Kualiti Pendidik Prasekolah (Husna)

35
1.0 Pengenalan Pendidikan prasekolah adalah pendidikan asas yang penting. Ia merupakan pendidikan awal dalam perkembangan hidup seseorang individu selepas pendidikan di rumah. Ianya adalah satu tapak pertama yang boleh menyemaikan bibit cintakan ilmu pengetahuan dan sukakan sekolah. Oleh sebab itu guru prasekolah perlu mempunyai pengetahuan yang luas mengenai pendidikan prasekolah yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran, pentadbiran pusat prasekolah dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan pendidikan prasekolah. Hal ini menunjukkan bahawa pentingnya kualiti guru prasekolah yang perlu disemai dalam diri guru pelatih sejak daripada pusat latihan keguruan lagi. Kualiti pendidik prasekolah adalah sebagai salah kursus yang perlu diambil sebagai bakal guru prasekolah ini adalah lebih menjurus kepada kecekapan dalam pengurusan pusat prasekolah. Pada akhir kursus semester 8 ini diharapkan setiap guru pelatih dapat mengenalpasti pengetahuan asas yang profesional dalam pengurusan pusat kanak-kanak serta melaksanakannya dalam pentadbiran sebagai seorang pengurus. Selain itu, sebagai guru prasekolah yang berkualiti perlulah dapat mengenalpasti proses guru sebagai model dan pembelajaran sepanjang hayat serta mengintergrasikan kesedaran kendiri peribadi dan profesional dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Kualiti adalah bermaksud keseluruhan ciri-ciri dan sifat- sifat sesuatu poduk atau perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak yang tersurat atau tersirat. Manakala kualiti dalam perkhidmatan pula mempunyai ciri-ciri kualiti bagi sesuatu perkhidmatan adalah seperti keselesaan, kesopanan, kecekapan, keberkesanan, jujur, kebolehpercayaan, cepat, responsif dan keselamatan (Hairuddin Mohd Ali etc. al, 1999) Berdasarkan konsep kualiti sama ada dari aspek 1

description

Assigment saja upload sebab nak dapat dokumen orang lain.

Transcript of Kualiti Pendidik Prasekolah (Husna)

Page 1: Kualiti Pendidik Prasekolah (Husna)

1.0 Pengenalan

Pendidikan prasekolah adalah pendidikan asas yang penting. Ia merupakan

pendidikan awal dalam perkembangan hidup seseorang individu selepas pendidikan di

rumah. Ianya adalah satu tapak pertama yang boleh menyemaikan bibit cintakan ilmu

pengetahuan dan sukakan sekolah. Oleh sebab itu guru prasekolah perlu mempunyai

pengetahuan yang luas mengenai pendidikan prasekolah yang merangkumi aspek-aspek

perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran, pentadbiran pusat

prasekolah dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan pendidikan prasekolah. Hal ini

menunjukkan bahawa pentingnya kualiti guru prasekolah yang perlu disemai dalam diri guru

pelatih sejak daripada pusat latihan keguruan lagi.

Kualiti pendidik prasekolah adalah sebagai salah kursus yang perlu diambil

sebagai bakal guru prasekolah ini adalah lebih menjurus kepada kecekapan dalam

pengurusan pusat prasekolah. Pada akhir kursus semester 8 ini diharapkan setiap guru

pelatih dapat mengenalpasti pengetahuan asas yang profesional dalam pengurusan pusat

kanak-kanak serta melaksanakannya dalam pentadbiran sebagai seorang pengurus. Selain

itu, sebagai guru prasekolah yang berkualiti perlulah dapat mengenalpasti proses guru

sebagai model dan pembelajaran sepanjang hayat serta mengintergrasikan kesedaran

kendiri peribadi dan profesional dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.

Kualiti adalah bermaksud keseluruhan ciri-ciri dan sifat-sifat sesuatu poduk atau

perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak yang tersurat atau tersirat. Manakala kualiti

dalam perkhidmatan pula mempunyai ciri-ciri kualiti bagi sesuatu perkhidmatan adalah

seperti keselesaan, kesopanan, kecekapan, keberkesanan, jujur, kebolehpercayaan, cepat,

responsif dan keselamatan (Hairuddin Mohd Ali etc. al, 1999) Berdasarkan konsep kualiti

sama ada dari aspek produk atau perkhidmatan dapat kami rumuskan bahawa kualiti dalam

pendidikan dapat disimpulkan sebagai satu sistem pengembangan ilmu yang diberi

penekanan kualiti dalam melahirkan produk atau pelajar yang berkembang secara

menyeluruh hasil daripada perkhidmatan atau proses pengajaran dan pembelajaran yang

berlangsung yang disediakan oleh guru bagi memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.

Dalam konteks pendidikan prasekolah pula, kualiti dalam pendidikan bukan

sahaja memberikan peluang kepada kenak-kanak untuk belajar tetapi juga adalah untuk

memberikan kanak-kanak peluang untuk meneroka alam persekitaran mereka bagi

mendapatkan pengalaman berharga tanpa memikirkan risiko atau kebarangkalian

berlakunya kecederaan atau kemalangan. Jesteru, guru memainkan peranan dengan utama

dengan memastikan kanak-kanak berpeluang meneroka dengan menyediakan sebuah

1

Page 2: Kualiti Pendidik Prasekolah (Husna)

premis belajar yang kondusif selaras dengan pernyataan Juran (1995), bahawa kualiti dalam

pendidkan prasekolah bukan memberi tumpuan kepada bagaimana persekitaran dirancang

tetapi penubuhan prasekolah adalah sebuah tempat yang bersedia mencabar kanak-kanak

supaya merka berpeluang memenuhi niat dan matlamat kehidupan mereka.

Justeru, pegetahuan guru terhadap keselamatan murid prasekolah adalah

sangat penting supaya kanak-kanak dapat menerokai alam belajar mereka tanpa rasa

bimbang. Sekiranya kanak-kanak sudah mendapat pengalaman yang sangat mengerikan

semasa tempoh pembelajarannya sudah tentulah kanak-kanak tersebut meresa fobia dan

trauma untuk meneruskan pembelajaran dan penerokaannya pada masa akan datang.

Selain itu, kes-kes yang terlalu banyak berlaku dan dipaparkan di media massa disebabkan

oleh kecuaian guru sudah tentunya sedikit sebanyak memberikan kesan yang sangat besar

terhadap kepercayaan ibu bapa terhadap guru prasekolah. Jika kecuaian ini dapat

dikurangkan sudah tentulah kanak-kanak dapat meneroka dunianya dengan lebih selamat

dan terbuka.

2.0 Penganjuran Bengkel Asas Pertolongan Cemas

Sebagai guru prasekolah, mengetahui kaedah serta cara yang praktik di dalam

memberikan pertolongan cemas merupakan soal yang penting sebelum mengendalikan

keadaan yang mencemaskan. Hal ini kerana kemalangan boleh berlaku samada luka

berdarah yang teruk terbakar kulit, patah, pitam, tidak sedar diri dan berbagai-bagai lagi.

Situasi akan menjadi dan lebih parah lagi sekiranya berlaku kepada kanak-kanak prasekolah

kerana daya tahan sakit kanak-kanak masih sangat lemah. Sering di dapati bahawa

pengendalian pertolongan cemas tidak begitu sesuai, oleh kerana ilmu mengenai

pertolongan cemas tidak dipelajari ataupun tidak lengkap oleh sesetengah guru yang berada

di sekolah menyebabkan kemalangan yang kecil berubah menjadi suatu tragedi yang sangat

menyeramkan.

Dengan mengetahui tentang pertolongan cemas dapatlah guru prasekolah

mengelakkan sesuatu kecederaan atau kemalangan itu daripada menjadi bertambah buruk

dan menghindarkan terjadinya keadaan panik. Walaubagaimanapun apabila berlaku

sesuatu kemalangan secara mendadak langkah-langkah awal mengenai pertolongan cemas

perlulah diketahui. Oleh itu, satu penganjuran bengkel asas pertolongan cemas perlu

dilaksanakan dan didedahkan kepada guru pelatih prasekolah sebelum menginjak ke

lapangan sebenar tidak lama lagi. Selain itu, penganjuran bengkel pertolongan cemas ini

sedikit sebanyak dapat memberikan pengalaman kepada guru pelatih pengurusan bengkel

pada masa akan datang di sekolah pula.

2

Page 3: Kualiti Pendidik Prasekolah (Husna)

2.1 Perancangan Program

Sebelum sesuatu program dilaksanakan, sebagai seorang guru prasekolah yang

mempunyai kualiti pendidik prasekolah hendaklah membuat perancangan program yang

rapid dan tersusun. Salah satu kepentingan perancangan program ialah dapat menjadi satu

panduan bertindak bagi guru. Dengan adanya perancangan ini, maka guru dapat melaksanakan

perancangan program dan bengkel dengan lancar.  Selain itu ianya dapat dijadikan rujukan dan

penambahbaikan program yang seterusnya.

2.1.1 Fasa Perbincangan

Perbincangan adalah salah satu fasa yang sangat penting dalam mana-mana

penganjuran bengkel mahupun program. Oleh itu setiap ahli peserta perlu membuat satu

perjumpaan atau persetujuan dalam membincangkan perancangan kepada program yang

dijalankan. Sebagai guru prasekolah berkualiti, pelan tindakan yang rapi hendaklah

diketengahkan di dalam perbincangan. Perbincangan ini juga hendaklah mencapai satu

persetujuan atau kata putus serta diketuai oleh seorang ketua yang dapat menetapkan

keputusan secara adil dan rasional. Berdasarkan kepada fasa perbincangan bengkel

pertolongan asas ini aspek utama yang perlu dibincangkan adalah penceramah atau pihak

yang terlibat dan sesuai bagi menyampaikan isi bengkel dan program.

Pihak yang boleh dirujuk dalam membantu perlaksanaan bengkel pertolongan

cemas ini adalah seperti Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), pihak hospital dan Jabatan

Pertahanan Awam Malaysia. Setelah itu, penetapan tempoh bengkel juga perlu ditetapkan

serta tarikh berlakunya bengkel tersebut. Hal ini adalah bagi memudahkan urusan

setiausaha membuat surat kepada pihak berkenaan serta membuat kertas kerja untuk

diluluskan oleh pihak berwajib. Pemilihan tempat juga boleh dibincangkan bersama bagi

mengetahui kesesuaian tempat dalam menjalankan bengkel.

2.1.2 Perlantikan Jawatankuasa

Perlantikan jawatankuasa perlaksana adalah langkah yang efisien dalam

memudahkan lagi pergerakan sesuatu program ataupun bengkel. Melalui lantikan ini, setiap

jawatankuasa dapat mengagihkan tugasan dengan lebih mudah dan berkesan.

Kebiasaanya lantikan ini dijalankan melalui perbincangan berdasarkan kemampuan dan

kredibiliti setiap individu yang dipilih. Jawatankuasa yang perlu ada di dalam penganjuran ini

adalah seperti pengerusi, naib pengerusi, setiausaha, bendahari, pengerusi majlis,

sambutan, makanan, pendaftaran, protokol, publisiti dan brosur, persediaan tempat,

peralatan dan teknikal, cenderamata dan dokumentasi.

3

Page 4: Kualiti Pendidik Prasekolah (Husna)

2.1.3 Kertas Kerja

Kertas kerja adalah bertujuan untuk meluluskan segala penggunaan

kemudahan, kewangan dan perkhidmatan yang terdapat di dalam satu-satu institusi. Kertas

kerja ini biasanya dirangka oleh pengerusi dan dicatat oleh setiausaha manakala pihak

atasan sebagai penyemak dan meluluskan segala tuntutan yang terdapat di dalam kertas

kerja. Penganjuran sesuatu bengkel atau program tanpa kertas kerja yang sah dibolehkan

untuk diberhentikan sekaligus mengganggu perjalanan program yang berlangsung. Oleh itu,

penyediaan kertas kerja adalah sangat penting untuk dilakukan sebelum sesuatu program

itu dapat dilaksanakan. Kertas kerja yang telah diluluskan oleh pihak institut adalah seperti

helaian berikut:

4

Page 5: Kualiti Pendidik Prasekolah (Husna)

KERTAS KERJA

KURSUS PERTOLONGAN CEMAS KANAK-KANAK PRASEKOLAH

TARIKH

02 SEPEMBER 2015

TEMPAT

DEWAN KULIAH A

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

ANJURAN

PISMP PRASEKOLAH SEMESTER 8 AMBILAN JAN 2012

IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

DENGAN KERJASAMA

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA, PAHANG

KERTAS KERJA

PERTOLONGAN CEMAS KANAK-KANAK PRASEKOLAH

IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

5

Page 6: Kualiti Pendidik Prasekolah (Husna)

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dibentangkan dengan tujuan mendapatkan :

(i) Kebenaran mengadakan Kursus Pertolongan Cemas Kanak-Kanak Prasekolah,

(ii) Kebenaran menggunakan Dewan Kuliah A IPGKTAA,

(iii) Kebenaran menggunakan bahan dan alat IPGKTAA ,

(iv) Kebenaran menggunakan khidmat staf dan pelajar IPGKTAA.

2.0 PENGENALAN

Alam kanak-kanak merupakan suatu tempoh masa yang penting kepada kanak-kanak

meneroka bagi mendapatkan pelbagai pengalaman yang berharga. Penerokaan kanak-

kanak melibatkan aktiviti-aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran dalam dan luar bilik

darjah. Mereka akan melakukan apa sahaja tanpa memikirkan risiko atau kebarangkalian

yang akan terjadinya kecederaan atau kemalangan ke atas diri mereka sendiri. Bagi mereka

yang telah disahkan mengidap penyakit tertentu akan turut bermain tanpa memikirkan risiko

terhadap diri mereka. Kemalangan atau kecederaan boleh berlaku jika tidak diawasi oleh

guru secara berterusan. Namun, kadangkalanya kemalangan ini sememangnya tidak dapat

dielak walaupun telah mendapat pengawasan yang tinggi dan rapi. Oleh hal demikian, guru

perlu memiliki pengetahuan dan kemahiran dalam memberi bantuan serta rawatan

kecemasan yang sesuai kepada kanak-kanak.

3.0 MATLAMAT

Matlamat utama diadakan adalah untuk memenuhi keperluan tugasan projek bagi Kursus

Kualiti Pendidik Prasekolah (PRA 3143) dalam memberi pendedahan awal kepada bakal-

bakal guru prasekolah terhadap rawatan awal yang akan diberikan kepada kanak-kanak

prasekolah semasa berlaku kecemasan.

4.0 OBJEKTIF

1. Untuk memenuhi keperluan tugasan projek bagi kursus Kualiti Pendidik Prasekolah (PRA 3143).

2. Bagi memberi pengetahuan dan kemahiran kepada bakal-bakal guru prasekolah mengenai bantuan serta rawatan kecemasan yang sesuai kepada kanak-kanak prasekolah.

6

Page 7: Kualiti Pendidik Prasekolah (Husna)

3. Memberi pendedahan awal kepada bakal-bakal guru mengenai cara-cara pengawasan yang betul serta sesuai semasa melaksanakan aktiviti dalam dan luar prasekolah.

4. Mendidik bakal-bakal guru cara untuk menganjurkan kursus secara kolaborasi dengan pihak dalam dan luar.

5.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT

Tarikh : 02 September 2015

Hari : Rabu

Tempat : Dewan Kuliah A IPGKTAA

6.0 KUMPULAN SASARAN

Guru Pelatih PISMP Prasekolah Semester 8 Ambilan Jan 2012 Institut Pendidikan Guru

Kampus Tengku Ampuan Afzan

(Rujuk Lampiran A)

7.0 TENTATIF PROGRAM

08.00 a.m : Pendaftaran peserta Kursus Pertolongan Cemas Kanak-Kanak.

09.00 a.m : Ceramah : Pertolongan Cemas Kanak-Kanak oleh wakil pihak

Hospital Kuala Lipis.

10.30 a.m : Rehat

11.00 a.m : Amali Pertolongan Cemas

01.00 p.m : Perasmian dan penutupan Kursus Pertolongan Cemas

8.0 AHLI JAWATANKUASA

(Rujuk Lampiran B)

10.0 ANGGARAN BELANJAWAN

(Rujuk Lampiran C)

9.0 PENUTUP

7

Page 8: Kualiti Pendidik Prasekolah (Husna)

Sebagai pengajur, kami berharap kempen ini akan mendapat kelulusan daripada

pihak pentadbiran. Semoga kursus ini memberi manfaat kepada semua bakal-bakal guru

prasekolah mengenai kemahiran pertolongan cemas kepada kanak-kanak prasekolah

kelak.

Disediakan oleh

(MUHAMAD AL-HAFIZ BIN ROZALI)

Guru Pelatih,

PISMP Prasekolah Amb. Jun 2012,

IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan,

Kuala Lipis Pahang.

Disemak oleh

(ENCIK ROZMAN BIN ROSELY)

Penyelaras Subjek Kualiti Pendidik Prasekolah,

Jabatan Ilmu Pendidikan,

IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan,

Kuala Lipis, Pahang.

Diluluskan oleh

(TUAN HAJI MOHD NORDIN BIN ABDULLAH)

Timbalan Pengarah,

IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan,

Kuala Lipis, Pahang.

8

LAMPIRAN A

Page 9: Kualiti Pendidik Prasekolah (Husna)

SENARAI NAMA PESERTA KURSUS PISMP PRASEKOLAH (SK/SJKC) SEM 8

BIL. NAMA NO K/P CATATAN

1 MOHAMAD KHALIL BIN AWANG 920701-03-5567

2 MOHAMAD HAIKAL BIN KAMARUZAMAN

900717-03-5985

3 MUHAMAD ZAINAL AZRI BIN ZULKIPLI

911203-03-5025

4 MOHAMAD AL-HAFIZ BIN ROZALI 920604-11-5661

5 MUHAMMAD AZAM BIN KAHMIS 921102-04-5389

6 MUHAMMAD SYAHIR BIN MD ARIFPIN

921108-03-6109

7 NUR AMININ BINTI ZAHARI 920223-03-5246

8 NURUL HUSNA BINTI ROSLAN 921127-01-6058

9 SITI NAZIHA BINTI JOPRI 921209-01-5462

10 WAN ROSLIZA BINTI WAN ISMAIL 920610-03-5000

11 NORLINA BINTI MAHMOD 910728-03-6114

12 BEH TIAN XIN 920312-07-5880

13 BUNG QIAN MIN 920205-08-5776

14 CHAI SIOK QING 921031-04-5364

15 LEE LI WEI 910628-04-5566

16 LU NGUK SIA 910501-13-5716

17 SIA LEE ING 911210-13-5550

18 YEW HOOI KHENG 920120-08-6446

19 LOW FANG YUN 921105-06-5182

20 SITI NUR HAMIZAH BINTI JUMUD-DIN

921212-08-6202

SENARAI NAMA PESERTA KURSUS PISMP PRASEKOLAH PERIBUMI SEM 8

9

Page 10: Kualiti Pendidik Prasekolah (Husna)

SENARAI NAMA PENSYARAH DAN PENCERAMAH

1. ENCIK KHAZALI BIN ISMAIL, AMP (PENCERAMAH)

2. CIK HAJAH SALBIAH BINTI HAJI ISHAK, AAP

3. ENCIK ROZMAN BIN ROSELY

4. PUAN ROFIDA BINTI HASSAN

5. CIK HAJAH RUSINI BINTI KAMALUDDIN

10

LAMPIRAN B

BIL. NAMA NO KP CATATAN

1. ANG SWEE KIAN 921008-06-5279

2. EWINGDA BIN LEMAN 900829-02-5255

3 ZAIERZA BIN ZAINAL 920626-02-5149

4 ASANI A/P ALANG SELAMAT 921102-08-6690

5 DALIZA A/P MOHD EFENDI 920253-06-5300

6 LIZA A/P KASIM 920604-06-5318

7 VIVI NARITA A/P SEMBUNYI 920905-06-5880

8 MASLINA A/P SIDEK 920130-08-5842

9 KUZA A/P BAH SAN 910327-10-5510

10 SALVIN A/P BAH ALANG 920609-02-5200

Page 11: Kualiti Pendidik Prasekolah (Husna)

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

KURSUS PERTOLONGAN CEMAS KANAK-KANAK PRASEKOLAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

AHLI JAWATANKUASA INDUK

PENAUNG : TUAN HAJI ABDULLAH BIN MOHD YUSOF, SMP (Pengarah IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan)

PAKAR BIDANG : PUAN ROFIDA BINTI HASSAN

PENYELARAS : ENCIK ROZMAN BIN ROSELY (Penyelaras Subjek PRA 3143)

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

PENGERUSI : MUHAMAD AL-HAFIZ BIN ROZALI

NAIB PENGERUSI : LIZA A/P KASSIM

SETIAUSAHA : BUNG QIAN MIN

BENDAHARI : ASANI A/P ALANG SELAMAT

AHLI JAWATANKUASA KECIL

PENGACARA MAJLIS : MOHAMAD HAIKAL BIN KAMARUZAMAN

: SITI NUR HAMIZAH BINTI JUMUD-DIN

PENDAFTARAN : SITI NAZIHA BINTI JOPRI

: VIVI NARITA A/P SEMBUNYI

PROTOKOL : NORLINA BINTI MAHMOD

: EWINGDA BIN LEMAN

SAMBUTAN : DALIZA A/P EFENDI

: NURUL HUSNA BINTI ROSLAN

PUBLISITI/ BROSURE : ANG SWEE KIAN

: BEH TIAN XIN

11

Page 12: Kualiti Pendidik Prasekolah (Husna)

: LEE LI WEI

PERSEDIAAN TEMPAT : MUHAMMAD SYAHIR BIN MD ARIFPIN

: ZAIERZA BIN ZAINAL

: YEW HOOI KHENG

PERALATAN & TEKNIKAL : MUHAMAD ZAINAL AZRI BIN ZULKIPLI

: WAN ROSLIZA BINTI WAN ISMAIL

: CHAI SIOK QING

CENDERAMATA : NUR AMININ BINTI ZAHARI

: LOW FANG YUN

MAKANAN : LU NGUK SIA

: SIA LEE ING

DOKUMENTASI : MOHAMAD KHALIL BIN AWANG

: MUHAMMAD AZAM BIN KAHMIS

12

LAMPIRAN C

Page 13: Kualiti Pendidik Prasekolah (Husna)

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA PERBELANJAAN JUMLAH

1 *Perbelanjaan makan dan minum

Makan pagi

- (RM5 x 40 orang)

RM200

2 Cenderahati

(Disediakan oleh pihak penganjur)

-

Jumlah Perbelanjaan RM200

*sumber kewangan bagi perbelanjaan makan dan minum adalah daripada Tabung Wang Amanah Pelajar.

2.2 Perlaksanaan Program

13

Page 14: Kualiti Pendidik Prasekolah (Husna)

Perlaksanaan program adalah berlangsung semasa program itu dijalankan.

Semasa hari kejadian, komitmen daripada setiap jawatankuasa serta peserta adalah sangat

penting bagi memastikan kelancaran program. Sekiranya berlaku apa-apa perubahan yang

drastik, jawatankuasa dan pengelola haruslah bijak mengawal situasi dan mengurangkan

kekecohan supaya program dapat berjalan dengan baik walaupun tidak lancar kerana hal ini

kadangkala berlaku secara tiba-tiba dan tak terjangka. Orang yang bertanggungjawab

semasa kejadian ini berlangsung adalah pengerusi ataupun naib pengerusi sekiranya

pengerusi tidak ada.

2.2.1 Kehadiran Peserta

Kehadiran peserta adalah salah satu elemen yang penting dalam penganjuran

bengkel. Semasa bengkel dijalankan jawatankuasa pendaftaran hendaklah membuat satu

stesen dan menyemak senarai kehadiran peserta. Maklumat ini adalah penting bagi

menentukan jumlah sijil yang perlu dikeluarkan, penyediaan tempat bengkel, penyediaan

makanan yang perlu dibuat serta sebagai kayu ukur keberjayaan sesuatu program ataupun

bengkel yang dijalankan oleh pihak pengelola. Senarai

2.2.2 Pengurusan Masa

Semasa perjalanan program, pengurusan masa adalah sangat penting bagi

memastikan setiap sesi yang dirancangkan dapat berjalan dengan baik. Oleh itu, kawalan

disiplin dan penekanan masa kepada peserta dan penceramah perlu diberi perhatian oleh

pihak pengajur. Sekiranya pihak penceramah sudah terlebih masa hendaklah diingatkan

kepada penceramah tempoh masa yang tinggal untuk aktiviti yang dijalankan. Begitu juga

sekiranya peserta mengambil masa yang lama untuk makan dan berjalan ke tempat

program, peserta perlu diingatkan bahawa masa untuk bengkel telah tuba. Pengurusan

masa ini juga sangat penting bagi memastikan mud peserta bengkel berada dalam keadaan

yang baik dan selesa.

3.0 Laporan Bengkel Asas Pertolongan Cemas

Definisi laporan itu adalah suatu bentuk penyampaian berita, keterangan,

pemberitahuan ataupun pertanggungjawaban baik secara lisan mahupun secara bertulis

dan juga merupakan salah satu cara pelaksanaan komunikasi dari pihak yang satu kepada

pihak yang lainnya. Laporan juga ialah kertas yang mengandungi khabar atau maklumat. Ia

ditulis bagi melaporkan sesuatu hal atau perkara yang telah berlaku. Laporan juga dikenali

sebagai dokumen menyampaikan maklumat khusus kepada pembaca tertentu.

14

Page 15: Kualiti Pendidik Prasekolah (Husna)

Pengajuran bengkel pertolongan cemas ini adalah bagi memenuhi soalan kerja

kursus bagi subjek Kualiti Pendidik Prasekolah yang telah diberikan oleh pensyarah.

Kumpulan yang terlibat bagi perlaksanaan kerja kursus ini adalah guru pelatih Semester 8

yang mengambil major Prasekolah. Pendedahan awal mengenai kepentingan pengurusan

pertolongan cemas dan cara menghadapi situasi kecemasan membantu guru pelatih

merancang sebuah bengkel pertolongan cemas yang baik di sekolah dan menambah

kemahiran dalam menghadapi situasi kecemasan. Kualiti Pendidik Prasekolah (PRA 3114),

merupakan kursus wajib yang diambil oleh guru-guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda

Perguruan Semester 8 yang mempunyai mata pelajaran Prasekolah sebagai subjek major

dalam pengajian mereka di setiap IPG.

Seramai 30 orang guru pelatih dan 2 orang pensyarah IPG Kampus Tengku

Ampuan Afzan telah terlibat di dalam penganjuran bengkel ini. Tujuan bengkel ini dianjurkan

adalah supaya guru pelatih dapat memenuhi keperluan tugasan projek bagi kursus Kualiti

Pendidik Prasekolah (PRA 3143). Seterusnya adalah bagi memberi pengetahuan dan

kemahiran kepada bakal-bakal guru prasekolah mengenai bantuan serta rawatan

kecemasan yang sesuai kepada kanak-kanak prasekolah. Selain itu diharapkan bengkel ini

dapat memberi pendedahan awal kepada bakal-bakal guru mengenai cara-cara

pengawasan yang betul serta sesuai semasa melaksanakan aktiviti dalam dan luar

prasekolah dan mendidik bakal-bakal guru cara untuk menganjurkan kursus secara

kolaborasi dengan pihak dalam dan luar.

Program ini telah berlangsung pada hari Rabu (2 September 2015) bertempat di

Bilik Simulasi, Jabatan Teknologi Pendidikan, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan. Bengkel

Kecemasan ini berlangsung daripada pukul 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Diantara unit-unit

yang terlibat ialah guru pelatih daripada PISMP Prasekolah 1 dan PISMP Prasekolah 2

Ambilan Januari 2012. Jumlah keseluruhan kos perbelanjaan bagi bengkel ini ialah RM200

mengikut perkiraan yang telah dibuat oleh bendahari bengkel.

3.1 Laporan Sebelum

Satu mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan perlantikan Ahli

Jawatankuasa Perlaksana Bengkel Pertolongan Cemas. Keputusan telah sebulat suara

untuk melantik AJK Pelaksana Induk bagi bengkel ini. Perjumpaan yang diadakan telah

memutuskan beberapa perkara seperti AJK dan pengurusan yang berkaitan dengan bengkel

melalui medium sosial WhatsApp dan Facebook. Kertas kerja yang diamanahkan kepada

setiausaha program telah pun diluluskan oleh pihak atasan institut sebelum program

dilaksanakan. Perbincangan juga adalah merujuk kepada pensyarah kursus kami iaitu En.

Rozman B Rosely. Beliau memberikan beberapa cadangan dan penambahbaikan semasa

15

Page 16: Kualiti Pendidik Prasekolah (Husna)

proses perancangan program dijalankan. Setelah kertas kerja diluluskan dan ahli

jawatankuasa ditetapkan, setiap individu yang terlibat dengan tugas yang telah diagihkan

mula membuat persediaan awal bagi bengkel ini.

Jawatankuasa yang dilantik adalah seperti berikut:

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

PENGERUSI : MUHAMAD AL-HAFIZ BIN ROZALI

NAIB PENGERUSI : LIZA A/P KASSIM

SETIAUSAHA : BUNG QIAN MIN

BENDAHARI : ASANI A/P ALANG SELAMAT

AHLI JAWATANKUASA KECIL

PENGACARA MAJLIS : MOHAMAD HAIKAL BIN KAMARUZAMAN

: SITI NUR HAMIZAH BINTI JUMUD-DIN

PENDAFTARAN : SITI NAZIHA BINTI JOPRI

: VIVI NARITA A/P SEMBUNYI

PROTOKOL : NORLINA BINTI MAHMOD

: EWINGDA BIN LEMAN

SAMBUTAN : DALIZA A/P EFENDI

: NURUL HUSNA BINTI ROSLAN

PUBLISITI/ BROSURE : ANG SWEE KIAN

: BEH TIAN XIN

: LEE LI WEI

PERSEDIAAN TEMPAT : MUHAMMAD SYAHIR BIN MD ARIFPIN

: ZAIERZA BIN ZAINAL

: YEW HOOI KHENG

PERALATAN & TEKNIKAL : MUHAMAD ZAINAL AZRI BIN ZULKIPLI

16

Page 17: Kualiti Pendidik Prasekolah (Husna)

: WAN ROSLIZA BINTI WAN ISMAIL

: CHAI SIOK QING

CENDERAMATA : NUR AMININ BINTI ZAHARI

: LOW FANG YUN

MAKANAN : LU NGUK SIA

: SIA LEE ING

DOKUMENTASI : MOHAMAD KHALIL BIN AWANG

: MUHAMMAD AZAM BIN KAHMIS

Ahli Jawatankuasa Perlaksana seperti pengerusi, naib pengerusi, setiausaha

dan bendahari adalah berfungsi sebagai individu pentadbir yang bertanggungjawab

memastikan bengkel ini berjalan dengan lancar daripada awal pengelolaan sehinggalah

akhirnya. Pengerusi memberikan arahan dan mengagihkan tugasan dengan jelas dan

tersusun kepada setiap ahli jawatankuasa kecil yang telah dilantik. Setelah itu, naib

pengerusi pula membantu pengerusi terhadap tugas-tugas perlaksanaan setiap ahli dan

peserta bengkel. Setelah itu, setiausaha adalah bertanggungjawab terhadap segala hal-hal

yang berkaitan dengan kertas kerja serta surat-surat yang berkaitan seperti surat lantikan

jemputan penceramah dan lain-lain lagi. Manakala bagi bendahari pula adalah berfungsi

sebagai pengurus kewangan sepanjang pengelolaan bengkel ini berlangsung.

Bagi jawankuasa kecil pula, skop tugasan telah disampaikan oleh pengerusi dan

tugasan bagi setiap jawatankuasa adalah lebih mudah apabila tugasan diagihkan secara

bersama. Bagi bengkel ini, pihak perlaksana telah membuat pembahagian tugasan kepada

jawatankuasa pengacara majlis, pendaftaran, protokol, sambutan, publisiti dan brosur,

persediaan tempat, peralatan dan teknikal, cenderamata, makanan dan dokumentasi. Setiap

jawatankuasa yang telah diberikan taklimat telah membuat tindakan terhadap skop tugasan

masing-masing seperti penyediaan teks ucapan pengerusi majlis, senarai nama peserta,

jemputan penceramah dan perasmi, brosur, tempahan bilik, cenderamata penceramah dan

perasmi, tempahan makanan dan alatan rakaman.

3.2 Laporan Semasa

Pada hari Rabu, 2 September 2015 bengkel telah dimulakan dengan

pendaftaran peserta Kursus Pertolongan Cemas Kanak-Kanak yang telah dikelolakan oleh

jawatankuasa pendaftaran bengkel. Setelah menjemput penceramah bengkel iaitu En

17

Page 18: Kualiti Pendidik Prasekolah (Husna)

Khazali B Ismail, sesi pertama pertolongan cemas kanak-kanak telah dimulakan. Bagi sesi

yang pertama ini, beliau lebih banyak menerangkan hal-hal yang berkaitan dengan

pengenalan kepada pertolongan cemas serta kepentingannya. Selain itu beliau juga ada

menegaskan bahawa pertolongan cemas di Malaysia hanyalah kepada bantuan yang

berbentuk bantuan kecemasan dan bukanlah bantuan perubatan walaupun dengan hanya

memberikan ubat demam kepada pesakit. Individu yang boleh memberikan bantuan

perubatan adalah individu yang berkelayakan dan mempunyai sijil seperti farmasis,

pembantu perubatan dan doktor.

Setelah itu, beliau menerangkan lagi berkenaan dengan objektif pertolongan

cemas yang pertama adalah untuk menyelamatkan nyawa jika berlaku apa-apa

kemalangan. Seterusnya adalah bagi mengurangkan kesan daripada kemalangan yang

dialami oleh pesakit. Objektif pertolongan cemas yang terakhir adalah bagi memulakan

proses pemulihan seawal mungkin. Semakin cepat bantuan kecemasan yang diberikan

kepada pesakit, semakin cepatlah proses pemulihan dapat berjalan kepada individu

tersebut.

Terdapat juga beberapa kes kemalangan yang memerlukan bantuan kecemasan

sebelum tibanya bantuan daripada pihak hospital seperti tercekik dan serangan jantung.

Kemalangan tercekik ini akan menyebabkan individu terbabit tidak dapat bernafas apabila

terdapat sesuatu yang menyekat saluran pernafasan yang menghalang udara daripada

masuk ke saluran pernafasan. Manakala serangan jantung kadangkala akan menyebabkan

jantung terhenti dan tidak dapat mengalirkan darah ke seluruh badan. Sekiranya bantuan

tidak diberikan dengan segera, dalam tempoh 4 minit sel-sel di dalam tubuh pesakit akan

mula mati kerana udara tidak dapat disalurkan kepada pesakit. Oleh itu, adalah sangat

penting bagi semua individu tidak kira lapisan masyarakat hendaklah mempunyai asas

dalam pertolongan cemas supaya dapat menyelamatkan nyawa individu yang disayangi

sebelum terlambat.

Menurut beliau lagi terdapat tiga prinsip bagi membolehkan seseorang individu

dapat memberikan pertolongan cemas kepada mangsa. Pertama, hendaklah seseorang

individu itu memberikan bantuan hanya sekiranya dia tahu dan mahir dalam pertolongan

cemas. Sekiranya individu tersebut tahu tentang pertolongan cemas tetapi tidak mahir juga

tidak boleh memberikan bantuan. Jika individu yang berada di tempat kejadian tidak tahu

dan tidak mahir akan bantuan pertolongan cemas, tindakan yang terbaik boleh dilakukan

adalah dengan mendapatkan bantuan yang segera daripada pihak hospital dan lain-lain.

Prinsip pertolongan cemas ini adalah penting bagi memastikan mangsa yang terlibat dalam

kemalangan dapat diselamatkan dengan cepat dan cara yang tepat. Sekiranya mangsa

18

Page 19: Kualiti Pendidik Prasekolah (Husna)

tidak mendapatkan rawatan yang tepat dikhuatiri mangsa akan mengalami masalah yang

lebih serius dan kritikal.

Garis panduan dalam melaksanakan pertolongan cemas yang pertama adalah

memastikan tempat kemalangan adalah selamat. Hal ini adalah sangat penting bagi

mengelakkan kemalangan lain pula yang berlaku kepada pembantu bantuan kecemasan

sekiranya tempat tersebut dalam keadaan yang mengancam nyawa seperti di tengah-

tengah jalanraya dan sebagainya. Seterusnya, adalah perlu untuk memastikan nyawa

mangsa terlebih dahulu dengan memeriksa nadi dan nafas mangsa bagi memastikan

bantuan dapat diberikan ataupun tidak. Selain itu, bantuan hendaklah diberikan pada

mangsa yang mempunyai masalah yang mengkin akan mengancam nyawa mangsa pada

tempat kejadian.

Setelah itu penceramah juga menerangkan tentang lima tugas utama pembantu

pertolongan cemas iaitu yang pertama adalah mengawal tempat kemalangan. Pengawalan

tempat kemalangan adalah seperti mengalihkan mangsa ke tempat yang lebih selamat dan

sebagainya. Setelah itu, cari jalan untuk dapat berhubung dengan pesakit melalui

percakapan, penglihatan dan sentuhan. Seterusnya, kenalpasti masalah pesakit dan bagi

bantuan dengan peralatan sedia ada. Sekiranya mangsa patah tangah, anduh hendaklah

dibuat dengan bahan yang sedia ada seperti kain dan lain-lain. Tugas yang keempat adalah

dengan menggerakkan mangsa tanpa melibatkan kecederaan. Pembantu pertolongan

cemas hendaklah tahu cara mengalihkan mangsa daripada tempat kejadian terutamany

pada kes-kes seperti patah tulang belakang yang lebih memerlukan penjagaan yang rapi.

Setelah itu sekiranya bantuan telah sampai kepada mangsa, pembantu pertolongan cemas

boleh memaklumkan sejarah kesihatan mangsa supaya pihak petugas hospital dapat

memberikan rawatan yang segera bagi masalah yang dihadapi.

19

Page 20: Kualiti Pendidik Prasekolah (Husna)

Rajah 1: Penceramah sedang menyampaikan maklumat secara teori.

Rajah 2: Beberapa tayangan video ditunjukkan oleh penceramah bagi pemahaman peserta

bengkel.

20

Page 21: Kualiti Pendidik Prasekolah (Husna)

Setelah itu, pada pukul 11 pagi peserta diberikan rehat dan penceramah

disajikan makanan yang diuruskan oleh jawatankuasa makanan. Peserta pula membeli

makanan di kantin sendiri dan dikehendaki masuk ke bengkel semula pada pukul 11.30

pagi. Tepat jam 11.30 pagi, bengkel sesi kedua pula dimulakan dengan sesi amali

pertolongan cemas. Sesi amali dimulakan dengan cara bantuan kecemasan kepada mangsa

yang mengalami kemalangan tercekik objek pada kawasan pernafasan. Objek ini tidak

kiralah dalam bentuk makanan, pepejal dan cecair. Jika kes yang berlaku pada kanak-kanak

dan bayi biasanya adalah tercekik bahan mainan, makanan yang terlalu besar dan tidak

dikunyah serta tercekik susu bagi bayi.

Bayi yang tercekik susu adalah berpunca daripada puting susu yang tidak

mempunyai langkah keselamatan. Hal ini boleh dilihat pada lubang puting susu yang terlalu

besar sehingga menyebabkan saluran pernafasan bayi tidak dapat dibuka kerana ketika itu

saluran makanan sedang terbuka untuk menerima susu. Tambah beliau lagi, terdapat dua

kaedah yang berbeza pada golongan dewasa dan kanak-kanak serta bayi. Sekiranya

mangsa yang terlibat dalam kemalangan adalah golongan dewasa dan kanak-kanak, maka

kaedah menolak abdomen di atas pusat mangsa menggunakan satu tangan daripada

belakang digunakan. Caranya ialah dengan meletakkan tangan kiri atau kanan yang tidak

digunakan untuk menolak abdomen mangsa pada pusat. Setelah itu letakkan tangan di atas

pusat dan tolakkan ke atas abdomen mangsa daripada belakang.

Kaedah kedua yang digunakan bagi golongan dewasa dan kanak-kanak adalah

dengan menepuk belakang tengkuk mangsa sekiranya mangsa sudah rebah. Kaedah ketiga

pula adalah dengan menggunakan kerusi dan menolak bahagian atas pusat menggunakan

bahgian kepala kerusi ke atas sekiranya mangsa berseorangan atau tidak mempunyai orang

sekeliling mangsa yang dapat membantunya. Bagi kanak-kanak pula, hanya dengan

menggunakan tiga jari dan tolakkan tulang sternum yang terdapat pada tengah-tengah

tulang rusuk. Tulang sternum perlu dikesan dengan berhati-hati supaya tidak berlaku

sebarang kecederaan pada anggota badan yang lain. Setelah penerangan diberikan oleh

penceramah, amali langkah pertolongan cemas kepada mangsa yang tercekik dijalankan.

21

Page 22: Kualiti Pendidik Prasekolah (Husna)

Rajah 3: Langkah pertama, kesan pusat mangsa.

Rajah 4: Langkah kedua,angkat tangan kedua untuk tolak abdomen mangsa ke atas.

22

Page 23: Kualiti Pendidik Prasekolah (Husna)

Rajah 5: Tolak abdomen mangsa ke atas.

Rajah6: Amali Bantuan pertolongan mangsa tercekik.

23

Page 24: Kualiti Pendidik Prasekolah (Husna)

Rajah 7: Kaedah kedua dengan menepuk tengkuk.

Rajah 8: Amali pertolongan kemalangan tercekik secara berpasangan.

24

Page 25: Kualiti Pendidik Prasekolah (Husna)

Setelah selesai dengan sesi amali pertolongan kepada mangsa yang tercekik,

semua peserta dibenarkan untuk berehat pada pukul 1.00 tengahari dan menyambung sesi

ketiga pada pukul 2.30 petang. Amali seterusnya adalah berkaitan dengan bantuan

pernafasan atau lebih dikenali sebagai cardiopulmonary resuscitation (CPR). Tiga syarat

CPR yang pertama adalah memastikan mangsa tidak sedarkan diri. Kedua, mangsa

hendaklah tidak mempunyai nafas walaupun ada nadi. Ataupun syarat ketiga mangsa tidak

mempunyai nadi di mana memenuhi kedua-dua syarat yang seterusnya barulah CPR boleh

dilakukan kepada mangsa.

Langkah pertama CPR adalah memastikan mangsa tidak hidup kerana CPR

tidak dilakukan ke atas mangsa yang masih sedarkan diri. Langkah ini boleh dilaksanakan

dengan penolong pertolongan cemas cuba menghubungi mangsa melalui percakapan,

penglihatan dan sentuhan dengan menepuk bahu mangsa dan sebagainya. Sekiranya

mangsa adalah bayi adalah memadai hanya dengan menggoncangkan kaki bayi. Jika

mangsa tiada respon barulah memenuhi syarat CPR yang pertama. Setelah itu teknik dan

langkah CPR dijalankan dengan membuat tekanan pada dada mangsa sebanyak lima kali

dan hembusan pernafasan ada mulut mangs sebanyak tiga kali. Satu sesi CPR adalah

sebanyak lima pusingan. CPR ini akan dilakukan sehinggalah mangsa dapat menyedarkan

diri atau meninggal dunia.

Rajah 9: Penolong pertolongan cemas hendaklah memastikan nadi mangsa terlebih dahulu

sebelum membuat CPR.

25

Page 26: Kualiti Pendidik Prasekolah (Husna)

Rajah 10: Tekanan pada CPR diberikan pada tulang sternum mangsa.

Amali seterusnya adalah balutan dan anduh. Penceramah memanggil beberapa

orang peserta untuk dijadikan contoh sebelum amali dijalankan. Bagi balutan seperti luka

dan bengkak bebat perlu dibuat bagi diletakkan pada bahagian yang sakit. Bebat boleh

dihasilkan dengan menggunakan kain dan sebagainya. Pembalut pula terdapat dua jenis

iaitu yang berbentuk kain dan meregang. Bagi kelukaan yang menyebabkan bengkak,

pembalut yang bersifat meregang boleh digunakan. Anduh pula adalah bagi kemalangan

seperti patah di bahagian tangan dan siku. Bebat bagi kemalangan seperti ini boleh dibuat

menggunakan kertas yang tebal atau pun surat khabar. Terdapat beberapa jenis anduh

seperti anduh penuh, anduh segi tiga dan anduh kecil. Walaubagaimanapun jenis anduh

yang paling kemas ialah anduh segi tiga. Anduh kecil pula digunakan sekiranya tidak

terdapat kain anduh yang besar.

26

Page 27: Kualiti Pendidik Prasekolah (Husna)

Rajah 11: Penceramah menunjukkan demonstrasi membuat balutan.

Rajah 12: Balutan pada kepada mangsa.

27

Page 28: Kualiti Pendidik Prasekolah (Husna)

Rajah 13: Amali peserta membuat balutan.

Rajah 14: Amali peserta membuat anduh kepada mangsa.

28

Page 29: Kualiti Pendidik Prasekolah (Husna)

Setelah selesai dengan amali peserta dan demonstrasi daripada penceramah,

bengkel diteruskan lagi dengan perasmian penutupan bengkel pertolongan cemas kanak-

kanak yang dirasmikan oleh En. Rozman B Rosely. Di dalam ucapan beliau mengharapan

supaya guru pelatih dapat mempraktikkan ilmu pegetahuan yang diperoleh daripada bengkel

tersebut dapat dimanfaatkan semasa berkhidmat sebagai guru prasekolah kelak. Kualiti

guru seperti inilah yang diharapkan dapat memberikan manfaat kepada anak murid pada

masa akan datang. Majlis seterusnya ditamatkan dengan penyampaian hadiah kepada

penceramah dan perasmi program. Majlis bersurai pada jam 5.00 petang dan peserta

dikehendaki mengemas semula tempat kawasan bengkel setelah selesai.

3.3 Laporan Selepas

Guru pelatih dikehendaki membuat satu laporan ringkas berkaitan dengan

penganjuran bengkel yang telah dilaksanakan. Selain itu, satu sesi refleksi di dalam

kumpulan telah dilaksanakan bagi menilai tahap kefahaman guru pelatih serta kemampuan

organisasi mengurus tadbir bengkel dengan baik. Laporan disediakan di dalam bentuk

penulisan supaya mudah dirujuk dan disemak oleh pensyarah yang terlibat. Secara

keseluruhannya semua individu berpuas hati dengan tahap kelancaran program serta

sangat mendapat maklumat yang banyak melalui bengkel yang dijalankan.

29

Page 30: Kualiti Pendidik Prasekolah (Husna)

4.0 Refleksi

Alhamdulillah, selesai juga pelaksanaan Bengkel Asas Pertolongan Cemas

Kanak-kanak anjuran PISMP Prasekolah Semester 8 AMbilan Januari 2012 IPGKTAA atas

kehendak dan iradat-Nya. Taklimat bagi penganjuran karnival ini telah disampaikan oleh En.

Rozman Bin Rosely selaku pensyarah pembimbing kami bagi kursus Kualiti Pendidik

Prasekolah ini. Tugasan ini adalah secara bersama dengan rakan-rakan unit, oleh itu saya

dan rakan-rakan sering mengadakan sesi kolaboratif bersama bagi berkongsi idea dalam

melaksanakan tugasan yang diberikan.

Taklimat yang diberikan oleh En. Rozman selaku pensyarah kami sangat

lengkap dan sangat membantu. Selain itu beliau juga ada memberikan maklumat-maklumat

bagi membantu pelaksanaan bengkel kami ini seperti maklumat-maklumat penting dalam

pengurusan bengkel dan lain-lain lagi. Tugasan telah dibahagikan dengan baik dan saya

telah bertanggungjawab untuk menguruskan bahagian sambutan penceramah dan perasmi

bengkel. Berikut merupakan jadual pelaksanaan karnival yang telah dirangka:

Fasa 1 - Perlantikan AJK Program.

- Pengenalpastian skop kerja dalam organisasi.

- Pemilihan penceramah yang sesuai.

- Penyediaan surat jemputan penceramah.

- Penyediaan senarai nama kehadiran.

- Penyediaan cenderamata.

Fasa 2 - Penyediaan alatan dan bahan yang diperlukan.

- Perlaksanaan Bengkel Asas Pertolongan Asas

Kanak-kanak.

Fasa 3 - Penganalisisan maklumat

- Menghasilkan penulisan akademik.

- Membuat penambahbaikan.

- Membuat refleksi.

Jadual Pelaksanaan Bengekel Asas Pertolongan Cemas.

Analisis SWOT merupakan salah satu bentuk analisis refleksi dengan

menggunakan prinsip SWOT (Strength, Weaknesses, Opportunities, and Threats). Analisis

SWOT digunakan untuk melihat kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang telah

dihadapi oleh ketika penghasilan sesuatu projek sebagai penambahbaikan pada masa akan

datang. Berikut merupakan analisis SWOT yang telah saya perolehi berdasarkan

pengalaman semasa perlaksanaan karnival ini:

30

Page 31: Kualiti Pendidik Prasekolah (Husna)

Kekuatan (Strength)

1. Tugasan yang sesuai dengan kursus.

2. Kerjasama antara kumpulan.

3. Pembahagian tugasan yang baik.

Kelemahan (Weaknesses)

1. Culas dalam pengurusan masa.

2. Pertindihan kerja dalam satu masa.

3. Kehadiran yang tidak penuh.

Peluang (Opportunities)

1. Bimbingan pensyarah pakar.

2. Pengajaran secara langsung.

Ancaman (Threat)

1. Maklum balas daripada pengarah terhadap perlaksanaan bengkel.

Berdasarkan analisis SWOT yang telah dilaksanakan saya membuat cadangan

penambahbaikan iaitu pertama, manfaatkan masa yang diberikan dengan baik.

Permasalahan yang saya perolehi pada tempoh hari ialah tekanan kerja yang menganggu

proses perlaksanaan kerja kursus daripada berjalan dengan lancar. Korbankan sedikit masa

daripada masa rehat untuk melaksanakan tugasan agar kerja tidak bertangguh dan menjadi

semakin bertimbun. Buat jadual atau perancangan dalam minda apa perkara yang utama

dan paling penting dan tandakan dengan warna merah beerti perlukan perhatian segera dan

perkara yang sederhana penting berwarna hijau dan kurang penting warna kuning. Hal ini

dapat membantu melicinkan perjalanan kerja seharian kita dan mengurangkan stress.

Membuat kerja dalam bebanan stress yang tinggi akan mengganggu kesihatan

kita dan mengurangkan kualiti pekerjaan yang dihasilkan. Selain itu, kemahiran membuat

pemerhatian dan penilaian terhadap kerja perlaksanaan bengkel perlulah dipertingkatkan

supaya boleh memahami kelemahan organisasi dan menyusun perjalanan program pada

masa akan datang dengan lebih kemas dan tersusun. Kemahiran membuat pemerhatian ini

boleh diperoleh melalui pembacaan, pengalaman daripada masalah-masalah lampau yang

dihadapi oleh guru sebelumnya dan lawatan ke pameran dan bengkel asas pertolongan

cemas yang lain.

31

Page 32: Kualiti Pendidik Prasekolah (Husna)

Kesimpulannya, perlaksanan bengkel ini telah dapat membentuk sikap disiplin

yang tinggi dan sifat peribadi yang unggul jika semua guru pelatih dapat membuat refleksi

atas pengajuran bengkel yang telah dilaksanakan. Selain itu, ianya dapat eningkatkan

kemahiran guru pelatih dan kesedaran guru pelatih terhadap kepentingan asas pertolongan

cemas kepada setiap individu. Hal ini kerana, kesedaran tanpa tindakan merupakan satu

tindakan yang sia-sia kerana ianya tidak akan membawa kepada sebarang

penambahbaikan.

32