kuiz sejarah

3
MUHAMMAD HAZIQ BIN ZUZLY RBT (SK) PISMP SEM 3 SOALAN KUIZ JELASKAN 3 MATLAMAT KURIKULUM SEJARAH DIPERKENALKAN DI SEKOLAH RENDAH Di bawah (KSSR) , Sejarah merupakan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid Tahun 4 di Malaysia pada tahun 2014. Pengenalan Kurikulum Sejarah di sekolah rendah ini pada mulanya diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi ketika merasmikan Bangunan Wisma Sejarah Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) di Kuala Lumpur. Beliau juga telah mewajibkan sejarah di semua sekolah rendah bagi mendedahkan sejarah pembangunan negara bermula daripada peringkat umur rendah. Matlamat mata pelajaran sejarah ialah untuk mendidik murid dalam memahami latar belakang negara dan sejarahnya. Melalui matlamat ini murid dapat mengetahui tentang perkara terdahulu dari mereka sekali gus subjek sejarah ini mampu memupuk murid dengan sikap patriotik dan cinta akan tanah air. Ini dapat mengukuhkan lagi semangat setia akan negara melaui penghayatan sejarah negara. Perkara ini dapat menjadikan rakyat Malaysia hidup aman dan harmoni serta kaya dengan pelbagai sejarah dan budaya. Seterusnya, matlamat ini juga dapat membentuk murid dalam kesepaduan sosial dan integrasi rasional di dalam sekolah.

description

ws

Transcript of kuiz sejarah

Page 1: kuiz sejarah

MUHAMMAD HAZIQ BIN ZUZLY

RBT (SK) PISMP SEM 3

SOALAN KUIZ

JELASKAN 3 MATLAMAT KURIKULUM SEJARAH DIPERKENALKAN DI SEKOLAH RENDAH

Di bawah (KSSR) , Sejarah merupakan mata pelajaran teras yang wajib

dipelajari oleh semua murid Tahun 4 di Malaysia pada tahun 2014. Pengenalan

Kurikulum Sejarah di sekolah rendah ini pada mulanya diperkenalkan oleh bekas

Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi ketika

merasmikan Bangunan Wisma Sejarah Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) di Kuala

Lumpur. Beliau juga telah mewajibkan sejarah di semua sekolah rendah bagi

mendedahkan sejarah pembangunan negara bermula daripada peringkat umur

rendah.

Matlamat mata pelajaran sejarah ialah untuk mendidik murid dalam

memahami latar belakang negara dan sejarahnya. Melalui matlamat ini murid dapat

mengetahui tentang perkara terdahulu dari mereka sekali gus subjek sejarah ini

mampu memupuk murid dengan sikap patriotik dan cinta akan tanah air. Ini dapat

mengukuhkan lagi semangat setia akan negara melaui penghayatan sejarah negara.

Perkara ini dapat menjadikan rakyat Malaysia hidup aman dan harmoni serta kaya

dengan pelbagai sejarah dan budaya.

Seterusnya, matlamat ini juga dapat membentuk murid dalam kesepaduan

sosial dan integrasi rasional di dalam sekolah. Perkara ini dapat memupuk semangat

kekitaan antara pelajar, sebagai contoh murid dapat bergaul antara satu sama lain

tanpa mengira agama dan bangsa. Dalam sejarah terdahulu, terdapat pahlawan-

pahlawan tanah air yang berjuang demi mencapai keamanan negara. Murid-murid

dapat dipupuk dengan nilai-nilai yang dipelajari dalam sejarah terdahula. Matlamat

ini secara tidak langsung dapat membentuk negara Malaysia sebagai negara yang

aman dan disanjung tinggi oleh negara-negara luar.

Matlamat kurikulum sejarah ini dapat melahirkan pelajar yang berfikiran kritis,

kreatif dan inovatif melalui aktiviti inkuiri penemuan dan penerokaan bagi

Page 2: kuiz sejarah

mengukuhkan pemahaman tentang sejarah. Perkara ini dapat membentuk dan

membuka minda murid untuk berfikiran terbuka. Berdasarkan pembelajaran subjek

ini murid dapat pelbagai pengajaran dan nilai yang perlu di ambil iktibar dan

dicontohi. Secara tidak langsung matlamat ini dapat mempraktikkan dalam diri murid

untuk membentuk seorang modal insan yang cemerlang seterusnya mampu

membina sebuah negara yang maju dan berwawasan.

Kesimpulannya, melalui pembelajaran tersebut murid dapat membina kerangka

kronologi tentang pengetahuan sesuatu peristiwa penting dan tokoh-tokoh yang

terlibat. Murid dapat membuat perbandingan tentang pengalaman manusia dan

seterusnya berupaya memahami diri mereka secara individu serta sebagai ahli

dalam sesebuah masyarakat. Pemahaman asas tentang sejarah negara dapat

melahirkan perasaan cintakan negara dan melahirkan perasaan bangga sebagai

rakyat Malaysia.