Kps 6014 ulasan jurnal (2)

16
KPS 6014 : TEORI SOSIOLOGI DAN AMALAN PENDIDIKAN TUGASAN 3 ULASAN JURNAL: Peningkatan Kes Bunuh Diri Dalam Konteks Sosioekonomi : Kesan Kawalan Ibu bapa Dan Anomie NAMA :- NOOR SUZIANA BINTI ISMAIL NO.MATRIK :- M20122001290 N.PENSYARAH :- PROF.MADYA DR.AMIR HASAN DAWI

description

 

Transcript of Kps 6014 ulasan jurnal (2)

Page 1: Kps 6014 ulasan jurnal (2)

KPS 6014 : TEORI SOSIOLOGI DAN AMALAN PENDIDIKAN

TUGASAN 3

ULASAN JURNAL:

Peningkatan Kes Bunuh Diri Dalam Konteks Sosioekonomi : Kesan Kawalan Ibu bapa

Dan Anomie

NAMA :- NOOR SUZIANA BINTI ISMAIL

NO.MATRIK :- M20122001290

N.PENSYARAH :- PROF.MADYA DR.AMIR HASAN DAWI

Page 2: Kps 6014 ulasan jurnal (2)

ULASAN JURNAL DISEDIAKAN OLEH: NOOR SUZIANA BINTI ISMAIL

Nama Penulis:

1. ARASH HEYDARI

Allame Tabatabaei University of Tehran, Iran

2. ALI TEYMOORI

University of Queensland, St Lucia, Australia

3. HEDAYAT NASIRI

Yasouj University, Iran

Tahun:

OMEGA, Vol. 68(1) 63-76, 2013-2014

Tujuan Kajian:

Untuk mengenalpasti beberapa pembolehubah yang memberi kesan terhadap kes bunuh diri

mengikut teori model sintetik dari konteks status sosioekonomi (SES) , rasa anomie , kawalan

ibu bapa dan suicidality di kalangan pelajar University, Ahvaz , Iran.

Persoalan Kajian:

Apakah terdapat kesan secara langsung dan tidak langsung terhadap bunuh diri mengikut teori

model sintetik dari konteks status sosioekonomi (SES) , rasa anomie , kawalan ibu bapa dan

suicidality di kalangan pelajar University, Ahvaz , Iran.

Page 3: Kps 6014 ulasan jurnal (2)

Metodologi Kajian:

Pendekatan kuantitatif digunakan. Para peserta dikehendaki mengisi borang soal selidik

menjalankan empat soalan mengenai status sosioekonomi , rasa anomie , kawalan ibu bapa , dan

suicidality . Pendekatan kualitatif dan dijalankan dengan kaedah teknik temuduga, lawatan

rumah dan pemerhatian.

Sampel Kajian:

Sampel kajian terdiri daripada 350 pelajar universiti yang telah dipilih secara rawak dari Shahid

Chamran University, Ahvaz , Iran. 165 adalah pelajar lelaki dan 185 adalah perempuan berumur

diantara 18-29 tahun (M = 21.94 dan SP = 2.43 ).

Analisis Data:

Data telah dikumpul melalui borang soal selidik yang dijawab sendiri oleh responden dengan

mengisi borang soal selidik menjalankan empat soalan mengenai status sosioekonomi , rasa

anomie , kawalan ibu bapa , dan suicidality. Data yang diperolehi akan dianalisis dengan

menggunakan program “ Statistical Pachage for the Social Science for Window” atau SPSS For

Windows). Ujian Korelasi Pearson, Ujian-t dan ANOVA telah digunakan untuk menguji

hipotesis kajian.

Page 4: Kps 6014 ulasan jurnal (2)

Dapatan Kajian:

Keputusan menunjukkan bahawa semua korelasi antara pembolehubah adalah penting . Untuk

menguji teori model, keputusan yang seragam pekali regresi menunjukkan bahawa SES

mempunyai kesan langsung ke atas kejadian bunuh diri dan kesan tidak langsung melalui

anomie dan kawalan ibu bapa. Di samping itu, kawalan ibu bapa mempunyai kesan secara

langsung ke atas kejadian bunuh diri dan kesan tidak langsung melalui anomie juga. Pengkaji

telah mengesahkan hipotesis dengan pembolehubah yang selaras dengan teori Durkheim,

Merton, Kohn, dan Agnew. Didapati bahawa peningkatan kejadian bunuh diri berlaku dalam

konteks sosio-ekonomi melalui pengaruh kawalan ibu bapa dan perasaan anomie

Melalui kedua-dua sudut psikologi dan sosiologi, didapati bahawa ciri-ciri personaliti

individu, tekanan dan persekitaran masyarakat banyak memainkan peranan penting dalam

kejadian bunuh diri dan anomie.Selain itu, Kejadian bunuh diri juga disiasat dari aspek

kecenderungan untuk cubaan membunuh diri, kejadian bunuh diri, perancangan untuk

membunuh diri dan tindakan membunuh diri yang membawa kepada kematian. Pemikiran,

perancangan dan tindakan membunuh diri merupakan ciri-ciri fenomena yang merbahaya.

Menurut Ahmadi dan Ytterstad (2007), didapati bahawa purata rakyat Iran telah membuat

cubaan untuk membunuh diri sebanyak 11 orang sehari dan sekurang-kurang 4 orang yang

mengorbankan diri mereka. Kadar kematian disebabkan membunuh diri mencatatkan nilai

tertinggi di seluruh dunia. Kebanyakan mereka melakukan cubaan membunuh diri disebabkan

oleh beberapa faktor seperti konflik individu dengan keluarga, kawan-kawan dan saudara mara.

Catatan kadar membunuh diri semakin meningkat dari sehari ke sehari.

Page 5: Kps 6014 ulasan jurnal (2)

Menurut Hemmati, Daneshasrmooz & Panahi ( 2004), mendapati bahawa min pemikirin

membunuh diri di kalangan perempuan mencatat nilai yang lebih tinggi berbanding lelaki. Selain

itu, Faktor umur, sejarah gangguan mental, perokok tegar, alkohol dan penganggur mempunyai

risiko yang tinggi dalam cubaan membunuh diri. Menurut Moradi&khademi (2002), kebanyakan

golongan yang suka membunuh diri terdiri daripada golongan muda mudi. Hal nini berlaku

disebabkan oleh gaya hidup yang mereka amalkan.

Dari segi faktor ekonomi pula, pelajar merupakan individu yang dianggap terasing dari

orang lain, ini berlaku mungkin disebabkan oleh taraf pendidikan mereka yang dianggap

tradisinal dan tidak berani untuk berumah. Selain itu, mereka jugadianggap sebagai orang

penting untuk masa hadapan.

Dari sudut pandangan sosiologi, kebanyakkan pelajar yang melakukan tindakan ini

adalah mereka yang mengalami masalah kekeliruan dalam memilih cara hidup yang betul kerana

tinggal berjauhan dengan keluarga. Mereka terdiri daripada pelajar yang mengamalkan gaya

hidup yang kolektif di asrama, keadaan bertambah buruk apabila mereka gagal untuk mengawa

nafsu selain mengasingkan diri dari kehidupan sosial yang sebenar ( Bashirie, 1996).

Berdasarkan kajian-kajian lepas yang telah dibuat oleh beberapa tokoh sosiologi, seperti

Burkheim (1897/1966), didapati bahawa mereka yang membunuh diri adalah mereka yang

mempunyai masalah psikologi dan masalah sosial. Masalah membunuh diri terdapat dalam dua

peringkat utama iaitu peringkat makro ( struktur sosial ) dan peringkat mikro ( tingkah laku dan

sikap individu ). Menurut Heydari (2011), mencadangkan bahawa anomie di peringkat mikro

Page 6: Kps 6014 ulasan jurnal (2)

mempunyai tiga dimensi yang berbeza termasuklah meaninglessness dan rasa tidak percaya,

ketiadaan dan fetishism wang. Menurut Abercrombie (2006) pula, anomie merupakan konsep

yang merapatkan jurang diantara tindakan sosial di peringkat individu ( tahap penjelasan mikro)

dan tahap masyarakat ( tahap penjelasan makro).

Teori Anomie telah diperkenalkan oleh dua orang tokoh sosiologi yang terkenal iaitu

Emile Durkheim dan Merton. Setiap tokoh ini menyatakan pendapat masing-masing berkenaan

dengan teori anomie.

Teori Anomie Emile Durkheim (1858 – 1917)

Menurut Emile Durkheim, Istilah anomie ialah sesuatu keadaan seseorang itu hilang arah haluan

ataupun keliru dengan nilai dan norma masyarakat yang menjadikannya dalam keadaan

‘ketiadaan norma’ atau normlessness. Menurut beliau, conformity (selaras) dan obedeince

(pengukuhan) menjadi kurang penting apabila hasrat individu untuk mencapai sesuatu menjadi

mustahil. Hal ini kerana, seseorang itu akan bebas melakukan tindakan yang tidak sesuai dan

menimbulkan perasaan tidak perlu kepada norma-norma masyarakat.

Teori ini berdasarkan tulisan Dudrkheim dalam menjalaskan fenomena manusia

membunuh diri disebabkan oleh keadaan masyarakat dan bukannya individu itu sendiri. Menurut

Durkheim, keadaan ini wujud kerana berlakunya keruntuhan ekonomi, perubahan sosial dan

masa ketiadaan kawalan social dalam masyarakat (Durkheim, 1996: 131).

Page 7: Kps 6014 ulasan jurnal (2)

Menurut beliau lagi, konsep anomie dipakai untuk menggambarkan suatu masyarakat

yang memiliki banyak norma dan nilai antara satu sama lain yang saling bertentangan. Suatu

masyarakat yang anomis (tanpa norma) tidak mempunyai pedoman mantap yang dapat dipelajari

dan di pegang oleh para anggota masyarakatnya. Selain itu, jika masyarakat tidak mempunyai

peraturan- peraturan ke atas tingkahlaku individu atau dengan erti kata lain sekiranya integriti

sesebuah masyarakat itu runtuh, seseorang individu itu akan membunuh diri atau anomik apabila

mereka mendapati diri mereka dengan dunia bercanggah dan mereka akan mengalami

kekecewaan yang melampau. Kekurangan integrity dan peraturan dalam masyarakat akan

menyebabkan keruntuhan norma-norma moral dan keruntuhan social dalam masyarakat.

Emile Durkheim juga berpendapat bahwa hanya proses dan sebab-sebab sosial sahaja

yang dapat menjelaskan kadar bunuh diri di dalam sesuatu kawasan. Hal ini disokong oleh

Kunce&Anderson (2002,p.155 )yang menyatakan pendekatan tradisional untuk kajian empirical

bunuh diri terjadi dan dipengaruhi oleh faktor sosio-ekonomi dan fakor persekitaran sosial.

Faktor-faktor kuat /rendahnya integrasi sosial dalam masyarakat , bunuh diri terdiri daripada 3

jenis yang utama iaitu:

1. Bunuh diri egoistis

Dilakukan oleh seseorang karana integrasi sosial yang cenderung rendah dengan orang

lain

i. Egoistis I à Dalam bidang agama

ii. Egoistis IIàDalam Keluarga

iii. Egoistis III à dalam politik

Page 8: Kps 6014 ulasan jurnal (2)

2. Bunuh diri altruistik

Seseorang melakukan bunuh diri, karana orang tersebut mempunyai integrasi sosial yang

sangat kuatàdianggap mengabdi terhadap kelompoknya

Contoh:

i. Sati di India

ii. Harakiri di Jepun (jika kalah perang)

3. Bunuh diri anomi (kekaburan norma)

Bunuh diri yang dilakukan karana terjadinya perubahan sosial yang berlangsung sangat

cepat, sehingga orang kehilangan pegangan hidup/pedoman hidup

Contoh:

i. Orang kaya à bangkrup

Teori Anomie Merton

Ketidaktentuan antara penekanan masyarakat bagi mencapai sesuatu matlamat juga

membenarkan individu melaksanakan pencapaian matlamat itu melalui berbagai-bagai cara.

Keadaan begini mewujudkan devian. Selain itu kebanyakan orang ingin mencapai kejayaan

daripada segi material, martabat, kekuasaan dan lain-lain lagi. Akan tetapi, hanya cara-cara

tertentu dibenarkan oleh masyarakat mencapai matlamat-matlamat itu seperti dengan taraf

pendidikan yang tinggi atau kerja bergaji tinggi.

Page 9: Kps 6014 ulasan jurnal (2)

Oleh kerana ketidakadilan struktur sosial, bukan semua orang mendapat peluang yang

saksama bagi mendapat cara-cara yang dibenarkan ini. Contohnya orang miskin telah dinafikan

hak kemasyarakatan yang sepenuhnya untuk mendapat pendidikan yang tinggi disebabkan oleh

masalah kewangan (Robert Merton, 1957: 131) Jadi, bagi mereka yang inginkan kejayaan,

terdapat dorongan yang kuat supaya mereka melakukan apa-apa sahaja termasuk jenayah bagi

mencapai matlamat mereka. Hal ini dijelaskan oleh Merton, iaitu orang-orang yang gagal

mencapai matlamat dalam hidupnya sanggup melakukan apa sahaja tanpa mengambil kira sama

ada dia melanggar norma-norma kehidupan bermasyarakat ataupun tidak.

Menurut Merton lagi, terdapat lima cara adaptasi individu untuk mencapai tujuan budaya

dari yang wajar sampai menyimpang, iaitu sebagai berikut :

a. Konformiti(Conformity) - Konformiti merupakan sikap menerima tujuan budaya dengan

cara mengikuti tujuan dan cara yang ditentukan oleh masyarakat.

Contoh : seseorang yang ingin menjadi orang kaya berusaha untuk mewujudkannya

dengan menempuh pendidikan tinggi dan bekerja keras.

b. Inovasi (Innovation)- Inovasi merupakan sikap menerima secara kritis cara-cara

pencapaian tujuan yang sesuai dengan nilai budaya sambil menempuh cara-cara batu

yang belum biasa atau tidak umum dilakukan.

Contoh : seseorang yang ingin menjadi orang kaya, tetapi kedudukannya di tempat tidak

memungkinkan memperoleh gaji besar, sehingga ia melakukan jalan pintas memperoleh

kejayaan yang senang.

c. Ritualisme (Ritualism) - Ritualisme merupakan sikap menerima cara-cara yang

diperkenalkan secara cultural, namun menolak tujuan-tujuan kebudayaan, sehingga

Page 10: Kps 6014 ulasan jurnal (2)

perbuatan ritualisme berpegang teguh pada akidah-akidah yang berlaku namun

mengorbankan nilai sosial budaya yang ada.

Contoh : seorang karyawan bekerja tidak untuk memperoleh kekayaan, tetapi hanya

sekedar memperoleh perasaan puas hati saja.

d. Pengasingan Diri (Retreatism) - Pengasingan diri merupakan sikap menolak tujuan-

tujuan ataupun cara-cara untuk mencapai tujuan yang telah menjadi sebahagian

kehidupan masyarakat ataupun lingkungan sosialnya.

Contoh : para pemabuk dan pemakai narkoba yang seakan-akan berusaha melarikan diri

dari masyarakat dan lingkungan.

e. Pemberontakan (Rebeliion) - Pemberontakan merupakan sikap menolak sarana dan

tujuan-tujuan yang disahkan oleh budaya masyarakat dan menggantikan dengan cara

yang baru. Contoh : kaum pemberontak yang memperjuangkan ideologinya melalui

perlawanan bersenjata. Dari kelima tipe diatas, tipe cara adaptasi konformitaslah yang

merupakan bentuk perilaku yang tidak menyimpang, sedangkan ke-empat tipe adaptasi

lainnya termasuk dalam bentuk perilaku yang menyimpang.

Untuk memperjelaskan pemahaman anda mengenai tips cara adaptasi individu menurut Merton,

perhatikan jadual di bawah ini :

Tip Cara Adaptasi Tujuan Budaya

i. Melembaga Konformitas Inovasi Ritualisme Pengasingan diri Pembenrontakan

Keterangan : sikap menerima , penolakan , penolakan terhadap nilai-nilai yang berlaku

dan upaya menggantinya dengan nilai-nilai baru.

Page 11: Kps 6014 ulasan jurnal (2)

ii. Berdasarkan Sudut Pandang Psikologi Seorang tokoh psikolog asal Australia yang

terkenal dengan teori psikoanalisasinyabernama Sigmund Freud (1856-1939) menyatakan

bahawa dalam diri manusia terdapat tiga bahagian penting, iaitu berkait dengan hal-hal

sebagai berikut:

a. Bahagian dari yang bersifat tidak sedar, nalurilah, dan mudah terpengaruh oleh gerak

hati.

b. Ego, adalah bahagian diri yang bersifat sedar dan rasional yang berfungsi menjaga pintu

keperibadian.

c. Supergo, adalah bagian dari diri yang telah mengabsorbsi (menyerap) nilai-nilai cultural

yang berfungsi sebagai suara hati. Menurut Fried perilaku menyimpang dapat terjadi pada

diri seseorang apabila itu terlalu mengawal sehingga tidak terkontrol dan muncul

bersamaan dengan superego yang tidak aktif, sementara dalam waktu yang bersamaan

ego tidak berhasil memberikan perimbangan.

d. Berdasarkan Sudut Pandang Biologi Sheldon mendefinisikan tipes tubuh menjadi tiga

tips dasar,iaitu sebagai berikut :

1. Endomorph (bundar, halus, dan gemuk)

2. Mesomorph (berotot dan atletis)

3. Ectomorph (tipis dan kurus) Stiap tipe tubuh mempunyai kecenderungan sifat-sifat

kepribadian. Contohnya, penjahat pada umumnya bertipe mesomorph. Sedangkan Cesare

Lombroso, seorang kriminologi dari Italia berpendapat bahawa orang jahat memiliki ciri-

ciri ukuran rahang dan tulang pipi panjang, memiliki kelainan pada mata yang khas,

Page 12: Kps 6014 ulasan jurnal (2)

tangan dan jari-jari relative besar, dan susunan gigi abnormal. Adapun tipe pelaku

kriminal menurut Casare Lomboso adal sebagai berikut : “ Teori biologis mendapat

banyak kritikan dan diragukam kebenarannya, sehingga para ilmuwan sosial beranggapan

bahwa faktor biologis merupakan faktor yang secara relative tidak penting pengaruhnya

terhadap penyimpangan perilaku”.

4. Berdasarkan Sudut Pandang Kriminologi

Selain emile Durkheim dan Merton, terdapat juga tokoh-tokoh lain memberi pendapat

mereka berkenaan dengan anomie. Menurut Srole (1958), mendapati bahawa anomie ditafsirkan

sebagai “pengasingan diri”. Perasaan ini termasuklah pengasingan dengan masyarakat, institusi

social, perasaan ketiadaan serta perasaan berputus asa.

Kesimpulan:

Kajian ini merumuskan bahawa kurikulum mungkin boleh dianggap sebagai persimpangan

antara rumah dan budaya sekolah mereka. Selain itu, kemasukan budaya dalam kurikulum

menunjukkan kerumitan interaksi naratif ini. Realiti ini menunjukkan mengapa percubaan

untuk mencapai kata sepakat mengenai amalan kurikulum yang sesuai adalah begitu sukar.

Percanggahan kehidupan pelajar adalah berbeza kerana ia telah dibangunkan dan dilaksanakan

oleh orang lain, perspektif yang kurikulum dan persekolahan yang dibentuk sangat berbeza.

Page 13: Kps 6014 ulasan jurnal (2)

Rujukan

Kamus penguin sosiologi.

Oleh : Abercrombie, N. , Hill , S., & Turner, BS

(2006). Harmondsworth , UK: Penguin.

Menguji teori-teori ketegangan struktur. Jurnal Penyelidikan dalam Jenayah dan Kenakalan

Oleh: Agnew , R.

( 1987)., 24, 281-286 .

Asas bagi teori bebanan am jenayah dan delinkuensi.

Oleh: Agnew , R. ( 1992). Kriminologi, 30 ( 1), 47-88