Kreativiti - umexpert.um.edu.my · kreativiti kanak-kanak? Pertama, kanak-kanak penuh dengan...

1
JURNAL IBUBAPA Penulis: Dr. Mohd. Nazri Bin Hj, Abdul Rahman Pensyarah Kanan, Jabatan Pendidikan Psikologi & kaunseling Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya Kuala Lumpur. T iba-tiba, dia berlari mendapatkan kakaknya yang sedang bermain pupet kertas buatan. Sambil meminta-minta ingin membuat lipatan kertas pupet. Seketika kemudian, dia bermain dengan anak kucing Debab, mengusap bulu dan mengacah-acah anak kucing berlari sambil mengejar tali benang yang dipegangnya. Seterusnya, Eiyman mencapai pensel warna, kertas dan mula mewarnai kertas tersebut dengan garisan lakaran demi lakaran yang memenuhi keseluruhan permukaan kertas putih. Apakah ini? Sekarang dia duduk di satu sudut rumah, bermain blok kayu. Membina menara paling tinggi, namun acap kali menara yang dibinanya jatuh. Eiyman nampaknya telah menemui sesuatu: Lebih mudah, permukaan kayu yang besar berada di bawah dan semakin kecil bongkah akan berada di atas. Jadi, dia kembali ke tempat di mana dia bermula iaitu di tepi susunan deretan keretanya, dia mula menyusun bongkah-bongkah kayu membentuk menara-menara tinggi dan seterusnya bermain kereta mainannya melalui di celah-celah menara yang dibinanya.” Menarik bukan? Menyaksikan anak- anak kecil bermain dan melakukan penjelajahan di persekitaran mereka. Apa yang perlu kita tahu tentang dunia kreativiti kanak-kanak? Pertama, kanak-kanak penuh dengan perasaan ingin tahu dan ingin mencuba. Apa yang dilihat, ingin dicuba dan diterokai. Kedua, kanak-kanak ada keinginan untuk terus melakukan sesuatu sehingga jaya. Kanak-kanak sangat kreatif dalam mencari jawapan kepada permasalahan yang timbul daripada rasa ingin tahu mereka. Contohnya, anak-anak kecil mempunyai kemampuan untuk memikirkan bagaimana hendak mendapatkan kereta mainannya yang tercampak jauh di bawah sofa. Atau anak-anak juga berkebolehan untuk memilih bahan- bahan serta warna kertas menarik yang lain dari yang lain untuk menghasilkan topeng atau kapal terbang kertas yang berbeza daripada rakan-rakan lain. Realitinya, anak-anak kecil mempunyai keupayaan semula jadi untuk menghasilkan jawapan kreatif, pendekatan kreatif dan penggunaan bahan kreatif. APAKAH KREATIVITI? Kreativiti adalah cara berfikir dan bertindak atau membuat sesuatu yang unik dan asli (original) bagi individu dan dihargai orang atau orang lain. Dalam bahasa yang mudah kreativiti adalah ‘proses menjadikan sesuatu yang baru’. Ibu bapa yang sentiasa mendampingi anak-anak kecil perlu memahami apakah kreativiti? Ibu bapa juga perlu memiliki kemahiran untuk membantu dan mendorong anak-anak kecil ini untuk mengekspresikan sifat kreatif mereka. Selain itu, ibu bapa juga perlu mempunyai kesedaran bahawa kreativiti merupakan elemen penting dalam perkembangan kanak-kanak di awal usia. Maka, ibu bapa seharusnya dapat mengidenfikasikan kreativiti yang ada dalam diri kanak-kanak dan seterusnya membantu kanak-kanak mengekspresi kreativiti masing-masing. Bagaimana ibu bapa dalam mengembangkan daya kreativiti anak-anak? Bersambung bulan hadapan. JOM, KITA PERHATIKAN ANAK-ANAK YANG BERUSIA TIGA TAHUN ATAU EMPAT TAHUN BERAKSI. “EIYMAN, BERMULA DENGAN BERMAIN KERETA MAINANNYA YANG PELBAGAI WARNA DENGAN MENGELUARKAN PELBAGAI BUNYI SAMBIL MENYUSUN SATU DEMI SATU MEMBENTUK DERETAN KERETA YANG PANJANG. Kreativiti Kembangkan Ekspresi Diri Si Manja 62 HARMONI SEPTEMBER 2018

Transcript of Kreativiti - umexpert.um.edu.my · kreativiti kanak-kanak? Pertama, kanak-kanak penuh dengan...

Page 1: Kreativiti - umexpert.um.edu.my · kreativiti kanak-kanak? Pertama, kanak-kanak penuh dengan perasaan ingin tahu dan ingin mencuba. Apa yang dilihat, ingin dicuba dan diterokai. Kedua,

JURNAL IBUBAPA•Penulis: Dr. Mohd. Nazri Bin Hj, Abdul RahmanPensyarah Kanan, Jabatan Pendidikan Psikologi & kaunselingFakulti Pendidikan, Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Tiba-tiba, dia berlari mendapatkan kakaknya yang sedang bermain pupet kertas buatan. Sambil meminta-minta ingin

membuat lipatan kertas pupet. Seketika kemudian, dia bermain dengan anak kucing Debab, mengusap bulu dan mengacah-acah anak kucing berlari sambil mengejar tali benang yang dipegangnya.

Seterusnya, Eiyman mencapai pensel warna, kertas dan mula mewarnai kertas tersebut dengan garisan lakaran demi lakaran yang memenuhi keseluruhan permukaan kertas putih. Apakah ini? Sekarang dia duduk di satu sudut rumah, bermain blok kayu. Membina menara paling tinggi, namun acap kali menara yang dibinanya jatuh. Eiyman nampaknya telah menemui sesuatu: Lebih mudah, permukaan kayu yang besar berada di bawah dan semakin kecil bongkah akan berada di atas. Jadi, dia kembali ke tempat di mana dia bermula iaitu di tepi susunan deretan keretanya, dia mula menyusun bongkah-bongkah kayu membentuk menara-menara tinggi dan seterusnya bermain kereta mainannya

melalui di celah-celah menara yang dibinanya.”

Menarik bukan? Menyaksikan anak-anak kecil bermain dan melakukan penjelajahan di persekitaran mereka. Apa yang perlu kita tahu tentang dunia kreativiti kanak-kanak?

Pertama, kanak-kanak penuh dengan perasaan ingin tahu dan ingin mencuba. Apa yang dilihat, ingin dicuba dan diterokai.

Kedua, kanak-kanak ada keinginan untuk terus melakukan sesuatu sehingga jaya. Kanak-kanak sangat kreatif dalam mencari jawapan kepada permasalahan yang timbul daripada rasa ingin tahu mereka. Contohnya, anak-anak kecil mempunyai kemampuan untuk memikirkan bagaimana hendak mendapatkan kereta mainannya yang tercampak jauh di bawah sofa. Atau anak-anak juga berkebolehan untuk memilih bahan-bahan serta warna kertas menarik yang lain dari yang lain untuk menghasilkan topeng atau kapal terbang kertas yang berbeza daripada rakan-rakan lain. Realitinya, anak-anak kecil mempunyai keupayaan semula jadi untuk menghasilkan jawapan kreatif,

pendekatan kreatif dan penggunaan bahan kreatif.

APAKAH KREATIVITI? Kreativiti adalah cara berfikir dan

bertindak atau membuat sesuatu yang unik dan asli (original) bagi individu dan dihargai orang atau orang lain. Dalam bahasa yang mudah kreativiti adalah ‘proses menjadikan sesuatu yang baru’. Ibu bapa yang sentiasa mendampingi anak-anak kecil perlu memahami apakah kreativiti? Ibu bapa juga perlu memiliki kemahiran untuk membantu dan mendorong anak-anak kecil ini untuk mengekspresikan sifat kreatif mereka.

Selain itu, ibu bapa juga perlu mempunyai kesedaran bahawa kreativiti merupakan elemen penting dalam perkembangan kanak-kanak di awal usia. Maka, ibu bapa seharusnya dapat mengidenfikasikan kreativiti yang ada dalam diri kanak-kanak dan seterusnya membantu kanak-kanak mengekspresi kreativiti masing-masing. Bagaimana ibu bapa dalam mengembangkan daya kreativiti anak-anak?

Bersambung bulan hadapan.

JOM, KITA PERHATIKAN ANAK-ANAK YANG BERUSIA TIGA TAHUN ATAU EMPAT TAHUN BERAKSI. “EIYMAN, BERMULA DENGAN BERMAIN KERETA MAINANNYA YANG PELBAGAI WARNA DENGAN

MENGELUARKAN PELBAGAI BUNYI SAMBIL MENYUSUN SATU DEMI SATU MEMBENTUK DERETAN KERETA YANG PANJANG.

Kreativiti Kembangkan Ekspresi Diri Si Manja

62 HARMONI SEPTEMBER 2018