Kronologi Jerebu Di Malaysia

download Kronologi Jerebu Di Malaysia

of 25

  • date post

    28-Oct-2015
  • Category

    Documents

  • view

    441
  • download

    7

Embed Size (px)

description

jerebu

Transcript of Kronologi Jerebu Di Malaysia

Slide 1

KRONOLOGI JEREBU DI MALAYSIADIPERSEMBAHKAN OLEH :

DATO LIANG SERUJI (DLS)TAN SHEE YING (TSY)TAN HUI ER (THE)JEREBU 1983 - 1992Jerebu buat pertama kali muncul dan mengganggu kehidupan seharian di Malaysia pada April 1983. Ketika itu punca jerebu itu masih tidak diketahui dan andaian dibuat bahawa puncanya adalah :akibat dari abu terapung dari letusan gunung berapi, zarah asap terapung dari hutan terbakar besar-besaran, pembakaran terbuka pertanian di negeri jiran, dan juga pembakaran pertanian tempatan.Gangguan ini berterusan pada Ogos 1990, dari Jun hingga Oktober 1991, dan berulang setiap tahun sejak 1992 dan melanda pada bulan-bulan Ogos, September, dan Oktober. Kesan jerebu mencapai puncaknya pada tahun 1997 apabila punca jerebu ketika itu diletakkan sepenuhnya pada :pembakaran hutan dan perladangan diSumatra Selatan,Kalimantan, dan beberapa pulau lain diIndonesiadengan langit menjadi kabur dengan pencemaran dari Ogos hingga November tahun ituKRONOLOGI JEREBU 1983-1992April 1983 Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia (Lembah Klang)Ogos 1990Semenanjung Malaysia (Lembah Klang)Jun 1991Barat Sabah, Timur Sarawak dan Semenanjung MalaysiaSambungan.September 1991Sabah dan SarawakSeptember Oktober 1991Barat Sarawak, Semenanjung Malaysia (Lembah Klang dan Lembah Kinta)Oktober 1991Semenanjung Malaysia (Lembah Klang dan Lembah Kinta)

JEREBU 1997Menjelang September 1997, kebakaran hutan di Indonesia telah marak di luar kawalan. Kawasan yang terbabit dengan kebarakan telah dianggarkan sebagai bersaiz 4 juta padang bola sepak dan kelihatan malah dari angkasa.Kebakaran hutan Indonesia ini telah menghasilkan awan asap kuning yang kurang menyenangkan yang melemaskan kawasan yang luas diAsia Tenggara, sampai sehingga sejauh utaraAustralia.Fenomena itu dikenali ringkasnya sebagai Jerebu. Jutaan orang terpaksa mengenakan topeng dan beratus-ratus kematian dilaporkan di Indonesia, akibat kesan langsung atau tidak langsung kemerosotan kualiti udara.Di negeriSarawaknombor API ini mencapai tahap rekod. Dalam tempoh hanya enam bulan, 10,000 orang mendapatkan rawatan bagi keadaan berkait dengan Jerebu. Di Malaysia, Perdana Menteri terpaksa mengistiharkanKeadaan Darurat, menutup sekolah, pejabat kerajaan dan banyak kedai di seluruh negara, termasuk bidang pembinaan dan industri yang terhenti sepenuhnya. Jumlah kos keseluruhan Jerebu pada rakyat Malaysia diangarkan RM802 juta atau US$321 juta bagi tempoh antara Ogos hinggo Oktober 1997.

Pencemaran udara di Asia Tenggara pada Oktober 1997TINDAKANOperasi Haze menjadi misi memadam api terbesar dalam sejarah.Pasukan bomba Malaysia berjuang untuk memadamkan api yang melitupi sepanjangSumateradanKalimantanhabis-habisan selama lebih dari 25 hari yang memeritkan.Pasukan pemadam api juga berhadapan dengan halangan besar dengan jumlah bilangan api yang dihadapi. Pada kemuncak kebakaran ladang dan hutan yang besar, bilangan titik panas mencecah sehingga 37,938, yang berlaku pada Ogos 1997.Kebakaran tanah gambut merupakan ancaman terbesar kepada ahli bomba kerana mereka boleh terjerumus dalam lubang api ketika api marak jauh di dalam tanah.Mereka juga berhadapan dengan banyak masaalah akibat kekurangan peralatan yang bersesuaian, berhadapan kekurangan sumber air, sehingga masalah mengenal pasti punca api jauh dalam tanah gambut. Akhirnya, selepas 25 hari, mereka berjaya melawan Jerebu cukup untuk mengembalikan penglihatan melihat langit kembali. Dan dengan bantuan hujan monson, ancaman jerebu akhirnya diatasi.2006Jerebu di Asia Tenggara pada 2006 adalah antara yang paling buruk sejak 1998 apabila musim kering adalah agak panjang berikutan kesan el Nino. Jerebu akibat pembakaran tidak terkawal di Indonesia tersebar hingga ke selatan Thailand dan menyebabkan kerugian kira-kira RM32.71 bilion kepada pelancongan, pengangkutan dan industri pertanian.Kesan jerebu bermula sejak awalJulaidan menjejaskan negeri-negeri di utaraSemenanjung Malaysiadengan agak teruk. Namun demikian, cuaca mula bertambah baik sejak 29Ogosdengan ketibaan musim hujan. Ini melegakan rakyat Malaysia yang menyambutHari Kemerdekaanpada 31 Ogos.Walau bagaimanapun, jerebu ini kembali pada akhirSeptember. Ini berlaku akibat perubahan arah angin yang disebabkan oleh Taufan Xangsane. Tempat yang paling teruk ialahKuching, di mana IPU hampir mencapai 300, iaitu kategori bahaya. Semenanjung Malaysia, tempat yang paling terjejas ialah diJohor Bahrudengan bacaan IPU 150 pada 7 dan 8 Oktober. Orang ramai mula memakai topeng pernafasan.Perjanjian ASEAN mengenai Jerebu Merentas SempadanKerajaan-kerajaan Asia Tenggara pernah mengadakan mesyuarat di peringkat pemimpin negara dan peringkat menteri. Hasilnya pada 2002, Perjanjian ASEAN mengenai Jerebu Merentas Sempadan telah ditandatangani. Namun masalah jerebu masih terus berulang dan menjejaskan reputasi negara rantau ini.Kesan el Ninodikaitkan dengan kehadiran puting beliung dan ombak besar tanpa mengira masamenjadi sebutan dunia kerana dikatakan berpunca daripada fenomena ini iaitu ribut , kemarau ,banjir ,suhu yang tinggi dan sebagainya

Pemandangan jerebu di KLCC pada tahun 2006

2013PadaJun 2013,jerebu datang kembali seluruh Asia Tengara terutamanya di Singapura & Malaysia. Di Malaysia, kawasan yang paling teruk terjejas adalah di Muar dan Ledang yang terletak diJohor. IPU di kawasan tersebut mencecah sehingga 746pada jam 7 pagi 23 Jun 2013 dan kawasan ini telah pun diisytihar darurat.Bagi kawasan - kawasan lain, IPU juga mencatatkan peningkatan yang tinggi.Di Kuala Lumpur dan Selangor, sekolah-sekolah telah diarah tutup pada 24 Jun 2013 bagi mengelakkan kesan kesihatan yang teruk kepada para pelajar.

Punca jerebu Jun 2013Kebakaran tanah gambut di wilayah Riau, Indonesia.Imej dari Riauterkini.com bertarikh 18 Jun 2013 menunjukkan kebakaran yang tidak mampu dipadamkan.

Cuaca kering mengakibatkan pembakaran terbuka tidak terkawal turut memusnahkan ladang-ladang kelapa sawit yang sedia ada oleh kerana tanah wilayah tersebut adalah dari jenis gambut.

Imej dari Riauterkini.com bertarikh 19 Jun 2013 ini pula menunjukkan seorang petugas berusaha memadam kebakaran yang memusnahkan sebuah ladang sawit.

Pembakaran terbuka untuk pembukaan tanah ada berlaku di Riau

Kementerian alam sekitar Indonesia sudah mengenalpasti lapan syarikat yang dimiliki oleh pelabur-pelabur Malaysia di Riau dan Jambi yang mungkin menyumbang ke arah jerebu di Malaysia dan Singapura.

Di dalam sebuah persidangan akhbar di Pekanbaru,Menteri Alam Sekitar Indonesia Balthasar Kambuaya berkata bahawa kebakaran didapati berlaku di konsesi-konsesi perladangan yang dimiliki syarikat-syarikat tersebut.

Syarikat-syarikat yang dikenalpasti adalah:PT Langgam Inti HiberidaPT Bumi Rakksa SejatiPT Tunggal Mitra PlantationPT Udaya Loh DinawiPT Adei PlantationPT Jatim Jaya PerkasaPT Multi Gambut IndustriPT Mustika Agro Lestari

"Jika terdapat bukti cukup, kami akan bawa mereka ke mahkamah. Pasukan penyiasat kami masih membuat siasatan lanjut," katanya semalam.14 syarikat lagi turut sedang disiasat dan akan diumumkan kelak, katanya.

RUJUKAN http://www.sinarharian.com.my/nasional/iktibar-musibah-jerebu-1997-1.174273http://ms.wikipedia.org/wiki/Operasi_Hazehttp://peraktoday.com/?p=70605http://ieta-myblog.blogspot.com/2013/06/jerebu-punca-kesan-akibat-kronologi-dan.htmlhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Jerebu_Asia_Tenggara_2006http://ieta-myblog.blogspot.com/2013/06/jerebu-punca-kesan-akibat-kronologi-dan.html