KRL 3033_bab 1

20
KRL 3033 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH TAJUK DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO MATRIK NO. TELEFON MASAYU BINTI BAHARI D 056082 012-2779341 PENSYARAH PENYELIA: PN. ROSMA BT. OSMAN TARIKH: 22 MAC 2014 Sejauh manakah keberkesanan pengajaran bahasa Melayu dengan menggunakan kaedah koperatif dalam mengajar tajuk

description

pjj_upsi

Transcript of KRL 3033_bab 1

KRL 3033KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAHTAJUK

DISEDIAKAN OLEH:

NAMANO MATRIKNO. TELEFON

MASAYU BINTI BAHARID 056082012-2779341

PENSYARAH PENYELIA: PN. ROSMA BT. OSMAN

TARIKH: 22 MAC 2014

Isi Kandungan

Bil Isi kandungan Muka surat

1.0

Bab 1 Pengenalan

1.1 Pendahuluan

1.2 - Latar belakang

1.3 - Pernyataan Masalah

1.4 - Objektif kajian

1.5 - Persoalan Kajian

1.6 - Kepentingan Kajian

1.7 - Batasan Kajian

1.8 - Definisi Istilah

BAB 1 Pengenalan 1.1 Pendahuluan Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara kita. Melalui pembacaan ilmu pengetahuan dapat diperolehi. Sejak kebelakangan ini timbul isu tentang kedaulatan bahasa Melayu dalam kalangan rakyat Malaysia. Masalah penggunaan bahasa Inggeris sebagai pengganti tempat dalam pengajaran mata pelajaran Matematik dan Sains menjadi isu hangat di parlimen sehingga akhirnya baru-baru ini telah diumumkan semula kembalinya penggunaan bahasa Melayu dalam pengajaran mata pelajaran tersebut.

Bahasa Melayu merupakan bahasa perantaraan bagi rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa perpaduan negara ini. Dengan adanya penggunaan satu bahasa sebagai bahasa berkomunikasi perpaduan kaum dapat diperkukuhkan lagi. Oleh itu guru-guru bahasa Melayu berperanan penting dalam usaha untuk mengketengahkan bahasa ini kepada murid-murid khasnya dan masyarakat amnya.1.2 Latar Belakang Kajian Kajian ini adalah untuk menentukan sejauh manakah keberkesanan pengajaran bahasa Melayu dengan menggunakan kaedah koperatif dalam mengajar tajuk karangan jenis fakta untuk murid-murid Tahun 5 Pintar demi meningkatkan pencapaian mereka dalam bahasa Melayu. Kajian ini juga digunakan sebagai pengukur bagaimana kaedah ini boleh memantapkan pencapaian murid dalam bahasa Melayu.

Kajian ini dilakukan ke atas murid-murid di SK Batu Tujuh, Jalan Pahang, Tapah dari kelas Tahun 5 Pintar seramai 50 orang. Murid-murid dari kelas ini datangnya dari keluarga yang berpendidikan sederhana. Kebanyakan daripada mereka hanya mengharapkan pengajaran daripada guru semata-mata. Hasil temuramah yang dibuat terhadap murid-murid didapati kebanyakkan ibu bapa mereka tidak ada masa untuk mengajar anak mereka di rumah. Lebih-lebih lagi pada masa sekarang mata pelajaran bahasa Melayu dianggap tinggi arasnya berbanding semasa ibu bapa mereka di zaman persekolahan dahulu. Banyak istilah-istilah yang tidak difahami oleh mereka.

Daripada pemerhatian pengkaji murid-murid kurang mahir menulis karangan terutamanya karangan yang berbentuk fakta. Lantaran itu pengkaji sebagai seorang pendidik bahasa Melayu merasakan tanggungjawab dalam membantu mereka untuk menguasai kemahiran menulis dalam bahasa Melayu. Dengan itu, pengkaji telah memilih kaedah koperatif untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran yang diajar di bilik darjah.

Proses menulis karangan merupakan kemahiran yang paling sukar untuk dikuasai (Nik Safiah Karim, 2004; Abdul Shukor Shaari, 2001) berbanding dengan kemahiran-kemahiran bahasa yang lain dan banyak orang tidak mahir menulis (Ahmad Khair Mohd. Nor, 2005). Kemahiran mengarang juga dikatakan kemahiran tertinggi dalam peringkat kemahiran bahasa dan paling sinonim dengan mata pelajaran Bahasa Melayu (Nawi Ismail, 2002). Oleh yang demikian, proses menulis memerlukan aktiviti pemikiran iaitu pemikiran sebelum menulis karangan, semasa menulis karangan, dan proses pemikiran yang dialami selepas karangan dihasilkan (Suppiah Nachiappan, 2006). Ismail Ahmad (2004) menegaskan bahawa penulisan adalah aktiviti kognitif yang dilakukan oleh orang yang berilmu serta menekankan penyebaran ilmu. Untuk menguasai tujuan tersebut, pengajaran bahasa memerlukan masa dan peluang yang sesuai bagi menjadikan murid penulis terbaik. Dalam penghasilan penulisan karangan, murid-murid mengalami dua proses iaitu proses dalaman dan proses luaran (Siti Zaleha M. Hashim, 2005). Justeru, proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis seharusnya dilaksanakan dengan berkesan (Roselan Baki, 2003).

Penguasaan kemahiran menulis bukan hanya bergantung kepada bakat semata-mata malah dipengaruhi juga oleh pengajaran menulis yang bersistem dan berkesan (Yahya Othman, 2005; Ahmad Khair Mohd. Nor 2005). Oleh itu, dalam pengajaran kemahiran menulis penguasaan peringkat asas adalah dimulakan dengan huruf, perkataan, ayat dan akhirnya sebuah wacana yang dapat difahami apabila dibaca (Yahya Othman, 2005).Dalam penghasilan sesebuah penulisan, pengarang juga perlu menyampaikan idea secara jelas, tepat, dan berkesan. Pemilihan kata perlu disesuaikan dengan tujuan karangan sama ada untuk tujuan perbahasan, memujuk, memberi pendapat, atat untuk bercerita. Perkembangan isi dan huraian juga dibuat dalam bentuk perenggan yang mencirikan kesatuan sesebuah karangan. Oleh itu, murid perlu mendapat pendedahan dan mengetahui teknik menulis yang baik semasa di bangku sekolah. Penguasaan kemahiran menulis juga dapat membantu memantapkan penggunaan bahasa yang mengandungi nilai estetika seperti yang terdapat dalam penulisan karangan fakta, naratif, sajak, pantun, dan sebagainya. Namun, kegagalan dalam menguasai kemahiran menulis mengakibatkan pelajar sukar hendak menyatakan mesj dalam bentuk tulisan.Kemahiran mengarang mampu dikuasai oleh sesiapa sahaja kiranya terdapat pengubahsuaian kurikulum dan juga penyediaan bahan pengajaran yang sesuai (Faridah Serajul Haq dan rakan-rakan, 2001). Dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran , guru seharusnya memiliki pengetahuan kandungan, pengetahuan am, kemahiran pedagogi dan sikap yang menggalakkan pembelajaran agar pengajaran mereka berkesan (Syed Hamzah, 1994).

Sukatan pelajaran Bahasa Malaysia Semakan (2003), menegaskan bahawa dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu ialah supaya murid dapat menggunakan Bahasa melayu secara berkesan dalam kehidupan seharian. Dalam pengajaran bahasa khususnya penulisan, guru juga perlu mempertimbangkan pelbagai gaya pembelajaran, minat dan kecerdasan yang berbeza antara satu sama lain dalam kalangan murid dengan menggunakan strategi berpusatkan murid.

Kementerian Pelajaran berusaha untuk menerapkan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar dengan memberi penekanan kepada proses kognitif dalam isi pelajaran dan pengetahuan. Proses kognitif seperti yang terkandung dalam kurikulum dikembangkan melalui isi kandungan yang dipelbagaikan dari segi pendekatan, strategi berfikir serta mempunyai kualiti intelek yang tinggi. Dalam konteks pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), guru harus melakukan penerapan nilai murni, dan penggunaan bahan yang merentas pelbagai disiplin ilmu dalam proses pengajaran (Roselan Baki, 2003). Teknik pengajaran guru juga mesti sesuai dengan kebolehan murid dengan mengambil kira penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan kajian masa depan, kecerdasan pelbagai dan konsep konstruktivisme untuk meningkatkan minat murid terhadap pelajaran. Penggunaan pendekatan pembelajaran koperatif merupakan satu daripada ciri pembelajaran konstruktivisme yang membolehkan murid memiliki lebih kemahiran sosial. Pembelajaran secara konstruktivisme juga membolehkan murid memperoleh beberapa kemahiran seperti lebih berfikir, lebih memahami, lebih mengingati, berkeyakinan, berinteraksi dan menyeronokan (Pusat Perkembangan Kurikulum 2001).

Kaedah yang digunakan di dalam kelas menjadi salah satu faktor yang membuatkan murid menjadi pasif dan kurang berinteraksi sesama rakan dalam melakukan tugasan. Oleh itu salah satu teknik yang dapat membantu guru dan murid dalam melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran ialah menggunakan Kaedah Pembelajaran Koperatif (KPK). KPK merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid yang terdiri daripada pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Salvin, 1982).

Sasaran utama adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif iaitu saling bergantunsg antara satu sama lain secara positif, saling berinteraksi secara bersemuka, akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri, kemahiran koperatif, dan pemprosesan kumpulan. Pembelajaran koperatif menjadi popular pada tahun 1980-an keran positifnya terhadap pencapaian iaitu yakin diri, kedinamikan pergaulan antara individu dan motivasi diri (Mahzan Arshad, 2003). Strategi ini juga menegaskan bahawa murid seharusnya tidak dibezakan dengan warna kulit, keturunan, agama, jantina mahupun mental masing-masing (Kamaruddin Tahir, 2005). Semangat kerjasama, tolong-menolong dan bertindak sebagai satu pasukan perlu dibajai dalam diri murid agar menjadikan murid lebih faham, yakin dan seronok untuk belajar (Johnson & Johnson, 1989).1.3. Pernyataan Masalah Bahasa Melayu juga sering dianggap sebagai satu mata pelajaran yang sukar dalam kalangan pelajar Asli. Pemasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran memang tidak dinafikan. Hanya segelintir pelajar sahaja yang dapat menguasai dan mencapai prestasi yang baik dalam bahasa Melayu. Ini adalah kerana kaedah pengajaran yang kurang efektif. Pengajaran dan pembelajaran yang sesuai akan memastikan kemahirannya dapat dikuasai oleh pelajar dengan baik. Justeru itu, pengkaji menganggap bahawa bahasa Melayu boleh menjadi satu mata pelajaran yang mudah dan digemari sekiranya pelajar diajar dengan menggunakan kaedah koperatif.

Pelajar selalu menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran yang diajar di dalam bilik darjah kerana kebanyakkannya telah membina satu konsep dan anggapan yang salah bahawa Bahasa Melayu adalah sukar. Ada juga dalam kalangan pelajar yang tidak tahu apa tujuan sebenarnya mereka belajar Bahasa Melayu, sama ada untuk tujuan peperiksaan semata-mata atau untuk kegunaan penyelesaian masalah harian dalam kehidupan seharian mereka. Mereka sering beranggapan bahawa tidak perlu menguasai Bahasa Melayu dengan baik kerana bahasa pertuturan harian mereka sudah cukup untuk difahami untuk menyampaikan maklumat.

Pelajar yang lemah selalu menghadapi masalah untuk memahami sesuatu kemahiran dalam pengajaran Bahasa Melayu. Perasaan takut dan bosan juga selalu menjadi tabiat, khasnya bagi subjek yang mereka tidak diminati. Perkara seperti ini sering berlaku di dalam bilik darjah. Lantaran itu, untuk mengatasi masalah-masalah di atas, satu kajian dijalankan untuk melihat keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah kooperatif.

Dalam proses penulisan, masalah yang sering dihadapi oleh seseorang ialah untuk memulakan penulisan. Memulakan penulisan bukanlah sekadar persoalan kebolehan semata-mata atau soal pengetahuan tentang sesuatu kerana pakar yang berpengetahuan dan berkemahiran pun turut menghadapi masalah yang serupa (Flower, 1985 dalam Roselan Baki, 2003).Kelemahan dalam menulis karangan adalah salah satu punca murid gagal mencapai keputusan yang baik dalam peringkat Ujian Penilaian Sekolah Rendah, Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) mahupun peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Penguasaan bahasa yang lemah dalam kalangan murid cina menyebabkan pencapaian mereka dalam bidang akademik rendah kerana mereka tidak dapat menyatakan sesuatu dengan baik dan berkesan melalui tulisan. Penutur Bahasa Melayu keturunan cina adalah yang paling banyak menghadapi masalah gangguan bahasa ibunda dan pengaruh dialek tempatan dalam penguasaan bahasa (Abdul Aziz Abd. Talib, 2000). Hal ini disebabkan struktur bahasa cina berbeza dengan Bahasa Melayu.

Selain itu, terdapat juga murid yang lemah dan berada pada tahap minimum dalam penulisan. Murid kurang mampu untuk mengarang dengan naik tanpa bantuan guru. Ini berlaku terutama bagi karangan berbentuk fakta dan karangan berbentuk naratif. Pemeriksaan terhadap beberapa buah buku karangan yang ditulis oleh murid dan dalam ujian di sekolah memperlihatkan bahawa pencapaian dalam penulisan karangan murid-murid tersebut tidak mencapai tahap yang memuaskan. Mereka kekurangan idea untuk menghasilkan karangan. Kemahiran penulisan dalam kalangan murid bukan melayu kurang memuaskan dari segi ejaan, pemilihan kata (diksi), kosa kata, struktur ayat, jenis ayat dan sebagainya.

Kelemahan murid dalam penulisan karangan juga tidak dapat dinafikan dengan kaedah yang digunakan oleh guru semasa mengajar menulis dalam kelas. Kaedah pengajaran yang digunakan dalam kelas menjadi salah satu faktor yang membuatkan murid menjadi pasif dan kurang berinteraksi sesama rakan dalam melakukan tugasan (Roselan Baki, 2003). Cara dan gaya pengajaran guru dalam kelas lebih kepada memberi pendedahan secara menyeluruh tentang sesuatu tajuk dan mengamalkan pendekatan membincangkan isi untuk menghabiskan sukatan pelajaran Tambahan pula, suasana dalam kelas lebih berorentasikan peperiksaan iaitu memberi penekanan kepada pencapaian akademik semata-mata.Kebanyakan guru memainkan peranan utama dalam pengajaran kemahiran penulisan khususnya dalam memberikan isi-isi karangan. Murid-murid kurang dilatih untuk meneroka maklumat sendiri melalui pelbagai bahan sumber. Selalunya guru mengawal dari segi isi, bukan berperanan membantu menyaring dan menyusun maklumat yang telah diterokai oleh mereka. Kawalan begini sebenarnya akan mendorong murid terlalu banyak bergantung kepada guru. Keadaan ini seterusnya menyebabkan murid kurang berkemahiran untuk mengarang.

1.4 Objektif Kajian Kajian ini dijalankan untuk meneliti keberkesanan Kaedah Pembelajaran Koperatif (KPK) dalam pengajaran aspek kemahiran menulis karangan fakta. Objektif kajian secara terperincinya ialah ingin mencapai objektif berikut:-:

1. Untuk mengkaji sikap murid-murid Tahun 5 terhadap Bahasa Melayu selepas diajar dengan menggunakan kaedah koperatif.

2. Untuk mengkaji motivasi murid-murid Tahun 5 terhadap Bahasa Melayu selepas diajar dengan menggunakan kaedah koperatif.

3. Untuk mengkaji keberkesanan kaedah koperatif dalam meningkatkan prestasi murid-murid Tahun 5 dalam penulisan karangan fakta bagi mata pelajaran Bahasa Melayu 1.5 Persoalan Kajian Persoalan kajian merupakan persoalan yang mana jawapannya akan dapat membantu dalam bidang kajian yang dilakukan kelak. Ia juga merupakan suatu pernyataan yang mengenalpasti fenomena kajian yang diselidik. Ia ditulis dalam bentuk soalan. Untuk mencapai tujuan dan objektif kajian, soalan kajian berikut telah digunakan :-1. Apakah kaedah pembelajaran koperatif berkesan untuk mengubah sikap murid-murid Tahun 5 terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu?

2. Apakah kaedah pembelajaran koperatif berkesan untuk mengubah motivasi murid-murid Tahun 5 terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu?

3. Apakah Kaedah koperatif berkesan untuk meningkatkan pencapaian murid dalam penulisan karangan fakta bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5 ?

1.6 Kepentingan Kajian Pembelajaran koperatif di dalam kelas murid-murid dapat mengembangkan minat mereka terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu. Kaedah ini juga telah membantu mereka untuk menumpukan perhatian sepenuhnya dalam menguasai kemahiran Bahasa Melayu yang diajar. Melalui kaedah ini, murid-murid dapat membiasakan diri dalam perbincangan dan mengeluarkan idea-idea dan pendapat bersama. Murid-murid juga dapat membiasakan diri dengan berfikiran terbuka dan kreatif. Komunikasi dalam kumpulan telah melatih mereka menjadi lebih berani dan dapat berinteraksi dengan rakan lain tanpa rasa malu dan segan. Murid-murid dapat meneruskan sesi pembelajaran dengan lebih seronok tanpa bosan. Mereka juga dapat melibatkan diri dengan aktif dalam pembelajaran seterusnya. Ini sudah tentu dapat meningkatkan lagi pencapaian mereka dalam peperiksaan.

Hasil kajian ini juga dapat memberikan maklumat kepada tenaga pengajar untuk menangani masalah dan tanggapan serta pendapat murid terhadap mata pelajaran bahasa Melayu. Disamping itu kajian ini juga dapat merintis jalan untuk menarik minat dan memotivasikan murid-murid terhadap Bahasa Melayu.

Kemahiran menulis memberi peluang kepada murid menyampaian buah fikiran mereka dengan berkesan kepada pembaca (Liew Siew Lin, 2003 dalam Yahya Othman 2005). Sekiranya kemahiran menulis tidak dikuasai sebaik-baiknya, tidak mustahil bahawa walaupun perkembangan teknologi maklumat bergerak dengan pantas, namun kita akan tertinggal tanpa keupayaan menulis yang tinggi, kemahiran dan kepakaran seseorang akan tenggelam kerana tidak dapat disebarkan, dibuktikan dan dikaji (Mahrom Mamat, 2000). Justeru, kajian ini diharap dapat memberi maklumat tentang keberkesanan kemahiran menulis karangan fakta kepada murid, guru-guru dan juga para penyelidik pada masa akan datang.

Hasil kajian ini penting untuk membantu para murid yang mempunyai masalah tidak berminat untuk belajar, prestasi merosot, murid tidak aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan pelajar yang sering menimbulkan masalah disiplin dalam bilik darjah. Oleh demikian, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar di SK Pengkalan Baharu, Kampung Kepayang, Perak dalam penguasaan kemahiran menulis karangan fakta.

Kepada guru-guru Bahasa Melayu, kajian ini mendedahkan kaedah pengajaran koperatif yang boleh dicuba dalam pengajaran menulis karangan Bahasa Melayu. Justeru, kajian ini diharap akan menjadi satu amalan kepada guru-guru Bahasa Melayu dan mencuba kaedah baru dalam pengajaran penulisan. Dengan cara ini, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menjadi lebih menarik.

Kajian ini juga diharap dapat menambah koleksi bahan rujukan tentang penyelidikan yang dijalankan dalam bidang penulisan pada masa akan datang yang boleh dijadikan sumber rujukan kepada para penyelidik. 1.7 Batasan Kajian Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan murid-murid Tahun 5 seramai 50 orang. Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Batu Tujuh, Jalan Pahang, Tapah. Semua aktiviti kajian dilaksanakan di dalam kelas. Kajian ini hanya tertumpu kepada kaedah koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. Pengajaran dan pembelajaran hanya melibatkan satu topik kemahiran iaitu kemahiran menulis karangan fakta. Soalan- soalan ujian diambil daripada topik yang diajar pada masa itu.Namun begitu ada beberapa aspek yang mungkin menjadi penghalang semasa kajian dijalankan. Antaranya ialah:-

1. Motivasi dan minat murid-murid berbeza.

2. Pencapaian murid-murid dalam Bahasa Melayu adalah berbeza.

3. Waktu mata pelajaran Bahasa Melayu berbeza (pagi / tengahari ).

4. Pelajar mungkin mahir dalam kemahiran menulis jika telah mempelajarinya di kelas tambahan.

1.8 Definisi Istilah Kajian ini melibatkan penggunaan beberapa istilah dan konsep yang perlu dijelaskan. Antara istilah dan konsep yang perlu dijelaskan ialah:

a. Keberkesanan pembelajaran Perkataan 'keberkesanan' berasal daripada 'kesan'. Kamus Dewan (2002:663) 'kesan' membawa maksud tanda yang ditinggalkan oleh sesuatu, bekas sama ada kebaikan atau keburukan. Manakala 'keberkesanan' membawa maksud berkesannya sesuatu tindakan atau perbuatan.

Dalam kontek kajian ini 'keberkesanan' bermaksud hasil atau akibat yang terjadi daripada penggunaan kaedah pembelajaran koperatif dalam proses penulisan karangan fakta dalam kalangan murid bukan Melayu.

b. Kaedah Pembelajaran Koperatif Perkataan 'kaedah' mengikut Kamus Dewan (1993:513) bermaksud cara atau aturan membuat sesuatu. Selain itu 'kaedah' merupakan cara keseluruhan mengajar bahasa bagi mencapai tujuan-tujuan yang tertentu melalui prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh satu-satu kaedah itu (Arbak Othman, 1989:13). 'kaedah' juga membawa maksud langkah- langkah dan peringkat-peringkat yang diatur untuk mengajar sesuatu bahasa atau bahagiannya, sesuai dengan pendekatan yang dipegang (Abdullah Hassan, 1996:114).

Manakala Kaedah Pembelajaran Koperatif ialah strategi yang diperkenalkan dalam sistem pembelajaran dalam sistem pembelajaran bestari. Dengan strategi ini, murid-murid digalakkan berdikari dalam meneroka ilmu daripada pelbagai sumber. Kaedah pembelajaran ini membolehkan pelajar heterogen bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai matlamat bersama (Gan, 1999). Hal ini bermakna, pengelompokan murid kepada kumpulan kecil merupakan langkah awal yang mesti dipatuhi oleh seseorang guru dalam pelaksanaan kaedah ini. Langkah seterusnya diserahkan kepada kumpulan -kumpulan murid berkenaan untuk berbincang dan melantik ketua, pencatat, pelopor dan seumpamanya. Aktiviti ini sangat penting kepada murid yang lemah menguasai literasi membaca dan menulis.

Dalam konteks kajian ini, KPK merujuk kepada penggunaan teknik Putaran Giliran dan Meja Bulat. Melalui KPK murid dapat belajar secara bekerjasama untuk mencapai matlamat pembelajaran dalam penulisan karangan.

Teknik Putaran Giliran (Round Robin), setiap ahli dalam kumpulan akan mengutarakan pendapat masing-masing secara lisan mengikut putaran giliran mereka (Kagen, 1994: Zawiyah Abd Shukor, 2001). Matlamatnya adalah untuk memberikan setiap ahli peluang mengemukakan idea masing-masing sambil menerima dan menolak idea yang lain secara diplomasi. Melalui teknik ini berlakulah proses bertukar-tukar idea dan pandangan agar idea yang diperuntukan itu akan menjadi lebih jelas dan bermakna.

Manakala teknik Meja Bulat (Round Table) pula, ahli kumpulan dapat berkongsi maklumat secara bergilir-gilir dalam mencurahkan idea yang dibincangkan. (Kagan, 1994; Zawiah Abd Shukor, 2001). Setiap ahli memerlukan tambahan idea untuk melengkapkan tugasan. Aktiviti berkongsi maklumat ini dapat dilaksanakan oleh ahli dalam kumpulan agar perkara yang dibincangkan itu menghasilkan satu idea yang sangat bermakna. Akhirnya, menerusi teknik tersebut, mereka dapat menguasai kemahiran menulis dengan baik.Menulis karangan adalah menggunakan simbol visual yang berfungsi sebagai komunikasi (Yahya Othman, 2005). Huraian Sukatan Pelajaran (2003) menghuraikan kemahiran menulis sebagai keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang kemas.

Menurut Byrne (dalam Robiah Kulop Hamzah, 1999) penulisan ialah urutan ayat-ayat yang disusun dalam susunan tertentu dan berkait rapat antara satu sama lain dengan cara-cara tertentu. Urutan ini mungkin panjang dan mungkin pendek. Walau bagaimanapun, urutan ayat-ayat ini dapat membentuk satu kesatuan yang jelas maksudnya.

Menulis ialah proses memberikan simbol-simbol grafik bagi melambangkan bahasa dalam menyusun perkataan, rangkaikata, ayat dan seterusnya unit-unit yang lebih panjang mengikut peraturan-peraturan tertentu dengan menunjukkan wacana dan penglahiran idea yang jelas dan tersusun. (Kamarudin Hj. Husin, 1998).

Dalam konteks kajian ini, penyelidik membuat penilaian tentang karangan karangan fakta. Karangan fakta lebih memerlukan pernyataan fakta dan huraian yang mantap. Segala tanggapan yang bertentangan sesuatu isu atau perkara haruslah disokong dengan hujah-hujah dan fakta sebagai pembuktian. Setiap fakta yang dinyatakan perlu diperkuat dengan huraian sokongan yang mengandungi keterangan, contoh, analogi, anekdot atau ungkapan berwibawa (Roselan Baki, 2003). Dalam konteks kajian ini, karangan fakta merujuk kepada suatu tajuk perbincangan atau pendapat yang memerlukan fakta atau hujah-hujah yang konkrit sebagai bukti untuk menyokong pernyataan.Rumusan Berdasarkan pernyataan-pernyataan yang dibincangkan dapatlah disimpulkan bahawa sebelum menjalankan sesuatu kajian kita perlulah menyelidik beberapa perkara terlebih dahulu seperti bidang kajian, sasaran, objektif kajian dan persoalan-persoalan yang perlu diketahui serta beberapa maklumat lain yang perlu terlebih dahulu agar kajian yang akan kita jalankan akan mendapat manfaatnya bersama.Sejauh manakah keberkesanan pengajaran bahasa Melayu dengan

menggunakan kaedah koperatif dalam mengajar tajuk karangan

jenis fakta untuk murid-murid sekolah rendah.