Kuliah 10 Upload Pelajar

22
KONSEP DISIPLIN merujuk kepada kawalan diri, kawalan dari luar, patuh kepada autoriti, keadaan tempat bekerja yang teratur, urusan yang sistematik, cara yang menetapkan peraturan atau hukuman dengan berkesan. perihal ketenteraman dan peraturan di dalam sesuatu kumpulan, termasuk cara- cara mendapatkan ketenteraman dan peraturan itu, serta hukuman.

description

jhik

Transcript of Kuliah 10 Upload Pelajar

KONSEP DISIPLIN• merujuk kepada kawalan diri, kawalan dari luar,

patuh kepada autoriti, keadaan tempat bekerja yang teratur, urusan yang sistematik, cara yang menetapkan peraturan atau hukuman dengan berkesan.

• perihal ketenteraman dan peraturan di dalam sesuatu kumpulan, termasuk cara-cara mendapatkan ketenteraman dan peraturan itu, serta hukuman.

TUJUAN DISIPLIN DI SEKOLAH• satu keperluan kepada pelajar supaya dapat

berfungsi dengan baik.(Charles H.Madsen & Clifford K. Madsen, 1970)

• dari konteks sekolah, disiplin merupakan peraturan-peraturan yang dikenakan ke atas pelajar-pelajar dengan tujuan untuk mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman atau ganjaran.

TUJUAN DISIPLIN DI SEKOLAH• peraturan yang dikenakan ke atas pelajar

supaya berkelakuan baik dan dapat mendisiplinkan diri semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

• Apabila pelajar dapat mendisiplinkan diri, suasana pembelajaran yang sistematik, teratur dan lancar tanpa sebarang gangguan dapat dijalankan. (Mok Soon Sang, 2008)

KEPENTINGAN UMUM DISIPLIN

• Disiplin merupakan satu bentuk kawalan sosial untuk mewujudkan suasana yang tenteram dan teratur samada dalam masyarakat ataupun sekolah. Dengan adanya disiplin, masyarakat dapat hidup dalam dengan aman,tenteram,harmoni dan melancarkan segala aktiviti harian (Ang Jit Eng, 2007)

TUJUAN DISIPLIN DI SEKOLAH• dua objektif utama kewujudan disiplin di

sekolah adalah:–Memastikan keselamatan dan

kesejahteraan staf dan murid.–Mewujudkan suasana yang kondusif untuk

pembelajaran.

JENIS-JENIS DISIPLIN

• Disiplin terbahagi kepada empat jenis yang utama iaitu:-

–Disiplin arahan guru–Disiplin arahan kerja–Disiplin arahan kumpulan–Disiplin arahan diri

JENIS-JENIS DISIPLIN

Disiplin arahan guru•cara dan tugas guru menentukan arahan dan peraturan, mengawal dan memastikan setiap pelajar mematuhinya. •Tindakan akan diambil kepada pelajar yang melanggar sebarang peraturan yang telah ditetapkan. •guru bertanggungjawab dalam merancang, mengelola, mengarah dan mengawal hal-hal yang berkaitan dengan disiplin pelajar.

JENIS-JENIS DISIPLIN

Disiplin arahan guru•Guru mungkin bersikap autokratik dalam mengawal disiplin pelajar. •Namun guru perlu membuat pertimbangan dalam hal disiplin supaya tidak menjejaskan hubungan antara guru dan pelajar atau menyebabkan mereka takut untuk mencuba sesuatu yang baru atau bertindak memberontak.

JENIS-JENIS DISIPLINDisiplin arahan kerja•wujud apabila sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru kepada murid dan perlu diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.•dibentuk berdasarkan kesedaran keperluan dan tanggungjawab dan mempunyai kebaikan kepada pelajar yang mematuhi arahan dan dapat menyiapkan tugasan mengikut jadual yang ditetapkan.

JENIS-JENIS DISIPLINDisiplin arahan kerja•mempunyai ciri motivasi yang positif kerana ia menggalakkan pelajar menyelesaikan tugasan demi kebaikan dan kepentingan sendiri. Namun, tidak semua pelajar dapat menyelesaikan tugasan seperti yang dijadualkan.•dapat diwujudkan apabila tugasan yang diberikan itu menarik, bermakna, sesuai dengan umur dan keupayaan pelajar dan dapat disiapkan dalam tempoh yang diberikan. (Mok Soon Sang, 2008)

JENIS-JENIS DISIPLIN

Disiplin arahan kumpulan•merujuk kepada disiplin yang dihasilkan daripada kawalan rakan-rakan dalam kumpulan yang sedia ada atau kumpulan yang dibentuk untuk menjalankan aktiviti pembelajaran. •Pembentukan biasanya berasaskan kepada nilai, kepercayaan dan norma yang sama antara ahli kumpulan.

JENIS-JENIS DISIPLINDisiplin arahan kumpulan•ahli kumpulan yang tidak dapat mematuhi nilai kumpulan akan disingkirkan. Kumpulan sebegini boleh digunakan oleh guru untuk membantunya mengawal disiplin bilik darjah. Ketua kumpulan yang dilantik berperanan dalam mengawal disiplin kerja ahli kumpulannya yang lain. (Shahabudin Hashim, Rozihani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad, 2007)

JENIS-JENIS DISIPLINDisiplin arahan diri•berlaku apabila pelajar dapat mematuhi peraturan sekolah secara sukarela.•diwujudkan atas kesedaran bahawa mematuhi peratuan-peraturan sekolah adalah untuk kebaikan pelajar sendiri. •wujud secara tidak sedar apabila pelajar telah mencapai tahap kematangan iaitu boleh berfikir secara rasional.

JENIS-JENIS DISIPLINDisiplin arahan diri•boleh dibentuk oleh guru melalui latihan dan bimbingan seperti menerangkan kebaikan mematuhi peraturan yang ditetapkan, menerapkan nilai-nilai murni seperti adil,saling hormat-menghormati, bertimbang rasa, toleransi dalam sebarang aktiviti samada aktiviti p & p atau aktiviti kokurikulum •paling berkesan dalam pengurusan bilik darjah. Masalah disiplin di sekolah dapat diturunkan ke paras minimum apabila mereka sedar kepentingan mematuhi disiplin.

MASALAH DISIPLINKATEGORI MASALAH DISIPLIN

JENIS-JENIS MASALAH DISIPLIN

JENAYAH

1. Merosakkan harta benda sekolah,

2. mencuri,

3. berjudi,

4. memeras ugut,

5. menyertai kongsi gelap,

6. Menyalah gunakan dadah,

7. menumbuk guru,

8. bergaduh,

9. membaca atau melukis gambar lucah.

MASALAH DISIPLINKATEGORI MASALAH DISIPLIN

JENIS-JENIS MASALAH DISIPLIN

KELAKUAN NEGATIF

1. Berambut panjang

2. Memakai stokin berwarna

3. Berkuku panjang

4. Menghisap rokok

5. Bercakap kasar

6. Berbual-bual dengan dialek

7. Tidak menghormati guru

8. Makan dalam bilik darjah

9. Membuat bising.

10. Tidak membuat tugasan

MASALAH DISIPLINKATEGORI MASALAH DISIPLIN

JENIS-JENIS MASALAH DISIPLIN

MEMBOLOS

1. Ponteng kelas

2. Ponteng sekolah

3. Ponteng aktiviti kokurikulum

4. Datang lambat ke sekolah

5. Makan di kantin semasa waktu P&P

6. Lewat ke perhimpunan sekolah

7. Berkhayal atau tidur dalam bilik darjah

MASALAH DISIPLINKATEGORI MASALAH DISIPLIN

JENIS-JENIS MASALAH DISIPLIN

MENIPU

1. Meniru dalam ujian @ peperiksaan

2. Menyalin kerja murid lain.

3. Tidak menghantar buku latihan

4. Menandatangani sendiri surat ibubapa

5. Bercakap bohong

6. Berpura-pura sakit.

PUNCA-PUNCA MASALAH DISIPLIN• Pendekatan dan kaedah pengajaran yang digunakan

tidak menarik atau tidak sesuai• Perwatakan dan sahsiah guru• Hubungan guru dengan pelajar kurang baik dan kurang

mesra• Suasana bilik darjah kurang selesa• Bilangan murid yang terlalu ramai• Kesihatan murid kurang baik• Aspirasi sekolah yang terlalu tinggi

• Pengaruh negatif dari keluarga• Pengaruh negatif dari rakan sebaya• Pengaruh negatif dari media massa.

PUNCA-PUNCA MASALAH DISIPLIN

LANGKAH-LANGKAH MENANGANI MASALAH DISIPLIN

• Peranan pelajar• Peranan guru• Peranan Staf dan Pentadbir sekolah• Peranan Ibu bapa• Peranan Komuniti

Peranan guru dalam mengurangkan masalah disiplin

• merancang• gunakan pelbagai kaedah dan teknik• yakin• berminat dan mengambil berat terhadap murid• role model• adil• komunikasi yang jelas• memberikan bimbingan dan maklum balas• tenang dalam menangani masalah di dalam bilik

darjah