kualitatif

14
Pengenalan Mutakhir ini, teknologi maklumat dan komunikasi ( TMK ) semakin pesat berkembang dan telah mula mempengaruhi budaya kehidupan masa kini. Dalam bidang pendidikan, pengintegrasian TMK membawa pengalaman pengajaran dan pembelajaran selangkah lebih maju. Anjakan pedagogi dan kaedah mengajar baharu diwujudkan dalam memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran yang terbaik. Kajian dari penyelidik- penyelidik yang lepas telah membuktikan pengintegrasian teknologi dapat merevolusikan teknik pengajaran guru, kaedah murid belajar dan cara penyampaian yang berkesan. Terdapat pelbagai cara untuk guru mengintegrasikan TMK di dalam bilik darjah seperti menggunakan slaid powerpoint, membuat tayangan video, permainan viseo interaktif dan macam-macam lagi. Di samping menarik minat murid, kaedah ini juga telah terbukti berjaya menyampaikan pembelajaran dengan lebih berkesan dan senang difahami oleh murid. Contohnya, guru sains dapat menunjukkan gambar pergerakan atau eksperimen dengan tayangan video agar murid dapat melihat sendiri perkembangan pada setiap langkah dalam eksperimen itu berbanding mengimaginasikannya sahaja. ...masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang inovatif yang bukan sahaja menjadi pengguna kepada teknologi malah menjadi penyumbangkepada dunia sains dan teknologi pada masa depan...( Mahathir Mohamad, 1998 ) Masanya telah tiba untuk budaya persekolahan berubah kepada amalan bermaklumat, kreatif, bijak berfikir dan penyayang dengan mengaplikasikan TMK dalam bilik darjah. Guru menggunakan TMK dalam pembelajaran untuk memudahkan mereka berhubung dan mencapai murid mereka. Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) memandang serius perkara ini dan mengambil langkah dengan memastikan guru-guru keluaran Institut Pendidikan Guru semuanya telah pun didedahkan dan dilatih dengan baik untuk menggunakan TMK dalam pengajaran harian mereka. KPM juga telah menjalankan pelbagai kempen, promosi, bengkel, latihan, serta menyediakan modul penggunaan bagi memastikan kejayaan

description

j

Transcript of kualitatif

Page 1: kualitatif

Pengenalan 

Mutakhir ini, teknologi maklumat dan komunikasi ( TMK ) semakin pesat berkembang dan

telah mula mempengaruhi budaya kehidupan masa kini. Dalam bidang pendidikan,

pengintegrasian TMK membawa pengalaman pengajaran dan pembelajaran selangkah lebih

maju. Anjakan pedagogi dan kaedah mengajar baharu diwujudkan dalam memastikan sesi

pengajaran dan pembelajaran yang terbaik. Kajian dari penyelidik-penyelidik yang lepas

telah membuktikan pengintegrasian teknologi dapat merevolusikan teknik pengajaran guru,

kaedah murid belajar dan cara penyampaian yang berkesan.

Terdapat pelbagai cara untuk guru mengintegrasikan TMK di dalam bilik darjah seperti

menggunakan slaid powerpoint, membuat tayangan video, permainan viseo interaktif dan

macam-macam lagi. Di samping menarik minat murid, kaedah ini juga telah terbukti berjaya

menyampaikan pembelajaran dengan lebih berkesan dan senang difahami oleh murid.

Contohnya, guru sains dapat menunjukkan gambar pergerakan atau eksperimen dengan

tayangan video agar murid dapat melihat sendiri perkembangan pada setiap langkah dalam

eksperimen itu berbanding mengimaginasikannya sahaja.

“...masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang inovatif yang

bukan sahaja menjadi pengguna kepada teknologi malah menjadi

penyumbangkepada dunia sains dan teknologi pada masa depan...”

( Mahathir Mohamad, 1998 )

Masanya telah tiba untuk budaya persekolahan berubah kepada amalan bermaklumat, kreatif,

bijak berfikir dan penyayang dengan mengaplikasikan TMK dalam bilik darjah. Guru

menggunakan TMK dalam pembelajaran untuk memudahkan mereka berhubung dan

mencapai murid mereka. Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) memandang serius

perkara ini dan mengambil langkah dengan memastikan guru-guru keluaran Institut

Pendidikan Guru semuanya telah pun didedahkan dan dilatih dengan baik untuk

menggunakan TMK dalam pengajaran harian mereka. KPM juga telah menjalankan pelbagai

kempen, promosi, bengkel, latihan, serta menyediakan modul penggunaan bagi memastikan

kejayaan pelaksanaan penggunaan suatu inovasi teknologi itu di sekolah. Walaupun

penggunan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran sudah lama didedahkan dan juga

terbukti memberi kesan yang sangat memberansangkan dalam membantu guru dan murid

Page 2: kualitatif

mencapai objektif pembelajaran, masih ada sesetengah guru yang berasa tidak selesa dan

menjadi risau apabila bahan atau alat baharu TMK cuba diperkenalkan kepada mereka. Sikap

sebeginilah yang membawa kesan kepada pengintegrasian teknologi ke dalam pengajaran dan

pembelajaran.

Sikap negatif guru adalah salah satu daripada banyak faktor lain lagi yang memberi kesan

dalam usaha mengintegrasikan TMK ke dalam bilik darjah ini. Antaranya seperti kurang

sumber bahan dan kewangan, tiada sokongan daripada pemimpin sekolah, tiada panduan,

kurang latihan dan pelbagai lagi. Masyarakat menganggap bahawa sekiranya perkakasan dan

perisian telah tersedia di sekolah, pengintegrasian TMK akan berlaku secara automatik. Ini

kurang tepat kerana salah satu penentu utama kejayaan atau kegagalan pengintegrasiannya

adalah guru itu sendiri.

Page 3: kualitatif

1.0 Tujuan Kajian

Penggunaan komputer atau bahan teknologi maklumat merupakan satu wadah baru yang di

bawa ke dalam dunia pendidikan. Oleh itu, terdapat pelbagai kekangan yang timbul akibat

daripada kekurangan kemahiran dalam pengendalian dan pengurusan. Antara-antara

kekangan-kekangan yang perlu dititikberatkan adalah:-

i) Tahap Kemahiran Guru dalam Bidang Teknologi Maklumat.

Penggunaan bahan teknologi maklumat dalam pendidikan khususnya dari segi pengajaran

dan pembelajaran pada masa kini telah menjadi satu perkara yang penting bagi guru guru.

Penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan

kefahaman para pelajar dengan lebih baik. Hal ini dapat kita perhatikan bahawa,

pembelajaran dari segi pencarian maklumat dan bahan-bahan terkini dalam sesuatu topik

dapat dilakukan oleh pelajar-pelajar dengan menggunakan alat teknologi maklumat seperti

melalui komputer, internet dan sebagainya. Dapat kita perhatikan bahawa, penggunaan

teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan kemahiran

seseorang guru untuk mengendalikan dalam sesuatu perkara, oleh yang demikian,

pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa di sekolah rendah terdapat

beberapa kekangan yang perlu di ambil berat iaitu kekurangan guru terlatih dalam bidang

teknologi maklumat. Guru-guru yang telah lama mengajar dalam bidang bahasa khususnya

kurang berpengalaman dan pendedahan dengan penggunaan ICT, oleh itu, guru tidak mahir

untuk membuat perancangan pengajaran berdasarkan ICT. Perkara sedemikian menyebabkan

timbul permasalahan di mana pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan

pembelajaran bahasa tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Hal ini akan membantut

perkembangan penggunaan bahan teknologi maklumat khususnya di kalangan pelajar.

Page 4: kualitatif

ii) Penerimaan Guru Terhadap Proses P&P Menggunakan Teknologi Maklumat

Pengintegrasian teknologi maklumat dalam proses pengajaran merupakan salah satu kaedah

pengajaran dan pembelajaran terkini untuk meningkatkan tahap kemahiran guru

menyampaikan sesuatu perkara khususnya dalam pengajaran bahasa. Justeru itu, terdapat

segelintir guru bahasa masih tidak mahu mengikuti serta mengubah kaedah pengajaran

mereka. Perkara ini dapat kita perhatikan bahawa guru-guru bahasa yang telah lama

berkidmat dalan dunia pendidikan enggan mengubahsuai corak pengajaran dan pembelajaran

mereka yang mana, kaedah guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah

hanya tertumpu kepada penggunaan buku teks serta papan tulis semata-mata dan tidak

mempunyai alternatif kaedah pengajaran bahasa yang lain. Sesetengah guru merasakan

penggunaan kaedah pengajaran tradisional sudah cukup untuk menyediakan pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjah.

Selain itu, terdapat guru-guru yang tidak memahami nilai penggunaan teknologi maklumat ini

menyebabkan mereka malas untuk belajar serta mendalami ilmu teknologi maklumat.

Penggunaan teknologi maklumat seolah-olah memberi satu bebanan kepada mereka ketika

sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut (Norizan Abdul Razak, 1997) dalam kajian

kesediaan guru menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa membuktikan

bahawa guru-guru masih lagi ragu-ragu dan takut untuk menggunakan komputer dalam

pengajaran mereka. Perkara ini menjadi salah satu perkara yang membantutkan

pengintegrasian teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa di

sekolah. Terdapat guru-guru yang berminat untuk belajar tetapi berputus asa kerana

merasakan sukar untuk menguasai bidang teknologi maklumat.

iii) Kemudahan Teknologi Yang Berkaitan Tidak Mencukupi

Proses pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan

prasarana yang mencukupi seperti kemudahan makmal komputer, peralatan berkaitan dengan

penggunaan teknologi maklumat, serta penyediaan dan penyelenggaraan komputer yang

mencukupi dan lancer. Sistem penyelenggaraan bahan teknologi maklumat di sekolah yang

tidak cekap menjadi salah satu punca permasalahan pengintegrasiaan ini tidak dapat

dilaksanakan dengan baik. Sehubungan itu juga, peruntukan kewangan yang lambat serta

tidak mencukupi untuk proses penyediaan kemudahan teknologi maklumat di sekolah-

sekolah tertentu menjadi salah satu punca timbulnya permasalahan dalam proses

pengintegrasian.

Page 5: kualitatif

Masalah bilik komputer juga sering mengganggu kelancaran penggunaan komputer dalam

pengajaran. Terdapat guru bahasa yang tidak dapat menggunakan bilik komputer kerana

sering digunakan oleh kumpulan pelajar lain. Pengaruh rakan sejawat tidak mempengaruhi

sampel kajian dalam pelaksanaan pengajaran berbantukan komputer. Minat mengajar

menggunakan komputer tidak menurun apabila tidak ramai guru yang berbuat demikian.

Kesimpulannya, bidang bahasa juga sedang mengalami zaman penuh cabaran terutama dari

segi pandangan umum terhadap kepentingannya. Walaupun demikian, aspek pengajaran perlu

diberikan perhatian dengan menekankan penguasaan kemahiran bahasa yang diajarkan.

Pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa berupaya meningkatkan lagi

keupayaan pelajar dalam menguasai sesuatu bahasa itu dengan lebih baik. Oleh itu, aspek

latihan dalam perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran interaktif, menggalakkan juga

penggunaan internet dalam pengajaran serta penyediaan teknologi yang sesuai dengan

keperluan semasa perlu diberikan perhatian.

Selain daripada tiga faktor utama yang dapat dikesan pada awal kajian, pengkaji cuba

mencungkil beberapa lagi faktor-faktor yang dikatakan dapat mempengaruhi pengintegrasian

TMK dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Pengkaji juga akan mengkaji sama

ada TMK di dalam bilik darjah ini benar-benar dapat meningkatkan tahap pembelajaran dan

mempengaruhi perkembangan kognitif murid.

Page 6: kualitatif

2.0 Kajian Literatur

ICT merupakan ringkasan daripada Information Communication and Technology atau dalam

Bahasa Malaysia, Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK ). Teknologi berasal

daripada perkataan Latin ‘texere’ yang bermaksud membentuk atau menubuhkan sesuatu

teknologi biasanya memppunyai aspek perkakasan ( bahan atau objek fizikal ) dan aspek

perisian ( asas informasi untuk perkakasan tersebut ). Teknologi 1. Aktiviti atau kajian yang

menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri, pertanian, perubatan,

perniagaan, sains gunaan dll 2. Kaedah atau proses menangani sesuatu masalah teknikal

(Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010).

Komunikasi pula boleh didefinisikan sebagai alat yang ‘menggerakkan’ manusia yang

membuatkannya berkait rapat dengan komuniti. Hubungan komunikasi adalah ibarat ‘air

dengan tebing’ di mana kedua-duanya salaing bergantung. Komuniti tidak dapat wujud tanpa

komunikasi dan begitu juga sebaliknya. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010,

komunikasi adalah perhubungan (secara langsung atau dengan pengantaraan) massa

komunikasi atau perhunungan dengan atau yang sampai kepada orang ramai amnya.

Definisi maklumat telah membezakan komunikasi daripada aktiviti lain seperti

berenang dan melontarbatu. Semua fungsi komunikasi telah dinyatakan yang bertujuan untuk

menghantar,berkongsi, atau memproses maklumat. Maklumat bukan sekadar fakta atau

kebenaran, berita atau arahan, tetapi ia merupakan satu idea yang mampu mempengaruhi

pemikiran manusia. Maklumat atau informasi juga boleh didefinisikan sebagai corak tenaga

utama yangmempengaruhi kemungkinan-kemungkinan yang ada untuk membolehkan

individu membuatkeputusan mereka sendiri, ia boleh dinyatakan dalam bentuk bahan (seperti

dakwat pada kertas) atau dalam satu bentuk tenaga (seperti nadi elektrik).

Secara konseptual, ICT dapat diistilahkan sebagai pengintegrasian teknologi

komputerdan teknologi komunikasi yang digunakan untuk menyebarkan maklumat. Perkara

yang termasuk dalam kategori ICT ialah komputer, telefon, satelit, modem dan perkakasan

serta perisian

Konsep integrasi teknologi dalam pendidikan boleh didefinisikan sebagai pengintegrasian

tanpa kelim antara pelbagai media dalam satu persekitaran digital bagi memenuhi tujuan

persekitaran pembelajaran, pedagogi, reka bentuk kurikulum dan stail pembelajaran pelajar

(Halimah, 2005).

Page 7: kualitatif

Persekitaran pembelajaran di sekolah boleh menjadi lebih canggih, futuristik, dan sesuai

dengan perunbahan era teknologi maklumat dengan kemajuan penggunaan media elektonik

dalam pengajarn dan pembelajaran (Syed Ismail & Ahmad Subkhi 2010). Ini dapat dicapai

dengan beberpa cara iaitu dengan menjadikan pembelajaran lebih menarik dan berkesan

(Safuan & Fong 2003), konsep yang cuba diajar lebih mudah difahami oleh murid (Rozhan

2009), meningkatkan kualiti persekitaran pembelajaran (Lever Duffy et al. 2003) dan juga

meningkatkan pencapaian pelajar di dalam bilik darjah (Soon 2003).

Sungguhpun kajian menunjukkan bahawa wujudnya peningkatan daripada aspek kognitif

murid dengan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran, masalah seperti

kesukaran serta integrasi TMK yang tidak efisien masih lagi berlaku di sekolah-sekolah.

Faktor-faktor apakah yang membawa kepada masalah ini dan adakah semua guru di mana-

mana sahaja menghadapai masalah yang sama ?

Kajian mendapati tahap penggunaan dan pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan

pembelajaran masih berada pada tahap yang rendah kerana kebanyakan inovasi yang

diperkenalkan gagal untuk digunakan secara kreatif dan efektif di sekolah (Nor Izzah 2010,

Hani Meryliena 2012), sebaliknya guru lebih selesa dengan amalan pengajaran secara

tradisional chalk and talk ( Noraini 2012 ). Didapati sebanya 81% guru mengaku tidak

memanfaatkan kelebihan TMK dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahkan dalam

kalangan guru-guru yang telah mendapat Kursus Sekolah Bestari juga, kurang daripa

setengah yang melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berpandukan komputer (Imran

2000).

Terdapat tujuh halangan yang dapat dikenalpasti semasa pengintegrasian ICT ke dalam

pengajaran dan pembelajaran iaitu guru kurang berkeyakinan semasa pengintegrasian, kurang

capaian untuk mendapatkan sumber, kekurangan dan kekangan masa untuk merancang dan

melaksanakan pengintegrasian, kurang latihan yang efektif, menghadapi masalah teknikal

semasa menggunakan perisian, kurang capaian individu semasa penyediaan bahan pengajaran

dan juga faktor usia guru di mana guru lama sudah selesa dengan teknik pengajaran

tradisional dan tidak mahu mengubah cara pendekatannya (Jones 2004).

Page 8: kualitatif

Dapatan daripada kajian Almekhlafi dan Almeqdadi ( 2010 ) pula mendapati guru-guru dari

UAE yang dibanci oleh mereka sangat kompeten dalam mengintegrasikan TMK dalam sesi

pengajaran mereka. Kebanyakan guru lelaki menyatakan masalah kekurangan kemahiran dan

latihan dalam penggunaan TMK menjadi faktor masalah dalam mengintegrasikan TMK

manakala guru perempuan lebih cenderung kepada masalah sumber kewangan yang tidak

mencukupi dan masalah teknikal yang sering dihadapai. Walaubagaimanapun, kedua-dua

kumpulan bersetuju akan kepentingan mengintegrasi TMK dalam pengajaran dan

pembelajaran dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian murid. Kesimpulan daripada

kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru bersetuju akan kepentingan pengintegrasian TMK

dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi mereka merasakan mereka perlu dilatih dan

didedahkan dengan lebih baik lagi tentang bagaimana mereka dapat mengaplikasikan

kemahiran ini dalam sesi pengajaran dan aktiviti dalam bilik darjah.

Billings, and Mathison (2011) menyatakan penggunaan hand-held technological device

seperti tablet atau ipad dapat membantu dalam memotivasikan murid untuk mempelajari

tentang teknologi yang digunakannya. Dalam kajian mereka, mereka turut memberi peuang

untuk murid memilih sendiri bahasa yang digunaka dalam hand-held technological device

mereka. Hampir kesemua murid memilih bahasa ibunda mereka dan bukan bahasa kedua.

Hasil temubual dengan murid mendapati murid lebih senang faham arahan dan aturcara

dalam gadjet mereka dengan arahan dalam bahasa ibunda mereka. Murid yang menggunakan

gadjet TMK ini juga menunjukkan minat yang tinggi untuk menggunakan gadjet mereka

dalam sei pengajaran dan pembelajaran disamping mengambil masa untuk membiasakan diri

dengan gadjet baru tersebut. Gadjet juga merupakan salah satu peralatan TMK yang boleh

digunakan oleh guru dalam bilik darjah. Tetapi penting untuk guru mempunyai pengetahuan

dan kemahiran yang lengkap sebelum memberi panduan kepada anak murid.

Dalam kajian oleh Moyer-Packenham, dan Suh (2012) menyatakan pengintegrasian TMK

adalah bersesuaian untuk setiap peringkat kognitif murid. dalam kajiannya, murid

dibahagikan kepada 4 kumpulan mengikut kebolehan kognitif dan mereka diajar dengan

pengintegrasian TMK. Kesemua kumpulan menunjukkan peningkatan dalam pencapaian

yang memberansangkan tetapi yang membezakan mereka cumalah masa penguasaan. Murid

lemah mengambil masa yang lebih lama untuk menyesuaikan diri dengan penggunaan

teknologi dalam kelas manakala murid pandai lebih cepat membiasakan diri. Kesimpulan

kajian, semua murid akan mendapat manfaat daripada pengintegrasian TMK dalam

Page 9: kualitatif

pemgajaran dan pembelajaran, mereka cuma perlu diberi masa sahaja untuk membiasakan

diri dan membuktikan perbezaan kognitif murid bukanlah faktor atau alasan untuk guru tidak

mengintegrasikan TMK ke dalam pengajaran dan pembelajaran.

Good, dan Jarvinen (2007) pula mendapat kesimpulan daripada kajian mereka yang

menyatakan pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran dapat mewujudkan

cara pemikiran kreatif dan kritis di kalangan murid. Jika diberi peluang, murid akan dapat

menghasilkan jalan penyelesaian yang kreatif dan inovatif bagi sesuatu masalah itu. Untuk

objektif ini tercapai, mereka turut menyatakan kesediaan guru sebelum mengajar adalah

sangat penting. Guru perlu mengambil masa mengenali anak muridnya sendiri dan mengenal

pasti kekuatan dan kelemahan mereka dalam usaha untuk merancang dan mereka bentuk

pengajaran dan juga menggunakan bahan TMK yang bersesuaian bagi meransang dan

menjana pemikiran kreatif anak murid tersebut. Sesetengah guru terbeban dengan tugas-tugas

lain dan juga urusan peribadi yang mengekang mereka daripada mempunyai masa yang

berkualiti untuk merancang semua ini.

Oliver, Osa dan Walker (2012) mengkaji tentang progam yang menyediakan persediaan

untuk guru dalam pengintegrasian TMK ini dan mencapai konklusi pihak yang melatih guru

perlu menjalankan tugas yang lebih baik dalam mendedahkan guru terhadap kepelbagaian

jenis TMK dan cara-cara yang efektif untuk mengaplikasikannya dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran. Bermaksud guru harus didedahkan dengan cara-cara untuk mengaplikasikan

apa yang dipelajarinya sewaktu latihan kepada bilik darjah. Kajian turut menunjukkan

majoriti guru cukup arif dengan teori berkenaan pengintegrasian TMK ini, tetapi mereka

lemah dalam usaha untuk mengaplikasikannya ke dalambilik darjah dan mencari sumber dan

bahan yang bersesuain bagi tajuk-tajuk tertentu yang ingin diajar.

Tondeur, van Braak, Sang, Voogt dan Ottenbreit-Leftwich (2012) turut mengkaji perkara

yang sama dan hasil kajian mereka mendapati guru yang dilatih perlu diberi lebih masa

mengendali dan menggunakan sendiri TMK samasa latiha agar mereka benar-benar

memahami setiap perkakasan TMK dan cara penggunaannya yang paling efisien di samping

menyediakan guru tersebut kepada masalah-masalah teknikal yang mungkin dihadapai di

mana mereka akan dapat mengendalai dan menyelesaikan sendiri sebarang masalah yang

timbul. Ini untuk memastika guru betul-betul mahir dalam pengendalian sesuatu teknologi itu

dan dapat mengendali sebarang masalah yang timbul pada masa yang tidak diingini.

Page 10: kualitatif

2.1 Pemilihan Responden

Dalam kajian ini, pengkaji telah menemubual tiga orang responden daripada latar belakang

dan pengalaman kerja yang berbeza berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada bahan

bacaan yang telah diselidik.

Responden pertama adalah seorang guru di sekolah pedalaman lulusan IPG dengan

pengalaman 2 tahun bekerja. Tujuan responden ini dipilih adalah kerana beliau mengajar di

sekolah pedalaman di mana sekolah-sekolah di kawasan ini sering mengalami masalah dari

segi kemudahan fizikal seperti keperluan bekalan komputer dan juga sambungan talian

internet. Kemudahan insfratutktur dan sumber fizikal di sekolah adalah satu keperluan asas

dalam mengintegrasikan TMK ke dalam pengajaran dan pembelajaran (Plomp, Anderson,

Law, & Quale, 2010). Kajian yang dibuat oleh Yildrim (2007) juga mendapati bahawa

kemudahan sumber dan bahan teknologi adalah cara yang paling efektif untuk kegunaan

pedagogi guru dalam bilik darjah. Akses kepada kemudahan perkakasan dan perisian yang

terkini bukan satu-satunya perkara yang penting, penggunaan program dan aplikasi yang

bersesuaian dalam pengajaran dan pembelajaran juga merupakan antara faktor untama untuk

memastikan kejayaan dalam mengintegrasikan TMK (Tondeur, Valcke, & van Braak, 2008).

Selain itu, sekolah di kawasan pedalaman ini juga mempunyai maslah dalam mendapatkan

bantuan teknikal dari luar. Jika sekolah mengalami masalah teknikal seperti contohnya

komputer yang rosak ataupun masalah talian internet, mereka perlu mendapatkan bantuan

pakar teknikal dari luar dan ini menjadi masalah dari segi jarak dan kos untuk juruteknik

sampai ke sekolah kawasan pedalaman. Tanpa sokongan dan batuan teknikal untuk guru dan

sekolah, mereka akan menjadi tertekan dan mengakibatkan mereka putus asa untuk

menggunkan TMK ini dalam pengajaran dan pembelajaran mereka (Tong & Trinidad, 2005).

Masalah lain yang sering dialami oleh guru pedalaman juga adalah mereka menggunakan

peralatan teknologi yang sudah out-dated membuatkan guru dan murid ketinggalan dari segi

penguasaan dan perkembangan TMK yang pesat membangun. Peralatan dan perisian yang

sudah out-dated ini bukan sahaja melambatkan dan menyusahkan guru, malah proses

pengajaran juga menjadi kurang menarik jika dibandingkan dengan peralatan dan perisisan

terbaru. Penggunan perkakasan dan perisian yang up-to-date adalah asas utama untuk

mengintegrasikan TMK (Gulbahar, 2005).

Page 11: kualitatif

Selain itu, pengkaji juga bertujuan untuk menemubual responden berkenaan dengan latihan

dan sejauh mana penguasaan beliau dalam penggunaan ICT. IPG adalah institut utama dalam

melatih guru dan pengkaji ingin menyelidik sejauh manakah produk mereka dilatih dalam

penggunaan dan pengaplikasian TMK ini. Perkembangan profesional seorang guru itu dalam

penggunaan TMK mempunyai kesan secara langsung dengan kejayaan untuk

mengaplikasikannya ke dalam bilik darjah (Baylor & Ritchie, 2002). Walaupun pelbagai

pelan telah dibangunkan untuk mengintegrasikan TMK ke dalam bilih darjah, guru yang

diamanahkan untuk memikul tanggungjawab ini tidak mempunyai latihan yang mencukupi

semasa mereka di institusi (Varsidas & McIsaac, 2006). Mengikut Schaffer dan Richardson

(2004) pula, apabila TMK diperkenalkan, guru sering didedahkan dengan pelbagai jenis

teknologi tetapi bukan cara untuk mengintegrasikan teknologi ke dalam pengajaran.

Kajian telah membuktikan latihan yang berkualiti semasa progaram latihan dapat membantu

guru untuk menerapkan teknologi dan mengubah cara pengajaran merkea ke arah yang lebih

berkesan (Brienkerhoff, 2006; Diehl, 2005). Lawless dan Pellegrino (2007) juga menyatakan

dengan latihan yang lebih lama, penggunaan teknologi yang tebaru, penglibatan aktif para

bakal pendidik dan kerjasama yang baik antara mereka akan menghasilkan guru yang

berkualiti dalam mengintegrasikan TMK dalam bilik darjah dengan objektif meningkatkan

tahap pembelajaran murid.

Responden kedua pula adalah seorang guru senior dari kawasan kampung. Dalam bacaan

awal penyelidik ada mendapati faktor usia turut memainkan peranan dalam pengintegrasian

TMK ini. Guru ini juga mempunyai pengetahuan yang sedikit lemah tentang penggunaan

komputer dan peralatan teknologi. Kebanyakan kajian menunjukkan pengalaman mengajar

mempengaruhi pengintegrasian TMK dalam bilik darjah (Wong & Li, 2008; Giordano,

2007). Gorder (2008) menyatakan faktor usia dan pengalaman memainkan peranan penting

dalam pengintegrasian TMK. Juga Baek, Jong dan Kim (2008) mengatakan bahawa guru

yang berpengalaman kurang menggunakan TMK di dalam pengajaran mereka bebanding

dengan guru baharu. Namun di Malaysia, dalam kajian oleh Further, Lau, dan Sim (2008)

mendapati guru lama banyak meggunakan TMK dalam bilik darjah mereka berbanding guru

baharu. Mengikut merkea ini adalah atas faktor pengalaman mengajar yang lebih lama,

pengurusan kelas yang lebih baik dan juga merka lebih kompeten dalam penggunaan

komputer. Kajian Albini (2006) mengatakan usia bukanlah faktor utama untuk seseorang

guru itu menguasai kemahiran komputer dan mengaplikasikannya di dalam bilik darjah.

Page 12: kualitatif

Dan seperti mana yang kita tahu juga, guru lama ini kurang mahir menggunakan kemahiran

teknologi. Pengkaji juga bertujuan untuk menyelidik sejauh manakaha faktor ini

mempengaruhi pengintegrasian TMK ke dalam bilik darjah. Menurut Bordbar (2010),

kemahiran penggunaan komputer seseorang guru itu adalah aspek major dalam

penggunaanya di dalam bilik darjah. Kajiannya juga menunjukkan kumpulan guru yang tidak

menyokong usaha untuk mengintegrasikan TMK ke dalam bilik darjah ini selalunya terdiri

daripada mereka yang kurang mahir dalam penggunaan komputer. Guru dengan kemahiran

dan pengalaman penggunaan komputer yang lebih banyak akan lebih yakin untuk

menggunakannya di dalam proses pengajaran dan pembelajarannya.

Memandangkan kedua-dua redponden pertama dan kedua adalah guru lelaki, penyelidik telah

mengambil guru perempuan sebagai responden ketiga untuk mengkaji samaada isu perbezaan

jantina ada memainkan peranan dalam faktor yang mempengaruhi pengintegrasian TMK ke

dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ilmiah menunjukkan keputusan guru lelaki lebih

cenderung untuk menggunakan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran mereka (Kay,

2006; Woznet et al., 2006). Begitu juga dengan kajian yang dijalankan Markauskaite (2006),

turut mendapati guru perempuan lebih kurang menggunakan TMK di dalam bilik darjah

untuk proses pengajaran dan pembelajaran mereka berbanding guru lelaki. Jamieson-Proctor,

Burnett, Finger and Watson (2006) pula mendapat keputusan kajian yang berbeza. Daripada

929 orang guru yang disoal selidik, majoriti daripada guru perempuan menggunakan TMK

dalam proses pengajaran mereka dan guru lelaki pula lebih selesa dengan cara pengajaran

tradisional.

Selain dari faktor jantina, guru di kawasan bandar ini juga sering terbeban dengan tugas yang

banyak. Kajian yang dibuat oleh Samarawickema & Stacey mendapati beban yang dipikul

oleh guru berada alam tahap kritikal membuatkan guru tidak mempunyai masa secukupnya

untuk merancang pengaran menggunakan TMK. Neyland (2011) menyatakan seorang

koordinator komputer dalam kajiannya memberitahu yang guru sudah sedia ada terbeban

dengan tugas kurikulum yang pelbagai dan kerja pengkeranian dan jadual kerja yang sangat

padat membuatkan mereka bekerja melebihi hadnya sehingga mendatangkan masalah

tekanan dan mental. Seorang guru besar dalam kajian Abu Hamid (2011) mengatakan yang

guru itu memang sudah sedia ada terbeban, dan mereka tidak dapat lagi untuk menampung

tekanan dalam latihan untuk menggunakan TMK.