Kuliah 2 - Falsafah Pendidikan

43
GC6033: Isu-isu Pendidikan di Malaysia Konsep Falsafah, Pendidikan, & Falsafah Pendidikan Oleh: Pn. Khadijah Abdul Razak

description

falsafah pendidikan

Transcript of Kuliah 2 - Falsafah Pendidikan

Konsep Falsafah, Pendidikan, & Falsafah Pendidikan Oleh: Pn. Khadijah Abdul Razak

Pengenalan Antara perkara yang paling penting perlu wujud bagi mana-mana sistem pendidikan kebangsaan

ialah dasar pendidikan itu sendiri. asas

pembentukan sistem pendidikan bahkan menjadi panduan yang amat penting dalam melaksanakan sistem

Tanpa dasar yang jelas, sudah tentulah sistem dan pelaksanaannya tidak akan tersusun rapi, terumbang ambing dan tidak tentu arah.

Kadangkala perubahan haluan atau arah ini boleh berlaku kerana faktor kepimpinan,

kewangan, pengaruh politik dan lain-lain. Dasar bagi sesuatu sistem pendidikan haruslah berpaksikan kepada falsafah yang jelas. Falsafah sebagai teras pendidikan Ia mengandungi matlamat, corak dan kaedah pendidikan secara kasar, ciri-ciri yang hendak dibentuk dalam diri individu yang hendak menerima pendidikan tadi serta skop yang dirangkumi oleh proses pendidikan itu sendiri

Falsafah,

pendidikan dan falsafah pendidikan adalah antara beberapa konsep yang kebanyakan sarjana seolah-olah tidak cenderung untuk memberi satu takrifan yang jelas. Masing-masing bidang mempunyai tradisi dan ruang lingkup yang amat luas, yang tidak kurang pula dipenuhi oleh mazhab-mazhab atau aliranalirannya yang tersendiri.

What is Philosophy of Education?To understand what philosophy of education is, it is necessary to gain an understanding of what philosophy is, since philosophy of education is simply philosophy about education.(Philosophical Issues in Education: An Introduction. Contributors: Cornel M. Hamm, 1989)

Definisi Falsafah Philosophy is the pursuit of truth

is the search for the meaning of life is that which deals with ultimate reality',

Definisi Falsafah Setiap definisi hanya mencerminkan pandangan hakikat individu atau budaya yang mendefinisikannya (Rendall & Buchler 1970). Philosophia (Yunani kuno) kebijaksaan atau hikmah.

cinta

kepada

Falsafah bukanlah hikmah itu sendiri, tetapi cinta terhadap hikmah dan berusaha untuk mendapatkannya. Filosof (ahli falsafah) - golongan yang berusaha mencari hakikat sesuatu, berusaha mengaitkan sebab dan akibat, serta berusaha mentafsirkan pengalaman manusia (Al-Syaibany 1979).

Hikmah (kebijaksanaan) & PengetahuanDua konsep yang tidak serupa.

Hikmah - mengandungi kematangan berfikir, jauh pandangan dan memiliki basirah (insight) terhadap tinjauan dan pengamatan, yang dengan menggunakan pengetahuan sematamata seseorang mungkin tidak dapat mencapainya.HAMKA : hikmat lebih luas dari ilmu, bahkan penghujung ilmu adalah permulaan kepada hikmat

Pemikiran filosof mempunyai ciri-ciri khas, iaitu menimbulkan gejolak terhadap isu-isu manusia dan kemanusiaan; hidup dan kehidupan. Isu-isu falsafah tidak tetap, namun filosof tidak akan meninggalkannya sehinggalah mereka dapat merungkai cara pemecahan persoalan tersebut.

Kesempurnaan & Realisasi Kendiri

Manusia memerlukan satu falsafah untuk memberikan mereka satu keyakinan hidup, yang kaedah empirikal sains tidak mampu melaksanakannya dalam usaha mencapai realisasi kendiri

Cabang Falsafah FALSAFAH

METAFIZIK

(Teori Ontologi/Realiti)- Wujud Tuhan - Wujud Manusia - Wujud Alam

EPISTEMOLOGI (Teori Ilmu) - Makna Ilmu - Sumber Ilmu - Heiraki Ilmu - Tujuan Ilmu

AKSIOLOGI (Teori Nilai) - Makna Nilai - Sumber Nilai - Klasifikasi Nilai - Tujuan Nilai

ESTETIKA

MANTIK

LOGIKA

Al-Syaibany (1979), Al-Attas (1980) dan Langgulung (1987).

KONSEP PENDIDIKAN Konsep pendidikan sering diberi definisi atau

dianalogikan dengan pelbagai pengertian:

proses indoktrinasi proses pengembangan potensi individu proses latihan proses perlanjutan atau kesinambungan

budaya proses penitisan ilmu ke dalam diri.

KONSEP PENDIDIKAN Skop pengertian yang luas, dan dinamik

Umumnya pendidikan boleh dihurai mengikut tiga perspektif: individu (psikologi) masyarakat (sosiologi) Falsafah

Sudut Individu : proses perkembangan potensi diri.

Potensi perlu digilap

Kepelbagaian potensi individu.

PERSPEKTIF MASYARAKAT Konsep pendidikan dalam konteks fungsi sosial - John Dewey, (1916):Education is process of leading or bringing up[and] thus a fostering, a nurturing, a cultivating process.

Prof. Hasan Langgulung, dlm. Asasasas Pendidikan Islam (1987).

Pendidikan bererti proses pewarisan kebudayaan daripada satu generasi kepada generasi muda, agar hidup masyarakat tetap berlanjutan.

PERSPEKTIF FALSAFAHProf. Syed Mohd. Naquib Al-Attas (1980):

Pendidikan adalah proses penitisan ilmu ke dalam diriprosesKaedah mengajar baik

inputilmu/pengetahuan nilai/ kemahiran

produkinsan

atau

ilmu yang dititiskan ke dalam diri

Pendidikan : Barat dan Islam Plato giving possible beauty and perfection to the

physical and spiritual John Milton: a complete education enables a man to act in a just and considerate manner at all times and in all places Perspektif Islam: a continuous process that nurtures the natural potential of human beings from the intellectual, behavioral, spiritual and physical aspects in an integrated and balanced manner so as to produce righteous human beings who will bring goodness to this world and the hereafter PERBEZAAN?

Barat : Proses melatih kognitif, fizikal,

dan domain moral untuk melahirkan manusia dan warganegara yang baik Perspektif Islam : lebih luas dan

mendalam. Turut mengambil kira aspek kerohanian

Mengkaji sejarah falsafah pendidikan Barat

samalah dengan mengkaji sejarah manusia Barat. Mereka menjalani satu proses pencarian diri sejak memutuskan diri daripada tradisi agamanya. Diri yang dicari ialah diri yang rasional, yang hanya dapat meyakini sesuatu yang diterima oleh akal. Barat mencari realiti dirinya di dalam benda dan menyamakan pengertian serta hakikat kejadian dengan pengertian serta hakikat benda.

Falsafah Barat moden sebenarnya cuba mengatasi masalah ketidak-percayaan terhadap hakikat, tetapi pada masa yang sama menggantikan hakikat itu berdasarkan sesuatu yang real atau empirikal.

Bermula dengan falsafah Descartes (1641) Discourse on Method, dia menggunakan kaedah sains tabii bagi mencapai keyakinan atau mengguna-kan kaedah fizik untuk menjawab persoalan metafizik.

tidak menerima sesuatu itu benar, jika saya tidak benar-benar mengetahui bahawa ia benar. hanya menerima sesuatu yang terlintas

kepada fikiran saya sebagai benar sehingga saya tidak dapat menolak lagi bahawa ia adalah benar. Kaedah ini menjadikan syak dan ragu sebagai satu sains ke arah mendapatkan suatu kepastian atau kebenaran tentang hakikat sesuatu kewujudan. Kata-kata masyhur Descartes ialah cogito ergo sum [I thing therefore I am].

Ringkasnya, falsafah Barat yang bermula dengan metafizik mentafsir fizik akhirnya berkesudahan dengan fizik mentafsir metafizik.

Kesimpulannya, seperti pendapat D.J. OConner (1957) dalam An Introduction to the Philosophy of Education: a) terdapat hubungan yang erat antara falsafah, teori dan amalan pendidikan. b) Falsafah biasanya merujuk kepada tulisantulisan tentang teori dan amalan pendidikan, merangkumi watak (nature), matlamat (aims), dan kaedah (methods).

Mehlinger, H.D (1995) dalam bukunya School Reform in the Information Age mengenalpasti masalah ketiadaan falsafah dan dasar memberi dua bentuk kesukaran. Pertama, pendidikan guru & kedua,pembaharuan

pendidikan. Kesukaran

yang kedua iaitu pembaharuan pendidikan adalah antara isu yang amat menyeluruh kerana ia meliputi isu-isu kurikulum, sistem pendidikan dan kemajuannya daripada satu tahap kepada tahap yang lain.

Ornstein dan Levine (1989).Apabila sesuatu falsafah pendidikan diungkapkan untuk sesebuah sistem pendidikan (justeru falsafah pendidikan juga mempunyai pengaruh yang besar dalam menentukan teori dan amalan pendidikan), maka, ia harus dilaksanakan dalam perspektif yang menyeluruh dan bersepadu yang dibawa oleh pernyataan falsafah tersebut.

Falsafah pendidikan juga harus bertunjang

kepada pandangan semesta dan pegangan nilai yang dianuti oleh masyarakat yang mengamalkan sistem pendidikan itu, diungkapkan dengan bernas dan menyeluruh untuk dapat membantu ke arah menilai matlamat, tujuan-tujuan, rancanganrancangan khusus, penyusunan isi kandungan kurikulum, tahap-tahap pelaksanaannya, dan pelbagai lagi aspek kecil-kecilan yang berkaitan dengan sistem pendidikan tersebut.

CabaranMenggubal falsafah pendidikan bagi sebuah negara bangsa mengikut acuan yang boleh memenuhi pandangan semesta (world view), ilmu dan sistem nilai negara bangsa sendiri memerlukan tekad dan usaha yang jerih, serta melibatkan perancangan yang rapi dan bertahap seperti: proses menganalisis secara mendalam dan kritis pelbagai aliran atau mazhab utama falsafah pendidikan Barat.

menyaring unsur-unsur kebatilan yang sengaja disisip secara halus dan terancang ke dalam teori metafizik, epistemologi dan aksiologi falsafah pendidikan tersebut; menganalisis unsur kekuatan yang terdapat dalam setiap metodologi falsafah pendidikan itu untuk diasimilasikan ke dalam falsafah pendidikan negara. menggali, mempelajari, menghayati dan meyakini khazanah ilmu wahyu yang telah terbukti mampu melahirkan sistem pendidikan yang berjaya membina tamadun besar, yakni sebagai satu-satunya ilmu yang boleh menyelesaikan segala persoalan berkaitan dengan manusia dan kemanusiaan.

Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas (1977): is formed of conflicting ideas, values, cultures, beliefs, philosophies, dogmas, doctrine and theologies altogether reflecting an all pervasive dualistic vision of reality and truth locked in despairing combat. (terbentuk daripada pelbagai idea, nilai, budaya, kepercayaan, dogma, doktrin dan agama yang bertentangan, yang kesemuanya mencerminkan secara menyeluruh visi hakikat serta kebenaran yang bersifat dualis, terkunci dalam pertentangan yang menghampakan).

Idea pemikiran barat Teori evolusi Darwin - merujuk kepada kemajuan dalam kehidupan yang berlaku secara automatik, berterusan dan natural. teori Machiavelli idea tentang pertandingan dalam kehidupan yang tertakluk kepada survival of the fittest dan the ends justify the means idea Marxisme - beranggapan bahawa agama merupakan fatamorgana dalam otak manusia dan sebagai candu masyarakat.

idea psikoanalisa Sigmund Frued - hasrat jahat yang memenuhi alam bawah sedar manusia (id, ego dan superego) untuk melakukan incest (sumbang kadim) dan melihat Tuhan sebagai obsessional neurosis.

idea relativisme - menisbikan semua nilai dan menolak nilai yang bersifat mutlak dan tetap.idea positivisme dan empirisisme yang hanya mengiktiraf ilmu itu apabila ianya menepati nilai tara Standard Empiricism.

Falsafah Pendidikan BaratPerenialisme Esensialisme Progresivisme

Reconstructionisme

Eksistensialisme

Falsafah pendidikan yang dianuti oleh

sesebuah negara bangsa perlu hidup dalam minda dan hati manusia yang terlibat dengannya,

dijelmakan secara jelas melalui amalan

pendidikan.

FPB sekular

Acuan Malaysia

Rasional FPK (1987)

Rujukan

Teras Pendidikan

FPK "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,

emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

ResolusiKonsep bersepadu konsensus Takwa & akhlak

FPKInsan Soleh KSSR

KBSR & KBSM

Isu-isu utama dalam merealisasikan FPK Mempertegaskan langkah untuk memanusiakan

pendidikan dalam erti kata membina insan dan membangunkan sumber manusia yang utuh, seimbang dan sepadu. Penekanan tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan

ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Mempertingkatkan

lagi usaha perpaduan dan integrasi nasional

mewujudkan

Memastikan dasar-dasar dan rancangan untuk

membangunkan negara dihayati serta diselaraskan dengan matlamat FPK.

Pendemokrasian pendidikan dari segi peluang dan mutu pendidikan yang disediakan dipatuhi sepenuhnya, terutama oleh pihak-pihak yang

mengendalikan institusi pengajian tinggi swasta. Bahasa Melayu perlu diperluaskan dan ditingkatkan penggunaannya sebagai alat berfikir dan berkarya supaya dapat menjadi bahasa ilmu yang berkesan (bahasa rasmi dan bahasa perpaduan)

Pembentukan pemikiran yang luas selaras dengan konsep pengantarabangsaan dan pengsejagatan (globalisasi).

Kesimpulan FPK teras pendidikan Pendidikan tidak

dihadkan kepada pemindahan fakta dan maklumat proses peningkatan dan penyempurnaan diri yang tidak ada batasnya. Dalam konteks FPK, pendidikan merupakan proses belajar sepanjang hayat Pendidikan juga perlu dilihat sebagai suatu proses pembinaan insan secara menyeluruh, seimbang dan sepadu

Kejar kereta pulang RM37,500

Batu Pahat: Usianya baru 13 tahun namun kejujuran dan kemurnian hati Amir Azizan Hashim mungkin jauh mengatasi orang dewasa apabila dia memulangkan semula beg tangan berisi RM37,500 (SG$15,000) milik seorang wanita warga Singapura yang tercicir. Saya mengayuh basikal selaju mungkin mengejar kereta dinaiki wanita itu bagi mengembalikan beg tangannya, katanya mengimbas kejadian itu yang berlaku berhampiran sebuah pasar raya di Taman Soga, di sini, awal Januari lalu. Pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Syed Esa, di sini, ditemui selepas menerima sijil penghargaan atas kelakuan terpujinya itu daripada pihak sekolah, semalam. Sijil penghargaan itu disampaikan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SMK Dato Syed Esa, Mohd Taat Kasran.

Pelajar bertatu ugut ustazah Kuala Lumpur: Mereka bukan saja memberi amaran

kepada ustazah yang mengajar di sekolah supaya jangan campur tangan, malah turut mengugut mahu membunuh wanita berkenaan selepas ditegur kerana melakar tatu di tangan, selain membuat bising di dalam kelas. Menurutnya, ustazah terbabit menegur kedua-dua pelajar berusia 14 tahun itu dengan memberitahu perbuatan mereka salah mengikut ajaran Islam serta peraturan sekolah. Teguran ustazah itu menyebabkan pelajar terbabit bertambah berang lalu memarahinya serta memberi amaran supaya jangan masuk campur urusan mereka. Malah, seorang daripada pelajar terbabit turut mengugut mahu membunuh wanita itu sekiranya terus campur tangan dalam urusan mereka, katanya.

Terima Kasih & Wassalam