k.pyelidikan tkini.docx

163
PENGGUNAAN ‘COLOURED SMARTBOOK’ DALAM MEMBANTU MURID TAHUN 5 MENULIS HURUF ثBERSAMBUNG MELALUI INTENSIVE DRILLING MASNIWATI BINTI ABDULLAH SANI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL KUALA TERENGGANU

Transcript of k.pyelidikan tkini.docx

PENGGUNAAN ‘COLOURED SMARTBOOK’ DALAM MEMBANTU MURID TAHUN 5 MENULIS HURUF ‘ث’BERSAMBUNG

MELALUI INTENSIVE DRILLING

MASNIWATI BINTI ABDULLAH SANI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL

KUALA TERENGGANU

2014

PENGGUNAAN ‘COLOURED SMARTBOOK’ DALAM MEMBANTU MURID MENULIS HURUF ‘ث’ BERSAMBUNG MELALUI

INTENSIVE DRILLING

MASNIWATI BINTI ABDULLAH SANI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian

(Pendidikan Islam Sekolah Rendah)

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL

KUALA TERENGGANU

i

OKTOBER 2014

i

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini dan padapandangan

saya karya ini telah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan

(Pendidikan Islam Sekolah Rendah)”

Tandatangan :

Nama Penyelia :SALMA BINTI ENDUT

Tarikh :

PENGAKUAN PENULIS

“Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan

dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan :

Nama Penulis : MASNIWATI BINTI ABDULLAH SANI

Tarikh

iii

Dedikasi

Sekalung penghargaan ku iringkan khas buat Ayahanda dan Bonda tercinta…

Abdullah Sani bin Majid dan Azlah binti Alaudin

Ayahanda dan Bonda adalah sumber kekuatan anakanda selama ini. Kasih yang

dicurah tidak sekali anakanda sia-siakan. Pasti takkan dilupa hingga ke akhir hayat.

Kakak-kakak yang kusayangi...

Azliana binti Abdullah Sani dan Noridayu binti Abdullah Sani

Semoga hubungan ukhuwah adik beradik yang terpatri antara kita bertambah erat

Kalian sangat bermakna dalam hidupku

Tidak lupa buat pensyarahku...

Ustazah Hajah Salma binti Endut

Terima kasih di atas segala tunjuk ajar dan nasihat

Halalkan segala ilmu yang telah dicurahkan

Sahabat-sahabat seperjuanganku...

Teruskan perjuangan di mana sahaja kalian berada

Memori bersama kalian tetap terpaut dalam ingatan sampai bila-bila

iv

Akhir sekali

Terima kasih pada semua…

Terima kasih atas sokongan dan kasih sayang yang diberikan…

v

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan

limpah dan rahmat kasihNya dapat pengkaji menyiapkan kajian

tindakan ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi

Muhammad S.A.W yang diutuskan membawa risalah ke sekalian

alam ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada

Ustazah Hajah Salma binti Endut selaku pensyarah penyelia kerana

sudi membimbing dan meluangkan masa selama dua semester dan

memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan projek penyelidikan untuk

sarjana muda ini.

Di kesempatan ini juga pengkaji ingin mengucapkan terima

kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa yang banyak

memberikan nasihat serta tunjuk ajar sepanjang kehidupan

pengkaji. Tidak lupa setinggi penghargaan kepada semua pihak

yang terlibat dalam membantu pengkaji memperolehi maklumat

sehingga pengkaji dapat menyiapkan projek penyelidikan ini

dengan jayanya. Terima kasih juga pengkaji tujukan kepada

sahabat-sahabat seperjuangan yang sentiasa berada bersama-

sama pengkaji sewaktu susah dan senang di dalam menuntut ilmu.

Semoga kalian sentiasa berada di bawah lindungan rahmat dan

kasih Allah S.W.T.

v

Akhir sekali, pengkaji merakamkan sekalung penghargaan

kepada pensyarah-pensyarah dan semua pihak yang terlibat secara

langsung atau pun tidak langsung. Segala budi yang dihulurkan

hanya Allah sahaja yang mampu membalas semua itu. Semoga kita

beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat.

vi

ABSTRAK

Hasil refleksi pengajaran dan pembelajaran semasa praktikum mendapati bahawa tahap pencapaian sebahagian murid tahun 5 Aspiration Sekolah Kebangsaan Gelugor dalam menyambung huruf amat ’ث‘ rendah. Masalah ini menyebabkan mereka kerap melakukan kesalahan dalam menyambung huruf .’ث‘ Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mencari pendekatan terbaik menggunakan kaedah paling mudah bagi murid menulis huruf‘bersambung’ث dengan memperkenalkan coloured smartbook. Coloured smartbook ini digunakan dalam membantu murid untuk meningkatkan kemahiran menulis huruf‘ث’bersambung iaitu di’ث‘ hadapan, di tengah dan di belakang melalui intensive drilling.Peserta kajian terdiri daripada tiga orang murid perempuan yang dipilih berdasarkan ujian diagnostik. Pengumpulan data menggunakan instrumen semakan dokumen, pemerhatian dan temu bual.Data dianalisis secara deskriptif mengikut peserta kajian. Dapatan kajian ini menunjukkan murid kini mampu menulis dengan baik huruf .bersambung’ث‘ Rumusannya, kemahiran murid dapat ditingkatkan sekiranya kita mampu menggunakan kaedah yang sesuai dengan tahap mereka.

Kata kunci:menulis huruf ,’bersambung,‘coloured smartbook ’ث‘ ‘intensive drilling’

vii

viii

ABSTRACT

The result of reflections on teaching and learning process while practicum, we find that the achievement level of some students in year 5 Aspiration from sekolah kebangsaan Gelugor in joining the character of ‘ث’is very low. This problem caused them to always produce a mistake while joining the reference of ‘ث’. This research was conducted to find the best solution for the student to use the simplest method for them to write the character of joined ‘ث’. A 'colored smartbook' was introduced as an easy method to overcome this problem. The 'colored smartbook' was used to help the students to increase their skill in writing the character of joining at’ث‘ the initial, middle and final through 'intensive drilling' technique. Based on a diagnostic test, three female students were chosen as the participant for the research. Instrument of check document, observation and interview session were the methods used for the data collection. Data were analyzed in a descriptive way, according to the participants. This research shows that the students now able to write well in joining‘ث’ character. In a nutshell, we can boost the student’s ability if we approach them with the method that meet their level.

Key words: write the letter ‘ث’ connect, ' coloured smartbook ', ' intensive drilling’

vii

KANDUNGAN

Muka SuratPENGESAHAN PENYELIA iiHALAMAN PENGAKUAN iiiDEDIKASI ivPENGHARGAAN vABSTRAK viABSTRACT viiKANDUNGAN viiiSENARAI JADUAL xSENARAI RAJAH DAN GAMBAR xiSENARAI LAMPIRAN xiii

1.0 PENDAHULUAN 1

1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran 41.2 Sorotan Literatur 7

2.0 FOKUS KAJIAN 15

2.1 Tinjauan masalah 162.2 Analisis Tinjauan Masalah 19

3.0 OBJEKTIF KAJIAN 25

3.1 Objektif Kajian 253.2 Persoalan Kajian 263.3 Kepentingan Kajian 263.4 Definisi Operasional 283.5 Batasan Kajian 31

4.0 KUMPULAN SASARAN 32

viii

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 36

5.1 Prosedur Pelaksanaan Tindakan 36 5.2 Prosedur Mengumpul data 425.3 Menganalisis Data 475.4 Pelaksanaan Tindakan 48

6.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA 50

7.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN 77

8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA 79

9.0 PENUTUP 81

SENARAI RUJUKAN 82

LAMPIRAN

ix

SENARAI JADUAL

Jadual Muka Surat

1 Nama Peserta Kajian 33

2 Pemerhatian Berstruktur 46

3 Jadual Pelaksanaan 49

4

5

6

7

Transkrip temu bual PK 1

Transkrip temu bual PK 2

Transkrip temu bual PK 3

Pemerhatian berstruktur peserta kajian

63

69

74

75

x

SENARAI RAJAH DAN GAMBAR

Rajah Muka Surat

1 Kesalahan penulisan murid 5A 16

2 Model kurt lewin (1946) 37

3 Jawapan peserta kajian 1 52

4 Jawapan peserta kajian 2 53

5 Jawapan peserta kajian 3 54

6 Ujian pra PK 1 56

7 Latihan ‘ث’ dihadapan 58

8 Latihan ‘ث’ di tengah 59

9 Latihan ‘ث’ di belakang 59

10 Latihan ‘ث’ berwarna PK 1 60

11 Ujian pos oleh PK1 selepas intervensi 61

12 Kesalahan menyambung huruf ‘ث’ dihadapan 65

13 Kesalahan menyambung huruf ‘ث’ ditengah 65

14 Latihan ‘ث’ di hadapan 66

15 Rajah 15: Latihan ‘ث’ di tengah 66

16 Latihan ‘ث’ di belakang 67

17 Latihan ‘ث’ berwarna PK2 68

18 Ujian pos PK2 (tidak berwarna) 68

19 Ujian pra PK3 71

xi

20 Latihan ‘ث’ di hadapan PK 3 72

21 Latihan ‘ث’ ditengah PK3 72

22 Latihan ‘ث’ di belakang PK3 72

23 Ujian pos PK3 73

GAMBAR

1 PK 1 kurang memberi perhatian 51

2 PK 2 mengetuk pensil 53

SENARAI LAMPIRAN

xii

Lampiran

Muka Surat

1 Ujian bertulis 17

2 Ujian pra 47

3 Latihan ‘ث’berwarna 48

4 Ujian pos 48

5 Soalan temu bual peserta kajian 50

xiii

1.0 PENDAHULUAN

Islam sangat menitikberatkan pendidikan buktinya menuntut ilmu merupakan satu

ibadah yang utama bagi setiap muslim berdasarkan hadis Rasulullah yang berbunyi:

Bه DEيG هJ عGل KEى اللKل GEص Bه KEالل JولJس Gر GالGق GالGق VكB DنB مGال GسB ب Gن عGنD أ

V. (ابن ماجEEه Bم ل DEEسJم aل JEEى كGلGع dة GEEيضBرGف B Dم DعBل KمG طGلGبJ ال ل GEEسGو

وغيره(

Maksudnya:

Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu

adalah fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."

(Ibnu Majah dan Lainnya)

Hadis ini mewajibkan tiap-tiap orang Islam lelaki dan perempuan mempelajari ilmu

agama iaitu agama Islam.

Pendidikan Islam merupakan salah satu cabang pendidikan yang sangat

penting. Ahmad Mohd Salleh(2008), mendefinisikan Pendidikan Islam sebagai

pendidikan bagi keseluruhan hidup termasuk akal dan hati, rohani, jasmani, akhlak

dan tingkah laku. Ini kerana tujuannya adalah untuk menyediakan manusia bagi

menghadapi hidup, baik dalam keadaan senang atau susah, dalam keadaan damai

atau perang, di samping menyediakan mereka untuk menghadapi masyarakat yang

sering menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan dan kepahitan. Dalam

pengajaran Pendidikan Islam disekolah guru memainkan peranan untuk mengajar

1

murid antaranya mengajar membaca Al-Quran, Ulum-Syar’iyyah dan juga pelajaran

jawi.

Tulisan jawi adalah salah satu daripada warisan bangsa Melayu yang perlu

dipertahan dan dipelihara. Pada satu ketika dulu,tulisan jawi menjadi medium bagi

penyampaian ilmu dalam kalangan umat Islam di nusantara. Selain sebagai medium

penyampaian ilmu, tulisan jawi juga digunakan bagi menyelesaikan urusan harian

seperti jual beli, undang-undang, politik dan perhubungan antarabangsa.

Pada awal kemerdekaan Tanah Melayu,tulisan Jawi masih lagi banyak

digunakan oleh orang Melayu sama ada untuk urusan harian mahupun untuk proses

pembelajaran dan pengajaran.Ianya masih digunakan di sekolah-sekolah dan majoriti

orang Melayu menguasai tulisan tersebut. Namun dengan perubahan masa dan

dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan yang memerintah, penguasaan tulisan

jawi dalam kalangan orang Melayu terutamanya generasi muda semakin terhakis.

Mata pelajaran jawi hanya menjadi mata pelajaran sampingan dan hanya para pelajar

aliran agama sahaja yang menggunakannya. Itupun dalam mata pelajaran yang

berkait dengan agama Islam sahaja. Keadaan ini telah menyebabkan kemahiran

membaca dan menulis Jawi dalam kalangan orang Melayu Islam kian terpinggir.

Namun begitu tulisan jawi kembali diberi nafas baru apabila kerajaan

mewajibkan Pendidikan Islam menggunakan tulisan jawi dan menyediakan buku teks

Pendidikan Islam dalam tulisan Jawi. Selain daripada itu,usaha bekas Perdana

Menteri yang kelima Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi memperkenalkan program

Jawi, Quran, Arab dan Fardhu ain(j-QAF) di sekolah-sekolah rendah bermula pada

2

tahun 2005 telah memberikan nafas baru kepada tulisan jawi bagi menyerlahkan

semula kegemilangan tulisan jawi pada satu ketika dahulu.

Selain daripada itu,kehadiran kamus Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-

Sebutan-Jawi) (2008) edisi keduayang telah disusun secara teratur oleh pakar-pakar

jawi menjadikan kaedah tulisan jawi semakin tersusun. Kewujudan kamus ini

memantapkan lagi usaha kerajaan bagi memartabatkan tulisan jawi. Diharapkan

dengan usaha jitu daripada semua pihak dapat mengembalikan semula tulisan jawi

sebagai salah satu medium penyampaian ilmu pengetahuan.

Dalam tugas menyampaikan ilmu kepada murid tahun 5 di Sekolah

Kebangsaan Gelugor (S.K.G) saya selaku pengkaji berdepan dengan masalah murid

yang tidak dapat menulis jawi dengan baik, gagal menyambung huruf jawi

terutamanya huruf ‘ث’.Hal ini kerana pengkaji merupakan salah seorang guru pelatih

yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dalam

bidang pendidikan Islam di Institut Pendidikan Guru, Kampus Dato Razali Ismail,

Kuala Terengganu dan belum berpengalaman mengajar jawi untuk murid tahun 5.

Sebelum itu, pengkaji telah menjalani beberapa fasa praktikum di beberapa

buah sekolah yang berbeza. Pada praktikum fasa pertama, pengkaji telah menjalani

praktikum di Sekolah Kebangsaan Simpang Rawai dan pada fasa kedua pula

pengkaji telah menjalani praktikum di salah sebuah sekolah luar bandar yang terletak

di daerah Dungun iaitu Sekolah Kebangsaan LKTP Felda Jerangau. Pada praktikum

fasa ketiga ini, pengkaji menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Gelugor yang

terletak di bandar Kuala Terengganu. Namun dalam ketiga-tiga fasa praktikum ini,

pengkaji telah menemui masalah yang sama.

3

1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Berdasarkan pengalaman menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan

Gelugor merupakan sekolah gred A mempunyai murid seramai 804 orang

murid di mana 432 murid lelaki dan 372 murid perempuan.Setiap

tahun atau darjah mempunyai sebanyak empat kelas kecuali tahun lima yang

hanya mempunyai tiga kelas sahaja. Semasa menjalani praktikum

disini,pengkaji telah diberi tanggungjawab oleh pihak sekolah untuk mengajar

11 waktu iaitu 7 waktu untuk major dan 4 waktu untuk minor.

Sewaktu mengajar subjek major, khususnya pelajaran jawi, pengkaji

dapati ramai murid yang kurang memberi perhatian kepada pelajaran ini

kerana mata pelajaran Pendidikan Islam sering di ambil mudah dan

dipandang sebagai mata pelajaran elektif oleh sebilangan ibu bapa dan murid-

murid. Hal ini kerana pada anggapan mereka mata pelajaran Pendidikan Islam

adalah satu matapelajaran yang kurang penting kerana matapelajaran ini tidak

termasuk di dalam senarai matapelajaran yang akan di uji dalam peperiksaaan

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Bagi murid tahun 5 ini, mereka sudah mengenal huruf dan sudah

boleh membaca dengan baik. Apabila diminta untuk membaca, mereka

mampu membaca dengan baik walaupun ada waktu ketika, guru perlu

membantu mereka menyebut perkataan yang sukar dan keliru untuk disebut.

4

Berdasarkan pemerhatian, pengkajidapati masalah yang sering

dihadapi oleh murid-murid dalam menulis tulisan jawi iaitu menentukan

tempat titik bagi huruf Masalah ini sering berlaku apabila murid-murid .’ث‘

diminta untuk menulis huruf dalam’ث‘ tulisan jawi dengan

menyambungkannya dengan huruf-huruf yang lain untuk membentuk

perkataan dengan tulisan yang betul. Murid keliru untuk meletakkan titik

huruf ‘ث’ sama ada di bawah atau diatas.

Kelemahan ini dikenal pasti apabila diberi latihan kepada murid tahun

lima. Kebanyakan mereka mempunyai masalah yang sama iaitu salah dalam

meletakkan titik bagi huruf .’ث‘ Murid ini juga dikenal pasti melakukan

kesalahan dalam menulis huruf ‘ث’. Disiplin murid ketika pembelajaran jawi

dapat diperhatikan bahawa mereka hanya bersikap sambil lewa dan tidak

bersungguh. Sebagai contohnya apabila guru memberi latihan pada murid,

mereka berlumba-lumba untuk menyiapkan tugasan dalam masa yang singkat

tanpa memperdulikan kesalahan ejaan dan huruf.

Perkara ini mungkin berlaku kerana kelemahan diri guru dalam

menguasai pedagogi dengan baik seperti kurang mengaplikasi teknik dan

strategi yang sepatutnya di apalikasikan di dalam kelas. Penguasaan semua

kemahiran ini amat penting dalam menjayakan sesi pengajaran di dalam

kelas. Selain itu juga masalah ini mungkin berlaku kerana suasana

persekitaran sekolah yang agak besar dan jumlah murid yang ramai

menyebabkan guru tidak mampu untuk memfokuskan secara perseorangan.

5

Bertitik tolak daripada masalah ini, pengkaji merasa terpanggil untuk

mencari solusi untuk mengatasi masalah ini kerana murid-muridini perlu

untuk menguasai penulisan jawi dengan baik.Hal ini amat penting bagi

memastikan perkataan tersebut dapat dibentuk dengan sempurna sepertimana

menurut kajian Fairuz Aimi (2013), sekiranya murid bermasalah dan

tidak dapat menguasaijawi dengan baik atau sempurna, adalah amat sukar

bagi mereka untuk menguasai bidang lain seperti Ibadah, Sirah dan Adab-

adab Islamiyyah kerana semuanya dipelajari dalam tulisan jawi.

Berdasarkan pemerhatian dan dapatan kajian lepas, pengkaji cuba

mencipta satu intervensi baru untuk memberi kefahaman kepada murid-murid

ini tentang penggunaan huruf dalam ’ث‘ ayat, seterusnya dapat menulis

perkataan yang mengandungi huruf dan mengurangkan ’ث‘ kelemahan

mereka dalam menggunakan sistem ejaan jawi yang betul. Intervensi ini

diperolehi melalui pembacaan buku dan pencarian internet dimana pengkaji

cuba mewujudkan sebuah buku nota yang menggunakan pelbagai warna.

Diharapkan intervensi ini dapat membantu pengkaji dan guru-guru

Pendidikan Islam yang lain untuk mengatasi kelemahan murid dalam menulis

jawi. Kelemahan ini boleh diatasi jika murid kerap membuat latihan dan

dibimbing oleh guru dengan baik dan bersungguh-sungguh.

6

1.2 Soroton Literatur

Menurut Abdullah Jusoh (1990) Pendidikan Islam adalah satu proses

mendidik akal, jasmani dan roh manusia berasaskan nilai-nilai insaniah yang

bersumberkan al-Quran dan al-Hadith, bagi melahirkan manusia yang

bertaqwa.

Wan Zahid Wan Nordin (1994) menyatakan bahawa dalam konteks

dunia moden pada hari ini, Pendidikan Islam amat penting untuk memastikan

pelajar mempunyai kekuatan dalaman untuk menyesuaikan diri dengan

keperluan semasa agar mereka tidak terkeluar daripada landasan nilai etika

dan kerohanian.

Menurut Abdullah Ishak (1987) hal ini amat releven dengan ciri-ciri

Pendidikan Islam yang sentiasa sesuai dengan pelbagai situasi dalam

kehidupan manusia. Sebelum wujudnya sistem persekolahan secara formal,

Pendidikan Islam diajar secara tidak formal melalui sistem belajar dirumah

guru, pondok dan sistem madrasah. Abdullah Jusoh (1990) berkata buku-

buku atau teks-teks yang menjadi bahan pengajaran dan pembelajaran ditulis

dalam tulisan jawi danada juga yang ditulis dengan bahasa Arab.

Menurut Kamarul Azmi Jasmi dan Ab. Halim Tamuri (2007)

mengatakan bahawa keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (pdp) berkait

rapat dengan guru itu sendiri serta kaedah yang digunakan di dalam kelas.

Keberkesanan sesuatu (pdp) itu bergantung kepada cara penyampaian seorang

7

guru itu sama ada kaedah dan strategi yang digunakan, dapat difahami oleh

murid ataupun tidak.

Nik Rosila Yaakob (2007) mengatakan berdasarkan kajian dan

laporan yang dijalankan, penguasaan pelajar dalam kemahiran menulis dan

membaca jawi adalah lemah. Nik Rosila Nik Yaakob (2007) mendapati, 95%

pelajar mempunyai sikap negatif terhadap tulisan jawi seperti susah

dipelajari, tidak penting dan tidak dinilai dalam peperiksaan. Keadaan ini

memberi kesan kepada pencapaian dan minat terhadap mata pelajaran

Pendidikan Islam.

Menurut Ahmad Mohd Salleh (2008) dalam proses pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan alat bantu mengajar amat penting bagi guru

untuk memastikan proses pengajarannya dapat berjalan dengan lancar kerana

isi pengajaran yang disampaikan dapat diikuti dengan baik oleh murid dengan

bantuan alat bantu mengajar.

Pengkaji telah merancang untuk mengaplikasikan kaedah latih tubi

menggunakan Coloured Smartbook. Kaedah ini diharap akan mendatangkan

keseronokan dan rasa ingin belajar murid. Hal ini kerana sebuah buku yang

menarik dari segi pembuatan dan kreativitinya akan membuatkan seorang

kanak-kanak ini ingin memiliki buku tersebut dan bersemangat untuk

membuatnya.

8

Kaedah latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau

kecekapan yang dipelajari. Kaedah ini dikenali juga dengan latih tubi

menghafaz. Latih tubi merupakan salah satu bentuk pengajaran dan

pembelajaran perisian kursus yang popular. Latih tubi

merupakanpenyampaian masalah dan latihan untuk meningkatkan

pengalaman pembelajaran. Justeru, Paul dan David (1994) menegaskan, latih

tubi bertujuan untuk mengadun "consolidate", memperjelas "clarify" dan

memberi penekanan kepada perkara yang telah dipelajari.

Latih tubi melibatkan proses mengulang maklumat tertentu sehingga

maklumat tersebut mantap dalam minda pelajar. Ia menjadikan sesuatu yang

dipelajari itu menjadi kebiasaan atau mampu dikekalkan dalam masa yang

lama. Oleh itu matlamat latih tubi adalah untuk menentukan pelajar dapat

bertindak balas terhadap masalah dengan memberi jawapan yang betul dan

cepat.

Penambahbaikan dilakukan oleh pengkaji dengan menggabungkan

penggunaan warna dalam intervensi. Menurut Nornajidah Abdul Rahman

(2008) warna adalah lebih berkuasa untuk menonjolkan sesuatu maklumat

berbanding bentuk. Penggunaan warna terhadap teks dan latar belakang

terlalu kontras boleh menyebabkan pengguna sukar untuk membaca dan

boleh menyebabkan pening apabila terlalu lama memandang. Hal ini jelas

menunjukkan bahawa penggunaan warna memberi kesan yang amat

mendalam dalam pembangunan sesebuah perisian.

9

Yahya Othman (2005) mengatakan bahawa penggunaan warna dapat

membantu mengingat perkataan yang ditulis dengan lebih baik. Menurut

Kamarul Azmi Jasmi dan Ab. Halim Tamuri (2007) mengatakan bahawa ciri

bahan yang menarik ialah mempunyai warna yang menarik dan pelajar lebih

suka kepada bahan berwarna berbanding dengan hitam putih.

Penggunaan warna sangat penting bagi menarik minat murid terhadap

pengajaran guru. Justeru, pengkaji berpendapat perlu menerapkan unsur

warna dalam kajian ini supaya minat dan perhatian murid dapat dijana oleh

pengkaji. Menurut Simone K. Schleifer (2011), “color is one of the most

effective tools in architecture and interior design. Choosing the right color is

all that is required to achieve the desired effect and instantly change the

character of the different rooms and their intended use.” Justeru itu

penggunaan warna yang bijak dan menarik perhatian membolehkan matlamat

sesuatu yang ingin dicapai akan tercapai malahan warna dapat mengubah

watak sesuatu atau seseorang itu.

Menurut Majalah Pendidik Edisi Disember 2011, dalam artikel

bertajuk kepentingan Motivasi dalam Pembelajaran oleh Mohd Fuad Razali

(2011), telah digariskan antara kepentingannya ialah motivasi boleh

mendorong minat terhadap pembelajaran.

Antara pendekatan bagi mewujudkan pendidikan kreatif dan inovatif

yang telah digariskan oleh Ahmad Azmey Abu Talib (2011) ialah dengan

mempraktikkan kreativiti dan inovasi dalam pembelajaran. Guru haruslah

10

mempunyai kesediaan untuk merangsang dan menggalakkan pelajar berfikir

secara imaginatif dan kreatif dengan menyediakan banyak ruang untuk murid

bertanya dan mengemukakan pendapat.

Justeru, penerapan unsur warna sebagai salah satu cara penyelesaian

masalah murid tahun 5 A adalah bertepatan dalam kajian ini agar wujud

kreativiti dan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Di barat, ahli-ahli pengkaji banyak membuat kajian terhadap

pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan dalam bilik darjah. Kajian awal

mengenai latih tubi dan belajar bersesuaian dengan teori behaviorisme.

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009), beliau menyatakan bahawa pengasas

teori ini adalah J.B Watson yang popular dengan teori Little Albert. Namun

selain daripada J.B Watson terdapat tokoh lain yang turut mengkaji tentang

teori ini. Mereka adalah Skinner, Thondike dan Pavlov.

Teori pelaziman klasik adalah tentang tingkah laku pembelajaran yang

telah dipelopori oleh Ivan Pavlov ( 1849-1936). Pada tahun 1980-an Pavlov

mengkaji fungsi pencernaan pada anjing dengan melakukan pemerhatian pada

kelenjar air liur. Dengan cara itu, beliau dapat mengumpulkan, menyukat dan

menganalisis air liur haiwan itu dan bagaimana ia dapat diberikan makanan

pada keadaan yang berbeza. Beliau sedar anjing akan mengeluarkan air liur

sebelum makanan sampai ke mulutnya dan mencari hubungan timbal balik

antara air liur dengan aktiviti perut. Pavlov hendak melihat rangsangan luar

11

dapat mempengaruhi proses ini. Oleh itu contoh paling awal dan terkenal bagi

pelaziman klasik melibatkan pelaziman air liur pada anjing kajian Pavlov.

Teori ini juga sangat mementingkan latih tubi yang intensif. Melalui

latih tubi yang kerap dan intensif yang dijalankan oleh pengkaji terhadap

murid, kebiasaan dan kecekapan murid dalam berbahasa dan penulisan dapat

dipertingkatkan.

Kajian tindakan merupakan satu pendekatan untuk membaiki atau

meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru

menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap

amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubah amalan-amalan yang

biasa dilakukan dalam bilik darjah.

Terdapat pelbagai teori-teori kajian yang boleh diaplikasikan dalam

melaksanakan sebuah kajian tindakan. Pengkaji menggunakan model kajian

tindakan berasaskan Model Kurt Lewin (1946) dalam Mok Soon Sang

(2009). Model ini menggariskan lima langkah seperti mengenal pasti aspek

amalan bagi penambahbaikan, merancang tindakan, melaksanakan tindakan,

memgumpul data dan membuat refleksi terhadap tindakan iaitu sebelum,

semasa dan selepas tindakan dilakukan.

Pada dasarnya kajian ini akan memfokuskan berkaitan dengan

masalah penggunaan huruf didalam perkataan ’ث‘ jawi. Kekeliruan murid

berlaku dalam menentukan titik apabila menyambung huruf. Justeru, pengkaji

12

akan mengemukakan hasil-hasil kajian yang berkaitan dengan tajuk kajian

pengkaji. Namun sebelum memilih tajuk ini untuk diketengahkan sebagai

kajian tindakan, pengkaji telah menjalankan tinjauan literatur terhadap

beberapa kajian berkaitan yang telah dilakukan sebelum ini.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Mohd Ridzuan (2012) yang

bertajuk Aplikasi “Empat Warna” Dalam Meningkatkan Kemahiran

Menyambung Huruf Nga(غ) Bagi Murid Tahun 4 membuktikan bahawa

aplikasi “empat warna” berkesan dalam membantu murid menyambunghuruf

Nga(غ)dengan betul disamping memupuk rasa minat murid terhadap

pelajaran Jawi. Ini membuktikan bahawa penggunaan warna dapat membantu

meningkatkan kefahaman murid.

Kajian yang dilakukan oleh Roziah (2005) tentang Meningkatkan

Kemahiran Membaca Murid-murid Tahun 1 Dengan Latih-tubi Menggunakan

Suku Kata Dan Gambar berjaya membuktikan bahawa penggunaan kaedah

latih tubi membantu meningkatkan kemahiran murid.

Begitu juga dengan kajian yang dilakukan oleh Dayang Norhafizah

(2012) yang bertajuk Latih Tubi Bacaan Dalam Membantu Murid Pemulihan

Menguasai Kemahiran Huruf Vokal Awalan. Hasil dapatan kajian beliau

mendapati bahawa terdapat peningkatan terhadap responden selepas

menjalani proses pengajaran secara latih tubi.

13

Noor hidayah (2010) pula mendapati sebahagian murid beliau di

Tahun Satu Pintar di Sekolah Kebangsaan Maktab Perguruan Kuala

Terengganu menghadapi masalah menyambung huruf, membentuk huruf

bersambung dengan betul. Beliau telah mengaplikasikan kaedah latih tubi

bagi memperbetulkan kesalahan murid menulis dua suku kata terbuka yang

mengandungi huruf vokal .’ي‘ Kajian tersebut menepati kaedah yang

digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini iaitu latih tubi.

Secara kesuluruhannya, tiada kajian yang dilakukan khusus bagi

menangani masalah berkaitan penggunaan huruf ‘ث’ didalam perkataan jawi

dengan menggunakan kaedah latih tubi. Justeru pengkaji berpandangan

bahawa tajuk yang diutarakan ini adalah releven dan memenuhi kriteria-

kriteria sebagai sebuah kajian baru bagi memantapkan lagi penguasaan murid

dalam kemahiran menulis huruf jawi bagi mata pelajaran Pendidikan Islam di

Sekolah Kebangsaan Gelugor.

14

2.0 FOKUS KAJIAN

Pengkaji telah menganalisis tahap pencapaian murid-murid tahun 5 Aspiration dan

mendapati bahawa 3 daripada 21 orang murid melakukan paling banyak kesalahan

dalam buku latihan mereka. Kesalahan mereka pada huruf ‘ث’, dimana mereka sering

melakukan kesilapan dalam meletakkan titik bagi huruf .ketika menulis’ث‘ Salah

satu faktor mereka sering melakukan kesilapan ialah mungkin kerana mereka kurang

latihan dan pemantauan dari guru.

Pengkaji mengambil berat akan masalah ini kerana mereka sudah berada pada

tahun lima dan sepatutnya mereka telah mahir dalam pelajaran jawi. Hal ini juga

kerana jika murid melakukan kesilapan dalam meletakkan titik bagi huruf di ’ث‘

dalam ayat, hal ini ia akan mengubah makna ayat tersebut dan menjadi huruf .’ث‘

Jadi pengkaji rasa bertanggungjawab untuk memperbetulkan kesalahan murid ini

agar mereka tidak terbawa-bawa sehingga ke sekolah menengah kelak.

Selain itu, skop kajian yang dijalankan ini tidak mengambil masa yang agak

lama dan boleh dikaji mengikut tempoh yang telah disediakan. Segala persiapan

untuk menjalankan kajian ini masih boleh diuruskan dalam tempoh yang telah

diberikan. Sebaliknya kekangan atau halangan berkemungkinan datang daripada

peserta kajian, iaitu dari segi menentukan kejayaan intervensi yang digunakan sama

ada berjaya membantu murid mengatasi kelemahannya ataupun sebaliknya.

Tambahan lagi intervensi yang digunakan haruslah sesuai dengan kemahiran

serta persekitaran murid. Jika tidak bersesuaian dengan persekitaran murid,

15

berkemungkinan objektif tidak dapat dicapai kerana tidak seiring dengan tahap murid

berkenaan.

2.1 Tinjauan Masalah

Untuk menyediakan kajian tindakan ini, beberapa instrumen kajian digunakan

bagi mengenalpasti masalah. Data dikumpul daripada pelbagai instrumen dan

sumber dan antara instrumen yang digunakan ialah ujian bertulis,

pemerhatian, temu bual dan semakan buku latihan.

2.1.1 Ujian Bertulis

Pengkaji menjalankan ujian bertulis yang mengandungi 13 soalan

yang mengandungi huruf di’ث‘ dalam satu set soalan. Ujian ini

dijalankan kepada murid tahun 5 Aspiration (5A) dan tahap

pencapaian mereka dicatat. Tujuan ujian ini dijalankan adalah untuk

mengukur tahap pencapaian murid 5A dalam kemahiran penggunaan

huruf ‘ث’bersambung. Soalan ujian adalah seperti lampiran 1.

Rajah 1: Kesalahan penulisan murid 5A

16

2.1.2 Pemerhatian

Pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian secara tidak

berstruktur untuk mendapatkan maklumat tentang kemahiran

penggunaan huruf dalam’ث‘ menyambung huruf semasa sesi pdp

berjalan. Ketika membuat aktiviti dalam kelas, pengkaji meminta

murid untuk menulis perkataan atau ayat danmenyemak hasil kerja

murid, seterusnya mengkategorikan murid kepada cemerlang,

sederhana dan lemah.

Manakala pemerhatian secara berstruktur dilakukan kepada

peserta kajian yang dikenalpasti paling lemah dalam penggunaan

huruf ‘ث’ ketika menulis huruf secara bersambung. Segala gerak laku

dan maklum balas yang diberikan oleh murid direkod oleh pengkaji

dalam borang senarai semak.

Pemerhatian ini dibuat untuk mengenalpasti sama ada dapatan

daripada ujian bertulis menyokong atau tidak terhadap keputusan yang

telah dijalankan.

2.1.3 Temu bual

Temu bual ialah proses yang dilakukan untuk mendapatkan maklumat

secara lisan dengan mengajukan soalan-soalan berkaitan bersama

orang yang ditemu bual. Kelebihan temu bual ini ialah pengkaji

mudah mendapatkan data yang diperlukan dan juga maklumat yang

diberikan itu jelas. Temu bual ini dilakukan bagi membolehkan

17

pengkaji dapat mengetahui apa yang berada dalam fikiran orang yang

ditemu bual dan juga bagi mengukuhkan lagi pemerhatian yang telah

dibuat oleh pengkaji.

Melalui temu bual, data yang diperoleh daripada pemerhatian

dapat diperkukuh dan diperlengkapkan. Ini dimaksudkan sebagai

triangulasi yang bertujuan untuk mengesah data atau maklumat yang

diperoleh. Contohnya, daripada pemerhatian dalam kelas, pengkaji

dapati seorang murid bernama Sakinah (bukan nama sebenar) enggan

bercakap walau pun murid-murid lain dalam kumpulan kecil giat

berbincang. Dengan menemu bual Sakinah, pengkaji mungkin akan

dapat memahami dengan lebih terperinci mengapa Sakinah

berkelakuan demikian di dalam kelas.

Oleh itu, pengkaji menjalankan sesi temu bual secara tidak

berstruktur dengan menemu bual 3 orang murid dalam kelas tersebut.

Hal ini bertujuan untuk mengetahui pandangan murid terhadap

pelajaran jawi. Pengkaji juga menemu bual secara tidak berstruktur

dengan guru Pendidikan Islam yang mengajar tahun 5A untuk

mengetahui tahap penulisan jawi murid-murid tersebut.

2.1.4 Semakan Buku Latihan

Melalui semakan buku latihan pengkaji dapat menilai sejauh mana

tahap penguasaan murid dalam penggunaan huruf khususnya ’ث‘

menulis ketika menyambung huruf tersebut dengan huruf jawi yang

18

lain dari semasa ke semasa. Oleh itu pengkaji dapat mengetahui tahap

penguasaan murid sama ada mereka mahir atau tidak mahir dalam

pelajaran jawi ini.

Semakan buku dari semasa ke semasa amat perlu untuk

pengkaji menilaihasil kerja murid dan seterusnya mengkategorikan

tahap murid sama ada memahami apa yang diajar dan dapat

mengetahui masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid.

2.2 Analisis Tinjauan Masalah

Setelah pengkaji mengenal pasti instrumen-instrumen yang telah dijalankan

bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi, pengkaji telah membuat analisis

satu persatu setiap langkah instrumen yang ditadbir. Hal ini bagi memastikan

ketepatan dan keesahan sumber dan maklumat yang diterima pengkaji dalam

menyelesaikan masalah kajian yang dijalankan ini.

2.2.1 Analisis Ujian Bertulis

Hasil daripada ujian yang dijalankan terhadap 21 orang murid tahun

5A didapati seramai 18 orang murid 5A berada pada tahap baik dan

sederhana, manakalaseramai tiga orang berada pada tahap

lemah.Murid yang berada pada tahap lemah mempunyai kesalahan

yang paling banyak ketika melaksanakan ujian ini. Pengkaji

mengambil tiga orang murid yang paling lemah sebagai peserta kajian

dan mereka diklasifikasikan sebagai PK 1, PK 2, PK 3.

19

2.2.2 Analisis Pemerhatian

Hasil daripada pemerhatian yang telah dijalankan terhadap murid-

murid kelas 5 Aspiration, pengkaji mendapati bahawa terdapat murid-

murid yang mempunyai masalah dalam penulisan huruf ‘

.bersambung’ث Hal ini mengukuhkan lagi hasil ujian bertulis yang

telah dijalankan. Terdapat murid yang telah dikenal pasti tidak tahu

untuk meletakkan titik huruf ‘ث’ sama ada diatas atau dibawah ketika

menyambung huruf.

Hal ini diketahui oleh pengkaji ketika meyemak buku latihan

murid dan ketika murid diminta untuk menulis di papan hitam. Hasil

daripada pemerhatian yang dibuat ini penting kerana penulisan murid

yang salah akan mempengaruhi keseluruhan ayat dan berkemungkinan

juga akan mengubah maknanya. Hal ini kerana huruf ‘ث’ jika tersalah

meletakkan titik ketika menyambung huruf, ia akan menjadi huruf‘ث’.

Pengkaji juga membuat pemerhatian bagi aktiviti lembaran

kerja yang lain untuk mengukuhkan pemerhatian sebelum ini.

Pemerhatian kali kedua juga perlu iaitu selepas teguran diberikan

supaya pengkaji dapat melihat perubahan terhadap murid yang

mempunyai masalah tadi.

2.2.3 Analisis temu bual

20

Sesi temu bual tidak berstruktur telah dijalankan terhadap murid-

murid tahun 5 Aspiration. Berdasarkan hasil temu bual dengan murid

tahun 5 Aspiration, pengkaji mendapati kebanyakan murid sering

melakukan kesalahan dalam meletakkan titik bagi huruf adalah’ث‘

kerana mereka keliru dan tidak tahu konsep yang sebenar.

Pengkaji juga telah mengadakan temu bual dengan guru

Pendidikan Islam yang mengajar kelas 5 Aspiration, bagi mengetahui

tahap pencapaian murid dalam penguasaan kemahiran menulis mereka

terutamanya bagi huruf ‘ث’. Hasil temu bual dengan guru Pendidikan

Islam, pengkaji mendapati terdapat murid yang lemah dalam menulis

dan mengeja.

2.2.4 Analisis Semakan Buku Latihan

Semakan buku latihan amat penting untuk dilaksanakan oleh guru

yang mengajar. Hal ini kerana guru bertanggungjawab untuk

menyemak hasil kerja murid untuk mengetahui tahap pemahaman

murid terhadap apa yang telah diajar.

Pengkaji menyemak buku latihan muriddan mendapati terdapat

murid yang sering melakukan kesalahan dan rakannya juga melakukan

kesalahan yang sama iaitu kesilapan dalam meletakkan titik huruf ‘

dan terdapat juga kesalahan kecil yang lain seperti kesalahan ejaan’ث

dan menyambung huruf.

21

Kesalahan yang dilakukan oleh murid ketika pengkaji

meyemak hasil kerja mereka, pengkaji mendapati mereka sering

mengulangi kesalahan yang sama, dimana kesalahan tersebut

menyebabkan ayat yang ditulis berubah maksud dan perkataan.

Hasil daripada tinjauan awal masalah dan setelah dianalisis tinjauan awal

masalah pengkaji mengambil tiga peserta kajian yang paling lemah. Tiga

peserta kajian ini dipilih kerana mereka kerap melakukan kesalahan yang

sama dan pada pendapat pengkaji, masalah ini perlu diatasi agar tidak

berlarutan sehingga mereka menjejakkan kaki ke peringkat yang lebih tinggi.

Berdasarkan instrumen-instrumen yang telah digunakan untuk

mengenal pasti masalah, pengkaji telah merumuskan tiga peserta kajian

seperti berikut:

Peserta Kajian (PK1)

Peserta kajian 1 merupakan murid yang agak pendiam di dalam kelas. Ketika

pembelajaran di dalam kelas sedang berlangsung, PK1 ini kurang melibatkan

diri. Selain itu juga PK1 ini sering kelihatan seperti tidak memahami apa yang

telah diajar, hal ini diperhatikan oleh pengkaji ketika mengajar di dalam

kelas. PK1 ini sering mengerutkan dahinya seperti tidak memahami apa yang

diajar. Apabila pengkaji menyoal kepada PK1 sama ada memahami apa yang

telah diajar, PK1 hanya akan mengangguk tanda dirinya faham apa yang telah

diajar.

22

Hasil ujian bertulis yang dijalankan, PK1 membuat banyak kesalahan

dalam menentukan titik bagi huruf .’ث‘ Terutamanya bagi huruf yang ’ث‘

berada di hadapan dan juga ditengah. Titik yang ’ث‘ sepatutnya berada

dibawahketika menyambung huruf., PK1 meletakkannya diatas. Semasa

menjawab soalan ini juga, dapat diperhatikan bahawa PK1 kelihatan keliru

dan kurang yakin terhadap jawapannya.

Peserta Kajian (PK2)

PK2 juga lemah dalam menentukan titik bagi huruf Dimana PK2 juga .’ث‘

sering melakukan kesilapan yang sama iaitu salah meletakkan titik bagi huruf

ketika ’ث‘ menyambung huruf. Selain itu juga PK2 seorang yang tidak

berapa aktif didalam kelas. Walaupun kedudukan PK2 di baris hadapan kelas,

namunbeliau kurang aktif. PK 2 hanya akan melibatkan diri apabila pengkaji

merangsangnya agar melibatkan diri. Apabila pengkaji memanggil namanya

dengan lebih kerap, kelihatan PK2 lebih berani dan mahu menonjolkan diri di

dalam kelas berbanding sebelumnya.

Semasa di temu bual juga, PK2 mengatakan bahawa dia tidak mahir

dalam menulis jawi dan kadang-kadang berasa keliru. Berdasarkan

pemerhatian pengkaji juga, PK2 merupakan seorang yang rajin berusaha dan

tidak mudah putus asa.

23

Peserta kajian 3 (PK3)

PK3 ini juga didapati melakukan banyak kesalahan dalam meletakkan titik

bagi huruf ‘ث’. Kedudukan PK3 ini ketika di dalam kelas ialah berada pada

hadapan barisan hujung ditepi tingkap. PK3 seorang yang pendiam dan tidak

bergaul dengan semua murid di dalam kelas.

PK3 boleh membaca dan menulis tetapi sering berlaku kesalahan

dalam menulis perkataan dan sering tertinggal titik ketika menulis perkataan.

Di sini dapat diperhatikan bahawa kelalaian juga menjadi punca mengapa

berlakunya kesalahan. Walaupun PK3 seorang yang pendiam, tetapi tetap

mahu melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan. Jika pengkaji meminta

untuk membaca atau menjawab soalan, PK3 akan mengikut arahan yang

diberikan, tetapi suaranya amat perlahan dan memerlukan pengkaji berada

dekat dengannya.

Berdasarkan keterangan di atas, dapat disimpulkan bahawa ketiga

peserta kajian keliru meletakkan titik, bersikap tidak aktif dan perlu

dibimbing secara peribadi untuk berjaya. Justeru, pengkaji bercadang

menggunakan teknik drilling untuk peserta kajian ini.

24

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Sesuatu kajian tindakan yang dijalankan mempunyai objektif dan persoalan kajian

yang tertentu. Selepas kajian tindakan ini selesai dijalankan, diharapkan murid dapat

mencapai objektif kajian yang ditentukan.

Tujuan kajian adalah untuk membentuk satu cadangan intervensi pengajaran

dan pembelajaran bagi membantu tiga orang murid lemah dalam kelas 5 Aspiration,

Sekolah Kebangsaan Gelugor bagi mengatasi masalah pembelajaran mereka dalam

tajuk menulis huruf ‘ث’ bersambung.

3.1 Objektif Kajian

Objektif kajian adalah tujuan yang ingin dicapai oleh pengkaji melalui aktiviti

penyelidikan yang akan dilaksanakan. Objektif ini dibina berasaskan isu atau

masalah yang telah dikenal pasti selepas analisis tinjauan awal. Objektif

kajian juga berkait rapat dengan tindakan yang di ambil dalam pengajaran dan

pembelajaran. Setiap objektif kajian yang disasarkan akan diukur dengan alat

kajian yang bersesuaian. Objektif kajian tindakan telah dinyatakan dalam

objektif umum dan objektif khusus.

3.1.1 Objektif Umum

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menulis

perkataan jawi bersambungbagi murid tahun 5 Aspiration. Seterusnya

kajian ini bertujuan untuk meningkatkan mutu penggunaan tulisan

jawi huruf dalam kalangan murif ’ث‘ tahun 5 murid supaya dapat

menulis dan membaca tulisan jawi dengan baik.

25

3.1.2 Objektif Khusus

Terdapat dua objektif khusus dalam menjalankan kajian tindakan ini

iaitu:

1. Menyiasat masalah murid lemah tahun 5 Aspiration dalam

menulis huruf ‘ث’ bersambung.

2. Menentukan bagaimana coloured smartbook dapat membantu

murid lemah menulis huruf ‘ث’ bersambung.

3.2 Persoalan Kajian

Kajian ini dirancang bagi menjawab 2 persoalanberikut iaitu:

1. Apakah masalah murid lemah tahun 5Aspiration dalam menulis

huruf ‘ث’ bersambung?

2. Bagaimanakah penggunaan coloured smartbook dapat membantu

murid lemah 5 Aspiration menulis huruf ‘ث’ bersambung?

3.3 Kepentingan Kajian

Kajian ini diharapkan memberi banyak faedah terutamanya kepada murid.

Hal ini kerana jawi merupakan asas bagi bidang-bidang lain dalam

Pendidikan Islam. Jika murid tidak mahir menulis jawi dengan betul, murid

akan menghadapi masalah dalam bidang lain seperti bidang al-Quran, Sirah,

Akidah, Ibadah dan Akhlak.

26

Kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada pihak-pihak

tertentu terutamanya peserta kajian, guru-guru yang mengajar matapelajaran

Pendidikan Islam, pihak sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bagi peserta kajian ini diharapkan intervensi yang digunakan dalam

kajian ini mampu mengingatkan peserta kajian tentang kedudukan titik ’ث‘

ketika menyambung berdasarkan intensive drilling yang dilakukan. Hal ini akan

membawa kepada peningkatan mutu tulisan dan bacaan jawi peserta kajian.

Kajian ini juga dapat membantu guru memudahkan proses pdp jawi di dalam

kelas. Pengajaran berbantukan coloured smartbook ini diharapkan dapat

meningkatkan minat murid. Seterusnya dapat mengurangkan masalah disiplin murid

di dalam kelas. Guru boleh memberi tumpuan sepenuhnya pada isi pelajaran. Hal ini

kerana, intervensi ini menggunakan warna dan kajian menunjukkan bahawa warna

dapat menarik minat murid untuk belajar.

Tambahan lagi, dengan adanya kajian ini, diharapkan dapat membantu

guru Pendidikan Islam dan guru j-QAF di sekolah untuk mengatasi masalah

murid-murid yang lemah dalam penulisan jawi. Maklumat daripada kajian

yang dilaksanakan ini juga dapat membantu dan memberi kesedaran kepada

guru supaya lebih berusaha untuk memperbaiki permasalahan yang dihadapi

oleh murid. Perubahan yang berlaku diharap dapat memberi motivasi dan

kesedaran kepada murid untuk lebih mencintai pelajaran jawi seterusnya

memelihara warisan agar terus terpelihara untuk generasi yang akan datang.

27

Bagi pihak ibu bapa intervensi yang digunakan dalam kajian ini

diharapkan membantu mereka untuk menarik minat anak-anak mereka untuk

mempelajari jawi di rumah. Motivasi daripada ibu bapa adalah faktor penting

kearah peningkatan prestasi anak mereka. Kecaknaan ibu bapa terhadap

pelajaran anak-anak mereka adalah penting untuk meningkatkan prestasi.

Hasil kajian yang dilaksanakan ini dapat diutarakan kepada pihak

yang lebih tinggi iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia agar intervensi ini

dapat digunakan di semua sekolah dalam membantu guru Pendidikan Islam

meningkatkan kemahiran menulis jawi bagi murid yang lemah.

Hasil kajian ini juga diharapkan dapat dijadikan maklumbalas kepada

Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran

Malaysia(KPM) dan penambahbaikan sukatan pelajaran Pendidikan Islam

khususnyakemahiran membaca dan menulis ejaan Jawi. Akhirnya,diharapkan

kajian ini akan dapat menambahkan lagi sumber rujukanbagi mengkaji tahap

pencapaian kemahiran menulis Jawi dalam kalangan murid sekolah rendah.

3.4 Definisi Operasional

Definisi operasional ialah definisi yang digunakan oleh pengkaji untuk

menjelaskan tentang peserta kajian, masalah yang hendak dikaji dan

intervensi yang akan digunakan dalam kajian yang dijalankan. Bahagian ini

mengupas secara lebih terperinci lagi maksud tajuk kajian ini agar pembaca

mendapat gambaran yang jelas mengenai kajian yang dijalankan. Takrifan

istilah adalah seperti berikut:

28

3.4.1 Penggunaan

Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) mendefinisikan penggunaan

sebagai perihal iaitu dari segi perbuatan, kegiatan dan lain-lain dengan

menggunakan sesuatu.

3.4.2 Coloured Smartbook

Coloured Smartbook ini merupakan satu bahan bantu mengajar

(BBM) yang digunakan ketika membuat latih tubi dalam

meningkatkan kemahiran menulis huruf ketika’ث‘ menyambung

huruf. Di dalam Coloured Smartbook ini terdapat beberapa warna

yang digunakan untuk membantu murid mengenal dan mengingat. Di

sini, diperjelaskan lagi skop definisi operational ini kepada:

i. Coloured: Menurut Federal Chambers Advanced English

Dictionary (2009) ‘coloured’ bermaksud mempunyai warna

yang tertentu.

ii. Smartbook: Menurut Federal Chambers Advanced English

Dictionary (2009) ‘Smart’ membawa maksudkebolehan

memberi maklumat yang terkinidan ‘book’ bermaksud sebuah

cetakan yang bercantum dan mempunyai muka hadapan.

3.4.3 Membantu

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010),

membantu bermaksud memberi pertolongan, menolong

dan menyokong.

29

3.4.4 Murid Tahun 5

Murid tahun 5 ini merujuk kepada murid yang berumur 11 tahun yang

kini berada di tahun 5 Aspiration di Sekolah Kebangsaan Gelugor.

3.4.5 Menulis

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), menulis pula

bermaksud mencatat kata-kata dengan huruf dan memakai pena

(kalam, kapur, pensel), melahirkan perasaan (fikiran) dengan catatan

yang memakai huruf, membuat surat, serta mengarang. Oleh itu, bagi

kajian ini, menulis dapatlah didefinisikan sebagai kecekapan dan

kepandaian murid dalam mencatat kata-kata dengan huruf

menggunakan pena.

3.4.6 Huruf ‘ث’

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) menyatakan bahawa

huruf ialah lambang dalam sistem bunyi (bahasa) yang daripadanya

sesuatu perkataan dalam tulisan dibentuk, lambang-lambang abjad.

Manakala‘ث’ialah salah satu huruf yang terdapat di dalam 37 huruf

jawi.

3.4.7 Bersambung

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) menyambung

bermakna menjadikan lebih panjang dengan tambahan,

30

memanjangkan, meneruskan, atau menghubungkan sesuatu dengan

yang lain.

3.3.8 Intensive Drilling

Menurut kajian ini intensive drilling membawa maksud peserta kajian

membuat latih tubi secara berterusan untuk melatih diri mereka dalam

penulisan huruf ‘ث’ bersambung menggunakan coloured smartbook.

3.5 Batasan Kajian

Kajian ini hanya terbatas kepada penguasaan murid terhadap kemahiran

menulis jawi dalam kalangan murid tahun 5 Aspiration Sekolah Kebangsaan

Gelugor. Kemahiran menulis yang dimaksudkan adalah terbatas kepada

kemahiran menulis huruf .bersambung’ث‘ Kajian ini tidak memfokuskan

kepada huruf lain dan menyebut perkataan jawi.

Kajian ini juga terbatas kepada tiga orang peserta kajian daripada

murid tahun 5 Aspiration sahaja yang tidak buta warna dan tidak melibatkan

murid-murid lain dalam kelas tersebut. Justeru, kajian ini menggunakan

bilangan pesrta kajian yang sangat kecil dan sudah tentu dapatan kajian ini

tidak boleh digeneralisasikan kepada murid tahun 5 yang lain.

31

4.0 KUMPULAN SASARAN

Sebelum pengkaji mengenalpasti kumpulan sasaran untuk dijadikan sebagai peserta

kajian dalam kajian tindakan ini pengkaji telah melakukan pemerhatian awal di

dalam kelas untuk melihat tingkah laku murid yang bermasalah seperti ketika

menyemak buku latihan murid atau memerhati tingkah laku murid ketika pengajaran

dan pembelajaran yang sedang berlangsung di dalam kelas.

Murid yang telah dipilih untuk kajian ini terdiri daripada tiga orang murid

lemah. Mereka dipilihdaripada murid-murid kelas tahun 5 Aspiration Sekolah

Kebangsaan Gelugor. Murid tahun 5 Aspiration ini terdiri daripada 21 orangiaitu 4

lelaki dan dan 17 murid perempuan.

Kelas ini dipilih kerana mereka sudah berada pada tahap dua dan masih

melakukan kesalahan yang sama berulang kali. Murid ini juga dipilih kerana

mempunyai masalah dalam penulisan huruf jawi terutamanya huruf ketika’ث‘

bersambung.

Berdasarkan keputusan ujian bertulis yang dijalankan, pengkaji mengambil

tiga orang peserta kajian yang paling lemah dan melakukan kesalahan yang paling

banyak dalam menyambung huruf ini.

Jadual 1: Nama peserta kajian

32

Bil Nama

1 Sakinah bt Mohamad Basri (PK1)

2 Hanis Syamimi bt Mohamad (PK2)

3 Zulia Idayu bt Zulkefle (PK3)

Berikut adalah keterangan terperinci tentang setiap individu peserta kajian yang

dipilih oleh pengkaji untuk tujuan kajian ini.

Peserta Kajian 1 (PK1)

Peserta kajian pertama (PK 1) ialah Sakinah bt Mohd Basri (bukan nama

sebenar). PK1 merupakan anak keempat daripada sembilan orang adik-

beradik. Bapa PK1 bernama Mohamad Basri dan beliau bekerja sebagai

pembaik pulih komputer di sebuah pejabat, manakala ibu PK1 bernama

Rohaizan, beliau merupakan guru di sekolah Kebangsaan Sekolah

Kebangsaan Gelugor dan beliau mengajar Pendidikan Islam.

Apabila disoal mengenai kehadiran ke sekolah, PK1 mengatakan

bahawa dia suka datang ke sekolah kerana suka belajar Matematik. Hal ini

kerana matapelajaran yang paling disukai oleh PK1 adalah matapelajaran

Matematik. PK1 juga kerap tidak meyiapkan kerja sekolah dengan alasan

tertidur. Pencapaian peperiksaan PK 1 juga tidak memberangsangkan, dimana

PK1 sentiasa memperolehi kedudukan antara 15 hingga 20.

33

Selain itu, pada pandangan pengkaji, PK1 merupakan seorang yang

pendiam di dalam kelas dan seorang yang kurang berkeyakinan terhadap diri

sendiri. Selain itu PK1 tidak suka bergaul dengan semua rakan di dalam kelas

dan hanya bergaul dengan rakan-rakan tertentu sahaja. Apabila di soal siasat,

didapati beliau seorang yang sukar bergaul kerana sikap pemalunya.

Peserta Kajian 2 (PK2)

Peserta kajian kedua (PK 2) ialah Hanis Syamimi bt Mohamad (bukan nama

sebenar). PK2 merupakan anak keda daripada duaadik-beradik. Nama

bapanya ialah Mohamad dan merupakan seorang guru. Manakala nama

ibunya ialah Rohaya dan beliau seorang surirumah. Kakak kepada PK2

berada di tingkatan 1.

Ketika pengkaji menyoal mengenai kerja sekolah yang diberikan oleh

guru, PK2 mengatakan bahawa dia kerap tidak menyiapkan kerja sekolah

kerana dirumah PK 2 kerap menonton televisyen dan hanya menyiapkan kerja

sekolahnya pada waktu pagi di sekolah. pencapaian dalam peperiksaannya

juga agak tidak memuaskan, dimana PK2 kerap mendapat kedudukan terakhir

di dalam kelas.

Pada pemerhatian pengkaji, PK2 adalah seorang murid yang tidak

aktif di dalam kelas. PK2 hanya memberi respon apabila disoal dan kurang

berusaha menonjolkan diri di dalam kelas. Walaupun kedudukan PK2 di

dalam kelas pada barisan hadapan namun dia kurang melibatkan diri seperti

rakan yang lain. Sebagai contohnya apabila guru menyoal dihadapan kelas,

34

PK2 tidak mengangkat tangan untuk menjawab berbanding dengan rakan-

rakan yang lain.

Peserta Kajian 3 (PK3)

Peserta kajian ketiga (PK 3) ialah Zulia Idayu Bt Zulkefle (bukan nama

sebenar). PK3 merupakan anak yang ke-3 daripada 5 orang adik-beradik. PK3

mempunyai seorang abang di tingkatan empat dan seorang kakak di tingkatan

dua, manakala seorang adik lelaki yang berada di tahun tiga dan adik bongsu

berumur lima tahun. Ayahnya ialah Zulkefle dan bekerja sebagai seorang

buruh manakala ibunya ialah Nur Rasidah dan bekerja sebagai surirumah.

PK3 merupakan pengawas sekolah. Apabila disoal mengenai

kehadiran ke sekolah dia mengatakan bahawa beliau agak minat datang ke

sekolah. PK3 seorang yang tidak banyak cakap di dalam kelas dan hanya

bercakap apabila diminta oleh guru. PK3 tidak cuba untuk menonjolkan

dirinya sendiri seperti murid yang lain.

Pencapaian peperiksaan PK 3 di dalam kelas juga agak teruk

berbanding PK 1 dan PK 2 dimana PK3 memperolehi kedudukan yang ke-30

ketika dalam peperiksaan pertengahan tahun. Apabila di soal mengenai punca

kemerosotan dalam peperiksaan, PK3 menjawab ianya disebabkan sikap

malas dan tidak mengulangkaji pelajaran.

35

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

Lew Moi Mooi (2013) mengatakan bahawa penulisan tentang pelaksanaan tindakan

merupakan bahagian yang amat penting dalam penyelidikan tindakan. Di sini

pengkaji menyatakan pelaksanaan intervensi yang terbaik untuk menangani isu atau

masalah yang telah dikenal pasti dalam fokus kajian.

5.1 Prosedur Pelaksanaan Tindakan

Pengkaji menggunakan kaedah tertentu dalam menjalankan kajian ini supaya

kajian yang dijalankan sentiasa tetap dan tidak tersasar agar hala tuju kajian

berada pada landasan yang betul. Berdasarkan kajian ini, pengkajimemilih

untuk mengaplikasikan Model Kurt Lewin (1946).

Biasanya Model Kurt Lewin (1946) digunakan apabila masalah atau

isu kajian telah diketahui dan memerlukan pengesahan supaya perancangan

yang tepat dapat digunakan.

Kurt Lewin merupakan pengasas kepada penyelidikan tindakan.

Lewin menerangkan bahawa dalam satu lingkaran terdiri daripada 4 peringkat

iaitu merancang, bertindak, memerhati dan merefleksi.

Penyelidikan tindakan bermula dengan penghasilan idea umum iaitu

masalah atau isu yang akan dijelaskan dan dikenal pasti punca masalah

berkenaan. Seterusnya, pelan tindakan dirancang untuk menyelesaikan

masalah/isu berkenaan. Perancangan berkenaan dilaksanakan dan

menentukan hasil yang diperolehi selepas memberikan tindakan/ intervensi.

36

Selepas mengambil tindakan dan mengenal pastihasil dapatan, refleksi dibuat

untuk menentukan sama ada tindakan yang dilaksanakan menunjukkan hasil

yang baik. Jika tidak, perancangan masalah memerlukan penambahbaikan.

Biasanya Model Kurt Lewin digunakan apabila masalah/ isu kajian

telah diketahui dan memerlukan pengesahan supaya perancangan yang tepat

dapat digunakan. Menurut model kajian ini, terdapat 4 peringkat utama dalam

menjalankan sesebuah kajian. Peringkat peringkat tersebut diterangkan dalam

rajah seperti di bawah:

37

1) Merancang tindakan

Membuat pelan tindakan untuk menyelesaikan masalah

Merancang cara pengumpulan data

2) Menjalankan kajian

Kajian dijalankan mengikut rancangan yang telah dirancang

3) Pemerhatian

Mengumpul dapatan hasil daripada kajian yang telah dijalankan

4) Membuat Refleksi

Menganalisis dan merumus

Membuat refleksi terhadap keberkesanan kajian yang dilakukan

Rajah 2: Model Kurt Lewin (1946)

5.1.1 Perancangan

Berdasarkan masalah yang telah dikenal pasti, pengkaji telah

merancang tindakan dan intervensi yang sepatutnya bagi mengatasi

masalah penulisan huruf ‘ث’ ketika menyambung huruf jawi. Selepas

itu, pengkaji meneruskan kajian dengan merancang tindakan yang

sewajarnya bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Ia melibatkan

pemilihan pelan tindakan untuk menyelesaikan masalah dan juga

mencari cara pengumpulan data kajian yang ingin dijalankan.

Oleh itu pengkaji menekankan kaedah intensive drilling (latih

tubi) menggunakan Coloured Smartbook, yang mana buku ini

melibatkan juga penggunaan warna untuk membantu murid mengenal

dan mengingat kedudukan titik bagi huruf ‘ث’ ketika menyambung

huruf jawi.Coloured smartbook ini juga merupakan sebuah buku kecil

yang mengandungi tiga bahagian iaitu ‘ث’ didepan, ditengah dan di

belakang.perancangan ini termasuk dengan membuat analisis

dokumen berdasarkan ujian pra dan pasca, pemerhatian dan juga temu

bual bertujuan sebagai pengumpulan data.

5.1.2 Tindakan

Pada peringkat ini pengkaji dikehendaki menjalankan kajian. Pada

peringkat ini, pengkaji perlu menjalankan kajian yang dirancang

mengikut prosedur yang ditetapkan dan mengikut masa yang telah

38

dirancang agar perjalanan kajian berjalan dengan lancar dan teratur

dan menepati masa yang ditetapkan.

Langkah pertama dalam perlaksanaan tindakan adalah pengkaji

menjalankan ujian pra terhadap peserta kajian. Seterusnya

menjalankan sesi pdp bersama peserta kajian. Pengkaji menunjukkan

kad yang mengandungi huruf dan ’ث‘ memperkenalkan kepada

mereka. Pada masa yang sama juga, pengkaji meminta peserta kajian

untuk menulis huruf tersebut. Hal ini untuk melatih mereka agar tidak

tertukar antara huruf ‘ث’ dan juga ‘ث’.

Pada sesi pdp kedua, pengkaji memberi coloured smartbook

pada peserta kajian. Pada sesi ini pengkaji menerangkan mengenai

huruf ‘ث’ di hadapan beserta contoh kepada peserta kajian. Kemudian

pengkaji memantau mereka membuat latihan yang disediakan

berpandukan coloured smartbook yang diberikan.

Pada sesi pdp ketiga, pengkaji menerangkan pula mengenai

huruf ditengah ’ث‘ berserta contohnya menggunakan coloured

smartbook. Peserta kajian dilatih untuk menulis sambil mengingat

kedudukan titik bagi huruf ketika berada ditengah berdasarkan ’ث‘

warna yang terdapat di dalam coloured smartbooktersebut.

39

Seterusnya pada sesi pdp keempat, peserta kajian diterangkan

mengenai huruf ‘ث’ diakhir. Pengkaji menunjukkan contoh perkataan

yang mempunyai huruf ‘ث’di belakang. Pengkaji juga meminta peserta

kajian untuk memberikan contoh, seterusnya meminta mereka untuk

menulis perkataan tersebut pada coloured smartbook sambil di pantau

oleh pengkaji.

Seterusnya pada sesi pdp terakhir, pengkaji memberikan

latihan secara menyeluruh kepada peserta kajian di mana soalan

tersebut memerlukan murid menyambung huruf. Soalan tersebut telah

dicampur antara huruf didepan, ditengah dan dibelakang, tetapi ’ث‘

huruf ‘ث’ tersebut masing-masing mempunyai warna. Warna ini untuk

membantu murid mengingat kedudukan titik bagi huruf tersebut ’ث‘

seperti yang terdapat di dalam coloured smartbook.Seterusnya pula,

peserta kajian akan diberi soalan yang tidak mempunyai warna, dan

ini bertujuan untuk menguji sama ada peserta kajian mampu menulis

ataupun tidak.Peserta kajian tidak di benarkan merujuk kepada

buku coloured smartbook.

Coloured Smartbookini dihasilkan dengan mengaplikasikan

pelbagai aspek untuk menarik minat peserta kajian untuk menulis.

Buku ini tidak terlalu besar dan saiznya sama seperti buku-buku biasa

yang peserta kajian lihat iaitu seperti buku nota bersaiz kecil. Buku ini

juga ringan dan mudah di bawa ke mana sahaja. Coloured

Smartbookini akan membantu peserta kajian untuk mengingat dan

40

menulis dengan baik huruf agar’ث‘ mereka tidak salah dalam

meletakkan titik bagi huruf ketika’ث‘ menyambung huruf. Segala

perubahan tingkah laku yang berlaku diperhatikan dan dicatat oleh

pengkaji.

5.1.3 Pemerhatian

Pengkaji perlu membuat pemerhatian untuk melihat kesan ke atas

peserta kajian. Hal ini amat penting bagi memastikan kajian yang

dijalankan ini berjaya atau sebaliknya. Pengkaji perlu mengumpul

data hasil daripada kajian dan pemerhatian yang dijalankan secara

berstruktur.

Data-data yang dikumpul kemudiannya dianalisis untuk

memperoleh satu dapatan kajian. Seterusnya cadangan

penambahbaikan dilakukan jika hasil tidak memuaskan dan ini

merupakan pengukur sama ada kajian ini berjaya atau sebaliknya.

Pengkaji juga mengumpul data menggunakan temu bual.

Pengkaji turut menjalankan penganalisisan dokumen murid bagi

menilai keberkesanan penggunaan Coloured Smartbook yang telah

dijalankan. Data-data yang dikumpul kemudian dianalisis secara

deskriptif.

41

5.1.4 Refleksi

Pada peringkat akhir ini, pengkaji mereflek hasil daripada kajian yang

dijalankan. Pengkaji perlu untuk membuat refleksi keberkesanan

kajian dengan merumus dan menganalisis kajian yang dijalankan.

Dengan ini pengkaji akan mengetahui sama ada kajian yang dilakukan

memberikan keputusan yang baik atau sebaliknya.

Jika keputusan kurang memuaskan pengkaji perlu untuk

memikirkan semula cara yang lebih sesuai dan berkesan untuk

menangani masalah yang dihadapi ini. Pada peringkat refleksi ini

juga, pengkaji dapat mengetahui akan keberkesanan penggunaan

bahan intervensi dandapat mengetahui kekuatan dan kelemahan

intervensi yang telah digunakan.

5.2 Prosedur Mengumpul Data

Sepanjang melaksanakan kajian tindakan adalah penting untuk memilih

kaedah yang sesuai untuk meninjau dan mengutip data. Dalam kajian

tindakan, pengkaji boleh mengumpul data menggunakan temu bual,

pemerhatian, ujian dan analisis dokumen. Bagi kajian tindakan ini pengkaji

telah menggunakan instrumenujian pra dan pasca, pemerhatian dan temu

bual.

42

5.2.1 Analisis Dokumen

Antara prosedur yang digunakan oleh pengkaji dalam mengumpul

data ialah dengan membuat ujian. Pengkaji menjalankan ujian keatas

peserta kajian murid kelas 5 Aspiration. Tujuan ujian ini dijalankan

adalah untuk mengetahui masalah dan kelemahan yang dihadapi oleh

peserta kajian.

Ujian ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat awal

tentang penguasaan kemahiran menyambung huruf .’ث‘ Ujian pra

digunakan untuk mendapat maklumat tentang pengetahuan sedia ada

responden supaya guru dapat merancang aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang lebih berkesan dan menentukan kesesuaian item-

item ujian untuk bank item dan contoh soalan ujian seperti yang

terdapat pada lampiran 2.

Soalan ujian dalam kajian ini mengandungi 25 soalan yang

memerlukan peserta kajian untuk menyambung huruf jawi yang

mempunyai huruf ‘ث’. Di sini dapat dilihat tahap penguasaan peserta

kajian terhadap penulisan huruf ‘ث’ bersambung.

Ujian ini perlu diberikan sebelum intervensi dijalankan bagi

mengatasi masalah ini. Ujian yang diberikan mempunyai huruf ’ث‘

yang banyak dan memerlukan murid untuk menyambung huruf

43

tersebut. Ujian ini dapat menentukan sama ada peserta kajian mampu

menyambung huruf ‘ث’ atau sebaliknya.

Semasa intervensi dijalankan, peserta kajian akan menjawab

soalan secara latih tubi berpandukan coloured smartbookyang

diberikan oleh pengkaji. Peserta kajian akan menulis huruf ’ث‘

bersambung iaitu ,dihadapan ’ث‘ di tengah dan di belakang secara

latih tubi berterusan.

Seterusnya, peserta kajian di berikan latihan yang mempunyai

warna pada huruf ‘ث’ dan mereka tidak dibenarkan lagi untuk merujuk

kepadacoloured smartbook. Ini bertujuan untuk menguji tahap ingatan

mereka mengenai kedudukan titik bagi huruf ‘ث’ berpandukan warna

pada huruf ‘ث’ tersebut seperti yang terdapat pada lampiran 3.

Ujianpasca diberikan setelah peserta kajian menggunakan

bahan intervensi iaitu coloured smartbook. Melalui ujian pasca ini,

pengkaji dapat menentukan keberkesanan alat yang dihasilkan dan

dapat menjawab segala persoalan kajian untuk kajian ini dan contoh

soalan pasca seperti yang terdapat pada lampiran 4.

5.2.2 Pemerhatian

44

Kaedah pemerhatian telah digunakan untuk mendapatkan maklumat

murid semasa pengajaran dan pembelajaran berjalan. Segala gerak

laku murid dan maklum balas yang diberikan diperhatikan dan dicatat

oleh pengkaji.

Pengkaji menjalankan pemerhatian sebagai satu kaedah untuk

mengumpul data dalam menjawab persoalan kajian. Melalui

pemerhatian, pengkaji dapat mengumpul data mengenai keadaan

fizikal iaitu tingkah laku serta keadaan interaksi dan suasana yang

berlaku.

Pemerhatian dibahagikan kepada dua jenis iaitu berstruktur

dan tidak berstruktur. Pemerhatian tidak berstruktur adalah

pemerhatian untuk merakamkan fenomena keseluruhan yang berlaku

secara semulajadi di lokasi kajian.

Pemerhatian berstruktur adalah pemerhatian dimana aspek

yang hendak diperhatikan dikenal pasti terlebih dahulu. Pengkaji

memerhati,mendengar dan merekod maklumat berdasarkan set aktiviti

yang telah dikenal pasti. Penyediaan senarai semak amat membantu

dalam mencatat segala pemerhatian.

Jadual 2: Pemerhatian BerstrukturBil Item PK1 PK2 PK3

45

pra pos

pra pos

pra pos

1 Kerap mengerutkan dahi

2 Memadam jawapan berulang kali

3 Bertanya pada guru mengenai jawapan yang

ditulis

4 Banyak memandang ke arah lain ketika ujian

dijalankan

5 Menjawab soalan dalam masa yang singkat

5.2.3 Temu bual

Temu bual merupakan instrumen kutipan data yang bersifat kualitatif.

Melalui temu bual, pengkaji memperoleh maklumat secara langsung

apabila dapat berinteraksi secara bersemuka dengan peserta kajian.

Sesi temu bual telah dilakukan dengan guru Pendidikan Islam

terutamanya yang mengajar murid tahun 5 Aspiration. Temu bual

dilakukan secara bersemuka kerana keadaan ini membolehkan guru

tersebut menghuraikan apa yang difikirkannya kepada pengkaji secara

langsung. Beberapa soalan diajukan kepada guru Pendidikan Islam

46

yang mengajar murid kelas 5 Aspiration. Soalan yang diajukan ini

berkisar mengenai tahap pelajaran jawi bagi murid tahun 5. Pengkaji

juga menemu bual peserta kajian untuk mendapatkan maklumat yang

lebih terperinci.

Pengkaji memperoleh maklumat secara langsung apabila dapat

berinteraksi secara bersemuka dengan peserta kajian. Temu bual yang

telah dijalankan bersifat tidak berstruktur di mana temu bual diadakan

secara tidak formal dan soalan yang dikemukakan tidak mengikut

urutan, turut dilampirkan dalam kajian ini dalam lampiran 5.

5.3 Menganalisis Data

Pengkaji mengumpul data-data kajian ini secara kualitatif. Data kualitatif

diperoleh daripada analisis dokumen, pemerhatian dantemu bual.

Melalui pemerhatian, pengkaji memerhati tingkah laku peserta kajian

dalam bilik darjah dan pengkaji mencatatkan segala maklumat yang

diperolehi, sebagai contohnya peserta kajian tidak minat untuk belajar atau

tidak dapat menjawab soalan mudah dengan baik. Segala tingkah laku peserta

kajian dicatat dan direkodkan. Pengkaji menggunakan pemerhatian berstuktur

dan tidak berstruktur terhadap peserta kajian.

Analisis dokumen juga dijalankan untuk melihat tahap pencapaian

peserta kajian dan keberkesanan penggunaan intervensi terhadap peserta

47

kajian sama ada intervensi yang dijalankan terhadap mereka mampu untuk

mengubah tahap pencapaian dan meningkatkan kemahiran dalam penulisan

huruf ‘ث’ bersambung. Adanya ujian dan latih tubi, pengkaji dapat melihat

tahap pencapaian peserta kajian sebelum dan selepas intervensi dijalankan.

Dalam kajian ini, temu bual telah digunakan sebagai instrumen. Temu

bual ini telah dijalankan secara bersemuka. Pengkaji merekodkan sesi temu

bual dengan menggunakan alat perakam video. Ini bertujuan untuk

memastikan tidak ada maklumat yang tercicir dan mudah ditranskripkan

untuk dianalisis. Pengkaji telah menganalisis temu bual ini melalui transkripsi

temu bual.

5.4 Pelaksanaan Tindakan

Penulisan tentang pelaksanaan tindakan merupakan bahagian yang amat

penting dalam penyelidikan tindakan. Di sini pengkaji menyatakan cara

penyelesaian yang terbaik untuk menangani isu atau masalah yang telah

dikenal pasti dalam fokus kajian.

48

Bil Aktiviti Tarikh Pelaksanaan

Catatan

1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal

2 Februari, 2014

2 Menulis proposal Kajian 6 Februari, 2014

3 Merancang Tindakan 12 Februari, 2014

4 Melaksanakan tindakan –aktiviti 1

23 Februari, 2014

5 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1

27 Februari, 2014

6 Melaksanakan tindakan –aktiviti 2

5 Mac, 2014

7 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2

8 Mac, 2014

8 Ujian untuk mengesan pencapaian murid

19 Mac, 2014

9 Refleksi kajian 20 Mac, 2014

10 Menulis laporan Kajian 21 Mac, 2014

11 Pembentangan dapatan kajian 28 Mac, 2014

10 Menulis laporan Kajian 21 Mac, 2014

11 Pembentangan dapatan kajian 28 Mac, 2014

Jadual 3: jadual pelaksanaan

49

6.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

Pada bahagian ini menerangkan bagaimana pengumpulan data telah dilakukan oleh

pengkaji. Pengumpulan data ini dilakukan adalah untuk mendapatkan maklumat

yang lebih terperinci berkenaan kemahiran peserta kajian dalam menulis huruf ’ث‘

bersambung. Bahagian ini menghurai dan memperjelas hasil analisis data serta

dapatan yang diperolehi berdasarkan instrumen yang telah dibina.

6.1 Apakah masalah murid lemah tahun 5A dalam menulis huruf ‘

?bersambung ’ث

Dalam usaha mengetahui masalah yang dihadapi oleh peserta kajian, pengkaji

menggunakan beberapa instrumen untuk mengenal pasti masalah yang

dihadapi oleh mereka. Antaranya ialah pemerhatian dan analisis dokumen.

6.1.1 Peserta Kajian 1 (PK 1)

PK1 dikenal pasti adalah seorang yang pendiam di dalam kelas. PK1

kurang melibatkan diri dalam aktiviti di dalam kelas dan hanya

melibatkan diri apabila dipanggil oleh guru. Ketika di dalam kelas

PK1 sentiasa kelihatan keliru untuk menjawab soalan dan kurang

keyakinan diri. Ini dapat dilihat apabila disoal PK1 lambat untuk

menjawab dan suaranya amat perlahan sehinggakan pengkaji perlu

untuk mendekatkan diri kepadanya untuk mendengar apa yang telah

disebut.

50

gambar 1: PK 1 kurang memberi perhatian

Selain itu juga ketika menanda latihan dan buku tulis, PK1

kerap melakukan kesalahan pada tempat yang sama iaitu salah

meletakkan titik bagi huruf ketika menyambung huruf, dan untuk’ث‘

memastikan lagi kesahihan tersebut, pengkaji memberi latihan bertulis

kepadanya dan memang terbukti bahawa PK1 lemah dalam

menentukan titik bagi huruf ‘ث’ ketika menyambung perkataan.

Semasa ujian pra kelihatan PK1 kelihatan keliru dan

mengerutkan dahinya,. PK1 mengambil masa yang agak lama untuk

menjawab soalan berbanding perserta kajian lain.

Hasil daripada penelitian hasil kerja peserta kajian, seperti

lembaran kerja dan buku latihan, pangkaji mendapati mereka kerap

melakukan kesalahan dalam meletakkan titik bagi huruf ’ث‘

bersambung.

Antara kesalahan yang kerap dilakukan oleh PK 1 ini ialah

kesalahan dalam meletakkan titik bagi huruf yang ’ث‘ berada di

hadapan dan juga di tengah.

51

Rajah 3: Jawapan Peserta Kajian 1

6.1.2 Peserta Kajian2 (PK2)

Dalam mengenal pasti masalah bagi PK2 ini, pengkaji banyak melihat

kepada hasil-hasil kerja seperti buku latihan. PK2 antara murid yang

paling banyak melakukan kesalahan dalam meletakkan titik bagi huruf

,Titik yang sepatutnya berada di bawah ketika menyambung huruf .’ث‘

PK2 meletakkannya di atas.

Ketika pengkaji memberi ujian bertulis, PK2 kelihatan tidak

yakin dan mengambil masa yang agak lama untuk menjawab soalan

tersebut. PK2 juga banyak mengerutkan dahi dan mengetuk-ngetuk

penselnya sambil melihat soalan.

gambar 2: PK 2 mengetuk pensil

52

Perkara ini dikukuhkan lagi dengan analisis dokumen yang

telah dijalankan terhadap PK 2, dimana pengkaji memberikan latihan

terhadap peserta kajian. Soalan latihan ini berfokuskan terhadap huruf

.’ث‘ PK 2 diminta untuk menyambung huruf-huruf tersebut supaya

menjadi perkataan. Hasil daripada jawapan yang dijawab oleh PK 2,

didapati PK 2 ini sememangnya lemah di dalam penulisan huruf ’ث‘

bersambung.

Antara kesalahan yang kerap dilakukan oleh PK 2 ini ialah

kesalahan dalam meletakkan titik bagi huruf yang ’ث‘ berada di

hadapan dan juga di tengah. Manakala bagi huruf ‘ث’ yang berada di

belakang, PK 2 tidak mengalami masalah kerana sememangnya titik

bagi huruf ‘ث’ tunggal berada di atas.

Rajah 4: Jawapan Peserta Kajian 2

6.1.3 Peserta Kajian3 (PK3)

PK3 boleh menjawab dengan baik berbanding peserta kajian yang

lain, namun kerana kecuaian dan keyakinan yang lebih dari peserta

kajian yang lain menyebabkan PK3 melakukan kesalahan dalam

menjawab soalan yang diberi.

53

Ketika pengkaji menyemak buku latihan, PK3 melakukan

kesalahan yang sama dengan murid lain iaitu salah dalam meletakkan

titik bagi huruf ketika ’ث‘ menyambung huruf. Ketika menjawab

soalan ujian pra yang diberikan PK3 kelihatan boleh menjawab dan

dapat menyiapkan lebih cepat daripada peserta kajian yang lain.

Tetapi apabila pengkaji menyemak semula jawapan yang dijawab

didapati PK3 melakukan kesalahan yang sama seperti peserta kajian

yang lain.

Rajah 5: Jawapan Peserta Kajian 3

Kesimpulan yang dapat pengkaji rumuskan bahawa masalah yang

dihadapi oleh peserta kajian ini ialah mereka keliru dalam meletakkan titik

bagi huruf bersambung ’ث‘ dan kerap melakukan kesalahan dan ini telah

dibuktikan melalui analisis dokumen, pemerhatian dan juga temu bual yang

telah dilaksanakan oleh pengkaji.

6.2 Bagaimanakah penggunaan coloured smartbook dapat membantu

murid lemah 5A menulis huruf ‘ث’ bersambung?

Dalam menilai sejauh mana peningkatan murid dalam kemahiran menulis

huruf ,bersambung’ث‘ pengkaji menggunakan instrumen menganalisis

54

dokumen iaitu hasil daripada latihan dan juga ujian yang dijalankan oleh

pengkaji terhadap peserta kajian.

Ujian dan latihan merupakan alat kajian yang digunakan bagi menilai

dan mengesan kefahaman murid terhadap sesuatu topik pelajaran. Selain itu

pengkaji juga menggunakan instrumen pemerhatian dalam mengumpul

maklumat. Pemerhatian ini dilakukan ketika sebelum intervensi, semasa

intervensi dan selepas intervensi.

Pengkaji telah melaksanakan instrumen ujian sebelum dan selepas

intervensi dijalankan terhadap peserta kajian. Pada mulanya pengkaji

menjalankan ujian terhadap peserta kajian dan ujian seterusnya pula

dijalankan setelah intervensi dilaksanakan. Terdapat 25 soalan yang

perkataannya mengandungi huruf dan ’ث‘ peserta kajian diminta untuk

menyambung huruf tersebut. Soalan bagi kedua-dua ujian ini adalah sama,

cuma berlaku tiga penambahan soalan lagi bagi ujian selepas intervensi.

Berikut adalah perincian pencapaian peserta kajian secara individu.

Semasa intervensi dijalankan, pengkaji memberikan latihan bertulis

kepada peserta kajian, dimana latihan tersebut terdapat di dalam coloured

smartbook yang telah disediakan oleh pengkaji.

6.2.1 Peserta Kajian 1 (PK 1)

Ujian yang dijalani oleh PK1sebelum intervensi dijalankan, PK1 tidak

mendapat sebarang markah. Ini bermaksud bahawa soalan yang

55

dijawab oleh PK1 adalah salah untuk semua soalan. PK1 tidak dapat

menjawab semua soalan sama ada bagi huruf ‘ث’ di depan, di tengah

mahupun di belakang. Semua jawapan yang ditulis oleh PK1 adalah

salah dari segi menyambung huruf ,’ث‘ seperti yang ditunjukkan di

dalam gambar rajah dibawah.

Tambahan pula dari segi pemerhatiannya, dapat dilihat bahawa

PK1 seperti tidak dapat memberi tumpuan dan kelihatan keliru ketika

menjawab soalan. PK1 mengambil masa yang agak lama berbanding

peserta kajian yang lain dalam menyiapkan jawapan bagi ujian yang

diberikan.

Ada juga pada suatu ketika, PK1 memanggil pengkaji untuk

bertanya mengenai jawapan yang ditulisnya. Soalan yang ditanya oleh

PK1, “ustazah, betul dok gini?”. Disini dapat dilihat bahawa tahap

keyakinan PK1 agak rendah, dia tidak yakin dengan jawapan yang

ditulis olehnya dan bertanya kepada guru untuk mendapatkan

kepastian.

56

Rajah 6: Ujian pra yang dijawab oleh PK1

Semasa sesi dijalankan PK1 menunjukkan minat terhadap sesi

yang dijalankan. Apabila pengkaji memberikan coloured smartbook

kepadanya, PK1 kelihatan bersemangat untuk belajar. Pada permulaan

pengkaji menerangkan mengenai huruf dihadapan menggunakan ’ث‘

coloured smartbook dan tindak balas PK1 menunjukkan bahawa dia

memahami akan kedudukan titik bagi huruf ‘ث’ bersambung. PK1 juga

diminta untuk memberikan contoh perkataan huruf ‘ث’ dihadapan dan

PK1 boleh memberikan contoh kepada pengkaji.

Pada masa yang sama juga pengkaji meminta PK1 untuk

mengingat akan warna bagi huruf ‘ث’ dihadapan beserta kedudukan

titiknya. Seterusnya pula, setelah mengetahui kedudukan bagi huruf ‘

dihadapan ’ث pengkaji meminta PK1 untuk menulis latihan yang

terdapat di dalam coloured smartbookdan di pantau oleh pengkaji.

Begitu juga untuk sesi-sesi seterusnya iaitu pengkaji

mengenalkan huruf .yang berada di tengah dan juga di belakang ’ث‘

Setelah di terangkan mengenai huruf di ’ث‘ hadapan, ditengah dan

belakang, pengkaji menyoal PK1 mengenai kedudukan titik bagi huruf

berpandukan ’ث‘ warna seperti yang terdapat di dalam coloured

smartbook. Jawapan yang diberikan oleh PK1 ialah:

dihadapan warna biru, titik di bawah ketika ’ث‘“

bersambung, ‘ث’ ditengah warna hijau, titik di bawah ketika

bersambung dan ‘ث’ di belakang warna merah, titik di atas”

57

PK 1 juga menjawab latihan di dalam coloured smartbook bagi

huruf dihadapan, di tengah dan di belakang dengan betul seperti ’ث‘

yang ditunjukkan seperti rajah di bawah:

Rajah 7: latihan'ث'dihadapan

Rajah 8: latihan 'ث' di tengah

Rajah 9: latihan 'ث'dibelakang

Terdapat perubahan yang membanggakan dalam ujian selepas

intervensi dijalankan, dimana peningkatan tersebut dapat dilihat

dengan ketara sekali. PK1 dapat menjawab soalan dengan baik sekali

58

selepas menggunakan coloured smartbook dan membuat intensive

drilling.

PK1 boleh menjawab semua soalan yang mempunyai warna

pada huruf ‘ث’ sebagai panduan dengan baik tanpa merujuk pada buku

panduan coloured smartbook, dan PK1 hanya perlu mengingat warna

dan kedudukan titik bagi huruf ‘ث’ tersebut. Terdapat 17 soalan (rujuk

lampiran 4) yang perlu di jawab oleh PK1 dan gambar rajah di bawah

menunjukkan hasil jawapan oleh PK1:

Rajah 10: Latihan ‘ث’Berwarna (PK1)

Seterusnya pengkaji memberikan ujian kepada PK1, dimana

soalan tersebut tidak mempunyai warna pada huruf dan peserta ’ث‘

kajian tidak boleh merujuk buku panduan coloured smartbook. Soalan

ini mengandungi 28 soalan dan boleh dirujuk pada lampiran 5.

59

Hasil daripada ujian tersebut PK1 dapat menjawab soalan

tanpa merujuk buku panduan coloured smartbook dan hanya

mengingat kedudukan titik mengikut warna sahaja. Selain itu konsep

kefahaman dan cara menulis huruf ini ’ث‘ telah dipupuk semasa

menjalankan intervensi. Antara yang ditekankan kepada PK1 ini ialah

mengingat kedudukan dan warna huruf ‘ث’ tersebut.

Walaupun tidak betul seratus-peratus namun berlaku

peningkatan terhadap PK1 sebelum dan selepas intervensi dijalankan

seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah.

Rajah 11: Ujian pos oleh PK1 selepas intervensi

Hasil daripada ujian yang di jawab oleh PK1, didapati bahawa

bagi soalan menyambung huruf yang ’ث‘ berada di hadapan PK1

dapat menjawab semua soalan dengan betul daripada lapan soalan.

Manakala bagi huruf yang berada ditengah PK1 salah menjawab ’ث‘

empat soalan daripada 15 soalan yang disediakan. Seterusnya bagi

60

huruf yang ’ث‘ berada di belakang, PK1 menjawab tujuh soalan

dengan betul daripada lapan soalan yang telah disediakan, bermakna

PK1 hanya salah menjawab satu soalan sahaja.

Dalam ujian ini PK1 melakukan kesalahan dalam

menyambung huruf yang berada di tengah sahaja. Ini bermakna ’ث‘

PK1 masih sedikit keliru mengenai kedudukan titik bagi huruf ’ث‘

yang berada di tengah ketika menyambung huruf.

Namun berdasarkan keseluruhan analisis yang telah dilakukan

ke atas ujian sebelum dan selepas intervensi, pengkaji mendapati

kaedah coloured smartbook sangat berkesan untuk membantu PK1

menguasai kemahiran menyambung huruf .’ث‘ Hal ini dibuktikan

dengan berlakunya peningkatan terhadap pencapaian PK1 sebelum

dan selepas kajian dijalankan.

Temu bual telah dijalankan terhadap PK 1. Temu bual ini

dijalankan setelah intervensi dijalankan dan soalan temu bual boleh di

rujuk pada lampiran 6.

Soalan temu bual ini mengandungi enam soalan dan tujuan temu

bual ini untuk menilai tahap keberkesanan intervensi yang digunakan.

Ini merupakan transkrip temu bual antara pengkaji dan juga peserta

kajian.

61

Jadual 4: Transkrip temu bual PK 1

Bil Soalan Transkrip temu bual

(PK1

1 Adakah kamu suka belajar jawi? ‘suke la jugok’

2 Adakah sebelum ini kamu keliru

untuk meletakkan titik bagi

huruf ‘ث’ ketika menyambung

huruf?

‘keliru sket’

3 Adakah coloured smartbook

dapat membantu meningkatkan

penguasaan kamu dalam menulis

huruf ‘ث’ bersambung?

(sambil mengangguk)

‘membantu…sebab

mudah’.

4 Adakah kamu akan

menggunakan kaedah coloured

smartbook semasa menulis

tulisan jawi yang mempunyai

huruf ‘ث’

(mengangguk)

‘senang rujuk situ kalu

keliru..’

62

5 Adakah coloured smartbook ini

membantu dan memudahkan

kamu untuk mengingat

kedudukan titik bagi huruf ‘ث’?

(mengangguk)

6 Adakah kamu seronok menulis

jawi menggunakan coloured

smartbook?

‘suke..’

6.2.2 Peserta Kajian2 (PK2)

Bagi PK2 juga berlaku peningkatan antara ujian sebelum dan selepas

intervensi dijalankan. Dalam ujian awal yang dijalani, PK2 hanya

memperolehi sebanyak 60%. Hasil daripada analisis terhadap ujian

yang dijalankan keatas PK2 ini, didapati bahawa PK2 keliru dalam

meletakkan titik bagi huruf bersambung ketika berada dihadapan ’ث‘

dan juga ditengah.

Bagi soalan menyambung huruf yang ’ث‘ berada dihadapan

PK2 hanya dapat menjawab tiga soalan dengan betul daripada lapan

soalan yang disediakan, bermakana lima soalan salah dijawab oleh

PK2. Manakala bagi huruf ‘ث’ yang berada ditengah pula, PK2 hanya

dapat menjawab sembilan soalan dengan betul daripada 15 soalan

yang disediakan. PK2 salah menjawab enam soalan. Bagi huruf ’ث‘

yang berada dibelakang pula, PK2 dapat menjawab tujuh soalan

dengan betul daripada lapan soalan yang disediakan.

Didapati bahawa PK2 ini paling lemah dalam menentukan titik

bagi huruf ketika ’ث‘ berada dihadapan dan juga ditengah, seperti

63

yang ditunjukkan dalam gambar rajah dibawah. Oleh yang demikian,

pengkaji membuat andaian awal bahawa PK2 tidak faham dan keliru

mengenai kedudukan titik huruf ‘ث’ apabila disambung dengan huruf

lain.

Rajah 12: Kesalahan menyambung huruf ‘ث’ dihadapan

Rajah 13: Kesalahan menyambung huruf ‘ث’ ditengah

Semasa sesi dijalankan, PK2 memberi tumpuan yang baik.

Pada sesi yang pertama pengkaji memperkenalkan huruf kepada ’ث‘

peserta kajian dari segi kedudukan titik, bentuk dan juga cara

penulisan huruf ‘ث’. PK2 dapat mengenali huruf ‘ث’ dengan baik dan

cara penulisannya juga betul.

64

Pada sesi ke-2, ke-3, dan ke-4 PK2 diperkenalkan dengan

huruf ,didepan ’ث‘ di tengah, dan di belakang. PK2 menunjukkan

respon yang positif, dimana PK2 boleh memahami dan mengingat

kedudukan titik bagi huruf bersambung ’ث‘ berpandukan warna.

Selain itu juga PK2 boleh memberikan contoh perkataan bagi huruf ‘

yang berada pada tiga kedudukan tersebut dengan baik dan mampu ’ث

untuk menulis di papan hitam. Tujuannya adalah untuk melatih

peserta kajian menulis dengan baik.

Tambahan lagi, di dalam buku coloured smartbook terdapat

latihan yang telah disediakan, dan peserta kajian diminta untuk

menjawab latihan tersebut. PK2 dapat menjawab dengan baik

menggunakan coloured smartbook sebagai panduan. Dalam masa

yang sama juga pengkaji meminta PK2 untuk mengingat kedudukan

titik bagi huruf bersambung. Rajah di bawah menunjukkan hasil ’ث‘

latihan yang di jawab oleh PK2:

Rajah 14: latihan'ث'di hadapan

65

Rajah 15: Latihan 'ث' di tengah

Rajah 16: Latihan 'ث' di belakang

Pada sesi kelima pengkaji memberikan latihan,

dan soalan tersebut mempunyai warna pada huruf ‘

dan’ث seterusnya pengkaji memberikan ujian yang

mana ujian tersebut tidak mempunyai warna pada

huruf ‘ث’.PK2 perlu menjawab tanpa perlu merujuk pada

coloured smartbook.

Pada ujian yang di jalankan terdapat penambahan soalan pada

ujian selepas intervensi, namun begitu soalan tersebut masih dalam

lingkungan aras yang sama. Tujuan pengubahsuaian yang dilakukan

66

adalah untuk menilai penguasaan peserta kajian sama ada meningkat

disamping menyediakan mereka satu situasi ujian yang baru.

Namun begitu, terdapat perubahan yang membanggakan

berkaitan jawapan PK2 pada ujian yang dijalankan. Pada ujian ini

PK2 mendapat 100% yang bermakna PK2 dapat menajwab semua

soalan dengan betul. Ketika menjawab soalan, PK2 kelihatan yakin

walaupun ada waktu ketika PK2 kelihatan keliru dan memerhatikan

soalan tersebut dengan agak lama. Gambar rajah dibawah merupakan

soalan yang dijawab oleh PK2.

Rajah 17: latihan ‘ث’ berwarna PK2

67

Rajah 18: ujian pos PK2 (tidak berwarna)

Temu bual telah dijalankan terhadap PK 2. Temu bual ini

dijalankan setelah intervensi dijalankan. (Rujuk lampiran 6)

Soalan temu bual ini mengandungi enam soalan dan tujuan

temu bual ini untuk menilai tahap keberkesanan intervensi yang

digunakan. Ini merupakan transkrip temu bual antara pengkaji dan

juga peserta kajian.

Jadual 5: Transkrip temu bual PK 2

Bil Soalan Transkrip temu

bual PK 2

1 Adakah kamu suka belajar jawi? ‘suka.’

2 Adakah sebelum ini kamu keliru untuk

meletakkan titik bagi huruf ‘ث’ ketika

menyambung huruf?

‘keliru..’

68

3 Adakah coloured smartbook dapat

membantu meningkatkan penguasaan

kamu dalam menulis huruf ‘ث’

bersambung?

(hanya

mengangguk)

4 Adakah kamu akan menggunakan

kaedah coloured smartbook semasa

menulis tulisan jawi yang mempunyai

huruf ‘ث’

(mengangguk)

5 Adakah coloured smartbook ini

membantu dan memudahkan kamu

untuk mengingat kedudukan titik bagi

huruf ‘ث’?

‘mudah..sebab

ade kaler biru,

hijau, merah’

6 Adakah kamu seronok menulis jawi

menggunakan coloured smartbook?

‘suke..

6.2.3 Peserta Kajian3 (PK3)

Berdasarkan hasil ujian yang dijalani oleh PK 3 sebelum, semasa dan

selepas intervensi dijalankan, satu analisis telah dibuat pada item

dalam ujian dan latihan bagi mengenal pasti keberkesanan coloured

smartbook dalam membantu murid dalam menentukan titik bagi huruf

.bersambung ’ث‘

Pada ujian pra ini PK3 kerap melakukan kesalahan pada soalan

huruf ‘ث’dihadapan dan huruf ‘ث’ yang berada di tengah hanya sedikit

sahaja kesalahannya. Manakala bagi huruf ‘ث’ di belakang, PK3 dapat

menjawab dengan betul.

69

Disini dapat pengkaji simpulkan bahawa PK3 ini lemah dalam

menentukan titik bagi huruf yang ’ث‘ berada di hadapan. Pada

pemerhatian pengkaji juga terdapat kesan padam yang banyak, dan ini

menunjukkan bahawa PK3 ini berasa keliru untuk meletakkan titik

bagi huruf ‘ث’ketika menyambung huruf.

Bagi huruf ‘ث’ dihadapan, PK3 salah menjawab semua soalan,

manakala bagi huruf di ’ث‘ tengah, PK3 salah menjawab sebanyak

empat soalan daripada 15 soalan yang disediakan. Bagi huruf ’ث‘

diakhir PK3 dapat menjawab semua soalan dengan betul.

Rajah 19: Ujian pra PK3

Pada sesi yang pertama pengkaji memperkenalkan huruf ’ث‘

kepada peserta kajian dari segi kedudukan titik, bentuk dan juga cara

penulisan huruf ‘ث’. PK3 dapat mengenali huruf ‘ث’ dengan baik dan

cara penulisannya juga betul.

70

Pada sesi ke-2, ke-3, dan ke-4 PK3 diperkenalkan dengan

huruf di ’ث‘ depan, di tengah, dan di belakang. PK3 menunjukkan

respon yang positif, dimana PK3 boleh memahami dan mengingat

kedudukan titik bagi huruf bersambung ’ث‘ berpandukan warna.

Selain itu juga PK3 boleh memberikan contoh perkataan bagi huruf ‘

yang berada pada tiga kedudukan tersebut dengan baik dan mampu ’ث

untuk menulis di papan hitam dan ini bertujuan untuk melatih PK 3

menulis dengan baik.

Tambahan lagi, di dalam buku coloured smartbook terdapat

latihan yang telah disediakan, dan peserta kajian diminta untuk

menjawab latihan tersebut. PK3 dapat menjawab dengan baik

menggunakan coloured smartbook sebagai panduan. Dalam masa

yang sama juga pengkaji meminta PK3 untuk mengingat kedudukan

titik bagi huruf bersambung. Rajah di bawah menunjukkan hasil ’ث‘

latihan yang di jawab oleh PK3:

Rajah 20: latihan ‘ث’di hadapan PK3

71

Rajah 21: latihan ‘ث’ditengah PK3

Rajah 22: latihan ‘ث’ di belakang PK3

Manakala bagi ujian pos pula PK3 memperolehi sebanyak

96%. Berlaku peningkatan yang amat memberangsangkan. Hanya

berlaku sedikit kesalahan pada satu soalan dan pengkaji merasakan

bahawa PK3 lalai ketika menjawab soalan. Hal ini kerana semua

soalan dijawab dengan betul kecuali satu soalan sahaja.

72

Rajah 23: Ujian pos PK3

Temu bual telah dijalankan terhadap PK 3. Temu bual ini

dijalankan setelah intervensi dijalankan. (Rujuk lampiran 6)

Soalan temu bual ini mengandungi enam soalan dan tujuan

temu bual ini untuk menilai tahap keberkesanan intervensi yang

digunakan. Ini merupakan transkrip temu bual antara pengkaji dan

juga peserta kajian.

Jadual 6: Transkrip temu bual PK 3

Bil Soalan Transkrip temu bual

PK3

1 Adakah kamu suka belajar jawi? ‘suke..seronok.’

73

2 Adakah sebelum ini kamu keliru

untuk meletakkan titik bagi

huruf ‘ث’ ketika menyambung

huruf?

‘keliru…pah tu main

letak je la’

3 Adakah coloured smartbook

dapat membantu meningkatkan

penguasaan kamu dalam menulis

huruf ‘ث’ bersambung?

(mengangguk)

‘membantu..’

4 Adakah kamu akan

menggunakan kaedah coloured

smartbook semasa menulis

tulisan jawi yang mempunyai

huruf ‘ث’

(mengangguk)

‘kadang-kadang

guna,kalu keliru’

5 Adakah coloured smartbook ini

membantu dan memudahkan

kamu untuk mengingat

kedudukan titik bagi huruf ‘ث’?

(sambil mengangguk)

‘membantu..sebab kalu

dok ingat, ingat kaler

yang ada tu ah’’

6 Adakah kamu seronok menulis

jawi menggunakan coloured

smartbook?

(mengangguk)

‘suke..’

Dapatan daripada sesi temu bual bersama murid ini, dapat

disimpulkan bahawa ketiga-tiga peserta kajian ini menunjukkan

bahawa penggunaan intervensi ini dapat membantu mereka dalam

meningkatkan kemahiran menulis huruf bersambung dan dengan ’ث‘

74

adanya bahan rangsangan dan bantuan ini, akan memudahkan mereka

untuk lebih memahami dan menjadikan mereka lebih menyukai jawi.

Pemerhatian adalah satu proses meneliti situasi atau kejadian

secara kritikal seperti tingkahlaku, cara melaksanakan sesuatu,

keadaan persekitaran dan sebagainya. Pengkaji juga menggunakan

instrumen pemerhatian berstuktur terhadap peserta kajian ketika ujian

pra dan pos dijalankan dan hasilnya seperti jadual di bawah.

Jadual 7: Pemerhatian berstruktur peserta kajian

Bil Item

PK1 PK2 PK3

pra pos

pra pos

pra pos

1 Kerap mengerutkan dahi √

2 Memadam jawapan berulang kali √ √

3 Bertanya pada guru mengenai

jawapan yang ditulis

4 Banyak memandang ke arah lain

ketika ujian dijalankan

5 Menjawab soalan dalam masa yang

singkat

√ √ √ √

Setelah meneliti semua data yang dianalisis, pengkaji dapat

merumuskan bahawa kajian ini berjaya mencapai objektifnya.

Kesimpulannya, ‘coloured smartbook’ dapat membantu dalam

penguasaan murid dalam menentukan titik bagi huruf ketika ’ث‘

menyambung huruf.

75

7.0 REFLEKSI

Berdasarkan kepada data kualitatif yang telah dianalisis dan dibincangkan secara

terperinci sebelum ini, dapat dilihat dengan jelas bahawa penggunaan coloured

smartbook dapat membantu murid menulis huruf ‘ث’ bersambung dengan lebih baik.

Peserta kajian juga menunjukkan perubahan tingkah laku pada setiap sesi dijalankan

yang mana dari mula diperkenalkan dengan bahan bantu sehingga mereka boleh

melengkapkan lembaran kerja yang diberi tanpa berpandukan bahan itu.

Perkara ini dapat dilihat berdasarkan analisis dokumen yang ditunjukkan.

Pada peringkat awalnya peserta kajian lemah dalam menulis huruf .bersambung’ث‘

Kemudiannya, setelah menjalankan sesi intervensi, ketiga-tiga peserta kajian dapat

menulis huruf ‘ث’bersambung dengan lebih baik dan betul. Berdasarkan kepada ujian

pra dan pasca yang telah dijalankan menunjukkan peningkatan dari segi penguasaan

peserta kajian terhadap penulisan huruf ‘ث’bersambung di hadapan, di tengah dan di

belakang.

Hasil dapatan kajian yang telah dilaksanakan oleh pengkaji membuktikan

bahawa walaupun pencapaian murid pada awalnya lemah, namun setiap murid

berpotensi untuk mencapai pencapaian yang lebih baik jika didedahkan dengan

teknik atau kaedah yang berkesan. Hal ini di sokong oleh James Ang Jit Eng (2014)

yang berpendapat bahawa pembelajaran berkualiti itu adalah hasilan daripada

pengajaran berkesan yang dilaksanakan melalui pengaplikasian strategi dan kaedah

pengajaran yang sesuai.

76

Selain itu juga dapatan daripada latihan dan ujian yang dijalankan turut

mempamerkan peningkatan markah peserta kajian antara sebelum dan selepas

intervensi yang menunjukkan bahawa berlakunya perubahan terhadap penguasaan

bagi huruf .bersambung ’ث‘ Coloured smartbook berjaya membantu peserta kajian

untuk menulis huruf ‘ث’ bersambung dengan lebih baik berbanding sebelum ini.

Selain itu, kajian ini menunjukkan berlakunya perubahan tingkah laku bagi

setiap peserta kajian yang dipilih. Setiap peserta kajian mempunyai sikap dan tingkah

laku yang berbeza bermula daripada awal sesi PdP sehingga selesai sesi intervensi.

Perubahan yang ditunjukkan daripada tingkah laku negatif kepada tingkah laku

positif sepanjang sesi ini berlangsung.

Perubahan emosi peserta kajian juga dapat dilihat sebelum dan selepas sesi

intervensi ini dijalankan yang mana pada awalnya peserta kajian menunjukkan

pelbagai emosi yang negatif seperti tidak memberikan tumpuan ketika di dalam

kelas. Ini berdasarkan kepada temu bual yang dijalankan terhadap peserta kajian ini.

Kemudiannya, setelah mereka selesai menjalani sesi intervensi, mereka didapati

lebih ceria dan gembira.

Sepanjang menjalankan kajian ini, pengkaji mendapati bermacam perasaan

wujud dalam diri. Namun begitu, pengkaji berasa sangat gembira apabila bahan

intervensi yang digunakan dapat mencapai objektif kajian sepertimana yang telah

dirancang.

77

8.0 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Kebolehan membaca dan menulis Jawi amat penting dalam pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Islam. Hal ini kerana bahan pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Islam sebahagian besarnya ditulis dalam Jawi. Murid juga diwajibkan

untuk cekap dan menguasai kemahiran Jawi supaya dapat mempelajari dan membaca

al-Quran dengan lancar.

Cadangan untuk kajian seterusnya juga ialah mempelbagaikan lagi huruf yang

keliru untuk disambung seperti hururf ‘ ‘غ ,’ ‘ ,’ ‘ ج’, خ ي ’ dan sebaginya lagi dan

menjadikannya ke dalam sebuah buku dan slide interaktif. Murid semestinya akan

gembira dan berasa seronok untuk belajar jawi kerana guru menggunakan pelbagai

kaedah yang menarik dan tidak membosankan.

Sampel yang dipilih dalam kajian ini hanya melibatkan tiga orang murid

tahun 5 Aspiration di sekolah pengkaji sendiri, dan pengkaji terlibat secara langsung

dalam pengajaran dan pembelajaran bagi murid-murid kelas ini. Oleh itu, pengkaji

mencadangkan agar kajian seumpama ini dapat diperluaskan lagi ke atas responden

yang lebih ramai dan dari tahun yang berbeza seperti tahun tiga dan empat agar

mereka didedahkan lebih awal mengenai huruf jawi ini.

Berdasarkan kajian ini, dicadangkan agar bahan intervensi ini di masukkan

dengan teknologi terkini sebagai contohnya menjadikan bahan ini dalam bentuk slide

interaktif. Di mana slide ini mempunyai warna yang lebih menarik dan mempunyai

bunyi agar murid lebih faham dan boleh mengikut sebutannya.

78

Tambahan lagi, di dalam slide tersebut perlu diperbanyakkan contoh bagi

setiap huruf di hadapan, di tengah dan di belakang. Hal ini bertepatan dengan ’ث‘

seruan Kementerian Pelajaran Malaysia agar mengetengahkan penggunaan ICT

dalam pengajaran dan pembelajaran. Dan perlu juga diselitkan dengan bunyi-bunyian

supaya semua deria murid dapat digunakan. Bahan yang mempunyai kelima-lima

unsur deria lebih membantu memudahkan murid mengingati sesuatu fakta.

79

9.0 PENUTUP

Rumusannya, kajian ini telah berjaya dijalankan dengan baik seperti yang dirancang.

Kajian ini dilaksanakan adalah untuk membantu murid menulis hururf ’ث‘

bersambung dengan lebih baik. Murid sering keliru dengan ketika menyambung

bururf ‘ث’ yang berada di hadapan, di tengan dan di belakang. Ini kerana murid tidak

dapat menyimpan maklumat di dalam otaknya dalam jangka masa yang agak lama.

Bagi mengekalkan ingatan murid tahan lebih lama, penggunaan bahan yang

bermakna dengan isi yang ringkas dan warna yang menarik diperlukan.

Maka pengkaji telah menghasilkan satu bahan yang dinamakan coloured

smartbook bagi membantu murid mengingati kedudukan titik bagi huruf ketika ’ث‘

menyambung huruf. Secara keseluruhannya, kesemua peserta kajian menunjukkan

berlakunya proses pembelajaran di mana perubahan tingkah laku negatif kepada

positif setiap peserta kajian dapat dilihat sepanjang kajian ini dijalankan.

Implikasi daripada kajian ini ialah setiap peserta kajian tidak hanya dapat

menjawab dengan baik dalam ujian malah mereka juga dapat mengaplikasikan di

dalam kehidupan mereka. Mereka tidak akan mengalami masalah lagi dalam menulis

perkataan jawi malah mereka akan mengingati kedudukan titik bagi hururf ‘ث’ ketika

menyambung huruf.

SENARAI RUJUKAN

Al-Quran Karim

80

Abdullah Ishak. (1987). Pendidikan Islam. selangor: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Abdullah Jusoh. (1990). Pengenalan Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Azmey Abu Talib. (Disember 2011). Pendidik: 4 pendekatan wujudkan pendidikan kreatif dan inovatif. Selangor: Penerbit Wildad Publication Sdn. Bhd.

Ahmad Mohd Salleh. (2008). Pengajian Agama Islam & j-QAF Metodologi dan Pedagogi Pendidikan . Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) Edisi Kedua. (2008). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dayang Norhafizah Abang Shamat. (2012). Latih Tubi Bacaan Dalam Membantu Murid Pemulihan Menguasai Kemahiran Huruf Vokal Awalan. Kajian Tindakan Insitut Pendidikan Gurur Kampus Batu Lintang.

Fairuz Aimi Binti Baharuddin. (2013). Meningkatkan Kemahiran Menulis PerkataanJawi Bersambung Melalui Kaedah 3T Berwarna. Kajian Tindakan. Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu, Malaysia

Federal-Chambers Advanced English Dictionary. (2009). Selangor: Federal Publications Sdn Bhd.

James Ang Jit Eng. (2014). Pengurusan Bilik Darjah: Strategi-strategi Mewujudkan Komuniti Pembelajaran Berkesan. Selangor: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri. (2007). Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran & Pembelajaran. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat. (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Lew Moi Mooi (2013). Penyelidikan Tindakan Panduan Penulisan Laporan. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn.Bhd.

Mohd Fuad Razali. (2011). Pendidik. Selangor: Penerbit Widad Publicatins Sdn. Bhd.

Mohd Ridzuan Bin Atem. (2012).Aplikasi “Empat Warna” Dalam Meningkatkan Kemahiran Menyambung Huruf Nga(غ)

81

Bagi Murid Tahun 4. Kajian Tindakan. Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.

Mok Soon Sang. (2009). Literatur dan Kaedah Pengkajian. Selangor: Penerbitan Mulitimedia Sdn. Bhd.

Nik Rosila Nik Yaacob. (2007). Penguasaan Jawi dan Hubungannya Dengan Minat dan Pencapaian Pelajar Dalam Pendidikan Islam. Jurnal Pendidik dan Pendidikan.

Nornajidah Abdul Rahman. (2008). Panduan Pemilihan Kombinasi Warna bagi Reka bentuk Skrin dan Penggunaan Mutimedia. Jabatan Ilmu Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Paul R. Burden, David M. Byrd. (1994). Methods for Effective Teaching.University of Michigan: Allyn and Bacon.

Rosinah Edinin. (2013). Penyelidikan Tindakan; kaedah dan penulisan. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Roziah Binti Abd Hamid. (2005). Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid-murid Tahun 1 Dengan Latih-tubi Menggunakan Suku Kata Dan Gambar. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA.

Simone K. Schleifer (2011) 500 Tricks Color. Spain: LOFT Publications.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Bahasa Melayu II. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Wan Zahid Wan Nordin. (1995). Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Yahya Othman. (2005). Trend Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Pahang: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

82

نام:

اين:خروفسيال سمبوغ

م ث ا ر و:................ ج.ث اث يأ.غ :............

ر ا ك:................ ح.ث ا م و قب.ن ث :.............

م ث:................ د.ب ا ث قت.و ل و ه:.............

:..................ب و ا ه ثث.

جاويكن:

Nyonyamenyirambunga di tamanأ.

.............………………………………………………….wanitatua yang tinggal di rumahitutelahnyanyukب.

..…………………………………………………………Udara di kampung Ali sangatnyamandanmenyegarkanت.

..…………………………………………………………Ahmad menyidaibaju di ampaianbelakangrumahnyaث.

..…………………………………………………………Amir melancongkeluar Negara bersamaahlikeluarganyaج.

..…………………………………………………………Sitimenyorak di dalamsemaksemasakejadianituberlakuح.

83

..…………………………………………………………

سكوله كبغساءن ضلوضور,كواال ترغضانو, 20050

ترغضانو دارول ايمان.

اوجين فرا.............................................................:نام

............................................................كلس :

جاغن بوك كرتس سوءالن اينسهيغض دبريتاهو

. كرتس سوءالن اين مغاندوغي سوءالن1. جواب سموا سوءالن2 . جوافن هندقله دتوليس فد رؤاغن يغ دسدياكن3

دالم كرتس سوءالن . كرتس سوءالن اين هندقله دسرهكن كفد ضورو4

اوجين اخيرفد

84

اين:خروفسيال سمبوغ

:.........................ث ا ث يأ.ث ا م و قب.

.........................:ب ا ث قت.

.........................:ب و ا ه ثث.

.........................:ث ا ث و قج.

.......................... :ث و ث اح.

......................... ::..........................ث ا م نخ.:..........................م ث ي د ا يد.:..........................ر و م ه ثذ.ب ا س ي ك ل ثر.

..........................::..........................م ث و ر و قز.

ب و ك و ثس...........................:

ه ا ث ي رش...........................:

ث ا ل ا ك نص...........................:

85

ف ي ن س ي لض.ث:..........................

ث ا ري غط...........................:

م ث ا م ا ك نظ...........................:

م ث و س وع............................:

ب ا س ي ك ل ثغ............................:

م ث ي و اف............................:

ث ا ت ا ك نق............................:

م ث و س و غك............................:

م ث س ت ك نل............................:

ف ث ا م ا ء نم............................:

م ث ا م و نن............................:

86

اين:خروفسيال سمبوغ

ا ل ا ك نث أ...........................:

ا م و قثب.......................... :

قثب ا ت.......................... :

ثب و ا ه ث.......................... :

ا ث و قثج........................... :

اث و ثح.......................... :

و ر و قثم خ...........................:

ا م نثد...........................:

ي د ا يث م ذ...........................:

ثر و م ه ر...........................:

ا ري غثز...........................:

87

ثب ا س ي ك ل س...........................:

ثب و ك و ش...........................:

ي رثه ا ص...........................:

ثف ي ن س ي ل ض...........................:

ا م ا ك نثم ط...........................:

يث ا ثظ......................... :

سكوله كبغساءن ضلوضور,كواال ترغضانو, 20050

ترغضانو دارول ايمان.

اوجين فوس88

.............................................................:نام

............................................................كلس :

جاغن بوك كرتس سوءالن اينسهيغض دبريتاهو

. كرتس سوءالن اين مغاندوغي سوءالن1. جواب سموا سوءالن2 . جوافن هندقله دتوليس فد رؤاغن يغ دسدياكن3

دالم كرتس سوءالن . كرتس سوءالن اين هندقله دسرهكن كفد ضورو4

اوجين اخيرفد

اين:خروفسيال سمبوغ

:.........................ث ا ث يأ.ث ا م و قب.

.........................:ب ا ث قت.

.........................:ب و ا ه ثث.

.........................:ث ا ث و قج.

.......................... :ث و ث اح.

......................... ::..........................ث ا م نخ.

89

:..........................م ث ي د ا يد.

:..........................ر و م ه ثذ.

ب ا س ي ك ل ثر...........................:

:..........................م ث و ر و قز.ب و ك و ثس.

..........................:ه ا ث ي رش.

..........................:ث ا ل ا ك نص.

..........................: ف ي ن س ي لض.

ث:..........................ث ا ري غط.

..........................:م ث ا م ا ك نظ.

..........................:م ث و س وع.

...........................:ب ا س ي ك ل ثغ.

...........................:م ث ي و اف.

...........................:ث ا ت ا ك نق.

...........................:

90

م ث و س و غك............................:

م ث س ت ك نل............................:

ف ث ا م ا ء نم............................:

م ث ا م و نن............................:

:...........................م ث و ك و غه.

ك ب و ل ي ه نو.ث:...........................

ب و ل ا ثى............................:

91

PROTOKOL TEMU BUAL MURID

PENGGUNAAN COLOURED SMARTBOOK DALAM

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS HURUF ‘ث’

BERSAMBUNG

Sekolah :………………………………………………………..

Nama Murid :

………………………………………………………..

Kelas :

………………………………………………………..

Tarikh/Masa :

………………………………………………………..

Soalantemubual (murid):

Terimakasih di ataskesudianuntuk di

temubual.Tajukkajianiniialahpenggunaa

ncolouredsmartbookdalammeningkatkankemahiranmenulishuruf‘

.bersambung’ث

92

Soalantemubual (murid)

1. Adakahkamusukabelajarjawi?

2. Adakahpenggunaa

ncolouredsmartbookdapatmembantumeningkatkanpen

guasaankamudalammenulishuruf‘ث’bersambung?

3. Adakahkamumenggunakankaeda

hcolouredsmartbooksemasamenulistulisanjawi yang

mempunyaihuruf‘ث’?

4. Adakahkamukeliruuntukmeletakkantitikbagihuruf‘

?ketikamenyambunghuruf’ث

5. Adakahkamuberminatmenulisjawiselepasmenggunaka

ncolouredsmartbookini?

6. Adakahkamuseronokmenulisjawimenggunaka

ncolouredsmartbook?

Terimakasihataskerjasama yang diberikan.

93

94