Kritikan artikel cabaran dan isu dalam perancangan dan pembangunan kurikulum prasekolahan di...

14
Kritikan artikel : 1.0 Pengenalan Artikel yang dikritik bertajuk cabaran dan isu dalam perancangan dan pembangunan kurikulum prasekolahan di Malaysia yang ditulis oleh Dr. Sharifah Nor Puteh dan Prof Dr. T Subahan Mohd Meerah dari Falkulti pendidikan UKM. Objektif kajian ini adalah untuk memberi penerangan tentang kurikulum dalam Malaysia. Dalam mengenali kurikulum dalam Malaysia, penulis juga membincangkan cabaran dan isu-isu yang terdapat dalam kurikulum Malaysia sebelum KSSR dilaksanakan. Penulis bermula dengan memberikan penerangan tentang pihak yang bertanggungjawab dalam menyelaraskan kurikulum yang ada dalam Malaysia. Walaupun penggubalan kurikulum melibatkan banyak pusat yang berlainan seperti Pusat Perkembangan Kurikulum, Jabatan Pendidikan teknikal (pendidikan teknikal dan vokasional), Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (Pendidikan Islam dan Bahasa Arab), Jabatan Pendidikan Khas (Pendidikan Khas) tetapi keputusan dasar 1

description

kritikan artikel

Transcript of Kritikan artikel cabaran dan isu dalam perancangan dan pembangunan kurikulum prasekolahan di...

Page 1: Kritikan artikel cabaran dan isu dalam perancangan dan pembangunan kurikulum prasekolahan di Malaysia

Kritikan artikel :

1.0 Pengenalan

Artikel yang dikritik bertajuk cabaran dan isu dalam perancangan dan pembangunan

kurikulum prasekolahan di Malaysia yang ditulis oleh Dr. Sharifah Nor Puteh dan Prof

Dr. T Subahan Mohd Meerah dari Falkulti pendidikan UKM. Objektif kajian ini adalah

untuk memberi penerangan tentang kurikulum dalam Malaysia. Dalam mengenali

kurikulum dalam Malaysia, penulis juga membincangkan cabaran dan isu-isu yang

terdapat dalam kurikulum Malaysia sebelum KSSR dilaksanakan.

Penulis bermula dengan memberikan penerangan tentang pihak yang

bertanggungjawab dalam menyelaraskan kurikulum yang ada dalam Malaysia. Walaupun

penggubalan kurikulum melibatkan banyak pusat yang berlainan seperti Pusat

Perkembangan Kurikulum, Jabatan Pendidikan teknikal (pendidikan teknikal dan

vokasional), Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (Pendidikan Islam dan Bahasa Arab),

Jabatan Pendidikan Khas (Pendidikan Khas) tetapi keputusan dasar berkaitan dengan

kurikulum adalah di bawah kuasa Jawatan Kurikulum Pusat (JKP). Perkara berkaitan

dengan dasar dan kewangan diputuskan oleh Jawatankuasa Perancangan Pelajaran (JPP)

dan seterusnya dibincang secara terperinci oleh Jawatankuasa Pelaksanaan Kurikulum

(JPK) untuk pelaksanaan.

Dalam artikel ini juga dibincangkan proses perkembangan kurikulum yang

digunakan oleh KPM iaitu bercorak kitaran. Secara ringkasnya proses penggubalan

kurikulum mengandungi 6 proses, iaitu analisis keperluan, perancangan, pembangunan

1

Page 2: Kritikan artikel cabaran dan isu dalam perancangan dan pembangunan kurikulum prasekolahan di Malaysia

dan pengembangan, kajian rintis, penyebaran dan pelaksanaan serta penyeliaan dan

penilaian. Ini diikuti dengan kajian semula, penyemakan dan reformasi di mana mereka

akan mengkaji kekuatan dan kelemahan kurikulum untuk dibaiki. Penulisan ini juga

berbincang tentang perubahan dan inovasi kurikulum. Lewin dan Stuart (1991)

merumuskan enam pendekatan dalam inovasi kurikulum dalam Asia Timur termasuk

Malaysia. Pendekatan-pendekatan tersebut termasukalah Pendekatan Sistem, Pendekatan

Birokratik, Pendekatan Saintifik, Pendekatan Penyelesaian Masalah, Pendekatan Resapan

dan Pendekatan Karismatik.

Artikel ini juga membincangkan cabaran dan isu-isu dalam kurikulum. Antara

ialah model kitaran perkembangan kurikulum. Penulis menyatakan Malaysia tidak

mempunyai satu jangka masa yang jelas dalam proses pengembangan dan pelaksanaan

sesuatu kurikulum. Terdapat juga pertindihan dalam proses seperti pemantauan,

penyeliaan, penilaian pelaksanaan kurikulum yang menyebabkan pembaziran wang.

Selain itu, pembangunan dan penggubalan kurikulum juga merupakan salah satu cabaran

dalam proses kurikulum ini. Kesesuaian skop dan keperluan kemahiran-kemahiran

khusus merupakan masalah dalam peringkat ini. Di samping itu, peringkat pelaksanaan

juga merupakan salah satu isu dan cabaran yang penting dalam kurikulum negara kita.

Faktor-faktor seperti persekitaran yang berbeza, penolakan perubahan daripada guru,

tekanan peperiksaan awam dan strategi penyebaran yang banyak kelemahan harus

diambil perhatian. Tindak susul perlaksanaan juga mengalami banyak cabaran dalam

kurikulum. Kekurangan bilangan pegawai menyebabkan aktiviti pemantauan tidak dapat

dijalankan dengan sewajarnya. Keputusan yang dbuat secara kolektif juga menjadi satu

2

Page 3: Kritikan artikel cabaran dan isu dalam perancangan dan pembangunan kurikulum prasekolahan di Malaysia

isu dalam pengubalan kurikulum. Perubahan kurikulum memerlukan peruntukan

kewangan, sokongan dan kemudahan daripada pihak yang berwibawa dan terpengaruh.

Kurikulum yang sama juga merupakan salah satu isu di mana ianya tidak dapat

memenuhi keperluan pelajar yang pelbagai. Dari segi penilaian pula, hasil pentaksiran

pencapaian pelajar jarang dimanfaatkan untuk membetulkan kekurangan dalam

pelaksanaan kurikulum berpusat.

Penulis dalam penutupnya berharap pihak yang terlibat perlu menggariskan fokus,

merancang strategi dan pelan pelaksanaan untuk menjadikan kurikulum relevan untuk

masa yang akan datang.

2.0 Kritikan Jurnal

2.1 Kekuatan Jurnal

Antara kekuatan yang terdapat dalam artikel ini ialah penulis artikel telah mendedahkan

kepada pembaca tentang kurikulum yang terdapat dalam Malaysia secara terperinci.

Pembaca juga dapat mengetahui dan memahami isu-isu dan cabaran-cabaran kurikulum

yang dilaksanakan di Malaysia melalui artikel ini dengan baik. Daripada ulasan penulis,

beliau mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang perkembangan kurikulum.

Sebagai contoh, penulis telah membincangkan pusat yang mengendalikan pelbagai

kurikulum pendidikan, peringkat dalam pelaksanan kurikulum dan sejarah perkembangan

KBSR dan KBSM sebelum KSSR diperkenalkan. Artikel ini berinformasi dan sesuai

dengan pembaca yang ingin mendalami kurikulum dalam negara kita serta mendalami

masalah dalam penggubalan kurikulum kepada KSSR pada masa kini.

3

Page 4: Kritikan artikel cabaran dan isu dalam perancangan dan pembangunan kurikulum prasekolahan di Malaysia

Selain itu, kekuatan yang ada pada artikel ini ialah penulis telah mendalami isu

dan masalah kurikulum di Malaysia dan mengupasnya dengan baik. Penulis amat peka

terhadap perubahan dan cara pelaksanaan yang berlaku dalam kurikulum dari peringkat

analisis keperluan kepada proses penilaian. Penulis mempunyai pengetahuan dan fikiran

yang tersendiri untuk mengemukakan pendapat beliau. Dari situ, penulis dapat mengolah

isu-isu yang terdapat dalam kurikulum negara dan cabaran yang berlaku. Contohnya,

penulis dilengkapi dengan pengetahuan tentang masalah dalam kurikulum KBSR. Penulis

dalam artikelnya mengatakan antara masalah yang timbul ialah perubahan yang diubah

secara mendadak tanpa mengikut prosedur proses perkembangan kurikulum yang

sewajaranya dan tindakan ini telah mempengaruhi perancangan, pengembangan dan

pelaksanaan kurikulum.

Cara susunan fakta dan maklumat penulis juga merupakan salah satu kekuatan

dalam artikel ini. Penulis menyusun maklumat beliau dengan menarik di mana tajuk

utama dan sub topik dipisahkan. Perenggan fakta juga penting dalam sesuatu artikel dan

penulis telah membuat yang terbaik dalam memudahkan ayat-ayat dan idea supaya lebih

senang difahami oelh pembaca.

2.2 Kelemahan Jurnal

Kekurangan artikel ini boleh dilihat dari segi sasaran pembaca di mana ianya ditujukan

lebih kepada warga pendidik atau pihak yang berkaitan dalam bidang pendidikan.

Perkara ini boleh dilihat melalui penggunaan istilah dan cara penulisan beliau. Perkara ini

juga membawa kita kepada masalah penggunaan istilah-istilah yang mungkin

4

Page 5: Kritikan artikel cabaran dan isu dalam perancangan dan pembangunan kurikulum prasekolahan di Malaysia

mengelirukan pembaca. Pembaca mungkin terkeliru dengan penggunaan istilah seperti

tall order, grass root, back lash dan singkatan seperti R&D yang mungkin tidak

diketahui oleh sesetengah pembaca artikel ini. Ini berkemungkinan akan menyebabkan

pembaca hilang minat terhadap artikel tersebut kerana pembaca biasaya tidak dilengkapi

dengan ilmu-ilmu tersebut.

Pada pendapat saya, antara kelemahan dalam artikel ini ialah penulis tidak

memberi cadangan yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi. Pada pendapat saya,

selepas mengenalpasti isu dan masalah dalam penggubalan kurikulum, seharusnya dikuti

dengan cadangan kritikal yang boleh digunakan dalam membendung masalah-masalah

tersebut. Penulis seharusnya memberi pendapat beliau dalam menangani masalah atau isu

dalam kurikulum kita pada masa kini.

Di samping itu, antara kelemahan artikel ini ialah penulis tidak menyediakan

kenyataan untuk menyokong hujah beliau. Pembaca mungkin sangsi dengan olahan

penulis kerana tiada sokongan daripada bahan bacaan atau kajian yang lain. Rujukan

penulis juga didapati tidak mencukupi. Dengan memasukkan jurnal, artikel dan kajian

yang lebih banyak sebagai rujukan, artikel ini akan menjadi lebih menyakinkan.

Penulis tidak selitkan data-data sokongan emperikal untuk artikel beliau. Data-

data emperikal seperti dalam isu penolakan perubahan, penulis boleh mengambil statistik

daripada kajian faktor seperti kesesuaian kurikulum dalam sekolah Bandar dan luar

Bandar untuk mengukuhkan hujahan beliau.

5

Page 6: Kritikan artikel cabaran dan isu dalam perancangan dan pembangunan kurikulum prasekolahan di Malaysia

3.0 Perbincangan

Kepentingan kurikulum tidak dinafikan kepentingannya dalam pembangunan pendidikan

Negara kita. Dalam artikel, penulis menulis tentang salah satu isu dalam kurikulum

Malaysia ialah tiada jangka masa yang jelas dalam penyemakan semula KBSR dan

KBSM. Saya bersetuju dengan kenyataan ini kerana KBSR hanya disemak semula pada

2003 dan telah diubah menjadi KSSR. Dengan ini, apabila KSSR diperkenalkan, 3 Fasa

Gelombang Kurikulum Standard Baru dilaksanakan. Semakan semula KSSR pada 2016

dan KSSM pada 2017 telah menunjukkan pihak penggubal mengetahui masalah tersebut

dan membuat perubahan untuk melonjakan lagi sistem pendidikan Negara kita ke arah

kecemerlangan.

Penulis juga mengetengahkan isu dalam proses penggubalan sering berlakunya

dilemma untuk menentukan skop sesuatu kurikulum. Pengubal memasukkan terlalu

banyak perkara dalam kurikulum. Ini bukan sahaja berlaku pada KBSR malah KSSR juga

mengalami masalah yang sama. Contohnya, dalam mata KSSR, kemahiran yang perlu

dikuasai meliputi skop yang lebih luas daripada KBSR seperti kemahiran dalam

teknologi maklumat dan kemahiran-kemahiran untuk menyiapkan diri untuk masa depan.

Sukatan mata pelajaran juga bertambah berbanding dengan KBSR.

Saya juga bersetuju dengan isu-isu yang dikemukakan oleh penulis dalam proses

pelaksanaan. Antara isu yang dikeutarakan ialah persekitaran yang berbeza, penolakan

perubahan, tekanan peperiksaan awam dan strategi penyebaran. Persekitaran yang

berbeza sememangnya dipersetujui oleh semua warga pendidik. Kurikulum yang

6

Page 7: Kritikan artikel cabaran dan isu dalam perancangan dan pembangunan kurikulum prasekolahan di Malaysia

dihasilkan sebahagiannya lebih sesuai dengan sekolah Bandar di mana semua kemudahan

adalah lengkap dan pengetuan awal yang tidak sama bedasarkan kerana latar belakang

murid yang tidak sama. Asraf Mubarak bin Atan (2013) dalam artikelnya telah

menerangkan beban tugas guru dalam pelaksanaan PBS di sekolah kebangsaan bandar

dan luar bandar di daerah Muar . Pelaksanaan PBS menambah tugas guru dalam bidang

pengajaran dan pentaksiran murid. Keadaan yang membebankan ini telah menjadikan

guru menolak perubahan yang berlaku.

Penulis juga telah memasukkan isu kejarangan petaksiran yang dibuat digunakan

untuk membetulkan kekurangan dalam proses penilaian. Pada persepsi saya, saya tidak

menyokong apa yang ditulis ini adalah kerana pentaksiran yang dibuat adalah

berdasarkan kepada kepada penguasaan diri seseorang pelajar. Perubahan dalam sukatan

atau kurikulum tidak akan mempengaruhi tahap penguasaan pelajar itu. Pentaksiran yang

dijalankan adalah susah untuk mengenalpasti dan menentukan kekurangan dalam sukatan

atau kurikulum. Sukatan yang berbeza boleh dihasilkan untuk menangani masalah

perbezaan sekolah dan tempat tetapi ini akan menghasilkan kekeliruan banyak pihak.

Tidak kira bagaimana cara pentaksiran dan sukatan tersebut ditukar, murid tersebut masih

lagi diuji pengetahuan yang dikuasainya dan kita tidak dapat menafikan keperluan untuk

pentaksiran tahap penguasaan pelajar. Contohnya, petaksiran KSSR sekarang dikatakan

tidak ditentukan dengan peperiksaan awam sahaja tetapi digabung dengan pentaksiran

pusat dan pentaksiran sekolah.

7

Page 8: Kritikan artikel cabaran dan isu dalam perancangan dan pembangunan kurikulum prasekolahan di Malaysia

Pada pendapat saya, penulis boleh menambah lagi isu seperti campur tangan

politik dan kekurangan latihan dalaman. Dalam penggubalan kurikulum, parti-parti

politik akan mengutarakan objektif dan polisi mereka dan ini boleh mempengaruhi

banyak pihak dalam perpektif mereka terhadap kurikulum. Kekurangan latihan dalaman

juga merupakan salah satu isu yang penting kerana latihan dalaman yang kurang akan

mengelirukan pendidik dalam menjalankan kurikulum tersebut. Kurikulum yang baru

iaitu KSSR mengalami masalah yang sama di mana pendidik keliru dengan sukatan dan

juga cara pelaksanaan kurikulum.

4.0 Cara penambahbaikan

Berdasarkan kelemahan yang disenaraikan di atas, penulis boleh menyelitkan

glossari dalam penulisan beliau. Ini boleh membantu pembaca dalam memahami artikel

dengan lebih baik dengan merujuk kepada glossari dan tidak perlu meneka maksud

sebenar penulis.

Selain itu, penulis boleh memasukkan data sokongan dalam penulisan beliau

untuk mengukuhkan hujahan beliau. Dengan data-data emperikal yang ditunjukkan,

secara langsungnya pembaca akan melihat dengan jelas statistik perkara tersebut.

Sokongan ataupun petikan yang dipetik daripada kajian atau pembacaan juga boleh

diggunakan dalam penulisan.

Selepas mengetahui masalah dan isu-isu dalam penggubalan kurikulum, penulis

boleh mengutarakan cara untuk mengatasi masalah tersebut dalam bahagian

8

Page 9: Kritikan artikel cabaran dan isu dalam perancangan dan pembangunan kurikulum prasekolahan di Malaysia

perbincangan. Cadangan-cadangan yang diberikan dapat menjadikan artikel penulis lebih

menarik lagi.

5.0 Penutup

Natijahnya, kita tidak menafikan terdapat banyak masalah dan isu yang akan

berlaku dalam penggubalan kurikulum dan ini bukan sahaja berlaku dalam Negara kita

malahan negara lain juga. Cabaran-cabaran ini hanya boleh diatasi jika kesemua pihak

yang terlibat dapat member kerjasama dan bukannya menolak dengan membabi buta,

Sesuatu program atau kurikulum memerlukan masa sebelum ia boleh diterima.

Pendidikan merupakan tulang belakang sesebuah jentera Negara. Dengan adanya

kurikulum pendidikan yang sistematik sesebuah Negara dapat mencapai status Negara

yang maju. Kesimpulannya, artikel ini telah menjelaskan cabaran dan isu dalam

kurikulum denganbaik dan artikel ini amatlah sesuai dibaca oleh pendidik, dan pelajar

kerana ia dipenuhi dengan informasi dan rujukan ilmiash .

6.0 Rujukan:

Asraf Mubarak bin Atan (2013). Beban Tugas Guru Dalam Pelaksanaan PBS di Sekolah Kebangsaan Bandar dan Luar Bandar di Daerah Muar. Muar: Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Lewin, K. & Stuart, J. (1991). Educational Innovation in Developing Countries: Case Studies of Changemakers. London: Macmillan.

Fazliza, Zurida Ismail, Nooraida Yakob (2011). Pelaksanaan Sains KSSR Tahun Satu: Satu Tinjauan Awal. Kuala Lumpur: Universiti Sains Malaysia

9