Ksj puisi tradisional pantun 4 kerat berjimat cermat

10
Puisi Tradisional Pantun Empat Kerat ( Berjimat Cermat) [email protected] cikgubmupsi.blogspot.com

Transcript of Ksj puisi tradisional pantun 4 kerat berjimat cermat

Page 1: Ksj puisi tradisional pantun 4 kerat berjimat cermat

Puisi TradisionalPantun Empat Kerat

( Berjimat Cermat)

[email protected]

cikgubmupsi.blogspot.com

Page 2: Ksj puisi tradisional pantun 4 kerat berjimat cermat

Pergi ke belukar memasang pikat, Pulangnya lewat di hujung petang; Jikalau sentiasa berjimat cermat, Rezeki secupak terasa segantang.

Maksud : Berasakan bahawa rezeki yang diperoleh mencukupi jika kita suka

mengamalkan sikap berjimat cermat.

Indah nian pemandangan dunia, Dari timur hingga selatan; Sikap berjimat amalan mulia, Orang boros sahabat syaitan.

Maksud : Berjimat cermat merupakan amalan yang terpuji, manakala membazir

pula merupakan amalan yang keji.

[email protected]

cikgubmupsi.blogspot.com

Page 3: Ksj puisi tradisional pantun 4 kerat berjimat cermat

Masak meranum buah ara, Jatuh sebiji di atas papan; Jika berjimat setiap perkara, Pasti terjamin masa hadapan.

Maksud : Orang yang berjimat cermat dapat menjamin masa depan yang cerah.

Sungguh pahit buah peria, Dimakan juga buat sayuran; Membesar belanja sikap sesia, Hanya menambah beban kewangan.

Maksud : Orang yang suka berbelanja berlebih-lebihan akan menanggung hutang

yang banyak.

[email protected]

cikgubmupsi.blogspot.com

Page 4: Ksj puisi tradisional pantun 4 kerat berjimat cermat

Singgah berehat di Kota Lama, Kuih dijamah air dihirup; Berjimat cermat suruhan agama, Jika diamal sejahteralah hidup.

Maksud : Orang yang berjimat cermat akan hidup bahagia kerana amalan ini

merupakan tuntutan agama.

Inderagiri pasirnya lumat, Tempat berkelah putera raja; Baik sedikit tetapi berjimat, Daripada banyak membazir sahaja.

Maksud Memiliki harta yang sedikit tetapi berjimat cermat lebih baik daripada

memiliki harta yang banyak tetapi membazir.

[email protected]

cikgubmupsi.blogspot.com

Page 5: Ksj puisi tradisional pantun 4 kerat berjimat cermat

Turun ke ladang memetik kacang,

Hendak dibuat masak lemak;

Segala urusan jika terancang,

Sikap membazir pasti terelak.

Maksud :

Rancanglah perbelanjaan agar tidak membazir.

[email protected]

cikgubmupsi.blogspot.com

Page 6: Ksj puisi tradisional pantun 4 kerat berjimat cermat

Tema

Menggalakkan manusia agar berjimat cermat danmengelakkan pembaziran.

Persoalan

Amalan berjimat cermat merupakan amalan yang mulia.

Orang yang berjimat cermat akan hidup senang.

Sikap boros akan membinasakan diri.

Merancang perbelanjaan memberi kebaikankepada kita.

[email protected]

cikgubmupsi.blogspot.com

Page 7: Ksj puisi tradisional pantun 4 kerat berjimat cermat

Unsur alam - kacang, sayur, pasir, belukar

Metafora - rezeki secupak terasa segantang

Aliterasi - hanya menambah beban kewangan (pengulangan konsonan ‘n’)

Asonansi - jikalau sentiasa berjimat cermat (pengulangan vokal ‘i’)

[email protected]

cikgubmupsi.blogspot.com

Page 8: Ksj puisi tradisional pantun 4 kerat berjimat cermat

Rasional

- bijak dalam merancang perbelanjaan.

Kesederhanaan

- bersederhana dalam berbelanja.

Kesyukuran

- bersyukur dengan apa yang dimiliki.

[email protected]

cikgubmupsi.blogspot.com

Page 9: Ksj puisi tradisional pantun 4 kerat berjimat cermat

Amalkan sikap berjimat cermat kerana membazir itu perbuatan syaitan.

Jangan boros dalam berbelanja dan elakkan daripada menanggung hutang.

Rancanglah perbelanjaan dengan bijak.

Amalkan sikap berjimat cermat agar masa depan lebih selamat dan terjamin.

[email protected]

cikgubmupsi.blogspot.com

Page 10: Ksj puisi tradisional pantun 4 kerat berjimat cermat

[email protected]

cikgubmupsi.blogspot.com