Koperasi Smk Convent Batu Pahat Berhad Hairul

29
TARIKH : JUMAAT 27 APRIL 2012 MASA : 10.30 PAGI TEMPAT : DEWAN TERBUKA SMK CONVENT BP Dirasmikan oleh : EN. MOHAMED FAHRURAZI B. MOHAMED NOR PENOLONG PENGARAH SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA WILAYAH BATU PAHAT

Transcript of Koperasi Smk Convent Batu Pahat Berhad Hairul

Page 1: Koperasi Smk Convent Batu Pahat Berhad Hairul

TARIKH : JUMAAT 27 APRIL 2012

MASA : 10.30 PAGI

TEMPAT : DEWAN TERBUKA

SMK CONVENT BP

Dirasmikan oleh : EN. MOHAMED FAHRURAZI B. MOHAMED NOR

PENOLONG PENGARAH

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

WILAYAH BATU PAHAT

Page 2: Koperasi Smk Convent Batu Pahat Berhad Hairul

KATA ALU-ALUAN

PENGERUSI AHLI LEMBAGA KOPERASI

KOPERASI SMK CONVENT BATU PAHAT BERHAD

Selamat Sejahtera,

Tahniah diucapkan kepada semua ALK dan AJK Koperasi SMK Convent BP

Berhad dapat mengadakan Majlis Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-28 tahun

2012.

Pihak sekolah merakamkan ucapan tahniah kepada ALK dan AJK Koperasi SMK

Convent BP Berhad di atas kejayaan dalam membimbing dan memupuk semangat

keusahawanan muda di kalangan pelajar SMK Convent Batu Pahat. Syabas

diucapkan juga kepada semua ALK dan AJK serta Jurujual Koperasi SMK

Convent BP Berhad di atas kecemerlangan dalam mengurus dan mentadbir

Koperasi SMK Convent BP Berhad dengan baik. Terima kasih diucapkan di atas

sumbangan dan kerjasama yang diberikan oleh pengurusan Koperasi SMK

Convent BP Berhad dalam menyokong aktiviti sekolah serta membantu pihak

sekolah menyediakan kemudahan yang baik demi keselesaan warga SMK Convent

Batu Pahat.

Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada Suruhanjaya Koperasi

Malaysia Wilayah Batu Pahat yang memberikan kerjasama, bimbingan serta

sokongan dalam memajukan Koperasi SMK Convent BP Berhad. Diharapkan agar

kerjasama antara kedua pihak akan terus terjalin dengan baik.

Semoga Koperasi SMK Convent BP Berhad akan terus maju jaya dan

cemerlang pada masa akan datang.

Sekian.

( CIK TAN SOO SOO )

Pengerusi Ahli Lembaga Koperasi

Koperasi SMK Convent BP Berhad

Page 3: Koperasi Smk Convent Batu Pahat Berhad Hairul

KOPERASI SMK CONVENT BATU PAHAT BERHAD

250, JALAN TAN SWEE HOE,

83000 BATU PAHAT, JOHOR. TEL : 07-4343464

_____________________________________________________________________

Ruj. Kami : SMKC/BP/KOP/2012

Tarikh : 15 April 2012

Kepada

Semua Ahli Lembaga Koperasi

Semua Ahli Jawatankuasa Koperasi

Semua Anggota

Semua Pemegang Saham

Koperasi SMK Convent Batu Pahat Berhad

Tuan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI SMK CONVENT

BATU PAHAT BERHAD KALI KE-28 TAHUN 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi SMK Convent Batu Pahat

Berhad kali ke-28 tahun 2012 akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : JUMAAT 27 April 2012

Masa : 10.30 pagi

Tempat : Dewan Terbuka SMK Convent Batu Pahat

2. Bersama-sama ini disertakan agenda Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-28 tahun 2012

bagi makluman dan tindakan pihak Tuan. Kerjasama dan perhatian pihak Tuan didahului dengan

ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

………………………..

( JAMILAH BT. SALIM )

Setiausaha

Koperasi SMK Convent BP Berhad

s.k : Penolong Pengarah SKM Wilayah Batu Pahat

Fail Koperasi

Page 4: Koperasi Smk Convent Batu Pahat Berhad Hairul

ATURCARA MAJLIS

10.20 pagi : Pelajar berkumpul di Dewan Terbuka

SMK Convent Batu Pahat

10.30 pagi : Pendaftaran kehadiran anggota

Koperasi SMK Convent BP Berhad

10.40 pagi : Ketibaan Penolong Pengarah

Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Wilayah Batu Pahat

10.45 pagi : Bacaan Doa

10.50 pagi : Ucapan Cik Tan Soo Soo

Pengerusi ALK

Koperasi SMK Convent BP Berhad

11.00 pagi : Ucapan Perasmian

En. Mohamed Fahrurazi b. Mohamed Nor

Penolong Pengarah

Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Wilayah Batu Pahat

11.15 pagi : Mesyuarat Agung Tahunan

Koperasi SMK Convent BP Berhad

kali ke-28 tahun 2012 dimulakan

12.15 tgh. : Penyampaian Cenderamata

12.30 tgh. : Jamuan & Bersurai

AGENDA MESYUARAT

Page 5: Koperasi Smk Convent Batu Pahat Berhad Hairul

1. Ucapan alu-aluan Pengerusi ALK Koperasi SMK Convent BP Berhad

2. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan

kali ke-27 tahun 2011

3. Pembentangan dan Pengesahan Laporan Tahunan sesi 2011/2012

4. Pembentangan dan meluluskan Penyata Kewangan bagi tahun berakhir

31 Oktober 2011

5. Menimbang dan meluluskan Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan

tahun 2012/2013

6. Meluluskan cadangan Pembayaran Dividen dan Honorarium Anggota

Lembaga bagi tahun berakhir 31 Oktober 2011

7. Pemilihan Ahli Lembaga Koperasi sesi 2012/2013

8. Perlantikan 4 orang anggota Lembaga Guru dan 6 orang anggota

Lembaga Pelajar untuk menentusahkan draf minit Mesyuarat Agung

Tahunan kali ke-28 tahun 2012

9. Pemilihan Suruhanjaya Koperasi Malaysia sebagai Juruaudit Luar

10. Pembentangan Usul-usul

11. Hal-hal lain.

Page 6: Koperasi Smk Convent Batu Pahat Berhad Hairul

AHLI LEMBAGA KOPERASI, AHLI JAWATANKUASA KOPERASI & JURUJUAL

KOPERASI SMK CONVENT BATU PAHAT BERHAD TAHUN 2012

Penasihat : En. Mohamed Fahrurazi b. Mohamed Nor

Penolong Pengarah

Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Pengerusi : Cik Tan Soo Soo ( Pengerusi ALK )

Naib Pengerusi : Pn. Zamilah bt. Ekhwan ( ALK Guru )

Setiausaha : Pn. Jamilah bt. Salim ( Setiausaha ALK )

Pen. Setiausaha : Pn. Noraini bt. Ithnin ( ALK Guru )

Bendahari : En. Chan Chai Hee ( Bendahari ALK )

Pen. Bendahari : Pn. Yuzila bt. Mohd. Khalid ( ALK Guru )

Pengurus : Pn. Kong May Lian

Jualan & Belian : Pn. Muzainiah bt. Mohd. Bajuri

En. Hairul Anuar b. Sobikin

En. Yusman Khairi b. Yusoff

En. Nik Dir b. Nik Mat

Ketua Jurujual : Sdri. Kong Xiu Ting ( ALK Pelajar )

Jurujual Sdri. Mah Wen Ling ( ALK Pelajar )

Sdri. Nurul Hazirah bt. Yaakub ( ALK Pelajar )

Sdri. Cherie Lim ( ALK Pelajar )

Sdri. Eunice Keah Xue Lyn ( ALK Pelajar )

Sdri. Audrey Kwan Yee Ling

Sdri. NurKhaliesah bt. Abd. Rahman

Sdri. Swee Chin Yoon

Sdri. Kua Yu Chan

Sdri. Anida Nabila bt. Abd. Rashid

Sdri. Lim Ming Yan

Sdri. Esther Keah Tze Lyn

Sdri. Tay Yan Ying

Sdri. Chan Chee Yan

Sdri. Av Hwi Tei

Sdri. Fransheena Bhaskran

Sdri. Haslinda bt. Hasri

Sdri. Lim Sze Ting

Sdri. Ng Ngeok Ping

Sdri. Tan Wen Li

Sdri. Aisyah Natasha bt. M. Sabri

Sdri. Choo Yee Lynn

Sdri. Nurul Natasha bt. Othman

Page 7: Koperasi Smk Convent Batu Pahat Berhad Hairul

JAWATANKUASA PENGELOLA

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

KOPERASI SMK CONVENT BP BERHAD

KALI KE-28 TAHUN 2012

PENYAMBUT TETAMU BACAAN DOA

Cik Tan Soo Soo Tn.Hj.Mohd. Saat b. Salamat

Pn. Zamilah bt. Ekhwan

Pn. Hjh. Nik Rohayati bt.Mohd. Zin

Pn. Loh Cher Ting PERSEDIAAN TEMPAT

En. Choo Lim Kok

PENDAFTARAN En. Johari b. Kassim

Pn. Noraini bt. Ithnin Pn. Kong May Lian

Pn. Nor Azimah bt. Mohamad Pn. Kartini bt. Abd. Rahim

Pn. Chuan Eng Hua

BORANG USUL Pn. Fatimah Sham bt Matt

En. Nik Dir b. Nik Mat Cik Harmiza bt. Muhammad Har

Pn. Wong Hui Meng Jurujual

SISTEM SIARAYA JURUACARA En. Abd. Rahman b. Muhydin En. Hairul Anuar b. Sobikin

En. Abu Bakar b. Harun Cik Rahayu Ezranie bt. Shuhimi

En. Norhaziz b. Mohd. Manoor

PROGRAM & PENYATA TAHUNAN PENYATA KEWANGAN Pn. Jamilah bt. Salim En. Chan Chai Hee

Cik Hjh. Roesita bt. Hashim Pn. Haryati bt. Abd.Hamid

Pn. Siti Nuradawiyah bt. Abu Bakar

Pn. Quek Wai Ling

JURUGAMBAR PENCATAT

En. Yusman Khairi b. Yusoff Cik Noranisa bt.Zainal Abidin

Cik Kerk Hong Yen Cik Si Nie Yan

Jurujual Jurujual

JAMUAN LATAR AKSARA Pn. Hjh. Zamnah bt. Ali Pn. Parvathy a/p Govindan

Pn. Hjh. Masnun bt. Adzim En. Abd. Rahim b. Samin

Pn. Hjh. Noor Saadah bt. Ngademin Jurujual

CENDERAMATA KAWALAN

Pn. Muzainiah bt. Mohd. Bajuri Pn. Norhamilah bt. Paiman

Pn. Hjh. Masnah bt. Jamin Pn. Shamsuria bt. Abd. Rasip

Cik Haslinda bt. Mohd. Ariffin Cik Yong Khai Heng

Cik Lim Pei Lan

LAPORAN & DOKUMENTASI Pn. Jamilah bt. Salim

Cik Nur Ain bt. Abd. Alim

Page 8: Koperasi Smk Convent Batu Pahat Berhad Hairul

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

KOPERASI SMK CONVENT BATU PAHAT BERHAD

KALI KE -27 TAHUN 2011

Tarikh : Jumaat, 22 April 2011

Masa : 10.30 pagi

Tempat : Dewan Terbuka SMK Convent BP

Kehadiran : 731/1013 anggota

Pengerusi : Pn. Hjh. Hanim bt. Abdullah

Ucapan Pn. Hjh. Hanim bt. Abdullah

Pengerusi Anggota Lembaga Koperasi SMK Convent BP Berhad

Pengerusi mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada En. Mohamed Fahrurazi b.

Mohamed Nor, Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Batu Pahat kerana telah sudi

hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi SMK Convent BP Berhad kali ke-27 tahun 2011. Pengerusi juga

mengucapkan tahniah kepada ALK dan Jawatankuasa Pengelola yang telah mengatur dan mengelola

mesyuarat ini serta terima kasih kepada semua anggota yang hadir.

Syabas kepada semua anggota kerana telah memberi sokongan atas segala aktiviti koperasi . Koperasi

SMK Convent BP Berhad adalah salah sebuah koperasi sekolah yang aktif dan telah mencapai keuntungan

yang tinggi pada setiap tahun. Keuntungan yang diperolehi telah disalurkan untuk kemudahan dan kegunaan

pelajar melalui pelbagai sumbangan kepada aktiviti dan program sekolah ini serta membiayai prasarana

sekolah. Tahniah juga diucapkan kerana Koperasi SMK Convent BP Berhad telah mempunyai bangunan

sendiri yang lebih luas dan selesa untuk menjalankan pelbagai urusan.

Pengerusi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua anggota di atas

sokongan padu yang diberikan. Semoga Koperasi SMK Convent BP Berhad akan terus maju dan cemerlang

pada masa akan datang.

Ucapan En. Mohamed Fahrurazi b. Mohamed Nor

Penolong Pengarah SKM Wilayah Batu Pahat

En. Mohamed Fahrurazi b. Mohamed Nor mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Anggota

Lembaga Koperasi SMK Convent BP Berhad kerana telah mengundang beliau serta berjaya mengatur

Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-27 tahun 2011 dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Aktiviti koperasi dalaman merupakan aktiviti bermanfaat. Para pelajar harus memanfaatkan peluang

melibatkan diri sebagai pengalaman praktikal. Tahniah juga diucapkan kerana Koperasi SMK Convent BP

Berhad telah berjaya mengekalkan prestasi pada tahun ini. Di bawah akta koperasi yang baru, jawatan

Anggota Lembaga Koperasi adalah seperti berikut Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, 3 ALK guru dan 9 ALK

pelajar serta juruaudit dalaman yang dilantik oleh Anggota Lembaga Koperasi.

Beliau memaklumkan bahawa SKM Negeri Johor telah menganjurkan Program Keusahawanan

kepada semua pelajar sekolah menengah dan beliau mengalu-alukan pelajar SMK Convent BP untuk

menyertainya kerana pelbagai manfaat akan diperolehi melalui progam ini.

Akhir kata beliau mengharapkan agar Koperasi SMK Convent BP Berhad akan terus cemerlang dan

gemilang. Selamat maju jaya.

Page 9: Koperasi Smk Convent Batu Pahat Berhad Hairul

AGENDA MESYUARAT

1. Ucapan alu-aluan Pengerusi ( Pn. Hjh. Hanim bt. Abdullah ).

Pengerusi menjemput semua anggota Koperasi SMK Convent BP Berhad merujuk agenda mesyuarat bagi

melancarkan perjalanan mesyuarat. Beliau mohon kerjasama dan sokongan daripada semua anggota

bagi menjayakan mesyuarat ini.

2. Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-26 tahun 2010.

Pengerusi menjemput Setiausaha untuk membentang Minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-26 tahun

2010 Koperasi SMK Convent BP Berhad dan mempersilakan anggota koperasi untuk meneliti dan

mengesahkannya.

Pembentang : Setiausaha - Pn. Jamilah bt. Salim

Cadangan : Tan Li Ling ( 5 ST 1 )

Sokongan : Kong Xiu Ting ( 4 ST )

Perkara berbangkit : Tiada

3. Pembentangan dan pengesahan Laporan Tahunan sesi 2010/2011.

Pengerusi mempersilakan Setiausaha untuk membentang Laporan Tahunan sesi 2010/2011 Koperasi SMK

Convent BP Berhad dan menjemput anggota koperasi untuk mengesahkannya.

Pembentang : Setiausaha – Pn. Jamilah bt. Salim

Cadangan : Ng Swee Ping ( 5 ST 1 )

Sokongan : Swee Chin Yoon ( 4 ST )

4. Pembentangan dan meluluskan Penyata Kewangan bagi tahun berakhir 31 Oktober 2010.

Pengerusi menjemput Bendahari untuk membentang Penyata Kewangan bagi tahun berakhir 31 Oktober

2010 Koperasi SMK Convent BP Berhad. Anggota dijemput untuk meneliti Penyata Kewangan dan

meluluskannya.

Pembentang : Bendahari – En. Chan Chai Hee

Cadangan : Chih Yi May ( 5 ST 2 )

Sokongan : Audrey Kwan Yee Ling ( 4 PA 1 )

5. Menimbang dan meluluskan Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan tahun 2011/2012.

Pengerusi menjemput Bendahari untuk membentang Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan tahun

2011/2012 Koperasi SMK Convent BP Berhad. Anggota dijemput untuk meneliti dan meluluskannya.

Pembentang : Bendahari – En. Chan Chai Hee

Cadangan : Nur Fadzlin bt. Hussin ( 4 PA 1 )

Sokongan : Mah Wen Ling ( 3 Kekwa )

6. Meluluskan cadangan pembayaran Dividen dan Honorarium Anggota Lembaga bagi tahun

berakhir 31 Oktober 2010.

Pengerusi mempersilakan Bendahari untuk Penyata Cadangan Pembayaran Dividen dan Honorarium

Page 10: Koperasi Smk Convent Batu Pahat Berhad Hairul

Anggota Lembaga bagi tahun berakhir 31 Oktober 2010 Koperasi SMK Convent BP Berhad. Anggota

diminta untuk meneliti dan meluluskannya.

Pembentang : Bendahari – En.Chan Chai Hee

Cadangan : Nur Hazirah bt. Yaakub ( 4 PA 1 )

Sokongan : Cherie Lim ( 3 Kekwa )

7. Membentang dan meluluskan Aturan-aturan Kumpulan Wang Koperasi.

Pengerusi menjemput Bendahari untuk membentang Aturan-aturan Kumpulan Wang Koperasi. Anggota

diminta meneliti dan meluluskannya.

Pembentang : Bendahari – En. Chan Chai Hee

Cadangan : Pn. Muzainiah bt. Mohd. Bajuri

Sokongan : Pn. Yuzila bt. Mohd.Khalid

Perkara berbangkit : Diterima dan diluluskan dengan beberapa pindaan.

8. Pemilihan Anggota Lembaga Koperasi sesi 2011/2012.

Sdri. Ng Swee Ping mencadangkan Anggota Lembaga Koperasi sesi 2011/2012 adalah seperti berikut:

Pengerusi : Pn. Hjh. Hanim bt. Abdullah

Setiausaha : Pn. Jamilah bt. Salim

Bendahari : En. Chan Chai Hee

ALK Guru : Pn. Zamilah bt. Ekhwan

: Pn. Noraini bt. Ithnin

: Pn. Yuzila bt. Mohd. Khalid

ALK Pelajar : Tan Li Ling

Ng Swee Ping

Chih Yi May

Kong Xiu Ting

Nurul Hazirah bt. Yaakub

Mah Wen Ling

Cherie Lim

Eunice Keah

Nur Fitri Syafikah bt. Norhizam

9. Perlantikan 4 orang Anggota Lembaga Guru dan 6 orang Anggota Pelajar untuk menentusahkan

draf minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-27 tahun 2011.

Pn. Noraini bt. Ithnin mencadangkan 4 orang Anggota Lembaga Guru dan 6 orang Anggota Pelajar berikut

dilantik untuk menentusahkan draf minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-27 tahun 2011.

4 anggota guru :

i. Pn. Hjh. Masnun bt. Adzim

ii. Pn. Norhamilah bt. Paiman

iii. Cik Noranisa bt. Zainal Abidin

iv. Cik Yong Khai Heng

6 anggota pelajar :

i. Pua Lin Mon

ii. Nor Amira bt. AlFitri

iii. Goh Shu Min

iv. Betty Tan

Page 11: Koperasi Smk Convent Batu Pahat Berhad Hairul

v. Pauyi Lim

vi. Nurul Nabilah bt. Jamat

Sokongan : Tan Li Ling ( 5 ST 1 )

10. Pemilihan Suruhanjaya Koperasi Malaysia sebagai Juruaudit Luar.

Sdri. Wong Jia Yi ( 4 ST ) mencadangkan Pegawai dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia dipilih sebagai

Juruaudit Luar.

Sokongan : Ng Swee Ping ( 5 ST )

11. Pembentangan Usul-usul.

Pengerusi telah membentangkan beberapa usul yang diterima seperti di bawah.

BIL. NAMA PENCADANG &

PENYOKONG

USUL/CADANGAN

1. 5 PSV

4 PD 1

3 Kekwa

1 Teratai

2 Mawar

Harga barangan mahal

Perkhidmatan fotostat lambat

2. Tan Sze Hui & Tan Woan Chyi Tingkatkan mutu perkhidmatan fotostat

3. 3 Kekwa

Jurujual sesi pagi

Pelajar bukan jurujual masuk tanpa kebenaran ke

dalam koperasi

4. 4 PD 2 Adakan tali leher sekolah untuk semua pelajar yang

pakai pinofor.

5. 5 PA 1 Jimatkan kertas perkhidmatan fotostat dengan

menggunakan kertas yang telah digunakan.

6. Jurujual sesi pagi Pelajar kurang sopan semasa berurusan di kaunter.

Sesetengah guru tidak benarkan Jurujual keluar

awal pada waktu rehat.

7. Guru lelaki Mohon sumbangan Koperasi membeli tangki air

mineral untuk semua guru dan diletakkan di kantin.

8. GKMP Tambah peratus dividen

Kurangkan harga fotostat - selaras 5 sen sehelai

tidak perlu lebih daripada 10 helai.

9. 2 Lili Turunkan sedikit harga makanan & minuman.

Jual Correction Pad.

Jurujual kadang-kadang lambat.

Jual seaweed.

Fotostat lambat.

Jual makanan ringan.

10. 1 Lili Buka Koperasi sepanjang masa, jangan pada waktu

rehat sahaja

11. 5 ST 1 Pelbagaikan lagi jenis pen. Jurujual bertugas pada waktu pagi tidak ramai –

urusan jual beli jadi lambat.

12. 5 ST 2 Pihak pentadbir sekolah hendaklah mengarahkan

pengawas untuk mengawal pelajar supaya beratur

Page 12: Koperasi Smk Convent Batu Pahat Berhad Hairul

semasa berurusan di kaunter pada waktu rehat .

Pelajar bukan jurujual masuk ke koperasi sesuka

hati, masih degil selepas ditegur beberapa kali.

13. 5 PA 2 Tukar mesin fotostat baru supaya perkhidmatan

fotostat lebih cepat.

Tingkap di kaunter sangat kecil, susah nak

berurusniaga.

14. 4 ST Jual buah-buahan.

Sediakan mesin laminate.

Banyakkan jenis biskut.

Jurujual kurang sopan, ada yang sombong tapi ada

juga yang baik dan ramah.

15. Guru wanita Tahniah, koperasi baru luas dan lebih selesa.

Tindakan yang sewajarnya akan diambil mengikut kewajaran serta kesesuaian masa dan peruntukan

kewangan yang ditetapkan.

12. Hal-hal Lain.

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada En. Mohamed Fahrurazi b. Mohamed Nor, Penolong

Pengarah SKM Wilayah Batu Pahat, Ahli Lembaga Koperasi, Pemegang Saham, Anggota Guru, Pentadbir

SMK Convent BP, Jawatankuasa Pengelola, Jurujual serta semua anggota Koperasi SMK Convent BP

Berhad kerana telah menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan kali-27 tahun 2011.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.10 tengahari.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

………………………… ………………………….

( JAMILAH BT. SALIM ) ( HJH. HANIM BT. ABDULLAH )

Setiausaha Pengerusi

Anggota Lembaga Koperasi Anggota Lembaga Koperasi

Koperasi SMK Convent BP Berhad Koperasi SMK Convent BP Berhad

Page 13: Koperasi Smk Convent Batu Pahat Berhad Hairul

LAPORAN TAHUNAN

KOPERASI SMK CONVENT BATU PAHAT BERHAD

SESI 2011/2012

1.0 AHLI LEMBAGA KOPERASI ( ALK )

Penasihat : Penolong Pengarah

Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Batu Pahat

Pengerusi : Cik Tan Soo Soo ( mulai 17 Ogos 2011 )

ALK Guru : Pn. Zamilah bt. Ekhwan

Setiausaha : Pn. Jamilah bt. Salim

ALK Guru : Pn. Noraini bt. Ithnin

Bendahari : En. Chan Chai Hee

ALK Guru : Pn. Yuzila bt. Mohd. Khalid

ALK Pelajar : Sdri. Tan Li Ling ( hingga Disember 2011 )

Sdri. Ng Swee Ping ( hingga Disember 2011 )

Sdri. Chih Yi May ( hingga Disember 2011 )

Sdri. Kong Xiu Ting

Sdri. Nurul Hazirah bt. Yaakub

Sdri. Mah Wen Ling

Sdri. Cherie Lim

Sdri. Eunice Keah Xue Lyn

Sdri. Nur Fitri Syafika bt. Norhizam ( hingga Disember 2011 )

AHLI JAWATANKUASA KOPERASI ( AJK )

Pengerusi : Cik Tan Soo Soo

Naib Pengerusi : Pn. Zamilah bt. Ekhwan

Setiausaha : Pn. Jamilah bt. Salim

Pen. Setiausaha : Pn. Noraini bt. Ithnin

Bendahari : En. Chan Chai Hee

Pen. Bendahari : Pn. Yuzila bt. Mohd. Khalid

Pengurus : Pn. Kong May Lian

Jualan Pn. Muzainiah bt. Mohd. Bajuri

En. Hairul Anuar b. Sobikin

En. Yusman Khairi b. Yusoff

En. Nik Dir b. Nik Mat

Page 14: Koperasi Smk Convent Batu Pahat Berhad Hairul

JURUJUAL

Ketua :Kong Xiu Ting

Penolong :Mah Wen Ling

Ahli :Audrey Kwan Yee Ling Eunice Keah

Nurul Khaliesah Abd. Rahman Fransheena Bhaskran

Swee Chin Yoon Aw Hei Fei

Cherie Lim Haslinda Hasri

Esther Keah Chan Chee Yan

Anida Nabila Abd. Rashid Lim Sze Ting

Nurul Hazirah Yaakob Aisyah Natasha M.Sabri

Tay Yan Ying Tan Wen Li

Kua Yu Chan Choo Yee Lynn

Lim Ming Yan Ng Ngeok Pin

Nurul Natasha Osman

2.0 MESYUARAT AHLI LEMBAGA KOPERASI & AJK

Koperasi SMK Convent Batu Pahat Berhad telah mengadakan Mesyuarat ALK dan AJK sesi

2011/2012 sebanyak 4 kali sepertimana yang dikehendaki oleh Undang-undang Kecil

Koperasi seperti butiran berikut :

Mesyuarat kali pertama : 21 Jun 2011

Mesyuarat kali kedua : 8 Oktober 2011

Mesyuarat kali ketiga : 9 Februari 2012

Mesyuarat kali keempat : 16 April 2012

3.0 PERNIAGAAN DI KEDAI KOPERASI

Kedai Koperasi SMK Convent Batu Pahat Berhad sentiasa berusaha untuk mengembangkan

perniagaannya dari tahun ke tahun. Urusan jual beli di kedai koperasi dikendalikan oleh

Pengurus Jualan dan Belian serta dibantu oleh 23 orang jurujual pelajar yang bertugas

mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Ketua Jurujual.

Kedai Koperasi SMK Convent BP Berhad menjual pelbagai jenis alatulis, buku latihan serta

keperluan lain untuk guru,staf sokongan dan pelajar SMK Convent BP. Di samping itu,

koperasi membekalkan buku kerja bagi semua matapelajaran. T-shirt rumah sukan dan ko-

kurikulum juga dibekalkan dengan harga yang berpatutan. Kedai Koperasi SMK Convent

BP Berhad menyediakan perkhidmatan fotostat, binding dan laminate untuk kemudahan

guru dan pelajar.

Kedai Koperasi SMK Convent BP Berhad juga menjual makanan dan minuman seperti air

mineral, minuman tin dan kotak serta biskut yang dibenarkan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia untuk memenuhi permintaan guru dan pelajar.

4.0 KEAHLIAN DAN DIVIDEN

Page 15: Koperasi Smk Convent Batu Pahat Berhad Hairul

Jumlah anggota Koperasi SMK Convent BP Berhad ialah 872 orang dengan jumlah saham

ialah RM 24,840.21. Sehubungan dengan itu melalui keuntungan yang diperolehi, maka

Kedai Koperasi SMK Convent BP Berhad telah memberi dividen sebanyak 20 % setahun

kepada semua anggota.

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Koperasi SMK Convent BP Berhad telah membina sebuah bangunan baru dengan kos

pembinaannya lebih daripada RM 60,000.00 pada Oktober 2010 dan siap sepenuhnya

pada Disember 2010. Semua urusan Koperasi SMK Convent BP Berhad dilakukan di

bangunan tersebut mulai 3 Januari 2011. Koperasi SMK Convent BP Berhad telah

mendapat pembiayaan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia berjumlah

RM20,000.00 bagi menampung kos pembinaan tersebut.

5.2 Koperasi SMK Convent BP Berhad telah menunaikan tanggungjawab sosialnya dengan

membantu meningkatkan kemudahan dalam sekolah dengan memberi sumbangan

kepada pihak sekolah. Sumbangan yang telah dihulurkan adalah seperti berikut :

a. Sumbangan khusus untuk SMK Convent BP = RM 12,295.00

b. Sumbangan Hari Guru = RM 330.00

c. Sumbangan Program Bakat Convent = RM 400.00

d. Sumbangan Program Merentas Desa = RM 45.00

e. Sumbangan Kem Bina Semangat = RM 207.00

f. Sumbangan Hari Keluarga = RM 45.00

g. Sumbangan Pertandingan Chorus Speaking = RM 95.00

h. Sumbangan T-Shirt Sekolah ( Sukan ) = RM 870.00

5.3 Koperasi SMK Convent BP Berhad sentiasa prihatin terhadap nasib pelajar yang kurang

berkemampuan dengan menghulurkan sumbangan kebajikan kepada berkenaan untuk

menjelaskan yuran sekolah serta keperluan alatulis bagi tahun 2012 berjumlah RM

1,005.00. Diharapkan dengan bantuan yang disumbangkan akan dapat meringankan

beban kewangan yang ditanggung oleh ibubapa pelajar berkenaan.

5.4 Hari Koperasi Sekolah Tahun 2011 telah diadakan pada 23 Jun 2011 sejajar dengan

saranan ANGKASA dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia. Aktiviti-

aktiviti yang telah dijalankan ialah Perhimpunan Khas, Penanaman Pokok, Ceramah dan

Kuiz, Edaran Tanda Peringatan HKS serta Jualan Istimewa.

5.5 Bagi menghargai sumbangan ALK dan Jurujual Koperasi SMK Convent BP Berhad

yang telah banyak membantu pengurusan perniagaan di Kedai Koperasi SMK Convent

BP Berhad, maka Koperasi SMK Convent BP Berhad telah menganjurkan lawatan

sambil belajar ke Melaka Bandaraya Bersejarah pada Jun 2011 serta Jamuan Akhir

Tahun di Restoran Pizza Huts pada Oktober 2011. Semoga mereka akan terus

Page 16: Koperasi Smk Convent Batu Pahat Berhad Hairul

berkhidmat dengan cemerlang demi kebaikan bersama.

6.0 PENUTUP

ALK dan AJK Koperasi SMK Convent BP Berhad ingin merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan dan terima kasih kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia, ANGKASA,

Pentadbir, Guru-guru, Staf Sokongan, Jurujual serta anggota Koperasi SMK Convent BP

Berhad yang telah bersama-sama memajukan Koperasi SMK Convent BP Berhad. Semoga

kerjasama ini akan berterusan demi pembangunan sekolah dan kebajikan pelajar SMK

Convent Batu Pahat.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………… …….……………

( JAMILAH BT. SALIM ) ( TAN SOO SOO )

Setiausaha Pengerusi

KOPERASI SMK CONVENT KOPERASI SMK CONVENT

BP BERHAD BP BERHAD

Page 17: Koperasi Smk Convent Batu Pahat Berhad Hairul

PENYATA KEWANGAN

Page 18: Koperasi Smk Convent Batu Pahat Berhad Hairul

Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Batu Pahat Berhad

Laporan Berkanun Lembaga Mengikut Seksyen 59 (1) (c) Akta Koperasi 1993

Kami bagi pihak lembaga dengan sukacitanya membentangkan Laporan Tahunan dan Penyata

kewangan bagi tahun kewangan berakhir 31 Oktober 2011

Sesuai dengan kehendak Akta Koperasi 1993 dan Peraturan-Peraturan Koperasi 1995, kami bagi

pihak lembaga melaporkan bahawa

a) Lembaga bercadang untuk memberikan dividen sebanyak 10% ke atas baki modal syer

anggota pada tahun kewangan berakhir 31 Oktober 2011.

b) Lembaga bercadang memperuntukan sebanyak 10% dari keuntungan bersih selepas pembahagian

berkanun kepada:

― Kumpulan Kebajikan Am

― Kumpulan Wang Kegiatan Ko-Kurukulum

― Kumpulan Wang Lawatan

― Kumpulan Wang Keceriaan

― Kumpulan Wang Bangunan

― Kumpulan Wang Keraian

― Honororium Anggota Lembaga

c) Pihak koperasi telah menyumbang sebanyak RM12,295.00 kepada pihak sekolah.

d) Tiada hal-hal berbangkit yang menjadikan cara menilai aset dan liabiliti koperasi yang digunakan

sekarang mengelirukan atau tidak sesuai.

e) Dalam jangkamasa yang diliputi oleh Akaun Untung Rugi tiada liabiliti kontingen yang

disanggupi oleh koperasi yang belum diselesaikan.

f) Pada pendapat lembaga, hasil operasi koperasi bagi tahun kewangan berakhir 31 Oktober 2011.

dipengaruhi secara material oleh perkara-perkara yang abnormal sifatnya mengikut takrif

Seksyen 59 (4) Akta Koperasi 1993.

g) Lembaga juga berpendapat bahawa jumlah aset semasa yang ditunjukkan di Kunci Kira-Kira

adalah munasabah.

Kami bagi pihak lembaga mengaku bahawa selain daripada perkara-perkara yang tersebut di atas,

tiada perkara-perkara lain dalam pengetahuan kami yang tidak dinyatakan seperti yang dikehendaki

oleh Seksyen 59 (3) Akta Koperasi 1993.

………………………..…………… ………………………..………………………..

( ) ( )

Bendahari Setiausaha

…………………………. ………………………………..

( )

Pengerusi

Page 19: Koperasi Smk Convent Batu Pahat Berhad Hairul

KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CONVENT BATU PAHAT BERHAD

KUNCI KIRA-KIRA PADA 31 OKTOBER 2011

NOTA 2011 2010

RM RM

ASET TETAP

Bangunan 3 64,968.00 67,675.00

Komputer 3 518.00 1,547.00

Aset-aset Lain 3 469.00 624.00

Jumlah Aset Tetap 65,956.00 69,846.00

ASET SEMASA

Stok Perniagaan 17,759.77 13,229.43

Pelbagai Penghutang 4 1,271.54 1,406.30

Wang di Bank 5 131,005.37 127,593.73

150,036.68 142,229.46

LIABILITI SEMASA

Fee Audit Suruhanjaya Koperasi Malaysia 6 1000.00 800.00

Dividen 2,484.02 4,362.98

Lain-lain Pemiutang - Honororium ALP 1,154.00 2,062.00

4,458.77 7,224.98

Aset/Liabiliti Semasa Bersih 145,398.02 135,004.48

211,353.66 204,850.48

Dibiayai oleh:

Modal Syer Anggota 7 24,840.21 21,814.88

Akaun Rizab Modal 125.00 125.00

Lain-lain Kumpulan Wang/Tabung 8 19,827.65 17,334.56

Akaun Untung Rugi Terkumpul 142,444.63 141,459.87

Kumpulan Wang Anggota 187,237.49 180,734.31

Kumpulan Wang Rizab 24,116.17 24,116.17

RM 211,353.66 RM 204,850.48

Kunci Kira-Kira di atas hendaklah dibaca bersama dengan nota-nota kepada akaun

Page 20: Koperasi Smk Convent Batu Pahat Berhad Hairul

KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CONVENT BATU PAHAT BERHAD

KUNCI KIRA-KIRA PADA 31 OKTOBER 2011

NOTA 2011 2010

RM RM

ASET TETAP

Bangunan 3 64,968.00 67,675.00

Komputer 3 518.00 1,547.00

Aset-aset Lain 3 469.00 624.00

Jumlah Aset Tetap 65,956.00 69,846.00

ASET SEMASA

Stok Perniagaan 17,759.77 13,229.43

Pelbagai Penghutang 4 1,271.54 1,406.30

Wang di Bank 5 131,005.37 127,593.73

150,036.68 142,229.46

LIABILITI SEMASA

Fee Audit Suruhanjaya Koperasi Malaysia 6 1000.00 800.00

Dividen 2,484.02 4,362.98

Lain-lain Pemiutang - Honororium ALP 1,154.00 2,062.00

4,458.77 7,224.98

Aset/Liabiliti Semasa Bersih 145,398.02 135,004.48

211,353.66 204,850.48

Dibiayai oleh:

Modal Syer Anggota 7 24,840.21 21,814.88

Akaun Rizab Modal 125.00 125.00

Lain-lain Kumpulan Wang/Tabung 8 19,827.65 17,334.56

Akaun Untung Rugi Terkumpul 142,444.63 141,459.87

Kumpulan Wang Anggota 187,237.49 180,734.31

Kumpulan Wang Rizab 24,116.17 24,116.17

RM 211,353.66 RM 204,850.48

Kunci Kira-Kira di atas hendaklah dibaca bersama dengan nota-nota kepada akaun

Page 21: Koperasi Smk Convent Batu Pahat Berhad Hairul

KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CONVENT BATU PAHAT BERHAD

AKAUN UNTUNG RUGI UNTUK TAHUN BERAKHIR 31 OKTOBER 2011

PENDAPATAN Nota 2011 2010

RM RM

Pendapatan Daripada Aktiviti:

Kedai 246,699.00 240,706.00

Pelbagai Pendapatan 9 8,390.45 9,046.75

255,089.45 249,752.75

PERBELANJAAN

Kos Jualan / Kos Aktiviti 207,533.98 188,752.19

Perbelanjaan Am:

Fee Audit Ketua Pendaftar 1000.00 800.00

Mesyuarat Agung 1,695.00 1,459.00

Susutnilai Aset Tetap 3 3,891.00 1,205.00

Pelbagai Perbelanjaan 10 29,423.00 36,906.97

Jumlah Perbelanjaan 243,542.98 229,123.16

Keuntungan bersih dipindahkan ke Akaun

Pembahagian Keuntungan RM 11,546.47 RM 20,629.59

Akaun Untung Rugi di atas hendaklah dibaca bersama-sama dengan nota kepada akaun.

Page 22: Koperasi Smk Convent Batu Pahat Berhad Hairul

KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CONVENT BATU PAHAT BERHAD

AKAUN PERDAGANGAN UNTUK TAHUN BERAKHIR 31 OKTOBER 2011

2011 2010

RM RM

Jualan 246,699.00 240,706.00

Tolak - Kos Jualan

Stok Awal 13,229.43 14,586.80

Belian 212,064.32 187,394.82

Kurang : - Pulangan Belian - -

- Stok Akhir (17,759.77) (13,229.43)

Kos Jualan 207,533.98 188,752.19

Keuntungan Kasar RM 39,165.02 RM 51,953.81

Page 23: Koperasi Smk Convent Batu Pahat Berhad Hairul

KOPERASI SEKOLAH MENENGAHAN KEBANGSAAN CONVENT BATU PAHAT BERHAD

PENYATA ALIRAN TUNAI UNTUK TAHUN BERAKHIR 31 OKTOBER 2011

2011 2010

RM RM

Aliran Tunai Daripada Aktiviti Operasi

Untung Bersih 11,546.47 20,929.59

Pelarasan:

Susutnilai aset tetap 3,891.00 1,205.00

Pelarasan : aset tetap lupus - -

Dividen di bayar (121.31) (82.67)

Dividen tahun 2009 0.31 (1.91)

Untung operasi sebelum perubahan modal kerja 15,316.47 21,750.01

(Tambahan)/kurangan stok perniagaan (4,530.34) 1,357.37

(Tambahan)/kurangan pelbagai penghutang 134.76 (397.90)

Tambahan/(Kurangan) pelbagai pemiutang 200 300.00

Tunai diperolehi daripada operasi (4,195.58) 1,259.47

Aliran tunai unruk bayaran berkanun dan agihan

Bayaran Kumpulan Wang Kebajikan Am (4,749.00) (2.552.50)

Derma Kumpulan Wang Kebajikan Am 318.09 192.10

Honororium Anggota Lembaga (2,062.00) (2,845.00)

Tunai untuk bayaran berkanun dan agihan (6,492.91) (5,205.40)

Tambahan aset tetap - (68,454.00)

Amanah Saham Angkasa dijual - 2,705.82

Aliran tunai daripada aktiviti pembiayaan

Terimaan modal syer 2,872.50 3,527.00

Modal syer dikeluarkan (4,088.84) (4,187.10)

Tunai bersih daripada aktiviti pembiayaan (1,216.34) (660.10)

Lebihan / kurangan tunai / setara tunai 3,411.64 (48,604.20)

Tunai dan setara tunai awal tahun 127,593.73 176,197.93

Tunai dan setara tunai akhir tahun RM 131,005.37 RM 127,593.73

Page 24: Koperasi Smk Convent Batu Pahat Berhad Hairul

KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CONVENT BATU PAHAT BEHAD

NOTA-NOTA KEPADA AKAUN UNTUK TAHUN BERAKHIR 31 OKTOBER 2011

NOTA 1 - DASAR-DASAR PERAKAUNAN

a) Asas-Asas Perakaunan

i) Akaun-akaun disediakan menurut kelaziman kos asal dengan andaian bahawa

kegiatan koperasi adalah bererusan.

ii) Akaun-akaun koperasi yang disediakan telah disesuaikan untuk mematuhi Akta

Koperasi 1993 dan Peraturan-Peraturan Koperasi 1995.

b) Fee Masuk

Fee Masuk hendaklah dikreditkan ke Akaun Untung Rugi seperti yang dikehendaki

oleh Undang-Undang Kecil Koperasi Bil. 12 (3).

c) Aset Tetap

i) Aset tetap disusutnilaikan mengikut sistem susut sama rata mengikut tempoh aset

tersebut dapat digunakan dengan cara yang ekonomik.

ii) Kadar susutnilai adalah seperti berikut:

Bangunan 4% setahun

Komputer 20% setahun

Aset-aset Lain 20% setahun

d) Stok Perniagaan

Stok perniagaan dinilaikan mengikut harga kos belian atau harga pasaran mengikut

mana yang lebih rendah dan disahkan oleh koperasi.

NOTA 2 - KEGIATAN KOPERASI

Koperasi sedang bergiat di dalam bidang perniagaan membekalkan barang-barang

keperluan harian untuk para pelajarnya.

Page 25: Koperasi Smk Convent Batu Pahat Berhad Hairul

NOTA 3 - ASET TETAP DAN SUSUTNILAI TERKUMPUL

Seperti dilampirkan.

NOTA 4 - PELBAGAI PENGHUTANG

2011 2010

RM RM

Faedah terakru atas deposit tetap di Public Bank Berhad Batu Pahat 1,216.54 1,351.30

Deposit mesin vending - Yeo's 55.00 55.00

Jumlah RM 1,271.54 RM 1,406.30

NOTA 5 - WANG DI BANK

2011 2010

RM RM

Deposit tetap di Public Bank Berhad Batu Pahat 124,171.87 120,785.01

Akaun semasa di Public Bank Berhad Batu Pahat 6,833.50 6,808.72

Jumlah RM 131,005.37 RM 127,593.73

NOTA 6 - FEE AUDIT SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

2011 2010

RM RM

Baki awal 800.00 500.00

Tambahan 1000.00 800.00

Bayaran (800.00) (500.00)

RM 1000.00 RM 800.00

NOTA 7 - MODAL SYER ANGGOTA

2011 2010

Bil. Anggota Modal Syer Modal Syer

RM RM

Baki Awal 906 21,814.88 20,506.95

Tambahan Anggota 192 1,455.00 1,750.00

Tambahan Syer Anggota - 1,417.50 1,777.00

Dividen dikreditkan - 4,241.67 1,968.03

1,098 28,929.05 26,001.98

Kurang:

Anggota Berhenti (226) (4,088.84) (4,187.10)

Baki Akhir 872 RM 24,840.21 RM 21,814.88

Page 26: Koperasi Smk Convent Batu Pahat Berhad Hairul

NOTA 8 - LAIN-LAIN KUMPULAN WANG/ TABUNG

KUMPULAN WANG KEBAJIKAN AM

2011 2010

RM RM

Baki Awal 7,024.56 7,322.96

Tambah - Derma diterima 318.09 192.10

Pindaan dari Akaun Pembahagian Keuntungan 1,154.00 2,062.00

Kurang - bayaran dalam tahun (1,005.00) (2,552.50)

Baki Akhir a RM 7,491.65 RM 7,024.56

KUMPULAN WANG KEGIATAN KO-KURUKULUM

2011 2010

RM RM

Baki Awal 2,062.00 2,062.00

Pindaan dari Akaun Pembahagian Keuntungan 1,154.00 -

Kurang - bayaran dalam tahun (250.00) -

Baki Akhir b 2,966.00 2,062.00

KUMPULAN WANG LAWATAN

2011 2010

RM RM

Baki Awal 2,062.00 2,062.00

Pindaan dari Akaun Pembahagian Keuntungan 1,154.00 -

Kurang - bayaran dalam tahun (300.00) -

Baki Akhir c 2,916.00 2,062.00

KUMPULAN WANG KECERIAAN

2011 2010

RM RM

Baki Awal 2,062.00 2,062.00

Pindaan dari Akaun Pembahagian Keuntungan 1,154.00 -

Kurang - bayaran dalam tahun (630.00) -

Baki Akhir d 2,586.00 2,062.00

KUMPULAN WANG BANGUNAN

2011 2010

RM RM

Baki Awal 2,062.00 2,062.00

Pindaan dari Akaun Pembahagian Keuntungan 1,154.00 -

Kurang - bayaran dalam tahun (1,404.00) -

Baki Akhir e 1,812.00 2,062.00

KUMPULAN WANG KERAIAN

2011 2010

RM RM

Baki Awal 2,062.00 2,062.00

Pindaan dari Akaun Pembahagian Keuntungan 1,154.00 -

Kurang - bayaran dalam tahun (1,160.00) -

Baki Akhir f 2,056.00 2,062.00

Jumlah a+b+c+d+e+f RM 19,827.00 RM 17,334.56

Page 27: Koperasi Smk Convent Batu Pahat Berhad Hairul

NOTA 9 - PELBAGAI PENDAPATAN

2011 2010

RM RM

Perkhidmatan Mesin Fotostat 4,601.85 4,113.00

Fee Masuk 96.50 105.00

Faedah atas Deposit Tetap 3,252.10 3,541.13

Tempat Letak Kereta 440.00 480.00

Anugerah Koperasi Terbaik - 800.00

Keuntungan Jualan ASA - 7.62

Jumlah RM 8,390.45 RM 9,046.75

NOTA 10 - PELBAGAI PERBELANJAAN

2011 2010

RM RM

Mesyuarat ALP 27.00 123.00

Tambang 200.00 200.00

Pentadbiran 1,800.00 2,000.00

Perkhidmatan Mesin Fotostat 4,416.00 3,658.97

Elaun Jurujual 2,050.00 1,900.00

Belanja Am 1,536.00 2,348.00

Hari Koperasi Sekolah 1,439.00 2,465.00

Jamuan 818.00 1,200.00

Kursus 350.00 320.00

Sumbangan Khusus untuk SMK Convent BP 12,295.00 18,510.00

Sumbangan Hari Guru 330.00 330.00

Sumbangan Iklan Sekolah - 150.00

Sumbangan Bilik Am Guru - 400.00

Sumbangan Sambutan Hari Kebangsaan Sekolah - 400.00

Lawatan Sambil Belajar 2,500.00 2,500.00

Sumbangan Hari Keusahawanan - 100.00

Sumbangan Bakat Convent 400.00 -

Sumbangan Air Merentas Desa 45.00 -

SumbanganAir Kem Bina Insan 207.00 -

Sumbangan Air Hari Keluarga Sekolah 45.00 -

Sumbangan Air & Biskut Chorus Speaking 95.00 -

Sumbangan Hari Sukan/Mentor Mentee - 146.00

Sumbangan Anugerah Kurikulum - 156.00

Sumbangan T-Shirt Sekolah 870.00 -

Jumlah 29,423.00 36,906.97

Page 28: Koperasi Smk Convent Batu Pahat Berhad Hairul

Lampiran

NOTA 3 - ASET TETAP DAN SUSUTNILAI TERKUMPUL

Kos/Nilai Bangunan Komputer Komputer Kamera Jumlah

Bimbit

RM RM RM RM

Baki awal/akhir 67,675.00 2,678.00 2,529.00 779.00 73,661.00

Kurang - Susutnilai Terkumpul

Baki awal - 1,620.00 2,040.00 155.00 3,815.00

Susutnilai dalam tahun 2,707.00 540.00 488.00 155.00 3,890.00

Baki akhir 2,707.00 2,160.00 2,528.00 310.00 7,705.00

Nilai Bersih Pada 31 Oktober 2011 64,968.00 518.00 1.00 469.00 65,956.00

Nilai Bersih Pada 31 Oktober 2010 67,675.00 1,058.00 489.00 624.00 69,846.00

Page 29: Koperasi Smk Convent Batu Pahat Berhad Hairul

Ahli Jawatankuasa Pengelola

Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi SMKConvent Batu Pahat Berhad kali ke-28 tahun 2012

merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada,

EN. MOHAMED FAHRURAZI B. MOHAMED NOR PENOLONG PENGARAH

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA WILAYAH BATU PAHAT

CIK TAN SOO SOO

PENGETUA SMK CONVENT BATU PAHAT

AHLI LEMBAGA KOPERASI KOPERASI SMK CONVENT BATU PAHAT BERHAD

AHLI JAWATANKUASA KOPERASI

KOPERASI SMK CONVENT BATU PAHAT BERHAD

PEMEGANG-PEMEGANG SAHAM KOPERASI SMK CONVENT BATU PAHAT BERHAD

ANGGOTA-ANGGOTA

KOPERASI SMK CONVENT BATU PAHAT BERHAD

GURU-GURU SMK CONVENT BATU PAHAT

JURUJUAL-JURUJUAL KOPERASI SMK CONVENT BATU PAHAT BERHAD

STAF SOKONGAN SMK CONVENT BATU PAHAT

PELAJAR-PELAJAR SMK CONVENT BATU PAHAT

Serta

Semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI SMK CONVENT BATU PAHAT BERHAD

kali ke-28 tahun 2012.