Krm 3073 - Pengajaran Matematik Sr Tugasan 1 (Daliah Binti Sinawi @Semawi - d 20102043284)

18
KRM 3073 – PENGAJARAN MATEMATIK SR (DALIAH BINTI SINAWI @ SEMAWI) D 20102043284 Page 1 TRM 3073 PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH DALIAH BINTI SINAWI @ SEMAWI D20102043284 SEMESTER 6 SESI 2013/2014 GRUP : UPSI15 (A131 PJJ) TUGASAN 1 PENSYARAH ENCIK NOOR AZAM BIN MOHD. SAID FAKULTI SAINS DAN MATEMATIK

Transcript of Krm 3073 - Pengajaran Matematik Sr Tugasan 1 (Daliah Binti Sinawi @Semawi - d 20102043284)

Page 1: Krm 3073 - Pengajaran Matematik Sr Tugasan 1 (Daliah Binti Sinawi @Semawi - d 20102043284)

KRM 3073 – PENGAJARAN MATEMATIK SR (DALIAH BINTI SINAWI @ SEMAWI) D 20102043284 Page 1

TRM 3073

PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH

DALIAH BINTI SINAWI @ SEMAWI

D20102043284

SEMESTER 6

SESI 2013/2014

GRUP : UPSI15 (A131 PJJ)

TUGASAN 1

PENSYARAH

ENCIK NOOR AZAM BIN MOHD. SAID

FAKULTI SAINS DAN MATEMATIK

Page 2: Krm 3073 - Pengajaran Matematik Sr Tugasan 1 (Daliah Binti Sinawi @Semawi - d 20102043284)

KRM 3073 – PENGAJARAN MATEMATIK SR (DALIAH BINTI SINAWI @ SEMAWI) D 20102043284 Page 2

TUGASAN 1: (Individu)

1.0 Pengenalan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan kea rah memperkembangkan potensi

individu secara menyeluruh dalam proses pembinaan bangsa yang maju dan membangun.

Pendidikan merupakan satu agensi terpenting dan mendapat perhatian semua pihak. Dalam

proses pengajaran, guru-guru akan menggunakan pelbagai kaedah penyampaian untuk

memudahkan berlakunya perubahan minat, tingkah laku, kemahiran dan memudahkan sesuatu

proses pengajaran dan pembelajaran. Kepelbagaian kaedah penyampaian pengajaran merupakan

komponen yang penting untuk memotivasikan minat dan penglibatan pelajar terhadap

pelajarannya (Moores, 1987).

Bagi mencapai kurikulum Matematik KBSR / KSSR yang dinayatakan dalam sukatan pelajaran

Matematik KBSR / KSSR, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak yang terlibat dengan

pendidikan Matematik iaitu guru Matematik, pensyarah Matematik institusi perguruan dan

institusi pengajian tinggi awam (IPTA), penggubal kurikulum dan penggubal dasar pendidikan

Matematik harus melakukan anjakan paradigma dari melihat Matematik sebagai ilmu kira

mengira kepada Matematik sebagai ilmu menyelesaikan masalah, dari belajar dengan menerima

pengetahuan kepada belajar dengan membina pengetahuan, dari mengajar sebagai pemberi

pengetahuan dan maklumat kepada mengajar dengan menyediakan aktiviti-aktiviti untuk pelajar

membina konsep dan kefahaman, dan dari peranan guru sebagai pemberi maklumat kepada

peranan guru sebagai fasilitator.

Pembelajaran merupakan perkara penting dalam perkembangan manusia yang sentiasa belajar

untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman untuk menghadapi cabaran

dalam kehidupan seharian. Pembelajaran berlaku sepanjang hayat secara formal iaitu di

peringkat sekolah, kolej dan universiti dan pembelajaran secara tidak formal adalah melalui

persekitan seperti televisyen, asuhan ibu bapa serta pergajulan dengan rakan-rakan. Pembelajaran

secara bukan formal pula boleh didapati melalui kursus-kursus dan bengkel-bengkel yang

dilakukan di luar pembelajaran formal sebagai tambahan.

Teori merupakan antara asas kepada sesuatu bidang termasuklah bidang psikologi pendidikan.

Menurut E. R. Hilgard, R. C. Atkinson dan R. L. Atkinson (1975) dalam buku Introduction to

Page 3: Krm 3073 - Pengajaran Matematik Sr Tugasan 1 (Daliah Binti Sinawi @Semawi - d 20102043284)

KRM 3073 – PENGAJARAN MATEMATIK SR (DALIAH BINTI SINAWI @ SEMAWI) D 20102043284 Page 3

Psychology mentafsirkan pembelajaran adalah proses dalaman yang dialami oleh pelajar melalui

pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang diberikan dan membawa perubahan kognitif dan

tingkah laku pelajar secara kekal (Mok Soon Sang, 2010). Oleh yang demikian, teori

pembelajaran boleh definisikan sebagai huraian prinsip-prinsip dan hukum-hukum yang terjalin

dan saling bergantung dalam penguasaan ilmu dan maklumat.

2.0 Pendekatan Konstruktivisme

2.1 Definisi Fahaman Konstruktivisme

Pendekatan konstruktivisme memberi idea-idea baru tentang pertumbuhan kognitif dan

pembelajaran. Konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana

pengetahuan disusun dalam minda manusia. Tidak semua pengetahuan pelajar diperolehi

pengalaman panca indera ataupun terdapat pengetahuan sejati dalam mental pelajar. Penekanan

ditumpukan kepada keperluan pelajar utnuk membina pemahaman mereka dalam setiap konsep.

Peranan utama dalam pengajaran bukanlah penyampaian pelajaran, penerangan ataupun

“perpindahan” pengetahuan kepada pelajar , tetapi merupakan penciptaan situasi tertentu untuk

membolehkan pelajar melalui sendiri pengalaman, renangan dan pengabstrakan.

Pengetahuan dikembangkan secara aktif oleh pelajar yang mana pembelajaran merupakan hasil

daripada usaha pelajar itu sendiri untuk pembinaan konsep atau pengetahuan sendiri. Guru hanya

berperanan sebagai fasilitator atau pembimbing.

2.2 Teori Kognitif Piaget

Satu daripada perspektif teori, fahaman konstruktivisme adalah daripada aliran Neo-Piaget iaitu

teori yang terbina berasaskan perspektif Jean Piaget. Piaget berpendapat bahawa manusia

memiliki peringkat otak dan saraf yang tinggi. Dengan adanya otak, manusia mempunyai

kebolehan untuk mempelajari pelbagai perkara. Tegasnya, proses pembelajaran merupakan

proses mental dan bukannya proses mekanis. Proses mental melibatkan seseorang kanak-kanak

menyerap menyerap atau meyesuaikan pengetahuan yang sedia ada dalam otak dengan data-data

yang diperoleh daripada persekitaran. Pembelajaran sesuatu konsep akan hanya terjadi apabila

seseorang kanak-kanak telah mencapai taraf kematangan yang tertentu.

Teori Piaget telah membantu para sarjana pendidikan untuk memhami cara tingkah laku

seseorang pelajar berkembang. Dalam teorinya, Piaget dapat menjelaskan pemahamannya

Page 4: Krm 3073 - Pengajaran Matematik Sr Tugasan 1 (Daliah Binti Sinawi @Semawi - d 20102043284)

KRM 3073 – PENGAJARAN MATEMATIK SR (DALIAH BINTI SINAWI @ SEMAWI) D 20102043284 Page 4

tentang pengetahuan. Dalam usaha memahami mekanisme perkembangan intelektual, Piaget

menggambarkan fungsinya dalam tiga perspektif:

(i) proses mendalam tentang cara berlakunya perkembangan kognitif iaitu asimilasi,

akomodasi dan ekuilibrium

(ii) cara pembentukan pengetahuan

(iii) tahap perkembangan intelektual

Menurut Piaget, tiga tahap proses perkembangan intelektual berkenaan iaitu asimilasi,

akomodasi dan ekuilibrium dapat diperjelaskan seperti berikut:

Asimilasi adalah proses perpaduan antara informasi yang baharu dengan struktur kognitif

yang telah dimiliki. Dalam proses ini, seseorang pelajar menggunakan struktur atau

kemampuan yang sudah dimiliki untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi

dalam persekitarannya. Prasyarat penting untuk wujudnya asimilasi ialah struktur

dalaman yang menggunakan informasi baharu. Namun, seseorang sering tidak

mencantumkan informasi kerana tiadanya struktur asimilasi yang sesuai.

Akomodasi pula ialah penyesuaian struktur dalaman dengan ciri-ciri tertentu daripada

situasi khusus yang berupa objek atau kejadian. Dalam proses akomodasi, seseorang

memerlukan modifikasi struktur dalaman untuk menghadapi reaksi persekitaran.

Asimilasi dan akomodasi berfungsi sekali gus dalam menghadapi persekitaran berasaskan

asas intelek.

Ekuilibrium ialah kesinambungan dalam pengaturan yang memungkinkan seseorang

berkembang serta berubah sementara untuk menjadi lebih mantap dan seimbang.

Ekuilibrium merupakan proses dinamik yang secara terus menerus mengatur tingkah

laku. Proses ekuilibrium juga disebut sebagai penyeimbangan antara „dunia luar‟ dengan

„dunia dalam‟. Tanpa perkembangan intelektual, maka akan wujud ketidakseimbangan

dalam proses berfikir.

2.3 Kaedah konstruktisme

Pendekatan konstruktivisme memainkan peranan yang penting dalam pengajaran dan

pembelajaran Matematik yang bertujuan untuk membina konsep atau pengetahuan baru di mana

guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada pelajar. Apabila maklumat baru

Page 5: Krm 3073 - Pengajaran Matematik Sr Tugasan 1 (Daliah Binti Sinawi @Semawi - d 20102043284)

KRM 3073 – PENGAJARAN MATEMATIK SR (DALIAH BINTI SINAWI @ SEMAWI) D 20102043284 Page 5

telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pengangan kuat mereka,

baharulah bentuk baharu tentang sesuatu ilmu pengetahuan dapat dibina. Beberapa ahli

konstruktivisme berpendapat bahawa pembelajaran bermakna bermula dengan pengetahuan atau

pengalaman sedia ada. Nik Azis Nik Pa (1999) berpendapat bahawa konstruktivisme adalah

tidak lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa menusia membina pengetahuan

sendiri. Ini bermakna sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang individu adalah hasil

daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut, dan bukan suatu maklumat atau

pengajaran yang diterima secara pasif dari luar.

Rutherford dan Algren berpendapat bahawa pelajar mempunyai idea mereka sendiri tentang

hampir semua perkara sama ada betul atau salah. Jika kefahaman dan pandangan diabaikan dan

tidak diatasi, kefahaman atau kepercayaan asal mereka it uakan tetap kekal walaupun dalam

peperiksaan, mereka memberi jawapan yang dikehendaki oleh guru. John Dewey menguatkan

lagi teori konstruktivisme dengan mengaktakan bahawa pendidik cekap harus melaksanakan

pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara

berterusan.. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan pelajar di dalam pengajaran dan

pembelajaran.

Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada pemikiran seseorang individu kepada pemikiran

individu yang lain. Sebaliknya setiap insan membentuk pengetahuan sendiri dengan

menggunakan pengalamannya secara terpilih. Kaedah konstruktivisme ini juga berkait rapat

dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Justeru itu guru Matematik seharusnya mengambil kira

apa yang pelajar tahu dan cuba mempertingkatkan interaksi antara pelajar agar pembelajaran

menjadi lebih seronok dan bermakna. Oleh itu persekitaran pembelajaran konstruktivisme dapat

meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran Matematik di dalam bilik darjah melalui

pemahaman kendiri akan konsep dan pengetahuan Matematik menerusi persekitaran

pembelajaran kondusif.

2.4 Prinsip-prinsip konstruktivisme

Setiap pelajar yang menerima maklumat akan memprosesnya secara kognitif untuk

mencerminkan dan membayangkan keperluan, sifat semulajadi, pemikiran, sikap, kepercayaan

dan perasaannya sendiri. Ahli konstruktivis mengangap bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh

Page 6: Krm 3073 - Pengajaran Matematik Sr Tugasan 1 (Daliah Binti Sinawi @Semawi - d 20102043284)

KRM 3073 – PENGAJARAN MATEMATIK SR (DALIAH BINTI SINAWI @ SEMAWI) D 20102043284 Page 6

wujud di luar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Ilmu

pengetahuan dibina melalui proses saling mempengaruhi di antara pembelajaran lampau dengan

pembelajaran terbaru yang berkaitan. Secara keseluruhannya, prinsip pembelajaran

konstruktivisme dapat disimpulkan seperti berikut:

Pembelajaran adalah suatu proses aktif

Manusia belajar semasa mereka belajar

Minda yang aktif bukan fizikal

Pembelajaran adalah suatu aktiviti sosial

Pembelajaran adalah konstektual

Lebih banyak yang telah dipelajari, lebih banyak yang boleh dipelajari

Pembelajaran memerlukan masa

Motivasi dalam pembelajaran adalah penting

2.5 Perananpelajar dan guru serta cabaran dalam kelas konstruktivisme

2.5.1 Peranan pelajar

Pelajar mengemukakan isu serta soalan-soalan, kemudian secara individu, mereka

membuat analisis dan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Mereka

bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan berupaya

menyelesaikan masalah yang timbul.

Perbincangan dilakukan di antara guru dan pelajar. Melalui perbincangan ini, pelajar

akan dibantu untuk mengubah atau mengukuhkan idea-idea mereka. Jika pelajar

diberi peluang untuk mengukuhkan pendapat mereka dan mendengar idea orang lain,

pelajar tersebut akan dapat membina asas pengetahuan yang mereka faham.

Pelajar mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan berbincang untuk

membuat ramalan. Pelajar diberi banyak ruang untuk menguji hipotesis mereka

terutamanya melalui perbincangan dalam kumpulan.

Pelajar menggunakan data dan bahan-bahan fizikal, manipulatif atau interaktif untuk

menolong mereka menjana idea dan pengetahuan.

Page 7: Krm 3073 - Pengajaran Matematik Sr Tugasan 1 (Daliah Binti Sinawi @Semawi - d 20102043284)

KRM 3073 – PENGAJARAN MATEMATIK SR (DALIAH BINTI SINAWI @ SEMAWI) D 20102043284 Page 7

2.5.2 Peranan guru

Menggalakkan guru menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan

mereka.

Menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi pelajar serta membantu pelajar

menyedari kerelevanan kurikulum kepada kehidupan mereka.

Mentaksir pembelajaran melalui aktiviti harian di kelas, bukan hanya dalam ujian

bertulis.

Menggalakkan pelajar membuat tugasan berbentuk penyelesaian, menganalisis,

meramal, meneroka dan membuat hipotesis.

Menggalakkan pelajar menerangkan lebih lanjut jawapan mereka.

Menggalakkan penemuan pelajar melalui pertanyaan soalan bercapah dan

menggalakkan pelajar menyoal pelajar yang lain.

Memberi masa secukupnya kepada pelajar untuk menjawab soalan setelah soalan

dikemukakan.

Memberi masa secukupnya kepada pelajar untuk membuat perkaitan antara idea-

idea yang telah dijanakan.

Menggalakkan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan tertentu.

Membimbing pelajar mendapatkan jawapan yang tepat.

2.5.3 Cabaran Guru Konstruktivisme

Guru merasa mereka tidak mengajar.

Amalan yang dimajukan dalam pembelajaran secara konstruktivisme dianggap

tidak realistik

Guru merasa bahawa penerangan mereka tidak penting lagi.

Kawalan kelas agak merosot.

Guru yang sedang menukar kepada cara pengajaran berasaskan pendekatan

konstruktisvisme memerlukan sokongan profesionalisme serta pengukuhan

keyakinan daripada pihak sekolah.

Page 8: Krm 3073 - Pengajaran Matematik Sr Tugasan 1 (Daliah Binti Sinawi @Semawi - d 20102043284)

KRM 3073 – PENGAJARAN MATEMATIK SR (DALIAH BINTI SINAWI @ SEMAWI) D 20102043284 Page 8

2.5.4 Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Konstruktivisme

Pelaksanaan pengajaran berasaskan pendekatan konstruktivisme ini boleh berlaku dalam

berbagai-bagai pendekatan. Dalam ha lini, satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran

akan diketengahkan dengan mengambil kira Nik Azis (1992 : 1996) dan Etchberger &

Shaw (1992). Pendekatan pengajaran oleh Etchberger & Shaw (1992) berlaku secara

berkumpulan melibatkan lima lungkah utama seperti berikut:

Pertama, pengalaman deria yang bermaksud pelajar akan membina persepsi

menggunakan pancainderanya (iaitu pendengaran, penglihatan ( pengamatan dan

membaca), sentuhan, merasa dengan lidah dan deria bau) dengan meneroka

pengalamannya.

Kedua, refleksi di mana pelajar akan memahami pengalamannya. Dalam ha lini,

pelajar akan membina perhubungan di antara maklumat yang baru ditemui dengan

pengetahuan sedia ada.

Ketiga, kolaborasi di mana kefahaman sendiri akan mengambil kira pendapat

rakan yang lain sebelum diyakini dan diterima sebagai suatu pengetahuan yang

boleh diterima. Dalam ha lini, suatu tolak ansur antara pelajar akan berlaku

sehingga akhirnya suatu persetujuan dicapai. Tindakan pembelajaran di sini

adalah seperti menyelidiki, mencuba, menolak, mempertahankan, membuat

pertimbangan dan memberi penjelasan.

Keempat, persetujuan (consensus) di mana pelajar membina keyakinan

terhadap pengetahuan barunya selepas setiap ahli dalam kumpulan menyatakan

persetujuan. Tahap ini merupakan tahap keseimbangan, di mana pelajar

berkeyakinan bahawa pengetahuan barunya berguna dan boleh digunakan untuk

mengatasi masalah.

Kelima, berkongsi di mana setiap kumpulan pelajar akan berkongsi dapatan

masing-masing. Setiap kumpulan akan cuba meyakini rakan daripada kumpulan

lain sehingga akhirnya suatu kefahaman yang menyeluruh diperoleh.

Page 9: Krm 3073 - Pengajaran Matematik Sr Tugasan 1 (Daliah Binti Sinawi @Semawi - d 20102043284)

KRM 3073 – PENGAJARAN MATEMATIK SR (DALIAH BINTI SINAWI @ SEMAWI) D 20102043284 Page 9

2.5.6 Cara-cara Pelajar Mambina Konsep Konstruktivisme

Pelajar membuat penyelesaian Matematik dengan manipulatif.

Pelajar berbincang keputusan penyiasatan mereka.

Pelajar menulis hasil pengalaman mereka.

Pelajar belajar cara penemuan mereka.

Pelajar berfikir secara mencapah.

Pelajar menyelesaikan masalah yang terbuka.

2.5.7 Keberkesanan Strategi Pengajaran Konstruktivisme

Pelajar berpeluang mengemukakan pandangan mereka terhadap sesuatu konsep.

Pelajar dapat berkongsi persepsi / pandangan / idea antara satu sama lain.

Pelajar dapat menerima serta menghormati semua pandangan daripada rakan-rakan.

Semua pandangan diterima dan tidak dipandang rendah.

Pelajar dapat mengaplikasikan idea baru dalam konteks yang berbeza untuk

mengukuhkan kefahaman idea tersebut.

Pelajar dapat merenung atau mengimbas kembali proses pembelajaran yang telah

dilaluinya.

Pelajar dapat menghubungkaitkan idea yang asal dengan idea yang baru.

2.5.8 Konstruktivisme Radikal

Proses penyesuaian dinamik yang menuju kea rah interpretasi yang berguna untuk

pengalaman.

Pelajar tidak semestinya membina pengetahuan dari dunia yang sebenar .

Tidak menafikan reality yang objektif tetapi dalam keadaan tertentu. Ia menonjolkan

keadaan manusia yang membina reality mereka sendiri kerana tidak dapat berkomunikasi

dengan orang lain.

3.0 Aktiviti Pengajaran Matematik Berasaskan Konstruktivisme

Saya ingin berkongsi satu permainan Matematik melalui pembacaan di internet

(http://www.my-rummy.com/Amalan_Pembelajaran_Kooperatif_oleh_Guru_Matematik.html) yang

Menggunakan satu kaedah yang berpusat kepada murid (konstruktivisme). Permainan ini dinamakan

My Rummy yang merupakan satu permainan yang dirumus khas untuk pembelajaran Matematik di

peringkat sekolah rendah yang telah disusun mengikut tahap kebolehan kumpulan pelajar.

Pengajaran dan pembelajaran Matematik dengan kaedah kumpulan boleh dilakukan dengan pelbagai

Page 10: Krm 3073 - Pengajaran Matematik Sr Tugasan 1 (Daliah Binti Sinawi @Semawi - d 20102043284)

KRM 3073 – PENGAJARAN MATEMATIK SR (DALIAH BINTI SINAWI @ SEMAWI) D 20102043284 Page 10

strategi iaitu amalan Pembelajaran Koperatif. Pembelajaran Koperatif adalah kaedah pengajaran

kumpulan yang membuat pelajar belajar dan mengajar. Pelajar bekerja bersama-sama dalam

kumpulan kecil di atas tugasan akademik bagi membantu dirinya dan rakan-rakan kumpulan belajar

bersama-samauntuk mencapai matlamat yang samadan memiliki kemahiran sosial. Pembelajaran

koperatif berbeza daripada kaedah kumpulan tradisional di mana pembelajaran koperatif lebih

berstruktur iaitu semua pelajar menyertai secara sama rata dan bertanggungjawab kepada

pembelajaran mereka.

3.1 Aktiviti Permainan My Rummy (Menggunakan model sebahagian daripada keseluruhan)

Tajuk : Tambah Dan Tolak

Tahun : 1 Zamrud

Masa : 35 minit

Bilangan murid : 30 orang murid

Pendekatan pengajaran konstruktivisme.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid boleh menambah dan menolak sama ada secara

congak atau bertulis.

Standard Kandungan : 2.1 Mengenal pasti pasangan nombor untuk membentuk satu nombor

yang berkaitan.

Standard Pembelajaran : ii. Menyebut jumlah dua nombor.

Objektif Pembelajaran : Supaya murid berupaya menyebut jumlah dua nombor.

Kreativiti dan Inovasi : Menghasilkan idea dari pemerhatian , menilai idea secara kritis dan

mengubah suai idea.

Langkah Permainan :

Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan (1 kumpulan 6 orang).

Page 11: Krm 3073 - Pengajaran Matematik Sr Tugasan 1 (Daliah Binti Sinawi @Semawi - d 20102043284)

KRM 3073 – PENGAJARAN MATEMATIK SR (DALIAH BINTI SINAWI @ SEMAWI) D 20102043284 Page 11

Guru mengedarkan 6 keping kad My Rummy kepada setiap

kumpulan.

Rajah 1 : Kedudukan 6 orang murid dalam permainan

My Rummy.

Murid merahsiakan kad yang dipegang.

Pemain pertama menyebut nombor pada kad My Rummy

diikuti dengan ayat Matematik yang tertera pada kad dengan

bacaan yang kuat. Contoh : 4 adalah nombor saya. Apakah

akan terjadi jika 3 ditambahkan kepada 4? Jawapan : 7

Murid lain mendengar dengan teliti apa yang dibacakan oleh

pemain pertama.

Page 12: Krm 3073 - Pengajaran Matematik Sr Tugasan 1 (Daliah Binti Sinawi @Semawi - d 20102043284)

KRM 3073 – PENGAJARAN MATEMATIK SR (DALIAH BINTI SINAWI @ SEMAWI) D 20102043284 Page 12

Murid lain akan menganalisis ayat Matematik dan mengira

secara mental tanpa menggunakan pensel dan kertas.

Murid membuat perbandingan dan membuat keputusan.

Murid yang memegang kad yang tertera nombor 7 memberikan

maklum balas yang merupakan pemain keenam (Sila rujuk

Rajah .).

Melalui kad yang dipunyai oleh pemain keenam, operasi

seterusnya adalah operasi tolak.

Pemain keenam akan menjawab : 7 adalah nombor saya.

Apakah yang akan terjadi jika kita mengeluarkan 5

daripada 7? Jawapan : nombor 2.

Murid yang memegang kad yang tertera nombor 2 memberikan

maklum balas yang merupakan pemain kelima (Sila rujuk

Rajah 1).

Page 13: Krm 3073 - Pengajaran Matematik Sr Tugasan 1 (Daliah Binti Sinawi @Semawi - d 20102043284)

KRM 3073 – PENGAJARAN MATEMATIK SR (DALIAH BINTI SINAWI @ SEMAWI) D 20102043284 Page 13

Pemain kelima mempunyai nombor 2. Operasi yang seterusnya

adalah tambah dan soalannya adalah : 2 adalah nombor saya.

Berapakah jumlah 2 tambah 1. Jawapan : nombor 3.

Seterusnya pemain yang mempunyai kad bernombor 3 akan

memberi respon iaitu pemain kedua (Sila rujuk Rajah 1).

Permainan diteruskan dengan pemain kedua memberi respon

dan membacakan arahan yang terdapat pada kad iaitu : 3 adalah

nombor saya. Apa akan terjadi apabila kita menambahkan 2

kepada 3? Jawapan : nombor 5.

Page 14: Krm 3073 - Pengajaran Matematik Sr Tugasan 1 (Daliah Binti Sinawi @Semawi - d 20102043284)

KRM 3073 – PENGAJARAN MATEMATIK SR (DALIAH BINTI SINAWI @ SEMAWI) D 20102043284 Page 14

Pemain ketiga memegang kad bernombor 5 dan terus

membacakan arahan yang terdapat pada kad yang ada padanya.

Arahannya : 5 adalah nombor saya. Berapakah nilai 1 dan 5?

Jawapan : nombor 6.

Nombor 6 ada pada kad yang dipegang oleh pemain

keempat. (Sila rujuk Rajah 1).

Pemain keempat akan membacakan arahan yang terdapat pada

kad iaitu: 6 adalah nombor saya. Berapakah nilai 2 ditolak

daripada 6? Jawapan : nombor 4.

Nombor 4 ada pada pemain pertama yang memulakan

permainan tadi.

Permainan akan berakhir secara automatik apabila sampai ke

pemain pertama yang memulakannya tadi.

Page 15: Krm 3073 - Pengajaran Matematik Sr Tugasan 1 (Daliah Binti Sinawi @Semawi - d 20102043284)

KRM 3073 – PENGAJARAN MATEMATIK SR (DALIAH BINTI SINAWI @ SEMAWI) D 20102043284 Page 15

Kesimpulannya, permainan My Rummy mempunyai beberapa proses iaitu mendengar, menganalisis,

membuat perbandingan dan memberikan maklumbalas. Pelajar sentiasa peka dan mengambil bahagian

secara aktif dalam permainan dengan memberikan tumpuan kepada soalan yang dikemukakan oleh setiap

pemain. Permainan ini amat sesuai digunakan di peringkat awal, pertengahan ataupun di akhir waktu

kelas atau semasa sesi pembelajaran Matematik dijalankan. Ia membuatkan pelajar teruja untuk

menunjukkan kehebatan mereka dalam membuat pengiran secara mental. Pelajar yang dapat menjawab

secara pantas adalah pelajar yang tinggi tahap number sensenya.

3.2 Aktiviti Pengajaran Kira Tambah Wang Dalam Lingkungan RM 50 (Menggunakan model

mengenal pasti pola)

Tajuk : Tambah wang dalam lingkungan RM50

Tahun : 2 Zamrud

Masa : 30 minit

Bilangan murid : 30 orang

Pendekatan pengajaran konstruktivisme

Pengetahuan sedia ada:

i) Pengetahuan tentang wang dalam yang digunakan dalam kehidupan seharian.

ii) Pengetahuan tentang penambahan dua nombor.

iii) Pengetahuan tentang maksud symbol (+) dan prosedur menambah nombor hingga 50.

Langkah 1 : Pengalaman deria

Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan dengan setiap kumpulan mempunyai 6

orang murid.

Guru memberikan beberapa helai wang kertas contoh yang mempunyai not RM1,

RM5 dan RM10.

Setiap orang murid dikehendaki menyelesaikan satu lembaran kerja yang

mengandungi kira tambah wang hingga RM50.

Contoh:

i) RM 20 = _____keping not RM 10 + _____keping not RM5.

ii) RM 40 = _____keping not RM10 + _____keping not RM5 +

_____keping not RM1

iii) RM 35 = _____keping not RM10 + _____keping not RM5 + _____

keping not RM10

iv) RM15 = _____keping not RM5 + _____keping not RM1

v) RM50 = _____keping not RM10 + _____keping not RM5

Page 16: Krm 3073 - Pengajaran Matematik Sr Tugasan 1 (Daliah Binti Sinawi @Semawi - d 20102043284)

KRM 3073 – PENGAJARAN MATEMATIK SR (DALIAH BINTI SINAWI @ SEMAWI) D 20102043284 Page 16

Langkah 2 : Refleksi

Setiap orang murid menilai jawapan yang diberi dalam Langkah 1.

Murid menggunakan pengetahuan sedia ada tentang penggunaan wang

dalam urusan seharian.

Murid membuat refleksi kira tambah wang hingga RM50.

Guru membimbing murid yang agak lambat dalam menyelesaikan

masalah tambah wang.

Langkah 3 : Kolaborasi

Murid berbincang dalam kumpulan tentang jawapan yang diperolehi.

Murid akan cuba meyakinkan rakan-rakan yang lain.

Murid yang lemah akan dibantu oleh guru dan ahli kumpulan.

Langkah 4 : Persetujuan

Murid mencapai kata sepakat tentang bagaimana operasi kira tambah

wang dilaksanakan dan mengapa operasi berkenaan dianggap tepat.

Murid yang boleh menguasai kemahiran akan memberi penjelasan

kepada orang lain yang mengharapkan penjelasan.

Langkah 5 : Berkongsi

Ketua kumpulan akan membentangkan kepada keseluruhan kelas tentang

operasi tambah wang yang telah dilaksanakan.

Guru akan menilai hasil yang diperolehi bersama-sama dengan murid.

Kumpulan yang membuat kesilapan akan membuat pembetulan

manakala kumpulan yang lain akan lebih meyakini bahawa operasi yang

dilakukanadalah benar.

Soalan tambahan akan diberikan oleh guru mengenai kemahiran yang

berkaitan.

Ia bertujuan untuk mengukuhkan kenyataan bahawa operasi yang telah

digunakan adalah benar.

Page 17: Krm 3073 - Pengajaran Matematik Sr Tugasan 1 (Daliah Binti Sinawi @Semawi - d 20102043284)

KRM 3073 – PENGAJARAN MATEMATIK SR (DALIAH BINTI SINAWI @ SEMAWI) D 20102043284 Page 17

4.0 Kesimpulan

Kaedah konstruktivisme yang dijalankan di bilik darjah menunjukkan perbezaan dengan prestasi

pelajar yang menggunakan kaedah tradisional. Penglibatan pelajar yang aktif dalam pengajaran

dan pembelajaran menunjukkan bahawa minat terhadap mata pelajaran Matematik yang selama

ini dianggap susah, telah berjaya menarik minat pelajar setelah aktiviti-aktiviti menggunakan

kaedah ini dijalankan di bilik darjah.

Penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menggalakkan mereka

agar lebih berfikir, lebih yakin , lebih berkeyakinan sosial kerana proses pembelajaran dijalankan

secara dua hala serta membangkitakan rasa seronok untuk belajar. Aktiviti-aktiviti pengajaran

termasuk permainan yang dilakukan akan menjadikan proses pembelajaran akan berjalan dengan

lebih lancar dan berkesan. Pelajar juga berpeluang untuk membina soalan-soalan yang kreatif dan

merasa dirinya dihargai.

Penggunaan kaedah konstruktivisme dalam pengajaran Matematik di bilik darjah adalah sangat

penting kerana teori ini terbukti sangat dominan dalam pendidikan sekarang kerana menyediakan

perbahan paradigma kepada pendekatan yang lebih berasaskan kognitif berbanding pendekatan

tradisional yang lebih kepada behaviourisme . Pendekatan ini juga menunjukkan bahawa pelajar

mendapat lebih manfaat serta memberi kesan yang positif kepada pelajar dalam bidang akademik.

5.0 Rujukan

5.1 Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad (2012), Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu,

Shah Alam: Oxford Fajar.

5.2 Mohd. Nizam Lee Abdullah et. al (2013), KRM 3073Pengajaran Matematik Sekolah

Rendah, Tanjung Malim: UPSI.

5.3 http://nengmadiah.blogspot.com/2012/11/konstruktivisme_5.html

5.4 http://skgemangpanitiasains.blogspot.com/2012/11/contoh-rancangan-pengajaran-

model.html

5.6 http://www.slideshare.net

5.7 http://group3pismp2g.blogspot.com/2010/09/definisi-konstruktivisme-

pendekatan.html

5.8 http://worldconferences.net

5.9http://eprints.utm.my/10448/1/Keberkesanan_Kaedah_Konstruktivisme_Dalam_Pengajaran

_Dan_Pembelajaran_Matematik.pdf

Page 18: Krm 3073 - Pengajaran Matematik Sr Tugasan 1 (Daliah Binti Sinawi @Semawi - d 20102043284)

KRM 3073 – PENGAJARAN MATEMATIK SR (DALIAH BINTI SINAWI @ SEMAWI) D 20102043284 Page 18