Ksj prosa tradisional hikayat marakarma
-
Upload
muhammad-fuad-tarmizi -
Category
Documents
-
view
3.223 -
download
6
Transcript of Ksj prosa tradisional hikayat marakarma
Prosa Tradisional
Hikayat Marakarma
KAJIAN ANTOLOGIKASUT KELOPAK JANTUNG
TINGKATAN 1
Sinopsis
Bab 1: Maharaja Keinderaan Betara Angkasa Indera Dewa telah meminta kebenaran
untuk turun ke bumi kepada Betara Guru untuk melihat temasya raja-raja di dunia.
Betara Guru tidak membenarkannya tetapi selepas tiga kali Betara Angkasa bertemu dengan Betara
Guru, akhirnya diizinkan. Betara Angkasa Indera Dewa turun ke bumi ditemani
Dewi Kencana, iaitu isterinya.
Bab 2: Isteri Si Miskin Mengidam Di bumi Betara Angkasa dikenali sebagai Si Miskin dan isterinya sebagai isteri Si
Miskin. Si Miskin dan isterinya tinggal di negeri Anta Beranta dan telah dihina dan dikasari
oleh penduduk negeri tersebut. Kemiskinan telah membuatkan Betara Angkasa dan isterinya mencari makanan
dalam timbunan sampah dan mereka telah menjumpai sebiji ketupat basi dan sebuku tebu. Sebenarnya ketupat dan tebu yang mereka makan adalah anak kepada Betara Karma
Jaya yang meminta izin untuk turun ke bumi. Isteri Si Miskin telah mengandung dan mengidam hendak makan buah mempelam
dan nangka yang terdapat di taman raja. Si Miskin telah meminta buah tersebut daripada Maharaja Indera Dewa. Maharaja berasa kasihan dan memberikan buah tersebut kepada Si Miskin.
Bab 3: Negeri Puspa Sari Isteri Si Miskin telah melahirkan seorang anak lelaki dan diberi nama
Marakarma. Si Miskin telah menjumpai tempayan yang berisi emas ketika sedang
menggali lubang dan kehidupan mereka berubah dengan sekelip mata. Si Miskin percaya bahawa anak lelakinya itu membawa rahmat dan berdoa
agar terbina sebuah kerajaan. Dengan izin Allah, jadilah sebuah negeri dan Si Miskin memerintah kerajaan
yang bernama Puspa Sari dan menukar namanya kepada Maharaja Indera Angkasa dan isterinya bernama Tuan Puteri Ratna Dewi.
Kemudian, Tuan Puteri Ratna Dewi telah melahirkan seorang anak perempuan yang diberi nama Tuan Puteri Nila Kesuma.
Maharaja Indera Angkasa telah memerintah kerajaannya dengan adil dan beliau seorang yang berjiwa rakyat.
Tema dan PersoalanTema Ketabahan hati sepasang suami isteri yang berasal dari kayangan menempuh dugaan dan penderitaan hidup di bumi. Persoalan
Kemahuan untuk mencari suasana baru dalam kehidupan. Kesengsaraan dalam menempuh kehidupan dan tabah
mengharunginya. Ketaatan seorang isteri terhadap suaminya. Tuhan Maha Berkuasa untuk menentukan nasib hamba-
Nya. Kesaktian yang tidak dimiliki oleh manusia biasa.
Watak dan PerwatakanBetara Angkasa Indera Dewa (Si Miskin) Seorang maharaja di kayangan Gagah, berani, dermawan dan setiawan Ingin turun ke bumi melihat temasya raja-raja Sangat menyayangi isterinya Seorang yang sabar dan tabah
Dewi Kencana Isteri Betara Angkasa Indera Dewa Mengikut suaminya turun ke bumi Setia kepada suaminya Sangat menyayangi suaminya Seorang yang sabar dan tabah Mengidam buah mempelam dan nangka ketika hamil
Maharaja Indera Dewa Raja negeri Anta Beranta Seorang yang baik hati kerana memberi buah mempelam
dan nangka kepada isteri Si Miskin yang mengidam
Marakarma Anak Si Miskin dan Dewi Kencana Berasal dari kayangan Mempunyai paras rupa yang menawan
Latar Masa: Zaman dahulu kala, pada waktu pagi hingga malam
Tempat: di negeri kayangan, di negeri Anta Beranta dan di negeri Puspa Sari
Masyarakat: Masyarakat kayangan, masyarakat yang hidup dalam kemiskinan, masyarakat yang berani menempuh pelbagai kesusahan, dan masyarakat yang setia kepada pemerintah
Plot Permulaan:
Betara Angkasa Indera Dewa meminta keizinan daripada Betara Guru untuk turun ke bumi bagi melihat temasya raja-raja bersama isterinya, Dewi Kencana. Akhirnya dibenarkan oleh Betara Guru.
Perkembangan Betara Angkasa Indera Dewa dan isterinya telah turun ke bumi dan mereka hidup dalam kemiskinan. Mereka tinggal di negeri Anta Beranta.
Klimaks Si Miskin menjumpai tempayan yang berisi emas semasa sedang menggali tanah. Kemudian, kehidupan Si Miskin dan isterinya berubah menjadi senang.
Peleraian Si Miskin telah memerintah sebuah kerajaan bernama Puspa Sari. Si Miskin telah menukar namanya kepada Maharaja Indera Angkasa. Baginda hidup bahagia bersama isteri dan dua orang anak bernama Marakarma dan Puteri Nila Kesuma.
Gaya BahasaDiksi Penggunaan bahasa klasik. Contohnya: tajau, kaus, masyghulnya, bokor Penggunaan bahasa istana. Contohnya: bertitah, tuanku, patik, murka, bermohon
Simile: Terlalu sebak hati suaminya melihat tingkah laku isterinya itu seperti
orang hendak mati Repetisi: Hamba ini orang miskin, hamba minta daun nangka yang gugur ke bumi
barang sehelai
Nilai Keberanian - Betara Angkasa Indera dan isterinya berani
menempuh kesusahan hidup di bumi Kasih sayang - Dewi Kencana sanggup mengikut suaminya
turun ke bumi Tabah - Si Miskin dan isterinya tabah menghadapi hinaan
dan cercaan orang ramai Simpati - Maharaja Indera Dewa bersimpati terhadap Si
Miskin dan memberikan buah nangka dan mempelam yang diidamkan oleh isteri Si Miskin.
Pengajaran Kita hendaklah tabah menghadapi pelbagai dugaan dan
kesusahan Kita hendaklah bertimbang rasa dan tolong-menolong
sesama manusia Kita mestilah berani menghadapi risiko dalam kehidupan Jangan menghina dan mencerca orang lain walaupun orang
itu miskin dan susah
SEKIAN TERIMA KASIH