KRB 3033 Pengantar Bahasa Melayu

23
KRB3033: PENGANTAR BAHASA MELAYU TAJUK KUMPULAN DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON NAMA TUTOR E-LEARNING: TARIKH SERAH: 1 PEMARKAHAN BAHAGIAN A 1. Tiga fungsi Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah. 2. Tiga kepentingan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan kebangsaan. BAHAGIAN B 1. Menghuraikan konsep tatabahasa 2. Menganalisis empat kesalahan penggunaan tatabahasa oleh murid di

description

BAHAGIAN A 1. Tiga fungsi Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah.2. Tiga kepentingan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan kebangsaan. BAHAGIAN B1. Menghuraikan konsep tatabahasa2. Menganalisis empat kesalahan penggunaan tatabahasa oleh murid di dalam bilik darjah.

Transcript of KRB 3033 Pengantar Bahasa Melayu

KRB3033: PENGANTAR BAHASA MELAYUTAJUK

KUMPULAN

DISEDIAKAN OLEH

NAMANO. IDNO. TELEFON

NAMA TUTOR E-LEARNING: TARIKH SERAH:

PENGENALAN

Setiap negara mempunyai bahasa kebangsaannya sendiri. Bahasa kebangsaan Malaysia ialah Bahasa Melayu. Oleh itu, semua warga Malaysia perlu menghormati dan mempertahankan Bahasa Melayu kerana bahasa itu ialah bahasa kebangsaan mereka. Sesiapapun tidak dapat menyangkal atau mempertikaikan fakta yang telah sekian lama wujud bahawa tentang kedudukan bahasa Melayu sebagai kebangsaan negara. Kedudukan bahasa Melayu juga sangat jelas di sisi perlembagaan sebagai bahasa rasmi negara. Bagi mengekalkan kedaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, program-program yang dianjurkan bagi memperkasakan penggunaan Bahasa Melayu di peringkat kementerian dan jabatan sahaja tidak mencukupi malah ia perlu mengakar ke segenap lapisan masyarakat terutamanya di institusi-institusi pendidikan. Bagi memartabatkan Bahasa Melayu dengan berkesan maka pelbagai kempen dan gerakan media massa perlu dijalankan.

FUNGSI BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PENGANTAR DI SEKOLAH

1. DASAR BAHASA

Pemilihan satu bahasa rasmi bagi negara Malaysia timbul kerana perlunya satu agen penyatuan bangsa. Pemilihan ini adalah dengan harapan bahawa bahasa ini dapat menjadi dasar bagi satu identifikasi kebangsaan. Peranan bahasa sebagai faktor penyatuan disalurkan melalui sistem pelajaran kebangsaan. Di samping peranannya sebagai lambang penyatuan, pemilihan satu bahasa kebangsaan negara juga timbul akibat daripada desakan rakyat yang mahukan bahasa penjajah diambil alih oleh bahasa Bumiputera iaitu Bahasa Melayu. Dasar bahasa kebangsaan merupakan asas terpenting bagi perkembangan bahasa Melayu di Malaysia. Dengan adanya dasar bahasa yang menentukan pemilihan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, barulah dilakukan tahap-tahap seterusnya iaitu pembinaan dan peluasan penggunaannya. Dasar bahasa di Malaysia meletakkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, seperti yang terkandung dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Dasar bahasa negara ini wujud bagi membentuk satu bangsa yang bersatu yang mempunyai ciri-ciri pengenalan rakyat yang relatifnya seragam disamping menobatkan Bahasa Melayu sebagai sarana komunikasi yang berkesan dalam pelbagai sektor di negara ini. (Kamarudin Husin & Siti Hajar Abdul Aziz,1999).

2. BAHASA MELAYU DALAM PENDIDIKAN

Sejak tahun 1983 hingga tahun 1991 penggunaan Bahasa Melayu dalam pendidikan baik di peringkat sekolah rendah, menengah, maktab dan universiti terlaksana dengan lancar. Bahasa Melayu telah terbukti dapat berfungsi dengan baik sebagai bahasa pengantar ilmu serta dapat mengungkapkan dan menghuraikan konsep ilmu yang abstrak dan jelas. Bahasa Melayu juga berkemampuan untuk berfungsi sebagai bahasa akademik yang begitu lengkap dengan laras-laras bahasanya, pelbagai perbendaharaan kata dan istilah untuk menerangkan pelbagai hal baharu dalam aneka bidang ilmu seperti ilmu Sains, Teknologi, Ekonomi, Kejuteraan, Kedoktoran dan Undang-Undang di samping ilmu Kemasyarakatan dan Keagamaan.

Bahasa Melayu hari ini sudah hampir mencapai taraf bahasa ilmu yang lengkap dengan ciri keintelektualan dan kesempurnaan. Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam menyempurnakan dan mengembangkan Bahasa Melayu agar bahasa ini dapat memainkan peranannya dengan baik dalam dunia pendidikan di negara ini bukanlah sedikit. Sejak Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan pada tahun 1956, tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan ke atasnya seperti pembinaan bahasa, pembinaan istilah saintifik, penyediaan kamus umum definitif, pembentukan sistem ejaan baharu, penyusunan buku tatabahasa dan pembinaan sebutan baku telah pun dilaksanakan dengan jayanya.

Penerbitan pelbagai jenis buku dan jurnal turut membantu menjayakan peranan Bahasa Melayu dalam pendidikan di negara ini. Dewan Bahasa dan Pustaka yang sentiasa bersifat produktif dalam pembinaan Bahasa Melayu dari segi penstandadisasian dengan negara-negara berbahasa Melayu yang lain menerusi penyertaan bersama dalam Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia (MABBIM) yang mewarisi Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) sebelum itu. Terdapat begitu banyak buku teks, kamus, majalah dan bahan-bahan bacaan yang sudah diterbitkan dalam bahasa Melayu untuk kegunaan di sekolah-sekolah, maktab dan universiti telah menunjukkan bahawa bahasa Melayu sudah pun berjaya memainkan peranan dalam pendidikan di negara ini (Abdul Hamid Mahmood, 2002).

3. BAHASA MELAYU DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH

Keseluruhan usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah yang berkesan bagi melahirkan bangsa Malaysia yang berintelek berteraskan Bahasa Melayu tidak akan berjaya selagi rakyat tidak dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik. Usaha untuk mencapai matlamat ini telah bermula sejak peringkat sekolah lagi kerana sistem persekolahan di negara kita menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang dilaksanakan di sekolah-sekolah sepenuhnya mulai tahun 1983 telah menitikberatkan penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira menggunakan pengantar Bahasa Melayu di samping mendidik generasi seterusnya dalam pembinaan sahsiah diri yang baik serta pemupukan kemahiran berfikir. Peranan yang boleh dibawa oleh Bahasa Melayu juga terbukti dengan jelas apabila PPSMI dimansuhkan. Bahasa Melayu digunakan semula sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran Sains dan Matematik.

Penggunaan Bahasa Melayu dalam pendidikan di sekolah juga bertujuan melahirkan pelajar yang aktif, berketrampilan dan bersedia menimba ilmu serta mempunyai akhlak yang tinggi. Asimilasi ilmu ini diteruskan lagi dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mula dilaksanakan pada tahun 1988 melalui pembelajaran pelbagai displin ilmu dengan pengantar bahasa Melayu. Matlamat dan objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM ini lebih menitikberatkan penguasaan bahasa Melayu yang bermutu bersandarkan ketetapan tatabahasa, kecekapan berbahasa dan kepekaan terhadap variasi bahasa Melayu dalam pelbagai situasi, sistem bahasa dan gaya bahasa yang indah serta unsur dan nilai budaya yang tinggi. Ia memberi tumpuan dan penekanan dalam membimbing pelajar kearah pemupukan semangat kewarganegaraan dan mengamalkan nilai murni masyarakat Malaysia yang universal. (Kamarudin Husin & Siti Hajar Abdul Aziz, 1999).

KEPENTINGAN BAHASA MELAYU DALAM SISTEM KEBANGSAAN

Rakyat Malaysia sedia maklum dengan penubuhan Jawatankuasa Razak pada tahun 1956, jelas memperlihatkan bahawa bagi mencapai pembentukkan negara yang maju dan berdaulat juga mempunyai kaitan yang kuat dengan aspek bahasa. Laporan Razak ini telah menegaskan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara kita. Rancangan ini kemudian telah dikukuhkan lagi oleh Jawatankuasa Rahman Talib pada tahun 1960. Jawatankuasa ini telah menjadi asas kepada pembentukan Akta Pendidikan 1961 dan diperteguhkan lagi dalam Akta Pendidikan 1996.

Peranan atau kepentingan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu dapat dilihat apabila bahasa ini dijadikan bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara kita. Apabila Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa ilmu maka jurang pencapaian dalam pendidikan antara masyarakat yang berlainan bangsa dapat dikurangkan. Sebenarnya sistem pendidikan kebangsaan juga secara tersiratnya berperanan untuk meningkatkan taraf kehidupan bangsa Melayu yang masih ketinggalan sejak negara ini mencapai kemerdekaan sehinggalah hari ini.

Kejayaan hasil daripada penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dapat dibuktikan dengan jelas daripada kelahiran ribuan ahli intelektual, korporat, professional dan lain-lain tenaga pembangunan negara dalam pelbagai bidang sejak Akta Pendidikan diwartakan. Apatah lagi generasi X dan Y yang dilahirkan sekian lama setelah negara mencapai kemerdekaan. Kejayaan dan kepentingan semua ini dapat dilihat oleh pihak sekolah yang berperanan mengajar generasi masa kini Bahasa Melayu. Melalui Bahasa Melayu juga prasangka buruk antara kaum dapat dielakkan.

Selain daripada kepentingan yang telah disebutkan tadi bahasa Melayu juga amat penting untuk hal ehwal pembinaan negara. Ini kerana bahasa Melayu amat penting untuk mengeratkan perhubungan dalam pembinaan konsep kebangsaan dan kenegaraan yang dikenali sebagai Malaysia. Sesungguhnya perkembangan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu amat penting untuk menyatukan roh bangsa, asas jati diri dan citra bangsa selain daripada untuk menyampaikan ilmu pengetahuan.

1. LAMBANG JATI DIRI

Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negara. Hasrat ini terungkap dalam dasar bahasa dengan merujuk pada Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Melalui perkara ini, Bahasa Melayu secara langsung telah menjadi sebagai lambang jati diri warganegara Malaysia. Pekara ini sangat penting kerana setiap negara mempunyai bahasanya sendiri. Contohnya negara Jepun dengan Bahasa Jepunnya, negara Jerman dengan Bahasa Jermannya dan Negara Perancis dengan Bahasa Perancisnya. Oleh itu, Bahasa Melayu memainkan peranan sebagai lambang negara Malaysia di persada dunia. Justeru itu Bahasa Melayu berperanan sebagai perakuan kejatidirian bangsa Malaysia demi memenuhi maksud kemajuan mengikut acuan sendiri, seperti yang digariskan dalam Wawasan 2020.

2. BAHASA PERPADUAN

Bahasa Melayu juga berperanan sebagai bahasa perpaduan. Perpaduan sangatlah penting dalam masyarakat yang berbilang bangsa. Tanpa perpaduan negara akan kucar-kacir dan musnahlah sebuah negara berdaulat. Di Malaysia ini, terdapat tiga kaum utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu merupakan penduduk asal Malaysia dan mempunyai penduduk yang melebihi lima puluh peratus daripada keseluruhan warganegara di sini. Oleh sebab itulah bahasa Melayu telah dipilih berdasarkan kaum majoriti penduduk. Bahasa ini wajib diketahui oleh setiap kaum kerana bahasa ini menjadi bahasa utama dalam konteks hubungan antara kaum.

Bagi merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agen perpaduan negara, Penyata Razak dijadikan sebagai asas Ordinan Pelajaran 1957. Menurut penyata itu, bahasa dan pendidikan dapat digunakan sebagai alat untuk meningkatkan persefahaman perpaduan kebangsaan antara penduduk yang berbilang kaum.

3. MENJADI BAHASA YANG UTAMA DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA MALAYSIA

Bahasa Melayu berperanan untuk menjadi bahasa yang utama dalam pembinaan negara bangsa Malaysia. Bahkan semua bahasa di dunia ini mempunyai hak tersebut. Pengguna bahasa yang mahu melihat bahasa kebangsaan mereka berfungsi dengn cemerlang selaras dengan perkembangan bangsanya mestilah berusaha menjadikan bahasanya lebih baik dan dihormati daripada bahasa yang dipinjam semata-mata untuk menunjukkkan status penutur, dan bukannya untuk menyerlahkan kegemilangan bangsa penutur itu sendiri. Oleh hal demikian, penduduk di negara bangsa Malaysia ini perlulah dengan penuh keyakinan apabila mengunakan bahasa Melayu untuk memartabatkan bahasa ini di persada antarabangsa.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, Perbezaan bahasa bukan lagi penghalang ke arah usaha murni kerajaan dalam menguatkan perpaduan rakyat. Manakala penggunaan bahasa Melayu sebagai alat penyatuan bangsa haruslah dilihat dengan lebih telus dan serius. Oleh yang demikian memartabatkan Bahasa Melayu adalah satu tanggungjawab yang tidak boleh dipandang ringan oleh mana-mana pihak. Kemajuan dari segi budaya, komunikasi dan pendidikan membuatkan kedudukan Bahasa Melayu semakin tercabar dan terhimpit. Perlu diperhalusi, bahasa Melayu telah menjalankan fungsinya sebagai bahasa perpaduan dengan amat baik dan berkesan sehingga dapat mewujudkan persefahaman di kalangan penduduk pelbagai etnik di negara ini.

1,519 patah perkataan

RUJUKAN:1. Ahmad Mohd. Yusof et al, (1992). Laporan Kaji Selidik Penggunaan Bahasa Melayu dalam Bidang Kehakiman dan Undang-Undang. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

2. Hj. Mohd. Khusairi Hj. Abdullah, (1983). Pelaksanaan Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pengantar Pelajaran, Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

3. Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, (1999). Bahasa Kebangsaan, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd: Kuala Lumpur..

4. Guru dan Bahasa Melayu, Percetakan Zafar Sdn.Bhd: Kuala Lumpur.

5. Azmy Mohamed. Budayakan Bahasa Melayu Tanda Patriotik, Utusan Malaysia diperolehi pada 1/8/2010, Ku Seman Ku Hussain.

6. Martabatkan Bahasa Jiwai Bangsa, Utusan Malaysia diperolehi 1/08/2010Zaidi Ismail.

KONSEP TATABAHASA

Tatabahasa dirujuk sebagai peraturan atau hukum bahasa yang menentukan bahasa dapat berfungsi dengan baik, berkesan atau sebaliknya. Dengan perkataan lain, tatabahasa itu tidak lain daripada himpunan peraturan umum struktur bahasa yang meliputi bidang morfologi dan sintaksis.Tatabahasa merupakan satu cabang daripada linguistik umum yang menerangkan peraturan-peraturan penggabungan kata-kata untuk menghasilkan bunyi dan frasa menggunakan formula-formula tertentu. Cara kajian tersebut dilakukan secara saintifik dengan mengikut rumus-rumus tertentu. Kajian tatabahasa bermula daripada unsur-unsur yang membina perkataan, proses pembentukan perkataan dan proses penyusunan perkataan dalam membentuk ayat-ayat gramatis. Lazimnya tatabahasa bersifat preskriptif, iaitu terdiri daripada peraturan-peraturan dan undang-undang bagi pengucapan dan penulisan bahasa yang betul.

Teori bahasa sesuatu bahasa ialah tatabahasa. Tatabahasa menjadi asas untuk pelahiran bahasa yang indah dan difahami oleh penggunanya. Oleh itu, bahasa dapat dieksploitasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yang tersendiri. Dengan itu, tatabahasa mestilah tepat, lengkap, tuntas, lugas dan mudah difahami serta mencerminkan kebolehan dalaman penutur jati yang ideal.Dalam menghuraikan konsep tatabahasa kita tidak dapat lari daripada menyentuh pendapat-pendapat ahli-ahli bahasa. Menurut Robin (1971) pula menyatakan bahawa tatabahasa merupakan suatu yang menitik beratkan struktur pertuturan atau penulisan dan dengan penggolongan serta pengkelasan unsur-unsur pertuturan yang berulang-ulang berdasarkan rumus-rumusnya. Bagi A. Koutsaudas (1969) tatabahasa ditakrifkan sebagai suatu alat yang menggunakan untuk menghasilkan ayat-ayat yang betul (Chai Chuen, 2007). Menurut Siti Hajar (2008) tatabahasa ialah peraturan-peraturan bagaimana sesuatu perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasil ayat-ayat yang gramatis. Menurut Tatabahasa Dewan, aspek tatabahasa menyentuh kepada dua sudut, iaitu melibatkan cara perkataan dibentuk daripada bunyi-bunyi bahasa dan cara perkataan disusun menjadi ayat. Huraian di peringkat perkataan disebut morfologi, manakala huraian di peringkat ayat disebut sintaksis.Morfologi ialah bidang yang mengkaji cara-cara perkataan dibentuk daripada bunyi-bunyi bahasa dan sintaksis pula ialah bidang yang mengkaji cara perkataan itu disusun menjadi ayat. Ini bermakna, konsep tatabahasa berkait secara langsung dengan proses pewujudan hukum. Tatabahasa adalah bidang ilmu yang mempelajari kaedah-kaedah yang mengatur penggunaan bahasa. Ilmu ini merupakan sebahagian dari bidang ilmu yang mempelajari bahasa iaitu linguistik.pembentukan kata dan golongan kata. Bagi Abdullah Hassan (2006) pula, morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan. Tokoh bahasa terkenal, Nik Safiah Karim (1996) mengaitkan morfologi dengan mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.Malahan menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) dengan tegasnyamendefinisikan morfologi ialah kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa termasuk infeksi atau imbuhan, terbitan dan pemajmukan. Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem. Para pelajar juga perlu mengetahui maksud istilah morfem dan kata. Ini kerana kedua-dua adalah berbeza dari segi fungsi dan konsep

Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan. Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka kata-kata ini terdiri daripada satu unit atau satu morfem. Misalnya minum. Minum tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan kepada mi dan num. Sebaliknya, kata diminum boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitu di dan minum. Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem. Morfem boleh dibahagi kepada dua, iaitu morfem bebas dan morfem terikat.

Seperti yang sedia maklum, sesuatu bahasa mempunyai sistem dan ciri bahasa yang tersendiri, justeru panduan dan peraturan tatabahasa adalah untuk membentuk perkara yang betul dan mengelakkan penggunaan bahasa yang salah. Jika penggunaan bahasa yang salah dan tidak gramatis, ini mencerminkan bahasa yang bertaraf rendah. Kita dapat lihat kesannya dari segi sosial, politik malah martabat bahasa itu sendiri. Inilah penekanan fungsi tatabahasa kerana ukurannya tidak didasarkan pada korpus ujaran, kriteria makna atau darjah penggunaannya tetapi berasaskan bentuk ujaran dan ketuntasan makna bahasa itu. Oleh yang demikian, fungsi tatabahasa ialah fungsi yang dibawa oleh perkataan atau frasa yang berlaku dalam ayat. Dengan lain perkataan, inilah yang dikatakan fungsi sintaktik sesuatu perkataan atau frasa. Fungsi tatabahasa secara khusus merujuk kepada subjek, predikat, objek, keterangan dan lain-lain.EMPAT KESALAHAN PENGGUNAAN TATABAHASA OLEH MURID DI DALAM BILIK DARJAH

Kesalahan pengunaan tatabahasa ialah sesuatu bentuk binaan atau penggunaan bahasa yang tidak menepati tatabahasa. Binaan yang dimaksudkan itu, meliputi binaan ayat, klausa, frasa dan perkataan. Walaupun jenis kesalahan yang dinyatakan sedikit sahaja, tetapi sebenarnya setiap jenis itu meliputi pelbagai sub-jenis. Ada beberapa kesalahan penggunaan tatabahasa oleh murid di bilik darjah yang meliputi aspek penguasaan bahasa (Money et al., 2004; Aini, 2007). Walaubagaimanapun analisis kesalahan penggunaan tatabahasa dalam kalangan murid dibilik darjah ini hanya menjurus kepada dua bidang tatabahasa iaitu morfologi dan sintaksis. Seperti yang telah dinyatakan tadi bahawa jenis kesalahan yang dinyatakan sebenarnya meliputi pelbagai sub-jenis. Sub-jenis kesalahan penggunaan tatabahasa yang akan disentuh dalam bidang morfologi ialah kesalahan pembentukan kata dan kesalahan penggunaan aspek kata. Manakala, Sub-jenis kesalahan penggunaan tatabahasa yang akan disentuh dalam bidang sintaksis adalah kesalahan penggunaan aspek frasa dan kesalahan penggunaan aspek ayat.

KESALAHAN PEMBENTUKAN KATA

i) SebutanKesalahan penggunaan tatabahasa yang sering dilakukan oleh murid di dalam bilik darjah adalah kesalahan sebutan. Terdapat kesalahan sebutan dalam kalangan penutur bukan Melayu untuk kata-kata seperti rume (rumah), datu (datuk), kulang (kurang), ba-niak (banyak) dan sebaginya. Bahagian morfologi juga menimbulkan masalah bagi mereka, umpamanya dalam menyebut kata-kata seperti : peng-arah (pengarah), meletak-an (meletakkan), pakai-an (pakaian) dan sebagainya (Amat Johari, 1985; Aini, 2007).ii) Ejaan

Selain daripada itu, murid-murid juga sering melakukan kesalahan yang sama dalam aspek ejaan. Kesalahan ejaan berlaku disebabkan tidak arif tentang peraturan-peraturan Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu (Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia, 1984; Siti Hajar, 2008).Tidak mematuhi hukum keselarasan vokal (Aini, 2007). Kesalahan berkait dengan cara mengeja kata sendi nama dan awalan. Kata sendi nama dieja terpisah daripada kata nama yang mengikutinya, manakala awalan dieja bercantum dengan kata dasar. Murid-murid terkeliru dengan cara mengeja kata sendi nama di dan ke dengan awalan di- dan ke-. Kesalahan ini merupakan yang masih umum dilakukan oleh murid walaupun Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu sudah lama dilaksanakan. Kebanyakan murid ridak dapat membezakan antara di dan ke yang berfungsi sebagai imbuhan dengan fungsinya sebagai kata sendi nama. Jika kata sendi nama yang menunjukkan arah atau tempat, maka ejaannya mestilah dijarakkan. Jadual 1 dibawah menunjukkan kesalahan ejaan.SALAHBETUL

DisanaDi sana

DiKualaSepetangDi Kuala Sepetang

DiklinikDi klinik

Jadual 1

KESALAHAN PENGGUNAAN ASPEK KATA

i) Kesalahan penggunaan imbuhan

Imbuhan ialah unit-unit bahasa yang diimbuhkan pada kata dasar yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Imbuhan merangkumi bentuk-bentuk terikat seperti awalan, akhiran, sisipan dan apitan. Dalam Bahasa Melayu, proses pembentukan kata banyak melibatkan pengimbuhan (Nik Safiah et al., 2003; Siti Hajar, 2008). Oleh itu, banyak kesalahan bahasa yang dibuat oleh murid-murid berhubung dengan penggunaan imbuhan.

Dalam ayat di bawah, penggunaan imbuhan apitan meN an menyalahi imbuhan pada kata dasar baca. Kata kerja ini perlu menerima imbuhan awalan meN- iaitu membaca dan mendengar untuk membentuk kata kerja aktif transitif yang memerlukan objek sebagai pelengkap maksud iaitu bacaan Al-Quran. Kata bacaan ditambah supaya ayat tersebut lebih gramatis. Jadual 2 dibawah menunjukkan kesalahan tatabahasa kerana murid kerana tidak mengimbuhkan kata kerja dasar.SALAHBETUL

Saya suka mendengaran radio ERA.Saya suka mendengar radio ERA.

Saya mahu kongsi masalah.Saya mahu berkongsi masalah.

Jadual 2

Awalan beR- dalam ayat di atas perlu diimbuhkan pada kata kerja kongsi untuk membentuk kata kerja aktif transitif yang memerlukan objek sebagai pelengkap maksud iaitu cerita.ii) Kesalahan penggunaan kata hubung

Kata hubung ialah sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis yang dikenali sebagai ayat majmuk (Siti Hajar, 2008). Terdapat tiga jenis kata hubung iaitu kata hubung gabungan dan, kata hubung pancangan relatif yang dan kata hubung komplemen bahawa. Berdasarkan jadual 3, murid didapati tidak menggunakan kata hubung dengan baik. Jadual 3 dibawah murid didapati tidak menggunakan kata hubung.

SALAHBETUL

Dia ialah budak yang rajin, dia suka tolong mak mengemas rumah.Dia ialah budak yang rajin dan suka

menolong emak mengemas rumah.

Jadual 3

Murid melakukan kesalahan tatabahasa kerana tidak menggunakan kata hubung gabungan dan dalam ayat di atas. Kata hubung dan perlu untuk menghubungkan dua klausa ayat di atas. Selain itu, murid turut melakukan kesalahan pada kata kerja tolong dan kata nama mak. Di dalam jadual 4, murid didapati mengulang kata hubung dan sebanyak dua kali. Ini ditunjukkan oleh jadual 4 dibawah iaitu murid didapati mengulang kata hubung dan sebanyak dua kali.SALAHBETUL

Adik-beradik saya baik dan ramai dan lucu.Adik-beradik saya ramai, baik dan lucu.

Jadual 4

Kata hubung dan perlu digunakan sekali sahaja dalam ayat di atas bagi menghubungkan klausa yang sama tara sifatnya iaitu Keluarga saya ramai, Keluarga saya baik dan Keluarga saya lucu.KESALAHAN PENGGUNAAN ASPEK FRASA

Menurut Nik Safiah et al. (2003), dari sudut nahu, frasa boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai konstituen dalam binaan ayat. Binaan ayat dasar dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua konstituen utama, iaitu subjek dan predikat. Menurut Siti Hajar (2008), Unsur-unsur yang membentuk dua konstituen utama ayat-ayat dasar bahasa Melayu adalah seperti frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Murid-murid juga didapati melakukan kesalahan dalam aspek frasa. i) Kesalahan penggunaan frasa namaFrasa nama ialah binaan yang dari sudut nahu boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat. Dalam binaan frasa nama, satu perkataan bertindak sebagai inti bagi seluruh frasa nama sementara perkataan lain merupakan penerang kepada inti tersebut. Di dalam jadual 5, murid didapati melakukan kesalahan frasa nama. Jadual 5 dibawah menunjukkan kesalahan penggunaan frasa nama.

SALAHBETUL

Itu negara ada banyak perayaan.Negara itu ada banyak perayaan.

Jadual 5

Frasa nama Itu negara dalam ayat di atas tidak tepat kerana unsur penerang iaitu Itu mendahului unsur ini iaitu negara. Oleh itu binaan frasa nama yang tepat ialah Negara itu. ii) Kesalahan penggunaan frasa kerjaMenurut Siti Hajar (2008), frasa kerja ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya ialah kata kerja. Kata kerja terdiri daripada kata kerja transitif dan tak transitif. Kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek serta unsur-unsur lain manakala kata kerja tak transitif boleh hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan. Kesalahan penggunaan frasa kerja adalah seperti yang dinyatakan di dalam Jadual 86.

SALAHBETUL

Kakak memiliki sangat cantik kereta.Kakak memiliki kereta yang sangat cantik.

Jadual 6

Penggunaan frasa kerja dalam ayat di atas tidak tepat kerana kata kerja transitif memiliki perlu diikuti oleh objek yang terdiri daripada kata nama iaitu kereta. Oleh itu, frasa kerja yang tepat bagi ayat di atas ialah memiliki kereta.Selain itu, penggunaan kata hubung yang perlu untuk memancangkan dua ayat.Ayat yang pertama ialah Kakak memiliki kereta dan yang kedua ialah Kereta sangat cantik.Dalam ayat pancangan, pengulangan kata Kereta hendaklah digugurkan.KESALAHAN PENGGUNAAN ASPEK AYAT

Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi kedudukannya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan (Nik Safiah, 2003; Aini, 2007; Chai Chuen, 2007.i) Kesalahan ayat tunggalYang berikut merupakan kesalahan penggunaan aspek ayat di dalam Jadual 7.SALAHBETUL

Saya nama FarizanNama saya Farizan

Jadual 7

Konstituen subjek (frasa nama) dalam ayat di atas tidak tepat kerana unsur penerang mendahului unsur inti. Oleh itu, frasa nama yang tepat dalam ayat ini ialah Nama sebagai unsur inti dan saya sebagai unsur penerang. Kesalahan dalam ayat di atas juga berlaku disebabkan gangguan bahasa ibunda atau bahasa kedua murid. Murid menggunakan struktur ayat bahasa Inggeris iaitu My name yang diterjemahkan sebagai Saya nama dalam bahasa Melayu.Dapatlah dirumuskan bahawa dua bidang utama yang wujud daripada tatabahasa perlu olah dengan terperinci iaitu bidang morfologi dan sintaksis. Konsep tatabahasa sangat penting untuk difahami agar pengguna bahasa tidak melakukan sebarang kesalahan penggunaan tatabahasa. Selain itu, tugasan ini memerlukan penulis untuk menjelaskan dan menghuraikan permasalahan yang wujud tentang kesalahan penggunaan tatabahasa oleh murid di bilik darjah, sama ada dalam lisan mahupun penulisan. Kesalahan yang sering dilakukan oleh murid yang telah dianalisi terbahagi kepada empat aspek iaitu kesalahan pembentukan kata, kesalahan penggunaan kata, kesalahan penggunaan aspek frasa dan kesalahan penggunaan aspek ayat yang tergolong dalam dua bidang tatabahasa iaitu bidang morfologi dan sintaksis.

1963 patah perkataan

RUJUKAN:

1. Lee Chai Chuen, (2007). Analisis kesilapan sintaksis di kalangan pelajar Melayu dalam pembelajaran bahasa Mandarin. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya..

2. Abdullah Hassan (2008). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah, Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

3. Asraf Abdul Wahab (2007). Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu, Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

4. Siti Hajar Abdul Aziz (1996). Tatabahasa Bahasa Melayu (Perkataan), Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

5. Abu Bakar Hamid (Drs), (1983). "Morfologi" dalam Rencana Linguistik (penyunting Dr.Abdullah Hassan), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Azman Wan Chik (1989). Mengajar Bahasa Malaysia Jilid 1:Perkaedahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

6. Zulkifley Hamid (2000). Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu di Malaysia : Hambatan dan Permasalahan dlm. Dewan Bahasa 44: 8 Ogos hal.818-825.

7. Ahmad Mahmood Musanif (2000). Huraian Penambah Bahasa Melayu Dari Pendekatan Semantik dalam Monograf bil.3. Mei 2000 Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Unversiti Putera Malaysia.

8. Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia, (1984). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.9. Money, J. N. J. S., (2004). Kesalahan Bahasa Dalam Karangan Murid Tamil Yang Mempelajari Bahasa Melayu Di Sekolah Menengah, Tesis PhD. yang tidak diterbitkan. Serdang:Universiti Putra Malaysia

10. Zulkifley Hamid, Ramli Md. Salleh dan Rahim Aman (2007). Linguistik Melayu,. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

PEMARKAHAN

BAHAGIAN A

1. Tiga fungsi Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah.

2. Tiga kepentingan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan kebangsaan.

BAHAGIAN B

Menghuraikan konsep tatabahasa

Menganalisis empat kesalahan penggunaan tatabahasa oleh murid di dalam bilik darjah.

SOALAN TUGASAN BAHAGIAN A (20%)

Tujuan akhir dasar pendidikan negara adalah untuk menyatukan murid yang berlainan bangsa bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan berdasarkan fungsi dan kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Walau bagaimanapun, aspirasi tersebut wajar diinterpretasikan secara lebih jelas dengan berasaskan Laporan Razak 1956.

SOALAN TUGASAN BAHAGIAN B (30%)

Dua bidang utama yang wujud daripada tatabahasa ialah morfologi dan sintaksis. Permasalahan masih wujud tentang kesalahan penggunaan tatabahasa oleh murid di dalam bilik darjah, sama ada dalam lisan mahupun penulisan.

18