Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri

download Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri

of 63

description

pertanian

Transcript of Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri

  • "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

  • PENGENALAN KEPADA NURSERI Definisi Nurseri :- Tempat anak benih pokok dihasilkan dan ditempatkan sebelum ditanam di tempat yang kekal atau dipasarkan.- Penjagaan yang rapi dan pemilihan pokok dapat dilakukan dengan mudah di nurseri.

  • JENIS NURSERI i. Nurseri Runcit - Merupakan tempat menghasilkan dan memasarkan tanaman hiasan. Biasanya nurseri runcit dilakukan secara kecil-kecilan. - Di samping itu, bahan lain seperti pasu, baja dan racun kadang kala anak pokok buah-buahan turut dijual.

  • JENIS NURSERI ii. Nurseri Borong- Nurseri jenis ini memerlukan kawasan yang luas bagi mengeluarkan bahan tanaman hiasan dalam kuantiti yang besar. - Terdapat juga nurseri borong yang memberi subkontrak kepada beberapa buah nurseri kecil untuk menampung pengeluaran bahan tanaman hiasan. - Nurseri ini biasanya memasarkan tanaman hiasan secara besar-besaran atau pukal kepada nurseri runcit dan kepada kontraktor landskap.

  • JENIS NURSERI iii. Nurseri Landskap - Kebanyakan nurseri ini tidak mengeluarkan tanaman hiasan sendiri tetapi mendapat bekalan daripada nurseri borong atau nurseri runcit. - Nurseri ini lebih memberikan perkhidmatan kepada pelanggan seperti menyediakan pelan landskap, menjalankan kerja pelandskapan termasuk pembinaan kolam, air pancut, air terjun dan kerja penyenggaraan kawasan.

  • CONTOH TUMBUHAN HIASANAdiantumBegonia (Pokok resam batu)Bougainvillea (Bunga kertas)Cadiaeum (Pokok Puding)Caladium (Pokok keladi)Coleus (Pokok ati-ati)Sansevieria (Pokok lidah jin)

  • Ixora (Bunga siantan, Jenjarum)

  • CONTOH TUMBUHAN HIASANHelianthus (Bunga Matahari)Celosia (Bunga Balung ayamGomphrena (Bunga Butang)Impatiens (Bunga keembung)Tagetes Zinnia

  • Hibiscus (Bunga Raya)

  • STRUKTUR DALAM NURSERIRumah tumbuhan Pejabat dan tempat jualan Setor

    Tempat penyediaan medium dan pemasuan (Potting Shed)

    Tempat pembiakan

    Tempat Pengerasan

  • STRUKTUR DALAM NURSERIRumah tumbuhan - Rumah tumbuhan ialah tempat untuk menyimpan tumbuh-tumbuhan yang tidak tahan dengan pancaran cahaya matahari terik. - Rumah tumbuhan boleh dibina daripada kayu atau keluli.

    -Ia adalah struktur untuk menyimpan pokok yang memerlukan teduhan 25% - 75% mengikut keperluan jenis tumbuhan dan spesies pokok hiasan.

  • STRUKTUR DALAM NURSERI2. Pejabat dan tempat jualan - Pejabat dan tempat juaian ialah tempat pentadbiran serta tempat kawalan aktiviti dalam dan luar kawasan nurseri.

    - Kelengkapan asas seperti perabot adalah perlu untuk mengendalikan urus niaga.

    - Di samping itu tempat jualan juga disediakan untuk urusan jual beli.

  • STRUKTUR DALAM NURSERI3. Setor - Setor ialah tempat menyimpan peralatan dan bahan kimia pertanian. - Biasanya setor bahan kimia diasingkan dengan setor peralatan. - Setor bahan kimia seperti racun dan baja dibina jauh dari kawasan orang ramai atau pelanggan kerana ianya berbahaya. - Setor peralatan atau kelengkapan dibina untuk menyimpan peralatan seperti cangkul, sabit, beg politena, tajak, kereta sorong dan pasu. - Peralatan dalam setor perlu disusun rapi untuk mengelakkan kemalangan dan memudahkan mendapat alatan dan bahan.- Peralatan yang telah digunakan perlu dibersihkan sebelum disimpan.

  • STRUKTUR DALAM NURSERITempat penyediaan medium dan pemasuan (Potting Shed)- Tempat penyediaan medium dan pemasuan ialah ruang berbumbung bagi menempatkan bahan medium seperti tanah, pasir dan bahan organik. - Bahan tersebut diletakkan dalam sekatan atau blok khas yang dibuat daripada konkrit atau kayu. - Ruang ini juga digunakan untuk menyediakan medium, mengisi bekas semaian atau pasu. - Ruang ini memerlukan lantai konkrit atau lantai berturap untuk memudahkan kerja pembersihan.

  • STRUKTUR DALAM NURSERI5. Tempat pembiakan - Tempat pembiakan ialah ruang yang digunakan untuk menjalankan proses pembiakan dan tempat sementara bagi bahan yang telah disemai sebelum diubah ke tempat pengerasan. - Tanaman hiasan dalaman juga ditempatkan di sini. - Tempat ini berbumbungkan jaring hitam atau hijau yang boleh memberikan sehingga 80% naungan. - Penggunaan sistem siraman jenis renjisan kabus sangat sesuai di kawasan ini.

  • STRUKTUR DALAM NURSERI (samb...)6. Tempat Pengerasan - Tempat pengerasan ialah ruang terbuka supaya mudah untuk mendapat cahaya matahari sepenuhnya. - Lantai tempat pengerasan diperbuat daripada konkrit, berturap atau batu kelikir bagi memudahkan kerja penyenggaraan. - Ruang ini menempatkan tanaman hiasan untuk proses pengerasan bagi menyesuaikan tanaman hiasan dengan keadaan persekitaran yang baru.

  • Faktor penting dalam pembinaan rumah tumbuhan OrientasiPeratus dan bahan teduh Bahan binaan Sistem penyiramanSusunan tumbuhan

  • Faktor penting dalam pembinaan rumah tumbuhanOrientasi - Rumah tumbuhan yang baik dibina pada kedudukan utara selatan. - Kedudukan ini bagi membolehkan cahaya matahari sampai kepada tumbuh-tumbuhan dengan sekata.

  • Faktor penting dalam pembinaan rumah tumbuhan2. Peratus dan bahan teduhan - Peratus teduhan berbeza mengikut tumbuhan. - Tumbuhan yang memerlukan lebih cahaya menggunakan peratus teduhan yang kurang. - Tumbuhan yang memerlukan kurang cahaya gunakan peratus teduhan yang tinggi. - Jaring hitam atau hijau boleh digunakan sebagai bahan teduhan. - Selain itu pokok besar yang rendang, tumbuh tegak dan daun tidak gugur juga boleh digunakan sebagai teduhan.

  • Faktor penting dalam pembinaan rumah tumbuhan Bahan binaan - Bahan binaan yang digunakan hendaklah dari jenis yang tahan lama. - Bahan binaan hendaklah dicat supaya tahan lama dan kelihatan menarik.

  • Faktor penting dalam pembinaan rumah tumbuhan4. Sistem penyiraman - Bagi kawasan yang kecil, biasanya penyiraman dilakukan secara manual iaitu dengan menggunakan tong penyiraman atau hos getah yang disambung kepada paip air. - Bagi kawasan yang besar, sistem penyiraman seperti sistem renjisan dan sistem pengairan titis samada secara manual atau automatik lebih sesuai digunakan. - Sistem ini memudahkan penyiraman dan berkesan.

  • Faktor penting dalam pembinaan rumah tumbuhan5. Susunan tumbuhan - Susunan tumbuhan bergantung kepada saiz dan bentuk rumah tumbuhan. - Tanaman boleh disusun secara bertingkat atau di dalam barisan untuk memudahkan penyenggaraan dan pergerakan.

  • Tujuan susunan tumbuhan yang baik: i.Memudahkan pengiraan stok atau sistem rekodii.Mengasingkan tanaman mengikut jenis, saiz dan hargaiii.Memudahkan kerja penyenggaraan seperti merumput dan membajaiv.Memudahkan pergerakan kerana lorong telah diatur dengan baikv.Menggunakan kawasan yang ada dengan bilangan pokok yang maksimum.

  • PENUBUHAN NURSERIPendahuluanNurseri semaian bunga-bungaan adalah suatu tempat di mana benih tanaman landskap dan hiasan dibiakkan dan dibesarkan sebelum ia dijadikan sebagai tanaman landskap.

  • PEMBINAAN NURSERIPemilihan tapakPemilihan tapak nurseri bagi mendirikan nurseri adalah salah satu faktor yang penting dalam menentukan kejayaan perusahaan nurseri tersebut. Terdapat dua faktor yang perlu diberi perhatian dalam pemilihan tapak:Faktor ekonomi Faktor fizikal

  • PEMBINAAN NURSERIa. Faktor ekonomii. Penentuan harga pasaran pokok hiasan bergantung kepada kos input. Sekiranya kos kemudahan asas dan kos tanah tinggi, faktor ini akan meningkatkan harga pokok dan ini akan mengurangkan keuntungan.ii. Lokasi tapakLokasi sesebuah nurseri hendaklah berdekatan dengan kawasan pasaran seperti pusat bandar dan kawasan perumahan. Ini akan memudahkan serta mempercepatkan penghantaran pokok.iii. Kemudahan asasPenjimatan kos boleh dibuat sekiranya kemudahan asas seperti jalan raya, elektrik dan telefon telah pun sedia ada di tempat semaian. Kedapatan sumber air yang mudah dan murah daripada sungai, kolam atau pun telaga akan menjimatkan kos berbanding dengan penggunaan air paip.

  • PEMBINAAN NURSERIb. Faktor fizikali. Keadaan muka bumi- Keadaan tanah yang datar dan tidak ditakungi air adalah paling sesuai untuk dijadikan tapak nurseri kerana keadaan ini:Memudahkan pergerakan kerja harianMempunyai pengairan dan saliran yang baik Memudahkan infrastruktur didirikan.Tidak mudah ditenggelami airii. Terlindung daripada pukulan angin kencangKawasan yang sering dilanda angin kencang boleh merosakkan struktur serta pokok dalam nurseri.iii. Jauh daripada pencemaranNurseri hendaklah terletak jauh daripada sumber pencemaran seperti asap pencemar terutama daripada kilang dan juga kenderaan.

  • SUSUN ATUR STRUKTUR NURSERIStruktur penting tapak nurseriAntara struktur asas yang akan memudahkan pengendalian dan pengurusan semaian ialah:i. Pejabat atau tempat jualanPejabat ini penting untuk mengendalikan urusan perniagaan serta penyenggaraan nurseri. la juga perlu mempunyai tempat jualan iaitu bagi urusan jual beli. Bangunan ini perlu berada di satu lokasi yang strategik kerana ia merupakan tempat kawalan untuk kesemua aktiviti nurseri.ii. SetorSetor adalah satu bangunan khas untuk menyimpan bahan kimia seperti baja dan racun dan juga alat kelengkapan perkebunan.

  • SUSUN ATUR STRUKTUR NURSERIStruktur penting tapak nurseri (samb)

    iii. Tempat penyediaan medium dan pemasuanla merupakan sebuah struktur berbumbung untuk menyimpan dan menyediakan medium pemasuan. Tempat ini perlu mempunyai ruang bagi menyimpan bahan medium tanaman seperti pasir, tanah, pasu dan sebagainya.iv. Rumah pembiakanRumah ini perlu ditutupi dengan jaring hitam yang dapat memberikan 80% lindungan daripada cahaya matahari. Tempat ini juga perlu dilengkapi dengan sistem renjisan kabus ('mist'). Kotak atau petak semaian yang diperbuat daripada kayu atau simen perlu juga diadakan di dalam rumah pembiakan.

  • SUSUN ATUR STRUKTUR NURSERIStruktur penting tapak nurseri (samb)v. Rumah tumbuhanRumah ini adalah satu struktur untuk menyimpan pokok yang memerlukan teduhan 25% - 75% di mana lindungan adalah mengikut keperluan jenis tumbuhan atau spesis pokok hiasan.vi. Kawasan pengerasanTempat ini adalah untuk memantapkan pokok yang baru ditanam di dalam pasu atau beg politena supaya menjadi keras dan tahan kepada keadaan di ladang atau di tapak landskap. la juga adalah kawasan untuk menempatkan pokok hiasan yang gemar cahaya matahari. Lantai kawasan pengerasan biasanya diturap dengan simen, ditabur batu kelikir ataupun mempunyai hamparan plastik hitam yang berlubang.

  • PENYENGGARAAN NURSERI Terbahagi kepada dua:1. Penyenggaraan kawasan2. Penyenggaraan tumbuhan

  • PENYENGGARAAN NURSERI A. Penyenggaraan kawasani.Perlu diselenggara dengan baik untuk mendapatkan pokok yang bermutu tinggi.ii.Aktiviti yang biasa dilakukan: a. merumput, menggembur, membaja b. pembersihan kawasan sistem perparitan c. pembaikan struktur

  • PENYENGGARAAN NURSERI Penyenggaraan tumbuhani.Penyiraman secara manualii.Penyiraman sistem renjisan airiii.Pembajaaniv. Pemangkasanv. Pemancanganvi. Pengawalan penyakit dan perosak

  • PENYENGGARAAN NURSERIPeralatan dan perkakasan penyenggaraan i.Sudip tangan ii. Serampang tangan iii. Sekateur iv. Parang atau pisau v. Pungkis vi. Cangkul vii.Gunting dahan dan pagar viii.Penyembur ix.Baldi x. Kereta sorong

  • PENYIMPANAN REKOD NURSERIAktiviti yang dilakukan di nurseri hendaklah direkodkan. Antara rekod yang perlu disediakan dan diikuti adalah seperti berikut:a.Jadual kerja penyenggaraan tumbuhan dan nurseri.b.Bilangan pekerja dan masa bekerja.c.Senarai bahan dan peralatan yang ada dan disimpan di nurseri.d.Senarai spesis tanaman yang terdapat di nurseri.e.Rekod jualan tanaman dan projek landskap yang terlibat.f.Belanjawan iaitu sumber pendapatan dan perbelanjaan nurseri.

  • BEKAS TANAMAN DAN MEDIUM PENANAMANPENDAHULUAN:Anak pokok tumbuhan hiasan boleh ditanam terus ke tanah atau di dalam bekas tanaman. Pemilihan bekas tanaman yang sesuai amat penting dalam pertumbuhan anak pokok.

  • Pemilihan bekas tanamanCiri-ciri pemilihan bekas tanaman hendaklah:Saiz yang bersesuaian dengan jenis tanaman.Ringan dan mudah dialihkanMudah dibersihkanTahan lasak dan tidak mudah pecahMempunyai lubang saliran kecuali bekas tanaman akuatik.Kemas dan menarikMudah didapati dan harganya berpatutan

  • Pelbagai jenis bekas tanaman

  • Medium penanaman Komponen yang terdapat dalam medium penanaman:i. Tanah loam, tanah peroi atau tanah kebun berperanan menyerap air dan memegang akar tumbuhan. ii. Bahan organik seperti najis haiwan, kompos atau humus berperanan membekalkan nutrien kepada tumbuhan

    iii. Pasir sungai berperanan memberikan ruang pengudaraan dan memudahkan pengaliran air dalam tanah

  • Medium penanamanTanah loamBahan organikPasir

  • Campuran untuk medium penanaman Nisbah campuran pemasuan John Innes Potting Mixture (JIP) iaitu:i. 7 bahagian tanah loam 3 bahagian baja organik 2 bahagian pasiratau ii. 3 bahagian tanah loam 2 bahagian bahan organik 1 bahagian pasir- Ketiga-tiga bahagian ini hendaklah disukat mengikut isipadu dan digaul dengan sekata- Bagi 1 meter3 campuran, tambahkan 4.2 kg baja fosforus seperti Malameal, Gromeal atau CIRP serta 2.7 kg kapur untuk memperkayakan campuran dan meneutralkan pH campuran. mengikut isipadu

  • MENYEDIAKAN MEDIUM PENANAMANSediakan bahan medium.Tapis ketiga-tiga bahan medium secara berasingan

  • MENYEDIAKAN MEDIUM PENANAMANSukat ketiga-tiga bahan yang telah ditapis dengan menggunakan skop atau pungkis mengikut nisbah 7:3:2 atau 3:2:1Gaulkan ketiga-tiga medium sehingga sekata

  • MENYEDIAKAN MEDIUM PENANAMANSimpan medium campuran beberapa hari sebelum digunakan bagi membolehkan bahannya bertindakbalas antara satu sama lain.

  • Ciri-ciri medium penanaman yang baik i. Gembur dan memudahkan penembusan akar ke dalamnya.

    ii. Membekalkan nutrien yang seimbang kepada tumbuhan iii. Mengekalkan kelembapan kepada akar tanaman

    iv. Mempunyai saliran dan pengudaraan yang baik

  • MENANAM ANAK BENIH TUMBUHAN HIASAN DALAM BEG POLITENA DAN PASUPENDAHULUAN:Pokok tanaman hiasan kebanyakannya ditanam di dalam beg politena atau pasu terutamanya utk hiasan dalaman atau perkarangan bangunan.Anak benih tumbuhan daripada semaian diubah ke dalam beg politena dahulu sebelum dipindahkan ke dalam pasu.

  • PROSEDUR MENANAM ANAK BENIH KE DALAM BEG POLITENASediakan bahan dan peralatan seperti beg politena, anak benih, sudip tangan, medium campuran dan tong penyiram.Pilih beg politena yang sesuai dengan anak benih.Masukkan medium sehingga 1/3 ke dalam beg politena. Lipat masuk bucu bahagian bawah beg politena supaya beg tersebut stabil.

  • PROSEDUR MENANAM ANAK BENIH KE DALAM BEG POLITENASiram kotak semaian dahulu dan keluarkan anak pokok atau anak benih daripada kotak semaian dengan cermat.Masukkan anak benih ke dalam beg politena yang berisi 1/3 medium tersebut

  • PROSEDUR MENANAM ANAK BENIH KE DALAM BEG POLITENATambah medium campuran ke dalam beg politena tersebut sehingga hampir penuh. Pastikan anak benih tidak terlalu tenggelam. Padatkan pangkal anak benih.Anak benih yang telah siap ditanam ke dalam beg politena. Siram secukupnya dan letakkan di bawah teduhan.Setelah 7 14 hari anak benih boleh didedahkan kepada pancaran matahari secara beransur-ansur

  • PROSEDUR MENANAM ANAK BENIH KE DALAM PASUSediakan bahan dan peralatan seperti pasu, anak benih, sudip tangan, medium campuran dan tong penyiram.Pilih pasu yang sesuai dengan anak benih.

    Tutupkan lubang saliran dengan batu atau serpihan pasu bagi tujuan pengaliran air dan pengudaraan . Jika pasu terlalu kecil, gunakan jaring hijau untuk menutup lubang saliran pasu.

  • PROSEDUR MENANAM ANAK BENIH KE DALAM PASUMasukkan medium penanaman (7:3:2 @ 3:2:1) ke dalam pasu sehingga separuh penuh.Siram kotak semaian dahulu dan keluarkan anak pokok atau anak benih daripada kotak semnaian dengan cermat.

  • PROSEDUR MENANAM ANAK BENIH KE DALAM BEG POLITENAMasukkan anak benih dan letakkan anak benih di tengah-tengah pasu.Tambahkan medium campuran di sekeliling pokok sehingga 2 cm daripada permukaan pasu.Pastikan anak pokok tidak ditanam lebih dalam dari paras asalnya. Padatkan tanah di sekeliling anak pokok.

  • PROSEDUR MENANAM ANAK BENIH KE DALAM PASUSiram anak pokok sehingga medium cukup basahLetakkan pasu di tempat teduh selama 4 10 hari bergantung kepada jenis tanaman dan keadaan pokok.

  • PROSEDUR MEMASU ANAK BENIH DARI BEG POLITENA KE PASU Sediakan bahan dan peralatan seperti pasu yang sesuai denbgan saiz anak benih, anak benih, sudip tangan, campuran medium pemasuan, serpihan pasu dan tong penyiram.Pilih beg politena yang sesuai dengan anak benih.

    Tutupkan lubang saliran dengan batu atau serpihan pasu yang bersesuaian.

  • PROSEDUR MEMASU ANAK BENIH DARI BEG POLITENA KE PASU Masukkan campuran medium pemasuan ke dalam pasu sehingga separuh penuhPotong bahagian bawah beg politena dengan pisau

  • PROSEDUR MEMASU ANAK BENIH DARI BEG POLITENA KE PASU Letakkan anak benih di tengah-tengah pasuTambahkan campuran medium sehingga 2 cm dari permukaan pasu

  • PROSEDUR MEMASU ANAK BENIH DARI BEG POLITENA KE PASU Keluarkan beg politena dari anak benihPadatkan pangkal anak benih

  • PROSEDUR MEMASU ANAK BENIH DARI BEG POLITENA KE PASU Siram dan letakkan di bawah teduhan

  • Kelebihan menanam pokok hiasan dalam beg politena dan pasui.Pokok boleh diangkat dan diubahii.Pokok boleh diletakkan dalam bangunan atau di mana-mana.iii.Pokok yang perlu diganti (semusim) mudah diselenggaraiv.Keperluan cahaya, air dan sebagainya dapat dikawalv. Pengeluaran bunga tanaman boleh ditentukanvi.Kerja membaja dan merumpai dapat dilakukan dengan lebih selesavii.Kerja merumput tidak perlu dilakukan selaluviii.Pengawalan penyakit dan perosak boleh dilakukan dengan lebih mudah

  • Masalah menanam pokok hiasan dalam beg politena dan pasuTumbuhan yang ditanam dalam beg politena atau pasu menghadapi keadaan persekitaran yang kurang menggalakkan kerana jumlah medium tanamannya adalah terhad. Kualiti medium tanaman bergantung kepada saiz bekas tanaman dan ini mempengaruhi pertumbuhan pokok tersebut. Pemilihan jenis campuran medium perlu dibuat dengan lebih teliti supaya tumbuhan tidak mengalami tekanan yang boleh merencatkan kadar pertumbuhan dan ketahanan terhadap penyakit.

  • Masalah menanam pokok hiasan dalam beg politena dan pasuAntara masalah lain yang dihadapi ialah seperti berikut:a. Ruang yang terhad untuk akar berkembang.b. Simpanan air yang terhad dan menyebabkan tanaman kekurangan air jika tidak disiram selalu.c.Sumber nutrien adalah terhad.d.Medium di dalam pasu atau beg politena mudah kering.

  • Masalah menanam pokok hiasan dalam beg politena dan pasu (samb....)e.Tanaman di dalam bangunan menghadapi kekurangan cahaya matahari.f. Pertumbuhan pokok di dalam bilik berhawa dingin boleh terencat disebabkan perbezaan suhu sejuk dan panas.g. Kelembapan medium yang rendah juga boleh mengurangkan kadar pertumbuhan pokok manakala kelembapan yang terlalu tinggi (> 85%) akan menggalakkan jangkitan penyakit.

  • "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."