Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

download Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

of 50

Transcript of Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

  • 7/21/2019 Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

    1/50

  • 7/21/2019 Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

    2/50

    1

    ARKIB : 03/12/2012

    Ketelitian si penjahit manik

    Pemegang kunci berbentuk buaya yang diperbuat daripada manik.

    KUCHING 2 Dis. - 'Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas'. Itulah perumpamaanlama yang boleh dikait dengan tradisi masyarakat Orang Ulu dan Bidayuh dalammemartabatkan seni warisan dan budaya nenek moyang mereka.

    Selain memelihara nilai keagungan kraf tempatan seperti anyaman tikar dan bakul,manik adalah antara seni kraftangan yang sinonim dengan kebudayaan etnikmasyarakat pribumi Sabah dan Sarawak.

    Menariknya, manik menjadi elemen fesyen utama untuk digayakan bersama bajutradisional pelbagai kaum di sini, baik lelaki mahu pun perempuan.

    Menyedari nilai warisan bangsa yang perlu dijaga, pemilik Native Handwork, JulianaAmbrose, 45, menjalankan perniagaan menjahit pakaian tradisional dan aksesori wanitadi butiknya di Jalan Tun Abang Haji Openg di sini.

    Sejak tiga tahun beroperasi, Juliana mengakui bidang jahitan manik sememangnyamemerlukan kesabaran yang tinggi.

    Hal ini kerana hasilnya dapat mencerminkan nilai peribadi pembuatnya yang teliti.

  • 7/21/2019 Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

    3/50

    2

    Bercerita tentang awal penglibatannya, Juliana memberitahu, ketika kecil dahulu diasering melihat neneknya mengambil upah menghasilkan hamparan alas meja dan topimanik.

    Katanya, ketika itu tidak terlintas langsung dirinya akan meneruskan tradisi menjahit

    manik, namun siapa sangka kini telah merupakan punca pendapatan utama bagikeluarganya.

    "Kelebihan menjahit manik adalah kerana cara jahitan dan konsep rekaannya tidak jauhberubah.

    "Berbeza dengan menjahit pakaian-pakaian berfesyen seperti baju kurung dan kebayayang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman," katanya.

    Ibu kepada tiga cahayamata ini mengakui, menjahit manik memang memerlukanketelitian, selain mengambil masa yang agak lama.

    Jelasnya, atas sebab itulah pada zaman sekarang, agak susah hendak memperolehjahitan manik yang dihasilkan dengan kehalusan kerja tangan, sebaliknya banyak yangmenggunakan teknologi mesin.

    Menyedari pemakaian jahitan manik merupakan identiti wanita di negeri ini, Julianaberusaha mempelajari jahitan manik yang lebih kreatif dengan bekas majikannya yangberbangsa Cina.

    "Saya betul-betul mahir dalam menjahit pelbagai aksesori manik hanya setelah 25tahun bekerja di butiknya yang terletak di Jalan Main Bazar.

    "Selain itu, bekas majikan saya itu juga antara individu yang sering memberikandorongan dan semangat kepada saya untuk membuka perniagaan sendiri, selainkeluarga," katanya.

    Bercerita tentang sambutan pelanggan, katanya, permintaan pasaran manik kini kurangmenggalakkan kerana generasi masa kini kurang menyedari kepentingan menghargaiwarisan tradisi itu.

    "Permintaan terhadap jahitan manik pada masa kini agak kurang kerana pengaruhfesyen dari luar negara yang sering mengetengahkan aksesori seperti besi dan

    gangsa," jelasnya.

    Namun, katanya, dia sentiasa berusaha memberikan nafas baharu dalam rekaan manikdengan menjahitnya pada aksesori lain seperti beg, dompet, kasut dan cekak rambut.

    Sentuhan asli Juliana itu begitu mendapat sambutan hebat daripada para peminat hasilkraf seperti pemborong dan pembeli di Semenanjung.

  • 7/21/2019 Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

    4/50

    3

    "Pada Oktober lalu, saya ada mengikuti Hari Kraf Kebangsaan 2012 di Jalan Conlay,Kuala Lumpur selama seminggu.

    "Ini merupakan kali pertama penglibatan saya dalam aktiviti sedemikian dan saya lihatpasaran di sana cukup menggalakkan apabila kesemua barangan habis dijual,"

    katanya.

    Menceritakan keunikan manik, terbahagi kepada dua jenis iaitu manik kaca dan manikplastik.

    Menurut wanita yang berasal dari Kampung Gundak di sini, manik kaca lebih mendapatsambutan daripada pelanggan kerana nilai dan kualitinya yang tinggi.

    Katanya, walaupun harga satu rekaan manik kaca boleh mencecah hingga ribuanringgit, namun masih terus mendapat tempat dalam kalangan segelintir peminat manik.

    Selain itu, Juliana berbangsa Bidayuh ini memberitahu, harga manik kaca lebih mahaldaripada manik plastik kerana perlu diimport dari luar negara.

    "Saya banyak mengambil bekalan manik kaca dari China dan Jepun dengan hargaRM18 setengah kilogram kerana lebih halus dan berkilat.

    "Adat berniaga, kita perlu menanggung kerugian apabila separuh daripada bekalantersebut pecah dan tidak boleh digunakan," katanya.

    Katanya, menjahit manik untuk dijadikan hamparan alas meja adalah yang paling sukarkerana ia memerlukan tenaga dan masa yang lebih bagi mendapatkan hasil yang

    kemas.

    "Menjahit alas meja manik adalah yang paling susah kerana sekiranya tidak dijahit dandisambung dengan betul, akan mempengaruhi rekaan.

    "Sebab itulah dalam masa sehari saya hanya boleh menyiapkan empat hingga enambaris jahitan manakala dalam tempoh tiga bulan baru siap sepenuhnya," katanya.

    Selain itu, Juliana berkata, cabaran lain yang perlu dia hadapi adalah kerenah parapelanggan yang bermacam ragam dan ada yang masih tersimpan kemas dalamingatannya hingga hari ini.

    "Pernah sekali, akibat terlalu mempercayai seorang pelanggan tetap, hutang tidakdibayar walaupun setelah berkali-kali dia berjanji.

    "Malah, ada pula yang meminta saya menjahit sekali lagi, dek kerana tidak sukadengan warna manik yang saya gunakan," ujarnya.

  • 7/21/2019 Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

    5/50

    4

    ARKIB : 28/10/2008

    Manik pinakol keunikan budaya Rungus

    Oleh NOOR FAZRINA KAMAL

    (Yang mengikuti lawatan anjuran

    Kraftangan ke Sabah, baru-baru ini)

    DI rumah panjang itulah dia dibesarkan danbelajar mengenal erti hidup. Rumah panjangyang terletak di Kampung Tinangol, Kudat,Sabah itu memang terpencil dan sukaruntuk dijejaki jika tiada pemandu pelancongyang membawanya. Namun di situlahtempat Erllin Agunchai, 25, membesar dan

    menghabiskan hampir seluruh waktusiangnya membuat kraftangan yangberasaskan manik.

    Berpusat di sebuah bengkel yang didirikankhas, setiap hari Erllin bersama dua anakperempuannya, Elvera, 6, dan Elfey Ferra,2, akan membuat kraftangan manik. Disitulah juga manik yang telah dicantumkanmenjadi barangan perhiasan akan dijualkepada pelancong yang sampai ke

    kampung mereka.

    Sejak berusia 13 tahun lagi Erllin telah membuat gelang maniknya sendiri, namungelang maniknya itu musnah dalam kebakaran yang berlaku di kediamannya beberapatahun lalu.

    Bukan dipaksa atau terpaksa, minat membuat kraftangan manik sememangnya terbitsecara semula jadi dalam diri ibu muda ini. Sebab itulah dalam sehari Erllin mampumenghasilkan lebih dari tiga perhiasan yang diperbuat daripada manik. Sebagai surirumah dan pengusaha manik sepenuh masa, Erllin mampu memperoleh pendapatansebanyak RM200 hingga RM300 sebulan.

    Jumlah itu bukan sahaja cukup untuk menampung kehidupan malah memberi Erllinpeluang merencanakan masa depan anak-anaknya dengan menabung pendapatanyang diperoleh hasil dari menjual manik kraftangan beliau.

    Ia menjadi pelengkap kepada pendapatan suaminya, Edmund Polipus, 30, yangbertugas sebagai guru untuk menampung kehidupan mereka berempat.

    MANIK pinakol dan rantai yang sering

    dijadikan hiasan untuk dipakai wanita

    Sabah dari suku kaum Rungus ketika

    majlis keramaian.

  • 7/21/2019 Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

    6/50

    5

    Bukan Erllin sahaja, malahan neneknya, Ombuong Musodong, 65, ibu saudara, sepupuserta rakan-rakan Erllin turut terlibat dalam bisnes yang sama dengannya. Pendek katasetiap wanita di kampung itu semuanya memiliki kemahiran membuat kraftangan manikdan meneruskan tradisi itu secara beramai-ramai.

    Kenangan yang paling tidak dapat dilupakan sejak memulakan perusahaan ini ialahapabila mendapat tempahan pinakol (manik yang dibuat berbentuk rantai) sebagai

    cenderamata untuk seorang paderi.

    Ia dijual dengan harga RM150, yang paling mahal pernah saya jual sepanjang terlibatdalam bidang ini,jelas Erllin yang ditemui di bengkel kraf Kampung Tinangol, baru-baru ini.

    Erllin berkata, hampir 100 wanita di kampungnya akan bekerjasama membuat maniksekiranya mendapat tempahan. Mereka tidak pernah bersikap mementingkan dirisendiri malah setiap keuntungan dibahagikan sama rata sesama mereka.

    Paling menarik, para suami akan turut menolong kiranya para isteri tidak mampumenguruskan tempahan yang banyak,ujar Erllin dalam loghat Sabah yang mudahdifahami.

    Setiap corak yang dihasilkan adalah mengikut kreativiti mereka sendiri. Perhiasanseperti rantai dibahagikan beberapa nama seperti litai Sabah, litai Venusak, tinutu(corak tradisi), inavol dan pinakol.

    Menurut Erllin, pinakol paling sukar dihasilkan kerana ia memerlukan ketelitian sertakesabaran yang tinggi.

    Pinakol ini pula terbahagi dua iaitu yang jenis bersilang dan yang kedua biasanyadigunakan pada tradisi perkahwinan suku kaum Rungus di Kudat,jelas Erllin.

    Antara produk daripada manik yang dihasilkan termasuklah gelang, rantai, kerongsang,balutan pen dan macam-macam lagi.

    Mengikut bancian yang dijalankan oleh Kraftangan Malaysia, perusahaan manikmerupakan perusahaan yang paling ramai jumlahnya di Sabah. Justeru ia menjadikanmanik sebagai sumber ekonomi majoriti wanita Sabah.

    Penglibatan Kraftangan Malaysia, khususnya dalam program pembangunan usahawandan promosi ternyata memberikan nafas baru buat seni warisan Sabah ini. Sekali gusmenjadikan kraf manik sebagai satu seni yang akan terus mengekalkan tradisinya dinegeri yang terkenal dengan jolokan negeri di bawah bayu itu.

    Seperti usahawan lain, Erllin turut berharap agar gerai maniknya lebih maju pada masadepan dan dapat menyertai pameran di luar Kudat dengan lebih banyak lagi.

  • 7/21/2019 Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

    7/50

    6

    ARKIB : 18/08/2011

    Kuching bakal jadi pusat penyelidikan manik

    KUCHING 17 Ogos - Kerajaan negeri bercadang membangunkan sebuah pusat

    penyelidikan manik Borneo di bandar raya ini bagi merancakkan lagi industri tersebutpada masa depan.

    Menteri Pelancongan dan Warisan, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg berkata,rancangan itu merupakan sebahagian daripada pelan 10 tahun yang digariskan olehpihaknya sebagai usaha memperkenalkan manik Borneo ke pasaran antarabangsa.

    "Kita mahu melihat bandar raya Kuching terkenal sebagai pusat penyelidikan manik dirantau ini seperti mana kota Venice, Itali yang popular dengan barangan atau perhiasandiperbuat daripada gelas.

    "Oleh itu, pihak kementerian telah menggariskan rancangan jangka masa panjanguntuk membangunkan hab atau pusat penyelidikan manik Borneo di sini," katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai Persidangan ManikAntarabangsa Borneo (BIBCo) 2011 yang bakal dianjurkan oleh Crafthub Sdn. Bhd. disini, hari ini.

    Mengenai persidangan tersebut yang dijadual berlangsung dua hari bermula 7 Oktoberdepan, Abang Johari berkata, ia bertujuan mempromosi dan memasarkan produkkraftangan di negeri ini ke peringkat antarabangsa.

    Katanya, BIBCo merupakan landasan terbaik untuk menaik taraf seni kraf tanganmasyarakat pribumi Sarawak, sekali gus menyumbang kepada peningkatanpendapatan mereka.

    Sementara itu, Pengarah Eksekutif Crafthub Sdn. Bhd., Heidi Munan memberitahu,kira-kira 200 peserta termasuk pakar dalam bidang manik dari tujuh negara termasuk

    Afrika Selatan, Australia, Kanada dan India bakal menghadiri persidangan itu.

    "Sebanyak 13 kertas kerja mengenai sejarah penemuan awal dan susur galur manik,kegunaan manik, potensi dan perkembangan teknologi dalam pembuatan manik akandibentangkan sepanjang program tersebut," katanya.

  • 7/21/2019 Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

    8/50

    7

    ARKIB : 28/04/2010

    Jahitan manik boleh dikembang

    SEREMBAN 27 April - Baju kurungtradisional atau moden, tudung mahupunpakaian lain, kini mampu di beri sentuhanyang menarik dan lebih menonjol apabilamanik dan labuci dijadikan sebagai hiasan.

    Ini dibuktikan oleh 20 peserta yangmengikuti Program Jahitan Manik danLabuci Parlimen Seremban anjuran pejabatPembangunan Wanita Negeri Sembilan, di

    sini hari ini.

    Penolong Pengarahnya, Nor'ashikinAbdull Razakberkata, program itubertujuan memberi latihan dan bimbingankemahiran kepada wanita agar merekadapat meningkatkan serta memperluaskanpengetahuan dalam seni kreatif kraf tangan atau jahitan.

    ''Kita berharap program ini dapat memberi motivasi kepada golongan wanita melaluikelas aktiviti yang dijalankan.

    ''Ini dapat meningkatkan pendapatan keluarga," katanya sewaktu merasmikanpenutupan program berkenaan di sini hari ini.

    Tambahnya, program itu dapat membentuk insan yang proaktif dan produktif sertaberkeupayaan meningkatkan ekonomi keluarga, masyarakat dan negeri ini.

    Pada program berkenaan, peserta telah dibekalkan dengan kotak manik dan labuci,jarum dan benang, kain, selain empat peket manik dan satu peket mutiara. Mereka jugadiajar sebanyak 15 teknik sulaman.

    Peserta, Kamariah Talib, 49, menyatakan rasa gembira kerana dapat menyertaibengkel ini yang diharap dapat meningkatkan pendapatannya kelak.

    ''Saya memang berminat dengan sulaman manik dan labuci. Pada bengkel ini, sayadapat mempelajari teknik yang betul mengenai sulaman ini," katanya.

    Seorang lagi peserta, Gan Choi Hong, 56, pula menjelaskan, ilmu yang diperoleh dibengkel ini akan dimanfaatkan walaupun ia sebahagian daripada hobi masa lapangnya.

    Musalmah Othman @ Saffar, (dua dari

    kiri) mengajar peserta bengkel jahitan

    manik dan labuci di Pejabat

    Pembangunan Wanita Negeri Sembilan,

    semalam

  • 7/21/2019 Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

    9/50

    8

    ''Mula-mula ia menjadi hobi, lama kelamaan boleh jadikan perniagaan. Sekurang-kurangnya ilmu yang saya dapat ini, akan saya sebarkan kepada anak dan cucu,"katanya.

    Sementara itu, Rashidah Mohamad, 47, juga memberitahu, sebelum ini dia pernah

    mengikuti program sebegini untuk menjadikan ia lebih bernilai pada masa hadapan.

    ''Hari ini saya hadir untuk meningkatkan kefahaman dalam bidang sulaman. Saya dapatmembetulkan mana yang silap.

    ''Saya berharap selepas program ini, saya dapat memperluaskan aktiviti menjahit dirumah dan menjadikan kerjaya sampingan pada masa hadapan," ujarnya.

    Program ini turut disertai Persatuan Wanita Prihatin Negeri sembilan (Perwatin), surirumah, kakitangan kerajaan dan ibu tunggal.

  • 7/21/2019 Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

    10/50

    9

    ARKIB : 31/01/2010

    Kreativiti Yati hasilkan ikatan manik

    Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT

    Foto DJOHAN SHAHRIN SHAH

    SENI kraftangan merupakan hasil tanganyang memerlukan kreativiti. Keunikansesuatu kraftangan itu boleh dinilaimenerusi ketelitian serta tahap kesukaran iadihasilkan.

    Semakin banyak rintangan serta kesukarandilalui, semakin tinggi nilai sesuatu

    kraftangan itu.

    Bagi peminat seni mengikat permatamenggunakan dawai, Ainol Hayati Dahlan,kedua-dua elemen itu adalah cabaranutamanya dalam menyalurkan kreativiti.

    Sememangnya minat anak gadis inikelihatan remeh, leceh dan membuangmasa tetapi bagi Yati adalah sebaliknya.

    ''Saya meminati seni mengikat perhiasanmenggunakan dawai sejak 2007. Ketika itusaya baru selesai mempelajari jenismengikat permata menggunakan tali tangsi.

    ''Saya lihat kaedah mengikat dawai ini lebihkukuh dan stabil,'' katanya yang kemudianmemindahkan peraturan mengikat permatadengan tali tangsi kepada dawai pula.

    Bertitik tolak dari situ, minat Yati tertarik untuk menghasilkan lebih banyak barangan

    perhiasan wanita berasaskan permata atau manik seperti cincin, gelang, rantai, loket,subang, kerongsang, cucuk sanggul dan pin tudung. Daya kreativitinya turutdikembangkan dengan menghasilkan cenderahati menggunakan pendekatan yangsama.

    Ternyata hasil tangan Yati mendapat pujian di kalangan ahli keluarga dan rakanterdekat. Mereka terpesona dengan perhiasan yang boleh dipadankan dengan pakaian.

    lagi.

  • 7/21/2019 Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

    11/50

    10

    Bertitik tolak dari situ juga, Yati mempelajari lebih banyak reka bentuk yangmenampilkan keunikan tersendiri berbanding barangan perhiasan di pasaran.

    Dia mengambil inisiatif mempelajari seni mengikat dawai di Internet. Rujukan dibeberapa laman web terutama daripada Amerika Syarikat (AS) sepertiwww.enioken.com

    memberi idea untuk menambah baik perhiasan yang sedia ada.

    ''Menerusi laman web berkenaan, saya belajar teknik mengikat, menyimpul danmencantikkan sesuatu barangan berkenaan. Semua itu dipelajari menerusi arahanyang diberikan satu demi satu. Apa yang penting adalah asas ikatan dan kemudiannyaboleh mempelbagaikan bentuk yang diingini," katanya yang sanggup melayari Internetsehingga enam jam untuk menyiapkan hasil kerja.

    Graduan Diploma Kejuruteraan Elektronik, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu jugatidak kisah untuk mengeluarkan sedikit belanja untuk membeli dawai dan manik khasyang juga dipesan menerusi Internet.

    Disebabkan minat yang mendalam itu, anak kelahiran Gemencheh, Negeri Sembilan itujuga sanggup berhenti kerja sebagai pembantu jurutera di sebuah syarikat swasta untukmenumpukan perhatian dalam seni kraf yang diminatinya itu.

    Apa yang lebih penting, anak kedua daripada empat beradik ini mendapat restudaripada suaminya, Salem Abdul Khalid, 36, yang turut mengeluarkan perbelanjaanuntuk menyempurnakan keinginan isterinya.

  • 7/21/2019 Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

    12/50

    11

    ARKIB : 20/04/2009

    Bengkel sulaman manik Selasa ini

    MELAKA 19 April - Bagi mereka yang meminati bidang sulaman manik, anda

    berpeluang mengikuti bengkel sulaman manik anjuran Perbadanan Muzium Melaka(Perzim) bertempat di Jalan Kota, Bandar Hilir di sini Selasa ini.

    Pengurus Besar Perzim, Khamis Abas berkata, bengkel itu diadakan bagi memberipeluang kepada peserta mempelajari teknik dan kreativiti seni sulaman manik.

    Menurutnya, program sehari itu juga bertujuan menyemai sikap mencintai danmenghargai hasil keluaran kraf tangan tempatan di kalangan generasi muda pada hariini.

    ''Usaha ini juga bertujuan memberi peluang kepada penggiat seni sulaman manik untuk

    berkongsi ilmu dan mengembangkan kepakaran mereka kepada para peserta yangberminat menyertai bengkel ini kelak," katanya di sini hari ini.

    Penganjuran bengkel itu, katanya, adalah untuk menghidupkan kembali erakegemilangan seni sulaman manik yang terkenal satu ketika dulu di kalangan golonganwanita.

    Namun, ujar beliau, bidang tersebut semakin dilupakan dan kurang diminati olehgenerasi muda hari ini malah ada beberapa seni kreatif semakin pupus.

    ''Pada masa yang sama, tiada pihak atau agensi yang mengambil inisiatif untuk

    menganjurkan program seni sulaman manik ini bagi menghidupkan kembalikegemilangan seni sulaman manik kepada generasi muda.

    ''Usaha ini perlu dilaksanakan secara berterusan dan dijadikan sebagai salah satuproduk budaya bagi membolehkan masyarakat hari ini mengekalkan jati diri dalamkehidupan harian mereka," katanya.

    Kata Khamis, usaha mewujudkan minat dan perasaan mencintai budaya tempatandapat diterapkan melalui kraf tangan dan salah satu daripadanya ialah daripada senisulaman manik.

  • 7/21/2019 Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

    13/50

    12

    ARKIB : 02/11/2007

    Kraftangan tarik pengunjung

    SHAH ALAM 1 Nov. Produk kraftangan seperti gubahan bunga kering, rantai seramik

    dan manik serta ukiran kayu oleh usahawan bumiputera menjadi tarikan pengunjungpada pameran dan jualan yang diadakan sempena program komuniti, UtusanMalaysia/Mingguan Malaysia Kita Bersama@Shah Alam sepanjang 10 hari di sini.

    Program yang bermula dari 26 Oktober hingga 4 November itu memberi peluangkepada mereka mempromosi hasil kerja tangan masing-masing kepada penduduk disekitar bandar raya ini.

    Pameran dan jualan produk kraftangan tersebut yang diadakan di Kompleks PKNS disini, menempatkan kira-kira 10 pengusaha kraftangan tempatan yang kebanyakannyaterdiri daripada bumiputera.

    Pengusaha kraftangan gubahan bunga kering, Esiah Kaimun, 52, berpendapat programitu banyak membantu mempromosikan produk kraftangan beliau kepada penduduk dibandar raya itu.

    Katanya, produknya mendapat perhatian daripada pelbagai golongan masyarakatterutamanya wanita yang gemar dengan hiasan bunga-bunga kering berwarna-warni.

    Esiah yang mengusahakan syarikatnya sendiri, Laman Kraf Tani Enterprise di SungaiLang Tengah, Banting dekat sini berkata, dia hanya menggunakan bahan-bahansemulajadi seperti bunga, daun pisang, pelepah pokok pinang dan daun pandan yang

    diambil di sekeliling rumahnya.

    Bahan-bahan tersebut dikeringkan menggunakan ketuhar mikro atau mesin inkubatorsebelum digubah di atas kertas dan disapu dengan pengilat dan kemudian dibingkaikanuntuk dijual.

    Jelasnya, perusahaan kraftangannya itu bermula daripada minat yang mendalamterhadap bunga-bungaan dan sedikit demi sedikit dia menghasilkan produk yangsemakin mendapat perhatian ramai.

    Bagi Fauzi Tahir, 30, pula, minatnya terhadap seni seramik dimanfaatkan kepada satu

    bentuk perniagaan yang semakin diminati ramai terutama golongan muda.

    Dia yang menghasilkan aksesori seperti rantai dengan loket yang diperbuat daripadaseramik, mengambil peluang untuk mengetengahkan bakat sedia ada melalui programtersebut.

    Saya suka mencipta benda baru jadi saya lihat bahan seperti tanah liat bolehdimanfaatkan untuk menghasilkan aksesori tidak kira untuk lelaki mahupun wanita.

  • 7/21/2019 Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

    14/50

    13

    Saya juga rasa amat bertuah kerana berpeluang terlibat dalam program akhbar inikerana sedikit-sebanyak dapat membantu mengembangkan bakat dan minat saya ini, "katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

  • 7/21/2019 Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

    15/50

    14

    ARKIB : 30/03/2004

    Pusat khas - Latih wanita Afrika Selatan buat manik

    Oleh Norzahizan Ismail

    Wanita tidak dapat dapat lari daripada naluri semula jadi ingin kelihatan menarikdengan menggayakan pelbagai perhiasan diri. Malah perhiasan seperti manik sudahmenjadi budaya masyarakat benua Afrika terutama Afrika Selatan.

    Menyedari hiasan manik bukan sekadar diminati masyarakat rantau itu, kerajaan AfrikaSelatan mengambil inisiatif memperkenalkan keunikan hiasan manik dengan melatihwanita-wanita Afrika Selatan dalam bidang kraf tangan.

    Ini bagi membolehkan mereka menghasilkan kerja tangan yang memerlukan kreativiti,kesabaran dan ketelitian serta produk yang bermutu.

    Justeru, satu pusat latihan khusus untuk pengeluaran hiasan manik ditubuhkan padatahun 2000 di tanah seluas 350 meter persegi di Cape Town, Afrika Selatan

    Pusat tersebut menempatkan 40 orang wanita untuk menghasilkan perhiasan mengikutpermintaan dan selera pelancong sekali gus bertindak sebagai ibu pejabat pusat latihantersebut.

    Terdapat tiga lagi pusat serupa termasuk dua di Wilayah Gauteng yang melatih wanitaberusia antara 18 dan 35 tahun. Malah terdapat wanita yang lebih dewasa danmempunyai minat mendalam serta daya seni tersendiri terlibat di pusat tersebut.

    Projek unik ini dijayakan dengan kerjasama sektor swasta dan sehingga kini seramai200 orang termasuk 110 orang kurang upaya berjaya dilatih untuk memenuhi pasaranyang bertambah baik dari tahun ke tahun.

    ``Tujuan saya menyertai `Travel Mart Komanwel Kuala Lumpur 2004' ini juga adalahuntuk mencari pasaran di negara ini khususnya pengedar.

    ``Saya percaya dapat memasarkan perhiasan manik di rantau ini serta antara Negara-negara Komanwel kerana kami bersedia menerima tempahan mengikut paten sertawarna kegemaran atau mengikut peredaran fesyen terkini,'' kata Pengarah JualanTempatan dan Antarabangsa Designer Beaded Jewellery, Kholofelo Mabusela.

    Beliau serta pegawai Bahagian Pelancongan Afrika Selatan ditemui di Pusat PameranMines Resort City, baru-baru ini.

    Beliau sendiri telah pergi ke dua wilayah di Jepun dan Washington D.C., AmerikaSyarikat (AS) tahun lalu serta akan berada di Dubai selepas pameran di Kuala Lumpur.

  • 7/21/2019 Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

    16/50

    15

    Dua lagi bandar di AS, Maryland dan New York City akan dikunjungi tahun ini bagimempromosi rekaan manik-manik dari Afrika Selatan sebagai usaha meluaskanpasaran antarabangsa.

    Kholofelo menceritakan Pusat Perhiasan Manik tersebut menerima pengunjung yang

    bukan sahaja mahukan barangan atau perhiasan yang telah siap dipamerkan, malahwanita-wanita di pusat itu dapat menghasilkan tempahan seperti cincin, anting-anting,kalung yang akan dapat disiapkan dalam masa sehari dengan harga antara AS$45 dan

    AS$190.

    ``Kami gembira menerima tempahan dan sanggup mengikut kehendak pelangganasalkan mereka beritahu apa yang diinginkan. Bagaimanapun jika yang rumit perlumengambil masa lebih sedikit iaitu kira-kira sehari setengah dan harganya lebih antara

    AS$200 dan AS$250 tetapi pasti memuaskan hati,'' tambah beliau.

    Beliau menjelaskan mempromosi barangan dan perhiasan manik adalah salah satu

    cara kerajaan untuk menggalakkan kaum wanita terlibat dalam sektor pelanconganperniagaan di negara itu.

    Sehubungan itu, kata beliau, wanita yang menjalani latihan akan diberi insentif iaituelaun latihan setiap dua minggu selain disediakan makan minum serta tempatpenginapan.

    ``Hasil tempahan atau apa sahaja yang berjaya dijual adalah hak mereka dan cara iniamat memuaskan hati wanita-wanita yang tidak jemu-jemu menghasilkan perhiasan laindari yang lain untuk pelanggan,'' tambah beliau.

    Sumber :http://www.utusan.com.myTarikh Akses : 19 Jun 2013

    http://www.utusan.com.my/http://www.utusan.com.my/http://www.utusan.com.my/http://www.utusan.com.my/
  • 7/21/2019 Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

    17/50

    1

    Headline: Teruja siapkan gelang kristalPublication: HMDate of publication: Jun 13, 2013Section heading: VariasiPage number: 013

    Byline / Author: Oleh Ainal Marhaton Abd Ghani

    Biarpun hiasan tidak seberapa nilainya, ia tetap menjadi lambang kewanitaan. Sudahmenjadi lumrah alam, asal sesuatu itu cantik dipandang, pasti ramai yang inginmemilikinya.

    Begitu juga dengan seni kraf tangan sulaman dan jahitan manik mahu pun penghasilangelang, rantai dan subang dengan idea serta sentuhan kreatif yang menjadi ikutanramai.

    Tidak ketinggalan sekumpulan wanita masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Mas,Sungai Lembing, Kuantan yang menyertai bengkel jahitan dan membuat gelangberasaskan manik serta kristal, begitu teruja menyiapkan kerja tangan diberikan tenagapengajar.

    Penulis yang turut mengikuti bengkel berkenaan kagum dengan semangat ditunjukkankaum wanita ini yang begitu gigih menyiapkan gelang kristal walaupun mengambilmasa agak lama.

    Kagum melihat jari jemari mereka dengan penuh tertib menyusun dan mengira butiranmanik sebelum mencucuk tali tangsi ke dalam lubang manik bagi membentuk gelangdan rantai.

    Perasaan gembira jelas terpancar pada wajah peserta bengkel kerana dapatmenghasilkan sesuatu yang tidak pernah mereka lakukan sebelum ini kecualimendapatkannya di kedai aksesori wanita.

    Sebagai permulaan, peserta diberikan pendedahan mengenai teknik menyulam ataumengait manik yang paling ringkas, tetapi tetap nampak eksklusif untuk digayakan.

    Mereka diberikan sejumlah kristal daripada pelbagai jenis dan warna untuk merekagelang tangan dan rantai leher berdasarkan kreativiti sendiri.

    Walaupun sukar pada mulanya, keceriaan jelas terpancar pada wajah masing-masingsebaik saja melihat hasil rekaan sendiri siap dengan cantik.

    Bengkel anjuran Pergerakan Puteri UMNO Parlimen Paya Besar itu diadakan julungkalinya bertujuan memberikan pendedahan kepada golongan terbabit untuk lebihberdikari. Pada masa sama, ia membantu menambah pendapatan keluarga yangkebanyakannya bergantung kepada hasil hutan dan berkebun.

  • 7/21/2019 Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

    18/50

    2

    Ini sesuatu yang baru bagi golongan wanita ini dan ternyata mereka teruja untukmempelajarinya dari tenaga pengajar berkemahiran didatangkan khas daripada KolejKomuniti Kuantan, Mastura Uda, kata Ketua Pergerakan Puteri UMNO Parlimen PayaBesar, Norydal Othman.

    Norydal berkata, selain kursus pembuatan gelang kristal, pihaknya juga bercadangmengadakan kelas sulaman manik, bonsai kristal dan kerja tangan lain untukmemperluaskan skop perniagaan mereka.

    Peserta, Noriani Deli Ramli, 24, berkata dia teruja menyertai bengkel yang pertama kalidiadakan di kampungnya itu.

    Tanpa sebarang pengetahuan, malah kali pertama didedahkan dengan bengkelmembuat gelang kristal, dia berasa gembira kerana berpeluang mengikuti kelasberkenaan.

    Selama ini jika hendak memakai gelang seperti ini, saya membelinya di Kuantan.Selepas ini, tidak perlu lagi berbuat demikian sebaliknya, membeli bahan asas danmembuat rekaan sendiri kerana modalnya kecil saja.

    Saya yakin jika diberi peluang, penduduk Orang Asli pasti akan melakukan denganbersungguh-sungguh selain mendapat kepercayaan masyarakat membeli produk yangkami keluarkan, katanya.

    Rodziah Abd Rahim, 35, juga enggan melepaskan peluang mengikuti bengkelberkenaan walaupun terpaksa membawa tiga anaknya yang masih kecil.

    Bukan mudah untuk mengikuti bengkel seperti ini kerana kebiasaannya diadakan dikawasan bandar sedangkan kami jauh di kawasan pedalaman dan tiada kemudahanuntuk berulang-alik.

    Justeru, peluang ini saya gunakan sepenuhnya untuk mempelajari asas membuatgelang daripada manik dan kristal yang pelbagai saiz dan jenis, katanya.

    Berlainan pula dengan Sunarti Sabun, 20, yang sanggup membeli gelang dankemudian menceraikannya satu persatu dan dicantum semula hanya untuk mengetahuicara gelang itu dihasilkan.

    Sebelum ini dia memang geram apabila melihat aksesori itu di kedai kerana sangatmenarik hasil gabungan warna dan rekaannya.

    Saya pantang melihat gelang manik. Untuk membelinya pula saya terpaksa berfikirberkali-kali kerana mahal.

    Justeru, peluang ini memang sangat berbaloi dan apabila sudah ada kemahiran, sayamemulakan perniagaan secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan keluarga,

  • 7/21/2019 Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

    19/50

    3

    katanya.

    Anak keenam daripada sembilan beradik itu berkata, dia berhasrat untuk menggunakansepenuhnya kemahiran itu dan berazam untuk membuka kedai aksesori untukmeningkatkan pendapatan keluarganya.

    Idah Nor, 3, pula berkata, sekurang-kurangnya dia kini mempunyai idea untuk merekaaksesori sendiri.

    Selepas ini saya tidak perlu membeli kerana boleh buat sendiri bukan saja untuk ahlikeluarga, tetapi untuk rakan sebagai hadiah. Ini lebih menjimatkan.

    Sebagai permulaan, tenaga pengajar memberikan rekaan paling mudah dengangabungan dua warna saja supaya peserta tidak terkeliru. Akhirnya saya berjayamengait tiga gelang dalam tempoh tiga jam, katanya.

    Idah yang juga ibu kepada lima anak enggan mensia-siakan peluang itu dan turutmenyimpan hasrat untuk berniaga bagi membantu suaminya, Nubi Asang, 32, yanghanya bekerja kampung dan tidak mempunyai pendapatan tetap.

  • 7/21/2019 Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

    20/50

    4

    Headline: Tiup jadi manik kacaPublication: HMDate of publication: Jun 8, 2013Section heading: VariasiPage number: 004

    Aksesori manik kaca antara salah satu hasil seni kraf tangan di negara kita. Ia turutpopular di Sarawak terutama Limbang dan Lawas.

    Kerja tangan masyarakat etnik Orang Ulu Sarawak ini diwarisi sejak turun-temurun.Manik kaca dihasilkan menerusi teknik tiupan menggunakan api dan gas.

    Menariknya, seni kraf tangan ini turut bersifat artistik dan elegan yang sesuaidipadankan dengan sebarang jenis pakaian.

    Dalam kalangan pembuat dan peminatnya, manik kaca menjadi pilihan utamaberbanding manik daripada tanah. Selain tidak mudah pecah, ia mempunyaipermukaan yang licin, bersinar dan elegan jika dipadankan dengan pakaian sesuai.

    Ia juga terdapat dalam pelbagai warna dan bentuk seperti bulat, leper, segi empat danbujur.

    Manik kaca ini boleh dijadikan pelbagai aksesori menarik seperti anting-anting, gelangtangan, rantai leher dan loket.

    Bagi menghasilkan aksesori manik kaca, kaca berbentuk lidi atau batang peletingdipanaskan di atas besi yang dicelup tanah liat putih.

    Proses membakar mengambil masa antara dua hingga lima minit bergantung kepadasaiz kaca.

    Selepas gelung manik terbentuk, ia disejukkan di dalam kain khas bagi mengelakterkena udara, merekah dan pecah.Selepas itu, barulah proses mewarna atau mencorak dilakukan.

    Kebiasaannya kerja pembuatan manik kaca dilakukan di dalam bilik yang tertutup bagimengawal aliran udara.

    Ini kerana udara boleh mengganggu proses pembakaran dan secara tidak langsungmenjejaskan kualiti manik.

    Kraftangan Malaysia bakal menganjurkan Promosi Kerja Kahwin bermula 19 Jun hingga1 Julai ini bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. Layariwww.kraftangan.gov.my untuk maklumat lanjut.(END)

  • 7/21/2019 Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

    21/50

    5

    Headline: Kreativiti isteri tentera

    Publication: HMDate of publication: Apr 23, 2013Section heading: Variasi

    Page number: 014Byline / Author: Oleh Siti Zarinah Sahib

    Menyedari sektor kraftangan mampu menjana pendapatan lumayan dengan memberipeluang pekerjaan secara sepenuh masa mahupun sambilan kepada isi rumah, BadanKebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Darat menganjurkan Pertandingan Kraf tangan Bakat Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

    Acara berlangsung baru-baru ini membabitkan empat pasukan terdiri daripada BAKATDarat, BAKAT Laut, BAKAT Udara dan BAKAT Gabungan.

    Pertandingan yang diadakan setiap tahun ini bertujuan memberi peluang kepada isteritentera mempamerkan kebolehan dan kreativiti masing-masing di samping bertujuanmengeratkan hubungan dalam kalangan isteri tentera.

    Terdapat enam kategori pertandingan iaitu sulaman reben satin, sulaman manik,sulaman benang jahitan tangan untuk hiasan dinding, membuat bunga pahar, gubahansirih junjung dan membuat bekas hantaran manakala setiap kategori diwakili duapeserta daripada setiap pasukan.

    Menurut Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM, Puan Sri Umi Kalsom Wan Awang,

    setiap wanita harus cekal dan bersungguh-sungguh mempelajari seni kraf tangankerana ia mampu menjana pendapatan sekiranya dilakukan dengan tekun dan sabar.

    Selain itu, hasil kerja tangan ini dapat mencipta masa depan yang lebih baik danmenambah sumber ekonomi keluarga.

    Seni kraf tangan sangat terkenal dalam kalangan wanita. Kini ramai mulamenjadikannya sebagai peluang pendapatan. Apa yang harus dilakukan adalahberusaha bersungguh-sungguh bagi memperkenalkan kemahiran yang dimiliki, ujarnya.

    Pemenang pertandingan menerima hadiah wang tunai disampaikan oleh Umi Kalsomdiiringi Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat, Datin Seri Rusnah A Rahman.

    Acara sulaman reben satin pula dimenangi Normah Nazir mewakili BAKAT Darat,sulaman manik di menangi Nor Hazlina Mohd Bari daripada BAKAT Udara, sulamanbenang jahitan tangan untuk hiasan dinding dimenangi Siti Robaya Mohd Radhidaripada BAK AT Laut, membuat bunga pahar dimenangi Siti Khadijah Abd Aziz yang

    juga daripada BAKAT Laut, gubahan sirih junjung dimenangi Rahawati Sulaimandaripada BAKAT Gabungan manakala membuat bekas hantaran pula dimenangi Farah

  • 7/21/2019 Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

    22/50

    6

    Annuar daripada BAKAT Laut.

    Johan keseluruhan pertandingan dimenangi oleh BAKAT TLDM yang menerima pialapusingan.

  • 7/21/2019 Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

    23/50

    7

    Headline: `Penghargaan terbesar selepas 54 tahun'Publication: HMDate of publication: Mar 5, 2013Section heading: Main SectionPage number: 018

    Byline / Author: Oleh Intan Mas Ayu Shahimi

    Kuala Lumpur: Ini adalah penghargaan paling besar selepas lebih 54 tahun menceburibidang pembuatan gasing tradisional, kata Koh Kim Bok, 70, penerima Anugerah KhasTukang Ulung Kraftangan Malaysia di Perasmian Hari Kraf Kebangsaan 2013, di sini,semalam.

    Bapa kepada tiga anak itu bukan saja bangga dengan hasil usahanya, malah berdebar-debar apabila diumumkan sebagai penerima penghargaan yang disempurnakan SeriPaduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Haminah Hamidun.

    Hadir sama, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr RaisYatim dan isteri Datin Seri Masnah Rais.

    Bercerita mengenai latar belakang hidupnya, Koh berkata, pergaulan erat dengan rakanberbangsa Melayu sejak kecil menjadi antara pendorong utama dia menceburi bidangpermainan dan pembuatan gasing tradisional.

    Saya tinggal di perkampungan Melayu, berkawan dengan orang Melayu dan cukupberminat dengan permainan tradisional mereka. Dari situ, saya mula mempelajarikaedah membuat gasing.

    Kebanyakan gasing dijual. Namun ada juga yang saya hasilkan untuk simpananperibadi selain turut menyerahkan sebahagian koleksi kesayangan kepada pihakmuzium negeri untuk dipamer kepada umum, katanya yang giat mengadakan kursusdan promosi gasing di dalam serta luar negara.

    Pembuat manik seramik Litad Mulok, 62, pula berkata, dia bergiat aktif dalam industriitu sejak 1991 dan kini tidak menang tangan memenuhi pesanan daripada pemborong

    Australia dan New Zealand.

    Dalam tempoh 22 tahun ini, saya berjaya membuka kilang manik seramik buatantangan, katanya.

    Menurut Litad, dia tidak bimbang soal produktiviti manik seramik pada masa akandatang kerana dua daripada enam anaknya mewarisi minatnya dalam mengembangkanperniagaan barang hiasan itu.

    Sementara itu, pembuat tembikar K Devaraj, 61, berkata, dia mewarisi bidangkraftangan itu daripada bapanya sejak lebih 40 tahun lalu.

  • 7/21/2019 Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

    24/50

    8

    Ketika itu, pembuatan tembikar menggunakan tangan, namun hari ini semuanyamenggunakan acuan, katanya.

    Selain Koh, Litad dan Devaraj, tujuh lagi pakar seni kraf diberi penghargaan khasTukang Ulung bersama wang tunai RM10,000.

    Mereka adalah pengukir kayu, Latiff Long; pembuat gong, Darwin Kunama; pembuatgambus, Awang Besar Pangeran Apong; pembuat anyaman ribu-ribu, NayarMorumting; pembuat beg anyaman, Senia Anak Sugi; penggiat sulaman kelingkam, NikRahimah Nik Idris dan pengukir arca, Yatim Bani.

  • 7/21/2019 Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

    25/50

    9

    Headline: Himpunan kraf tanganPublication: BMDate of publication: Mar 3, 2013Section heading: KembaraPage number: 010

    Byline / Author: Oleh Rohaniza Idris

    BAGI peminat seni kraf tempatan, pameran ini sentiasa di nanti bukan hanya untukmembeli pelbagai barang kraf pada harga yang berpatutan malah melihat sendiri carakraftangan di hasilkan.

    Tahun ini, pameran Hari Kraf Kebangsaan 2013 berlangsung mulai Khamis lalu hingga11 Mac depan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur dengan menampilkan pelbagai koleksi,pertandingan, demonstrasi, padanan perniagaan serta persembahan kebudayaan dankesenian.

    Dengan tema Kraf Penggerak Ekonomi 1Malaysia, pameran kali ini turut memberiruang kepada peminat kraf membeli produk kraftangan rekaan usahawan tempatanyang lebih inovasi, kreatif dan bersesuaian dengan gaya hidup masa kini.

    Turut dipamerkan tekstil, hasil rimba, hasil logam dan aneka kraf. Buat pertama kalinyasejak 11 kali penganjuran pameran, kraf seramik dipamerkan dengan pelbagai koleksibaru yang lebih inovatif.

    Di buka jam 10 pagi hingga 10 malam, lebih 500 gerai pameran mengambil bahagiantermasuk konsep batik yang menonjolkan Kubisme dengan corak elemen geometrikserta kraf hasil kerja tangan pemenang Anugerah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik danKebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

    Interaktif kraf

    Enam jenis pameran dijalankan jualan produk rekaan kraf baru, kraf warisan, seramik,seni ukiran kayu dalam seni bina, galeri seni ukiran kayu oleh Persatuan Pengukur dankraf ciptaan pemenang anugerah antarabangsa. Turut mengisi pameran ialah aktivitiinteraktif kraf iaitu Interaktif Kraf Anyaman Rotan dan Interaktif Kraf AnyamanMengkuang.

    Bagi penggemar hasil rotan, boleh melihat pelbagai hasil anyaman rotan tradisionalseperti bakul, kerusi, lekar, nyiru, raga dan juga alat permainan tradisional seperti sepakraga.

    Sesuai dengan cara hidup moden, rotan juga semakin popular sebagai kelaraiperhiasan seperti terendak lampu dan tempat alas cawan (coaster) manakala produkanyaman mengkuang atau pandan adalah beg, bakul, bekas telur dan tikar.

  • 7/21/2019 Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

    26/50

    10

    Pengunjung juga boleh merasai sendiri pengalaman membuat kraf, selain melihatdemonstrasi dan bengkel serta bual bicara mengenai industri kraf tangan selainmenyertai pelbagai pertandingan berkaitan industri dan demonstrasi masakan.

    INFO

    Kategori produk kraf yang dipamerkan dan dijual sepanjang Hari Kraf Kebangsaan2013

    * Tekstil

    Batik - Canting, Blok, Skrin (Pakaian Selendang Pareo, Hiasan Cenderamata) SongketTenun (Pakaian Hiasan Cenderamata)

    * Hasil Rimba Kayu, Rotan, Buluh, Mengkuang, Pandan, Daun Sal, Bemban, Ribu-ribu,Tempurung Kelapa, Daun Kering (Produk Hiasan Rumah, Lanskap Taman, Produk

    Hadiah Cenderamata)

    * Hasil Tanah Tanah Liat, Batuan, Marmar, Kaca dan lain-lain (Produk Kraf Seramik,Produk Aksesori Hiasan Berasaskan Seramik, Produk Seramik Hiasan Rumah, ProdukSeramik Hiasan Taman dan Produk Cenderamata Seramik)

    * Logam Emas, Perak, Piuter, Besi, Platinum,Tembaga dan lain-lain (Produk AksesoriPerhiasan Diri, Produk Hadiah Cenderamata dan Produk Senjata Tradisional)

    * Aneka Kraf Mutiara, Manik, Barangan Kulit, Siput (Produk Aksesori Perhiasan Diri,Produk Hadiah Cenderamata)

    (END)

  • 7/21/2019 Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

    27/50

    11

    Headline: Jari-jemari habis lukaPublication: HMDate of publication: Jan 19, 2013Section heading: Main SectionPage number: 044

    Byline / Author: Oleh Ainal Marhaton Abd Ghani

    Kuantan

    Saya melakukan kerja sampingan ini demi membantu menambah pendapatan keluarga.Walaupun hasilnya tidak seberapa, saya bersyukur kerana dapat meringankan bebankewangan menguruskan perbelanjaan dapur dan persekolahan anak, kata SabariahOmar, 43.

    Sabariah berkata, pada peringkat awal, dia menjadikan seni kraf tangan bonsai manik

    sebagai hobi mengisi masa lapang sebelum dijadikan satu bentuk perniagaan kecil-kecilan.

    Saya bersyukur kerana berkesempatan mempelajari seni kreatif ini daripada tenagapengajar Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) selain melayari Internet, katanyaketika ditemui di rumahnya di FELDA Lepar Hilir 3, di sini, semalam.

    Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata, suaminya, Baharom Mustaffa, 50, memberigalakan kepadanya untuk mengusahakan kraf tangan dengan lebih serius.

    Suami tidak menghalang saya menghasilkan kraftangan ini berikutan ia cantik danberseni kerana bukan semua orang boleh membuatnya, sekali gus membantunyamenambah pendapatan keluarga, katanya.

    Sabariah berkata, pada peringkat awal mempelajarinya memang sukar kerana perlumencari idea kreatif untuk menghasilkan bonsai yang menarik minat pelanggan.

    Ketika mula belajar, jari-jemari habis luka kerana perlu bentukkan dawai keras menjadipohon dan ranting sebelum disulam dengan manik yang sudah dicantumkan menjadibentuk buah atau bunga serta dihiasi dedaun.

    Tetapi, rasa sakit itu hilang apabila kerja tangan siap dan dibeli orang terutama apabiladibawa ke ekspo pameran dan jualan kraf tangan, katanya yang sudah menghasilkanlebih 200 bonsai sejak tiga tahun lalu.

    Sabariah berkata, selain bonsai manik, dia menghasilkan sulaman reben dan lukisanmenggunakan warna pastel.

    Saya meminati hasil kerja tangan kerana ia adalah curahan idea kreatif kita sendiritanpa dipengaruhi pihak lain. Apa yang saya fikirkan itulah yang akan dihasilkan.

  • 7/21/2019 Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

    28/50

    12

    Selain itu, saya juga menerima tempahan untuk hasil seni berkenaan dan mengambilmasa beberapa jam untuk menyiapkan satu gubahan, katanya.

    Sabariah berkata, walaupun pendapatan tidak menentu setiap bulan, ia akan meningkatmenjelang musim perayaan dan cuti persekolahan.

    Kebanyakan tempahan sulaman reben pada kusyen diterima menjelang musim cutisekolah untuk majlis perkahwinan, manakala bonsai untuk hiasan musim perayaan,katanya.

    Katanya, setiap pokok bonsai dijual pada harga antara RM30 hingga RM150bergantung kepada saiz dan rekaannya. Antaranya adalah pokok kelapa, buah-buahandan pelbagai jenis pokok bunga.

    Katanya, kreativiti amat diperlukan dalam menghasilkan bonsai manik yang dapatmemikat hati pembeli.

    Gabungan warna manik, bentuk daun, gulungan dawai, warna simen yang digunakandan rekaan bonsai sama ada menjulang tinggi atau rendang perlu diberi perhatian.

    Kemasannya sangat penting kerana ia adalah satu daripada daya penarik minat orangramai untuk memilikinya dan saya akan pastikan dawai asal tidak kelihatan, katanya.

  • 7/21/2019 Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

    29/50

    13

    Headline: Seni teknik menyulamPublication: HMDate of publication: Jan 29, 2013Section heading: VariasiPage number: 012

    Byline / Author: Oleh Hajahfarhana Tarmudi

    PENGHASILANNYA memang agak rumit, tetapi menggunakan kreativiti dan kemahirandipelajari sebaik mungkin, ia mampu menghasilkan rekaan yang mencecah ribuanringgit.

    Namun, ramai yang masih tidak nampak kelebihan jahitan sulaman manik yang cubadiketengahkan oleh Pengarah Urusan Pusat Rekaan Fesyen FTIM, Rosita Jaafar.

    Katanya, sulaman manik adalah bentuk kreativiti daripada luahan perasaan atau

    inspirasi menerusi corak lakaran yang menarik namun ia lebih memuaskan hati jikapenghasilannya menggunakan teknik yang betul.

    Jarum bersaiz 11 digunakan untuk menyulam semua jenis manik dan labuci manakalasaiz 12 sesuai ketika melakukan jahitan pada manik yang memiliki lubang sangat kecil.

    Benang yang digunakan pula daripada jenis yang sama untuk menjahit pakaian.Namun, dua lembar benang mencukupi untuk memulakan sulaman manik ini, katanyamengenai peralatan yang diperlukan sebelum mempelajari teknik sulaman.

    Sebelum seseorang pelajar itu meneruskan pengajian sulaman manik ke peringkatlebih tinggi, mereka diajar 20 teknik sulaman asas terlebih dulu.

    Kemudian, barulah pelajar boleh melanjutkan sehingga ke peringkat lebih tinggi untukmenambah kemahiran melukis corak dan menggabungkan warna sesuai sehinggaboleh menghasilkan satu rekaan menarik pada baju.

    Menurutnya, sulaman manik yang asli daripada jenis sulaman beriring. Ia dihasilkanmenerusi idea daripada tekat benang emas yang ditukar kepada manik.

    Coraknya pula banyak dipengaruhi sulaman songket atau batik seperti corak pucukrebung dan pucuk nanas yang biasa dilihat.

    Teknik jahitan sulaman mempunyai pelbagai jenis dan ia berbeza antara satu samalain. Biasanya, asas jahitan sulaman akan diambil dan diubah sehingga 40 hingga 50asas sulaman yang berlainan mengikut kreativiti seseorang, katanya yang turutmembukukan teknik mudah untuk dipelajari melalui pembacaan.

    Bukan hanya boleh menjadikan pakaian polos bertambah menarik menerusipenambahan sulaman manik, malah jika bijak, kemahiran terbabit juga mampu

  • 7/21/2019 Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

    30/50

    14

    menghasilkan aksesori menawan.

    Menggunakan sulaman beriring, Rosita mengubahnya untuk menghasilkan pelbagaijenis teknik jahitan yang boleh dipelajari.

    Kebanyakan jahitan sulaman yang dibukukan dan diajar saya namakan sendiri keranalebih mudah diingati serta membangkitkan rasa untuk mempelajarinya.

    Menerusi manik, kita juga boleh menghasilkan rekaan lebih kreatif denganmenggabungkan kristal dan labuci untuk menonjolkan konsep mewah.

    Namun, pemilihan bermula daripada corak, teknik jahitan dan gabungan warna pentingsebelum menghasilkan rekaan agar ia tampak lebih cantik selepas disiapkan, katanyayang menimba pengalaman berkenaan daripada ibunya sejak kecil lagi.

    Pernah menganjurkan Pertandingan Sulaman Manik Kristal Piala FTIM, Rosita

    mengakui sulaman tangan mendapat tempat dalam kalangan masyarakat negara inisejak 15 tahun yang lalu sekali gus mendorongnya untuk membuka pusat pembelajaranitu pada 1998.

    Hasilnya, kini dia dapat melihat sektor sulaman manik pada busana semakin digilairamai selain boleh menambah pendapatan terutama kepada suri rumah.

    Kepakarannya diiktiraf oleh Majlis Amanah Rakyat dan Kraftangan Malaysia sebagaiPakar Perunding Fesyen dan Sulaman, Jabatan Pembangunan Kemahiran.

    Sejarah sulaman

    Walaupun sudah beribu tahun berlalu, sulaman tangan yang mula terkenal sejak 1700masih menjadi ikutan manakala teknik serta coraknya juga masih tidak banyakperbezaan sehingga ke hari ini.

    Melalui pembacaan yang dilakukan Rosita dan dirumus ke dalam bukunya, SulamanManik Kristal dan Benang, asal-usul sulaman itu dikaitkan dengan keinginan manusiayang ingin menambah keceriaan pada persekitaran mereka.

    Menerusi contoh fabrik terawal sejak 3000 sebelum Masihi hingga ke penghasilanbenang 3-Dimensi masa kini, manusia melakukan perubahan dengan menambah kerjatangan sehingga membabitkan sulaman pada pakaian, kelengkapan persendirian dankain linen.

    Budaya Barat sering mengaitkan jarum dan benang dengan wanita. Namun, jika dilihatpada asalnya mereka menyerahkan tugas berkenaan kepada kaum lelaki di negaraTimur dan Barat yang menjalankan latihan selama lapan tahun sebelum boleh digelarpakar dalam kraf mereka.

  • 7/21/2019 Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

    31/50

    15

    Setiap negara mempunyai gaya dan teknik yang berbeza seperti seni sulamanhardanger yang dihasilkan orang Norway manakala hedebo pula diperkenalkan diDenmark.

    Di Itali, mereka menghasilkan teknik terperinci untuk pakaian pengantin dan perayaan

    yang menggunakan rekaan jahitan sulaman dengan warna cerah.

    Setiap negara mempunyai corak yang sama tetapi diolah dengan gaya, jahitan dankombinasi warna berbeza. Walaupun orang Mesir mengamalkan sulamanmenggunakan benang putih yang berlatarkan fabrik rona sama, kemahiran sulaman dizaman itu begitu terperinci dan tidak ramai yang dapat melakukannya pada hari ini.

    Kerja tangan dresden diperbaiki di Jerman dengan menambah sulaman haluskerawang menggunakan jahitan fabrik dan corak terperinci.

    Tidak kurang hebatnya pada seni sulaman ayrshire yang dipercayai dari Perancis tetapi

    lebih dikenali di Scotland.

    Sulaman Inggeris dari England dipanggil whitework yang menggunakan corak bungaan,daun dan dahan. Kemudian ia ditambah dengan sulaman kerawang tangan untukmemperbaiki hasil kerja tangan mereka yang sebenarnya dipercayai berasal dariCzechoslovakia.

    Ia diberi nama seni sulaman madeira kerana dihasilkan di Kepulauan Madeira, AfrikaSelatan dan dilakukan secara komersil untuk dijual kepada pelancong.

    Di India turut mengamalkan whitework dan pekerjanya begitu mahir menggunakanjarum sehingga tidak menembusi kain sebaliknya memisahkan benang pada dasar danhanya boleh dilihat pada permukaan saja.

    Malangnya, aktiviti sulaman yang perlu dilatih sejak kecil itu tidak lagi diamalkan hinggake hari ini. Namun, negara berkenaan masih menghasilkan sulaman yang begitu halusdi rantau ini bagi tujuan eksport.

    Mengamalkan sulaman dua belah yang mengambil masa bertahun lamanya untukdisiapkan, kerja tangan yang dihasilkan dari China itu gemar menampilkan corakberlainan pada dua bahagian iaitu depan dan belakang.

    Mereka menggunakan kain sutera dan hasilnya mampu mencecah ribuan ringgitbergantung kepada saiznya.

    Malaysia pula memiliki kekayaan seni benang tenunan seperti sulaman songketterutama di Terengganu dan Perak. Perkataan songket bermakna menyulammenggunakan benang emas dan perak manakala songket yang tidak disulam tetapiditenun rapi dengan diselang seli benang sutera secara membujur.

  • 7/21/2019 Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

    32/50

    16

    Sekadar hobi

    Bagi pelajar separuh masa di Pusat Rekaan Fesyen FTIM, Dina Sulaiman, dia lebihgemar mempelajari teknik sulaman manik sebagai hobi.

    Walaupun baru mnghabiskan pembelajarannya mengenai teknik jahitan sulaman yangasas, dia berasa gembira kerana hasratnya untuk mempelajarinya tercapai.

    Saya meminati seni jahitan sejak berusia lapan tahun lagi dan mula mempelajarinyasecara serius apabila berusia sekitar 13 tahun.

    Hobi ini juga banyak dipengaruhi ibu dan kakak yang turut meminati bidang jahitan.Mereka banyak mengajar saya dan memberi sokongan untuk mempelbagaikankemahiran, jelas wanita yang berasal dari Syria ini.

    Sambil tangannya berhati-hati menyulam benang yang mengandungi manik pada kain,

    Dina akui dia mahu meneruskan pembelajarannya ke tahap yang lebih tinggi terutamasulaman manik 3-Dimensi kerana tertarik dengan rekaannya yang nampak sepertihidup dan timbul.

    Saya ambil masa selama sebulan iaitu empat kali ke kelas bagi mempelajari 20 teknikjahitan asas sebelum boleh melanjutkan pembelajaran teknik yang lain.

    Selama ini saya masih tercari-cari kemahiran yang boleh menggabungkan minat sayapada jahitan dan warna sehingga mengetahui kelas sulaman manik ini daripada kakak,katanya yang turut mempunyai kemahiran menghasilkan pakaian kanak-kanak sepertigaun dan baju tidur.

    Baginya, pengalaman mempelajari sulaman manik tidaklah terlalu susah asalkanmempunyai minat yang mendalam dan kesabaran.

    Kesabaran dan ketelitian memang penting ketika menyulam untuk menjadikannya lebihmudah dipelajari serta diterima dengan baik malah perlu rajin mempraktikkannya dirumah, kata wanita berusia 24 tahun ini.

    Menjalankan perniagaan dari rumah memudahkan Dina untuk melakukan latihansulaman manik bersama kakak dan ibunya.

    Namun, kemahiran yang dipelajari hanya dilakukan atas alasan minat dan hobi saja.Dina belum terfikir untuk menjadikannya sebagai perniagaan bagi menjana pendapatan.

    Tambahnya, hasrat untuk mempelajari lebih banyak lagi teknik jahitan sulaman tidakakan terhenti di situ saja kerana dia berniat menghabiskan kursus sehingga keperingkat lebih tinggi.

    Ini kerana dia juga perlu mempelajari teknik menggabungkan warna dan fabrik sesuai

  • 7/21/2019 Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

    33/50

    17

    bagi memastikan sulaman yang dihasilkan tampak menarik.

    Menambah wkemahiran

    Pegawai Latihan Vokasional, Azean Abd Rahim Shahimi berkata, empat tahun menjadi

    tenaga pengajar di situ turut dijadikan peluang keemasan untuk mempelajari sedikitsebanyak mengenai sulaman manik.

    Saya perlu tahu semua jenis jahitan dan sulaman sebelum menjadi tenaga pengajar disini. Memandangkan pelajarnya daripada pelbagai peringkat usia, jadi saya harus bijakmenggunakan kemahiran dipelajari dan sesuai dengan keadaan mereka.

    Bukan hanya pelajar malah saya juga perlu mempelajarinya daripada Rosita keranatidak memiliki asas sulaman.

    Selain itu, saya juga banyak tahu mengenai kualiti manik, warna, fabrik dan saiz manik

    yang digunakan menerusi seminar yang pernah dihadiri, jelasnya yang memiliki diplomarekaan fesyen.

    Jika dulu bidangnya lebih kepada jahitan pakaian tetapi Azean mula belajar sesuatuyang baru mengenai sulaman manik setiap kali Rosita mengeluarkan bukunya yangterbaru kerana ia akan dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran.

    Tidak hanya sebagai tenaga pengajar, dia juga menghasilkan rekaan yangkebanyakannya aksesori manik seperti rantai dan gelang untuk pelanggannya.

    Selain itu, Azean juga mengambil tempahan jahitan sulaman menerusi Pusat RekaanFesyen FTIM sebagai tambahan pendapatannya.

    Biasanya sulaman manik berharga RM200 berdasarkan saiznya dan ia menunjukkanindustri ini sebenarnya mempunyai peluang untuk menjana pendapatan.

    Namun, disebabkan saya lebih berminat untuk menjadi tenaga pengajar, saya hanyamenerima tempahan sulaman manik sebagai pendapatan sampingan, katanyamengakui sulaman manik mampu mengubah busana atau aksesori tampak lebihmewah.

    Selain itu, ia juga bukan hanya mampu mencantikkan busana malah boleh dijadikanhiasan beg atau hiasan kediaman.

    Fakta

    Panduan membuat sulaman manik:

    * Melukis corak yang dikehendaki pada pakaian atau kain.

  • 7/21/2019 Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

    34/50

    18

    * Memilih teknik jahitan yang dikehendaki.

    * Mengadun warna dan perlu tahu teknik yang betul agar tampak lebih menarik. Jikatidak tahu menggabungkannya, lihat saja sumber daripada alam semula jadi misalnyabunga dan daun yang tampak indah dipandang menerusi padanan rona

  • 7/21/2019 Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

    35/50

    19

    Headline: Sulaman manikPublication: BHDate of publication: Oct 17, 2012Section heading: FamiliPage number: 004

    Byline / Author: Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar

    Mata terpaku melihat kehalusan penataan susunan manik yang digabungkan daripadakemahiran tangan. Seni sulaman manik dipercayai dari Asia Barat sememangnyamempunyai kuasa memikat tersendiri.

    Digunakan sebagai penambah seri pada busana atau persalinan lain, susunan manikdipadankan membuatkan sesiapa saja tertarik melihatnya. Hanya menerusi kepingankecil ia mampu bergabung menjadi corak abstrak yang pelbagai.

    Giat menjadi ikutan segenap lapisan masyarakat, peranan manik kini cukup meluasdalam industri fesyen masa kini, biarpun ia sudah lama diperkenalkan, malahmenyimpan seribu sejarah di sebalik rekaannya mengikut kekayaan adat dan tradisi.

    Gabungan kepelbagaian bentuk dan warna manik juga membuatkan yang polos tampillebih elegan dan mewah bersama susunan tataan manik dipadankan tidak kira padapersalinan, tudung atau aksesori.

    Tidak kira sama ada penataan manik mengetengahkan motif bungabungaan atauhanya sekadar abstrak ringkas, kreativiti memerlukan kehalusan itu sebenarnyamemiliki keindahan tersendiri menerusi hasil sentuhan yang dihasilkan pencinta manik.

    Kepelbagaian bentuk dan seni manik itu sendiri juga membolehkan penggemarnyamenyulam kreativiti sentuhan mereka untuk menghasilkan jahitan yang bukan saja unikbahkan menjadikan penampilan tampak elegan dan eksklusif.

    Inovasi manik 3D

    Bagi Presiden Persatuan Peminat, Penjahit, Pemakai Sulaman Manik (PeMANIK),Datin Nor Fadzilah Laili Mohd Salji atau lebih senang dipanggil Datin Elly ini cukupteruja apabila bercerita mengenai manik.

    Sememangnya Elly dan manik cukup sinonim. Jahit manik bukan lagi sekadar aktivitibagi memenuhi masa lapang, tetapi dia juga memberitahu kehalusan menjahit maniksebenarnya menjadi terapi minda dan sentuhan terhasil juga mendatangkan kepuasan.

    Katanya, menerusi peredaran zaman, kini sulaman manik 3D semakin memikat hatiramai kerana penampilan motif dihasilkan lebih bernyawa dan menarik menerusi jalinanwarna manik yang bukan saja segar, tapi juga membuatkan anda tampak mewah.

  • 7/21/2019 Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

    36/50

    20

    Teknik menyulam manik pada kepingan kain membuatkan jahitan lebih berliku danterbentuk berbanding dijahit terus atas permukaan material diinginkan. Gabunganwarna dan bentuk manik serta labuci juga membuatkan sulaman 3D tampil lebih indahberbanding sebelum ini.

    Setiap susunan dan rekaan manik juga dihasilkan menerusi gabungan idea menerusipengalaman, bahan bacaan dan persekitaran penjahit itu sendiri.

    Keunikan sulaman 3D juga terlihat pada motif, warna dan gabungan sulaman laintermasuk reben dan lainlain untuk menghidupkan lagi penampilan sentuhan kreativitiditerapkan penjahit, jelasnya ketika ditemui di pusat sehenti kraf tangan, Art on Glass,barubaru ini.

    Seiring dengan perkembangan sulaman itu, manik juga boleh ditempatkan pada leherhingga ke paras dada, pergelangan tangan baju, kaki baju atau pada tudung danaksesori mengikut keinginan pelanggan atau penjahit itu sendiri.

    Keindahan manik juga mudah disuaipadankan tidak kira untuk persalinan ataumenghadiri majlis istimewa untuk setiap lapisan masyarakat.

    Kepelbagaian manik

    Katanya, di samping sulaman manik bermotifkan bunga dan abstrak, sulaman manikjuga tidak kurangnya seperti teknik sulaman lain yang menggabungkan jahitan jelujur,silang pangkah, manik tabur, crumble menggunakan kepelbagaian saiz dan potonganmanik digunakan.

    Ada pelbagai jenis manik dan labuci digunakan antaranya silinder panjang atau pendek,mata air, bulat, cincin, hati dan banyak lagi untuk menghasilkan pelbagai corakbergantung kepada idea penjahit.

    Kategorinya juga pelbagai daripada yang berkualiti hingga biasa. Antara jenama banyakdigunakan manik diimport dari Jepun iaitu Matsuno atau Mayuki kerana kualitinyabukan saja tahan lama tetapi potongannya kemas dengan kilauan bebas luntur.

    Berbeza manik dari China, ia lebih murah, tetapi tidak tahan lama dengan warnanyamudah luntur biarpun selepas sekali cuci. Potongan manik tidak sekata jugamembuatkan hasil sentuhan tampak tidak kemas.

    Jana pendapatan

    Jahitan manik yang betul dan diikat kemas juga mampu diubah kepada sumberpendapatan wanita terutama suri rumah.

    Kepelbagaian kegunaan manik juga membuatkan permintaannya semakin berkembangbahkan ia turut menjadi sulaman pilihan ramai wanita antarabangsa termasuk Perancis

  • 7/21/2019 Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

    37/50

    21

    dan Amerika Syarikat.

    Jika anda mempunyai minat mendalam dan kesungguhan serta idea kreatif, saya yakindalam sehari saja anda boleh faham kunci asas teknik sulaman manik kerana iasememangnya mudah dipelajari dan untungnya ia tidak memerlukan modal banyak

    buat peminat yang baru menceburi bidang ini.

    Keunikannya terletak pada keupayaan pencinta manik menghasilkan idea kreativitimereka. Menerusi teknik asas dipelajari, sesiapa boleh mencampurkannya hinggamempersembahkan sentuhan ajaib kepada penampilan tidak kira persalinan, tudungatau beg tangan dan perhiasan diri,.

    Sulaman manik yang ringkas berharga RM100 hingga ribuan ringgit bergantung kepadapenggunaan manik dan rumit sulaman dihasilkan penjahit sendiri, jelasnya.

    INFO

    - Harga: RM100 ke atas bergantung penggunaan manik dan kerumitan sulaman.

    - Teknik sulaman: Gabungan jahitan jelujur, silang pangkah, manik tabur dan crumble.

    - Pelbagai saiz dan potongan manik.

    - Jenis manik dan labuci: Silinder panjang atau pendek, mata air, bulat, cincin, hati danbanyak lagi.

    - Manik diimport dari Jepun iaitu Matsuno atau Mayuki.

    - Lebih tahan lama, potongan kemas dan kilauan tidak luntur.

    - Manik dari China lebih murah, tidak tahan lama dan warna mudah luntur

  • 7/21/2019 Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

    38/50

    22

    Headline: Kraf manik etnik Rungus unikPublication: BHDate of publication: Jul 17, 2008Section heading: HipPage number: 17

    Byline / Author: Oleh Mohd Azrone Sarabatin

    USIA Gloria Sotobi baru menjangkau tiga tahun, namun kanak-kanak itu sudahdidedahkan dengan pembuatan kraf tangan berasaskan manik warisan etnik Rungusyang menjadi khazanah peninggalan nenek moyangnya untuk diwarisi generasi masakini.

    Mampukah Gloria mempertahankan warisan etnik utara Sabah itu ketika generasi mudadilihat tidak lagi berminat mempelajari kesenian unik yang tersenarai antara kraf tangantempatan terbaik Negeri di Bawah Bayu?

    Si cilik itu petah bercakap mengenai mahkota, rantai, cincin, gelang tangan dan gelangkaki berasaskan manik yang digubah bersama ibunya, Lenny Lopak, 39, di PusatPembuatan Kraf tangan Berasaskan Manik di Kampung Tinangol, Matunggong, Kudat.

    Cantik corak tudung mak cik. Nanti saya buat menggunakan manik, katanya kepadapengunjung dari Semporna, Noriayani Ejip, 33.

    Lenny yang duduk di sebelah Gloria, mengakui anaknya mempunyai minat tinggi dankemahiran semula jadi menggubah kraf tangan manik, seni warisan bangsanya yangsemakin dipinggirkan generasi muda.

    Kebanyakan penggubah manik berusia 38 tahun ke atas yang dengan sendirinyamenimbulkan kebimbangan mereka khazanah itu akan lenyap ditelan zaman pada erateknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

    Itu sebabnya anak jati Rungus itu mendedahkan anak kecilnya kepada tenunan dangubahan manik dengan harapan Gloria akan menjadi pewaris dan penerus kesenianunik yang menjadi daya tarikan pelancong domestik dan antarabangsa itu.

    Nenek moyang kami mempertahan dan memperjuangkan khazanah bangsa, makaadalah merugikan bagi keluarga kami jika membiarkan kesenian itu hilang di dunia dankegemilangannya hanya tercatat sebagai sejarah, katanya.

    Selain menggunakan manik asli bertepatan perkembangan semasa, penggubah manikturut mengekalkan sumber tradisi termasuk siput kecil dan kayu yang digubah menjadimahkota, rantai, cincin, gelang tangan, gelang kaki, selendang dan tali pinggang.

    Pada masa sama, ia digubah menjadi corak pakaian tradisional dan mahkota etnikRungus dan Kadazandusun.

  • 7/21/2019 Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

    39/50

    23

    Permintaan terhadap kraf tangan berasaskan manik cukup menggalakkan yangdiniagakan di pasar tradisi atau `tamu' sehingga ke hotel bertaraf lima bintang di seluruhnegeri, selain dipromosikan oleh Kementerian Kebudayaan, Pelancongan dan AlamSekitar negeri ke peringkat antarabangsa.

    Bagaimanapun, ketiadaan generasi pelapis untuk meneruskan pembuatannya dikhuatirimenyebabkan manik Rungus hilang di dunia dan hanya menjadi sebahagian koleksiyang bersemadi di Muzium Sabah.

    Seorang lagi penggubah manik Rungus, Ombuwong Munsodong, 60, berkata generasimuda lebih berbangga dengan kesenian barat berbanding kaum mereka sendiri yangdikhuatiri menyebabkan mereka kehilangan jati diri bangsa.

    Katanya, semua 15 penggubah manik di Pusat Pembuatan Kraftangan BerasaskanManik Kampung Tinangol adalah pewaris terakhir kesenian itu dan mereka memerlukangenerasi pelapis.

    Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Matunggong, Sarapin Magana,berkata pihaknya akan berusaha menarik minat generasi muda menceburi kerjayapenggubahan manik berasaskan kraf tangan Rungus.

    Katanya, pembinaan Pusat Pembuatan Kraf tangan Berasaskan Manik di KampungTinangol adalah sebahagian daripada usaha Ahli Parlimen Kota Marudu, Datuk DrMaximus Ongkili untuk menarik belia menceburi seni gubahan kraf tangan etnikRungus.

    Beliau berkata, pembabitan generasi muda termasuk graduan menganggur dengansendirinya membuka ruang kepada pemasaran khazanah berharga itu sehingga keperingkat antarabangsa.

    Penghasilan kraf tangan berasaskan manik harus diceburi generasi muda untukmemastikan khazanah berharga nenek moyang mereka dapat dipertahankan, sekaligus menjadi industri yang menguntungkan.

    INFO

    Pusat kraf manik

    * Diusahakan penduduk Kampung Tinangol, Matunggong

    * Beroperasi sejak 2005.

    * Turut menghasilkan tenunan berasaskan benang yang digubah menjadi destar, topidan selendang.

    * Golongan tua etnik Rungus memakai destar kononnya sebagai azimat atau pelindung

  • 7/21/2019 Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

    40/50

    24

    daripada ilmu hitam.

    * Bakul dikenali `renago' diperbuat daripada kayu tempatan `ringkong' turut dihasilkan.

    (END)

  • 7/21/2019 Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

    41/50

    25

    Headline: Seri manikPublication: MADate of publication: Apr 22, 2007Section heading: EkspresiPage number: 09

    Byline / Author: Oleh Norainon Othman

    JALINAN manik yang kreatif mampu menaikkan seri busana. Tidak hairan ia antaraperhiasan paling sering digunakan untuk mencantikkan pakaian. Daripada jahitan manikpaling ringkas hingga kepada motif yang sarat, perhiasan ini meninggikan nilai danharga pakaian berkenaan.

    Melihat perhiasan manik yang dijalin pada pakaian oleh Koleksi Im, timbul rasa kagumdengan keindahan seni dan kehalusan pembuatannya.

    Pengasas dan Pengetua FTIM Designing Centre, Rosita Ja'afar, pakar jahitan dansulaman tradisional yang ditemui di pameran sempena sambutan Hari KrafKebangsaan, baru-baru ini, berkata adunan warna manik yang dijahit pada fabrik bolehmenambahkan pesona.

    Katanya, warna manik yang digunakan harus bertentangan dengan warna pada motifyang hendak dijahit kemasan itu supaya lebih menonjol.

    (END)

  • 7/21/2019 Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

    42/50

    26

    Headline: Teknik sulaman manikPublication: HMDate of publication: Apr 2, 2013Section heading: VariasiPage number: 015

    Byline / Author: Ulasan Hajahfarhana Tarmudi

    Judul: Teknik Asas Aksesori Manik

    Penulis: Rosita Jaafar

    Penerbit: FTIM Designing Centre

    Harga: RM45

    Buku ini mengetengahkan teknik asas membabitkan lebih 60 rekaan menarik sepertikalung, gelang dan anting-anting yang diperbuat daripada manik, kristal, kristal mutiaradan batu permata.

    Ia bermula daripada teknik asas sulaman manik sehingga mampu menghasilkanaksesori menarik untuk digayakan dan dipelbagaikan penggunaannya.

    Walaupun ia mempunyai nilai seni yang dikagumi, tidak ramai yang menyukai sulamanmanik kerana menganggap pembuatannya yang leceh dan mengambil masa terlalulama.

    Sulaman manik sebenarnya boleh menambah pendapatan terutama dalam kalanganindividu yang mahir apatah lagi tidak ramai yang mahu mempelajarinya atau mengambilupah menjahit sulaman manik.

    Pada masa sama, penulis, Rosita Jaafar cuba mencari kelainan dalam sulaman manikuntuk menambah kemahiran atau menghasilkan rekaan yang memenuhi cita rasamasyarakat terutama wanita moden.

    Menerusi hasil kemahiran sulaman manik yang dipelajari ini, ia mampu memberi ideamenarik untuk diubah kepada rekaan berbentuk aksesori seperti gelang, rantaikerongsang dan cincin.

    Asas bermula daripada pengenalan barangan diperlukan untuk membuat aksesorimenarik seperti manik, benang, lilin dan jarum.

    Bagi memudahkan pembaca, terdapat juga jenis manik, batu permata atau mutiaramenarik yang boleh digunakan dalam menghasilkan aksesori unik.

    Selain itu, penulis turut memberi panduan asas ketika menyulam manik bagi

  • 7/21/2019 Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

    43/50

    27

    mengelakkan rekaan tidak menjadi atau hal yang boleh menyebabkan kemalangan.

    Lakaran menyusun manik menggunakan jarum dan benang turut dilampirkan satupersatu bagi memudahkan mereka yang baru belajar menghasilkan aksesori manik.

    Menariknya, buku ini disertai dua bahasa iaitu Melayu dan Inggeris bagi memudahkanpembaca memahami setiap arahan dengan lebih baik.

    Menerusi rekaan dihasilkan sendiri, penulis menterjemahkan setiap aksesori dibuat kedalam bentuk lebih mudah menerusi gambar yang jelas.

    Jika sudah tahu mengenai sulaman asas, pembaca boleh meneruskan mempelajariteknik anyaman manik yang lebih rumit dan memerlukan lebih penelitian.

    Anyaman yang berjaya menghasilkan rekaan seperti gelang mutiara akan membuatkansemangat semakin membara untuk mencuba cara lain mencipta aksesori yang unik dan

    kreatif.

    Setelah berjaya menguasai kemahiran menyulam manik atau mutiara, tiba masa untukmengasah bakat menghasilkan rekaan kerongsang menarik.

    Bermula daripada kerongsang yang direka dengan susunan manik sedikit kosong ataupenuh, jika bijak menggayakannya pasti menghasilkan rekaan eksklusif untukdigayakan ke majlis makan malam.

    Panduan langkah demi langkah ini turut menggunakan pelbagai jenis jahitan sepertiikatan benang, peyote, bersusun dan ikan tulang hering.

    Tiada salahnya meningkatkan kemahiran terutama bagi mereka yang ingin menjanapendapatan sampingan dengan membuat perhiasan.

  • 7/21/2019 Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

    44/50

    28

    Headline: Manik lengkap gayaPublication: MADate of publication: Apr 22, 2012Section heading: EkspresiPage number: 020

    Byline / Author: Oleh Noriah Idris

    RAMAI golongan hawa seperti eksekutif atau mereka yang bekerja tidak mempunyaimasa untuk mencari pakaian bercorak menarik untuk diperagakan di majlis rasmi.

    Situasi itu, mendorong Butik Citramawar yang menawarkan pakaian siap di bawahjenama ID Perempuan melakar pelbagai jenis rekaan eksklusif berasaskan busanatradisional seperti baju kurung, jubah mahupun kebaya bagi memenuhi permintaansemasa.

    Menurut pemilik butik berkenaan, Emma Mansor, apa yang menarik pada pakaian dijualdi butiknya kerana ia diolah dengan manik sebagai pelengkap gaya untuk menghadirimajlis perkahwinan, majlis ilmu atau memenuhi undangan tertentu.

    Katanya, pakaian siap dengan taburan manik mewah sentiasa mengikut aliran semasadan memenuhi cita rasa pengguna dalam pelbagai bentuk dari sederhana hinggamewah.

    Suntikan manik, sulaman bunga atau apa saja corak dengan pilihan kain kapas, sifon,lycra dan pelbagai fabrik yang berkualiti menjadi sandaran butik ini. Oleh kerana corakyang ditampilkan mengutamakan lakaran terkini dengan corak menawan, membuatkania disenangi ramai.

    Tambahan pula, reka coraknya sering bertukar 'pattern' atau aliran fesyennya pelbagai,ada tarikan tersendiri di samping mampu milik membuatkan ramai yang sukakancetusan trend yang dibawa.

    Misalnya, hari ini ramai yang menyenangi gaya baju kurung berasaskan kain kapaskerana ia ringan dan tidak panas serta sesuai dengan cuaca di negara kita yang agakpanas, katanya.

    Beroperasi sejak 2000, Emma juga mengakui pembaharuan sering diketengahkan olehpereka di samping olahan yang sentiasa malar segar membuatkan rekaan IDPerempuan sentiasa dinantikan penggemar setianya.

    Tambahnya, oleh kerana busananya tampil sopan, pengguna boleh menggayakannyadalam pesona busana Muslimah dengan berselendang atau tudung tetapi tetapmenyerlahkan keanggunan si pemakai.

    Sebarang pertanyaan, datang sendiri ke Butik Citramawar (ID Perempuan), Lot 01

  • 7/21/2019 Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

    45/50

    29

    162A, Tingkat 1, Kompleks PKNS, Persiaran Tasik, Shah Alam, Selangor; atauhubungi: 03-5512 9858 atau layari: www.idperempuan.com.my.

    Sumber :http://emedia.com.myTarikh Akses : 19 Jun 2013

    http://emedia.com.my/http://emedia.com.my/http://emedia.com.my/http://emedia.com.my/
  • 7/21/2019 Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

    46/50

    1

    KRAFTANGAN SENI TEKSTIL, SERAMIK DAN MANIK MENDAPAT PERMINTAAN

    RAMAI

    Date: 23-10-2012Author: / PBFL HK KLS

    KRAFTANGAN-TEKSTILKUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Hasil seni tekstil tempatan seperti batik

    dan tenunan songket, selain seramik dan aneka manik semakin mendapat permintaandaripada orang ramai terutamanya pelancong dari dalam dan luar negara.

    Penolong Pengarah Bahagian Pemuliharaan Perbadanan Kemajuan KraftanganMalaysia Mohd Suhaimi Mohd Daud berkata turut mendapat permintaan ialah hasilkraf yang diperbuat daripada logam dan hasil rimba, seperti rotan, kayu dantempurung.

    Beliau berkata permintaan terhadap kraftangan di negara ini semakinmenggalakkan dengan hasil jualan semakin meningkat setiap tahun.

    "Kebanyakan hasil kraftangan yang dijual adalah menggunakan bahan-bahan

    mentah dan bahan asas yang berkualiti selain dihasilkan oleh pakar kraftangannegara," katanya kepada Bernama selepas menghadiri Bengkel Kraf Warisan Seni

    Anyaman Rotan anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, di sini hari ini.Beliau berkata untuk mempromosikan hasil kraf negara, Kraftangan Malaysia

    akan menganjurkan beberapa program termasuk promosi Kraf Inspirasi Alam yangakan diadakan mulai 31 Okt selama 12 hari di Kompleks Kraf Kuala Lumpur sertapromosi Kraf Malaysia di Plaza Angsana, Johor Baharu dari 13 hingga 25 Disember.

    "Aktiviti yang akan diadakan termasuklah jualan kraftangan, persembahananeka kraftangan, demonstrasi pembuatan kraftangan dan interaktif kraf di manapengunjung terutama kanak-kanak akan dapat menghasilkan kraftangan merekasendiri bersama guru kraf yang berada di sana," katanya.

    Bengkel selama dua hari yang bermula hari ini menarik lebih 40 tenagapengajar seni dari beberapa sekolah menengah sekitar Kuala Lumpur yang berminatmeningkatkan kemahiran seni anyaman rotan secara praktikal dengan bimbingan

    Adiguru Kraf Anyaman Rotan, Ishak Kassim.Ishak, 53, mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam seni kraftangan berkata

    hanya segelintir generasi muda yang tahu mengenai seni anyaman rotan."Kebanyakan mereka (generasi muda) tidak tahu akan jenis-jenis kraftangan di

    Malaysia dan aktiviti sebegini akan dapat memelihara seni kraf tempatan agar iakekal menjadi lambang budaya negara," katanya.

    Dengan pendedahan sebegini beliau mengharapkan pembuatan kraftangan anyamanrotan bukan sahaja akan menjadi suatu aktiviti di masa lapang tetapi sebagai

    satu kerjaya yang mampu meningkatkan ekonomi negara.-- BERNAMAPBFL HK KLS

  • 7/21/2019 Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

    47/50

    2

    SENI KRAF MANIK BORNEO BOLEH TARIK PERHATIAN PEREKA FESYEN

    DUNIA

    Date: 17-08-2011

    Author: / AZM AZM HMSARAWAK-MANIK

    KUCHING, 17 Ogos (Bernama) -- Seni kraf manik Borneo yang unik denganidentiti yang tersendiri boleh diperkenalkan kepada dunia fesyen antarabangsadengan mempromosi kepada pereka jenama produk terkemuka, kata MenteriPelancongan dan Warisan Negeri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

    Beliau berkata manik Sarawak merupakan antara manik yang mempunyai nilaiseni tinggi dan boleh diketengahkan dalam rekaan fesyen jenama terkemuka sepertidalam pembuatan produk aksesori wanita.

    "Manik dihasilkan daripada pelbagai jenis bahan seperi tanah liat, kaca dankayu yang mempunyai pelbagai latar belakang budaya seperti Sarawak, seni

    pembuatan manik memang banyak melibatkan masyarakat Orang Ulu di UtaraSarawak," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

    Sarawak bakal menganjurkan Persidangan Manik Antarabangsa Borneo Ke-2 disini dari 7 hingga 9 Okt depan selepas kejayaan penganjuranpersidangan manik pertama di Miri tahun lalu.

    Selain mengetengahkan manik-manik dari seluruh Borneo, persidangan itu jugaakan melibatkan beberapa bengkel daripada pakar dan pengkaji manik terkemukadunia.

    Abang Johari berkata untuk mengetengahkan hasil seni manik Borneo beberapalangkah pembaharuan seperti dari segi reka bentuk dan warna perlu dilakukanagar lebih sesuai dengan fesyan dunia semasa.

    Menurutnya lebih banyak perkongsian maklumat tentang seni kraf manik perludiperoleh oleh pengusaha manik tempatan khasnya dari negara-negara seperti

    Afrika, Australia selain negara di sekitar Asia Tenggara sendiri yang cukupterkenal dengan pembuatan manik.

    Katanya kebanyakan pembuat manik di Borneo khasnya di Sarawak masih lagimenggunakan kaedah tradisional untuk menghasilkan manik selain rekaan aslibermotifkan tempatan.

    "Untuk menarik minat pereka fesyen dunia tidak mustahil manik Borneo bolehtampil dalam pertujukan fesyan ataupun aksesori seperti beg tangan, rantai, jamdan pelbagai jenis lagi aksesori sampingan dari jenama terkemuka dunia,"katanya.

    -- BERNAMAAZM AZM HM

  • 7/21/2019 Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

    48/50

    3

    MANIK: WARISAN SENI SARAWAK YANG ABADI Rencana Bernama

    Date: 25-10-1997Author: CAROLINE JACKSON /

    KUCHING: Manik dalam pelbagai warna, bentuk dan saiz memainkan peranan

    penting dalam kebudayaan yang begitu kaya dan beragam masyarakat pribumiSarawak.

    Manik Borneo memaparkan bukan saja cerita mengenai kepercayaan animismatempoh lampau malahan zaman kini yang menyentuh setiap liku kehidupan sukukaum Sarawak.

    Daya kreatif wanita pribumi mereka manik yang begitu sederhana menjadiperhiasan berbentuk rantai leher, topi dan cekak kepala. Semua ini dipakaisebagai simbol kekayaan dan status.

    Manakala rantai leher tertentu dipakai pada peristiwa khas seperti"Gawai" atau pesta menuai sebagai perhiasan tambahan kepada pakaiantradisional yang beranika warna pelbagai suku kaum.

    Perhiasan ini juga menjadi sebahagian dari kelengkapan persandingan danhadiah pertunangan.

    Keistimewaan manik dikatakan mencakupi alam fizikal dan alam rohterutama bagi mereka yang percaya manik "menguatkan roh" dan menjadi"hadiah perpisahan" mesti yang bakal dibawa si mati "dalam perjalananterakhir" ke dunia lain.

    Sejarah manik ditonjolkan pada satu pameran baru-baru ini yangberthema: "Manik Borneo - Budaya Abadi" di Muzium Sarawak yang cukupterkenal itu di Kuching.

    Sejarah menunjukkan bahawa "budaya manik" melampaui suku kaum Sarawaksebagai hasil kaji gali di tapak arkeologi di Gua Niah, dekat Miri. Usaha

    ini berhasil dengan penemuan beberapa manik Indo-Pasifik.Urusan dagang peniaga-peniaga China dan India dengan penduduk asli di

    pusat perniagaan lampau seperti Santubong bukan sahaja membabitkanperniagaan tukar barang tekstil dan tembikar tetapi juga manik sebagaitukaran bagi hasil hutan.

    Peminat manik, Heidi Munan, Kurator Manik Kehormat Muzium Sarawakberkata, kerja tangan perhiasan manik tersebar luas dan diusahakan zamanberzaman.

    "Contohnya, di kalangan suku kaum Bidayuh Bukar di bahagian BaratSarawak, hiasan kepala yang tinggi mencerminkan kedudukan seseorang wanitadalam sistem agama nenek moyang mereka," kata Munan, pakar manik Borneo.

    Hiasan kepala yang hanya dipakai oleh paderi wanita itu, keseluruhannyadiperbuat daripada biji-biji manik dan dilengkapi dengan topi daun palma dibahagian atasnya.

    Katanya, di kalangan Orang Ulu di bahagian Tengah Sarawak, beberapacorak "kelas atasan" seperti bentuk manusia dan naga dikhaskan untukgolongan bangsawan sahaja.

    Menurut Munan, manik pesaka dalam bentuk kalung diperbuat daripadamanik jenis Venice, Bohemia dan Asia Barat yang paling halus seni

  • 7/21/2019 Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

    49/50

    4

    buatannya.Bagaimanapun, kolar manik yang dipakai oleh suku kaum Iban (Marik

    Empan), rambu pedang dan rantai leher boleh dipakai oleh sesiapa sahajayang mempunyai kemahiran membuatnya atau kemampuan untuk membelinya.

    "Pada zaman dahulu, seseorang yang menggunakan pedang dengan hulu

    dihiasi manik berumbai, tengkorak burung enggang dan loceng tembaga sudahpasti menarik perhatian ramai dalam sesuatu perayaan," katanya.Yang menghairankan, Munan, yang memegang jawatan di Muzium itu sejak

    1987 terus terang menyatakan bahawa beliau bukan seorang pengumpul manikyang taksub sungguhpun memiliki beberapa manik Borneo antik dalam koleksiperibadinya.

    Sebagai penasihat kepada sesiapa yang ingin tahu mengenai pengalamantentang manik, beliau tidak mahu minatnya bercanggah dengan bidang kerja,kata Heidi.

    "Beliau bagaimanapun berpuashati kerana budaya manik kini menikmati erakebangkitannya setelah melalui tempoh kegelapan sejak berdekad-dekad lalu

    akibat proses permodenan sehinggakan peminat manik hanya tertumpu dirumah-rumah panjang terpencil sahaja.Walaupun hari ini, pakaian lengkap penduduk asli kebanyakannya dipakai

    semasa sesuatu majlis sahaja, namun pemakaian hiasan kepala yang diperbuatdari manik dengan pakaian berfesyen masih dianggap segak dan menarik,tambahnya.

    "Pertandingan ratu cantik Kumang/Keling yang diadakan penuh warna warnisetiap tahun di mana ketampanan dan kesegakan manik-manik purba inidipamerkan bersama pakaian tradisional pada para peserta, serta mertamenerjah ingatan seseorang.

    Fesyen manik bagi suku Lun Bawang di bahagian Timur Sarawak berupasfera lutcahaya berwarna kuning yang dipakai sebagai topi manakala wanitasuku kaum Kayan pula memakainya dalam bentuk cekak kepala yang dihiasimanik berwarna warni.

    Menyentuh tentang beberapa jenis tali pinggang antik yang diperbuatdari manik yang dipamerkan selama sebulan itu, Munan berkata, hiasan yangamat diminati itu kini bernilai berkali ganda berbanding ketika barangtersebut dibeli oleh Muzium Sarawak pada tahun 60-an.

    Kecuali emas yang harganya standard, harga perhiasan yang diperbuatdari manik ini ialah antara RM10,000 hingga RM15,000 tiap-tiap satu jikaada orang yang benar-benar berminat membelinya," jelas Munan.

    Perhiasan manik hari ini merupakan industri kecil yang sedang membangundan perhiasan ini dijadikan cenderahati yang popular oleh pelancong danpengumpul manik.

    Munan berkata pameran itu bertujuan mencetuskan minat di kalanganmasyarakat setempat agar menyayangi warisan sendiri.

    Muzium Sarawak mula mengumpul perhiasan manik sejak 1850an lagi danhari ini ia boleh berbangga dengan koleksi manik dari India, China,pelabuhan-pelabuhan tua Asia Barat, Venice, Gablonz di Bohemia, Amsterdamdan Birmingham. -- BERNAMA

  • 7/21/2019 Kraftangan_Seri Manik [Sumber Elektronik]

    50/50

    Sumber :http://blis.bernama.com/mainHome.do Tarikh Akses : 19 Jun 2013

    http://blis.bernama.com/mainHome.dohttp://blis.bernama.com/mainHome.dohttp://blis.bernama.com/mainHome.dohttp://blis.bernama.com/mainHome.do