Kuliah-1 Hubungan Etnik

31
WAJ 3106 KULIAH M1 HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA Disediakan oleh : Chin Pei Yiing Edward Bong Wong Ik Mei
  • date post

    30-Sep-2015
  • Category

    Documents

  • view

    233
  • download

    3

description

Kuliah-1 Hubungan Etnik

Transcript of Kuliah-1 Hubungan Etnik

Hubungan Etnik Di Malaysia

WAJ 3106Kuliah M1

Hubungan Etnik Di Malaysia

WAJ 3062

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Latar BelakangKepentingan HubunganEtnik

Disediakan oleh :Chin Pei YiingEdward BongWong Ik Mei

1

PengenalanMalaysia telah berjaya melangkah keluar daripada kumpulan negara mundur kepada negara sedang membangun.

Kini, Malaysia bergerak menuju ke arah status negara maju, seperti yang dicita-citakan dan dinyatakan dalam Wawasan 2020.

Pencetusan kepada proses transformasi sosioekonomi yang luar biasa ini ialah peristiwa rusuhan etnik 13 Mei 1969 yang telah membuat semua rakyat tersentak lalu membuka mata bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam masyarakat, khususnya dari segi hubungan etnik.

Pengajaran Daripada Peristiwa 13 mei 1969Pertama, rusuhan kaum tidak menguntungkan sesiapa. Rusuhan kaum merugikan semua pihak dengan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.

Kedua, langkah-langkah konkrit harus diambil untuk mengeratkan perpaduan nasional dan keharmonian antara kaum.

Ketiga, perpaduan nasional tidak akan tercapai sekiranya terdapat sebilangan besar rakyat yang miskin.

Keempat, peristiwa 13 Mei telah memberi pengajaran bahawa setiap rakyat harus menghormati satu sama lain.

Kepentingan Hubungan EtnikBerdasarkan pengalaman 13 Mei 1969, ternyata faktor hubungan etnik yang harmonis menjadi anak kunci bagi keseimbangan antara kekukuhan ekonomi dan kestabilan politik.

Peristiwa tersebut telah mendedahkan kepada kita semua bahawa survival Malaysia sebagai sebuah negara bangsa dan sistem sosial yang kukuh, tidak semata-mata terletak pada pertumbuhan ekonomi yang baik dan kestabilan politik yang mapan(lestari/kekal).

Apa yang lebih penting dalam konteks Malaysia sebagai sebuah masyarakat majmuk ialah usaha berterusan untuk memupuk dan mengekalkan hubungan etnik yang harmonis.

Konsep-konsep Asas Hubungan Etnik

Konsep Masyarakat: -Etnik, Etnisiti dan Etnosentrisme -Ras, Rasisme, Prejudis,Stereotaip dan Diskriminasi

Konsep MasyarakatMenurut definisi kamus dewan (2005) Masyarakat ialah kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.

Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat.

***Hubungan sosial diwujudkan melalui kegiatan seperti gotong royong di kampung utk membersihkan kawasan, rumah terbuka, berkumpul bersama untuk menyambut pembesar yang datang berkunjung, menghadiri kenduri majlis perkahwinan dan menyambut perayaan2 yg pelbagai kaum.

Kekerapan pergaulan tersebut membina satu kesepaduan dalam masyarakat tersebut sebagai satu unit sosial.

Para sarjana sains sosial dan kajian kemanusiaan telah menegaskan bahawa kebudayaan tidak wujud jika tidak ada masyarakat.

Pendapat ini berasaskan fakta sejagat bahawa manusia sebagai anggota masyarakat telah bertanggungjawab mencipta, mengubah, menokok dan melestarikan budaya daripada generasi kepada generasi.

Proses mewariskan budaya melibatkan interaksi dua generasi-Pertama, generasi yang menurunkan budaya-Kedua, generasi yang menerima budaya

Generasi yang menurunkan budaya ketika menerima budaya tersebut telah pun mengubahsuaikannya secocok dengan keadaan persekitaran sosial dan fizikal semasa mereka.

Bagi generasi yang menerima, iaitu anak-anak mereka pun turut mengubahsuai budaya yang diterima berasaskan situasi sosial dan fizikal semasa.

Dengan cara ini,sesuatu menjadi asas pembinaan sesebuah tamadun.

Masyarakat yang berbudaya berkembang dengan menurunkan dua bentuk budaya:-Budaya material seperti Tembok Besar China dan Piramid di Mesir

-Budaya bukan material sepeti sistem kepercayaan dan agama, falsafah dan kesusasteraan, dan pemikiran sains serta kemampuan mencipta teknologi.

Paduan kedua-dua komponen budaya ini yang menjadi pemancu kepada perkembangan dan kemajuan sesebuah masyarakat.

Penglibatan setiap anggota masyarakat diperlukan bukan setakat untuk mengatur kehidupan berlandaskan undang-undang, sistem politik, ekonomi dan pentadbiran tetapi juga dari segi nilai, norma, emosi dan semangat mencintai masyarakat dan lain-lain.

Sebab-sebab untuk memahami konsep masyarakat :

Memahami hakikat bahawa manusia, demi kelangsungan hidup, tiada pilihan lain tetapi untuk hidup bermasyarakat

Manusia mesti memahami sebaik mungkin cara hidup bermasyarakat

Memahami budaya masyarakat sendiri dan juga masyarakat lain

Terus memupuk kerjasama dalam masyarakat sendiri dan dengan masyarakat lain. ***Ciri-ciri utama masyarakat:

BerkelompokBerbudaya mengalami perubahanBerinteraksi (dalaman dan dengan pihak luar)Mempunyai kepimpinan Mempunyai aturan sosialnya

Berdasarkan pemahaman mengenai masyarakat yang dihuraikan tadi ternyata bahawa Malaysia ialah sebuah masyarakat yang mengandungi pelbagai kumpulan etnik dan budaya.

Dari segi sejarahnya, masyarakat Malaysia telah terbukti mempunyai asas kukuh untuk mewujudkan masyarakat berilmu, bermoral dan mendukung cita-cita murni bangsa Malaysia berteraskan konsep negara bangsa. Hal ini telah dimanifestasikan oleh pemimpin dan rakyat melaui pemikiran, nilai sosiobudaya, perlambangan dan jiwa kemanusiaan serta kerohanian tinggi yang mereka amalkan sehingga hubungan etnik yang harmonis dikekalkan dengan baik.

Konsep Etnik, Etnisiti dan Etnosentrisme

***Etnik boleh didefinisikan sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa, dan kegiatan ekonomi.

Konsep etnik mempunyai erti yang berkaitan rapat dengan konsep-konsep ras dan bangsa.

Ras dan bangsa memberikan penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi antara sesama manusia.Dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia, terdapat pelbagai kelompok etnik yang hidup berlainan, tetapi di bawah sistem politik yang sama.

Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan Dusun dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik. Etnik pada dasarnya bersikap etnosentrik(nilai -), iaitu menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah serta dianggap ganjil ataupun berada pada tahap rendah atau tidak bermoral.Konsep etnik membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme.

Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Ini bermaksud satu kebudayaan atau budaya yang jelas menyatukan anggotanya dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama.

Etnosentrisme merujuk kepada kepercayaan atau bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain.

Etnosentrisme juga membawa makna suatu perspektif yang melihat kelompok etnik lain menerusi lensa dan kaca mata etnik sendiri.***Konsep Ras, Rasisme, Prejudis,Stereotaip dan DiskriminasiKonsep Ras dan Rasisme

- Ras dikatakan sebagai sebuah kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal biologikal nyata, seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dan sebagainya. Ciri untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit.

-Rasisme ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran, atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan perbezaan wajah fizikal-biologikal atau ras semata-mata dan ini ditunjukkan secara terbuka melalui perilaku atau tindakan terbuka.Rasisme wujud pada dua tahap: -Tahap individu. rasisme berlaku dalam bentuk kepercayaan bahawa wujudnya ras tertentu yang berstatus lebih tinggi dan ada ras yang berstatus lebih rendah. Rasisme pada peringkat individu ini wujud dalam bentuk kepercayaan dan sikap individu.

-Tahap institusiRasisme melibatkan dasar dan pelaksanaan yang bersifat diskriminasi, membentuk ketidaksamaan bagi masyarakat daripada ras yang berbeza. Rasisme pada tahap institusi ini dapat dilihat secara tersirat dalam struktur sosial.

Konsep Prejudis dan Stereotaip

-Prejudis ditakrif sebagai pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu; prejudis tidak diluahkan secara terbuka.

Prejudis antara etnik berlaku apabila sesebuah kumpulan etnik memandang negatif terhadap kumpulan etnik lain.

Melalui proses sosialisasi, sikap prejudis disalurkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain.

Kesan sikap prejudis semakin mudah dilihat apabila berlaku persaingan bagi mendapatkan sesuatu yang terhad sama ada dalam aspek politik, ekonomi atau sosial dan sebagainya.*Stereotaip merupakan kenyataan-kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik .

Dengan kata lain, stereotaip ialah gambaran tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan kepada sesuatu kumpulan etnik oleh etnik lain.

Fahaman stereotaip ini akan menimbulkan perasaan yang negatif dalam kalangan masyarakat kerana fahaman stereotaip akan mengakibatkan sesuatu kumpulan etnik itu memandang rendah terhadap kumpulan etnik lain dan menimbulkan semangat perkauman yang menebal.Setiap kumpulan etnik mempunyai pandangan stereotaipnya terhadap kumpulan etnik yang lain.

Sebagai contoh, orang barat mempunyai pandangan stereotaip terhadap kumpulan-kumpulan etnik di Malaysia.Konsep Diskriminasi

- Diskriminasiditakrif sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap anggota atau kelompok etnik lain yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif.

-Diskriminasi ialah perbuatan membandingkan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata atau manifestasi prasangka yang wujud dalam kalangan sesuatu kumpulan etnik. Diskriminasi berlaku dalam banyak bentuk. Diskriminasi dalam bentuk yang mudah dapat dilihat apabila individu sesuatu kumpulan etnik cuba mengelakkan diri daripada individu atau etnik yang diprasangkakan.

Diskriminasi mencapai tahap tertinggi apabila melibatkan pembuangan kerja, serangan fizikal secara terbuka atau percubaan penghapusan sesebuah kumpulan etnik ( ethnic cleansing).Sekian, Terima Kasih