KRITIKAN JURNAL

11
KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP VEE 3022 TAJUK TUGASAN: KRITIKAN JURNAL NAMA : MOHD ‘ATIQ BIN ABDULLAH NO. MATRIK : D20122062141 PROGRAM : ISMP KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI : FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL PENSYARAH : IR. ASHAH BINTI AB RAHMAN

description

kritikan jurnal

Transcript of KRITIKAN JURNAL

KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUPVEE 3022TAJUK TUGASAN: KRITIKAN JURNAL

NAMA: MOHD ATIQ BIN ABDULLAHNO. MATRIK: D20122062141PROGRAM: ISMP KEMAHIRAN HIDUPFAKULTI: FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONALPENSYARAH: IR. ASHAH BINTI AB RAHMAN

Pendidikan Teknikal Dan VokasionalUntuk Pelajar Berkeperluan Khas.Journal: Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 24, 7387, 2009Pengarang: Lokman Mohd Tahir dan Nurul Qistin MustafaFakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia81310 UTM Skudai, JohorMohd Hanafi Mohd YassinFakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia,43600 Bangi, Selangor

Sumber Jurnalhttp://web.usm.my/education/publication/JPP24_LokmanTahir_73-87.pdfRumusan JurnalJurnal ini dipetik dari laman web http://web.usm.my/education/publication/JPP24 Lokman Tahir 73-87.pdf. Dengan keseluruhan jurnal ini saya dapat merumuskan bahawa pihak yang bertanggungjawab iaitu pensyarah dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) didapati telah menunaikan tanggungjawab mereka untuk melahirkan masyarakat yang berilmu walaupun ada dalam kalangan pelajar mereka dikategorikan sebagai berkeperluan khas.Oleh itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan pensyarah politeknik yang merupakan pembimbing pelajar telah dapat menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pendidik bagi meningkatkan pencapaian dalam kalangan pelajar agar menjadi generasi dan modal insan yang berkualiti untuk tujuan pembangunan negara.Antara rumusan yang dikemukakan dalam bahagian ini ialah:i. Kejayaan pelajar bergantung sepenuhnya kepada peranan institut pendidikan iaitu politeknik. Oleh itu, institut pendidikan politeknik yang telah dikaji memberi maklum balas yang positif iaitu, mereka sanggup menerima pelajar-pelajar berkeperluan khas tanpa ada masalah lain ataupun perasaan yang kurang enak dalam kalangan pengajar. Selain itu, pihak pentadbiran politeknik juga telah menyediakan tenaga pengajar yang mahir terutamanya dalam bidang pendidikan khas.ii. Maklum balas yang diberikan oleh pihak pensyarah juga pada keseluruhannya juga memberi gambaran yang positif iaitu mereka juga telah mempunyai persediaan yang cukup dengan memenuhi ilmu, masa dan kompetensi pengajaran mereka dalam usaha mendidik pelajar-pelajar berkeperluan khas. Sehubungan dengan itu, dapatan daripada hasil kajian juga menunjukkan bahawa pensyarah di politeknik yang terlibat berkomitmen tinggi, berpengetahuan dan berkemahiran dalam usaha membimbing golongan pelajar berkeperluan khas ini untuk cemerlang seiring dengan pelajar lain yang normal. Di samping itu, pensyarah politeknik juga berupaya meningkatkan minat pelajar berkeperluan khas terhadap sesuatu bidang pengajian yang diikuti selain dapat menjalankan tugas mereka sebagai pensyarah dengan lebih berketerampilan dan yakin. Oleh itu, menerusi keputusan hasil kajian ini dapatlah dirumuskan bahawa pengajaran pensyarah dalam perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran sememangnya memberi impak terhadap peningkatan pembelajaran pelajar berkeperluan khas yang menuntut di politeknik yang terdapat di Malaysia.iii. Silibus dalam merangka satu pendidikan adalah asas rujukan bagi seseorang tenaga pengajar dalam menyampaikan ilmu yang mahu diberikan kepada pelajar.Dapatan hasil kajian menunjukkan silibus dan modul yang telah dirangka bersesuaian dengan Pendidikan Teknik dan Vokasional untuk Pelajar Berkeperluan Khas dengan tahap kebolehan dan tahap fizikal untuk pelajar berkeperluan khas ini. Pendekatan yang diketengahkan juga selaras dengan corak dan hala tuju pelajar-pelajar itu sendiri. Modul pembelajaran dan pengajaran yang disediakan oleh pensyarah juga dapat dibangunkan dengan menumpukan kepada kemahiran, aktiviti dan persekitaran yang paling relevan dengan kemampuan pelajar tersebut.iv. Sebagai sebuah institusi pendidikan mempunyai pengaruh besar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dalam bidang teknikal yang kini berperanan membimbing pelajar berkeperluan khas, prasarana dan persekitaran politeknik untuk pelajar berkeperluan khas boleh dipertingkatkan dengan menyediakan asas pembelajaran, fizikal dan sumber rujukan agar dapat merangsang proses pembelajaran. Oleh itu, komitmen dan kerjasama daripada semua warga politeknik diperlukan bagi mengatasi masalah ini sekaligus menjayakan segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar berkeperluan khas di politeknik.

Kritikan JurnalKekuatan JurnalSetelah membaca artikel daripada jurnal ini dapatlah dikatakan bahawa pemilihan responden dalam kalangan pengajar atau pensyarah pendidikan tinggi untuk pelajar-pelajar dengan teknikal khas dengan tugas tertentu kepada peranan mereka ke arah pembentukan sumber tenaga negara adalah berkualiti tinggi. Sebagai contoh penyaluran pengetahuan berguna kepada mereka terutama dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional. Selain itu, keputusan keseluruhan dan keputusan analisis data menunjukkan bahawa penerimaan institut pendidikan tinggi teknikal dan latihan vokasional dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah sederhana tertinggi. Ia juga jelas dalam kemahiran asas yang diperolehi oleh pengajar. Penggunaan ayat yang sesuai dalam jurnal ini memudahkan para pembaca untuk memahami isi kandungan yang terdapat dalam jurnal ini.Ini kerana pengolahan ayat telah disusun mengikut kesesuaian dengan baik dan mengikut turutan yang mudah difahami.Selain itu, penggunaan jadual analisis data memudahkan para pembaca untuk memahaminya kerana jadual yang dibuat berdasarkan fakta yang telah diselidik. Disamping itu, saya juga bersetuju berkenaan dengan faktor-faktor yang menggalakkan pembangunan pencapaian pelajar dengan keperluan khas dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana kajian yang dibuat mendapati bahawa keupayaan politeknik terjejas menyediakan tenaga pengajar yang mahir dalam kursus pendidikan khas terletak pada tahap yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa institusi yang terlibat seperti politeknik di Malaysia mampu untuk menyediakan keperluan asas pembelajaran bagi pelajar-pelajar dengan keperluan khas tanpa mendiskriminasi terhadap hak-hak mereka sebagai seorang pelajar. Dengan itu, kesimpulan kecil yang boleh dinyatakan ialah pengambilan pelajar dengan keperluan khas jelas sesekali tidak mendedahkan sebagai beban kepada pensyarah di politeknik.Di samping itu, kajian itu mendapati bahawa pensyarah juga secara langsung membantu dan mempengaruhi pelajar-pelajar dengan keperluan khas dan membantu mereka mengatasi sikap negatif dalam usaha untuk memupuk keyakinan yang lebih besar kepada pelajar-pelajar dengan keperluan khas untuk berjaya dalam bidang teknikal dan vokasional.Akhir sekali, kesimpulan jurnal ini sangat menarik kerana adanya cadangan yang dimasukkan sekali dalam kesimpulan yang dibuat dan ia sekaligus memudahkan para pembaca untuk membaca jurnal ini.Di samping itu, rujukan yang diperoleh dalam jurnal ini sangat berguna dan tepat serta mudah untuk para pembaca mencari maklumat menerusi rujukan yang telah disediakan.

Kelemahan Jurnal Pada pendapat saya, antara kelemahan yang terdapat dalam jurnal ini ialah jurnal ini perlu meluaskan penyelidikan mereka mengenai keperluan pelajar khas dalam kategori lain seperti buta, dan kehilangan bahagian anggota badan seperti kaki atau lengan. Jika kita merujuk kepada kajian ini, pengarang menekankan hanya kepada pelajar yang menghadapi masalah pekak berbanding pelajar yang mengalami pelbagai jenis kecacatan. Walau bagaimanapun, pelajar berkeperluan khas ini juga tidak semestinya daripada golongan orang kurang upaya kerana ada juga golongan pelajar normal yang memerlukan pembelajaran dan pengajaran khas yang mungkin memerlukan suasana pembelajaran berbeza dengan orang kurang upaya.Selain itu, penulis hanya memilih sebilangan kecil responden untuk melengkapkan kajian ini. Pada pendapat saya, penulis perlu meluaskan bilangan responden sebanyak 50 orang pensyarah dan ke atas di institusi politeknik supaya ia lebih berbeza untuk mendapatkan imej yang lebih jelas dan pemerhatian berkenaan objektif mereka yang harus dicapai. Oleh itu, keputusan haruslah jelas dan mudah difahami oleh pembaca mengenai perkara yang mereka kaji. Kekurangan bilangan responden disebabkan oleh data yang tidak menunjukkan keputusan yang tepat seperti yang dijangkakan. Seperti yang kita maklum, maklumat yang dikongsi melalui pensyarah-pensyarah politeknik tempatan lebih tepat kerana mereka lebih tahu dan biasa mengenai suasana pembelajaran dan pengajaran bagi pelajar berkeperluan khas ini. Oleh sebab itu, penerimaan responden yang banyak adalah memadai untuk mendapatkan hasil kajian yang sempurna supaya dapat berkongsi pendapat dan pandangan yang berbeza daripada seseorang responden.Selain itu, aspek yang dianalisis bukan sahaja termasuk jantina, kaum, peringkat umur, tempoh perkhidmatan dan kursus yang diambil. Sehubungan dengan itu, penulis perlu memperluas aspek mereka seperti nama politeknik, jumlah bilangan pelajar atau pensyarah di politeknik dan lokasi politeknik. Ini kerana aspek-aspek ini akan memberikan maklumat yang lebih berharga berkenaan dengan faktor yang menyebabkan keadaan tertentu boleh berlaku.

BibliografiMohd Dan Yusof. (2007). Pendidikan Khas online bersama Mohd Dan bin Yusof.http://community.my/pendidikankhas http://web.usm.my/education/publication/JPP24_LokmanTahir_73-87.pdfZamri Sahaat. (2007). Faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar khas (cacat pendengaran) dalam mata pelajaran vokasionalSatu tinjauan kes di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Seksyen 17, Shah Alam. Disertasi Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia.Razhiyah K. A. (2005). Menjadi guru Pendidikan Khas. Kuala Lumpur: PTS Distributors & Publisher.