KUAZRILRIDZHIEMA031175D05TT2 (1)

download KUAZRILRIDZHIEMA031175D05TT2 (1)

of 32

Transcript of KUAZRILRIDZHIEMA031175D05TT2 (1)

  • 8/2/2019 KUAZRILRIDZHIEMA031175D05TT2 (1)

    1/32

    BAB 2

    PROSES TENDER

    2.1 Pengenalan

    Di Malaysia, amalan yang biasa diamalkan ialah klien menawarkan sesuatu

    projek pada kelompok kontraktor di mana kontraktor tersebut masing-masing akan

    menyediakan kos yang paling optimum dan keputusannya adalah terletak kepada klien

    untuk memilih kontraktor yang layak. Apabila tender daripada sesebuah kontraktor itu

    diterima oleh klien, maka wujudlah ikatan yang dinamakan kontrak antara kontraktor

    yang dipilih oleh klien.

    Tender ialah suatu kenyataan yang dikeluarkan kepada seseorang untuk

    melakukan kerja di samping mendapatkan persetujuan daripada pihak yang berkenaan

    (Saidin, 1998). Menurut March (2003) pula, proses menender merupakan proses

    taktikal bagi pemilihan satu-satu pihak bagi membekalkan suatu perkhidmatan, produk

    atau item kerja. Tanpa menghiraukan mekanisme pemilihan, proses tawaran dan

    pemerimaan perlu ada di dalam tender. Ia merupakan suatu proses bertaktik sebagai

  • 8/2/2019 KUAZRILRIDZHIEMA031175D05TT2 (1)

    2/32

    keputusan yang strategik terhadap suatu pihak serta skop kerja yang telahpun

    dikenalpasti.

    Tender merupakan proses utama yang dilakukan oleh klien untuk mendapatkan

    kontraktor yang layak. Pemilihan kontraktor biasanya dibuat melalui pertandingan

    yang melibatkan perbandingan antara perkara tertentu seperti harga dan masa

    pembinaan. Ini adalah antara faktor utama pemilihan kontraktor selain reputasi serta

    pengalaman kontraktor tersebut.

    2.2 Perolehan Di Malaysia

    2.2.1 Syarat-syarat Perolehan

    Perolehan yang melebihi RM200,000 perlu dipelawa secara tender. Tender

    terbuka hendaklah dipelawa untuk bekalan yang nilainya melebihi RM200,000 setahun

    bagi satu jenis item atau kelas jenis item, kecuali jika dibenarkan oleh Ketua

    Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri mengikut mana-mana

    yang berkenaan. Semua jabatan kerajaan hendaklah menggunakan syarat-syarat am

    tender sebagaimana ditentukan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan. Jika perlu

    sesuatu jabatan itu menambah syarat-syarat tertentu asalkan ianya tidak bercanggah

    dengan syarat-syarat am Arahan Perbendaharaan (A.P. 171.1). Semua perolehan yang

    dipelawa secara tender hendaklah dipertimbangkan oleh Lembaga Perolehan.

    2.2.1.1 Kerja

    13

  • 8/2/2019 KUAZRILRIDZHIEMA031175D05TT2 (1)

    3/32

    Kerja merupakan perolehan yang melibatkan kerja-kerja pembinaan dan sivil

    seperti bangunan, lapangan terbang, pelabuhan, jalanraya, tapak kawasan dan

    empangan air serta kerja perparitan. Ia juga merangkumi kerja-kerja mekanikal dan

    elektrikal. Menurut Elias (2000), sebelum sesuatu tender kerja ditender, pihak

    penguasa tempatan memperuntukkan sekurang-kurangnya 30% daripada nilai kerja

    tahunan khas untuk ditandingi di kalangan kontraktor Bumiputera sahaja dan ianya

    tidak termasuk kontrak kerja di bawah RM100,000.00.

    Tambahan beliau lagi, pihak penguasa tempatan juga mengkhususkan semua

    tender bernilai RM100,000.00 kepada kontraktor Bumiputera sahaja dan mengagihkan

    sekurang-kurangnya 50% daripada kerja-kerja yang bernilai dari RM1000,000.00

    hingga RM350,000.00 kepada kontraktor Bumiputera. Pelawaan tender dibuat kepada

    syarikat-syarikat tertentu mengikut had kewangan iaitu tender kerja yang kurang

    daripada RM10 juta dibuka kepada syarikat 100% milik tempatan sahaja. Bagi tender

    di antara RM10 juta hingga RM25 juta pula dipelawa daripada kalangan syarikat 100%

    tempatan dan syarikat tempatan yang disenaraikan di Bursa Malaysia iaitu syarikat

    yang ditubuhkan dan diperbadankan di Malaysia oleh warganegara Malaysia dengan

    syarat pegangan saham individu asing tidak melebihi 30% dan Lembaga Pengarah,

    pengurusan dan pekerja dianggotai 100% oleh warganegara Malaysia.

    Bagi tender yang melebihi RM25 juta pula boleh dipelawa daripada 100%

    milik tempatan, syarikat temapatan yang disenaraikan di BSKL dan syarikat

    usahasama yang diperbadankan di Malaysia dengan syarat pegangan ekuiti asing tidak

    melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah

    warganegara Malaysia (Elias, 2000). Tender kerja-kerja khas yang memerlukan

    kepakaran khusus yang tidak boleh diperolehi melalui kepakaran tempatan boleh

    ditender secara antarabangsa.

    14

  • 8/2/2019 KUAZRILRIDZHIEMA031175D05TT2 (1)

    4/32

    2.2.1.2 Bekalan

    Bekalan adalah dimaksudkan sebagai barangan yang dibekalkan bagi

    menjalankan sesuatu aktiviti, program atau projek agensi Kerajaan. Ia juga merupakan

    input kepada sesuatu proses kerja atau perkhidmatan. Bekalan dimaksudkan adalah

    seperti bahan binaan, makanan, pakaian, kenderaan dan kelengkapan pejabat.

    Bagi tender yang bernilai RM100,000.00, pihak penguasa tempatan perlu

    mempelawa tender di kalangan syarikat Bumiputera sahaja. Tender tempatan

    hendaklah dipanggil berasaskan harga bersih sekiranya sumber boleh didapati di dalam

    negeri. Bagi tender antarabangsa, ianya hanya boleh dipelawa bagi tender bekalan

    yang tidak boleh diperolehi di dalam negeri atau tidak mempunyai sekurang-

    kurangnya lima pembekal yang berdaftar dengan pihak penguasa tempatan (Elias,

    2000).

    2.2.1.3 Perkhidmatan

    Perkhidmatan adalah ditakrifkan sebagai khidmat tenaga manusia atau

    kepakaran/kemahiran yang diperolehi untuk melaksana dan menyiapkan sesuatu kerja

    tertentu. Bidang perkhidmatan terbahagi kepada dua seperti berikut:

    (i) Perkhidmatan perunding

    - Perkhidmatan perunding meliputi semua jenis kajian seperti kajian

    ekonomi, penswastaan, pengurusan, pembangunan fizikal yang memerlukan

    input seperti senibina, kejuruteraan dan kerja-kerja ukur, pengurusan

    15

  • 8/2/2019 KUAZRILRIDZHIEMA031175D05TT2 (1)

    5/32

    perundangan dan perkhidmatan kepakaran dalam bidang-bidang khusus

    seperti alam sekitar dan pertanian.

    (ii) Perkhidmatan Bukan Perunding

    - Perkhidmatan bukan perunding meliputi perkhidmatan seperti

    pengendalian kursus dan latihan, penyenggaraan dan pembaikan, pencucian

    dan pembersihan, penyewaan dan pengurusan bangunan.

    Bagi tender perkhidmatan yang bernilai tidak melebihi RM100,000.00, pihak

    penguasa tempatan hendaklah mempelawa tender di kalangan syarikat Bumiputera

    sahaja. Tender perkhidmatan ini hendaklah dipelawa di kalangan pentender tempatan

    sahaja. Tender antarabangsa boleh dipelawa sekiranya didapati perkhidmatan yang

    hendak diperolehi tiada di dalam negeri atau tidak mempunyai sekurang-kurangnya

    lima syarikat yang berdaftar dengan pihak penguasa tempatan (Elias, 2000).

    2.2.2 Prosedur Perolehan Bekalan, Perkhidmatan dan Kerja

    Perbendaharaan adalah pihak berkuasa pusat bagi perolehan (bekalan,

    perkhidmatan dan kerja) kerajaan sama ada di Malaysia atau di luar negara dalam

    pengawalan, penguatkuasaan, penyeliaan, penyelarasan, penggunaan, pembahagian,

    penyimpanan, pemindahan antara jabatan dan pelupusan barang-barang. Selain kuasa

    am yang diberi kepadanya dengan nyata oleh A.P. 166.1, Perbendaharaan mempunyai

    kuasa khusus bagi perkara-perkara berikut yang antaranya adalah:

    (i) Menentukan kriteria, syarat-syarat pendaftaran dan mendaftarkan individu,

    firma, syarikat atau pertubuhan bagi membolehkan mereka berurus niaga

    dengan kerajaan

    (ii) Membeli atau memperolehi dengan cara yang paling menguntungkan, sama

    ada melalui tender/sebut harga atau lain-lain

    16

  • 8/2/2019 KUAZRILRIDZHIEMA031175D05TT2 (1)

    6/32

    (iii) Membuat kontrak bagi perolehan jabatan dengan mengenakan terma-terma

    dan syarat-syarat yang paling menguntungkan

    (iv) Mengambil tindakan termasuk menggantung atau membatalkan

    pendaftaran ke atas individu, firma, syarikat dan pertubuhan serta

    perunding yang didapati oleh Perbendaharaan telah bersalah kerana

    keingkaran dalam melaksanakan sesuatu kontrak atau prestasi tidak

    memuaskan daripada memasuki tender atau menyebut harga atau memberi

    perkhidmatan kepada kerajaan bagi suatu tempoh yang berpatutan

    2.3 Proses Tender

    Tender merupakan suatu kenyataan yang dikeluarkan kepada seseorang bagi

    mendapatkan persetujuan daripada pihak yang tertentu. Sesuatu tender merangkumi

    beberapa peringkat, tatacara dan prosedur yang berkenaan. Ia melibatkan proses

    dokumentasi, proses pemilihan dan penilaian kontraktor dan proses untuk menentukan

    harga kontrak terbaik yang boleh dipersetujui serta masa penyiapan yang paling

    relevan untuk menyiapkan sesuatu projek pembinaan (Mohamed, 2002). Tender boleh

    diringkaskan sebagai satu sistem untuk memilih kontraktor bagi menjalankan kerja-

    kerja kontrak pembinaan. Menurut Marsh (2003), prosedur spesifik yang diadaptasi

    bagi sesuatu proses tender akan bergantung kepada ciri-ciri berikut, iaitu:

    (i) Jenis pentenderan yang akan dibuat

    (ii) Bilangan pentender yang dipilih

    (iii) Keadaan kontrak

    (iv) Sama ada proses yang melibatkan peringkat tunggal atau dua peringkat

    (v) Pertanggungjawaban yang diperlukan

    (vi) Nilai jangkaan tender

    (vii) Lokasi pentender (tempatan atau antarabangsa)

    (viii) Lokasi projek

    (ix) Mekanisme pemilihan (mekanisme kualiti/harga atau harga sahaja)

    17

  • 8/2/2019 KUAZRILRIDZHIEMA031175D05TT2 (1)

    7/32

    Secara ringkasnya, semua prosedur pentenderan adalah mengikut set aktiviti

    utama yang sama, dengan aktiviti minor dihuraikan berpandukan faktor-faktor yang

    digariskan di atas, iaitu seperti merujuk Rajah 2.1 di bawah.

    Rajah 2.1 : Aktiviti pentenderan (Sumber : March, 2003)

    Secara umumnya, tujuan utama proses menender adalah untuk memilih

    seorang kontraktor yang benar-benar berkelayakan dan bagi mendapatkan satu tender

    yang boleh dipersetujui dan diterima oleh kedua-dua pihak yang terlibat.

    Aktiviti Major Aktiviti Minor

    Kaedah pentenderan

    Dokumentasi tender

    Pemilihan pentender

    Prosedur pentenderan

    Penilaian tender

    Respon terhadap faktor-faktorMembangunkan strategiProgram

    Program untuk produksi

    Dokumentasi yang perlu dimasukkan

    Jemputan pra-kelayakan kepada yangpentender berkelayakan

    Menilai responTemubualPemeriksaan bebas

    Koordinasi dokumentasiMengisu tenderPemindaan isu

    Pemeriksaan tapak dan luaranMenilai dokumentasiInput terhadap mekanisme kualiti/hargaTemubualPemberian kontrak

    18

  • 8/2/2019 KUAZRILRIDZHIEMA031175D05TT2 (1)

    8/32

    2.3.1 Jenis Tawaran

    Terdapat beberapa jenis tender yang dipraktiskan di Malaysia. Antara yang

    sering diamalkan adalah tender terbuka, tender terpilih dan tender perundingan. Setiap

    jenis tender mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing dan

    perlaksanaannya adalah bergantung kepada kesesuaian dalam proses menender.

    Pemilihan jenis tender dalam sesuatu projek pembinaan banyak bergantung kepada

    beberapa faktor utama seperti saiz projek, lokasi pembinaan, kesesuaian dengan masa

    serta kos yang diperuntukkan, pengalaman dan sebagainya.

    2.3.1.1 Tender Terbuka

    Tender jenis ini terbuka untuk ditandingi oleh semua kontraktor / pembekal

    yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan bagi bekalan dan perkhidmatan dan

    Lembaga Pembangunan Industri pembinaan Malaysia (CIDB) dan Pusat Khidmat

    kontraktor (PKK) bagi kerja.

    Tender terbuka sering diamalkan di dalam industri pembinaan di Malaysia

    untuk memilih kontraktor yang berkelayakan dan untuk melaksanakan suatu

    pembinaan yang dirancang. Persaingan secara tender terbuka adalah lebih adil dan

    dapat menjamin harga tender yang ditawarkan mengikut pasaran semasa. Klien akan

    mengiklankan tawaran dalam akhbar-akhbar tempatan untuk menjemput kontraktor

    yang berminat menawarkan harga yang munasabah bagi projek tersebut.

    Di dalam iklan tawaran, akan disebut tentang skop kerja yang ditawarkan dan

    isu-isu yang penting berkenaan projek yang akan dijalankan yang perlu diberi

    perhatian oleh pihak kontraktor. Iklan bagi tender terbuka juga mencakupi rangka

    19

  • 8/2/2019 KUAZRILRIDZHIEMA031175D05TT2 (1)

    9/32

    yang terperinci tentang jenis, ukuran, program dan sifat utama kerja atau projek

    (Turner, 1983). Pentender akan dikenakan sejumlah wang tertentu untuk membeli

    dokumen tender terebut dan dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar

    pada tarikh dan tempat yang telah ditetapkan.

    Penawaran harga oleh kontraktor biasanya berdasarkan jumlah anggaran kasar

    sesebuah pembinaan berdasarkan pengalaman kontraktor itu sendiri. Harga ini

    termasuklah harga bahan binaan, gaji pekerja, bayaran untuk sub-kontraktor, kerja

    sampingan dan juga keuntungan. Harga tender yang diserahkan itu merupakan

    tawaran yang muktamad tanpa apa-apa perundingan dan tawar-menawar dengan pihak

    klien (Clough dan Sears, 1994). Semua kontraktor yang berkelayakan boleh mencuba

    nasib mereka untuk memenangi tender tersebut kerana klien tidak terikat untuk

    memilih mana-mana pentender yang menawarkan harga yang paling rendah.

    Tujuan tender jenis ini adalah untuk membolehkan klien mendapatkan seorang

    kontraktor yang dapat menawarkan harga yang paling minimum bagi sesuatu projek

    pembinaan tanpa menjejaskan mutu kerja dan bahan binaan. Walaupun begitu, harga

    yang paling rendah tidak semestinya harga yang paling baik pada pandangan klien

    (Clough dan Sears, 1994). Dalam tender ini, klien yang diwakili oleh perunding

    arkitek, jurutera dan juru ukur bahan akan membuat pelawaan kepada kontraktor untuk

    menender di akhbar-akhbar.

    Tender terbuka mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan jenis-jenis

    tender yang lain. Tender terbuka memberi peluang yang sama rata kepada semua

    kontraktor terutamanya kontraktor yang baru mendaftar dan kurang pengalaman. Ini

    kerana pemilihan adalah berdasarkan kos yang ditawarkan oleh setiap kontraktor. Di

    samping itu, ia juga tidak memerlukan kemahiran dan kelayakan yang khusus. Tender

    jenis ini juga tidak menggalakkan manipulasi dan pakatan harga di antara kontraktor

    yang memasuki tender (Milne, 1980). Tender jenis ini bersifat kompetitif dan ini

    boleh mewujudkan persaingan yang sihat antara kontraktor yang terlibat dan kebaikan

    20

  • 8/2/2019 KUAZRILRIDZHIEMA031175D05TT2 (1)

    10/32

    kepada klien pula adalah dari aspek pemilihan kontraktor yang dapat menawarkan

    harga yang paling munasabah.

    Tender terbuka tidak sesuai untuk projek yang memerlukan penyiapan segera.

    Kos projek mungkin akan meningkat disebabkan mutu kerja yang dihasilkan kurang

    berkualiti disebabkan harga tawaran yang terlalu rendah. Ini adalah amat berisiko

    kerana kontraktor mungkin akan membuat tuntutan yang tidak munasabah untuk

    mengelakkan kerugian (Mohamed, 2002).

    Tender jenis ini jarang dipraktiskan oleh pihak swasta. Ini adalah kerana

    proses yang panjang diperlukan bermula daripada peringkat penyediaan dokumen,

    mengiklankan, penyediaan lukisan spesifikasi sehinggalah kepada proses penilaian dan

    pemilihan kontraktor yang layak yang mana berlaku pembaziran wang dan masa.

    Selain itu, tender terbuka kurang menggalakkan penggunaan alatan-alatan

    moden kerana projek yang biasanya terlibat dengan tender terbuka adalah berkos

    rendah atau sederhana. Kesukaran untuk memilih kontraktor yang layak juga menjadi

    satu masalah bagi pihak klien kerana ia melibatkan jumlah yang agak besar dan ini

    membazirkan masa dan wang bagi kedua-dua pihak iaitu kontraktor dan klien.

    2.3.1.2 Tawaran Terhad dan Tertutup

    Tender terpilih adalah tender yang hanya dikemukakan kepada kontraktor-

    kontraktor yang telah dipilih oleh klien. Ini bermakna jumlah kontraktor yang boleh

    memasuki tender untuk tender jenis ini adalah kecil tetapi kontraktor ini dipilih

    berdasarkan kepada pengalaman dan kemahiran yang luas dalam sesuatu bidang.

    Kontraktor yang berpengalaman luas dan mempunyai kemahiran tertentu yang

    21

  • 8/2/2019 KUAZRILRIDZHIEMA031175D05TT2 (1)

    11/32

    bersesuaian akan dikenalpasti terlebih dahulu dan hanya mereka sahaja yang akan

    dipelawa untuk menyertai tender. Bilangan kontraktor terpilih biasanya kecil iaitu

    antara 5 hingga 8 orang. Persaingan juga berlaku tetapi dalam jumlah yang kecil.

    Melalui sistem tender ini, pemilihan kontraktor adalah berdasarkan lukisan lakar,

    senarai bahan dan juga penyediaan kontraktor binaan dan kelayakannya. Terdapat dua

    cara menyenaraikan kontraktor yang biasa diamalkan iaitu:

    1. Perunding bagi pihak klien akan menyenaraikan nama-nama kontraktor yang

    layak. Tender hanya akan ditawarkan kepada mana kontraktor yang termasuk

    dalam senarai tersebut. Kontraktor yang meletakkan harga yang munasabah dan

    rendah biasanya akan dipilih.

    2. Proses yang telah diterangkan dalam Kod Peraturan Pemilihan.

    Tender terpilih mengurangkan risiko kegagalan pembinaan dan mengurangkan

    kos penyediaan dokumen tender. Ia amat sesuai bagi kerja-kerja khas yang

    memerlukan kemahiran tertentu. Projek dapat disiapkan dengan baik kerana

    kontraktor yang berpotensi, bereputasi tinggi serta yang benar-benar layak telah dipilih

    di peringkat awal lagi (Mohamed, 2002).

    Sistem tender terpilih juga tidak dapat lari dari kekurangannya iaitu tidak

    semua kontraktor mendapat peluang dalam tender jenis ini terutamanya kontraktor

    yang baru berdaftar dan kurang pengalaman kerana ia terhad untuk kontraktor yang

    mahir serta berpengalaman. Salah satu masalah yang sering timbul apabila

    mengamalkan tender jenis ini ialah terdapatnya pakatan harga di antara kontraktor

    yang disenaraikan. Klien tidak mempunyai pilihan lain jika semua kontraktor

    meletakkan harga yang tinggi dari kos yang ditaksir dari anggaran kasar, maka

    pemilihan terpaksa dibuat ke atas kontraktor yang menawarkan harga yang paling

    rendah antara kontraktor tetapi lebih tinggi dari kos asal. Biasanya kes ini berlaku jika

    kontraktor itu mengenali antara satu sama lain (Saidin, 1998).

    Tender terhad hanya boleh dilaksanakan setelah agensi mendapat kelulusan

    khas Perbendaharaan Malaysia sebelum ianya dilaksanakan. Tawaran terhad biasanya

    22

  • 8/2/2019 KUAZRILRIDZHIEMA031175D05TT2 (1)

    12/32

    terbuka kepada semua kontraktor yang termasuk di dalam kategori yang telah

    dinyatakan dalam iklan tawaran. Contohnya tawaran terhad kepada kontraktor

    bumiputera sahaja.

    2.3.1.3 Tawaran Perundingan

    Dalam tender perundingan, klien akan menghantar surat kepada kontraktor

    tertentu untuk menjemput kontraktor tersebut menyediakan rangka perbelanjaan bagi

    projek yang dirancangkan. Klien akan berunding dengan seorang kontraktor secara

    langsung mengenai projek pembinaan yang akan dilaksanakan sebelum memilih

    kontraktor yang bersesuaian melalui tender perundingan. Biasanya klien akan

    menjemput kontraktor yang mempunyai reputasi dan rekod yang baik yang diketahui

    latarbelakang projek yang terlibat serta semestinya berkemahiran.

    Biasanya, kos yang ditawarkan oleh kontraktor adalah lebih tinggi jika

    dibandingkan dengan jenis-jenis tender yang lain. Ini kerana kontraktor akan terlibat

    secara langsung dari peringkat awal kitaran hidup projek pembinaan sehinggalah ke

    peringkat penyerahan projek kepada klien. Klien akan diberi penerangan yang jelas

    dan terperinci mengenai kesesuaian rekabentuk, penggunaan bahan binaan, teknologi

    yang digunakan serta cara binaan yang boleh memaksimumkan keuntungan sesuatu

    projek pembinaan. Namun begitu, kos bagi membiayai proses tender adalah murah

    memandangkan klien telahpun mempunyai kontaktor pilihan yang dirasakan layak

    tanpa perlu melibatkan jemputan untuk menender yang mengambil masa yang panjang

    dan tanpa melibatkan kontraktor yang ramai. Terdapat dua jenis tender perundingan

    yang biasa dijalankan:

    1. Tender yang diambil oleh kontraktor antarabangsa

    23

  • 8/2/2019 KUAZRILRIDZHIEMA031175D05TT2 (1)

    13/32

    Tender ini biasanya dijalankan untuk membina projek yang besar, berteknologi

    tinggi dan memerlukan kepakaran yang sangat khusus. Contohnya adalah

    pembinaan lapangan terbang antarabangsa, empangan hidroelektrik, bangunan

    pencakar langit dan sebagainya. Satu jemputan tawaran akan dikeluarkan iaitu

    antara kontraktor antarabangsa yang terlibat. Tujuannya adalah memberi

    kemudahan kepada klien untuk berhubung dengan kontraktor bagi mengetahui

    keupayaan dan kebolehan sebenar kontraktor bagi menjalankan projek tersebut.

    Kemudian, tawaran yang dihantar akan ditapis dan borang tawaran tender akan

    diberikan kepada kontraktor yang layak.

    2. Tawaran oleh firma arkitek

    Dalam tender jenis ini, borang tawaran hanya dikeluarkan kepada sejumlah kecil

    kontraktor yang terpilih atau telah menjadi anak syarikat. Segala keperluan dan

    perbelanjaan akan dibincangkan bersama antara kontraktor terlibat dengan firma

    arkitek yang dilantik dan keputusannya adalah bergantung kepada arkitek yang

    bertanggungjawab.

    Secara umumnya, tender perundingan membolehkan perbincangan diadakan

    antara pihak klien dan kontraktor bagi mendapat kos yang sesuai selain kontraktor

    dapat memberi nasihat tentang rekabentuk, teknologi, bahan, cara pembinaan dan

    sebagainya.

    2.3.1.4 Tender Prakelayakan

    Peraturan pra-kelayakan adalah bertujuan untuk menapis kontraktor-kontraktor

    supaya mereka yang mempunyai pengalaman, kebolehan teknikal, kewangan secara

    pengurusan bagi melaksanakan sesuatu projek sahaja dibenarkan mengambil bahagian

    di dalam sesuatu tender yang diadakan setelah agensi mendapat kelulusan khas

    Perbendaharaan Malaysia.

    24

  • 8/2/2019 KUAZRILRIDZHIEMA031175D05TT2 (1)

    14/32

    Secara amnya, tender prakelayakan adalah agak sama dengan tender terbuka.

    Perbezaannya cuma kontraktor yang akan dipilih adalah kontraktor yang mempunyai

    latarbelakang yang kukuh dan rekod yang baik sahaja akan dipilih berbanding tender

    terbuka di mana semua kontraktor mempunyai peluang sama rata. Bagi memastikan

    kontraktor yang dipilih mempunyai kelayakan yang sepatutnya iaitu mempunyai

    kepakaran kerja, modal pusingan yang cukup dan kemahiran dalam bidang tertentu,

    satu borang tawaran akan diberi kepada kontraktor yang memohon. Dalam borang

    tawaran ini kontraktor dikehendaki memberi maklumat tentang kenyataan kewangan

    dan pengurusan untuk memastikan latar belakang diketahui dengan jelas oleh klien

    (Saidin, 1998).

    Notis tawaran tender prakelayakan juga sama dengan tender terbuka iaitu

    dibuat dengan menyatakan skop kerja dan tarikh tawaran dan butir-butir lain mengenai

    projek yang akan dijalankan. Tambahannya adalah klien selalunya menetapkan jangka

    masa pembinaan bagi projek tersebut. Selain itu, notis tawaran juga berkehendakkan

    kontraktor membuat pembayaran tertentu bagi menjamin semua kontraktor yang

    memasuki tawaran adalah bona fide (Saidin, 1998).

    2.3.2 Persediaan Tender

    Bagi pihak klien, suatu projek pembinaan akan berjaya jika ia memenuhi

    objektif projek bagi menyiapkan projek di dalam masa yang ditetapkan serta kos yang

    munasabah. Pembinaan juga perlu disiapkan mengikut jadual tertentu dan dibina

    berdasarkan kepada perancangan serta spesifikasi yang ditetapkan. Perancangan yang

    jelas dan terperinci perlu bagi menentukan setiap aktiviti yang dilakukan adalah

    mengikut apa yang telah dirancang dan dipersetujui. Beberapa persediaan tender

    antaranya melibatkan:

    25

  • 8/2/2019 KUAZRILRIDZHIEMA031175D05TT2 (1)

    15/32

    (i) Mendefinisikan jenis kontrak yang akan ditawarkan

    (ii) Menyusun dan menetapkan jawatankuasa tender yang mencadangkan pakej

    kontrak

    (iii) Penjadualan aktiviti tender yang terlibat

    (iv) Persediaan dokumen tender

    2.3.2.1 Perancangan Tender

    Perancangan tender adalah amat penting bagi memastikan bahawa setiap

    proses tender yang terlibat dilaksanakan mengikut jadual berdasarkan pemilihan

    kontraktor yang berkelayakan dengan mengambilkira kriteria dari segi kualiti, kuantiti,

    masa serta kos. Pihak klien perlu menyediakan jadual tertentu bagi menetapkan

    jangkaan proses tender yang terlibat seperti tempoh penyediaan spesifikasi,

    pengiklanan, penilaian serta keputusan tender.

    2.3.2.2 Penyediaan Spesifikasi

    Kementerian dan Jabatan dikehendaki menyediakan spesifikasi tender. Bagi

    maksud ini, Jawatankuasa Teknikal perlu ditubuhkan. Spesifikasi hendaklah secara

    terperinci bagi memberi gambaran secara jelas kepada pentender akan apa yang

    diperlukan atau yang dikehendaki. Spesifikasi tersebut hendaklah berdasarkan kepada

    fungsi dan prestasi dengan kepatuhan kepada piawaian antarabangsa atau serupa boleh

    dimasukkan ke dalam sepsifikasi tersebut.

    26

  • 8/2/2019 KUAZRILRIDZHIEMA031175D05TT2 (1)

    16/32

    Apabila tender atau sebut harga dipelawa, penentuannya hendaklah jelas

    supaya pentender mendapat gambaran mengenai kehendak-kehendak klien.

    Contohnya, sekiranya pihak JKR ingin membeli kelengkapan atau jentera di mana

    penentuan penuh tidak dapat dikemukakan, butir-butir lain hendaklah diberikan kepada

    kontraktor supaya kontraktor berkenaan mempunyai suatu asas yang saksama untuk

    menyertai tender. Misalnya, jika suatu kelengkapan dikehendaki, keupayaan minimum

    kelengkapan berkenaan perlulah dinyatakan dan terpulanglah kepada kontraktor untuk

    memberi butir-butir kelengkapan yang mereka tawarkan beserta dengan harga.

    Nama dagangan atau nama jenama tidak boleh digunakan dalam penentuan

    tender. Spesifikasi yang menjurus kepada sesuatu jenama atau negara ditegah sama

    sekali. Jika ini tidak dapat dielakkan, ungkapan atau persamaan hendaklah ditulis

    selepas nama dagangan atau nama jenama di atas dokumen tender itu (A.P. 174.1).

    Pentender boleh membantah di dalam 14 hari dari tarikh tender diiklankan jika

    spesifikasi tersebut menjurus kepada sesuatu jenama. Ringkasnya, spesifikasi yang

    tepat perlu dinyatakan dengan jelas bagi memastikan pentender mendapat gambaran

    sebenar apa yang dikehendaki oleh klien di dalam sesuatu tender.

    2.3.3 Prosedur Penyediaan Tender

    Tender ditawarkan apabila adanya keperluan untuk projek tersebut contohnya

    sesebuah kawasan itu memerlukan sekolah, maka cadangan akan dikemukakan kepada

    pihak JKR daerah Johor Bahru. Proses penyediaan Dokumen Meja Tender (DMT)

    bermula apabila pelan-pelan akan diterima daripada Jabatan Arkitek ataupun arkitek

    yang dilantik. Dari sini, segala kerja-kerja akan diprogramkan iaitu menentukan item

    untuk kos utama (PC) dan Provisional Sum dan seterusnya menganggarkan jumlah

    untuk PC danProvisional Sum itu. Nilai anggaran ini kemudiannya akan dimasukkan

    ke dalam anggaran kos projek.

    27

  • 8/2/2019 KUAZRILRIDZHIEMA031175D05TT2 (1)

    17/32

    Draf ringkasan tawaran dan tambahan kepada penentuan juga akan ditentukan.

    Selain itu juga, borang-borang yang berkenaan juga disusun dan dihantar untuk ditaip

    dan kemudiannya dikumpul, disusun dan dihantar untuk dijilid. Setelah anggaran

    kasar kos sesuatu projek itu diperolehi, anggaran tersebut akan dihantar ke ibu pejabat

    JKR di Kuala Lumpur untuk menentukan jenis tender. Selain itu, ia juga dihantar ke

    Bahagian Kewangan untuk mendapatkan pengesahan peruntukan. Ini untuk

    memastikan projek tersebut tidak melebihi dari peruntukan yang disediakan.

    Setelah mendapat pengesahan daripada Bahagian Kewangan, anggaran kos

    tersebut akan dimasukkan ke dalam bahan yang telah dijilid. Namun begitu,

    hendaklah dipastikan bahawa Bahagian Kewangan telah meluluskan pengesahan

    peruntukan kerana masalah akan timbul apabila projek bermula.

    Setelah itu, dokumen tender dan DMT boleh disediakan dan maklumat ini akan

    disemak semula oleh ibu pejabat JKR untuk penentuan tender. Dalam dokumen tender

    dan DMT itu hendaklah dipastikan kelas, tajuk dan tajuk kecil selain daripada tempoh

    untuk pengiklanan serta bilangan tender. Tender kemudiannya akan diiklankan ke

    dalam akhbar-akhbar tempatan.

    Dokumen tender akan dikenakan sejumlah bayaran yang berpatutan kepada

    kontraktor seperti yang digariskan oleh Jabatan Perbendaharaan Malaysia. Menurut

    Rafiza (2002), jumlah bayaran tender dokumen boleh dikira berdasarkan perkara-

    perkara berikut:

    (i) Spesifikasi, senarai kuantiti dan dokumen-dokumen lain dalam kertas

    bersaiz A4 ialah RM0.75 setiap helai mukasurat

    (ii) Lukisan-lukisan dalam kertas A3 ialah RM1.40 sehelai, saiz A2 ialah

    RM7.00, saiz A1 ialah RM13.00 sehelai manakala saiz A berharga

    RM16.00 sehelai

    28

  • 8/2/2019 KUAZRILRIDZHIEMA031175D05TT2 (1)

    18/32

    (iii) Setiap set dokumen tender adalah tertakluk kepada bayaran minimum

    sebanyak RM100.00 manakala bagi tender yang mempunyai lukisan dan

    dokumen sulit, deposit sebanyak RM10,000.00 akan dikenakan dan

    kemuadian akan dipulangkan semula apabila dokumen tender dikembalikan

    dalam keadaan yang baik

    Kandungan Dokumen Tender akan meliputi syarat-syarat dan terma am,

    spesifikasi, salinan perjanjian, jadual harga, tempoh penghantaran, tempoh bantahan

    dan skop kerja yang diperlukan. Dokumen Tender bagi JKR biasanya berharga dari

    RM200.00 sehingga RM400.00 termasuk pelan dan lukisan spesifikasi. Kebiasaannya

    bagi sektor swasta, harga dokumen tender perlu juga dimasukkan wang kesungguhan

    yang biasanya dalam bentuk bank draf. Harganya adalah dalam lingkungan

    RM2000.00 sehingga RM3000.00 tetapi tidak melebihi RM5000.00, bergantung

    kepada saiz projek yang terlibat.

    2.3.4 Deposit Tender

    Pembekal atau kontraktor tempatan yang telah berdaftar dengan Kementerian

    Kewangan dikecualikan dari mengemukakan deposit tender. Bagi tender

    antarabangsa, petender asing diperlukan mengemukakan deposit tender bernilai antara

    RM62,500 bagi tawaran kurang dari RM5 juta sehingga deposit bernilai RM1 juta bagi

    tawaran bernilai RM30 juta bagi tender bekalan dan perkhidmatan. Bagi tender kerja,

    petender dikehendaki mengemukakan deposit tender bernilai RM50,000 bagi kontrak

    di bawah RM10 juta sehingga deposit bernilai RM1 juta bagi kontrak kerja bernilai

    RM100 juta. Deposit tender adalah dikecualikan bagi tender tempatan. Bagi tender

    antarabangsa, deposit tender hendaklah dikenakan seperti berikut:

    29

  • 8/2/2019 KUAZRILRIDZHIEMA031175D05TT2 (1)

    19/32

    Jadual 2.1 : Deposit tender bekalan / perkhidmatan (A.P. 175.1)

    Anggaran Nilai Tender Jumlah Deposit Tender

    Hingga RM 5 juta RM 62,500

    Melebihi RM 5 juta sehingga RM 10 juta RM 187,500

    Melebihi RM 10 juta sehingga RM 20 juta RM 375,000

    Melebihi RM 20 juta sehingga RM 30 juta RM 625,000

    Melebihi RM 30 juta RM 1 juta

    Jadual 2.2 : Deposit tender kerja (A.P. 175.1)

    Anggaran Nilai Tender Jumlah Deposit Tender

    Hingga RM 10 juta RM 50,000Melebihi RM 10 juta sehingga RM 20 juta RM 150,000

    Melebihi RM 20 juta sehingga RM 50 juta RM 350,000

    Melebihi RM 50 juta sehingga RM 100 juta RM 750,000

    Melebihi RM 100 juta RM 1 juta

    Bagi pentender tempatan yang mendapat pengecualian daripada pendaftaran,

    deposit tender hendaklah dikenakan sebanyak 2.5% daripada harga tawarannya atau

    maksimum RM10,000. Semua deposit tender hendaklah dalam bentuk draf

    bank/jaminan bank (A.P. 175.1).

    Oleh kerana pentender tempatan tidak dikenakan deposit, sekiranya kontraktor

    menolak tawaran setelah tawaran dibuat kepadanya dalam tempoh sah laku tawaran

    berkenaan, tindakan penggantungan pendaftaran akan diambil terhadap mereka.

    Kontraktor tersebut akan digantung oleh Perbendaharaan daripada mengambil

    bahagian dalam tender kerajaan selama dua tahun bagi kesalahan pertama dan lima

    tahun bagi kesalahan kedua. Untuk kesalahan ketiga, pendaftaran syarikat berkenaan

    akan dibatalkan, seterusnya nama pemilik modal atau ahli Lembaga Pengarah

    disenaraihitamkan (A.P. 175.1).

    Dalam pelawaan tender hendaklah disyaratkan bahawa bagi mereka yang

    dikenakan bayaran deposit tender, jika pentender enggan menandatangani sesuatu

    kontrak selepas tendernya disetuju terima atau menarik balik tendernya sebelum

    30

  • 8/2/2019 KUAZRILRIDZHIEMA031175D05TT2 (1)

    20/32

    keputusan dibuat, maka deposit tendernya akan dirampas. Ini adalah bagi memastikan

    bahawa pentender benasr-benar serius dalam menender sesuatu bekalan, perkhidmatan

    atau kerja. Deposit tender bagi pentender yang tidak berjaya hendaklah dipulangkan

    setelah tender itu disetuju terima oleh pentender yang berjaya atau selepas tamat tarikh

    sah laku tender. Deposit pentender yang berjaya akan dikembalikan selepas bon

    perlaksanaan diterima.

    Dalam AP. 176.2 menyatakan bahawa sebelum sesuatu kontrak bekalan atau

    peerkhidmatan yang nilainya melebihi RM50,000 tetapi tidak melebihi RM500,000

    disempurnakan, kontraktor yang berjaya hendaklah memberi Bon Perlaksanaan

    sebanyak 2.5% daripada jumlah harga kontrak. Bagi kontrak yang melebihi

    RM500,000 pula, Bon Perlaksanaan yang diperlukan ialah sebanyak 5% daripada

    jumlah harga kontrak. Untuk kontrak bekalan atau perkhidmatan bermasa yang

    berkuatkuasa selama dua tahun atau lebih, peratus Bon Perlaksanaan hendaklah dikira

    mengikut harga anggaran kontrak bagi setahun sahaja dan tidak daripada keseluruhan

    harga kontrak. Walaubagaimanapun, tempoh tamat Bon Perlaksanaan tersebut

    hendaklah meluputi keseluruhan tempoh kontrak bermasa.

    2.3.5 Proses Memasuki Tender Penguasa Tempatan Oleh Kontraktor

    Tender biasanya diiklankan di dalam akhbar tempatan (Utusan Malaysia) pada

    hari Isnin atau Khamis. Kontraktor tidak perlu berdaftar dengan penguasa tempatan

    bagi menyertai tender. Sebelum menyertai tender penguasa tempatan kontraktor perlu

    mempunyai sijil pendaftaran dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) bagi tender

    kerja atau dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) bagi tender bekalan atau

    perkhidmatan. Kontraktor dikehendaki menyemak syarat pendaftaran untuk menyertai

    tender seperti di dalam iklan iaitu kelas, kepala dan sub-kepala bagi tender serta kod

    bidang bagi tender bekalan atau perkhidmatan. Kontraktor juga diwajibkan berdaftar

    31

  • 8/2/2019 KUAZRILRIDZHIEMA031175D05TT2 (1)

    21/32

    dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bagi tender

    kerja.

    Rajah 2.2 : Carta alir penjualan dokumen tender oleh penguasa tempatan

    Kelayakan kontraktor boleh dikategorikan seperti berikut:

    MULA

    Serahkan lesen kontraktor kepada PembantuTadbir untuk semakan dan Pembantu Tadbir

    akan menyediakan bil bayaran dokumen

    Buat bayaran di kaunter Jabatan Kewangan

    Kemukakan resit bayaran ke kaunter BahagianUkur Bahan & Kontrak untuk mendapat

    dokumen tender

    Semak dokumen serta pelan (jika ada) danpastikan ianya betul dan mencukupi sebelum

    meninggalkan kaunter

    TAMAT

    32

  • 8/2/2019 KUAZRILRIDZHIEMA031175D05TT2 (1)

    22/32

    Jadual 2.3 : Kelayakan kontraktor untuk memasuki tender penguasa tempatan

    KERJA AWAM / BANGUNAN KERJA ELEKTRIK

    Kelas Nilai Projek (RM) Kelas Nilai Projek (RM)

    A Melebihi 10,000,000 I 1,000,001 ke atas

    B 5,000,001 hingga 10,000,000 II 1,000,000 ke bawah

    C 2,000,001 hingga 5,000,000 III 500,000 ke bawah

    D 500,001 hingga 2,000,000 IV 150,000 ke bawah

    E 200,001 hingga 500,000 V 50,000 ke bawah

    F sehingga 200,000 VI 20,000 ke bawah

    Sekiranya kontraktor merasakan diri mereka layak, mereka dikehendaki datang

    ke Kaunter Bahagian Ukur Bahan & Kontrak pada masa yang telah ditetapkan seperti

    berikut:

    Jadual 2.4 : Masa urusan pembelian dokumen tender oleh penguasa tempatan

    Hari Waktu

    Isnin Khamis8.15 pagi 12.30 tengahari

    2.15 petang 3.45 petang

    Jumaat 8.15 pagi 12.00 tengahari2.45 petang 3.45 petang

    Sabtu (minggu ke-2 & ke-4) 8.15 pagi 12.00 tengahari

    Kontraktor juga dikehendaki membawa bersama dokumen-dokumen berikut:

    (i) Sijil perakuan pendaftaran PKK atau KKM beserta salinan

    33

  • 8/2/2019 KUAZRILRIDZHIEMA031175D05TT2 (1)

    23/32

    (ii) Sijil pengiktirafan status Bumiputera beserta salinan (jika dikehendaki)

    (iii) Surat perwakilan kuasa sekiranya kontraktor berkenaan mewakilkan

    kakitangan untuk mengambil dokumen tawaran

    (iv) Sijil perakuan pendaftaran asal CIDB yang berkaitan

    (v) Bayaran untuk dokumen tender sama ada dalam bentuk tunai, cek, wang

    pos atau bank draf

    2.3.5.1 Peraturan / Had Nilai Tender Oleh Penguasa Tempatan

    Semua perolehan Kerajaan hendaklah dibuat daripada Kontraktor yang

    pendaftarannya masih berkuatkuasa. Pihak berkuasa bagi pendaftaran kontraktor

    dalam bidang bekalan dan perkhidmatan ialah Kementerian Kewangan manakala bagi

    kontraktor kerja ialah Pusat Khidmat Kontratkor (PKK) dan Lembaga Pembangunan

    Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Pengecualian hanya dibenarkan bagi perolehan

    yang tidak melebihi RM10,000.00 setahun bagi bekalan dan perkhidmatan mengikut

    AP 184.2(a). Semua projek yang dilaksanakan di penguasa tempatan sama ada kerja,

    bekalan atau perkhidmatan yang melebihi RM 100,000.00 setahun perlu dipelawa

    secara tender.

    2.3.6 Proses Memasuki Tender JKR Oleh Kontraktor

    34

  • 8/2/2019 KUAZRILRIDZHIEMA031175D05TT2 (1)

    24/32

    Terdapat beberapa prosedur tertentu yang perlu dilalui oleh kontraktor sebelum

    ia dapat bertanding untuk memperolehi tender tersebut iaitu iklan, mengisi dokumen

    tender dan menghantar dokumen tender sebelum tarikh tutup.

    2.3.7 Iklan

    Apabila mempelawa tender, publisiti yang seluas-luasnya hendaklah dibuat

    supaya semua pembekal yang bona fide berpeluang untuk menyertai tender dan

    dengan yang demikian membolehkan kerajaan memperolehi tawaran yang terbaik.

    Tender tempatan hendaklah diiklankan dalam sekurang-kurang satu akhbar harian

    utama berbahasa Melayu. Walaubagaimanapun, untuk tender antarabangsa, sekurang-

    kurangnya di dalam dua akhbar, di mana satu berbahasa Melayu dan satu berbahasa

    Inggeris pemberitahuan juga dihantar kepada kedutaan dan Pesuruhjaya Tinggi negara-

    negara yang sesuai dan boleh mengambil bahagian di dalam tender tersebut. Bagi

    tender yang diuruskan oleh Kementerian Kewangan, iklan tender juga akan dipaparkan

    di dalam laman web BPPK. Pentender diberi tempoh tidak kurang dari 21 hari bagi

    tender tempatan. bagi tender antarabangsa, tempoh tersebut adalah tidak kurang dari

    56 hari.

    Walaupun publisiti meluas digalakkan bagi urusan tender, pertimbangan

    sewajarnya mengenai kos iklan hendaklah juga diambilkira. Sekiranya kontraktor yang

    berkelayakan di bawah satu-satu bidang adalah diketahui tidak melebihi lima

    kontraktor, iklan tidak perlu dibuat (A.P. 172). Dalam hal demikian, kelulusan Ketua

    Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri hendaklah diperolehi

    terlebih dahulu. Setelah mendapat kelulusan, pemberitahuan tender kepada kontraktor

    yang diluluskan hendaklah dihantar melalui surat berdaftar (A.P. 172) .

    Iklan tender dikeluarkan pada setiap minggu iaitu pada hari Isnin dan Khamis

    di dalam akhbar-akhbar tempatan iaitu bagi projek yang melebihi RM 100,000. Bagi

    35

  • 8/2/2019 KUAZRILRIDZHIEMA031175D05TT2 (1)

    25/32

    projek yang nilai tendernya kurang RM 100,000, sebut harga akan dipamerkan pada

    papan kenyataan jabatan.

    Kontraktor yang ingin memasuki tender perlu menyemak keperluan kerja,

    kelayakan kelas, kepala dan subkepala serta masa dan tempat kepala. Juga perlu

    dipastikan tarikh tutup tawaran serta jumlah wang cagaran dan wang tebusan.

    Di samping keperluan di bawah Arahan Perbendaharaan bagi publisiti tender,

    kenyataan tender hendaklah juga menyatakan bahawa dokumen tender hendaklah

    dimasukkan ke dalam sampul berlakri dan dituliskan rujukan tertentu supaya boleh

    dikenali sebelum ianya dibuka. Waktu tender ditutup bagi penerimaan hendaklah

    ditetapkan pada jam 12.00 tengahari pada hari bekerja.

    2.3.8 Mengisi Dokumen Tender

    Cara mengisi sesuatu borang tender adalah penting untuk menjamin Dokumen

    Tender dari kontraktor tersebut sah dan layak memasuki tender. Kontraktor hendaklah

    membuat perkiraan awal sendiri untuk dibandingkan dengan quotation dari JKR dan

    seterusnya dapat memberikan harga yang kompetitif. Bagi dokumen tender yang

    menggunakan senarai kuantiti (BQ), hendaklah dipastikan kadar harga dan

    mendarabkan kuantiti dengan betul.

    Kesilapan yang kecil sekalipun seperti mengisi jenama peralatan tidak seperti

    yang dihargakan adalah perlu dielakkan. Kontraktor juga perlu memastikan jumlah

    senarai kuantiti atau ringkasan tawaran dipindahkan dengan betul ke Ringkasan Tender

    dan seterusnya ke Borang Tender. Akhir sekali, kontraktor perlu mencatatkan harga

    tender, tempoh kerja dan kemudiannya menandatangani Borang Tender.

    36

  • 8/2/2019 KUAZRILRIDZHIEMA031175D05TT2 (1)

    26/32

    Dokumen Tender akan dijual mulai tarikh iklan tender tersebut dibuat di dalam

    akhbar tempatan. Hanya kontraktor/pembekal yang memenuhi syarat-syarat

    pendaftaran dalam bidang yang berkenaan dibenarkan membeli Dokumen Tender

    tersebut. Bagi tender antarabangsa, pengecualian diberikan dari syarat-syarat

    keperluan pendaftaran.

    2.3.9 Penutupan Tender

    Tender mahupun sebut harga yang diterima tanpa dibuka hendaklah

    dimasukkan ke dalam peti tawaran berkunci. Peti tawaran hendaklah ditanda tarikh

    dan waktu peti akan dibuka. Dua kunci yang berbeza bagi peti tawaran hendaklah

    diadakan dan anak kunci dipegang secara berasingan oleh dua orang pegawai kanan

    Jabatan berkenaan. Keselamatan peti tawaran hendaklah sentiasa dijaga.

    Biasanya tempoh antara penyediaan tender hingga penutupan tender adalah

    minima antara 21 hari. Namun tempoh ini akan lebih lama jika membabitkan projek

    yang lebih besar kosnya. Sebelum menghantar sesuatu dokumen tender itu, kontraktor

    hendaklah menyemak pada iklan tarikh tutup dan tempat mengemukakan tender kerana

    ia mungkin berbeza dengan tempat membeli tender. Kontraktor juga perlu

    memastikan tajuk dan nombor projek dicatatkan di luar sampul surat tender.

    Borang Tender hendaklah dimasukkan ke dalam peti yang bertulis tajuk projek

    berkenaan sebelum pukul 12 tengahari. Begitu juga jika borang tersebut dihantar

    melalui mel udara. Penghantaran borang tender selepas masa dan tarikh tersebut tidak

    akan dilayan. Satu lagi perkara penting dalam menghantar Borang Tender adalah

    37

  • 8/2/2019 KUAZRILRIDZHIEMA031175D05TT2 (1)

    27/32

    elakkan menggabungkan 2 tender dalam 1 sampul walaupun kedua-dua tender tersebut

    mempunyai tarikh tutup yang sama kerana projek yang berlainan mempunyai peti yang

    berbeza dan dalam kes ini kerugian adalah bagi pihak kontraktor itu sendiri.

    2.4 Kontrak

    Kontrak ialah satu perjanjian yang terjalin apabila satu pihak bersetuju untuk

    menerima tawaran daripada satu pihak yang lain (Saidin, 1998). Ianya merupakan satu

    persetujuan bertulis berdasarkan perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-

    undang yang mengikat kedua-dua belah pihak yang berkontrak yang terlibat iaitu klien

    dan kontraktor. Kontrak merupakan elemen yang sangat penting dalam industri

    pembinaan kerana terdapatnya proses kerjasama antara pelbagai pihak bagi

    mewujudkan tujuan persetujuan yang dipersetujui. Dalam projek-projek kerajaan, jika

    didapati perlu atau sesuai untuk mengadakan satu kontrak formal, kontrak itu

    hendaklah dibuat atas nama Kerajaan dan ditandatangani oleh pegawai diberi kuasa di

    bawah Akta Kontrak Kerajaan 1949 (disemak 1973).

    Sebelum sesuatu kontrak kerja dimulakan, kontraktor hendaklah

    mengemukakan Bon Perlaksanaan sebanyak 5% daripada keseluruhan kontrak. Bon

    Pelaksanaan yang dikemukakan hendaklah dalam bentuk Jaminan dari bank berlesen

    di bawah akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 yang menjalankan perniagaan di

    Malaysia atau Jaminan Insurans yang dikeluarkan oleh syarikat insurans berlesen di

    bawah Akta Insurans 1963. Bon Perlaksanaan yang dikeluarkan dalam bentuk

    Jaminan Insurans hendaklah bagi kontrak kerja yang bernilai tidak melebihi RM1 juta.

    Bagi nilai melebihi RM1 juta, jaminan hanya boleh dikemukakan dalam bentuk

    Jaminan Bank sahaja.

    38

  • 8/2/2019 KUAZRILRIDZHIEMA031175D05TT2 (1)

    28/32

    Jenis-jenis kontrak yang biasa dipraktiskan di Malaysia mempunyai 4 jenis

    iaitu kontrakLump Sum (Gumpalan), kontrakMeasure & Value (Ukur dan Nilai),

    kontrakCost Reimbursement(Kos Pembayaran Ganti) dan kontrak Turnkey.

    2.4.1 KontrakLump Sum

    Kontrak Lump Sum boleh dilaksanakan dalam tiga cara. Pertamanya

    berdasarkan kepada lukisan spesifikasi yang disertakan dengan spesifikasi. Biasanya

    kontrak ini digunakan untuk kerja yang memerlukan projek disiapkan cepat dan

    lukisan spesifikasi yang disertakan adalah kurang memuaskan untuk mendapatkan

    ukuran yang tepat. Ini menyebabkan kontraktor terdedah kepada risiko yang tinggi.

    KontrakLump Sum berdasarkan lukisan dan senarai bahan digunakan untuk

    projek-projek yang bernilai lebih RM I juta. Dengan menggunakan kaedah

    pengukuran yang tepat berdasarkan pelan yang disediakan, kedua-dua pihak yang

    terlibat dapat merasai keadilan. Jenis kontrak seperti ini juga akan memudahkan

    pembayaran kemajuan kerja dan untuk kerja-kerja ubahsuai (Saidin, 1998).

    KontrakLump Sum berdasarkan kepada lukisan dan jadual kadar harga pula

    digunakan jika masa tidak mencukupi untuk menyediakan dokumen-dokumen lain dan

    kebanyakan projek ini mengikut harga yang ditetapkan kontraktor. Ia juga kadangkala

    digunakan dalam kerja penyelenggaraan bangunan. Menurut Saidin (1998), kontrak

    Lump Sum jenis ini juga telah diubahsuai secara umum yang boleh dibahagi kepada

    dua kategori iaitu:

    (i) Kontrak Fixed Price merangkumi penetapan terhadap kerja-kerja kecil di

    dalam kontrak tersebut serta harganya tidak boleh diubah setelah kontrak

    ditandatangan.

    39

  • 8/2/2019 KUAZRILRIDZHIEMA031175D05TT2 (1)

    29/32

    (ii) KontrakFirm Price boleh dibuat perubahan terhadap harga tetapi tidak

    boleh mengubah jumlah besar kontrak tersebut.

    2.4.2 KontrakMeasure and Value

    Kontrak jenis ini secara khususnya digunakan bagi bangunan-bangunan yang

    besar serta perlu dirahsiakan daripada pengetahuan masyarakat kedudukan bahagian-

    bahagian tertentu di dalam bangunan tersebut, misalnya ialah penjara dan institusi

    kewangan atau bank kerana faktor utama yang diambilberat adalah faktor keselamatan.

    Pembinaan dilakukan secara cepat di mana tiada penyediaan lukisan spesifikasi yang

    setara dan senarai bahan bagi tujuan perlaksanaan.

    Masalah yang biasa di dalam kontrak jenis ini adalah dari aspek menentukan

    harga perbelanjaan sebenar khususnya pada peringkat permulaan kerja. Tawaran

    projek adalah secara sementara atau dikenali juga sebagaiprovisional. Bayaran hanya

    dibuat setelah kontraktor yang terlibat memulakan kerja pembinaan berdasarkan

    pengukuran dan kerja-kerja yang telah disiapkan. Pengubahsuaian kontrak biasa

    berlaku dan bahagian yang dimaksudkan itu adalah (Saidin, 1998):

    (i) Lukisan, spesifikasi kerja dan jadual kadar harga pembayaran dilakukan

    mengikut jadual yang telah dipersetujui terlebih dahulu antara pihak klien

    dan kontraktor.

    (ii) Lukisan, analisa kos dan spesifikasi kerja pembayaran bagi projek adalah

    berpandukan pada projek-projek lain yang setara iaitu mempunyai funsi dan

    bentuk fizikal yang agak sama.

    2.4.3 KontrakCost Reimbursement

    40

  • 8/2/2019 KUAZRILRIDZHIEMA031175D05TT2 (1)

    30/32

    KontrakCost Reimbursementkadangkala juga dikenali sebagai Kontrak Cost

    Plus. Secara umumnya, kontrak jenis ini boleh dibahagikan kepada 3 kategori utama

    iaitu (Saidin, 1998):

    (i) Wang Kos Prime + Yuran Tetap

    (ii) Wang Kos Prima + Peratus Yuran

    (iii) Wang Kos Prima + Yuran Sasaran

    Yuran yang terlibat adalah kiraan keuntungan dan perbelanjaan pengurusan

    manakala Wang Kos Prima merupakan kos-kos yang melibatkan kos bahan, kos

    pekerja dan kos peralatan atau jentera dan juga lat-alat sampingan di dalam pembinaan

    projek berkenaan.

    Biasanya, kos pengurusan dan keuntungan telah dipersetujui terlebih dahulu

    dalam bentuk sejumlah peratusan tambahan ke atas kos bahan, kos pekerja dan kos

    peralatan. Sistem pengurusan ini amat sesuai untuk projek-projek yang sulit,

    kompleks dan perlu disiapkan cepat. Oleh sebab itu, para pakar perunding dan

    kontraktor yang mahir dan jujur diperlukan supaya projek tersebut dapat disiapkan

    mengikut jadual masa tanpa menjejaskan mutu kerja dengan kos pembinaan yang

    paling minimum.

    Yuran sasaran adalah bayaran tambahan yang dipersetujui oleh kontraktor

    dengan juru ukur bahan sebelum sesuatu surat perjanjian kontrak ditandatangani.

    Kadar tambahan bayaran biasanya diberikan kepada kontraktor sekiranya kontraktor

    tersebut dapat menyiapkan projek dengan lebih cepat dari masa yang diperuntukkan

    dengan memuaskan (Saidin, 1998). Cara ini dapat mendorong kontraktor

    melipatgandakan usaha serta berlumba untuk menyiapkan projek berkenaan. Sebelum

    kadar tambahan bayaran dipersetujui oleh kedua-dua pihak, beberapa perkara penting

    perlu diambil perhatian serius iaitu:

    (i) Angka atau jumlah harga anggaran

    (ii) Bonus atau denda yang perlu dibayar jika belanja sebenar kurang atau lebih

    tinggi daripada harga anggaran

    41

  • 8/2/2019 KUAZRILRIDZHIEMA031175D05TT2 (1)

    31/32

    (iii) Mutu kerja semata-mata untuk menjaga kualiti bagi pihak klien dan

    kontraktor yang mementingkan pencapaian kos daripada harga anggaran

    2.4.4 KontrakTurnkey

    Dalam kontrak turnkey, pihak klien meneyrahkan sepenuhnya tanggungjawab

    penyiapan projek kepada pihak kontraktor. Biasanya projek-projek besar seperti

    pembinaan hospital, jambatan, empangan dan lebuhraya diserahkan kepada suatu

    organisasi atau perunding luar negeri untuk mengurus, merekabentuk serta

    mengendalikan projek tersebut sehingga siap mengikut masa, harga dan arahan serta

    kemahuan pihak kerajaan yang bertindak sebagai klien.

    Kebaikan menggunakan pendekatan turnkey adalah dapat mengurangkan

    penglibatan klien secara langsung mengenai hal-hal yang bersangkutan dengan

    masalah teknikal, kecepatan dan pengawalan kos pembinaan secara keseluruhan.

    Penyediaan awalan, iaitu merekabentuk serta kerja-kerja pengurusan bagi pengurusan

    bagi projek-projek besar yang sulit lagi kompleks adalah satu tanggungjawab yang

    amat besar dan memakan masa yang agak lama. Menurut Uzairi (1998), terdapat dua

    faktor yang menyebabkan konsep turnkey diketengahkan iaitu:

    (i) Keperluan dan permintaan serta desakan yang semakin menginkat terhadap

    projek-projek yang sedia dalam perancangan daripada pihak-pihak tertentu

    (ii) Kekurangan dari segi kepakaran teknikal serta sumber tenaga kerja

    2.5 Kesimpulan

    42

  • 8/2/2019 KUAZRILRIDZHIEMA031175D05TT2 (1)

    32/32

    Dalam industri pembinaan, terdapat banyak jenis tender yang membolehkan

    klien mendapat kontraktor yang layak untuk melaksanakan projek. Setiap tender juga

    mempunyai kelebihan serta kekurangannya yang tersendiri. Klien boleh memilih iaitu

    untuk mengemukakan pelawaan tender terhadap semua kontraktor melalui tender

    terbuka atau hanya mengemukakan pelawaan terhadap kontraktor yang dipilih melalui

    tender terpilih. Tender perundingan pula lebih menguntungkan klien di mana terdapat

    perundingan secara terperinci antara klien dengan kontraktor sebelum bermulanya

    peringkat rekabentuk dan segala keperluan dibincang bersama. Tender prakelayakan

    pula biasanya diamalkan untuk mendapatkan kontraktor yang mempunyai kemahiran

    tertentu sahaja. Walaupun begitu, keputusan untuk memilih jenis tender yang

    ditawarkan bergantung juga kepada jenis, kos serta keperluan projek tersebut. Lebih

    besar serta kompleks projek tersebut, lebih tinggi risiko yang perlu ditanggung oleh

    klien.

    Secara umumnya, prosedur dalam proses tender adalah boleh dikatakan tiada

    bezanya di antara praktis JKR dan penguasa tempatan kerana kedua-dua Jabatan masih

    mempraktikkan landasan yang digariskan di dalam Arahan Perbendaharaan dan

    pemilihan tender yang berjaya perlu dirujuk kepada Lembaga Perolehan seperti yang

    ditekankan di dalam Arahan Perbendaharaan.

    43