KUIZ 1 Kepentingan Buruh Dalam Industri

1
3. Bincangkan kepentingan buruh dalam industri. Pembangunan ekonomi telah dijana oleh pertumbuhan sektor industri. Dengan itu, Malaysia telah menikmati pertumbuhan ekonomi yang memberansangkan apabila telah berjaya mentransformasikan negara daripada sebuah ekonomi yang berasaskan pertanian dan komoditi kepada ekonomi yang berasaskan industri. Dalam sektor industri berlaku peningkatan guna tenaga dalam tempoh tahun 2000 sehingga tahun 2012. Peningkatan yang dimaksudkan adalah pertambahan secara memberangsangkan bilangan pekerja yang bekerja di dalam sektor ini. Pada masa kini, sektor ketiga mencatatkan jumlah pendapatan yang tertinggi diikuti oleh sektor kedua (pembuatan dan pembinaan) dan utama. Hal ini menggambarkan perubahan struktur ekonomi di Malaysia. Pertambahan bilangan pekerja akan mengakibatkan peningkatan guna tenaga dalam sektor industri dan seterusnya mengurangkan jumlah pengangguran di Malaysia. Sektor industri dapat menyediakan peluang pekerjaan yang luas kepada penduduk tempatan dalam pelbagai peringkat kegiatan pengeluaran pemprosesan, pemasangan, pembungkusan, pemasaran, dan lain-lain yang berkaitan. Kilang-kilang yang dibina di kawasan pedalaman mampu membuka peluang pekerjaan kepada rakyat. Sebagai contoh, pekerjaan yang biasa ditawarkan kepada penduduk berdekatan seperti operator kilang, jurutera kilang, pengurus kilang. Peluang pekerjaan yang ditawarkan ini seharusnya dimanfaatkan bagi menampung keperluan mereka. Pada tahun 2001 sahaja, sebanyak 2.2 juta rakyat terlibat dalam sector perindustrian, iaitu bersamaan 22% daripada jumlah guna tenaga kerja yang terdapat di Malaysia. Fenomena ini sudah pasti dapat mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan rakyat. Hal ini pasti akan dapat meningkatkan pendapatan per kapita penduduk, kuasa beli, dan tabungan penduduk turut meningkat, dan secara tidak lansung dapat meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan. Situasi ini pasti dapat menghindarkan penduduk daripada terus dibelenggu putaran kemiskinan dan mengambarkan industri pembuatan di Malaysia telah menjadi penyumbang utama peningkatan guna tenaga.

description

Kepentingan buruh dalam industri

Transcript of KUIZ 1 Kepentingan Buruh Dalam Industri

  • 3. Bincangkan kepentingan buruh dalam industri.

    Pembangunan ekonomi telah dijana oleh pertumbuhan sektor industri. Dengan itu, Malaysia telah menikmati pertumbuhan ekonomi yang memberansangkan apabila telah berjaya mentransformasikan negara daripada sebuah ekonomi yang berasaskan pertanian dan komoditi kepada ekonomi yang berasaskan industri.

    Dalam sektor industri berlaku peningkatan guna tenaga dalam tempoh tahun 2000 sehingga tahun 2012. Peningkatan yang dimaksudkan adalah pertambahan secara

    memberangsangkan bilangan pekerja yang bekerja di dalam sektor ini. Pada masa kini, sektor ketiga mencatatkan jumlah pendapatan yang tertinggi diikuti oleh sektor kedua (pembuatan dan pembinaan) dan utama. Hal ini menggambarkan perubahan struktur ekonomi di Malaysia. Pertambahan bilangan pekerja akan mengakibatkan peningkatan guna tenaga dalam sektor industri dan seterusnya mengurangkan jumlah pengangguran di Malaysia.

    Sektor industri dapat menyediakan peluang pekerjaan yang luas kepada penduduk tempatan dalam pelbagai peringkat kegiatan pengeluaran pemprosesan, pemasangan,

    pembungkusan, pemasaran, dan lain-lain yang berkaitan. Kilang-kilang yang dibina di kawasan pedalaman mampu membuka peluang pekerjaan kepada rakyat. Sebagai contoh, pekerjaan yang biasa ditawarkan kepada penduduk berdekatan seperti operator kilang, jurutera kilang, pengurus kilang. Peluang pekerjaan yang ditawarkan ini seharusnya dimanfaatkan bagi menampung keperluan mereka. Pada tahun 2001 sahaja, sebanyak 2.2 juta rakyat terlibat dalam sector perindustrian, iaitu bersamaan 22% daripada jumlah guna tenaga kerja yang terdapat di Malaysia. Fenomena ini sudah pasti dapat mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan rakyat. Hal ini pasti akan dapat meningkatkan pendapatan per kapita penduduk, kuasa beli, dan tabungan penduduk turut meningkat, dan secara tidak lansung dapat meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan. Situasi ini pasti

    dapat menghindarkan penduduk daripada terus dibelenggu putaran kemiskinan dan mengambarkan industri pembuatan di Malaysia telah menjadi penyumbang utama peningkatan guna tenaga.