Krm 3073 matematik sekolah rendah

20
\ KOD & NAMA KURSUS KRM 3073 : PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH SEMESTER 1 SESI 2013/2014 KUMPULAN : UPSI16( A131PJJ ) DISEDIAKAN OLEH : NAMA NO. MATRIK NO. TELEFON AMINAH BINTI RAHMAT D20102042743 0179097084 NAMA TUTOR : EN. ZULKAFLI BIN SULAIMAN TARIKH SERAH: 20 OKTOBER 2013 TUGASAN 2 BINCANGKAN EMPAT ISU PENDIDIKAN YANG TIMBUL YANG BOLEH MEMBAWA KEPADA TERHASILNYA KSSR DAN BAGAIMANA MEREALISASIKAN KSSR DALAM PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH

Transcript of Krm 3073 matematik sekolah rendah

Page 1: Krm 3073 matematik sekolah rendah

\

KOD & NAMA KURSUS

KRM 3073 : PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH

SEMESTER 1 SESI 2013/2014

KUMPULAN : UPSI16( A131PJJ )

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA NO. MATRIK NO. TELEFON

AMINAH BINTI RAHMAT

D20102042743

0179097084

NAMA TUTOR : EN. ZULKAFLI BIN SULAIMAN

TARIKH SERAH: 20 OKTOBER 2013

TUGASAN 2

BINCANGKAN EMPAT ISU PENDIDIKAN YANG TIMBUL YANG

BOLEH MEMBAWA KEPADA TERHASILNYA KSSR DAN

BAGAIMANA MEREALISASIKAN KSSR DALAM PENGAJARAN

MATEMATIK SEKOLAH RENDAH

Page 2: Krm 3073 matematik sekolah rendah

PENGENALAN

Sistem pendidikan negara terus mengalami perkembangan merentasi zaman.

Setelah negara mencapai kemerdekaan, Akta Pelajaran 1961 menjadi asas kepada

perlaksanaan pendidikan di negara ini. Pendidikan adalah untuk tujuan perpaduan di

samping untuk membasmi buta huruf rakyat dan melahirkan tenaga kerja mahir untuk

pembangunan negara. Kurikulum dan sistem peperiksaan yang yang sama serta

penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama sistem persekolahan

adalah antara perkara yang diberi penegasan dalam pelaksanaan sistem pendidikan

negara. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran

Kebangsaan yang dikeluarkan pada 1979 telah membawa impak yang besar kepada

senario pendidikan negara sehingga Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

diperkenalkan pada 1982. KBSR memberi penegasan kepada pendidikan asas 3M. KBSR

selepas itu ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah mulai 1993. Apabila

Falsafah Pendidikan Negara (FPN) tersurat pada 1988, orientasi pendidikan adalah

berasaskan kepada FPN (mulai 1996 dikenali FPK). Setelah itu apabila cabaran berubah

akibat daripada perkembangan semasa dan arus globalisasi, Kurikulum Standard Sekolah

Rendah (KSSR) pula diperkenalkan pada 2011. KSSR dilaksanakan di sekolah rendah di

negara ini dengan harapan dapat mendidik seterusnya melahirkan generasi masa hadapan

yang mampu berhadapan dengan cabaran masa hadapan dalam abad ke-21.

ISU YANG MENYEBABKAN PERUBAHAN KBSR KEPADA KSSR

Perubahan arus globalisasi juga telah menyebabkan beberapa pindaan dan

perubahan terhadap Akta Pelajaran dan juga kurikulum pendidikan negara. Misalnya, KLSR

telah ditukarkan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1982 dan

kemudiannya implikasi keperluan kesepaduan dalam mata pelajaran, sekali lagi beberapa

pindaan dalam Akta Pendidikan dibuat menyebabkan KBSR diubah kepada Kurikulum

Bersepadu Sekolah rendah (KBSR).

Terkini, KBSR secara berperingkat-peringkat akan ditukarkan sepenuhnya kepada

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bermula sesi persekolahan pada Januari 2011

yang diperkenalkan kepada murid-murid Tahun Satu. Penggubalan Kurikulum Bersepadu

Sekolah Rendah (KBSR) berhasrat untuk memperkukuhkan kognitif murid dengan nilai-nilai

afektif. Ianya bertujuan supaya masyarakat mempunyai sumber manusia yang berkesan dari

aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Walau bagaimanapun, persekitaran

masyarakat terus berkembang dan ianya menyebabkan timbulnya keperluan baru.

Implikasi Laporan Kabinet 1979 ini penggubalan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

dilaksanakan yang bertujuan untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang terdiri daripada

Page 3: Krm 3073 matematik sekolah rendah

masyarakat majmuk supaya dapat hidup dalam perpaduan yang harmonis. Kurikulum ini

telah mula dilaksanakan di semua sekolah rendah bermula pada tahun 1982 di 305 buah

sekolah rendah dan pada tahun pelaksanaan penuh di semua sekolah rendah seluruh

negara. Perakuan 2(a) Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Perlaksanaan Dasar

Pelajaran dalam Laporan (1979) menyatakan, “Kementerian Pelajaran mengambil langkah-

langkah tertentu supaya pendidikan di peringkat rendah bercorak pendidikan asas dengan

memberikan penegasan kepada pendidikan dalam membaca, menulis, dan mengira (3M)”.

KBSR dibentuk berdasarkan perakuan 57 (a) Laporan Jawatankuasa Kabinet iaitu kurikulum

sekolah rendah hendaklah dirancang bagi membolehkan pelajar mencapai kemahiran dalam

tiga asas iaitu bidang komunikasi, bidang manusia dan alam sekitar dan bidang

perkembangan diri individu sesuai dengan keperluan, minat, bakat dan kemampuan mental

serta kesediaan pelajar ( Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979 ).

Terdapat tiga komponen dalam KBSR. Pertama, komponen komunikasi iaitu

kemahiran asas (membaca, menulis, dan mengira), bahasa, dan matematik. Kedua,

manusia dan alam sekitar terdiri daripada kerohanian, nilai dan sikap, kemanusiaan dan

alam sekitar, pendidikan agama Islam, pendidikan moral dan alam dan manusia. Ketiga,

perkembangan diri individu yang terdiri daripada kesenian dan rekreasi, muzik, pendidikan

seni dan pendidikan jasmani, dan kesihatan. Peringkat sekolah rendah terbahagi kepada

dua tahap. Tahap I iaitu tahun 1 hingga tahun 3 manakala tahap II iaitu tahun 4 hingga

tahun 6. Semua mata pelajaran yang ditawarkan diperingkat ini adalah merupakan pelajaran

„teras‟ iaitu mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh pelajar pada tahap I dan II. Penerapan

nilai-nilai murni melalui sistem pendidikan dalam mata pelajaran yang ditawarkan (nilai murni

merentasi kurikulum) juga diperkenalkan (Abdullah Sani, 2005: 174-175). Ringkasnya,

berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979, peranan pendidikan tidak lagi hanya

ditumpukan kepada perpaduan negara dan pengeluaran sumber tenaga manusia, tetapi

pendidikan turut ditumpukan kepada pembentukan keperibadian insan selaras dengan

pembangunan kemanusiaan.

Walau bagaimanapun, setelah 10 tahun pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah

Rendah, semakan semula dilaksanakan dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

diperkenalkan pada tahun 1993 yang mendukung cita-cita murni dan unggul selaras dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Dasar Pendidikan dan Wawasan 2020, globalisasi dan

pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) diperkenalkan. Draf baharu Sukatan

Pelajaran Tahun 1 disediakan pada November 1992 dan mula dilaksanakan di beberapa

buah sekolah sebagai percubaan seterusnya dilaksanakan sepenuhnya pada Disember

1994. Penekanan utama dalam KBSR (1993) yang baharu ini ialah konsep bersepadu yang

terdiri dariapada unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud

kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Kurikulum ini juga merangkumi

Page 4: Krm 3073 matematik sekolah rendah

aspek teori dan amali serta nilai murni bagi melahirkan insan yang seimbang. Pembelajaran

dibilik darjah diperkukuhkan melalui aktiviti kokurikulum.

Semakan semula pada KBSR (1999) telah dibuat pada tahun 2002 implikasi

daripada Dasar Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam

Bahasa Inggeris.Dasar ini digubal berasaskan hakikat bahawa Sains dan Matematik adalah

bidang ilmu yang sangat dinamik dengan pelbagai penemuan baru dan sebahagian besar

maklumat yang berkaitan dengannya terdapat dalam Bahasa Inggeris. Matlamat akhir dasar

ini adalah membolehkan murid mengakses maklumat yang berkaitan melalui pelbagai media

supaya mereka mampu menguasai ilmu Sains dan Matematik dan lebih berdaya saing di

peringkat antarabangsa di samping melahirkan generasi yang kukuh dalam penggunaan

bahasa Inggeris(Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 11/2002). Dengan berlandaskan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan dan mengekalkan prinsip KBSR, penambahbaikan dilakukan

kepada reka bentuk, organisasi, pedagogi, penegasan kurikulum, peruntukan masa dan

pengurusan kurikulum untuk membangunkan KSSR.

KSSR digubal berasaskan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.

Standard Kandungan ialah pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui

dan boleh dilakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan,

kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau indikator

kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

Penekanan adalah elemen yang berorientasikan kreativiti dan inovasi,

keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi. Terdapat empat prinsip dalam KSSR

iaitu pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan yang

sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR digubal berdasarkan

standard adalah mengambil kira beberapa faktor seperti memastikan semua murid melepasi

standard yang ditetapkan, penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan

jelas, mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning), mengatasi

masalah murid keciciran dalam pembelajaran dan pelaksanaan pentaksiran berasaskan

sekolah. Berbanding dengan KBSR, seseorang guru akan dibekalkan dengan Sukatan

Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang dilengkapi dengan Pemetaan Huraian

Sukatan Pelajaran, sebagai panduan untuk menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan

dan Rancangan Pengajaran Harian di peringkat sekolah. Murid – murid pula dibekalkan

dengan buku teks.

Manakala KSSR pula, guru-guru akan menggunakan Dokumen Standard yang terdiri

daripada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran, Modul Pengajaran turut

disediakan sebagai panduan untuk guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran serta

Modul Pembelajaran adalah bahan pembelajaran untuk murid bagi menggantikan buku teks.

Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu

Page 5: Krm 3073 matematik sekolah rendah

tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Satu

penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur

bagi setiap standard kandungan.

KSSR diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah

khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Pendekatan teknik pengajaran dan

pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan

dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar

dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan. Pelbagai

penambahbaikan yang terkandung dalam KSSR hasil daripada KBSR yang telah sedia ada.

Penambahbaikan tersebut ialah dengan menambahkan elemen kreativiti dan inovasi di

dalam kurikulum, corak pengajaran dan proses pembelajaran serta sistem penilaian perlu

diterapkan dalam pendidikan negara bagi menghasilkan modal insan yang berdayasaing.

Fokus utama KSSR ialah kemahiran asas ICT, perkembangan fizikal, kognitif, sikap dan nilai

bagi Tahap 1 manakala Tahap II, penekanan kurikulum diberikan kepada pengukuhan dan

aplikasi kemahiran 4M serta menguasai kemahiran yang lebih kompleks,perkembangan

fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Pengajaran dan pembelajaran adalah berasaskan bidang

ilmu seperti yang terangkum dalam 6 tunjang kurikulum.

Berdasarkan temubual dan soal selidik dengan rakan-rakan yang lebih senior dalam

dunia pendidikan, rata-rata mereka berpendapat bahawa transformasi ini banyak membawa

kepada pembaharuan dan penambahbaikan terutamanya dalam pelajaran murid-murid.

Walaupun begitu, sedikit rungutan juga kedengaran daripada guru-guru. Ini kerana beban

guru semakin bertambah ekoran daripada transformasi ini. Guru-guru juga perlu mempunyai

pemikiran yang lebih kreatif dan inovasi. Namun begitu, semua guru perlu menyahut

cabaran yang diberi demi kejayaan anak-anak bangsa.

Perubahan dalam arus globalisasi memerlukan perubahan yang seimbang dalam

kurikulum pendidikan di negara ini. Ia bertujuan agar murid-murid yang menjadi pelapis

generasi akan datang tidak ketinggalan dalam arus pemodenan dunia. Sehubungan dengan

itu,penambahbaikan dalam KBSR telah dilakukan dalam sistem pendidikan negara dengan

mewujudkan KSSR secara berperingkat-peringkat dengan harapan dapat memenuhi

aspirasi negara ke arah negara maju.

Dalam abad ke-21, perkembangan pesar dalam bidang sains dan teknologi

khususnya dalam bidang ICT banyak membawa kepada perubahan. Kesannya ialah kepada

globalisasi. Cabaran di peringkat global sifatnya berubah dari semasa ke semasa. Oleh

yang demikian kurikulum sekolah perlu selaras dengan perkembang tersebut. Kurikulum

kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa

relevan dengan perkembang semasa bagi melahirkan modal insan seimbang yang mampu

berdepan dengan cabaran semasa dan cabaran masa hadapan (KPM, 2010). Ucapan dasar

Page 6: Krm 3073 matematik sekolah rendah

Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam perhimpunan Agung UMNO 2006 juga meminta

supaya sistem pendidikan Malaysia memberi penekanan kepada pembangunan modal

insan; penghasilan pelajar celik minda; pembentukan warga yang menguasai ilmu,

kemahiran dan maklumat; dan program membangunkan akal manusia dalam melahirkan

insan ulul al-bab. Sehubungan dengan itu, mulai 2011 Kurikulum Bersepadu Sekolah

Rendah (KBSR) telah ditransformasikan kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah

(KSSR). Transformasi tersebut merupakan pengukuhan dan penambahbaikan kepada

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi,

kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan

kurikulum di sekolah.

Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan

potensi murid secara menyeluruh, seimbang, dan bersepadu sebagaimana yang ternyata

dalam FPK. Perkembangan potensi ini meliputi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani dan

intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Untuk

mencapai matlamat ini, satu bentuk pendidikan yang bersifat holistik perlu diperkasa untuk

memenuhi tuntutan pendidikan serta menangani cabaran kehidupan masa kini dan masa

depan. KBSR terus mengalami perubahan dan mulai tahun 2011 Kurikulum Standard

Sekolah Rendah (KSSR) dilaksanakan ke atas semua murid Tahun 1. KBSR terus

mengalami perubahan dan mulai tahun 2011 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

dilaksanakan ke atas semua murid Tahun 1.

MATLAMAT KSSR

Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk melahirkan insan yang

seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi; sains dan

teknologi; perkembangan fizikal dan estetika; keterampilan diri; kemanusian; dan

kerohanian, sikap dan nilai. KSSR adalah berasaskan FPK dan Dasar Pendidikan

Kebangsaan (DPK) di samping mengambil kira cabaran dalam abad ke-21, Model baru

Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak

pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui, belajar untuk bertindak, belajar untuk

hidup bersama dan belajar untuk membentuk peribadi. Diharapkan agar murid-murid yang

mengikuti KSSR akam mempunyai asas-asas untuk menjadi insan yang seimbang dari segi

intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial; warganegara yang bertanggungjawab; global

player; dan pekerja berilmu. Selain itu, tujuan pendidikan di sekolah rendah adalah untuk

melatih murid-murid supaya mempunayi sikap ingin tahu, suka berfikir dan rajin untuk terus

belajar. Murid-murid perlu berusaha mencari pengetahuan sendiri daripada pelbagai sumber

Page 7: Krm 3073 matematik sekolah rendah

seperti daripada guru, rakan, sumber-sumber di sekeliling mereka seperti buku, internet dan

sebagainya.

MATEMATIK KSSR

Secara umumnya, penentuan sesuatu mata pelajaran bergantung kepada reka

bentuk kurikulum yang ditetapkan. Reka Bentuk sesuatu kurikulum pula bergantung kepada

banyak faktor yang menjadi asasnya seperti falsafah pendidikan, politik sesebuah negara,

sejarah, keadaan sosial serta budaya, aliran semasa dan banyak lagi. Umpamanya dalam

era globalisasi, kurikulum yang dibentuk bersifat ke arah menyediakan global education

expertise selain insan ulul al-bab. Dalam konteks Malaysia secara khususnya mata

pelajaran yang diajar di sekolah rendah adalah ke arah mencapai matlamat KBSR atau

KSSR seterusnya mencapai hasrat yang terkandung dalam FPK.

Selain itu, kandungan sera penyampaian sesuatu mata pelajaran adalah bersasakan

senario yang dapat dilihat daripada aliran pembangunan dan kemajuan ekonomi, sosial,

politik dan teknologi masa kini dan akan datang. Mengikut UNESCO, penetuan sesuatu

mata pelajaran berasaskan empat tonggak utama iaitu:-

Belajar untuk mengetahui (learning to know)

Belajar untuk bertindak (learning to do)

Belajar untuk membentuk peribadi (lening to be)

Belajar untuk hidup bersama (learning to live together)

Sesuatu mata pelajaran yang ditetapkan juga perlu dapat memberi peluang bagi mengisi

dua keperluan utama iaitu keperluan individu (dimensi intrinsik) dan keperluan sosial

(dimensi instrumental) yang selaras dengan konsep al-ulum insaniah dan al-ulum kauniyah.

Pembelajaran Matematik dalam KSSR adalah untuk membina kefahaman murid

tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan dan memahami idea matematik

yang mudah, serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran tersebut secara berkesan

(BPK, 2010). Melalui Matematik diharap murid dapat mengaplikasikan pengetahuan tersebut

dalam kehidupan harian mereka, bermula daripada permasalahan yang mudah kepada

permasalahan yang lebih kompleks. Di Tahap 1 pembelajaran Matematik adalah berfokus

kepada penguasaan kefahaman, kemahiran matematik dan aplikasi asas; serta penguasaan

numerasi. Manakala di Tahap 2 pembelajaran Matematik adalah berfokus kepada

penguasaan kefahaman, kemahiran matematik dan aplikasi yang lebih kompleks. Lima

modul yang diguna pakai untuk pembelajaran Matematik dalam KSSR ialah modul Nombor

Page 8: Krm 3073 matematik sekolah rendah

dan Operasi; Modul Pengukuran; Modul Bentuk dan Ruang; Modul Pengendalian Data; dan

Modul Statistik.

KSSR DIREALISASIKAN DALAM PENGAJARAAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH

Matematik merupakan wadah terbaik untuk mengembangkan profisiensi intelektual

individu dalam membuat penakulan logik, visualisasi ruang, analisis dan pemikiran abstrak.

Murid mengembangkan kemahiran numerasi, penaakulan, cara berfikir dan menyelesaikan

masalah melalui pembelajaran dan aplikasi matematik.

Pembelajaran Matematik menyediakan peluang untuk murid melaksanakan tugasan

kreatif dan mengalami keseronokan dan teruja apabila mengetahui sesuatu yang baru.

Pengalaman sedemikian meningkatkan minat dan menjadi daya penggerak murid

mempelajari matematik diluar bilik darjah dan diperingkat pengajian yang lebih tinggi.

Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi matapelajaran Matematik

adalah untuk membina pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas

pengiraan, memahami idea matematik yang mudah dan berketrampilan mengaplikasikan

pengetahuan serta kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab dalam

kehidupan seharian.

Proses pengajaran dan pembelajaran matematik memberi keutamaan kepada

penguasaan pengetahuan dan pemahaman bagi membolehkan murid mengaplikasikan

konsep, prinsip dan proses matematik yang dipelajari. Penekanan kepada aspek

perkembangan pemikiran murid secara matematik dibina dan dikembangkan melalui proses

pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah berdasarkan prinsip berikut iaitu

penyelesaian masalah, komunikasi, penaakulan, perkaitan, membuat perwakilan dan

penggunaan teknologi dalam matematik.

Standard Kurikulum dibina berasaskan kepada enam tunjang iaitu Komunikasi;

Kerohanian; Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Ketrampilan Diri; Perkembangan Fizikal dan

Estetika; serta Sains, Matematik dan Teknologi. Enam tunjang tersebut merupakan domain

utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis,

kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan untuk membangunkan modal insan yang

seimbang, berpengetahuan dan berketerampilan.

Pengajaran dan pembelajaran matematik perlu menjadi lebih holistik supaya unsur

inovasi dan kreativiti terdapat pada setiap kegiatan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,

pengajaran dan pembelajaran matematik perlu menghasilkan pembelajaran yang mendalam

(deep learning). Subjek Matematik adalah merupakan satu mata pelajaran yang sangat

Page 9: Krm 3073 matematik sekolah rendah

penting untuk dipelajari. Melalui Matematik kita mampu untuk mempelajari yang betul dalam

pengiraan. Ini kerana Matematik sentiasa berada di sekeliling kita dan banyak perkara

dalam kehidupan ini menggunakan matematik. Matematik merupakan antara subjek yang

sangat penting dan unik, kerana ilmu yang kita dapat pelajari di kelas dapat diaplikasikan

dalam kehidupan yang sebenar. Selain daripada itu, ilmu matematik dapat membantu kita

untuk berfikir secara logik, efisen dan bersistematik dalam kehidupan harian. Terdapat

beberapa aspek atau tonggak yang perlu diterapkan dalam bidang matematik untuk

menyempurnakan lagi supaya ilmu yang akan dipelajari dapat difahami secara lebih holistik.

5 TONGGAK

MATEMATIK

Tonggak kedua

Komunikasi dalam

matematik

Tonggak pertama

Penyelesaian masalah

dalam matematik

Tonggak ketiga

Penaakulan matematik

Tonggak keempat

Perkaitan matematik

Tonggak kelima

Aplikasi teknologi

Page 10: Krm 3073 matematik sekolah rendah

Tonggak pertama - Penyelesaian masalah dalam matematik

Untuk mempertingkatkan pemikiran murid yang analitis dan kreatif, penyelesaian

masalah merupakan satu aspek penting yang perlu diserapkan dalm pengajaran dan

pembelajaran matematik. Penyelesaian masalah yang dikemukakan hendaklah bersesuaian

dengan tahap murid. Di samping itu, murid juga digalakkan untuk berkomunikasi dan berani

membuat keputusan.

Penyelesaian masalah merupakan fokus utama dalam pengajaran dan pembelajaran

matematik. Justeru, pengajaran dan pembelajaran perlu melibatkan kemahiran penyelesaian

masalah secara komprehensif dan merentasi keseluruhan kurikulum. Perkembangan

kemahiran penyelesaian masalah perlu diberi penenkanan sewajarnya supaya murid dapat

menyelesaikan pelbagai masalah secara berkesan. Kemahiran ini melibatkan langkah-

langkah seperti berikut:

Memahami dan mentafsir masalah.

Merancang strategi penyelesaian.

Melaksanakan strategi.

Menyemak smula penyelesaian.

Kepelbagaian penggunaan strategi umum dalam penyelesaiannya harus diperluaskan

lagi penggunaannya dalam mata pelajaran ini. Dalam menjalankan aktiviti pembelajaran

untuk membina kemahiran penyelesaian masalah ini, perkenalkan masalah yang

berasaskan aktiviti manusia. Melalui aktiviti ini murid dapat menggunakan matematik apabila

berdepan dengan situasi yang baru dan dapat memperkukuhkan diri apabila berdepan

dengan pelbagai situasi harian yang lebih mencabar.

Penyelesaian masalah adalah satu wacana yang telah lama diamalkan dalam kurikulum

pendidikan matematik asas bagi menggalakkan pemikiran yang inovatif dan kreatif. George

Polya (sekitar 1945) adalah antara pelopor penyelesaian masalah matematik. Beliau

mencadangkan supaya penyelesaian masalah bukan sahaja sebagai suatu pendekatan

penyelesaian bagi sesuatu masalah tetapi juga sebagai suatu kaedah pengajaran dan

pembelajaran. Masalah merupakan satu kenyataan, keadaan atau situasi dalam kehidupan

seharian yang memerlukan kepada penyelesaian. Manakala penyelesaian masalah

merupakan proses yang digunakan untuk mencari jawapan kepada sesuatu kenyataan atau

soalan dengan menggunakan strategi yang tertentu. Perkembangan kemahiran

penyelesaian masalah perlu diberi penekanan sewajarnya dan menjadi fokus utama bagi

kurikulum matematik supaya murid dapat menyelesaikan pelbagai masalah berasaskan

Page 11: Krm 3073 matematik sekolah rendah

kepada persekitaran dan pengalaman sebenar secara berkesan. Selain itu, murid dapat

mengaplikasi dan mengadaptasi berbagai strategi yang sesuai untuk menyelesaikan

masalah baharu. Seterusnya, murid dapat memperkukuhkan diri apabila berdepan dengan

pelbagai situasi harian yang mencabar. Proses pengajaran dan pembelajaran perlu

melibatkan kemahiran penyelesaian masalah secara komprehensif dan merentasi

keseluruhan kurikulum. Kemahiran ini melibatkan langkah-langkah memahami dan

mentafsirkan masalah, merancang strategi penyelesaian, melaksanakan strategi dan

menyemak semula penyelesaian. Antara strategi penyelesaian yang berkesan adalah

seperti mencuba kes lebih mudah, cuba jaya, melukis gambar rajah, mengenal pasti pola,

membuat jadual bersistem, membuat lakonan, dan membuat analogi.

Sebagai contoh dalam topik ukuran panjang iaitu ukuran dan penganggaran, guru boleh

mengaplikasikan tonggak ini dengan memberikan murid-murid objek-objek untuk diukur

seperti buku tulis, kotak pensil dan pen. Objek-objek ini akan diukur dengan menggunakan

alat pengukur bukan piawai seperti batang mancis. Sebelum murid menyelesaikan masalah,

murid terlebih dahulu perlu mentafsir masalah iaitu dengan membuat anggaran berapakah

batang mancis yang diperlukan bagi menyamai panjang buku tulis tersebut. Murid akan

merancang strategi untuk mengukur buku tulis dengan hanya membuat anggaran seperti

menyatakan bahawa tujuh batang mancis menyamai dengan panjang buku tulis tersebut

dan seterusnya melaksanakan strategi yang dirancang. Akhir sekali, murid perlu menyemak

semula jawapan dengan mengukur panjang buku tulis tersebut dengan batang mancis.

Setelah ukuran dilakukan, murid akan mendapat jawapan yang tepat. Selain itu, murid-murid

juga boleh menyelesaikan masalah ukuran dengan menggunakan ukuran seperti jengkal,

hasta dan depa.

Tonggak kedua – Komunikasi dalam Matematik

Tonggak yang seterusnya ialah “Komunikasi dalam Matematik”. Komunikasi tentang

idea matematik dapat membantu murid menjelaskan dan memperkukuhkan pemahaman

matematik. Perkongsian pemahaman matematik secara penulisan dan lisan dengan rakan

sekelas, guru dan ibu bapa, murid akan dapat meningkatkan keyakinan diri dan

memudahkan guru memantau perkembangan kemahiran matematik mereka.

Komunikasi memainkan peranan yang penting dalam memastikan pembelajaran

matematik yang bermakna. Melalui komunikasi, idea matematik dapat diluahkan dan

difahami dengan lebih baik. Komunikasi secara matematik, sama ada secara lisan,

penulisan atau menggunakan simbol dan perwakilan visual (dengan menggunakan carta,

graf, gambar rajah dan lain-lain), dapat membantu murid memahami dan mengaplikasikan

matematik dengan lebih efektif.

Page 12: Krm 3073 matematik sekolah rendah

Komunikasi ini boleh diwujudkan dalam pelbagai persekitaran yang mana murid

boleh menghubungkait media yang berbeza iaitu antara bahan-bahan fizikal, gambar-

gambar dan rajah, bagi menjelaskan idea matematik. Komunikasi merupakan salah satu

cara untuk menjelaskan konsep Matematik. Apabila komunikasi yang berkesan dicapai,

murid-murid dapat memperkukuhkan kefahaman dan pengetahuan matematik mereka

dengan lebih mendalam. Murid-murid juga akan menjadi lebih mahir dalam aktiviti

penyelesaian masalah. Seterusnya, murid boleh menerangkan konsep dan kemahiran serta

kaedah penyelesaiannya kepada rakan atau guru mereka.

Berkomunikasi sesama sendiri atau dengan rakan sebaya, ibu bapa, orang dewasa

dan guru dapat membantu murid menggambarkan, menjelaskan dan memperkukuhkan idea

dan pemahaman matematik mereka. Bagi memastikan berlakunya proses penjanaan,

perkongsian dan peningkatan pemahaman, murid perlu diberi peluang untuk membahaskan

idea matematik mereka secara analitis dan sistematik. Komunikasi yang melibatkan

pelbagai perspektif dan sudut pendapat membentu murid meningkatkan pemahaman

matematik dengan lebih baik.

Aspek yang penting dalam komunikasi berkesan dalam matematik adalah

keupayaan untuk memberikan penerangan dengan efektif dan memahami dan

mengaplikasikan notasi matematik dengan betul. Murid perlu menggunakan laras bahasa

dan simbol dengan matematik dengan betul bagi memastikan sesuatu idea matematik dapat

dijelaskan dengan tepat. Komunikasi secara matematik juga melibatkan penggunaan

pelbagai media seperti carta, graf, manipulatif, kalkulator, komputer dan lain-lain. Murid

seharusnya dapat diberi peluang oleh guru untuk menggunakan media yang berbeza bagi

menjelaskan idea matematik dan menyelesaikan masalah matemtik.

Dalam kelas Matematik, komunikasi dapat dipupuk melalui proses mendengar.

Murid-murid mampu bertindak balas terhadap apa yang didengar menerusi penerangan

guru. Seterusnya murid akan berfikir menggunakan pengetahuan Matematik mereka untuk

membuat keputusan. Selain itu, komunikasi dalam Matematik dapat dipupuk melalui proses

membaca. Hal ini berlaku apabila murid-murid berjaya mengumpul maklumat, menyusun

dan membuat hubungkait antara idea dan konsep melalui bahan bacaan mereka. Selain itu,

komunikasi dalam Matematik juga mampu dipupuk melalui aktiviti penulisan. Komunikasi ini

berlaku apabila murid-murid membuat latihan pada lembaran kerja, buku aktiviti mahupun di

papan tulis. Komunikasi dalam Matematik juga boleh dipupuk melalui aktiviti komunikasi

verbal. Ini adalah melalui aktiviti perbincangan dalam kumpulan dan soal jawab semasa sesi

penerangan guru.

Page 13: Krm 3073 matematik sekolah rendah

Pada pendapat saya, tonggak kedua ini paling mudah diaplikasikan dalam

pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam topik ukuran panjang dan penganggaran.

Guru boleh melakukan aktiviti soal jawab, kuiz, teka teki dan bercerita. Dengan adanya

komunikasi dalam menyampaikan sesuatu maklumat, maklumat tersebut akan lebih

difahami. Guru boleh mengaplikasikan tonggak ini di peringkat set induksi dan peringkat

perkembangan. Guru perlu menarik minat murid dengan bercerita atau bersoaljawab

mengenai perbandingan ukuran objek-objek yang terdapat di dalam kelas. Sebagai contoh,

guru menyoal murid-murid ukuran objek yang manakah paling panjang samaada meja tulis

atau batang penyapu. Murid-murid akan memberikan jawapan anggaran mereka. Selepas

itu guru akan mengeluarkan ukuran bukan piawai seperti batu bata, buku tulis dan batang

lidi. Guru menerangkan bahawa panjang sesuatu objek boleh juga diketahui dengan

menganggarnya menggunakan ukuran bukan piawai. Sebagai contoh, anggaran panjang

sebuah meja tulis adalah bersamaan dengan empat biji batu bata atau bersamaan dengan

lima buah buku tulis. Guru juga perlu menerangkan bahawa alat untuk mengukur sesuatu

objek perlulah mempunyai saiz atau ukuran yang sama panjang. Dengan adanya

komunikasi dalam matematik, maka matapelajaran ini lebih menarik dan mudah difahami.

Penilaian terhadap keupayaan murid untuk berkomunikasi secara matematik dengan

berkesan perlu menunjukan bukti bahawa murid dapat menjana, menjelaskan dan berkongsi

idea matematik melalui pelbagai bentuk komunikasi dalam pelbagai persekitaran. Murid

yang sentiasa diberi peluang dan galakan untuk bercakap, membaca, menulis dan

mendengar semasa pengajaran dan pembelajaran matematik, akan dapat berkomunikasi

untuk mempelajari matematik dan belajar untuk berkomunikasi secara matematik.

Tonggak ketiga – Penaakulan Matematik

Penakulan merupakan asas penting untuk memahami matematik dengan lebih

berkesan dan menjadikan pengertian tentang matemati lebih bermakna. Perkembangan

penaakulan matematik berkait rapat dengan perkembangan intelek dan komunikasi murid.

Penaakulan berupaya mengembangkan bukan sahaja kapisiti pemikiran logikal malah turut

meningkatkan kapisiti pemikiran kritis pemikiran logikal malah turut meningkatkan kapisiti

pemikiran kritis yang merupakan asas kepada pemahaman matematik secara mendalam

dan bermakna. Bagi mencaapai objektif ini, murid harus dilatih dan dibimbing untuk

membuat konjektur, membuktikan konjektur, memberi peneranagn logikal, menganalisa,

membuat pertimbangan, menilai dan memberi justifikasi terhadap semua aktiviti matematik.

Selain itu, guru perlu menyediakan ruang dan peluang untuk perbincangan matematik yang

bukan sahaja engaging tetapi membolehkan setiap murid terlibat dengaan baik.

Penaakulan boleh dilakukan secara induktif melalui aktiviti metematik yang melibatkan

pengenalpastian pola dan membuat kesimpulan berdasarkan pola tersebut.

Page 14: Krm 3073 matematik sekolah rendah

Elemen penaakulan dalam pengajaran dan pembelajaran mengelakkan murid dari

menganggap matematik sebagai hanya satu set prosedur atau algoritma yang eprlu diikuti

bagi mendapatkan penyelesaian, tanpa memahami konsep matematik yang sebenar.

Penaakulan bukan sahaja mengubah paradigma murid dari sekadar belajar kepada berfikir,

malah memberi pengupayaan intelektual apabila murid dibimbing dan dilatih untuk membuat

konjektur, membuktikan konjektur, memberikan penerangan logikal, menganalisa, menilai

dan memberi justifikasi terhadap semua aktiviti matematik. Latihan sedemikin membentuk

murid yang yakin dengan diri sendiri dan tabah selaras dengan hasrat untuk membentuk

pemikir matematik yang berkeupayaan.

Penaakulan matematik adalah antara amalan kognitif dalam P&P matematik.

Penaakulan merupakan suatu proses membuat penekaan dalam menentukan sesuatu

penyelesaian bagi sesuatu masalah. Ini merupakan asas dalam membuat dan memahami

Matematik. Penaakulan penting kepada murid-murid supaya mereka

dapat mengembangkan bukan sahaja kapasiti pemikiran logikal malah turut meningkatkan

kapasiti pemikiran kritis yang merupakan asas kepada pemahaman matematik secara

mendalam dan bermakna. Maka, pelaksanaan penaakulan matematik di sekolah rendah

perlu diadakan secara berperingkat. Pendekatan induktif seperti yang dicadangkan oleh

Stacey amat sesuai dalam pelaksanaan penaakulan matematik. Kefahaman murid terhadap

konsep matematik yang sedang ditaakulkan boleh didengar dan cuba difahami oleh

gurunya.

Penaakulan matematik boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran

matematik mengikut kesesuaian dan kreativiti guru itu sendiri. Murid-murid di sekolah

rendah terutamanya masih lagi belum boleh menguasai kemahiran menaakul. Maka, guru

amat memainkan peranan penting bagi memastikan murid-murid dapat berfikiran secara

kritis dan kreatif. Guru-guru boleh menggalakkan murid untuk menaakul dengan

memberikan soalan-soalan atau gambarajah yang berkaitan. Dari bahan-bahan tersebut

guru dan murid akan bersoaljawab dan murid-murid akan memberikan pelbagai jawapan

dan juga menyumbangkan idea. Sebagai contoh dalam pembelajaran topik ukuran, guru

boleh mengajukan soalan seperti apakah alat pengukur bukan piawai yang boleh

digunapakai dalam membuat anggaran ukuran panjang bagi sesuatu objek. Berdasarkan

soalan yang diberi, murid akan memberikan pelbagai jawapan yang mereka rasakan

bersesuaian. Guru pula perlu menerima kesemua jawapan yang diberi terlebih dahulu

sebelum mempertikaikannya. Bahan bantu belajar seperti carta atau bahan maujud dapat

membantu murid dalam menaakul. Guru boleh menanyakan soalan yang bercapah seperti

apakah yang akan berlaku, mengapakan ianya boleh berlaku dan bagaimana perkara

tersebut boleh diselesaikan. Sebagaimana para guru ketahui, matapelajaran matematik

Page 15: Krm 3073 matematik sekolah rendah

amat luas untuk dipelajari. Maka, kemahiran menaakul amat penting dalam sesi pengajaran

dan pembelajaran.

Tonggak keempat – Perkaitan Matematik

Dalam melaksanakan kurikulum matematik, peluang untuk membuat kaitan perlu

diwujudkan supaya murid dapat mengaitkan pengetahuan konseptual dan prosedural serta

dapat mengaitkan topik-topik dalam matematik khususnya dan matematik dengan bidang

lain secara amnya. Ini akan meningkatkan kefahaman murid dalam matemaatik dan

menjadikan matemaatik lebih jelas, bermakna dan menarik bagi mereka.

Kurikulum Matematik umumnya terdiri daripada beberapa bidang diskrit seperti

penghitungan, geometri, algebra, pengukuran dan penyelesaian masalah. Tanpa membuat

kaitan antara bidang-bidang ini, murid akan belajar dan mengingati secara berasingan.

Sebaliknya, dengan mengenali bagaimana konsep atau kemahiran dalm bidang yang

erbeza berhubung kait antara satu sama lain, matematik akan dilihat dan dipelajari sebagai

satu displin ilmu yang menyeluruh serta lebih mudah difahami.

Apabila idea matematik ini dikaitkan pula dengan pengalaman seharian di dalam dan

di luar sekolah, murid akan lebih menyedari kegunaan, kepentingan, kekuatan dan

keindahan matematik. Selain itu, murid berpeluang menggunakan matematik secara

kontekstual dalam bidang ilmu yang lain dan dalam kehidupan seharian mereka. Model

Matematik digunka untuk menerangkan situasi kehidupan sebenar secara matematik. Murid

akan mendapati kaedah ini boleh digunakan untuk mencari penyelesaian sesuatu masalah

atau untuk meramalkan kemungkinan sesuatu situasi berdasarkan model matematik

tersebut.

Setiap murid-murid harus mahir dalam kemahiran menghubungkait topik-topik dalam

matematik. Guru perlu mewujudkan masalah berorientasikan kelas agar murid-murid peka

dengan aplikasi matematik dlm kehidupan sebenar. Penekanan terhadap perkaitan

matematik akan membantu murid-murid mengenalpasti bagaimana idea dari bidang berbeza

dapat dikaitkan bersama. Kurikulum Matematik umumnya terdiri daripada beberapa bidang

diskrit seperti penghitungan, geometri, algebra, pengukuran dan penyelesaian masalah.

Tanpa membuat perkaitan antara bidang-bidang ini, murid akan belajar dan mengingati

terlalu banyak konsep dan kemahiran secara berasingan. Apabila murid-murid mampu

mengaitkan konsep Matematik dengan rutin kehidupan, mereka telah berjaya memahami

tentang kepentingan Matematik. Apabila idea matematik ini dikaitkan dengan pengalaman

seharian di dalam dan di luar sekolah, murid lebih menyedari kegunaan matematik.

Page 16: Krm 3073 matematik sekolah rendah

Pada pendapat saya, tonggak keempat ini boleh diaplikasikan seawal peringkat set

induksi lagi. Seperti yang para guru ketahui, set induksi merupakan langkah untuk menarik

minat murid supaya terus berminat dan memberi perhatian kepada isi pelajaran seterusnya.

Maka, pada peringkat ini, guru perlu lebih kreatif dan saya merasakan perkaitan matematik

amat sesuai digunakan. Sebagai contoh, guru menyoal kepada murid-murid bahagian

anggota badan yang manakah boleh dijadikan sebagai alat untuk mengukur panjang

sesuatu objek. Guru menerangkan bahawa kita boleh menggunakan jari sebagai unit

jengkal, tangan sebagai unit depa, kaki dan juga hasta. Selain itu, guru juga boleh

mengaitkan kehidupan seharian murid dengan isi pelajaran. Contohnya, guru meminta murid

untuk mengukur atau menganggar panjang peralatan yang terdapat di rumah mereka seperti

meja makan, kain langsir, sudu dan sarung bantal menggunakan bahan pengukur seperti

lidi, klip kertas dan pen. Murid-murid boleh membuat buku skrap hasil daripada ukuran

panjang objek-objek tersebut. Buku skrap tersebut akan dinilai dan boleh dipamerkan di

dalam kelas.

Tonggak kelima – Aplikasi teknologi

Tonggak terakhir iaitu kelima ialah aplikasi teknologi. Kemahiran menggunakan teknologi

merujuk kepada keupayaan mengguna dan mengendalikan alat matemaatik seperti abakus,

kalkulator, komputer, perisian pendidikan, laman web di internet dan pakej pembelajaran

untuk:

Membentuk dan memahami konsep matematik dengan lebih mendalam.

Membuat, menguji dan membuktikan konjektur.

Meneroka idea matematik.

Menyelesaikan masalah.

Ledakan kemajuan pelbagai teknologi di dalam kehidupan masa kini dan akan datang

menjadikan elemen ini penting dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Pendedahan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik boleh

dijaya diaplikasi kepada:

Belajar mengenai TMK

Murid diajar tentang pengetahuan dan kemahiran TMK dalam mengendalikan

perkakasan dan perisian.

Belajar melalui TMK

Page 17: Krm 3073 matematik sekolah rendah

Penggunaan TMK untuk mengases maklumat dan ilmu pengetahuan menggunakan

media seperti CD-Rom, DVD-Rom, Internet dan lain-lain lagi.

Belajar dengan TMK

Guru dan murid menggunakan TMK sebagai alat mengajar dan belajar.

Pengajaran dan pembelajaran dengan TMK

boleh dijadikan sebagai akses untuk menjadi pembelajaran tersebut lebih menarik

dan menyeronok. Murid boleh didedahkan dengan pelbagai maklumat komunikasi

yang terkini dan penggunaan secara afektif akan menghasilkan pengajaran dan

pembelajaran yang berkualiti.

Dunia kita sekarang menuju ke arah kemodenan. Guru-guru harus mengaplikasikan

penggunaan teknologi dalam pengajaran. Tugas guru berubah dari penyampai ilmu

pengetahuan kepada menjadi fasilitator pembelajaran. Oleh sebab itu guru perlu

menggunakan teknologi maklumat dengan seoptimum mungkin untuk membantu murid

memahami konsep-konsep matematik secara mendalam, bermakna dan tepat serta

membolehkan murid meneroka idea-idea matematik. Melalui penggunaan teknologi

maklumat dan komunikasi (TMK) seperti penggunaan kalkulator, computer, perisian

pendidikan serta lama-laman web dalam internet ianya akan menghasilkan murid yang

dapat berfikiran abstrak, keatif dan berasa yakin untuk bekerja sendirian ataupun

berkumpulan. Ledakan maklumat,globalisasi dan konsep dunia tanpa sempadan menuntut

murid disediakan dengan literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi supaya kekal relevan

dengan keperluan semasa dan masa akan datang. Capaian maklumat melalui kemudahan

jalur lebar atau infrastuktur internet tanpa wayar semakin menjadi kebiasaan dalam

kehidupan seharian. Kemudahan ini perlu digunakan secara berkesan dan optimum supaya

manfaat kemudahan transaksi maklumat ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua.

Penggunaan teknologi memberi banyak kelebihan kepada murid antaranya memberi

perhatian serta memotivasikan mereka, meransang sifat ingin tahu pelajar, dan membantu

memperkembangkan kaedah penyelesaian masalah mereka. Oleh itu guru seharusnya

memanfaatkan sumber yang telah tersedia dalam bidang ini untuk membantu murid

menguasai konsep dan menigkatkan kemahiran matematik mereka secara berterusan dan

lebih berkesan. Pengajaran dan pembelajaran kadang kala menjadi lebih menarik dengan

adanya penggunaan teknologi untuk menyampaikan isi pelajaran. Perisian pendidikan

seperti power point banyak memudahkan guru dalam P&P. Guru boleh menggunakan slaid

yang disertakan dengan gambar-gambar menarik atau memperdengarkan kepada murid

lagu-lagu yang berkaitan dengan tajuk. Berdasarkan pengalaman saya, aplikasi teknologi

dapat menarik perhatian terutamanya kepada murid-murid luar bandar. Ini kerana, mereka

Page 18: Krm 3073 matematik sekolah rendah

kurang mendapat pendedahan mengenai teknologi yang ada pada masa kini. Maka, apabila

guru mengaplikasikannya di dalam bilik darjah, tumpuan murid akan mencapai tahap yang

optimum. Selain daripada itu, pihak sekolah juga telah menerima pelbagai jenis cakera

padat ( CD ) pembelajaran daripada kementerian pendidikan. Saya dapati CD tersebut

sangat membantu kerana ilustrasinya amat menarik dan sesuai dengan tahap murid-murid.

Jadi, guru seharusnya sentiasa peka kepada persekitaran pembelajaran agar guru-guru

tidak ketinggalan dalam arus kemodenan.

PENUTUP

Pembelajaran matematik dirancang bermatlamatkan pembentukan murid yang

berfikrah matematik. Fikrah menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) membawa

pengertian yang sama dengan daya fikir dan pemikiran. Dalam konteks pendidikan

matematik, fikrah matematik merujuk kepada kualiti murid yang dihasratkan untuk dilahirkan

melalui sistem pendidikan matematik kebangsaan. Murid yang berfikrah matematik ini

merupakan murid yang berkeupayaan melakukan matematik dan memahami matematik,

serta mengaplikasikan secara bertanggungjawab, berpengetahuan dan berkemahiran

matematik dalam kehidupan seharian berlandaskan sikap dan nilai matematik.

Guru seharunya memberi peluang kepada murid membentuk dan meneroka idea

matematik secara mendalam melalui peluang dan pengalaman pembelajaran yang pelbagai.

Kesedaran harus dipupuk dan dikembangkan dalam kalangan murid bahawa idea

matematik saling berkait, dan matematik merupakan ilmu yang menyeluruh; bukan cebisan

pengetahuan yang terasing. Dengan kesedaran dan kefahaman sedemikian, pengertian

tentang idea matematik menjadi lebih bermakna, dan seterusnya dapat meningkatkan

keupayaan murid untuk mengaplikasikan matematik.

Guru perlu memberi peluang dan pengalaman pembelajaran pelbagai dengan

menyediakan aktiviti yang melibatkan murid secara aktif dalam pembelajaran matematik,

membentuk murid membentuk kefahaman mendalam tentang konsep matematik, dan

membentuk pengertian yang lebih bermakna tentang idea matematik yang pelbagai.

Berlandaskan kefahaman dan pengertian yang dibentuk, murid berupaya membuat

perkaitan dan mengaplikasikan idea matematik, seterusnya menjadikan murid lebih yakin

untuk meneroka dan mengaplikasikan matematik. Penggunaan bahan bantu mengajar,

peralatan teknologi dan perlaksanaan tugasan, amali, kerja projek seharusnya dirangkum

dalam pengalaman pembelajaran yang disediakan untuk murid.

Page 19: Krm 3073 matematik sekolah rendah

Pembelajaran Matematik yang berfikrah dijelmakan dalam amalan pengajaran dan

pembelajaran dilaksanakan berpandu kepada prinsip pembelajaran masteri dan

pembelajaran berlaku secara akses dan terarah kendiri serta mengikut kadar sendiri.

Strategi pengajaran dan pembelajaran haruslah berpusatkan murid bagi

membolehkan mereka berinteraksi dn menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman

sendiri. Pendekatan inkuri penemuan berpusatkan murid dengan berbantukan teknologi

yang bersesuaian, tuntas dan berkesan digunakan secara meluas untuk menjadikan

pengalaman pembelajaran matematik menyeronokkan, bermakna, berguna dan mencabar.

Proses pengajaran dan pembelajaran matematik sekolah rendah menggalakkan

penggunaan menpelbagaikan kaedah mengajar. Guru boleh memilih pendekatan dan

kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran bergantung pada pengolahan teknik dan penggunaan bahan

bantu belajar serta teknologi yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berfikir

secara kritis dan kreatif, inovatif, berkomunikasi, dan berinteraksi.

Pemupukan sikap dan nilai murni perlu dipertimbangkan apabila merancang

pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran. Penerapan nilai murni boleh dilakukan

bersesuaian dengan konteks isi pelajaran yang terancang.

Unsur sejarah, patriotism, alam sekitar dan sains diterapkan mengikut kesesuaian

tajuk untuk membolehkan murid menghayati matematik dan memberangsang lagi minat

murid terhadap tajuk itu. Unsur sejarah ini boleh merupakan peristiwa tertentu tentang ahli

matematik atau sejarah ringkas tentang sesuatu konsep atau simbol.

Untuk mempertingkatkan pemikiran murid yang analitis dan kreatif, penyelesaaian

masalah yang dikemukan hendaklah bersesuaian dengan tahap murid. Di samping itu,

murid juga digalakkan untuk berkomunikasi dan berani membuat keputusan.

Standard Pembelajaran yang tidak menunjukkan langkah pengajaran pembelajaran

memberi peluang kepada guru menggunakan kreativiti dalam menyediakan persekitaran

kondusif untuk murid membentuk konsep dan mengembangkan kemahiran, sikap dan nilai

dalam matematik. Hal ini bertepatan dengan empat tonggak pendidikaan UNESCO iaitu

belajar untk mengetahui, belajar untuk bertindak, belajar untuk hidup bersama dan belajar

untuk membentuk peribadi. Menerusi pengajaran dan pembelajaran matematik sekolah

rendah adalah diharapkan hasrat KSSR untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi

intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial; warganegara yang bertanggungjawab; global

player; dan pekerja berilmu akan tercapai.

Page 20: Krm 3073 matematik sekolah rendah

RUJUKAN

http://www.moe.gov.my/bpk/

Bahagian Perkembangan Kurikulum (2010). KSSR: Kurikulum Standard sekolah Rendah. Kuala Lumpur. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bahagian Perkembangan Kurikulum (2011). Dokumen Standard Kurikulum Standard

Sekolah Rendah (KSSR): Modul Teras Asas Matematik sekolah Kebangsaan tahun Dua. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ikhsan Othman., & Norila Md. Salleh. (2005). Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah: Aspek-aspek yang berkaitan. Tanjong Malim: Quantum Books.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. (Edisi Pelancaran). Kuala Lumpur: KPM. Kementerian Pendidikan Malaysia (1980). Laporan jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan dasar Pelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Siri Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah rendah (1992). Asas KBSR 1. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.