Kuliah 14: Aktiviti Fizikal & Senaman Pesakit...

17
KULIAH 14 : AKTIVITI FIZIKAL UNTUK PESAKIT DIABETES DAN HIPERTENSI Modul Latihan Pengendalian Perkhidmatan NCD Untuk Paramedik Kementerian Kesihatan Malaysia ANJURAN : BAHAGIAN KAWALAN PENYAKIT BAHAGIAN PEMBANGUNAN KESIHATAN KELUARGA PENGENDALIAN PERKHIDMATAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT (NCD) UNTUK PARAMEDIK KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Transcript of Kuliah 14: Aktiviti Fizikal & Senaman Pesakit...

Page 1: Kuliah 14: Aktiviti Fizikal & Senaman Pesakit Diabetesjknj.jknj.moh.gov.my/ncd/latihanpengurusan/kuliah... · JENIS SENAMAN YANG DISARANKAN UNTUK PESAKIT HIPERTENSI 1. Latihan daya

KULIAH 14 : AKTIVITI FIZIKAL

UNTUK PESAKIT

DIABETES DAN HIPERTENSI

Modul Latihan Pengendalian Perkhidmatan NCD Untuk ParamedikKementerian Kesihatan Malaysia

ANJURAN : BAHAGIAN KAWALAN PENYAKIT

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KESIHATAN KELUARGA

PENGENDALIAN PERKHIDMATAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT (NCD) UNTUK PARAMEDIKKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Page 2: Kuliah 14: Aktiviti Fizikal & Senaman Pesakit Diabetesjknj.jknj.moh.gov.my/ncd/latihanpengurusan/kuliah... · JENIS SENAMAN YANG DISARANKAN UNTUK PESAKIT HIPERTENSI 1. Latihan daya

ISI KANDUNGAN

• DEFINISI AKTIVITI FIZIKAL DAN SENAMAN

• AKTIVITI FIZIKAL DAN KAWALAN DIABETES & HIPERTENSI

• SARANAN AKTIVITI FIZIKAL

• PERSIAPAN SEBELUM AKTIVITI FIZIKAL

• TIPS PENTING

• APA YANG PERLU DILAKUKAN SELEPAS SENAMAN

Modul Latihan Pengendalian NCD Untuk Paramedik KKM

Page 3: Kuliah 14: Aktiviti Fizikal & Senaman Pesakit Diabetesjknj.jknj.moh.gov.my/ncd/latihanpengurusan/kuliah... · JENIS SENAMAN YANG DISARANKAN UNTUK PESAKIT HIPERTENSI 1. Latihan daya

Definisi

Aktiviti Fizikal

• Aktiviti fizikal adalah sebarang pergerakan tubuh badan yang meningkatkan penggunaan tenaga.

Senaman

• Senaman adalah aktiviti fizikal yang terancang, berstruktur & berulang-ulang bertujuan meningkatkan kesihatan, mengekalkan kecergasan & sebagai satu cara terapi pemulihan.

Modul Latihan Pengendalian NCD Untuk Paramedik KKM

Page 4: Kuliah 14: Aktiviti Fizikal & Senaman Pesakit Diabetesjknj.jknj.moh.gov.my/ncd/latihanpengurusan/kuliah... · JENIS SENAMAN YANG DISARANKAN UNTUK PESAKIT HIPERTENSI 1. Latihan daya

AKTIVITI FIZIKAL MEMBANTU PESAKIT DIABETES….

• Mengekalkan paras glukosa darah dalam julat sasaran yang diingini.

• Menggalakkan hormon insulin untuk serap glukosa ke dalam sel-sel seluruh tubuh, termasuk otot untuk menghasilkan tenaga. Otot menggunakan glukosa dengan lebih baik berbanding lemak .

• Membantu mencegah peningkatan glukosa darah.

• Jika badan tidak menghasilkan cukup insulin atau jika insulin tidak berfungsi dengan cara yang sepatutnya, sel-sel badan tidak dapat memproses glukosa menyebabkan ia meningkat dan seterusnya menyumbang kepada diabetes tidak terkawal.

• Menjalani hidup lebih tenang dan tiada tekanan.

Modul Latihan Pengendalian NCD Untuk Paramedik KKM

Page 5: Kuliah 14: Aktiviti Fizikal & Senaman Pesakit Diabetesjknj.jknj.moh.gov.my/ncd/latihanpengurusan/kuliah... · JENIS SENAMAN YANG DISARANKAN UNTUK PESAKIT HIPERTENSI 1. Latihan daya

Aktiviti fizikal juga membantu pesakit diabetes…

• Mengurangkan risiko NCD yang lain

• Mendapatkan berat badan unggul

• Meningkatkan stamina

• Meningkatkan fungsi pergerakan sendi

• Memantapkan otot

• Mengurangkan stres

Modul Latihan Pengendalian NCD Untuk Paramedik KKM

Page 6: Kuliah 14: Aktiviti Fizikal & Senaman Pesakit Diabetesjknj.jknj.moh.gov.my/ncd/latihanpengurusan/kuliah... · JENIS SENAMAN YANG DISARANKAN UNTUK PESAKIT HIPERTENSI 1. Latihan daya

AKTIVITI FIZIKAL MEMBANTU PESAKIT HIPERTENSI

• Bersenam akan menguatkan jantung. Apabila jantung kuat, ia boleh pam darah lebih banyak dengan mudah. Ia bantu menurunkan atau mengawal tekanandarah.

• Melancarkan saluran darah

• Menguatkan otot dan membantu tubuh berfungsi dengan lebih baik

• Mengurangkan tekanan dan depresi

Modul Latihan Pengendalian NCD Untuk Paramedik KKM

Page 7: Kuliah 14: Aktiviti Fizikal & Senaman Pesakit Diabetesjknj.jknj.moh.gov.my/ncd/latihanpengurusan/kuliah... · JENIS SENAMAN YANG DISARANKAN UNTUK PESAKIT HIPERTENSI 1. Latihan daya

SARANAN AKTIVITI FIZIKAL GLOBALPERTUBUHAN KESIHATAN SEDUNIA 2010

5-17 thn Kumpulan ini perlu melakukan aktiviti fizikal intensiti sederhana hingga

tinggi sekurang-kurangnya 60 minit setiap hari.

18-64 thn Kumpulan ini perlu melakukan aktiviti fizikal intensiti sederhana sekurang-

kurangnya 150 minit seminggu atau 75 minit seminggu bagi aktiviti

berintensiti tinggi.

65 thn

ke atas

Kumpulan ini perlu melakukan aktiviti fizikal intensiti sederhana sekurang-

kurangnya 150 minit atau 75 minit seminggu bagi aktiviti berintensiti tinggi.

Modul Latihan Pengendalian NCD Untuk Paramedik

Page 8: Kuliah 14: Aktiviti Fizikal & Senaman Pesakit Diabetesjknj.jknj.moh.gov.my/ncd/latihanpengurusan/kuliah... · JENIS SENAMAN YANG DISARANKAN UNTUK PESAKIT HIPERTENSI 1. Latihan daya

INTENSITI AKTIVITI FIZIKAL

INTENSITI PENERANGAN

Rendah Duduk menonton televisyen, berjalan biasa (tidak tercungap-cungap, tidak berpeluh dengan banyak, boleh bercakap seperti biasa )

Sederhana Berjalan pantas, berbasikal, mengemas rumah, senamrobik

Tinggi Bermain futsal, jungle trekking, berkebun, berenang, zumba (tercungap-cungap, berpeluh dengan banyak)

Modul Latihan Pengendalian NCD Untuk Paramedik KKM

Insteniti aktiviti fizikal adalah subjektif dan berbeza mengikut keupayaan individu. Bagi seseorang berjalan pantasadalah aktiviti intensiti tinggi kerana tercungap-cungap dan berpeluh dengan banyak. Bagi sesetengah orang pulaberjalan pantas adalah intensiti sederhana kerana masih cergas dan ceria serta tidak mengalami keletihan yang melampau.

Jadual berikut boleh dijadikan panduan :

*Tahap intensiti boleh diubah dengan meningkatkan tempoh masa dan tahap kesukaran aktiviti

Page 9: Kuliah 14: Aktiviti Fizikal & Senaman Pesakit Diabetesjknj.jknj.moh.gov.my/ncd/latihanpengurusan/kuliah... · JENIS SENAMAN YANG DISARANKAN UNTUK PESAKIT HIPERTENSI 1. Latihan daya

SEBELUM BERSENAM

• Sebelum memulakan program senaman yang tetap, bincang dengandoktor yang merawat.

• Jika mengambil insulin atau ubat-ubatan anti diabetic, uji paras gula darah 30 minit sebelum bersenam.

<5.6 mmol/L: • gula dalam darah anda mungkin terlalu rendah untuk bersenam dengan selamat. Makan snek

kecil seperti jus buah-buahan, buah-buahan, keropok atau tablet glukosa.

5.6-13.9 mmol/L: • Bagi kebanyakan orang, ini adalah paras glukosa pra- senaman yang selamat.

>13.9 mmol/L:• Uji air kencing untuk keton. Kehadiran keton menunjukkan bahawa anda tidak mempunyai

cukup insulin untuk mengawal gula dalam darah.• Jika bersenam ketika mempunyai tahap keton yang tinggi, anda berisiko untuk mendapat

ketoacidosis - komplikasi yang serius diabetes yang memerlukan rawatan segera. • Ambil langkah-langkah untuk mengawal tahap gula dalam darah dan pastikan ujian air

kencing bebas dari keton sebelum bersenam.

Modul Latihan Pengendalian NCD Untuk Paramedik KKM

Page 10: Kuliah 14: Aktiviti Fizikal & Senaman Pesakit Diabetesjknj.jknj.moh.gov.my/ncd/latihanpengurusan/kuliah... · JENIS SENAMAN YANG DISARANKAN UNTUK PESAKIT HIPERTENSI 1. Latihan daya

PERSEDIAAN SEBELUM BERSENAM

• Sentiasa periksa kaki anda sebelum dan selepas bersenam.

• Elakkan pergerakan yang memberi tekanan kepada kaki seperti berlari atau melompat.

• Senaman yang memberi tekanan minimum terhadap kaki seperti berbasikal, berenang atau berjalan kaki adalah sesuai.

• Pakai kasut yang selesa, tidak ketat dan mempunyai sokongan tapak yang baik.

• Minum air yang lebih untuk elakkan dehidrasi.

Modul Latihan Pengendalian NCD Untuk Paramedik KKM

Page 11: Kuliah 14: Aktiviti Fizikal & Senaman Pesakit Diabetesjknj.jknj.moh.gov.my/ncd/latihanpengurusan/kuliah... · JENIS SENAMAN YANG DISARANKAN UNTUK PESAKIT HIPERTENSI 1. Latihan daya

BERHENTI BERSENAM JIKA…

• Paras gula dalam darah adalah <3.9 mmol / L atau lebih rendah

• Anda berasa tidak selesa , lemah atau pening • Makan atau minum untuk meningkatkan tahap gula dalam darah.

• Periksa gula darah anda 15 minit kemudian.

• Jika ia masih terlalu rendah, ambil makanan atau minuman bergula. Ulangi seperti yang diperlukan sehingga gula darah anda mencapai sekurang-kurangnya 3.9 mmol / L dan ke atas.

• Jika anda belum selesai bersenam , teruskanlah sekiranya paras gula anda berada dalam lingkungan selamat.

• Sakit dada, kepala, sesak nafas dan lain-lain

Modul Latihan Pengendalian NCD Untuk Paramedik KKM

Page 12: Kuliah 14: Aktiviti Fizikal & Senaman Pesakit Diabetesjknj.jknj.moh.gov.my/ncd/latihanpengurusan/kuliah... · JENIS SENAMAN YANG DISARANKAN UNTUK PESAKIT HIPERTENSI 1. Latihan daya

BAGI PESAKIT HIPERTENSI…

• Berhenti bersenam jika sakit dada,

badan berasa lemah, pening, bengkak, tekanan

pada dada, lengan, rahang, bahu dan lain-lain bahagian badan.

• Jangan lakukan aktiviti berat secara spontan.

Modul Latihan Pengendalian NCD Untuk Paramedik KKM

Page 13: Kuliah 14: Aktiviti Fizikal & Senaman Pesakit Diabetesjknj.jknj.moh.gov.my/ncd/latihanpengurusan/kuliah... · JENIS SENAMAN YANG DISARANKAN UNTUK PESAKIT HIPERTENSI 1. Latihan daya

JENIS SENAMAN YANG DISARANKAN UNTUK PESAKIT HIPERTENSI

1. Latihan daya tahan kardiovaskular (berjalan kaki , berbasikal)

2. Latihan daya tahan dan kekuatan otot (latihan bebanan di gimnasium atau latihan menggunakan resistance band)

3. Latihan yang meningkatkan kelenturan otot dan sendi (contoh: jangkauanmelunjur)

Modul Latihan Pengendalian NCD Untuk Paramedik KKM

Page 14: Kuliah 14: Aktiviti Fizikal & Senaman Pesakit Diabetesjknj.jknj.moh.gov.my/ncd/latihanpengurusan/kuliah... · JENIS SENAMAN YANG DISARANKAN UNTUK PESAKIT HIPERTENSI 1. Latihan daya

APA YANG PERLU DILAKUKAN SELEPAS SENAMAN

• Periksa paras gula sebaik sahaja selesai bersenam dan beberapa kali lagi dalam tempoh beberapa jam selepas itu.

• Lebih berat senaman anda, lebih lama paras gula dalam darah anda boleh terjejas. Paras gula darah boleh menurun sehingga 4-8 jam selepas senaman.

• Ambil snek dengan karbohidrat, seperti bar granola selepas latihan boleh membantu mencegah penurunan gula darah secara keterlaluan.

• Minum air untuk menggantikan cecair yang keluar melalui peluh.

• Jangan terus duduk sebaliknya berjalan perlahan dahulu

Modul Latihan Pengendalian NCD Untuk Paramedik KKM

Page 15: Kuliah 14: Aktiviti Fizikal & Senaman Pesakit Diabetesjknj.jknj.moh.gov.my/ncd/latihanpengurusan/kuliah... · JENIS SENAMAN YANG DISARANKAN UNTUK PESAKIT HIPERTENSI 1. Latihan daya

TIPS HIDUP LEBIH AKTIF

• Berjalan di semasa bercakap di telefon.

• Bersiar-siar di taman rekreasi.

• Berjalan-jalan melalui kawasan kejiranan anda.

• Apabila anda menonton TV, bangun & berjalan di

sekitar bilik semasa iklan.

• Lakukan kerja rumah seperti berkebun, mengemas

rumah atau mencuci kenderaan .

• Meletak kenderaan jauh daripada pintu masuk

kompleks beli belah atau pejabat.

• Menggunakan tangga.

• Melakukan regangan secara tetap.

Modul Latihan Pengendalian NCD Untuk Paramedik KKM

Page 16: Kuliah 14: Aktiviti Fizikal & Senaman Pesakit Diabetesjknj.jknj.moh.gov.my/ncd/latihanpengurusan/kuliah... · JENIS SENAMAN YANG DISARANKAN UNTUK PESAKIT HIPERTENSI 1. Latihan daya

KEY HOME MESSAGES

1. Dapatkan nasihat doktor perubatan sebelum memulakan latihan senaman.

2. Periksa kaki jika ada luka. Dapatkan rawatan terlebih dulu sebelum bersenam.

3. Sentiasa bawa bekal air minum dan sedikit makanan (gula-gula,roti atau coklat bar)

4. Bersenam di tempat yang mempunyai permukaan lembut seperti permaidani, padang atau trek balapan.

5. Jangan bersenam di bawah terik matahari.

6. Elakkan aktiviti yang mempunyai pergerakan seperti menghentak dan melompat.

7. Guna peralatan sokongan senaman seperti recumbent bike atau treadmill.

8. Bagi pesakit hipertensi jangan lakukan senaman yang memerlukan pergerakan duduk dan bangun dalam tempoh yang cepat.

9. Panaskan badan sebelum melakukan aktiviti senaman.

Modul Latihan Pengendalian NCD Untuk Paramedik KKM

Page 17: Kuliah 14: Aktiviti Fizikal & Senaman Pesakit Diabetesjknj.jknj.moh.gov.my/ncd/latihanpengurusan/kuliah... · JENIS SENAMAN YANG DISARANKAN UNTUK PESAKIT HIPERTENSI 1. Latihan daya

Terima kasih

Modul Latihan Pengendalian NCD Untuk Paramedik KKM