Kudrat Wanita dalam Islam - sistersinislam.org.my · Rekabentuk muka depan oleh: Aida Melly Tan...

31
Nasaruddin Umar Kudrat Wanita dalam Islam

Transcript of Kudrat Wanita dalam Islam - sistersinislam.org.my · Rekabentuk muka depan oleh: Aida Melly Tan...

Nasaruddin Umar

Kudrat Wanitadalam Islam

Diterjemahkan oleh:Nora Murat

Disunting oleh:Prof Madya Datin Dr Rashidah Shuib

Diterbit di Malaysia oleh:SISTERS IN ISLAMNo 25, Jalan 5/3146000 Petaling JayaSelangor, MalaysiaTel: 603-7960 6121 / 6122Fax: 603-7960 4737E-mail: [email protected]: www.sistersinislam.org.my

Dicetak oleh:Micom Sdn Bhd

Rekabentuk muka depan oleh:Aida Melly Tan Mutallib

Dibiayai oleh:The Asia Foundation

Hakcipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula,disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi atau dipindah dalam sebarang bentukatau dengan sebarang cara, baik dengan cara elektronik, mekanik, penggambaran semula,perakaman ataupun sebaliknya, tanpa izin terlebih dahulu daripada pihak penerbit.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Nasaruddin Umar, 1959-Kudrat Wanita dalam Islam / Nasaruddin Umar.ISBN 983-2622-17-41. Women in Islam. 2. Muslim Women – Social Aspects.I. Judul. 305.48697

© Sisters in Islam, 2004

Kandungan

Pendahuluan 1

Pengertian Kudrat 3

Konsep Kudrat Wanita 9

Hak dan Kewajipan Wanita 17

Penutup 27

Latarbelakang Penulis 29

Pendahuluan

‘Kudrat’ adalah satu istilah yang sering digunakan untukmemperkecilkan peranan sosial wanita di dalam masyarakat. Perkataan‘kudrat’ ini juga sering digunakan untuk menyarankan peranan wanitamenurut agama, agar ia dapat diterima dengan mudah. Istilah ini terusdigunakan di dalam masyarakat sehingga kini. Kefahaman yang kurangjelas oleh masyarakat mengenai pengertian kudrat menjadi faktorutama kekalnya budaya patriarki (budaya yang memihak kepada lelaki).Kecenderungan wanita menganggap dirinya tidak setaraf dengan lelakijuga sedikit sebanyak berpunca daripada kefahaman kudrat yang sepertiitu.

Untuk memberi kefahaman yang mendalam terhadap makna kudrat,perbahasan mengenai perbezaan lelaki dan wanita perlu dilakukandengan cermat dan berhati-hati, kerana kesimpulan yang keliru tidakhanya akan memberi kesan kepada persoalan ilmu semata-mata, tetapijuga memberi kesan kepada persoalan asasi kemanusiaan.

Membuat kesimpulan bahawa lelaki dan wanita adalah berbeza secaragenetik, tanpa memberi penjelasan yang terang, boleh dipergunakanuntuk mengukuh realiti sosial yang menempatkan wanita sebagai jantinakelas kedua (the second sex). Pandangan yang membezakan lelaki danwanita berdasarkan perbezaan biologi (zahir) akan memberi kesandalam kehidupan sosial budaya. Secara tidak disedari, anggapanseseorang mengenai perbezaan biologi iaitu zakar pada lelaki dan farajpada wanita, yang merupakan sifat gender, sekaligus juga menjadibeban gender yang akan menentukan peranan sosio-budaya di dalammasyarakat. Hakikatnya, sifat gender dan beban gender tidak semestinyaditentukan oleh sifat biologi.

Pandangan ‘menganak-tirikan’ kudrat wanita seringkali dikaitkandengan norma agama. Agama dianggap telah menetapkan‘ketempangan’ peranan berdasarkan perbezaan jenis jantina sepertiyang berlaku dalam sejarah manusia. Bahkan agama juga dianggapsebagai asal-usul ketempangan tersebut. Norma budaya juga lebih

1

banyak mendokong konsep agama mengenai peranan sosial berdasarkanjenis jantina. Tetapi pada dekad terakhir abad ke 20, norma kebudayaanbiasanya telah tidak terikat dengan doktrin agama. Kajian yang lebihbaik perlu segera dilakukan bagi menyingkap ketempangan-ketempangan yang terjadi berdasarkan pandangan terhadap kudratwanita. Kajian, samada mengenai perbezaan lelaki dan wanita secarabiologi, mahupun mengenai anggapan sosial-budaya yang sudah meluasdi dalam masyarakat perlu dilakukan dengan segera.

2

Kudrat Wanita Dalam Islam

Pengertian Kudrat

‘Kudrat ’ berasal daripada perkataan Arab qadara/qadira-yaqduru/yaqdiru-qudratan. Di dalam kamus al-Munjid fi al-Lughah wa al-A’lam makna perkataan ini adalah sama dengan qawiyyun ’ala al-syai(kuasa mengerjakan sesuatu), ja’alahu ’ala miqdarih (pembahagianmenurut pecahannya), atau qash-shara (memendekkan/membataskan).Daripada akar kata qadara/qadira ini juga lahir perkataan taqdir(qaddara-yuqaddiru-taqdir) yang bererti menentukan (ketentuan) ataumenetapkan (ketetapan). Kedua-dua perkataan ini, iaitu kudrat (qudrah)dan takdir (taqdir) dalam penggunaan Bahasa Indonesia seringdigunakan untuk memberi maksud yang sama dan menunjukkan pada‘apa yang telah ditentukan oleh Tuhan’. Akibatnya perkataan kudratdan takdir ini bermuara pada kekuasaan (mutlak) Tuhan.

Perkataan ‘kudrat’ (qudrah) dalam erti kemampuan, kekuatan atausifat menunjukkan adanya kaitan secara aktif antara diri pelaku terhadapapa yang boleh dan dapat dilakukannya sendiri, tanpa bergantung atauberkait dengan perkara lain selain dirinya. Perkataan ‘kudrat’ jugalebih bermakna ‘inner power’, iaitu kemampuan yang berpunca daridalam diri individu untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatuperkara. Perkataan ‘takdir’ (taqdir) yang bermakna ketentuan atauketetapan menunjukkan adanya satu garisan kekuasaan ‘dari atas kebawah’, di mana yang berada pada garis bawah harus tunduk pada(bahkan tidak mampu mengelak dari) ketentuan yang berasal dari atas.Sebagai contoh, ketetapan atau ketentuan (keputusan) Majlis PerwakilanRakyat (MPR) adalah sesuatu yang harus dilakukan oleh Presiden(eksekutif), atau dalam konteks agama seperti takdir mengenai ajalyang tidak boleh dihindari atau dielakkan oleh sesiapa. Ajal tidakditentukan oleh seseorang. Manusia hanya menerima apa yang telahditentukan terhadap dirinya.

Melalui pengertian ini adalah jelas bahawa dalam makna ‘takdir’terdapat dua pelaku serentak. Pertama, mereka yang membuatkeputusan, dan kedua, mereka yang menjalankan keputusan. Di sinilahletaknya perbezaan perkataan ‘kudrat’ dan ‘takdir’. ‘Kudrat’, pelaku

3

tidak terkait atau harus tunduk pada perkara lain selain daripadakemampuan dirinya sendiri, yang menentukan adalah kemampuannyauntuk melakukan sesuatu yang ingin dilakukan. ‘Takdir’, pelaku tidakberkuasa untuk menentukan apa yang diinginkan, kerana dia terikatdengan ketentuan yang telah ditetapkan. Kerana itulah sebuah aliranteologi yang sangat berpegang teguh pada pendapat bahawa manusiamampu atau memiliki kemampuan untuk melakukan apa sahaja digelarsebagai golongan Qadariyyah dan bukan Taqdiriyyah. Mereka yangmempercayai takdir dan ketidakmampuan manusia untuk melakukankehendaknya pula digelar golongan Jabariyyah.

Penggunaan bahasa harian kita seringkali mengabaikan perbezaanmakna tersebut, sehingga perkataan kudrat dan takdir membawapengertian yang sama. Perkara ini tentu sahaja memberi kekeliruankefahaman. Secara tidak disedari perkara inilah yang menyebabkan‘kudrat wanita’ difahamkan sebagai ‘takdir wanita’. Akibatnya, wanitaterperangkap dalam batasan-batasan yang sesungguhnya bukanketentuan mutlak yang ditentukan terhadapnya dan abai melihat secaralebih jauh dan seimbang pada persepsi kemampuan individu wanita.Kudrat wanita tidak seharusnya harus dikaitkan dengan sesuatu yangpenuh dengan bidang terlarang, yang akhirnya menempatkan wanitapada kedudukan yang lebih rendah daripada lelaki dan tersisih daripadaperanan sosio-budayanya di dalam masyarakat.

Dalam keadaan sosial yang berkembang, kefahaman mengenai kudrat,terutamanya kudrat wanita, lebih banyak bersifat larangan atau batasanperanan sosio-budaya wanita. Dengan menggunakan alasan ‘sudahkudratnya’, wanita dianggap sebagai pemikul beban kerja rumahtangga(domestik) sepenuhnya, dan peluang untuk mereka bekerja secaraaktif di dalam sektor awam telah diketepikan. Kudrat wanita telahsarat dipengaruhi oleh budaya tempatan. Kudrat bukan lagi sesuatuyang berdasarkan faktor biologi. Kudrat bukan lagi sesuatu yangdiberikan (berkat) Tuhan, tetapi terdapat unsur-unsur pembentukansosio-budaya masyarakat.

Ketika seorang bayi dilahirkan, pada saat itu juga telah boleh dikenali

4

Kudrat Wanita Dalam Islam

jantinanya berdasarkan anggota jantina yang dimiliki. Anggota biologiyang membezakan antara bayi lelaki atau perempuan disebut sebagaisifat gender (gender attribute).

Jika sifat gender sudah jelas, contohnya jika seorang anak mempunyaizakar, maka dia akan dianggap sebagai anak lelaki. Dia diberikanpakaian yang mempunyai motif dan bentuk seperti kanak-kanak lelakilain. Jika dia mempunyai faraj (vagina) maka dia akan dianggapsebagai anak perempuan. Dia akan diberikan pakaian dengan motifdan bentuk seperti kanak-kanak perempuan lain. Ciri-ciri khusus yangyang diberi kepada diri anak itu disebut sebagai identiti gender (genderidentity).

Apabila seorang bayi dilahirkan, dia bukan sahaja dijemput dandiperlengkapkan dengan identiti budaya tetapi juga dengan nilai budaya.Jika bayi itu seorang lelaki maka masyarakat menjangka dia akanmenjalankan peranannya sebagai seorang lelaki seperti yang dituntutoleh budaya. Sebaliknya jika dia seorang perempuan maka masyarakatyang mempunyai persepsi tertentu terhadap seorang perempuan akanmenjangka dia berperanan sebagai seorang wanita seperti yang dituntutoleh budaya. Perbezaan peranan budaya ini biasanya diistilahkan sebagaibeban gender (gender assignment).

Kudrat sering dikenalpasti dengan beban gender walaupun ia lebihberkaitan dengan sifat gender. Jika kudrat diertikan sebagai bebangender maka kudrat – yang selama ini mendapat pengesahan agama– akan merugikan wanita. Ini adalah kerana di dalam konteks sosio-budaya yang sedang menantinya, dia sudah ‘dicap’ untuk melakukanperanan suri rumahtangga secara penuh, dan kehidupannya dipenuhidengan berbagai larangan dan pantang yang akan menyempitkan lagipeluang dan ruang bergerak bagi wanita.

Beban gender seseorang adalah bergantung kepada nilai-nilai budayayang berkembang di dalam suatu masyarakat. Dalam masyarakatpatrilineal dan androcentris – di mana kaum lelaki lebih dominandaripada kaum wanita – sejak dari kecil beban gender seorang anak

5

Pengertian Kudrat

lelaki lebih dominan dibanding anak perempuan. Sebaliknya dalammasyarakat matrilineal beban gender seorang wanita adalah lebihdominan.

Pola pemberian beban gender dalam lintasan budaya masyarakat (crosscultural society) lebih banyak dibentuk oleh jenis jantina. Penilaianterhadap beban gender yang kurang adil adalah satu tugas yang beratkepada manusia. Mengenalpasti beban gender adalah lebih daripadasekadar pengenalan kepada anggota jantina. Ia berkaitan dengan nilai-nilai asasi yang telah mempengaruhi nilai budaya masyarakat. Istilahyang lebih tepat dalam masalah tersebut bukan penilaian semula bebangender, tetapi adalah penilaian sistem gender di dalam masyarakat,kerana konsep beban gender pada seorang anak adalah akibat stereotaipgender di dalam masyarakat.

Beban gender sentiasa berkait dengan proses pembentukan identitigender. Perbezaan kedua ialah, beban gender lebih ditentukan olehbudaya masyarakat, sedangkan identiti gender merujuk kepada perasaanyang dimiliki seseorang, samada dia lelaki atau wanita. Identiti genderialah apa yang dirasakan paling tepat oleh seseorang sebagai identitidirinya, lelaki atau wanita, dengan mengenepikan sifat gender yangdiberikan orang lain kepada dirinya.

Identiti gender tidak semestinya sama dengan sifat gender yangditampilkan. Seorang anak lelaki boleh hidup bertahun-tahunberwatakkan sebagai seorang wanita, tanpa mempunyai sifat genderwanita, walaupun adalah amat sukar menyembunyikan percanggahandi dalam dirinya sebagai seorang yang bersifat lelaki, sebagaimanayang telah dianggap oleh masyarakat dan kecenderungan dirinya yangdipengaruhi oleh identiti gender wanita.

Mereka yang bersifat begini dituntut untuk membuat pilihan samadaingin menjadi lelaki atau wanita. Contoh tersebut tidak sahajamenunjukkan kesulitan menentukan identiti gender seseorang tetapiia juga menunjukkan betapa sifat gender itu begitu relatif mengikutpersepsi orang lain terhadap diri seseorang. Cara terbaik untuk

6

Kudrat Wanita Dalam Islam

menentukan identiti gender seseorang ialah dengan bertanya kepadayang berkaitan atau menilai aktiviti peranan gender yang bersangkutan.

Kesulitan yang dihadapi dalam menanyakan identiti gender kepadaseseorang – contohnya bertanyakan, ‘Apakah kamu seorang lelaki/wanita?’ – ialah selain dari soalan itu sendiri berat sebelah keranamerujuk kepada aspek biologi, jawapan yang sering diberikan ialah‘saya tidak tahu’, ‘kedua-duanya’ atau ‘bukan kedua-duanya’. PadaJanuari 1995, penulis telah menyaksikan rancangan yang disiarkanoleh program televisyen London. Sekelompok orang yang ditemudugatelah menyatakan bahawa diri mereka adalah kelompok jenis jantinaketiga, dan dengan bangga dan penuh keyakinan menjawab pertanyaanpenemuduga. Mereka tidak mahu disebut sebagai lelaki atau wanita,walaupun mereka mempunyai sifat lelaki dan wanita.

Identiti gender sentiasa mengalami perkembangan. Seorang anak lelakisemasa kecil mungkin mempunyai identiti gender bersamaan dengansifat gender yang dimilikinya, tetapi setelah dewasa mungkin diabertukar menjadi lebih kewanitaan, demikian juga sebaliknya. Perananidentiti gender sentiasa mengalami perkembangan. Walaupun perananidentiti gender sering merujuk kepada peranan identiti jantina, namunrujukan utama peranan identiti gender ialah seberapa banyak terlibatnyaseseorang dalam mengikuti kecenderungan identiti gender yangdipilihnya (lelaki atau wanita). Oleh itu, identiti peranan gender tidaksemestinya selari dengan sifat gender.

Kesulitan dalam mengenalpasti identiti gender adalah kerana tidaksemua orang menampilkan diri menurut sifat gender yang lazim dalammasyarakat. Seorang lelaki kadang-kala menampilkan identiti genderwanita. Begitu juga sebaliknya, seorang wanita menampilkan genderlelaki.

7

Pengertian Kudrat

Konsep Kudrat Wanita

Adalah menarik untuk dikaji secara mendalam bagaimanasesungguhnya pandangan Islam (al-Quran dan hadith) dalammenempatkan perbezaan jenis gender dalam konsep sosialnya.

Tiada penjelasan khusus yang terperinci mengenai kudrat wanita dalamal-Quran dan hadith. Tetapi, jika kudrat wanita dimaksudkan sebagaikeupayaan wanita maka ia terdapat di dalam beberapa ayat dan hadith.Wanita adalah seharusnya yang pertama bersyukur dengan kedatanganIslam. Betapa tidak, sebelum kedatangan Islam, wanita ditempatkansebagai objek yang hampir tidak mempunyai hak-hak peribadi. Seorangwanita tidak berhak untuk mendapat harta warisan, bahkan dirinyasendiri menjadi ‘harta warisan’. Dia tidak mempunyai hak-hak politikseperti kaum lelaki. Mereka harus tunduk di bawah tekanan dankeinginan suami, dan berkewaj ipan mengamankan danmenyempurnakan rumahtangga dan sebagainya. Kehadiran Islammengangkat darjat wanita kepada tahap yang sepadan dengan lelaki.Al-Quran memberikan pandangan optimis terhadap wanita. Antaranyaadalah dengan menekankan bahawa prinsip kemuliaan di sisi Tuhanadalah prestasi dan mutu tanpa perbezaan kaum dan jantina. Al-Quranmemandang wanita dalam struktur kesamarataan gender (genderequality) dengan kaum lelaki.

Catatan sejarah mengenai kedudukan wanita dalam struktur sosial,khususnya dalam masyarakat Arab sebelum Islam, adalah sangatmenyedihkan. Wanita dipandang tidak lebih daripada ‘objek’ perlakuanseks kaum lelaki dan dianggap sebagai beban di dalam strata sosial.Bukan hanya kerana mereka dipandang sebagai tidak dapat mengangkatdarjat keluarga, bahkan menjadi beban ekonomi. Ini juga adalah keranabudaya kabilah yang begitu kental dalam masyarakat Arab yang seringberperang antara kabilah. Keadaan ini memaksa mereka menempatkanlelaki pada darjat yang lebih terhormat daripada wanita kerana merekadianggap sebagai berkemampuan untuk mengangkat kehormatankabilah dalam peperangan. Wanita pula ‘dianggap’ tidak mampu untukmelakukan perkara tersebut.

9

Oleh kerana itu dalam budaya masyarakat Arab pada masa tersebutadalah bukan satu perkara yang asing untuk ‘menyingkirkan’ wanitadalam kehidupan dan pergaulan mereka. Tidak segan-segan merekamembunuh, bahkan menguburkan hidup-hidup anak perempuan mereka.Al-Quran sendiri secara langsung menyentuh hal ini dan menyindirmereka yang berfikiran cetek yang menganggap anak, khususnya anakperempuan, hanya sebagai beban sosial dan ekonomi.

Surah al-An’am 6:151:

‘…Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkemiskinan. Kami akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka;dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baikyang nampak diantaranya maupun yang tersembunyi, dan janganlahkamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya)melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar. Demikian itu yang

diperintahkan oleh Tuhanmu kepadamu supaya kamu memahami(nya).’

Surah al-Isra’ 17:31

‘Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takutkemiskinan. Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka danjuga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa

yang besar.’

Secara perlahan-lahan tetapi dengan keyakinan, kehadiran Islammengubah pandangan masyarakat terhadap kaum wanita. Wanita yangsebelumnya hanya ditempatkan sedarjat dengan ‘objek’ yang hampir-hampir tidak memiliki hak dan peranan sosial, telah ditempatkankembali kepada darjat yang selayaknya. Bahkan dalam teks-teks agamaboleh ditemui banyak hadith yang memuliakan wanita. Dengansendirinya, wanita selain sebagai objek juga lebih dipandang sebagai

10

Kudrat Wanita Dalam Islam

subjek yang mempunyai hak-hak dan kewajipan.

Ungkapan al-Quran mengenai wanita memang hampir semuanya dalambentuk dan kedudukan sebagai objek (maf ’ul bih) dan umumnyamenjadi pihak ketiga (ghaibah), sedangkan kaum lelaki lebihberkedudukan sebagai pelaku (fa’il ) dan pihak kedua (mukhathab).Walaupun demikian, ini tidak bererti bahawa al-Quran tidak membantahadanya struktur sosial berdasarkan jantina. Kita harus maklum mengenaistruktur bahasa Arab – iaitu bahasa yang dipergunakan untuk memberimakna kepada al-Quran – gender lelaki sememangnya dominan. Malahbukan sahaja dalam bahasa Arab; pada umumnya dalam bahasa-bahasayang ada di dunia ini, struktur gender lelaki adalah lebih dominan.Walaupun daripada segi nahu bahasa terdapat kesan terhadap struktursosial berdasarkan jantina tetapi prinsip yang lebih popular dalam al-Quran adalah Innaakramakum ‘indallahi atqakum [yang paling muliadi sisi Allah ialah yang paling bertakwa – tanpa ada perbezaan jantina](Surah al-Hujurat 49:13).

Sumber ajaran Islam tidak menjelaskan asal-usul, isi kandungan danproses kejadian tidak menjelaskan wanita secara terperinci. Bahkannama Hawa – yang dianggap sebagai wanita pertama dan sekaligusmenjadi isteri kepada Adam – sama sekali tidak pernah disentuh didalam al-Quran. Ini adalah berbeza daripada sumber ajaran Kristian(Injil) yang banyak menjelaskan asal-usul wanita (Hawa/Eve), sepertidi dalam Kitab Kejadian (Genesis) 1:26-27; 2:18-24, Tradisi Immat2:7, Tradisi Yahwis 2:18-24, Tradisi Imamat 5:1-2. Antara naskah yangpaling berpengaruh ialah Kitab Kejadian 2:21-23 yang menyatakan:‘Lalu Tuhan membuat manusia itu tidur nyenyak; ketika tidur, Tuhanmengambil salah satu tulang rusuk daripadanya, lalu menutup tempatitu dengan daging. (22) Dan dari tulang rusuk yang diambil Tuhan darimanusia itu, dibangunNyalah seorang perempuan, lalu dibawaNyakepada manusia itu (23)’

Dunia Islam banyak terpengaruh dengan anggapan sebegini, sepertiyang dinyatakan oleh Muhammad Rasyid Ridha dalam Tafsir al-Manar :

11

Konsep Kudrat Wanita

‘Seandainya tidak tercantum kisah kejadian Adam dan Hawa dalamKitab Perjanjian Lama (Kejadian 2:21) nescaya pendapat yang keliru(merendahkan wanita) tidak pernah terlintas dalam benak seorangMuslim’

Di dalam hadith dapat ditemui beberapa riwayat yang menerangkanasal-usul kejadian wanita yang amat mirip dengan Kitab Kejadiandalam Injil, dan hadith-hadith tersebut terkumpul dalam kitab tafsiryang mu’tabar.

Di antara hadith-hadith tersebut adalah seperti berikut:

‘Ketika Allah mengusir Iblis keluar dari Taman, lalu di dalamnyaditempatkan Adam. Kerana dia tidak mempunyai teman bermain makaAllah menidurkannya, kemudian mengambil unsur dari tulang rusukkirinya lalu Dia menggantikan daging di tempat itu semula, kemudianDia menciptakan Hawa daripadanya. Ketika bangun, Adam bertemuseorang wanita duduk dekat kepalanya. Adam bertanya: ‘Siapa Anda?’Hawa menjawab: ‘Perempuan.’ Adam bertanya lagi: ‘Kenapa engkaudiciptakan?’ Hawa menjawab: ‘Supaya engkau mendapatkankesenangan dari diri saya.’ Para malaikat berkata: ‘Siapa namanya?’Dijawab: ‘Hawa.’ Mereka bertanya: ’Mengapa dipanggil Hawa?’Dijawab: ‘Kerana diciptakan dari sebuah benda hidup.’

Dalam hadith lain dijelaskan:

‘Jagalah wanita itu baik-baik, kerana wanita diciptakan dari tulangrusuk. Bahagian tulang rusuk yang paling rapuh adalah di bahagianatas. Jika engkau berusaha meluruskannya, ia akan patah, jika engkaumembiarkannya maka ia akan terus bengkok, oleh kerana itu jagalahwanita itu baik-baik.’

Hadith-hadith tersebut ada yang diriwayatkan oleh Bukhari, Tirmidzi,Ahmad ibn Hanbal, dan Ibnu Majah. Akan tetapi, ada ulama yangmempersoalkannya daripada segi pengertian kerana ia telah dinilaisebagai tidak selari dengan al-Quran, khususnya dalam surah an-Nisa’4:1:

12

Kudrat Wanita Dalam Islam

‘Hai sekelian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telahmenciptakan kamu dari seorang diri, dan daripadanya Allahmenciptakan pasangannya, dan dari keduanya Allah memperkembang-biakkan lelaki dan perempuan yang banyak.’

Jumhur mufasir menafsirkan perkataan minha dalam ayat tersebut‘dari bahagian tubuh (tulang rusuk) Adam’ dengan berdasarkan hadith-hadith di atas walaupun terdapat penafsiran yang berbeza, seperti yangdikemukakan dalam Tafsir ar-Razi:

‘Yang dimaksudkan dengan ‘dan daripadanya Allah menciptakanzauj-nya’ iaitu dari genetik Adam, sebagaimana firman Allah: Sungguhtelah datang dari ‘diri’ kamu sekalian seorang Rasul. Dan Allahmenjadikan untukmu sekalian pasangan-pasangan dari kamu.Sekiranya Hawa adalah makhluk pertama (dari tulang rusuk) makanescaya manusia diciptakan dari dua nafs, bukan dari satu nafs (nafswahidah). Dapat pula ditegaskan bahawa perkataan ‘min’ pada ayattersebut (min nafs wahidah) adalah li ibtida al-ghayah, sekiranya iamenunjuk kepada penciptaan awal (ibtida at-takhliq) maka Adam-lahyang sewajarnya disebut sebagai manusia pertama. Jika dikatakankamu sekalian diciptakan daripada nafs yang satu, dan Allah dengankehendakNya menciptakan Adam daripada tanah (turab), maka dengankehendakNya juga menciptakan Hawa daripada turab. Jika demikianadanya maka apa gunanya mengatakan bahawa Hawa diciptakan daritulang rusuk Adam?’

Daripada segi matan (pengertian), hadith di atas adalah sahih, makaada ulama tertentu, seperti Muhammad Abduh, cenderungmenakwilkannya (menafsirkan dengan lebih mendalam). Antara merekayang cenderung kepada pendapat ini ialah Quraish Shihab, keranabeliau juga menghendaki istilah ‘tulang rusuk yang bengkok’ difahamisecara majazi (kiasan), iaitu memperingatkan kepada kaum lelaki agarbijaksana dalam menghadapi kaum wanita, terutama sekali apabila

13

Konsep Kudrat Wanita

perkataan ‘kiri’ dalam tradisi intelektual Arab berunsur negatif dansebaliknya perkataan ‘kanan’ berunsur positif. Hadith tersebut dapatmemperkecilkan keperibadian (depersonalised) sumber ciptaan kaumwanita, kerana rusuk bukan manusia. Akibatnya kefahaman ini bolehmemperkukuhkan kesan androsentrieme – fahaman yang menganggaplelaki sebagai mempunyai peranan utama dalam masyarakat – dikalangan kaum lelaki kerana menganggap wanita sebagai kaum rendahyang berfungsi sebagai pelengkap diri mereka dan dengan demikianakan memberikan perasaan rendah diri kepada wanita.

Konsep teologi lain yang memberi unsur negatif kepada wanita adalahanggapan bahawa Hawa adalah punca terkeluarnya Adam dari syurgake bumi. Kerana rayuannyalah Adam menjadi cuai dan memakan buahterlarang. Punca kejadian ‘dosa asal’ ini diletakkan kepada Hawa dania telah memberi kesan yang sangat mendalam terhadap wanita. Tanpadisedari mereka merelakan diri mereka untuk sentiasa berada di bawahperintah dan penguasaan kaum lelaki.

Dalam Islam, ‘kes’ masalah Adam bukanlah semata-mata kerana Hawatetapi mereka berdua bersama-sama terpaksa mengalaminya. Ini dapatdifahami dari penegasan al-Quran yang selalu menggunakan kataganti (dhamir) huma apabila mengungkap kisah Adam (contohnya,Surah al-Baqarah 2:35-36, al-A’raf 7:20-23). Tiada satu pun ayat atauhadith yang menyatakan Hawa sebagai pelaku utama atau penyebabutama terjadinya kes Adam. Bahkan rasa penyesalan dan taubat merekakepada Tuhan dinyatakan bersama-sama dan Tuhan mengampunikeduanya (Surah al-A’raf 7:23).

Rangkaian ayat-ayat al-Quran yang menceritakan kisah Adammenegaskan penglibatan Adam dan Hawa secara bersama dalam dramakosmik yang menyebabkan keduanya terkeluar dari syurga, tempatkehidupan mereka yang pertama, ke bumi tempat mereka berkembang-biak.

Perkembangan pendapat di dalam Islam bahawa wanita adalah lebihrendah darjatnya daripada lelaki boleh didapati daripada sejarah

14

Kudrat Wanita Dalam Islam

perkembangan agama Islam. Ramai pengikut dan juga tokoh ajaranKristian yang telah memeluk Islam membawa warisan intelektualdaripada agama sebelumnya. Ajaran lama tidak mudah ditinggalkan,apalagi jika agama yang baru dianutinya mempunyai persamaan denganajaran agama sebelumnya.

Samada disedari atau tidak, beberapa mufasir telah banyak mengumpulkisah-kisah Israiliyat apabila menjelaskan ayat-ayat mengenai wanita.Begitu juga dengan para fuqaha. Kebanyakan di antara mereka mendapatwawasan intelektual dari Timur Tengah di mana peradabanmasyarakatnya mengikuti sistem kekerabatan kebapakan (patriarki)yang sangat kental (mungkin boleh dikatakan melampau).

15

Konsep Kudrat Wanita

Hak dan Kewajipan Wanita

Islam mengakui adanya perbezaan di antara lelaki dan wanita tetapiIslam tidak membenarkan diskriminasi di antara mereka. Perbezaanyang ada adalah berdasarkan keadaan fizikal-biologi wanita yangditakdirkan berbeza daripada lelaki. Namun perbezaan itu tidakbermakna Islam memuliakan salah satu di antara mereka danmerendahkan yang lain.

Ajaran Islam tidak membezakan secara terperinci faktor perbezaanlelaki dan wanita tetapi melihat kedua insan tersebut secara menyeluruh.Secara biologi dan sosio-peradaban, kedua-dua memerlukan danmasing-masing mempunyai peranannya sendiri. Sesuatu perananmungkin boleh dilakukan oleh kedua-dua makhluk seperti kerja pejabat,tetapi ada peranan tertentu yang hanya boleh dilakukan oleh satujantina sahaja, seperti hamil, melahirkan dan menyusui anak yanghanya boleh dilakukan oleh wanita. Terdapat juga peranan yang lebihkhusus kepada lelaki iaitu pekerjaan yang memerlukan tenaga ototyang lebih besar.

Islam telah memainkan peranan yang besar dalam menaikkan statusdan martabat wanita. Di dalam masyarakat sebelum kedatangan Islam,wanita diperlakukan sebagai ‘barang’ yang hampir-hampir langsungtidak mempunyai hak. Islam pula memperlakukan wanita sebagai‘manusia’ yang mempunyai hak-hak tertentu sebagaimana layaknyakaum lelaki.

Banyak ayat al-Quran yang menegaskan keseimbangan hak dankewajipan antara lelaki dan wanita, contohnya:

Surah an-Nisa’ 4:32 :

17

‘Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allahkepada sebahagian kamu, lebih banyak dari sebahagian yang lain(Kerana) bagi orang lelaki ada bahagian dari apa yang merekausahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yangmereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebahagian darikurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.’

Surah al-Hujurat 49:13 :

‘Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seoranglelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal.Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allahialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya

Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.’

Semua ayat-ayat yang menyatakan ketinggian darjat manusia tidakmembezakan antara kedua jenis jantina, seperti di dalam Surah al-Isra’17:70 :

‘Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam. Kamiangkut mereka di daratan dan di lautan. Kami beri mereka rezeki dariyang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yangsempurna atas kebanyakan yang telah Kami ciptakan.

Di dalam hadith juga tedapat banyak petunjuk yang memberi hakkepada kaum wanita yang tidak wujud sebelum kedatangan Islam.Contoh kepada hak-hak tersebut adalah:

1. Mahar.

Mahar (maskahwin) telah wujud di zaman jahiliyah, lama sebelum

18

Kudrat Wanita Dalam Islam

kedatangan Islam. Walaubagaimanapun ia tidak diperuntukkan bagicalon isteri, malah diberi kepada bapa atau kerabat lelaki pihak isteri.Konsep perkahwinan menurut hukum adat ketika itu samalah denganproses jual-beli iaitu calon lelaki sebagai pembeli dan bapa atau saudaralelaki terdekat calon isteri sebagai pemilik barang. Apabila al-Quranditurunkan, adat pemberian mahar terus dikekalkan tetapi konsepnyatelah diubah. Mahar kini diperuntukkan untuk calon isteri. Al-Qurantelah mengubah status wanita dari ‘barangan’ kepada pihak yang turutterbabit di dalam satu kontrak.

2. Poligami

Poligami (ta’addud az-zaujat) adalah sebahagian daripada budayamasyarakat sebelum Islam. Seorang lelaki boleh mengahwini seberaparamai wanita tanpa batasan, malah jumlah isteri menjadi simbolkehebatan seorang lelaki. Al-Quran dan hadith membatasi poligamidengan memberi isyarat-isyarat dan syarat-syarat yang berat disertaijuga had tidak lebih daripada empat orang. Dari satu segi, al-Quranmemberikan kebenaran berpoligami bagi mereka yang memenuhisyarat, iaitu mampu berkelakuan adil terhadap isteri-isterinya: Fankihuma thaba lakun mi-nan-nis’a matsna wa tsulatsa wa ruba fa in khiftumalla ta’dilu fa wahidatan [kahwinilah perempuan-perempuan lainyang kamu senangi, dua, tiga atau empat, tetapi jika kamu takut tidakakan dapat berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja] (Surah an-Nisa’ 4:3). Pada ayat lain, al-Quran telah menyatakan mustahilnyasyarat tersebut dipenuhi: Wa lan tastathi u an ta’dlu bai-nan-nisa’ walau harashtum [dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil diantara isteri-isterimu, walaupun kamu ingin berbuat demikian] (Surahan-Nisa’ 4:129)

3. Talak

Institusi talak juga telah wujud pada zaman jahiliyah tetapi ia merupakanhak khusus kepada kaum lelaki. Mereka boleh menceraikan isterimereka pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat. Al-Quranmengiktiraf institusi talak ini tetapi dengan batasan. Bahkan secara

19

Hak dan Kewajipan Wanita

halus di dalam sebuah hadith Rasulullah mengisyaratkan untukmenghindarinya dengan menyatakan: ‘Talak adalah sesuatu yang halaltetapi dibenci oleh Allah.’ Walaupun talak diharuskan, ia hendaklahdilakukan dengan cara yang baik: Wa idza thallaqtumun-nisa’fabalaghna ajalahun-na fa amsikuhunna bi ma’ruf au sarrihuhunnabima’ruf [apabila kamu mentalak isteri-isteri kamu, lalu merekamendekati akhir iddahnya, maka rujuklah mereka dengan cara yangma’ruf atau lepaskanlah mereka dengan cara yang ma’ruf] (Surah al-Baqarah 2:231). Satu perkara yang membataskan talak ialah terdapatnyatempoh iddah untuk memberi kesempatan kepada suami untuk merujukkembali isterinya. Wa bu’ulatu hunna ahaqqu bi raddihinna fi dzalikain aradu ishlahan [suami mereka lebih patut kembali kepadanya (rujuk)ketika itu, jika mereka mengkehendaki islah] (Surah al-Baqarah 2:228).Seorang isteri berhak untuk mendapat nafkah dari suaminya semasadalam tempoh iddah. Semasa zaman sebelum kedatangan Islam, tiadabatasan di dalam institusi talak.

4. Pusaka

Konsep pusaka sebelum Islam adalah berkait langsung dengan konseppemilikan dan struktur masyarakat ketika itu. Seperti yang diketahui,masyarakat Arab ketika itu berstruktur masyarakat kabilah yangberpandukan sistem kekerabatan patrilineal yang hanya mengikutigaris keturunan lelaki. Masyarakat kabilah yang selalu dibayangipeperangan antara kabilah menetapkan bahawa hanya keluarga lelakiyang terdekat dengan si mati boleh mewarisi harta. Turutannya adalahanak (lelaki), bapa, saudara lelaki dan anak lelakinya, datuk daripadakeluarga bapa dan pakcik serta keturunannya. Bagi anak lelaki kecilyang tidak boleh berperang untuk mempertahankan kabilahnya, diaakan diibaratkan mempunyai kedudukan yang sama dengan wanita.Kedatangan Islam telah memperkenalkan konsep pusaka yangmembenarkan wanita mewarisi harta walaupun ia tidak sebanyak yangditerima lelaki: lidz-dzakari mitslu hazhzhil-untsayain [bahagianseorang anak lelaki adalah bersamaan dengan bahagian dua oranganak perempuan] (Surah an-Nisa’ 4:11).

20

Kudrat Wanita Dalam Islam

Perubahan kepada warisan pusaka yang diperolehi oleh wanita adalahberkaitan dengan konteks sejarah masyarakat Arab yang ketika itutidak lagi bertumpu kepada kepentingan kabilah dan sedang menujuke alam masyarakat yang bertumpu pada kepentingan keluarga, sepertiyang diperkenalkan oleh Islam. Pada logiknya, pecahan dua berbandingdengan satu dalam hukum pusaka Islam bukanlah muktamad. Ia sepertijuga dengan hukum-hukum lain adalah untuk mewujudkan keadilan(al-‘adl) dan menegakkan amanah dalam masyarakat (add al-amanah).Dengan kata lain, Islam secara beransur-ansur merubah konsep ekonomikabilah ke konsep ekonomi keluarga. Dalam Islam, wanita sentiasadiletakkan di tempat yang diuntungkan secara fisik-material. Sebagaiisteri dia adalah di bawah tanggungjawab suami, sebagai anak diadijaga oleh bapa dan sebagai saudara dia berada di bawah perwaliansaudara lelakinya. Oleh itu pandangan stereotaip terhadap wanita yangdikaitkan dengan pembahagian pusaka satu berbanding dua tidaksepatutnya menimbulkan masalah jika pendirian masyarakat Islamselaras dengan keadaan dan sistem sosial dalam Islam.

Dalam Islam, wanita mempunyai berbagai hak seperti yang ada padakaum lelaki. Kita dapat melihat contohnya di dalam beberapa perkaraberikut:

1. Hak dalam Bidang Politik

Tiada ayat atau hadith yang melarang wanita aktif di dalam duniapolitik. Sebaliknya al-Quran dan hadith banyak mengisyaratkankebolehan wanita dalam dunia tersebut.

Surah at-Taubah 9:71 menyatakan:

21

Hak dan Kewajipan Wanita

‘Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagianmereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Merekamenyuruh (mengerjakan) yang ma’ruf, mencegah dari yang mungkar,mendirikan solat, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allahdan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah;sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.’

Perkataan auliya’ dalam ayat tersebut, menurut Dr. Quraish Shihab,merangkumi kerjasama, bantuan dan penguasaan; sedangkan ‘menyuruhmengerjakan yang ma’ruf’ merangkumi segala segi kebaikan termasukmemberi kerjasama dan kritikan terhadap kerajaan.

Dalam beberapa riwayat telah disebutkan bagaimana kaum wanitasemasa permulaan Islam banyak memegang peranan penting dalamkegiatan politik. Bahkan dalam Surah al-Mumtahanah 60:12membenarkan wanita bergiat di dalam politik:

‘Hai Nabi, apabila datang kepadamu perempuan-perempuan yangberiman untuk mengadakan janji setia, bahawa mereka tidak akanmempersekutukan sesuatu pun dengan Allah; tidak akan mencuri,tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anaknya, tidak akanberbuat dusta yang mereka ada-adakan antara tangan dan kaki merekadan tidak akan mendurhakaimu dalam urusan yang baik, maka terimalahjanji setia mereka dan mohonkanlah ampunan kepada Allah untukmereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’

Isteri-isteri Rasulullah, terutama Aisyah, telah menjalankan perananyang penting dalam politik. Selain Aisyah, ramai wanita lain yangterlibat dalam politik sebagaimana terlibatnya mereka di medan perang.Ramai dari mereka yang telah gugur di medan perang seperti Ummu

22

Kudrat Wanita Dalam Islam

Salamah (isteri Rasullulah), Shafiyyah, Lailah al-Ghaffariyah danUmmu Sinam al-Aslamiyah. Wanita yang turut terlibat dalam duniapolitik ketika itu adalah seperti Fatimah binti Rasulullah, Aisyah bintiAbu Bakar, Atika binti Yazid ibn Mu’awiyah, Ummu Salamah bintiYa’qub, al-Khaizaran binti Athak dan sebagainya.

2. Hak untuk Bekerja

Seperti dalam bidang politik, tiada larangan bagi wanita untuk bekerjasamada di dalam atau di luar rumah, secara bersendirian atauberkumpulan, di pejabat kerajaan atau bidang swasta – selagi pekerjaantersebut dilakukan dalam suasana terhormat, sopan dan memeliharaagamanya. Dia juga harus menghindari apa-apa kesan negatif terhadapdiri dan persekitarannya.

Islam memberi kaum wanita kebebasan untuk bekerja selagi merekamemenuhi syarat dan mereka mempunyai hak untuk bekerja dalamapa-apa bidang yang halal. Perkara ini terbukti pada zaman Rasulullahdi mana kaum wanita telah terjun dalam pelbagai bidang pekerjaan.Contohnya Khadijah binti Khuwailid (isteri Rasulullah) yang dikenalisebagai pengusaha, Zainab binti Jahsy yang bekerja sebagai penyamakkulit binatang, Ummu Salim binti Malhan yang tekun sebagai makandam, isteri Abdullah ibn Mas’ud dan Qillat Ummi Bani Anmaaryang dikenali sebagai ahli perniagaan yang berjaya, al-Syifa yangbekerja sebagai setiausaha dan pernah diberi tugas oleh Khalifah Umaribn al-Khattab sebagai petugas untuk mentadbir pasar kota Madinahdan ramai lagi.

Kaum wanita amat aktif pada zaman Rasulullah dan Aisyah pernahberkata; ‘Alat pemintal di tangan wanita lebih baik daripada tombakdi tangan kaum lelaki.’ Dalam satu riwayat lain, Rasulullah pernahmengatakan: ‘Sebaik-baik permainan seorang Muslimah di dalamrumahnya adalah memintal/menenun.’

Pekerjaan yang menjadi kontroversi bagi wanita adalah sebagaipemimpin negara. Sebahagian ulama masih menganggap jawatan ini

23

Hak dan Kewajipan Wanita

tidak layak disandang oleh seorang wanita namun kalangan masyarakatyang menyokong pendapat ini semakin berkurangan. Bahkan al-Maududi yang dikenali sebagai ulama yang mempertahankan ajaranIslam secara tekstual telah memberi sokongan kepada wanita menjadiPerdana Menteri di Pakistan.

Aktivis semasa zaman Rasulullah yang disebut di dalam buku-bukuhadith (Kutub as-Sittah) banyak memasukkan bab-bab khusus mengenaiwanita, contohnya dalam kitab Sahih al-Bukhari, mengandungibeberapa bab perbahasan mengenai wanita.

3. Hak Mendapat Pendidikan

Kalimah pertama yang diturunkan dalam al-Quran adalah kalimahperintah, iaitu perintah untuk membaca (iqra’ ), lalu disusul sumpahpertama Allah dalam al-Quran iaitu: Nun wal-qalami wa ma yasthurun[Nun, demi kalam dan apa yang dituliskannya] (Surah al-Qalam 68:1).Perkara ini menegaskan betapa pentingnya ilmu pengetahuan dalamIslam. Perintah untuk menuntut ilmu pengetahuan tidak hanya kepadalelaki tetapi juga kepada kaum wanita. Ini ditegaskan dalam hadithyang popular: ‘Menuntut ilmu pengetahuan difardukan kepada kaumMuslim lelaki dan wanita.’

Al-Quran dan hadith banyak memberikan pujian kepada lelaki danwanita yang mempunyai prestasi dalam ilmu pengetahuan. Dalam saturiwayat disebutkan bahawa Rasulullah pernah didatangi sekelompokwanita yang memohon kesediaan Rasulullah memberi masa untukmengajar mereka. Dalam sejarah Islam klasik juga boleh ditemuibeberapa nama yang menguasai ilmu pengetahuan yang penting sepertiAisyah isteri kepada Rasulullah, Sayyidah Sakinah, puteri Husain ibnAli ibn Abi Thalib, al-Syekhah Syuhrah yang digelari Fikhr an-Nisa’(kebanggaan kaum wanita) yang juga ialah salah seorang guru ImamSyafi’e, Mu’nisat al-Ayyubi (saudara Salahuddin al-Ayyubi), Syamiyatat-Taimiyah, Zainab (puteri sejarahwan al-Baghdadi), Rabi’ah al-Adawiyah dan lain-lain.

24

Kudrat Wanita Dalam Islam

Kebebasan wanita untuk menuntut ilmu pengetahuan banyak dijelaskandalam hadith, seperti hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad. Iamenyatakan bahawa Rasulullah melaknat wanita yang menyerupailelaki tetapi tidak dilarang mengadakan penyerupaan dalam halkecerdasan dan amal ma’ruf.

Peranan sosial wanita dalam lintasan sejarah Islam mengalamikemerosotan setelah abad kedua, terutama setelah pembukuan kitab-kitab hadith dan kitab-kitab fiqah. Penelitian yang lebih jauh harusdilakukan untuk memastikan samada terdapat kaitan antara pembukuandan pembakuan kitab fiqah dengan proses penurunan peranan wanita.

25

Hak dan Kewajipan Wanita

Penutup

Al-Quran menempatkan kaum lelaki dan wanita sebagai dua jenismakhluk yang mempunyai martabat yang sama, samada dalamkedudukan dan keupayaannya sebagai pengabdi kepada Allah (‘abid),ataupun sebagai wakil Allah di bumi (khalifah). Tiada keutamaandiberikan kepada salah satu daripada mereka, baik daripada segi asal-usul dan proses penciptaan, ataupun daripada segi struktur sosialmasyarakat Islam. Jika terdapat perbezaan, ia hanyalah dalam bentukstruktur biologi yang memang sudah ditentukan sejak asalnya sebagaiidentiti gender yang membezakan antara lelaki dan wanita. Perbezaanstruktur biologi inilah yang merupakan kudrat, bagi lelaki atau wanitatetapi perkara ini tidak seharusnya melahirkan anggapan negatif yangmembatasi peranan sosial wanita dan menjadikan lelaki sebagai pelakuutama (malah ada yang menganggapnya pelaku tunggal) dan pemegangkeseluruhan tanggungjawab peranan sosial dan selanjutnya dianggapsebagai ketua kepada wanita.

Adanya perbezaan dalam beberapa perkara antara al-Quran dan hadithtidak bererti keduanya tidak seiringan atau bertentangan. Dalam perkara-perkara dasar seperti akidah tiada kemungkinan keduanya berbeza.Dalam urusan masyarakat di mana Rasulullah turut menjadi sebahagiananggota masyarakatnya berkemungkinan terdapat keputusan yangsubjektif dan berdasarkan keadaan setempat. Dari sinilah munculnyapendapat kontroversi. Adakah pandangan-pandangan Nabi Muhammads.a.w. terhadap sesuatu masalah berdasarkan kedudukannya sebagaiseorang Rasul atau sebagai seorang anggota masyarakat (Arab sukuQuraisy)? Daripada segi ini pula terdapat kalangan pemikirkontemporari bukan Arab yang mengasingkan nilai-nilai dari TimurTengah, mana yang ‘Islam’ dan mana yang ‘Arab’.

Anggapan mengenai kudrat wanita dalam masyarakat adalah amatberkait dengan konsep hubungan kekerabatan yang diikuti olehmasyarakat tersebut. Seandainya al-Quran turun di dalam masyarakatmatriarchal, suatu masyarakat yang memberi peranan yang lebih besar

27

kepada wanita, berkemungkinan susunan ayat dan hadith berbezadengan apa yang ada sekarang. Walaupun susunan tersebut berbezatetapi intinya adalah untuk mewujudkan keadilan dan kesejahteraandalam masyarakat.

Perlu dimaklumkan bahawa kenyataan-kenyataan dalam hadith yangbanyak menetapkan ‘bidang terlarang’ bagi kaum wanita bukan untukmerendahkan kaum wanita tetapi sebaliknya untuk kebaikan (maslahat)yang lebih luas. Perlu diingat bahawa perbahasan yang paling banyak‘menyita’ ayat dan hadith adalah mengenai wanita yang telahberkeluarga. Perkara ini adalah kerana prasyarat dalam mewujudkansatu masyarakat ideal harus dimulai dari lingkungan terkecil (keluarga)dan di dalam keluarga, wanita adalah dominan dalam beberapa perkara.Oleh itu adalah wajar jika ayat-ayat al-Quran dan hadith banyakberbincang mengenai wanita.

Kegunaan bahasa yang mencampuradukkan erti kudrat (qudrah) dantakdir (taqdir) juga perlu diperbaiki semula. Setidak-tidaknya perkaraini akan memberi kefahaman yang lebih jernih mengenai kudrat wanitayang selama ini dijadikan alasan untuk merendahkan wanita.

28

Kudrat Wanita Dalam Islam

Latarbelakang Penulis

Dr. Nasaruddin Umar, MA menamatkan ijazah pertama di IAINAlauddin Ujung Pandang, S2 dan S3 di IAIN Syarif HidayatullahJakarta. Beliau pernah mengkaji isu gender di Jepun, Korea, AmerikaSyarikat, Eropah dan Timur Tengah, dan menjadi pelajar lawatan diMcGill University, Canada, Leiden University dan Paris University.Beliau kini adalah Pembantu Rektor IV IAIN Jakarta.

29

Kata Pengantar

Buku yang kini berada di tangan anda telah diterbitkan untuk memenuhikekurangan buku-buku agama yang berwawasan ‘gender’. Bukumengenai wanita daripada pandangan Islam memang banyak terdapatdi pasaran. Walaubagaimanapun, buku ini berlainan daripada apa yangsedia ada di pasaran kerana ia mempunyai perspektif ‘gender’ iaituperspektif yang menempatkan lelaki dan wanita sebagai manusia yangsetaraf di sisi Allah. Lelaki dan wanita masing-masing mempunyaitugas kemanusiaan dan hak yang sama.

Kandungan buku ini merupakan hasil pelbagai berbagai perbincanganyang melibatkan ramai cendekiawan dan ulama lelaki dan wanita yangpeka terhadap masalah gender. Walaupun demikian, penulisbertanggungjawab terhadap kandungan buku ini.

Buku ini ditulis dalam bentuk bersiri sebanyak enam judul, iaitu:Pandangan Islam tentang Poligami oleh Dr. Musdah Mulia, MA,APU; Ikhtiar Mengatasi Kekerasan dalam Rumah Tangga, Belajardari Kehidupan Rasulullah saw oleh Dra. Ciciek Farha; KodratPerempuan dalam Islam oleh Dr. Nassaruddin Umar, MA; PengasuhanAnak dalam Keluarga Islam oleh Drs. Fuaduddin TM, MEd; Perempuansebagai Kepala Rumah Tangga oleh Dra. Ratna Batara Munti; danPembagian Kerja Rumah Tangga dalam Islam oleh Dra. Istiadah, MA.

Buku ini diterbitkan melalui kerjasama antara Lembaga Kajian Agamadan Jender, Perserikatan Solidaritas Perempuan dan The AsiaFoundation.

Melalui ruangan ini, kami mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak, terutama sekali kepada merekayang terlibat dalam bengkel-kerja yang diadakan secara khusus bagimenyiapkan bahan buku ini. Terima kasih juga kami ucapkan kepadaThe Asia Foundation kerana memberi kerjasama dan sokongan sehinggabuku ini berjaya diterbitkan.

Mudah-mudahan pembaca mendapat manfaat dari buku ini.

WassalamJakarta, Disember 1999

Lembaga Kajian Agama dan JenderPerserikatan Solidaritas Perempuan