Kpt 6053 kajian rbi & teknologi

download Kpt 6053   kajian rbi & teknologi

of 13

  • date post

    31-Oct-2014
  • Category

    Education

  • view

    854
  • download

    10

Embed Size (px)

description

 

Transcript of Kpt 6053 kajian rbi & teknologi

  • 1.
    PENGGUNAAN ALAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIKBhasah Abu Bakar, Abd. Rahman Daud & FairuzAbdul Haleem Shah
    NOR AZIMAH BINTI HAMZAH (M20101000238)
    Program Rekabentuk Instruksional dan Teknologi
    Fakulti Pendidikan & Pembangunan Manusia, upsi

    1

2. TAJUK KAJIAN
PENGGUNAAN ALAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK (ATPM)
ISU KAJIAN
Tahap kemudahan IT yang terdapat di sekolah-sekolah yang belum sempurna, sikap guru terhadap penggunaan ATPM, kursus atau latihan guru terhadap penggunaan ATPM dan pengurusan sekolah ke atas pengurusan bilik sumber yang memainkan peranan penting dalam meningkatkan lagi penggunaan ATPM.
2
3. TUJUAN KAJIAN
Mengenalpasti penggunaan ATPM di sekolah berbagai aliran seperti SK, SRK, SRJKC, SRJKT dan SM selain mencari jawapan tentang penggunaan ATPM di sekolah antaranya :-
menentukan tahap penggunaan ATPM berdasarkan aliran sekolah.
mengenalpasti penggunaan ATPM dikalangan guru wanita dan lelaki.
menentukan takat kecukupan ATPM di pusat sumber.
menentukan takat penggunaan ATPM oleh guru matematik.
mengkaji penggunaan ATPM oleh guru berdasarkan peringkat umur.
menentukan sumber guru mendapatkan kemahiran menggunakan ATPM.
3
4. KAEDAH
Tinjauan (pensampelan bertujuan), 314 buah sekolah dipilih termasuk sekolah rendah dan menengah
INSTRUMEN KAJIAN
Borang soal selidik mengandungi tiga bahagian, Bahagian pertama (demografi) & Bahagian kedua (kekerapan penggunaan ATPM) dan Bahagian ketiga (tanggapan guru terhadap ATPM), dibahagikan kepada empat subskala; (a) sikap guru terhadap ATPM, (b) kemahiran guru tentang penggunaan ATPM, (c) kursus latihan guru menggunakan dan (d) pengurusan sekolah dalam penggunaan ATPM.
4
5. TEORI

  • Blondin (1966) - Kemahiran guru ada kaitannya dengan kursus/latihan dan faktor penghalang penggunaan ATP ialah kekurangan kemahiran di kalangan guru-guru.

6. Mattox (1974) - sikap malas guru membawa kesan terhadap penggunaan ATPM kerana tekanan daripada pihak atasan dan kurang mendapat sokongan mereka. 7. Arnove (1976) - guru-guru bersikap negatif terhadap ATP dalam pengajaran dan pembelajaran. 8. Sibalwa (1983) - Guru-guru yang banyak pengalaman mengajar dan mengikuti latihan lebih banyak menggunakan ATP daripada mereka yang hanya mempunyai pengalaman tanpa latihan5
9. ANALISA & DAPATAN
Data dianalisis menggunakan pakej SPSS versi 11. Statistik deskriptif dan inferential digunakan termasuklah kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai, chi-ganda dua, anova dan ujian-t. 6 dapatan pertama diperoleh melalui pengiraan kekerapan dan peratus.
Bilangan guru lelaki dan perempuan mengikut lokasi dan jenis sekolah
Kekerapan guru menggunakan atpm dalam seminggu di bilik darjah sebagai alat bantu mengajar matematik
Bilangan guru Matematik menggunakan teknologi pendidikan Matematik
Penggunaan ATPM oleh guru mengikut peringkat umur
Kecukupan ATPM di pusat sumber untuk kegunaan guru Matematik
Sumber guru mendapatkan kemahiran ATPM
6
10. Kekerapan menggunakan alat ATPM mengikut jantina (menggunakan nilai khi kuasa dua dengan empat kategori kekerapan penggunaan ATPM)
7
11. Tanggapan Guru Bandar dan Guru Luar Bandar Terhadap Penggunaan ATPM (Ujian-t dibuat untuk menentukan skor min guru yang datangnya dari bandar dan luar bandar ke atas faktor yang memberi kesan ke atas penggunaan ATPM).
8
12. Tanggapan guru lelaki dan perempuan terhadap penggunaan ATPM. Ujian-t sekali lagi digunakan untuk menentukan perbezaan antara lelakidan perempuan terhadap faktor-faktor yang memberi kesan ke atas penggunaan ATPM
Jadual 9: Pandangan guru tentang ATPM berdasarkan jantina
9
13. Perbezaan Penggunaan Alat ATPM Mengikut Jenis Sekolah. ANOVA digunakan untuk mencari perbezaan tanggapan terhadap faktor-faktor yang memberi kesan ke atas penggunaan ATPM dari pelbagai jenis sekolah
Jadual 10: Analisis varian ke atas guru-guru
dari pelbagai aliran sekolah tehadap penggunaan ATPM
10
14. Tempoh mengajar di sekolah menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan bagi guru-guru yang sudah lama mengajar ke atas faktor-faktor yang memberi kesan ke atas penggunaan ATPM.
Jadual 11: Analisis varian ke atas guru-guru
berdasarkan pengalaman mengajar terhadap penggunaan ATPM
11
15. PERBINCANGAN & KESIMPULAN

  • Guru-guru masih mengutamakan penggunaan ATPM konvensional kerana biasa bagi mereka, tidak begitu sukar digunakan, mudah dipelajari dari rakan-rakan sekerja tanpa memerlukan bantuan pakar.

16. Peratusan guru yang tidak pernah menggunakan komputer dalam P&P adalah lebih tinggi daripada mereka yang menggunakan komputer. 17. Hampir semua jenis sekolah menggunakan alatan matematik sebagai ATPM yang amat kerap sekali digunakan diikuti oleh carta matematik dan poster matematik. Alat ATPM yang amat jarang digunakan disemua jenis sekolah ialah slaid diikuti dengan video, komputer dan radio. 18. Kegemaran guru menggunakan ATPM konvensional mendapat peneguhan daripada guru matematik yang begitu gemar menggunakan ATPM konvensional dibandingkan yang menggunakan ATPM moden adalah kurang dari 55% 19. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan melibatkan perbandingan melibatkan lokasi sekolah dan jantina dalam sikap mereka terhadap penggunaan ATPM.12
20.

  • Guru berumur 25 ke 35 tahun lebih aktif menggunakan ATPM berbanding dengan guru yang baru keluar dari maktab/universiti. Manakala guru yang baru mula mengajar didapati lebih aktif menggunakan ATPM dari guru yang berumur lebih 35 tahun.

21. Kekurangan alat ATPM di pusat sumber dan latihan kepada guru mungkin menjadi salah satu punca guru kurang menggunakan ATPM moden yang wujud di pusat sumber. 22. Latar belakang guru juga tidak memainkan peranan dalam tanggapan mereka terhadap ATPM. Sama ada guru itu berasal dari Sekolah Kebangsaan atau bukan Kebangsaan (SJKC atau SJKT) atau Sekolah Menengah tidak membezakan tanggapan mereka terhadap penggunaan ATPM. 23. Pengalaman guru juga tidak dapat memberi perbezaan yang signifikan sama ada guru berkenaan telah mengajar lama atau baru mengajar. Ini mungkin disebabkan sistem pengendalian bilik sumber tidak membenarkan guru dapat menggunakan bilik sumber dengan bebas. Mereka terikat dengan beberapa peraturan yang menyekat kebebasan mereka menggunakan bilik sumber yang sepatutnya dapat membantu guru dalam menyediakan alat bantu mengajar.13