Kuliah 1 - Pengertian & Sejarah Ptv
-
Author
ratukelipkelip -
Category
Documents
-
view
193 -
download
4
Embed Size (px)
Transcript of Kuliah 1 - Pengertian & Sejarah Ptv
PENGANTAR PENDIDIKAN TEKNIK & VOKASIONAL (SHP 1293)
Pengertian Istilah Vokasional Secara Umum: Berkaitan dengan agama, iaitu satu seruan Tuhan untuk menjalankan tugas menyeru orang lain mengerjakan perkara-perkara baik dan membuat kebajikan.
Pengertian vokasional Secara ilmiah:Pendidikan yang berkaitan perkara-perkara berikut: 1. Kerja: aktiviti yg dilakukan sama ada diberi upah atau tidak. Kadangkala sebagai deraan atau hukuman demi utk dapatkan sesuatu sumber keperluan seperti makanan, pakaian & tempat tinggal ataupun wang untuk ditukarkan dgn keperluan asas. Kerja boleh dibahagikan kpd kategori mengikut kemahiran atau kelulusan spt pembuat dasar, perantara dan buruh. Kerja juga dikaitkan dengan menguruskan hal-hal kebajikan 2. Tugas: berkait dgn tanggungjawab terhadap hasil kerja 3. Pekerjaan: membuat sesuatu bagi memenuhi tuntutan majikan utk mendapatkan ganjaran 4. Kerjaya: pekrjaan yg dilakukan bersungguh2/ menjiwai/terbawa2 dalam rutin hidup seharian. Kerja dlm j/masa panjang dengan sesuatu institusi yg memerlukan pekerja berkenaan menjalankan kerja-kerja berkenaan 5. Profesion: tatacara kerja yg unggul bagi seseorang penjawat. Jangkaan yang tinggi terhadap kewibawaan penjawat berkenaan.
Jika kerja & alam pekerjaan dikaitkan dengan PTV, adakah wajar PTV ditukar kepada Pendidikan Pekerjaan bagi memudahkan kefahaman orang ramai khususnya di kalangan ibubapa. PTV tidak perlu ditukar nama kepada Pendidikan Pekerjaan atau nama2 lain kerana orang ramai, khususnya ibubapa tidak perlu difahamkan tentang maksud PTV sebaliknya mereka perlu difahamkan tentang matlamat, objektif PTV & keperluannya kpd ind & masy seterusnya pembangunan sesuatu komuniti & negara. Institusi pendidikan & media massa perlu proaktif dlm menyalurkan maklumat tentang matlamat, objektif dan hal2 yg berkaitan dgn pelaksanaan program PTV spy mereka dpt mengambil bahagian sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.
Matlamat, Objektif, Rasional dan Kefahaman Mengenai PTV Matlamat PTV: - Menyediakan individu dgn pekerjaan yg sesuai dgn bakat semulajadi Objektif: i) memenuhi keperluan masy terhadap pekerjaan ii) meningkatkan pilihan kerjaya kepada pelajar iii) memberi motivasi utk tingkatkan semua jenis proses pembelajaran Rasional: Sekolah Akademik hanya sediakan 20% keperluan kerjaya yg berorientasikan teori, 80% lagi berorientasikan latihan (hands-on) tidak diberi perhatian wajar. Apabila ibubapa faham tentang matlamat, objektif & rasional PV dgn sendirinya mereka dapat menerima hakikat bhw tidak semua anak2 boleh cemerlang dlm bidang akademik. Mereka ini perlu ceburkan diri dlm bidang Vokasional krn potensi mereka berada di situ. Sesungguhnya negara memerlukan pekerja drp rakyat yg berjaya menyerlahkan potensi di pelbagai bidang bukan dlm satu bidang tertentu shj. Seperti akademik/vokasional semata2. Pembangunan potensi rakyat yang seimbang akan membangunkan negara secara seimbang juga dan semua kategori rakyat akan dapat manfaat drpdnya.
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL DI MALAYSIA.
FASA SEBELUM MERDEKA
Sistem Pondok dan Pendidikan Vernakular - dasar pecah dan perintah merupakan bentuk sistem pendidikan pada masa ini - tiada penyatuan antara penduduk bandar dgn luar bandar lebih-lebih lagi antara kaum - sistem ini terus berkembang tanpa ambil kira soal kepeluan kpd pembangunan tanah air, pembentukan identiti kebangsaan, perpaduan rakyat dan kemanusiaan - mengekalkan tumpuan taat kepada negara masing-masing.
Sistem Pondok dan Pendidikan Vernakular Menurut Buku Maklumat Perangkaan (1987) penduduk Malaysia (dahulu Malaya) berjumlah 16.8 juta. Penduduk Malaya betulbetul menjadi multietnik sejak seratus lima puluh tahun yang lalu. Di bawah pentadbiran Inggeris, ketiga-tiga kaum etnik ini tinggal terpisah dari segi geografi, ekonomi dan sosialnya.
Fasa sebelum Merdeka 1906 Laporan Kynnerseley Kelas Perdagangan dimulakan di St. Xaviers Institution. Sekolah Teknik Treacher, sekolah teknik pertama dibuka di Kuala Lumpur oleh Jabatan Kerja Awam (JKA) untuk melatih juruteknik di JKA dan Keretapi Tanah Melayu.
1906 -
Fasa sebelum Merdeka 1914 Sekolah ini ditutup semasa Perang Dunia Pertama. Laporan Winstedt (R.O. Winstedt sebagai pen. pengarah pendidikan melayu) mencadangkan pendidikan vokasional dimasukkan dalam pendidikan vernakular Melayu dengan menawarkan prinsip pertanian dan perladangan agar petani lebih maju.
1917 -
Fasa sebelum Merdeka 1918 Selepas perang, kerajaan Inggeris membuka semula dengan nama baru Sekolah Latihan Teknikal di bawah Jabatan Kejuruteraan Keretapi. Laporan Lemon dikemukakan tetapi syornya tidak berhasil. Susulan daripada Laporan Winstedt terbina Maktab Perguruan Tanjong Malim untuk melatih guru Melayu. Penekanan dalam latihan perkebunan. JKA mengambil alih pentadbiran sekolah teknik.
1919 1922 -
1925 -
Fasa sebelum Merdeka 1926 Tertubuhnya FMS (Federated Malay States) Trade School (Sekolah Tukang) dan diikuti dengan Junior Technical Trade School (JTTS). Kursus-kursus ditawarkan kepada lepasan sekolah rendah (darjah 6) yang menjuruskan kepada kemahiran- kemahiran pekerjaan. Laporan Elles mencadangkan sebuah sekolah pertanian dibina di sekitar Kuala Lumpur. Hasilnya terbina sekolah pertanian pada tahun 1931 bagi melatih juruteknik pertanian rendah.
-
1927 -
-
Sejarah Pendidikan Teknik &Vokasional KPM
1926 FMS Trade Schools
1946 Junior Technical Trade Schools (JTTS)
FMS Trade Schools Kursus 3 Tahun Selepas primary Mekanik Juruelektrik Tukang Kayu Tukang Batu (Mason) Pembuat Perabot Tukang Jahit
Selepas perang, FMS Trade Sch Dinamakan JTTS Kursus 3 Tahun Selepas primary Darjah Lima Sek. Melayu Darjah Tujuh Sek. Inggeris Amalan Bengkel Mesin Pemasangan Elektrik Kejuruteraan Motor Ketukangan Kayu Menerap Bata Membuat Perabot
Fasa sebelum Merdeka 1931 1935 Jabatan Pelajaran mengambil alih sekolah teknik. Sekolah teknik ini dijadikan Institut Persekutuan di bawah pentadbiran negeri Selangor. Laporan Chesseman yang lebih komprehensif dengan mengambil kira Laporan Winstedt (1917) dan Laporan Elles (1927) mengesyorkan lebih banyak sekolah vokasional dibina. Selepas Perang Dunia Kedua 1945-1949 dilancarkan sepenuhnya.
1938 -
-
Laporan Cheeseman Laporan ini disediakan oleh Mr H.R Cheeseman, Timbalan Pengarah Pendidikan pada tahun 1938. Tujuan : Membuat satu laporan tentang kurikulum sekolah Inggeris dan vernakular Tahun : 1938
Cadangan : 1. Menambahkan sekolah tukang dan memperbaiki kurikulum bagi sekolahsekolah tersebut supaya mereka akan dijadikan Sekolah Teknik Rendah. 2. Kurikulum Bahasa Inggeris hendaklah memasukkan mata pelajaran amali spt pertukangan bagi lelaki dan sains rumah tangga bagi perempuan. 3. Masukkan mata pelajaran Sains. Bahasa Inggeris mp wajib di semua sekolah vernakular. 4. Sekolah perdagangan di pusat bandar besar yang lulus Peperiksaan School Certificate. 5. Lantik pengelola sekolah vokasional. 6. Pendidikan asas dalam semua bahasa pengantar, diberi secara percuma.
Fasa sebelum Merdeka 1942 Sekolah ini dinaik taraf ke Kolej Teknik. Kolej Teknik dan Sekolah Tukang bekerjasama melatih pelajar. Persekutuan Tanah Melayu ditubuh. Timbul kesedaran mengkaji semula dasar pendidikan. Laporan L.J Barnes ditugaskan mengkaji semula masalah pendidikan orang Melayu. Laporan ini menekankan pelajaran sains dan ketukangan untuk pelajar lelaki serta ekonomi rumahtangga untuk perempuan.
1948 1951 -
Laporan Barnes Laporan ini disediakan oleh jawatankuasa mengenai pendidikan Melayu Pengerusi : L.J.Barnes (Pengarah Bhgn Latihan Sosial University Oxford) Tujuan : Menyelidik dan memperbaiki pendidikan bagi orang Melayu Tahun : 1951 Cadangan : Melibatkan rombakan sistem pendidikan - menubuhkan sek-sek dwibahasa dgn BI dan BM sbg bhs penghantar - sek-sek vernakular : Melayu, Cina dan Tamil ditukar secara beransur-ansur kpd sek keb. - Mengkaji dan memperbaiki pendidikan bagi org Melyu - Memperluaskan peluang pendidikan bagi anak melayu.
Laporan Fenn-Wu (1951) Laporan ini disediakan oleh jawatankuasa mengenai pendidikan Cina Pengerusi : Dr Fenn & Dr Wu Setiausaha Kerja Bersekutu kpd Lembaga Amanah bagi beberapa buah universiti di China.
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU Tujuan : Tahun : Cadangan : Kesannya :
Melayani kehendak masy Cina yg menganggap laporan Barnes sbg percubaan menghapuskan bahasa dan budaya org-org Cina 1951 Memperakukan pengekalan dan pembaikan sekolahsekolah Cina. Kerajaan menubuhkan JK Penasihat Pusat mengenai pendidikan dgn tujuan utk mengkaji cdgan kedua-dua laporan dan mencari satu kompromi daripada kedua-dua pendapat.
Cadangan : Dikenali Ordinan Pelajaran 1952 dan antara ciri-ciri penting ; memajukan sist sek keb dgn pengenalan unsur dwibahasa kpd seksek vernakular mengadakan 3 bhsa kpd sek vernakular melalui bhs keb mengekalkan sek aliran jenis kebangsaan (inggeris) yg sedia ada. mengembangkan sek-sek vokasional
Fasa sebelum Merdeka
1956 -
Laporan J/K Pelajaran (Laporan Razak) mencadangkan sekolah ini dibahagikan kepada 3 peringkat: (i) Maktab Teknik kursus teknikal peringkat diploma kepada lepasan sekolah menengah. Sekolah Teknik sekolah tukang dinaik taraf ke Sekolah Teknik untuk lepasan sekolah menengah rendah mengikut kursus 3 tahun untuk menjadi juruteknik. Sekolah tukang sekolah untuk lepasan sekolah rendah bagi kursus 2 tahun dalam bidang kemahiran. Ditadbirkan oleh pihak berkuasa tempatan.
(ii)
(iii)
Sejarah Pendidikan Teknik &Vokasional KPM Sejarah Pendidikan Vokasional KPM1956 JTTS 1926 FMS Trade Schools Sekolah Lanjutan Kampong Kursus 3 Tahun Selepas Primary Belia Melayu di Kampong Kerja Logam Tukang Kayu Penerap Bata Tanaman Sayuran Penternakan Ayam Penternakan Haiwan Menoreh Getah 1946 Junior Technical Trade Schools (JTTS) Laporan Razak 1956 SLK STS
TI Secondary Trade Schools Kursus 3 Tahun Selepas Menengah Rendah Selepas SLK Kursus yang sama seperti JTTS
Technical Institutes Kursus 2-3 Tahun Selepas LCE Lebih Akademik O-Level Cambridge
Sejarah Pendidikan Teknik Vokasional KPM Sejarah Pendidikan &Vokasional KPM1956 JTTS 1926 FMS Trade Schools Laporan Mahathir 1979 1946 Junior Technical Trade Schools (JTTS) Laporan Razak 1956 SLK 1967 - SMV Laporan Rahman Talib 1960 1969 - SMT Sek. Men. Teknik 1987 Kursus 2 Tahun Selepas LCE/SRP Lebih Akademik Kejuruteraan Pertanian Perdagangan SPM
1987 - SMV
STS
Sek. Men. Vokasional 1987 Kursus 2 Tahun Selepas LCE/SRP Integrasi Akademik-Vokasional Ketukangan Elektrikal Ketukangan Bangunan Ketukangan Mekanikal Sains Rumah Tangga Pertanian Perdagangan Pensijilan SPMV
TI
Fasa selepas Merdeka
Laporan Razak Sebagai memenuhi janji pilihanraya spy mengkaji semula dasar pendidikan. JK Khas dibentuk pada tahun 1956 Pengerusi : Dato Abdul Razak Hussein (Menteri Pendidikan)
Tujuan : 1. Menyemak dasar pendidikan Persekutuan Tanah Melayu dan bina satu sistem pendidikan kebangsaan. 2. kaji semula struktur pendidikan negara Cadangan : 1. Mengadakan sukatan pelajaran dan jadual waktu yang sama bagi semua jenis sekolah. 2. tubuh satu jenis sekolah menengah kebangsaan 3. tukar sekolah rendah kepada sek kebangsaan dan jenis kebangsaan 4. menyusun semula pendidikan teknikal Bermesyuarat 8 kali, dan diterima oleh Parlimen pada 16 Mei 1956
Laporan Abdul Rahman Talib Mengkaji pelaksanaan dasar pendidikan kebangsaan pada Februari 1960 Pengerusi : Encik Abdul Rahman Talib (Menteri Pendidikan) Tujuan : 1. Mengkaji dasar pendidikan yg telah diterima pada 15 Mei 1956 2. kaji pelaksanaannya pada masa kini dan akan datang. 3. implikasi kewangan tentang dasar ini, termasuk pendidikan rendah percuma. Laporan ini diterima oleh Parlimen dan menjadi Akta Pendidikan 1961. Antara perakuan utama : pendidikan rendah percuma kenaikan darjah secara terus hingga tingakatan 3 peperiksaan darjah 5 memajukan pendidikan teknik dan vokasional
Fasa selepas Merdeka
1960 -
Laporan Rahman Talib (Laporan J/K Mengkaji Semula Pelajaran) ini menaik taraf kepada sekolah-sekolah lanjutan kampung dan sekolah tukang kepada sekolah menengah teknik dan vokasional. Antara syornya adalah: (i) Kuasa pihak berkuasa tempatan dimansuhkan. (ii) Melipat gandakan pembinaan sekolah lanjutan kampung. (iii) Membina sekolah menengah ketukangan bagi menampung lepasan sekolah lanjutan kampung. (iv) Membina sekolah menengah teknik di kawasan Bandar seperti K.Lumpur, Ipoh dan Penang. Kebanyakkan sekolah lanjutan kampung dan sekolah tukang ditutup oleh kerana kurang mendapat sambutan memandangkan lepasan sekolah-sekolah sukar mendapat pekerjaan. J/K Penasihat ditubuhkan terdiri daripada pakar-pakar dari sektor awam dan swasta.
1964 -
-
Fasa selepas Merdeka 1965 Tercetusnya Sistem Anika Jurusan (Pendidikan Komprehensif) yang mana sekolah lanjutan kampung dan sekolah kampung diserapkan dan empat elektif mula ditawarkan (SPU, SRT, PK dan SPN) kepada murid sekolah menengah rendah dalam SRP. Sijil SPVM dikeluarkan untuk lepasan kumpulan pertama. Terdapat 18 buah sekolah vokasional pada masa itu (ketukangan, pertanian dan ekonomi rumah tangga).
1969 -
Laporan Kabinet Setelah satu dekad sejak 1960 satu jk dipengerusikan Dr Mahathir Mohamed (Menteri Pendidikan) Tujuan : mengkaji semua matlamat dan kesannya sistem pendidikan sekarang, termasuk kurikulum, dalam rangka dasar pelajaran kebangsaan yang wujud, dgn tujuan utk memastikan bhw keperluan tenaga rakyat dapat dipenuhi sama ada dari jangka pendek mahupun jangka panjang dan memastikan sistem pelajaran itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersepadu, bersidiplin dan terlatih Antara cadangan penting ialah pendidikan rendah, pendidikan menengah, latihan perguruan, politeknik, perkhidmatan bimbingan dan kerjaya, pendidikan khas dan pendidikan moral dan etika
Fasa selepas Merdeka 1979 Laporan J/K Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (Laporan Kabinet) mencadangkan agar murid di sekolah menengah perlu diberi pendidikan umum dan sistem anika jurusan yang memberi pengkhususan perlu dimansuhkan. Laporan itu mencadangkan agar lebih banyak SMV dibina dan kurikulum pendidikan dikaji semula. Bermulanya Reformasi Pendidikan yang mencetuskan KBSR dan KBSM.
-
1980 1981 -
1982 -
KBSR diuji rintis di 302 sekolah rendah.
Fasa selepas Merdeka 1983 - KBSR dilancar mulai Tahun 1 sekolah rendah di semua sekolah secara berperingkatperingkat. Kemahiran Manipulatif juga ditawarkan di 70 buah sekolah secara percubaan. 1988 1989 Pelaksanaan KBSR dilaksanakan sepenuhnya. Pelaksanaan KBSM bermula dan Kemahiran Hidup Program Peralihan (KHPP) ditawarkan mengikut Pilihan A, B, C dan D. Pada tahun yang sama M/P Kemahiran Manipulatif ditawarkan kepada 100 buah lagi. Sijil SPM (V) ditukar kepada SPVM.
-
Fasa selepas Merdeka 1991 Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) ditawarkan bagi menggantikan KHPP. Pada tahun yang sama Kemahiran Manipulatif diperluaskan ke 1000 sekolah. Kemahiran Manipulatif diperluaskan ke 3000 sekolah rendah. Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) dilaksanakan mulai tahun 4 bagi menggantikan Kemahiran Manipulatif secara berperingkat. SMV dinaiktaraf ke SMT dengan 3 aliran teknikal, vokasional dan kemahiran.
1992 -
1993 -
1996 -
Sejarah Sejarah Pendidikan&Vokasional KPM Pendidikan Teknik Vokasional KPM1956 JTTS 1926 FMS Trade Schools Laporan Mahathir 1979 1946 Junior Technical Trade Schools (JTTS) Laporan Razak 1956 SLK 1967 - SMV Laporan Rahman Talib 1960 1967 - SMT STS
1987 - SMV
Memo Kabinet 1995 - PTPPTMT Memo Kabinet 1998 - PLKDPV
TI
STS Secondary Trade Schools TI Technical Institute SLK Sekolah Lanjutan Kampong SMV Sekolah Menengah Vokasional SMT Sekolah Menengah Teknik PTPPTMT Pelan Tindakan Peningkatan Pengeluaran Tenaga Kerja Teknikal PLKPV Program Latihan Kemahiran dan Pendidikan Vokasional PPPTV Program Perluasan Pendidikan Teknik dan Vokasional
1996 - SMT
Memo Kabinet 1999- PPPTV
2000- SMT
MPV 2002
Fasa selepas Merdeka 2002 Pelaksanaan 8 daripada 22 mata pelajaran vokasional (MPV) di sekolah menengah harian secara berperingkat. KHB dan KHSR dilaksanakan dengan kurikulum semak semula. Pelaksanaan mata pelajaran aliran vokasional (MPAV) bermula dengan 12 daripada 37 mata pelajaran sehingga pelaksanaan penuh pada tahun 2008 di SMT. MPAV bercirikan Techprep (gabungan akademik teras dan elektif vokasional).
2003 -
2006 -
Semasa Akta Pendidikan 1996 Dikenali jiga sebagai Rang Undang-undang Pendidikan Penambahbaikan 1. Kurikulum untuk tadika wajib oleh semua tadika 2. Pendidikan rendah antara 5 7 tahun 3. Pendidikan Khas 4. Maktab Perguruan mengadakan kursus Ijazah, Diploma/Sijil
Sekolah Bestari Sebagai memenuhi tuntutan di masa akan datang dalam melahirkan pekerja ilmu yang bermaklumat, mahir, berketrampilan dan mempunyai etika yang positif. Pelaksanaan P & P kurikulum menggunakan kemudahan teknologi yang terkini mampu untuk memperkembangkan potensi pelajar dalam pelbagai aspek melibatkan intelek, rohani, emosi dan jasmani.
SEKOLAH WAWASAN Diwujudkan bagi mengeratkan perpaduan kaun di negara ini. Berkonsepkan 3 aliran iaitu SK, SJKC dan SJKT yang ditempatkan dalam satu kompleks. Setiap sekolah menggunakan bahasa penghantar masing-masing. Para pelajar digalakkan berkongsi kemudahan spt kantin, lapangan perhimpunan, gelanggang permainan dan padang sekolah.
Aliran Pendidikan Vokasional di SMT (semasa) semasa)StrukturAkademik Vokasional 55% 45%
KandunganMata Pelajaran waktu Akademik Teras 1. B. Melayu 6 2. B. Inggeris 5 3. Matematik 5 4. P. Islam/Moral 4/3 5. Sejarah 3 6. Sains 5 Elektif Wajib 7. PJ K 2 Elektif Teras Vokasional 8. Teknologi Vok. 4 9. Bengkel Vok 13 10. Lukusan Geo & Vok 4
Binaan Bangunan Teknologi Binaan Bangunan Kerja Kayu & Bata Lukisan Geometri & Binaan Bangunan Elektrik Teknologi Elektrik Pemasangan & Kawalan Elektrik Lukisan Geometri & Elektrik Elektronik Teknologi Elektronik Menservis Radio & Televisyen Lukisan Geometri & Elektronik Amalan Bengkel Mesin Teknologi Bengkel Mesin Kerja Menggegas dan Memesin Lukisan Geometri & Mesin Kimpalan & Fabrikasi Logam Teknologi Kimpalan & Fabrikasi Logam Kerja Kimpalan Lukisan Geometri & Fabrikasi Logam Automotif Teknologi Automotif Menservis & Membaiki Kenderaan Lukisan Geometri & Automotif Penyejukan & Penyamanan Udara Teknologi Penyejukan & Penyamanan Udara Kerja Penyejukan & Penyamanan Udara Lukisan Geometri & Penyamanan Udara Pengurusan Perniagaan Prinsip Perakaun Asas Pemprosesan Maklumat Perdagangan
Katering Teknologi Katering Penyediaan & Perkhidmatan Makan Perdagangan Rekaan Fesyen & Membuat Pakaian Teknologi Rekaan Fesyen & MembuatPakaian
Mereka Fesyen & Membuat Pakaian Perdagangan Seni Kecantikan Teknologi Seni Kecantikan Persolekan & Mendandan Rambut Perdagangan Asuhan Kanak-Kanak Asuhan Kanak-Kanak Mengasuh & Membimbing Kanak-Kanak Perdagangan Bakeri & Konfeksioneri Teknologi Bakeri & Konfeksioneri Roti & Patisserie Perdagangan Hortikultur Hiasan & Lanskap Pengeluaran Tanaman Hortikultur Hiasan & Lanskap Pengeluaran Ternakan Kejenteraan Ladang Pengeluaran Tanaman Kejenteraan Ladang Pengeluaran Ternakan Pengurusan Ladang Pengeluaran Tanaman Pengurusan Ladang Pengeluaran Ternakan
PENUTUP/KESIMPULAN .Pendidikan vokasional berhadapan dengan beberapa cabaran untuk menyahut seruan kerajaan menjelang tahun 2020. Sikap masyarakat sendiri perlu diubah agar rakyat memberi pandangan yang lebih positif terhadap pendidikan teknik dan vokasional. Walaupun perubahan dari segi sikap dan nilai sesebuah masyarakat itu akan memakan masa yang lama, namun usaha-usaha perlulah dijalankan mulai dari sekarang. Generasi muda perlulah dipupuk dengan sikap dan norma kehidupan yang baik agar mereka mampu menjadi pekerja-pekerja yang berkemahiran tinggi.