Kualiti Pengetua

download Kualiti Pengetua

of 3

Transcript of Kualiti Pengetua

  • 7/31/2019 Kualiti Pengetua

    1/3

    Pengetua sebagai pemimpin sekolah perlu memainkan peranan sebagai kepimpinan profesional.

    Kecemerlangan dan kelestarian kepemimpinan bermula dengan peranan pengetua.Pengetua yang

    mempunyai kualiti dan tret atau ciri peribadi yang baik akan dapat mempamer gaya kepemimpinan

    yang baik, cemerlang, berkesan dan lestari.

    Pengetua mesti memiliki kredibiliti dan kompeten dengan kemahiran pentadbiran, pengurusan dan

    kepemimpinan.Oleh itu pengetua akan mendapat kepercayaan, kebergantungan, keyakinan ,

    sokongan, kesepakatan bekerja dan dapat meningkatkan kesetiaan serta komitmen daripada

    anggota organisasi, pelanggan dan stakeholders.

    Pengetua sebagai kepimpinan pendidikan di sekolah bertanggungjawab dan diamanahkan

    kemenjadian murid-muridnya untuk memperolehi ilmu pengetahuan, berkemahiran tinggi dan

    memiliki kepintaran pelbagai (Multiple Intelligence),bersahsiah cemerlang serta dapat menjadi

    sumber tenaga kerja yang compatible dengan pasaran kerja dan menjadi modal insan kelas pertama.

    PERANAN PENGETUA

    1. Pengetua sebagai pemimpin utama di peringkat sekolah diberi peranan melaksanakan pendidikan

    berkualiti dan cemerlang.Oleh itu pengetua perlu berusaha meningkatkan dan memantapkan tahap

    profesionalime dengan memiliki dan mengamalkan Ilmu Teori Pengurusan Sekolah terkini.Ilmu Teori

    Pengurusan Sekolah yang dimiliki akan membantunya bersikap profesional. Pengetua akan dapat

    bertindak tangkas dan berkesan serta membuat keputusan berteraskan etika dan moral professional

    pendidikan. Sekaligus dapat menangani segala isu kependidikan dan dapat menyelesaikan masalah

    sekolahnya dengan pemikiran rasional secara profesional.Keadaan ini berbeza dengan pengetua di

    zaman pra-merdeka yang melaksanakan tugas semata-mata mentadbir dan mengurus sekolah.

    Pengetua tersebut terjebak dengan tugas rutin dan formal serta bergantung kepada naluri, stail

    kepimpinan dan perwatakan sendiri.

    2. Pengetua secara tersurat memainkan peranan sebagai ketua pentadbiran, pengurus dan

    pemimpin sekolah. Melaksana tugas menyelia pelaksanaan kurikulum sekolah selaras Dasar Falsafah

    Pendidikan Kebangsaan, menyelia pelaksanaan program pendidikan sekolah dan memberi khidmat

    sokongan, memberi kepimpinan profesional kepada semua staf sekolahnya dan mempereratkan

    kerjasama pihak sekolah dengan masyarakat melalui organisasi seperti Persatuan Ibubapa dan Guru.

    Perubahan pesat dalam pendidikan di Malaysia dekad ini telah mendesak pengetua melaksana

    perubahan menjadi kepimpinan instruksional dengan menguasai aspek-aspek teknikal pengajaran

    dan pembelajaran, melaksana penyeliaan pengajaran dan pembelajaran guru di bilik darjah,

    mentadbir dan mengurus perhubungan kemanusiaan serta melaksana inovasi pendidikan ke arah

    membina generasi baru yang berupaya menghadapi cabaran-cabaran abad ke-21.

    3. Pengetua semestinya tidak boleh hanya berperanan sebagai pentadbir dan pengurus sahaja.

    Pengetua mesti bertindak sebagai pemimpin pendidikan di sekolahnya.Kepemimpinannya

    menentukan halatuju sekolahnya.Kepemimpinannya mencorak citra sekolahnya. Peranannya

    mengarah, mengelola, menyelia, membimbing dan menyelesai masalah bersama guru dan staf

    sokongan akan memancu ke arah pencapaian visi sekolah. Stail kepimpinan yang berlandaskan

    prosedur kerja sahaja dan berpegang kepada pendirian bahawa pengetua sentiasa betul dan benar

    tidak sesuai diamalkan. Pengetua perlu menggunakan kreativiti dengan menghayati reflectiverationality dan semangat syura yang berorientasi pelanggan. Pengetua sebagai the central figure

  • 7/31/2019 Kualiti Pengetua

    2/3

    dalam pentadbiran dan pengurusan sekolah berperanan sebagai pemimpin instruksional serta

    menjadi tempat rujukan, pakar runding, tempat berbincang dan berbicara, tempat rujukan, tempat

    mendapat khidmat nasihat sebagai kepimpinan instruksional.

    4. Pengetua sebagai peneraju sekolah mesti memahami dengan jelas konsep dan idea yang boleh

    dijadikan asas dan panduan dalam mengurus sekolah.Di antaranya Sekolah Berkesan, Sekolah

    Berwatak, School view, Class view, Back to basic, Guru mengajar-Murid belajar dan Let managers

    manage dan seumpamanya. Pengetua mesti boleh memahami isu-isu pendidikan dan persekolahan

    agar dapat merealisasi pendidikan berkualiti untuk murid-murid di sekolahnya. Di samping itu dapat

    melahirkan the gentlemen, scholars and sportman melalui perancangan strategik sekolah.

    5. Pengetua berperanan sebagai role model dan dapat mendorong guru berusaha dengan penuh

    keghairahan melaksana misi bagi mencapai visi sekolah dengan menjalin dan mengadun tenaga guru

    dalam satu pasukan kerja. Pengetua memberi inspirasi dan motivasi kepada guru untuk bekerja

    secara sukarela dan dalam suasana ceria serta berasa kepuasan apabila aktiviti sekolah dapat

    dilaksana dengan berkesan dan mencapai hasil yang cemerlang berdasar KPI yang telah ditetapkan.

    6. Pengetua berkeupayaan melaksana permuafakatan strategik pendidikan di antara PIBG dan NGOyang terlibat secara langsung dengan usaha pembangunan dan kemajuan pendidikan termasuk

    agensi kerajaan dan swasta. Permufakatan strategik pendidikan dilakukan menerusi aktiviti yang

    boleh dilaksanakan oleh warga sekolah dengan pihak yang dilibatkan dalam hal yang disepakati dan

    dilaksanakan sesuai dengan keperluan dan kemudahan di peringkat sekolah. Permuafakatan

    strategik pendidikan perlu ada networking, kepakaran, sumber, kemudahan, pengalaman intitusi

    dan organisasi. Kemudian dibina pasukan petugas menjayakan satu-satu usaha yang telah disepakati

    bersama. Pemuafakatan strategik pendidikan mesti diinstitusikan agar berlangsung secara

    berkekalan dan berterusan serta sentiasa dibugarkan.

    7. Pengetua mesti membuat analisis swot dan analisis persekitaran sekolahnya.Mengenalpasti

    kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang di sekolahnya. Sekaligus menyusun perancangan dan

    langkah menangani kelemahan dan ancaman.Mengembleng kekuatan dan menggunakan peluang

    yang ada mengatasi kekangan-kekangan di sekolah dan persekitarannya dengan mengarca , memeta

    dan merencana visi dan misi melalui pelaksanaan perancangan strategik sekolah. Visi dan misi

    sekolah dipersembahkan dalam bentuk mudah difahami dan boleh diterima serta dihayati bersama

    oleh seluruh warga sekolah. Pengetua mesti berkeupayaan menggunakan kedudukan, pengaruh,

    kebijaksanaan, berkeupayaan memujuk, kekuatan menggerak dan kemahiran mengurus, mentadbir

    dan memimpin serta melentur perbezaan dan kelainan di kalangan guru sekolahnya.

    8. Pengetua berperanan mewujudkan dan melaksana perkhidmatan penyayang di sekolah. Pengetua

    menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan yang diberikan oleh warga sekolah. Perkhidmatan

    penyayang boleh memotivasi dan membangkit serta menbugarkan semangat guru-guru bekerja dan

    melahirkan perasaan penghormatan kepada kepemimpinan pengetua.

    BEBERAPA CIRI PENGETUA BERKESAN

    1. Pengetua memiliki sense of mission dan sense of purpose, berwawasan, jelas halatuju dan

    matlamat yang hendak dicapai oleh sekolah melalui pernyataan visi dan misi

    sekolahnya.Berkeupayaan menjelaskan kepada warga sekolah dan komuniti setempat tentang visi

    dan misi sekolah dengan amalan walk the talk iaitu kepimpinan melalui teladan. Bertindak sebagaistrategist yang berkesan dan memiliki kecekapan merangka strategi supaya dapat menjamin visi dan

  • 7/31/2019 Kualiti Pengetua

    3/3

    misi yang tersurat dan tersirat tercapai.Berupaya mengemblengkan segala sumber yang ada di

    sekolah secara maksimum dan bertindak pantas menangani kekurangan dan kekangan yang akan

    mengagalkan pencapaian visi.

    2. Pengetua menjadi ketua guru dan ketua pedagogi serta mempunyai kemahiran membimbing guru

    dan bertindak sebagai pedagogical innovator. Mempunyai personaliti dan kekuatan minda dari segi

    intelek dan ilmu bagi menghadapi cabaran serta dapat membuat keputusan dengan tangkas dan

    tepat.

    3. Pengetua memiliki kemahiran berkomunikasi interpersonal dengan baik dan berfikir reflaktif,

    kreatif dan konstruktif serta beriltizam,beristiqamah dan sanggup bermujahadah dalam pelaksanaan

    tugas dan tanggungjawab.Pengetua yang berkemahiran komunikasi dan diplomasi boleh meraih

    sokongan guru dan sekaligus menggalakkan penglibatan ibubapa serta komuniti setempat dalam

    usaha meningkatkan kualiti pendidikan sekolah.

    4.Pengetua berpijak pada landasan yang tepat dan disokong oleh sifat muaddib, murrabbi dan

    mursyid serta memiliki sahsiah bercirikan insan cemerlang. Bijak memimpin, berakhlak terpuji,

    mempamer teladan yang baik dan berketrampilan serta bersikap amanah, bertanggungjawab,proaktif dan bersikap profesional.

    5. Pengetua diiktiraf dan mendapat pengiktirafan umum bahawa sekolah yang ditadbir, diurus dan

    dipimpinnya menepati konsep sekolah dan tidak dipesepsikan dengan gambaran lain. Seiring dengan

    pengiktirafan perlu mempunyai iklim dan persekitaran kondusif dan kemantapan pencapaian

    akademik yang lahir sebagai satu pembudayaan atau etos sehingga wujud perhubungan yang

    harmoni di kalangan warga sekolah, pelanggan dan stakeholders.

    6. Pengetua mempunyai stail kepemimpinan yang dapat menarik sokongan dan kerja sepasukan,

    berpesonaliti, ada ketokohan dan world view pendidikan yang luas.Pengetua berkelulusan, berilmu

    dan berkemahiran berkaitan Ilmu Teori Pengurusan Sekolah yang tinggi dan boleh digunasama.

    Pengetua mempunyai komitmen tinggi dan mendapat pengiktirafan guru, murid dan komuniti

    setempat serta mempunyai kesihatan yang baik dan sihat dari segi jasmani, emosi, rohani dan

    intelek.