KPT 6044 tugasan 2 ulasan blog

5
KPT 6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB TUGASAN 2: ULASAN BLOG cikgunuurul.wordpress.com NAMA PENSYARAH: PROFESOR MADYA DATO’ DR. ABDUL LATIF BIN HAJI GAPOR NAMA PELAJAR: NUURUL JAMILAH BINTI MOHAMMED ASARI M20121000509 TARIKH SERAHAN: 30 NOVEMBER 2013

Transcript of KPT 6044 tugasan 2 ulasan blog

Page 1: KPT 6044 tugasan 2 ulasan blog

KPT 6044

PEMBELAJARAN BERASASKAN

ELEKTRONIK DAN WEB

TUGASAN 2:

ULASAN BLOG cikgunuurul.wordpress.com

NAMA PENSYARAH:

PROFESOR MADYA DATO’ DR. ABDUL LATIF BIN

HAJI GAPOR

NAMA PELAJAR:

NUURUL JAMILAH BINTI MOHAMMED ASARI

M20121000509

TARIKH SERAHAN:

30 NOVEMBER 2013

Page 2: KPT 6044 tugasan 2 ulasan blog

1

Pengenalan

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi khususnya internet melahirkan

sebuah media baru iaitu blog. Blog adalah sebuah media yang mempunyai pelbagai

kemudahan sebagai sebuah website peribadi mahupun sesebuah institusi. Web blog

merupakan sebuah medium untuk menyampaikan maklumat secara online yang tiada

sempadan waktu dan ruang. Fungsi web blog ini sesuai dengan keperluan bidang pendidikan

yang sentiasa menuntut perkembangan dan perkongsian idea dan ilmu-ilmu baru.

Terdapat pelbagai perisian yang disediakan untuk membina blog. Wordpress.com

merupakan salah satu daripadanya. Blog atau web blog adalah catatan peribadi seseorang di

internet yang mengandungi informasi yang sering dikemaskini dan mempunyai kronologi.

Atau kata lain, blog adalah sebuah diari atau buku harian secara online yang boleh dibaca oleh

sesiapa sahaja. Beberapa ciri blog adalah seperti berikut:

1. Isi utama biasanya berupa informasi yang bersifat kronologi dan mempunyai beberapa

kategori.

2. Terdapat bahagian untuk berita dan informasi lain.

3. Ada ruangan komen dan pesanan.

4. Terdapat link ke web atau blog lain yang sering dikunjungi (blogroll).

Blog cikgunuurul.wordpress.com

Web blog cikgunuurul.wordpress.com merupakan sebuah blog peribadi saya yang

merupakan seorang guru di Sekolah Kebangsaan Sungai Siput (U). Blog ini adalah berkaitan

pembelajaran Matematik sekolah rendah. Blog ini dibangunkan menggunakan perisian

wordpress.com. Secara amnya, blog ini adalah bertujuan untuk menyempurnakan salah satu

tugasan bagi matapelajaran KPT 6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web yang

diajar oleh Profesor Madya Dato’ Dr. Abdul Latif bin Haji Gapor.

Blog ini menggunakan tema Eventbrite Single Themes. Rajah di bawah merupakan

paparan laman utama blog saya. Berdasarkan rajah di bawah juga, dapat dilihat paparan item-

item yang terkandung dalam blog saya iaitu Home, KPT6044, PdP Matematik, Rekreasi

Matematik dan Kata Mutiara.

Page 3: KPT 6044 tugasan 2 ulasan blog

2

Rajah 1: Paparan Laman Utama Blog

Terdapat beberapa sub item yang terkandung dalam item-item utama di atas. Sub-sub

item tersebut adalah seperti senarai di bawah:

1. Home

2. KPT 6044

i. Video Promosi

ii. Tugasan 1

iii. Tugasan 2

iv. Tugasan 3

v. Tugasan 4

vi. Slideshare

vii. Blendspace

3. PdP Matematik

i. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

ii. KSSR

a. Apakah itu KSSR?

b. Berita

c. Pautan

iii. Latihan

4. Reksreasi Matematik

5. Kata Mutiara

i. Motivasi

ii. Petua Kejayaan

Page 4: KPT 6044 tugasan 2 ulasan blog

3

Rajah 2: Paparan Sub-sub Item

Rajah 2 di atas adalah contoh paparan sub-sub item yang terdapat di dalam item

KPT6044 blog saya. Semua tugasan yang diberikan oleh pensyarah yang telah dimuatnaik ke

dalam slideshare saya kongsikan bersama di dalam blog ini. Contoh bahan yang terdapat di

dalam blog saya yang telah dimuatnaik di dalam slideshare adalah seperti pada Rajah 3 di

bawah. Manakala Rajah 4 menunjukkan contoh bahan yang dimuat turun daripada Youtube.

Rajah 3: Paparan Contoh Tugasan di Slideshare

Rajah 4: Contoh Bahan Muat Turun daripada Youtube

Page 5: KPT 6044 tugasan 2 ulasan blog

4

Secara tidak langsung pembinaan blog ini adalah bertujuan untuk berkongsi ilmu

berkaitan dunia Matematik sekolah rendah. Item KPT 6044 mengandungi kesemua tugasan

yang diberikan oleh pensyarah. Terdapat empat tugasan utama iaitu tugasan satu yang

memerlukan pelajar membuat ulasan jurnal dan membuat persembahan Powerpoint bagi

ulasan tersebut. Tugasan dua pula adalah pembinaan blog ini sendiri. Seterusnya tugasan tiga

yang mengkehendaki pelajar membuat kajian tinjauan pelbagai aspek dalam amalan

penggunaan media elektronik atau web di institusi pendidikan semasa pelajar. Akhir sekali

adalah tugasan empat iaitu membuat pembacaan dan penilaian kendiri merujuk buku teks

bertajuk Instructional Technology and Media for Learning. Tugasan satu, dua dan empat

perlu dimuatnaik di dalam slideshare sebelum dimasukkan ke dalam blog ini.

Item PdP Matematik pula adalah berkaitan blog ini sendiri iaitu mengenai pembelajaran

Matematik sekolah rendah. Bahan-bahan berkaitan Matematik sekolah rendah boleh

diperolehi melalui item ini. Berikutnya adalah item Rekreasi Matematik yang mengandungi

beberapa aktiviti rekreasi Matematik. Diikuti dengan Kata Mutiara sebagai pembakar

semangat dan motivasi dalam menempuh kejayaan hidup di dunia mahupun di akhirat.

Penutup

Semoga apa yang dikongsikan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Segala usaha dan suka-duka sepanjang proses pembinaan blog ini akhirnya membuahkan

hasil. Terima kasih yang tidak terhingga kepada tenaga pengajarnya, Profesor Madya Dato’

Dr. Abdul Latif bin Haji Gapor kerana telah banyak memberi tunjuk ajar. Terima kasih juga

kepada rakan-rakan kelas KPT 6044 terutama Siti, Ida, Ayu, Mas, Yan dan Ju. Semoga ilmu

yang kita pelajari ini dapat dimanfaatkan di masa akan datang. Setiap kebaikan itu adalah

datangnya dari Allah s.w.t dan setiap yang buruk itu adalah dari kelemahan diri saya.