Kt-kumpulan Bahasa Melayu

7

Click here to load reader

Transcript of Kt-kumpulan Bahasa Melayu

Page 1: Kt-kumpulan Bahasa Melayu

Kursus Kajian TindakanPeringkat Negeri Johor

Proposal Kajian Tindakan

Meningkatkan Kefahaman Penggunaan Kata Sendi ‘di’ danImbuhan Awalan ‘di’ di kalangan 10 orang Pelajar Tingkatan Lima

Oleh,

KUMPULAN BAHASA MELAYU :

PN. AFIDAH BT. SALLEHPN. ROSITA BT. DINCIK TAN SOO SOO

26 Jun 2004 – 30 Jun 2004di Pusat Sumber Pendidikan Negeri,

Skudai, Johor Bahru

Page 2: Kt-kumpulan Bahasa Melayu

1.0 Tajuk Kajian :

Meningkatkan Kefahaman Penggunaan Kata Sendi ‘di’ dan Imbuhan Awalan ‘di’ di kalangan 10 orang Pelajar Tingkatan Lima.

2.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran :

Saya mengajar Bahasa Melayu tingkatan 5 Al-Biruni, iaitu kelas yang keenam daripada tujuh kelas. Pada awal pengajaran dan pembelajaran, saya telah meminta para pelajar menulis karangan ringkas tentang pengalaman bercuti pada cuti penggal yang lalu. Karangan itu ditulis oleh pelajar tanpa perbincangan di kelas. Tujuan saya ingin melihat tahap penguasaan tatabahasa mereka.Saya mendengar sungutan daripada guru-guru Bahasa Melayu tingkatan empat tentang tahap penguasaan tatabahasa dan penulisan mereka yang lemah. Oleh itu, saya ingin mengenal pasti kelemahan tersebut.

Setelah saya memeriksa karangan mereka, saya mendapati kesalahan penggunaan tatabahasa yang banyak, terutama kata sendi ‘di’. Sebahagian besar, iaitu 10 orang pelajar lelaki (40%) tidak dapat membezakan penggunaan kata sendi ‘di’ dengan imbuhan awalan ‘di’, walaupun mereka telah didedahkan dengan mendalam semasa saya mengajar mereka di tingkatan tiga.

Apabila saya bertanya kepada mereka tentang keadaan ini, jawapan mereka mudah sahaja, iaitu “nak cepat, cikgu…” “Alah, sama aje cikgu…” Mereka tidak sedar bahawa kesalahan yang dilakukan oleh mereka akan menjejaskan markah bahasa. Timbul persoalan, adakah saya perlu mengajar semula penggunaan kata sendi ‘di’ dan membezakannya dengan penggunaan imbuhan awalan ‘di’? Apakah yang boleh saya lakukan untuk memantapkan kefahaman mereka tentang penggunaan kata sendi ‘di’?Saya telah berbincang dengan rakan-rakan saya dalam mesyuarat Panitia Bahasa Melayu. Kami bersetuju bahawa kelemahan ini agak ketara dan mesti diatasi.

Pelbagai kaedah telah saya usahakan, namun masih ada pelajar yang melakukan kesalahan yang sama dan berulang. Saya telah meminta pelajar-pelajar memberi contoh golongan kata. Aktiviti seterusnya ialah mereka menulis frasa-frasa kerja yang menggunakan kata sendi ‘di ’dan frasa-frasa nama yang menggunakan imbuhan awalan ‘di’. Saya mendapati bahawa kesalahan-kesalahan kata sendi ‘di’ masih berulang. Sekiranya saya tidak membetulkan keadaan ini, saya pasti pelajar-pelajar tidak dapat menulis ayat-ayat yang gramatis.

Page 3: Kt-kumpulan Bahasa Melayu

3. Isu Keprihatinan / Fokus Kajian

Saya hanya akan fokuskan kajian ini kepada masalah penggunaan kata sendi ‘di’ dan perbezaannya dengan imbuhan awalan ‘di’. Didapati pelajar masih melakukan kesalahan seperti berikut :

-kata sendi ‘di’ ditulis rapat dengan kata nama. Contoh : dirumah, disekolah, disini, diatas

-imbuhan awalan ‘di’ ditulis jauh dengan kata kerja. Contoh : di buat, di makan, di tulis, di kasihi

Kaedah yang akan saya gunakan bagi membantu pelajar-pelajar ini ialah;

i) Mengadakan Kuiz “Padan dan Menang”ii) Penulisan Harian sebagai pengukuhan kefahaman pelajar iii) Membetulkan petikan yang diedarkan oleh guru.

Tindakan saya membantu pelajar-pelajar ini akan meningkatkan kemahiran membina ayat yang tepat, jelas dan gramatis. Jika tidak, kemungkinan pelajar-pelajar ini akan terus melakukan kesalahan yang berulang-ulang sehingga menjejaskan penulisan jawapan tatabahasa,pemahaman, rumusan dan karangan.

4. Objektif

4.1 Objektif Am :

Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan penggunaan kata sendi ‘di’ dan imbuhan awalan ‘di’ di kalangan 10 orang pelajar tingkatan lima.

4.2 Objektif Khusus :

• Pelajar diharap dapat memberi 5 contoh kata nama dan 5 contoh kata kerja.• Pelajar dapat menggunakan kata sendi ‘di’ dan imbuhan awalan ‘di’ yang

betul.• Guru peka kepada kesalahan penggunaan kata sendi ‘di’ dan imbuhan

awalan ‘di’.• Guru mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran di kalangan

pelajar yang lemah.

5. Kumpulan Sasaran

Page 4: Kt-kumpulan Bahasa Melayu

Kajian ini melibatkan 10 orang pelajar lelaki Melayu di Tingkatan Lima Al-Biruni.

6. Tindakan Yang Dicadangkan

i) Tinjauan Masalah

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini ialah mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar tersebut. Tinjauan dijalankan dengan mengutip data seperti berikut:

Latihan karangan pelajar bagi mengesan kesilapan penggunaan kata sendi ‘di’ dalam ayat yang dibina

Menjawab soalan pemahaman, bagi mengesan kesilapan penggunaan kata sendi ‘di’ yang berulang-ulang.

Menganalisis Ujian Bulan Mac (Ujian Pertama)

ii) Program “Kuiz Padan dan Menang”

Cara Pelaksanaan:

a. Guru menyediakan 50 kad padanan yang tertulis perkataan kata kerja dan kata nama (kata nama arah dan kata nama tempat)

b. Guru membahagikan pelajar-pelajar kepada 2 kumpulan dan guru menerangkan perjalanan kuiz ini. Kuiz ini dijalankan selama 10 minit sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

b. Guru meminta pelajar memadankan 10 kad yang diberikan dengan kata sendi ‘di’ atau imbuhan awalan ‘di’ yang betul.

c. Guru akan mencatatkan markah yang diperoleh oleh ahli kumpulan setiap minggu selama sebulan.

d. Kuiz ini akan diulang dan tumpuan akan diberi kepada pelajar yang masih melakukan kesalahan yang sama.

e. Guru akan menganalisis markah berdasarkan jawapan yang diperoleh oleh setiap pelajar.

Page 5: Kt-kumpulan Bahasa Melayu

f. Guru menguji ingatan dan pengetahuan pelajar dengan memberikan Ujian Khas.

g. Bagi pelajar yang ada peningkatan, mereka akan meneruskan dengan tajuk yang lain. Manakala bagi pelajar yang tidak menunjukkan peningkatan minimum 50%, kaedah baru akan digunakan. (Gelung 2)

8. Jadual Pelaksanaan

Bil Aktiviti Tarikh Pelaksanaan

1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal

1 April 2004

2 Menulis Proposal Kajian 8 April 20043 Merancang Tindakan 14 April 20044 Melaksanakan Tindakan 19 April 20045 Menilai Keberkesanan Aktiviti 19 Mei 20046 Ujian untuk mengesan pencapaian pelajar 24 Mei 20047 Refleksi Kajian 27 Mei 20048 Menulis Laporan Kajian 29 Mei 20049 Pembentangan Dapatan Kajian 17 Jun 2004

9. Kos Kajian

Bil Jenis Bahan Kuantiti Harga Seunit Jumlah Kos

1 Kad Manila 20 keping RM0.50 RM 10.002 Pen Marker 5 batang RM2.00 RM 10.003 Plestersin 2 kotak RM4.00 RM 8.004 Buku Catatan Guru 1 buah RM4.50 RM 4.505 Kertas A4 1 rim RM8.00 RM 8.00

Jumlah RM 40.50

Page 6: Kt-kumpulan Bahasa Melayu