Kpt6044 web

13
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA NAMA KURSUS: KPT 6044 Pengajaran berasaskan elektronik dan web TAJUK TUGASAN : ULASAN JURNAL PENSYARAH: PROF.MADYA DATO` DR. ABDUL LATIF BIN HJ GAPOR NAMA: YUSRI BIN OTHMAN NO MATRIK: M20141000731 ALAMAT E-MAIL: [email protected]

Transcript of Kpt6044 web

Page 1: Kpt6044 web

 

FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

NAMA KURSUS:KPT 6044

Pengajaran berasaskan elektronik dan web

TAJUK TUGASAN:ULASAN JURNAL

PENSYARAH: PROF.MADYA DATO` DR. ABDUL LATIF BIN HJ GAPOR

NAMA:YUSRI BIN OTHMAN

NO MATRIK:M20141000731

ALAMAT E-MAIL:[email protected]

Page 2: Kpt6044 web

Tajuk: Pembangunan Laman Web EZ-Arabic Sebagai Alternatif Pembelajaran Maya Bahasa Arab bagi Pelajar Sekolah Rendah Malaysia

Sumber: Jurnalteknologi.utm.my /eISSN2180-3722 / 61:1(2013)

Penyelidik: Mohd Firdaus Yahayaa, Muhammad Sabri Sahrir, Mohd Shahrizal Nasir

Page 3: Kpt6044 web

Ulasan Jurnal Pengenalan

Jurnal ini menyatakan tentang pembelajaran menggunakan bahan pengajaran berasaskan web bagi mata pelajaran Bahasa Arab di sekolah rendah seluruh Malaysia, iaitu Web EZ-Arabic. Penyelidik ialah Mohd Firdaus Yahayaa, Muhammad Sabri Sahrir dan Mohd Shahrizal Nasir. Disiarkan dalam Jurnalteknologi.utm.my oleh penerbit utm press 2013 e-ISSN2180-3722 / 61:1 (2013).

Page 4: Kpt6044 web

Ulasan JurnalPersoalan Kajian

ICT memainkan peranan penting dalam dunia pendidikan pada masa kini. Menyedari kepentingan pelbagai usaha untuk menggalakkan guru-guru untuk mengintegrasikan ICT dalam proses PdP. Penyelidik berpendapat ICT mendatangkan kebaikan seperti pelajar mudah untuk mengakses maklumat dan bahan pengajaran melalui web, aktiviti pembelajaran maya dan sebagainya. Menjelaskan bahawa Web EZ-Arabic berfungsi sebagai rangka kerja yang boleh digunakan guru untuk pembinaan bahan pembelajaran berpusatkan pelajar menggunakan internet.

Page 5: Kpt6044 web

Ulasan JurnalPernyataan Masalah

Penyelidik tidak menulis pernyataan masalah secara jelas, sebaliknya beliau lebih menekankan kominiti pembelajaran melalui web log.Mengapa kajian ini dilakukan tidak dipersoalkan kerana tiada pernyataan masalah secara khusus yang dituliskan dalam jurnal research ini.. Asas-asas teori yang digunakan lebih menekankan amalan yang berlaku dalam komuniti pembelajaran melalui web log.

Pernyataan masalah dapat membantu seorang penyelidik menjelaskan apa yang ia tidak ketahui dan berhasrat mengetahuinya. Pernyataan masalah membolehkan kita mentakrif tujuan kajian atau matlamatnya; tidak berbentuk khayalan.Merangkumi matlamat umum dan matlamat khusus, Mohd Nawi Ab Rahman (2000).Kerlinger (1986) menyatakan soalan mestilah memenuhi tiga kriteria, iaitu pertama, dinyatakan dalam bentuk kaitan antara pembolehubah, kedua, jelas dan tidak kabur dan ketiga, memungkinkan ia dikaji secara empirikal(mempunyai landasan falsafah dan teologi yang sah untuk dijawab.

Page 6: Kpt6044 web

Ulasan JurnalKajian Literature

Terdapat beberapa sorotan literature dalam penulisan penyelidik. Walau pun terdapat pengulangan sorotan yang digunakan ianya didapati tidak sesuai dan tidak berkaitan dengan tujuan kajian yang dijalankan. Perhubungan antara satu literature dengan yang lain juga tidak jelas dan tidak mengikut kronologi. Antara sorotan yang telah dibuat, mengenai Komuniti pembelajaran web. Namun saya sebagai pembaca menghadapi kesukaran untuk memahami tujuan kajian kerana pengkaji banyak menceritakan tentang kaedah pembinaan web dari menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan web. Untuk itu saya sebagai pembaca terpaksa membuat rujukan dan bacaan tambahan melalui artikel yang ditulis oleh Gahazali Bunari dalam artikelnyaWeb Realiti: Mempromosi Pembelajaran Dalam Komuniti Online Geng Jurnal.

Page 7: Kpt6044 web

Ulasan JurnalKaedah Kajian

Dijalankan dalam dua fasa : Fasa pembangunan sistem PdP berasaskan web EZ-Arabic. (analisis, reka bentuk, pembangunan, implementasi, penilaian) Fasa penilaian sistem PdP berasaskan web. (antara muka web, isi kandungan web, struktur PdP web). Instrumen : soal-selidik bagi mengukur persepsi pelajar terhadap web EZ-Arabic.

Pengumpulan data : pelajar tahun 1 hingga 6 sekolah rendah, dua buah sekolah yang mengambil mata pelajaran ICT, homogenous dari aspek umur, kemudahan prasana sekolah dan tenaga pengajar terlatih. Terdapat 55 komen dan cadangan dan 48 like yang perlu diproses.

Analisis kajian menggunakan program SPSS Versioan 11.5 Menggunakan statistik deskriptif untuk melihat taburan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai bagi menerangkan demogradi dan persoalan kajian yang dikemukakan.

Page 8: Kpt6044 web

Ulasan JurnalHipotesis Kajian

Hipotesis kajian biasanya digunakan dalam kajian kualitatif untuk menyatakan perhubungan dan perbezaan antara variable-variabel. Ia juga merupakan ramalan yang dibuat pengkaji tentang sesuatu perhubungan atau perbezaan dalam penyelidikan inferensi sebelaum data dipungut. Dalam penulisan ini penyelidik tidak menyatakan hipotesis yang berkaitan dengan kajiannya.

Page 9: Kpt6044 web

Ulasan JurnalPopulasi Kajian

Dalam penulisan ini juga ada dinyatakan tentang populasi dengan jelas iaitu sampel murid sekolah rendah tahun ketiga yang didaftarkan dalam kursus Teknologi dalam Pendidikan Rendah. Subjek akan terlibat dalam kajian ini dari permulaan semester, melibatkan kelas yang mempunyai tujuh puluh lima (75) pelajar telah terbahagi kepada enam atau tujuh kumpulan. Setiap kumpulan diberi kelonggaran untuk memilih ahli-ahli kumpulan mereka sendiri. Kemudian, untuk menimbulkan unsur pemilikan, setiap kumpulan perlu mewujudkan nama kumpulan mereka sendiri. Kumpulan-kumpulan ini akan dikekalkan sehingga penghujung kursus. Dalam kursus ini, weblogging ialah satu kegiatan bersepadu sepanjang semester yang bersamaan empat belas (14) minggu.

Menurut Cohen(1977), memilih satu sample yang mewakili populasi adalah lebih baik daripada memilih satu sample yang besar tetapi bias. Pemilihan sample dibuat menggunakan teknik persampelan sistematik. Persampelan ini bermaksud setiap unit atau subjek data populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai responden kajian.Kaedah ini adalah yang paling mudah. Langkah prosedur persampelan sistematik ialah menyenaraikan subjek-subjek populasi menggunakan angka,menentukan bilangan responden kajian, menentukan nilai gandaan n dan memilih responden.

Page 10: Kpt6044 web

Ulasan JurnalInstrumen Kajian

Tidak terdapat satu Instrumen kajian yang dilampirkan bersama jurnal ini... Penyelidik juga tiada menyatakan mengenai kebolehpercayaan dan kesahan instrumen.

Page 11: Kpt6044 web

Ulasan JurnalDapatan Kajian

Persepsi pelajar terhadap web EZ-Arabic adalah tinggi. Responden memberikan respon yang baik dan menyatakan ia sesuai dan menarik perhatian pengguna. Rekabentuk antara muka pengguna yang konsisten memudahkan pengguna sistem P&P berasaskan web EZ-Arabic. Web ini mesra pengguna kerana butang kawalan yang digunakan mudah dinavigasikan. Pelajar seronok kerana web mengaplikasikan unsur- unsur hipermedia seperti animasi, grafik, bunyi dan warna.

Page 12: Kpt6044 web

Ulasan JurnalRumusan Kajian

Pada pendapat saya, tajuk kajian adalah sangat jelas dan relevan kepada perbincangan jurnal kerana ICT memainkan peranan penting dalam dunia pendidikan pada masa kini. Penyelidik telah membincangkan dan mengenalpasti kebaikan penggunaan web dalam PdP sekiranya guru bijak mengintegrasikan PdP dengan teknologi untuk kegunaan pelajar. Saya bersetuju dengan pendapat penyelidik yang menyatakan bahawa semua pihak terlibat secara langsung dalam bekerjasama bagi menjayakan penggunaan ICT dalam bidang pendidikan.

Page 13: Kpt6044 web

Disediakan oleh;

NAMA: YUSRI BIN OTHMANNO MATRIK: M20141000731GROUP A (M142)