kuiz kudua

3
Nama : Murugan A/L Ramalingan Opsyen : 4 PISMP BK (BT/PM) Soalan : Sebagai seorang guru bimbingan yang baru di sebuah sekolah bagaimana anda memulakan tugas merancang program di sekolah. Setiap perancangan yang hendak dilakuakan oleh guru bimbingan dan kaunseling sebaik-baiknya perlu dilakukan bersama-sama dengan Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling Sekolah ataupun sekurang- kurangya dengan pihak sekolah. Terdapat beberapa bentuk format perancangan yang dapat digunakan apabila membina perancangan dan ia bergantung kepada keserasian dan strategic yang digunapakai oleh guru bimbingan dan kaunseling. Perancangan sebaik-baiknya mudah difahami, flaksibel, memberikan maklumat yang maksimum dan mudah dilihat. Perkara yang penting adalah perancangan yang digubal tidak membebankan ataupun memeningkan kepala guru bimbingan dan kaunseling. Perancangan dapat dibina dalam format jadual, calendar ataupun senarai panjang. Bagaimanapun, guru bimbingan dan kaunseling perlu memastikan setiap program atau aktiviti dalam perancangan yang dibuat perlu mengambil kira kemampuan melaksana dan bukannya sebagai hiasan atas kertas sahaja ataupun hanya memuaskan hati sendiri ataupun orang lain. Rasanya tidak menjadi kesalahan sekiranya bilangan program atau aktiviti yang dirancang sedikit tetapi ia berkualiti, dapat diintegrasikan dengan aktivi lain, bersifat menyeluruh serta mempunyai jangkaan aras keberkesanan yang tinggi. Tajuk perkara kecil atau subtajuk dalam setiap perancangan biasanya meliputi bidang aktiviti projek, cadangan program atau aktiviti, tarikh pelaksaan, kumpulan sasaran, personel yang terlibat dan juga catatan. Bagi subtajuk bidang aktiviti, guru bimbingan

description

n

Transcript of kuiz kudua

Nama : Murugan A/L Ramalingan

Opsyen : 4 PISMP BK (BT/PM)

Soalan : Sebagai seorang guru bimbingan yang baru di sebuah sekolah bagaimana anda memulakan tugas merancang program di sekolah.

Setiap perancangan yang hendak dilakuakan oleh guru bimbingan dan kaunseling sebaik-baiknya perlu dilakukan bersama-sama dengan Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling Sekolah ataupun sekurang-kurangya dengan pihak sekolah. Terdapat beberapa bentuk format perancangan yang dapat digunakan apabila membina perancangan dan ia bergantung kepada keserasian dan strategic yang digunapakai oleh guru bimbingan dan kaunseling. Perancangan sebaik-baiknya mudah difahami, flaksibel, memberikan maklumat yang maksimum dan mudah dilihat. Perkara yang penting adalah perancangan yang digubal tidak membebankan ataupun memeningkan kepala guru bimbingan dan kaunseling. Perancangan dapat dibina dalam format jadual, calendar ataupun senarai panjang. Bagaimanapun, guru bimbingan dan kaunseling perlu memastikan setiap program atau aktiviti dalam perancangan yang dibuat perlu mengambil kira kemampuan melaksana dan bukannya sebagai hiasan atas kertas sahaja ataupun hanya memuaskan hati sendiri ataupun orang lain. Rasanya tidak menjadi kesalahan sekiranya bilangan program atau aktiviti yang dirancang sedikit tetapi ia berkualiti, dapat diintegrasikan dengan aktivi lain, bersifat menyeluruh serta mempunyai jangkaan aras keberkesanan yang tinggi.

Tajuk perkara kecil atau subtajuk dalam setiap perancangan biasanya meliputi bidang aktiviti projek, cadangan program atau aktiviti, tarikh pelaksaan, kumpulan sasaran, personel yang terlibat dan juga catatan. Bagi subtajuk bidang aktiviti, guru bimbingan kaunseling bolehlah memilih beberapa bidang aktiviti (lima ataupun enam bidang utama) ataupun memilih mengikut orentasi perkhidmatan (perkembangan, pencegahan dan pemulihan). Objektif bagi setiap aktiviti juga dapat di masukkan.

Perkara perkara yang dianggap relevan yang dimasukkan di bawah catatan adalah jangkaan kos atau perbelanjaan, penganjur atau pembiaya, tempat, perubahan aktiviti, pindaan tarikh dilaksanakan dan sebagainya.

Perancangan mengikut bidang perkhidmatan perlu dilakukan kerana ia dapat memberiakan gambaran bagi menentukan sama ada pemberatan perancangan bagi program atau aktiviti yang disususn seimbang dalam semua bidang perkhidmatan. Guru bimbingan dan kaunseling dapat membuat senarai semak berdasarkan sukatan pelajaran bimbingan dan kaunseling bagi memilih dan menentukan setiap aspek dalam bidang dimasukkan dalam setiap perancangan. Kaedah membuat analisis menggunakan senarai semak dapat dilakukan sebelum membuat perancangan. Senarai semak dibentuk menggunakan sukatan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Senarai semak dibuat mengikut bidang. Analisis ini dapat mengesan apabila berlaku sebarang ketidakseimbangan dalam perancangan. Apabila tidak menggunakan analisis senarai semak, ada kemungkinan banyak aktiviti yang dirancang terkumpul dalam suatu bidang sementara dalam bidang yang lain bilangan aktivitinya sedikit ataupun kemungkinan tiada langsung.

Oleh itu, guru bimbingan dan kaunseling perlulah bijak memilih dan menentukan setiap program atau aktiviti mengikut kecenderungan bidangnya. Misalnya, program mentor-mentee dapat dimasukkan sama ada sebagai aktiviti dalam bidang akademik ataupun masalah pelajar. Dalam bidang akademik program mentor mentee dapat digunakan untuk mengesan masalah pelajar seperti masalah akademik, sahsiah, personality, hubungan social ataupun interpersonal, kesihatan mental. Maka perancangan yang teliti dapat membantu guru baru untuk menjayakan program yang dirancang.