kskp

20
8/8/2019 kskp http://slidepdf.com/reader/full/kskp 1/20 KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN SEJARAH RINGKAS PERKEMBANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH MALAYSIA. 1970an – KEMAS dan JPNIN memulakan kelas prasekolah awam 1986 – Buku Panduan Prasekolah Malaysia dikeluarkan oleh KPM 1992 – KPM memulakan Prasekolah 1993 – Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia dikeluarkan oleh KPM 2003 – Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) 2008/9 – KPK disemak semula RASIONAL PENYEMAKAN KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) disemak semula untuk memastikan kurikulum yang holistik, tidak terlalu akademik dan tidak terlalu membebankan, mengikut keperluan semasa serta ada kesinambungan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah PERUBAHAN YANG BERLAKU Sistem pendidikan Negara perlu memberi penekanan kepada: Pembangunan modal insan Penghasilan pelajar celik minda Pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat Program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif PERUBAHAN YANG DILAKUKAN 1.Kurikulum yang relevan dengan keperluan semasa dan cabaran masa depan

Transcript of kskp

Page 1: kskp

8/8/2019 kskp

http://slidepdf.com/reader/full/kskp 1/20

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN 

SEJARAH RINGKAS PERKEMBANGAN PENDIDIKANPRASEKOLAH MALAYSIA.

1970an – KEMAS dan JPNIN memulakan kelas prasekolah awam

1986 – Buku Panduan Prasekolah Malaysia dikeluarkan oleh KPM

1992 – KPM memulakan Prasekolah

1993 – Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia

dikeluarkan oleh KPM

2003 – Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK)

2008/9 – KPK disemak semula

RASIONAL PENYEMAKAN KURIKULUM PRASEKOLAH

KEBANGSAAN.

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) disemak semula untukmemastikan kurikulum yang holistik, tidak terlalu akademik dan tidak

terlalu membebankan, mengikut keperluan semasa serta adakesinambungan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

PERUBAHAN YANG BERLAKU

Sistem pendidikan Negara perlu memberi penekanan kepada:

• Pembangunan modal insan

• Penghasilan pelajar celik minda

• Pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran danmaklumat

Program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan yang

berfikiran kritis, kreatif dan inovatif 

PERUBAHAN YANG DILAKUKAN

1.Kurikulum yang relevan dengan keperluan semasa dan cabaran

masa depan

Page 2: kskp

8/8/2019 kskp

http://slidepdf.com/reader/full/kskp 2/20

2.Memperkukuhkan kemahiran berfikir, berkomunikasi, inovasi,kreativiti dan keusahawanan.

3.Memastikan murid mempunyai nilai tambah seperti penguasaan

pelbagai bahasa, beretika, yakin diri, jati diri, daya kepimpinan,

semangat patriotik, pegangan teguh kepada ajaran agama

4.Memastikan kanak-kanak Malaysia mendapat early start dalam

pendidikan melalui program prasekolah

5.Menjadikan pengalaman pembelajaran di prasekolah lebih bermakna

dan menyeronokkan

6.Memastikan kesinambungan antara prasekolah dengan Tahun 1.

7.Menambahbaik Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang sedia ada.

KEDUDUKAN PRASEKOLAH DALAM SISTEM PERSEKOLAHAN

MALAYSIA

PENEKANAN KURIKULUM DAN TAHAP PERSEKOLAHAN DALAM

KURIKULUM TRANSFORMASI.

Page 3: kskp

8/8/2019 kskp

http://slidepdf.com/reader/full/kskp 3/20

4 M

Membaca

Menulis

Mengira

Menaakul

MATLAMAT DAN OBJEKTIF KURIKULUM STANDARD

PRASEKOLAH KEBANGSAAN 2010

Matlamat

Kurikulum Standard PraSekolah Kebangsaan 2010 (KSPK) Pendidikan

prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak

berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadudalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui

persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktivitiyang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk

meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentukkonsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya

dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabarandan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.

4 kata kekunci

•Menyuburkan (Enriching)

•Aktif Penglibatan (Engaging)

Page 4: kskp

8/8/2019 kskp

http://slidepdf.com/reader/full/kskp 4/20

•Selamat (Safe)

•Seronok (Fun)

OBJEKTIF KSPK

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada

murid berumur 4-6 untuk mencapai objektif berikut

Jasmani:

•Mempunyai tubuh badan yang sihat

•Mempunyai kecergasan dan kemahiran fizikal asas

•Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik

•Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan

•Menguasai kemahiran psikomotor asas – kemahiran motor halus dan

motor kasar

Emosi:

•Mempunyai konsep kendiri yang positif 

•Mempunyai keyakinan diri

•Mempunyai jati diri

•Berani mencuba

•Mempunyai kematangan emosi

•Menghormati perasaan dan hak orang lain

Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara

berkumpulan

Intelek:

•Berkomunikasi dengan baik (membaca, menulis dan bertutur)menggunakan bahasa Malaysia

•Berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Inggeris

Page 5: kskp

8/8/2019 kskp

http://slidepdf.com/reader/full/kskp 5/20

•Berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Cina (untuk yangberkenaan)

•Berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Tamil ( untuk yang

berkenaan)

•Memperolehi kemahiran proses sains asas

•Memperolehi kemahiran matematik asas

•Memperolehi kemahiran berfikir asas, kemahiran menaakul

•Memperolehi kemahiran asas dalam menyelesaikan masalah dalamkehidupan seharian murid

•Mempunyai daya kreatif dan estetika

•Menghargai keindahan alam dan warisan budaya

Rohani:

•Mengamalkan nilai murni

•Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid

beragama Islam.

Sosial:

•Berkebolehan berkomunikasi yang mantap.

•Membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa danrakan sebaya.

•Menyuarakan pandangan dan perasaan.

•Bekerjasama dengan orang lain.

TUNJANG-TUNJANG DALAM KURIKULUM STANDARDPRASEKOLAH KEBANGSAAN.

Page 6: kskp

8/8/2019 kskp

http://slidepdf.com/reader/full/kskp 6/20

REKABENTUK KURIKULUM

• Kurikulum berasaskan Standard

• Kurikulum berbentuk modular

KURIKULUM BERASASKAN STANDARD

Page 7: kskp

8/8/2019 kskp

http://slidepdf.com/reader/full/kskp 7/20

Justifikasi Penggunaan Standard.

•Tujuan utama penetapan standard adalah untuk ekuiti dan kualiti.

•Ekuiti membawa maksud semua murid diberi peluang pendidikan

yang sama

•Kualiti membawa maksud bahawa semua murid perlu diberipendidikan yang berkualiti.

•Lantaran matlamat kurikulum berasaskan standard adalah untuk

memberi pendidikan berkualiti yang sama kepada semua murid.

•Kebertanggungjawaban (Accountability) guru dan pentadbir

o Memastikan SEMUA murid melepasi piawai standard yang

ditetapkano Memastikan semua prasekolah awam dan swasta

mematuhi keperluan dalam Kurikulum StandardPrasekolah Kebangsaan.

•Skema dan piawai pengukuran

o Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur

dengan jelas untuk tujuan meningkatkan tahap

pembelajaran murid

o Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for

learning)

o Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah

Page 8: kskp

8/8/2019 kskp

http://slidepdf.com/reader/full/kskp 8/20

KURIKULUM BERBENTUK MODULAR 

•Kurikulum yang berbentuk modular merupakan satu kurikulum yang

kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam

bentuk bahagian atau unit,bahagian atau unit ini dinamakan modul.

DUA JENIS MODUL

•Modul Teras Asas

•Modul Bertema

Modul Teras Asas

•Bahasa Malaysia

•Bahasa Inggeris

•Bahasa Cina/Bahasa Tamil

•Pendidikan Islam/Pendidikan Moral

•Matematik

•Aktiviti di Luar (Outdoor activity)

Modul Bertema

•Modul Bertema merupakan modul bersepadu yang merangkumiunsur-unsur dalam keenam-enam Tunjang dan juga unsur kreatif,

kritis dan inovatif. Modul Bertema dibina menggunakan isukehidupan/peristiwa seharian kanak-kanak.

Page 9: kskp

8/8/2019 kskp

http://slidepdf.com/reader/full/kskp 9/20

Justifikasi penggunaan modul

•Bersifat dinamik

o pertambahan dan pengurangan kandungan boleh

dilakukan tanpa menjejaskan keseluruhan kurikulum

• Pelaksanaan p & p yang fleksibel

o Guru ada pilihan menggunakan modul mengikutkesesuaian

PERUNTUKAN MASA

Page 11: kskp

8/8/2019 kskp

http://slidepdf.com/reader/full/kskp 11/20

PRINSIP PEMBELAJARAN

Prinsip Pembelajaran yang dijadikan Fokus

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dibina berlandaskan

prinisip Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan dan teoripembelajaran konstruktivisme di mana:

•Murid membina pengetahuan sendiri, pengajaran tidak dijalankan

secara spoon feeding.

•Murid diberi peluang untuk berfikir dan menyelesaikan masalah.

•Perbezaan individu dibenarkan.

•Murid belajar mengikut kadar sendiri.

•Guru mengajar dengan mengaitkan dengan pengalaman seharianmurid.

STANDARD PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

•Standard Pengajaran dan Pembelajaran menerangkan apa yang perludiketahui dan dilakukan oleh guru prasekolah semasa pengajaran dan

pembelajaran.

Standard Pengajaran dan Pembelajaran Pertama:

Page 12: kskp

8/8/2019 kskp

http://slidepdf.com/reader/full/kskp 12/20

•Guru prasekolah perlu membuat perancangan pengajaran danpembelajaran berdasarkan keperluan kurikulum dan keperluan kanak-

kanak.

•Guru prasekolah perlu membuat perancangan jangkamasa panjang

(contohnya Rancangan Tahunan) dan jangkamasa pendek (contohnyaRancangan Harian) berdasarkan keperluan Kurikulum StandardPrasekolah Kebangsaan dan keperluan kanak-kanak.

•Guru prasekolah merancang pengajaran dan pembelajaran yang

dapat menyokong perkembangan murid dalam aspek berikut:

• Kreativiti

• Pemikiran logikal

• Kemahiran Menaakul

• Perkembangan Rohani

• Pembentukan sikap positif dan nilai murni

• Perkembangan fizikal dan kesihatan

• Kreativiti dan estetika

•Guru prasekolah memilih kandungan, bahan dan kaedah pengajaranyang sesuai dengan minat, tahap kebolehan, pengalaman dan

pengetahuan murid-murid.

•Guru prasekolah membimbing dan menjadi fasilitator dalampembelajaran murid dengan:

• Mengenalpasti dan memberi respons kepada diversiti murid dan

menggalak semua murid berfikir secara kritis dan kreatif.

• Memodelkan proses berfikir kritis dan kreatif.

•Guru menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang

menyokong pembangunan komuniti murid yang kreatif dan berfikiranterbuka dengan:

• Menunjukkan sikap positif terhadap idea baru murid.

• Memberi peluang kepada murid untuk terlibat dalam proses

membuat keputusan.• Memberi tanggungjawab kepada murid terhadap pembelajaran

mereka sendiri.

Standard Pengajaran dan Pembelajaran Kedua:

Page 13: kskp

8/8/2019 kskp

http://slidepdf.com/reader/full/kskp 13/20

•Guru prasekolah perlu menggunakan pendekatan yang bersesuaiandengan tahap perkembangan kanak-kanak(developmentally

appropriate) supaya pembelajaran berkesan dan membawa maknakepada murid.

•Guru prasekolah perlu menggunakan pendekatan berikut mengikutkesesuaian standard kandungan dan standard pembelajaran yanghendak dicapai:

• Pembelajaran Berpusatkan murid

• Inkuiri Penemuan

• Belajar Melalui Bermain

• Pendekatan Bersepadu

• Pendekatan Bertema

• Pembelajaran Berasaskan Projek

• Pembelajaran Masteri (terutamanya dalam penguasaan bahasadan kemahiran)

• Pembelajaran Kontekstual (menggunakan pengalaman murid,alam persekitaran murid)

• Pembelajaran berdasarkan kepelbagaian kecerdasan (Multiple

intelligences)

Standard Pengajaran dan Pembelajaran Ketiga:

•Guru prasekolah menjalankan pentaksiran secara berterusan

menggunakan pelbagai kaedah seperti yang dinyatakan di Standard

Pentaksiran.

Standard Pengajaran dan Pembelajaran Keempat:

•Guru prasekolah perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yangkondusif dalam bilik prasekolah.

•Guru prasekolah menyediakan persekitaran yang selamat, ceria,

selesa dan mesra dalam kelas.

•Guru prasekolah mewujudkan pusat-pusat pembelajaran dalam kelas

prasekolah.

•Guru prasekolah melengkapkan pusat pembelajaran dengan bahan

yang sesuai, mencukupi dan updated.

•Guru prasekolah memastikan pusat pembelajaran sentiasa kemas.

Page 14: kskp

8/8/2019 kskp

http://slidepdf.com/reader/full/kskp 14/20

•Guru prasekolah melibatkan murid dalam merekabentuk pusatpembelajaran.

Standard Pengajaran dan Pembelajaran Kelima:

•Penglibatan ibubapa dan komuniti setempat amat penting dalampendidikan awal kanak-kanak. Guru memainkan peranan yang penting

dalam membina perhubungan antara sekolah dan ibubapa murid.

•Pihak pengurusan sekolah dan guru perlu cuba menjalinkanperhubungan yang baik dengan ibubapa/penjaga melalui pelbagai

cara.

•Guru perlu membantu pihak pengurusan sekolah membentuk jawatankuasa yang melibatkan waris/ibubapa/penjaga murid.

•Guru perlu mengaturkan perjumpaan dengan ibubapa/penjaga secaraberkala, sekurang-sekurangnya dua kali setahun.

•Pihak sekolah dan guru perlu melibatkan ibubapa dalam program dan

aktiviti sekolah seperti Hari Sukan, Hari Keluarga, Gotong Royong,

lawatan dan program keibubapaan.

•Guru perlu memberi penerangan tentang kurikulum prasekolah

termasuk kaedah pentaksiran kepada ibubapa.

•Pihak pengurusan sekolah dan guru membuat lawatan ke rumahuntuk murid yang bermasalah jika perlu.

•Guru perlu berusaha mewujudkan kesinambungan pengajaran dan

pembelaran dari sekolah ke rumah.

Standard Pengajaran dan Pembelajaran Keenam:

•Guru Prasekolah menghadapi keadaan di mana terdapat murid

keperluan khas dalam kelas mereka. Guru prasekolah perlu membantumengenalpasti murid keperluan khas ini dan memberi nasihat yang

bersesuaian kepada ibubapa.

•Guru perlu mengenalpasti murid keperluan khas menggunakanborang pengesanan yang telah disediakan di sekolah.

•Pihak pengurusan dan guru perlu menasihatkan ibubapa untuk

menghantar murid tersebut ke sekolah pendidikan khas jika perlu.

Page 15: kskp

8/8/2019 kskp

http://slidepdf.com/reader/full/kskp 15/20

STANDARD P & P (Overview)

•Guru prasekolah perlu membuat perancangan pengajaran dan

pembelajaran berdasarkan keperluan kurikulum dan keperluan kanak-

kanak.

•Guru prasekolah perlu menggunakan pendekatan yang bersesuaian

dengan tahap perkembangan kanak-kanak(developmentally

appropriate) supaya pembelajaran berkesan dan membawa maknakepada murid.

•Guru prasekolah menjalankan pentaksiran secara berterusanmenggunakan pelbagai kaedah seperti yang dinyatakan di Standard

Pentaksiran.

•Guru prasekolah perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yangkondusif dalam bilik prasekolah.

•Penglibatan ibubapa dan komuniti setempat amat penting dalam

pendidikan awal kanak-kanak. Guru memainkan peranan yang pentingdalam membina perhubungan antara sekolah dan ibubapa murid.

•Guru Prasekolah menghadapi keadaan di mana terdapat murid

keperluan khas dalam kelas mereka. Guru prasekolah perlu membantumengenalpasti murid keperluan khas ini dan memberi nasihat yang

bersesuaian kepada ibubapa.

STANDARD PENTAKSIRAN

Standard Pentaksiran Pertama:

•Pentaksiran harus dijalankan konsisten dengan tujuan pentaksiran

yang ditetapkan.

•Tujuan pentaksiran adalah untuk:

• Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat

umur.• Mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh

dan mempertingkatkan perkembangan mereka secara

menyeluruh.

• Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam

pembelajaran dari semasa ke semasa.

Page 16: kskp

8/8/2019 kskp

http://slidepdf.com/reader/full/kskp 16/20

• Memberi maklumbalas terhadap kemajuan murid dalam semuaaspek yang dirangkumi dalam Kurikulum Standard Prasekolah

Kebangsaan.

• Mengesan keberkesanan pengajaran guru.

•Hasil pentaksiran dianalisiskan untuk membantu guru merancangtindakan susulan yang berkesan untuk:

• Mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domainkognitif, afektif dan psikomotor.

• Membantu pembelajaran murid.

• Memperbaiki pengajaran guru dan seterusnya meningkatkan

mutu pengajaran dan pembelajaran guru.

Standard Pentaksiran Kedua:

•Pentaksiran harus dijalankan keatas pengetahuan, kemahiran dan

sikap yang dirangkumi dalam Kurikulum Standard Prasekolah

Kebangsaan.

•Pentaksiran secara menyeluruh merangkumi semua Tunjang dalam

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan termasuk:

• Penerapan nilai

• Pembentukan sikap

• Penguasaan kemahiran

• Status kecergasan• Status kesihatan

• Kesediaan sosial (social readiness)

•Aktiviti kokurikulum dan ektra-kurikulum tidak harus ditaksirkan

kerana pada peringkat umur ini murid tidak dapat menyertai aktiviti ini

secara berdikari.

•Penyertaan dan kemenangan dalam pertandingan tidak boleh

diambilkira sebagai hasil pentaksiran di peringkat prasekolah. Pada

peringkat umur ini pemilihan untuk pertandingan melibatkan banyak

faktor dan bukan sahaja atas kebolehan individu.

Standard Pentaksiran Ketiga:

•Pentaksiran dijalankan secara berterusan sepanjang masa.

Standard Pentaksiran Keempat:

Page 17: kskp

8/8/2019 kskp

http://slidepdf.com/reader/full/kskp 17/20

•Kaedah pentaksiran harus sah dan sahih, sesuai denganperkembangan kanak-kanak dan berasaskan kaedah saintifik.

•Kaedah yang digunakan adalah penilaian berasaskan kriteria dan

bukan perbandingan antara murid.

•Kaedah pentaksiran yang digunakan adalah seperti berikut:

• Pemerhatian berterusan

• Penilaian hasil kerja

•Kaedah berikut tidak diiktirafkan dalam pendidikan awal kanak-

kanak:

• Ujian atau peperiksaan formal

• Ujian kertas and pensil

•Pentaksiran harus dijalankan secara adil, sah dan sahih.

•Proses dan kaedah pentaksiran tidak terlalu rumit.

•Data yang dikumpulkan perlu dianalisiskan supaya inferens ataukesimpulan yang dibuat adalah sah dan sahih.

•Merekod adalah aktiviti mencatat maklumat secara sistematik

berkaitan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid

. Contoh rekod adalah seperti berikut:

•Senarai Semak.

•Skala Kadar.

•Rekod Anekdot.

•Rekod Berterusan (Running Record).

•Portfolio

Standard Pentaksiran Kelima:

•Hasil pentaksiran digunakan untuk merancang tindakan susulan demimeningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dan untuk

membantu pengajaran.

Page 18: kskp

8/8/2019 kskp

http://slidepdf.com/reader/full/kskp 18/20

•Hasil pentaksiran diserahkan kepada guru Tahun 1 selepas muridtamat prasekolah untuk tujuan kesinambungan pentaksiran formatif.

•Hasil pentaksiran digunakan untuk memberi laporan dan maklumat

kepada ibubapa mengenai kemajuan anak-anak mereka.

•Hasil pentaksiran digunakan untuk mengenalpasti masalah murid-

murid sama ada mereka perlu dirujuk kepada pakar.

Standard Pentaksiran Keenam:

•Pentaksiran harus dijalankan dengan penuh beretika, hak asasi

kanak-kanak perlu dipatuhi.

•Hasil pentaksiran setiap murid tidak harus didedahkan kepada oranglain, ia hanya boleh ditunjukkan kepada ibubapa dan pihak tertentu

sahaja.

•Hasil pentaksiran tidak boleh digunakan untuk melabelkan kanak-kanak. Pada peringkat umur ini kebolehan dan kemajuan murid amat

dipengaruhi oleh kadar pertumbuhan mereka. Melabelkan kanak-

kanak pada peringkat umur ini akan mempunyai kesan yang negatif dalam perkembangan kanak-kanak ini kelak.

•Kanak-kanak dalam peringkat ini memerlukan banyak motivasi, guruperlu elakkan daripada melabelkan murid sebagai mendapat ’A’ atau

’B’ dan seterusnya.

Kebolehan kanak-kanak dalam umur ini bukan sesuatu yang tetaptetapi boleh berubah, contohnya kanak-kanak perempuan secara

fisiologinya berkembang lebih cepat dalam penguasaan bahasa

daripada kanak-kanak lelaki, adalah tidak wajar melabelkan muridlelaki sebagai lambat daripada perempuan.

Standard Pentaksiran (overview)

•Pentaksiran harus dijalankan konsisten dengan tujuan pentaksiran

yang ditetapkan.

•Pentaksiran harus dijalankan keatas pengetahuan, kemahiran dan

sikap yang dirangkumi dalam Kurikulum Standard PrasekolahKebangsaan.

•Pentaksiran dijalankan secara berterusan sepanjang masa.

Page 19: kskp

8/8/2019 kskp

http://slidepdf.com/reader/full/kskp 19/20

•Kaedah pentaksiran harus sah dan sahih, sesuai denganperkembangan kanak-kanak dan berasaskan kaedah saintifik.

•Hasil pentaksiran digunakan untuk merancang tindakan susulan demi

meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dan untuk

membantu pengajaran.

•Pentaksiran harus dijalankan dengan penuh beretika, hak asasi

kanak-kanak perlu dipatuhi.

STANDARD DOMAIN KREATIVITI

•Pemikiran kreatif dan inovatif perlu dipupuk di kalangan murid

semasa proses pengajaran dan pembelajaran mulai dari prasekolahlagi.

•Peluang untuk murid berfikir secara kreatif dan inovatif bolehdiberikan dalam banyak konteks yang berbeza dan bolehdiintegrasikan dalam banyak aktiviti dalam dan luar bilik darjah.

•Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas prasekolah perlu

memberi peluang kepada murid agar mereka:

• suka menyoal dan mencari jawapan

• membuat perkaitan dan melihat hubung kait

• menjangka apa yang akan berlaku

membuat spekulasi tentang kemungkinan• meneroka idea

• berfikir secara literal

• sentiasa membuat refleksi secara kritikal tentang idea, tindakandan hasil.

•Pemupukan kreativiti dan inovasi dalam kurikulum prasekolah

dimantapkan melalui dua pendekatan utama, iaitu:

• Penerapan kreativiti dalam semua tunjang melalui aktivitipengajaran dan pembelajaran

• Memberi fokus khusus kepada kreativiti melalui pendidikanmuzik dan pendidikan seni visual

•Standard Domain Kreatif di prasekolah terdiri daripada dua

komponen iaitu: pemikiran kreatif dan pemupukan sikap danpersonaliti.

Page 20: kskp

8/8/2019 kskp

http://slidepdf.com/reader/full/kskp 20/20

Standard Domain Kreativiti Pertama:

•Guru Prasekolah perlu menyediakan peluang kepada murid untuk

meningkatkan kemahiran berfikir kreatif mereka

•Standard ini mencadangkan bahawa:

• Murid diberi peluang meneroka dan mencuba idea untukmenghasilkan karya/ciptaan yang asli, penyelesaian masalah

dan membuat keputusan.

• Murid mengikuti proses berfikir seperti yang disenaraikan

dibawah dengan bimbingan guru.

Standard Domain Kreativiti Kedua:

•Guru Prasekolah perlu menyediakan peluang kepada murid agar

mereka menghayati dan menghargai nilai estetik dalam kehidupan danseterusnya meningkatkan naluri mereka untuk terus menghasilkankarya kreatif secara berterusan dan beretika.

SUMBER: Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran

Malaysia