Kuliah 1 - Teori Perubahan

15
Dr. Mohd Izham Mohd Dr. Mohd Izham Mohd Hamzah ( Fakulti Hamzah ( Fakulti Pendidikan, UKM) Pendidikan, UKM) GB5023 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN SEMESTER II SESI 2008/2009 PENSYARAH: DR. MOHD IZHAM BIN MOHD HAMZAH

Transcript of Kuliah 1 - Teori Perubahan

Page 1: Kuliah 1 - Teori Perubahan

Dr. Mohd Izham Mohd Hamzah Dr. Mohd Izham Mohd Hamzah ( Fakulti Pendidikan, UKM)( Fakulti Pendidikan, UKM)

GB5023 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

SEMESTER II SESI 2008/2009

PENSYARAH: DR. MOHD IZHAM BIN MOHD HAMZAH

Page 2: Kuliah 1 - Teori Perubahan

Bidang Pendidikan telah, sedang & akan menjadi faktor paling utama untuk menyediakan manusia menghadapi cabaran masa depan.

Perubahan dalam pendidikan

Tidak dapat dielakkan

KONSEP PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

Menurut Oliver (1996) dalam buku The Management of Educational Change: A Case Study Approach, perubahan didapati lebih menggambarkan ciri-ciri pendidikan berbanding dengan kestabilan.

Perubahan yang berlaku kadang kala mewujudkan ketidakpastian.

Dalam pendidikan ketidakpastian mesti dielakkan kerana jika berlaku ia akan meruntuhkan masa depan generasi muda

Page 3: Kuliah 1 - Teori Perubahan

Mengikut Dessler (1995), terdapat 4 jenis perubahan

1. PERUBAHAN KE ARAH PENINGKATAN

Perubahan ini memberi kesan kepada komponen-komponen tertentu dalam organisasi seperti: - Berlakunya perubahan dalam struktur organisasi. - Memperkenalkan teknologi baru. - Mengadakan program pembangunan staf untuk tingkatkan komitmen & produktiviti staf.

JENIS PERUBAHAN

2. PERUBAHAN STRATEGIK ORGANISASI

Melibatkan keseluruhan organisasi seperti: - Mendefinisikan semula peranan organisasi. - Perubahan nilai teras organisasi. - Pembentukan semula misi. - Perubahan struktur & strategi organisasi. - Mendefinisi semula staf dari segi tugas, peranan, tanggungjawab & sistem ganjaran.

Page 4: Kuliah 1 - Teori Perubahan

1. PERUBAHAN REAKTIF

Perubahan ini berlaku akibat tindak balas langsung daripada pelanggan & pihak berkepentingan (stakeholders) . - Kepekaan pelanggan & stakeholders terhadap isu-isu persekitaran dan etika memerlukan organisasi melakukan perubahan. - Perubahan dari segi prosedur & cara layanan pelanggan hendaklah dilakukan.

2. PERUBAHAN AKIBAT DARIPADA JANGKAAN

Perubahan dilakukan bukan disebabkan oleh desakan pelanggan tetapi kerana terdapatnya kesedaran dalam kalangan pengurusan yang perlu diadakan perubahan bagi memastikan organisasi memperoleh kebaikan kompetitif. Antara sebab perubahan ini dilakukan adalah: Antara sebab perubahan ini dilakukan adalah: - Persiapan menghadapi pesaing baru yang akan muncul. - Persiapan terhadap kemungkinan berlakunya perubahan ke atas kehendak pelanggan. - Penciptaan baru teknologi yang memerlukan organisasi berubah. - Persiapan bagi menghadapi perubahan polisi kerajaan. - Perubahan dalam trend tenaga kerja.

Page 5: Kuliah 1 - Teori Perubahan

Dr. Mohd Izham Mohd Hamzah Dr. Mohd Izham Mohd Hamzah ( Fakulti Pendidikan, UKM)( Fakulti Pendidikan, UKM)

Perubahan dikaitkan dengan Proses Evolusi dan Revolusi.

Evolusi

Perubahan secara evolusi dikatakan sebagai perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang.

Menyebabkan perubahan yang ketara dalam status quo.

Revolusi

Perubahan yang pantas. Perubahan yang akan meninggalkan kesan yang membinasakan.

Kompleksiti atau kerumitan perubahan merupakan fokus bagi mendapatkan maklumat tentang perubahan dan tindakan yang perlu diambil untuk mengimplimentasi perubahan.

Page 6: Kuliah 1 - Teori Perubahan

Dr. Mohd Izham Mohd Hamzah Dr. Mohd Izham Mohd Hamzah ( Fakulti Pendidikan, UKM)( Fakulti Pendidikan, UKM)

Sebarang keputusan yang diambil untuk mengadakan perubahan melibatkan pelbagai pertimbangan.

1.Tujuan

Perubahan

Perubahan dirancang untuk capai tujuan-tujuan tertentu.

Antara tujuan perubahan adalah untuk mengadakan penambahbaikan terhadap sesuatu keadaan atau sistem

Antara pertimbangan itu adalah untuk mengenal pasti semua dimensi yang berkaitan dengan perubahan.

Terdapat 6 dimensi yang perlu difahami :

Perubahan dalam suatu sistem sedia ada melibatkan 2 jenis pindaan :

1. Perubahan yang dibuat untuk kembali kepada keadaan asal yang diinginkan.

2. Perubahan yang dibuat untuk mempertingkatkan pencapaian atau keadaan sistem itu tanpa mengubahnya.

PerubahanPeringkatPertama(First-Order Change)

Page 7: Kuliah 1 - Teori Perubahan

Dr. Mohd Izham Mohd Hamzah Dr. Mohd Izham Mohd Hamzah ( Fakulti Pendidikan, UKM)( Fakulti Pendidikan, UKM)

2.Unit

Perubahan

Unit perubahan merujuk kepada fokus utama sesuatu perubahan yang dirancang.

Unit-unit perubahan terdiri daripada : i. Individu. ii. Kumpulan / Pasukan. iii. Jabatan. iv. Organisasi. v. Sistem Organisasi. vi. Komuniti.

Dalam mengimplementasi perubahan, unit perubahan akan beranjak daripada individu (unit yang kecil) kepada organisasi (unit yang lebih besar).

PerubahanPeringkatKedua(First-Order Change)

Melibatkan pindaan yang drastik dalam aspek sesuatu sistem seperti matlamat, kedudukan dan corak perhubungan sistem tersebut (Barrot & Raybould 1998).

Page 8: Kuliah 1 - Teori Perubahan

Dr. Mohd Izham Mohd Hamzah Dr. Mohd Izham Mohd Hamzah ( Fakulti Pendidikan, UKM)( Fakulti Pendidikan, UKM)

Daft (1983) berpendapat untuk menghasilkan perubahan pada unit yang lebih besar (peringkat organisasi), perubahan pada peringkat yang lebih kecil (peringkat individu).

Mengubah seseorang individu mestilah dilakukan dengan usaha mengubah sikap, tingkah laku atau kedua-duanya sekali.

3.Sifat

Perubahan

Merujuk kepada sejauhmana perubahan yang dirancang akan diimplementasikan.

4.Magnitud

Perubahan

Istilah seperti perubahan yang komprehensif, sistematik dan dalam skala yang besar sering dikaitkan dengan usaha-usaha untuk melakukan perubahan yang memberi impak besar. Menurut Chambers (1977), perubahan dalam skala besar akan memberi hasilan yang menarik tetapi sukar diimplementasikan. Manakala, perubahan dalam skala kecil adalah lebih mudah diimplementasikan tetapi tidak menunjukkan impak yang signifikan.

Page 9: Kuliah 1 - Teori Perubahan

Skop terhadap sejauhmana penambahbaikan atau inovasi dalam perubahan dapat ditentukan dengan menggunakan instrumen penilaian.

Hall dan Hord (2001) telah menghasilkan satu instrumen tahap-tahap penggunaan inovasi yang digunakan untuk mengenal pasti respons individu terhadap sesuatu perubahan sikap dan amalan.

5.Skop

Perubahan

Terdapat pandangan yang menyatakan bahawa perubahan yang memberi kesan berkekalan merupakan perubahan yang berjaya diimplementasikan berbanding perubahan yang memberi kesan sementara.

6. Jangkamasa Perubahan

Ada pandangan berbeza dari segi hubungan masa dan kesan perubahan.

Kottler (2001) dalam kajian terapi jangka pendek telah mengenal pasti 3 jenis perubahan yang dilalui oleh pelanggannya.

1. Perubahan yang berlaku secara spontan tidak memberi kesan yang mendalam. Sikap & amalan seseorang itu akan kembali kepada asal setelah kesan perubahan itu luput.

Page 10: Kuliah 1 - Teori Perubahan

2. Perubahan minima dikecapi setelah melalui penentangan awal.

3. Perubahan yang berterusan merupakan perubahan yang stabil, progresif dan kekal.

Chambers (1977) mengatakan bahawa perubahan itu berbentuk kitaran di mana setiap kitaran perubahan dijangka berakhir dalam tempoh 10 hingga 15 tahun. - Setiap kitaran bermula dengan tekanan dan diikuti dengan pengubahsuaian terhadap perubahan yang diimplementasikan.

Page 11: Kuliah 1 - Teori Perubahan

1. MODEL PENGGABUNGAN ROGER

Menurut model Roger, proses inovasi bermula apabila masalah atau keperluan telah dikenal pasti.

MODEL-MODEL PERUBAHAN

Masalah atau keperluan ini mungkin berdasarkan penyelidikan keadaan semasa, kerja makmal, atau jangkaan pembangunan akan datang. Apabila masalah atau keperluan tersebut telah dikenal pasti, penyelidik akan menyiasat permasalahan itu dan bagaimana ia akan diselesaikan. Fasa ini melibatkan eksperimen & ciptaan yang banyak. Seterusnnya menghasilkan inovasi. Rogers (1995) mengakui bahawa inovasi tidak semestinya terhasil dari penyelidikan. Inovasi mungkin terhasil daripada amalan praktikal di mana pengamal mencari jawapan kepada permasalahan yang timbul. Perkara ini dikatakan sebagai knowing-in-action iaitu inovasi yang dihasilkan melalui pengamalan menjadi penting di dalam perubahan pendidikan

Page 12: Kuliah 1 - Teori Perubahan

2. MODEL KANTER

Kanter (1998) menegaskan bahawa struktur & inovasi boleh difahami dengan lebih baik jika proses inovasi dibahagikan kepada beberapa tugas utama. Ada 4 tugas inovasi : 1. Penjanaan Idea

2. Membina Idea

3. Realisasi Idea

4. Pemindahan Idea

3. MODEL RAND

Model ini berasaskan kajian yang dijalankan oleh Rand Corporation pada tahun 1973 – 1978 dengan sokongan Pejabat Pendidikan Amerika Syarikat mengenai perubahan pendidikan (Berman & McLaughlin 1978) Tujuan utama kajian adalah untuk menentukan faktor yang menyebabkan atau menghalang perubahan pendidikan. Memandu ke arah pengumpulan data dan analisis.

Menurut Berman & McLaughlin, proses perubahan di sekolah melibatkan 3 langkah : 1. Daya usaha ( Initiation ) 2. Implementasi 3. Penggabungan

Page 13: Kuliah 1 - Teori Perubahan

4. MODEL ACOT

Model ini berdasarkan Projek Apple Classroom of Tomorrow ( ACOT), kajian pengenalan komputer di dalam bilik darjah.

Pengkaji membuat kesimpulan bahawa kehendak perubahan dalam pengajaran & pembelajaran telah berkembang secara beransur-ansur. Model ini mempunyai 5 langkah perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, iaitu 1. Kemasukan ( Entry ) 2. Memilih ( Adoption) 3. Menyesuaikan ( Adaptation ) 4. Penggunaan ( Appropriation ) 5. Mereka cipta ( Invention )

Page 14: Kuliah 1 - Teori Perubahan

KERJA KUMPULAN

NYATAKAN 8 SEBAB MENGAPA ORANG MENENTANG PERUBAHAN

&BINCANGKAN CARA PENYELESAIANNYA.

Page 15: Kuliah 1 - Teori Perubahan

Dr. Mohd Izham Mohd Hamzah Dr. Mohd Izham Mohd Hamzah ( Fakulti Pendidikan, UKM)( Fakulti Pendidikan, UKM)

TAMAT