaysia, 4 November. 2008 ). Ini jelas memberi satu gambaran negatif kepada

orang Melayu yang dianggap hanya mahu hak-hak tertentu dan penghormatan serta pengiktirafan

tetapi tidak mahu berusaha. Pada masa yang sama mereka tidak mampu membuktikan

kemampuan diri serta mengelak daripada persaingan secara global dan terus bergantung kepada

kerajaan.

3

Page 4: Kontrak Sosial Dalam Perlembagaan Malaysia

Isu kontrak sosial menjadi semakin panas selepas Pilihan Raya Umum ke-12 pada 8 Mac

2008 berikutan perubahan landskap politik negara. Ia menyaksikan kehadiran lebih ramai ahli

parlimen bukan Melayu yang dipelopori oleh PKR dan DAP. Pada masa yang sama wujud

kecenderungan komponen parti dalam Barisan Nasional yang mula menyuarakan ketidakpuasan

mereka dalam formula Barisan Nasional yang dilihat terlalu dikongkong oleh UMNO yang

bersikap terlalu angkuh dan menafikan peranan komponen yang lain. Lantaran itu timbulnya

keresahan di kalangan ahli-ahli UMNO tentang hak serta kedudukan orang Melayu terutamanya

di negeri-negeri yang dikuasai parti pembangkang khususnya di Pulau Pinang, Perak dan

Selangor. Pelbagai polemik serta kontroversi yang tercetus dalam membicarakan kontrak sosial

jelas menggambarkan ketidakmatangan politik negara yang masih diselubungi oleh politik

perkauman yang begitu sempit. Keadaan diperburukkan lagi apabila berlaku perbalahan secara

terbuka di kalangan pemimpin-pemimpin dalam Barisan Nasional yang terkena tempias pilihan

raya 2008. Di samping itu, ia turut menyaksikan tindakan segelintir pemimpin yang senjaga

mengeluarkan kenyataan yang berbau perkauman yang tindakan tersebut dilihat mencurah

minyak ke atas api yang marak. Dalam usaha untuk mengawal situasi yang semakin genting,

kerajaan telah bertindak dengan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA) bagi

menahan aktivis-aktivis mahupun wartawan yang terlibat dalam forum mahupun penghasilan

artikel yang dikatakan menyentuh sentimen perkauman. Di samping itu, penyeliaan yang lebih

ketat ke atas bloggers turut diambil. Tindakan tersebut jelas mengundang bantahan ramai dan

dilihat sebagai satu langkah menutup kelemahan kerajaan dan merencatkan kesuburan demokrasi

negara. Ia jelas tidak menggambarkan hasrat kerajaan ke arah pembentukan sebuah negara

bangsa Malaysia yang bersatu dan adil.

Tindakan sesetengah pihak yang secara berterusan mempertikaikan kontrak sossial

mendapat perhatian serius Majlis-Majlis Raja-Raja Melayu yang meminta semua pihak

menghormati perlembagaan negara serta tidak menguji mahupun mencabar kontrak sosial yang

telah dipersetujui oleh pemimpin terdahulu ( Utusan Malaysia 17 Oktober 2008 ) . Ini kerana ia

menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat. Walaupun peringatan tersebut

disambit baik oleh semua pihak namun begitu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid

Ibrahim menegaskan rakyat berhak persoalkan sosial kontrak jika hak mereka dinafikan kerana

Majlis Raja-Raja telah pun memberi jaminan bahawa hak semua kaum akan dilindungi kerana ia

4

Page 5: Kontrak Sosial Dalam Perlembagaan Malaysia

mendapat jaminan Perlembagaan Persekutuan. Lantaran itu, beliau menyarankan supaya semua

kaum menghormati kebudayaan serta tatasusila antara satu sama lain.

Kontrak sosial merupakan satu persetujuan bersama di kalangan pemimpin-pemimpin

berbilang kaum dalam menentukan hala tuju negara ketika era kemerdekaan. Ia dilihat sebagai

satu pakatan murni yang libatkan toleransi antara kaum. Namun begitu kontrak sosial sering

dimanipulasi oleh ahli-ahli politik demi kelansungan politik masing-masing. Tindakan

sedemikian telah menimbulkan pelbagai permasalahan yang begitu kompleks dan sering

mengakibatkan ketegangan hubungan antara kaum. Lantaran itu kontrak sosial terus diselubungi

pelbagai kontroversi akibat daripada corak politik perkauman yang terlalu sempit. Ia sering

menjadi percaturan politik oleh sesetengah ahli politik yang ingin menonjolkan diri sebagai

jaguh kaum tertentu. Walaupun perbincangan tentang soal kontrak sosial kerap dielakkan demi

perpaduan kaum tetapi Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin beranggapan tindakan menghalang

sebarang perbincangan tentang isu-isu yang dianggap sensitif tidak mampu menyelesaikan

masalah sebaliknya ia akan menjadikannya lebih serius. Sebaliknya perbincangan secara terbuka

yang dilakukannya secara terkawal dan professional mampu menyelesaikan pelbagai

permasalahan yang telah merenggangkan hubungan antara kaum ( New Sunday Times, 23 .

Disember 2007 ).

5