KPS SAIns

2
Q UNIT 1 : KEMAHIRAN SAINTIFIK KEMAHIRAN PROSES SAINS Memerhati Kemahiran proses sains memerhati ialah proses mengumpul maklumat tentang objek dan fenomena dengan menggunakan sebahagian atau semua deria iaitu : i. Rasa ii. Lihat iii.Sentuh iv. Bau v. Dengar 2. Mengelas Kemahiran proses sains mengelas ialah menggunakan pemerhatian untuk mengasing dan mengumpulkan objek atau fenomena berdasarkan ciri yang sama. 3. Mengukur dan menggunakan nombor Mengukur dan menggunakan nombor ialah kemahiran membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan menggunakan alat berunit piawa atau alat yang diseragamkan sebagai unit rujukan. Contoh alat pengukur ialah pembaris dan silinder penyukat 4. Meramal Meramal ialah proses menjangka sesuatu peristiwa yang akan berlaku. Ramalan adalah berdasarkan pemerhatian dan pengalaman lalu atau berdasarkan data. 5. Membuat Inferens Membuat inferens ialah membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang mungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan sesuatu pemerhatian.

description

kps

Transcript of KPS SAIns

Page 1: KPS SAIns

Q

UNIT 1 : KEMAHIRAN SAINTIFIK

KEMAHIRAN PROSES SAINS

Memerhati

 Kemahiran proses sains memerhati ialah proses mengumpul maklumat tentang objek dan fenomena dengan   menggunakan sebahagian atau semua deria iaitu :                                  

    i. Rasa   ii. Lihat   iii.Sentuh   iv. Bau   v. Dengar 

2.     Mengelas 

Kemahiran proses sains mengelas ialah menggunakan pemerhatian untuk mengasing dan mengumpulkan objek atau fenomena berdasarkan ciri yang sama.

3.     Mengukur dan menggunakan nombor 

 Mengukur dan menggunakan nombor ialah kemahiran membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan menggunakan alat berunit piawa atau alat yang diseragamkan sebagai unit rujukan.

Contoh alat pengukur ialah pembaris dan silinder penyukat

4.     Meramal 

Meramal ialah proses menjangka sesuatu peristiwa yang akan berlaku. Ramalan adalah berdasarkan pemerhatian dan pengalaman lalu atau berdasarkan data.

5.    Membuat Inferens 

Membuat inferens ialah membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang mungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan sesuatu pemerhatian.

6.    Berkomunikasi 

Berkomunikasi ialah menerima, memilih, menyusun dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam bentuk tulisan, lisan, jadual atau rajah.

  

Page 2: KPS SAIns

KEMAHIRAN MANIPULATIF 

Terdapat lima kemahiran manipulatif, iaitu : 

1) Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul 

2) Mengendalikan specimen dengan betul dan selamat 

3) Melakar specimen, peralatan, dan bahan sains dengan tepat 

4) Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul 

5) Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat