Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

109
PEMBIAKAN TUMBUHAN

description

pertanian

Transcript of Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

Page 1: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

PEMBIAKAN TUMBUHAN

Page 2: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA SEKS

Pendahuluan

• Pembiakan seks adalah pembiakan yang melibatkan persenyawaan gamet jantan dan gamet betina untuk membentuk zigot.

• Melalui kaedah ini biji benih digunakan untuk mendapatkan tanaman yang baru.

• Biji benih boleh didapati daripada pokok-pokok yang matang atau dengan cara membeli.

Page 3: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA SEKS

• Kelebihan pembiakan seks: 

- Biji benih mudah diperolehi  - Boleh dibiak dalam kuantiti yang banyak  - Pokok mempunyai akar tunjang

• Kekurangan pembiakan seks:

- Tidak semua tumbuhan mengeluarkan biji benih  - Ciri-ciri pokok induk tidak diwarisi sepenuhnya  - Pertumbuhan tidak sekata

  - Lambat mencapai tahap matang

Page 4: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA SEKS

• Rawatan biji benih:

- Biji benih perlu dirawat sebelum disimpan atau disemai untuk mengelakkan serangan kulat atau serangga

- Biji benih dirawat dengan cara menggaulkannya dengan racun serangga dan kulat dalam bentuk debu.

  - Contoh racun kulat: » Thiram, Zineb, Benlate dan Captan

- Contoh racun serangga:» Agrocide dan Furadan

Page 5: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA SEKS

Menyediakan medium semaian

• Untuk mendapatkan pertumbuhan yang baik, gunakan medium campuran John Innes iaitu 2 bahagian tanah loam, 1 bahagian bahan organik dan 1 bahagian pasir sungai @ (2:1:1).

Page 6: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA SEKS

Penyediaan kotak semaian

- Tutup lubang saliran dengan serpihan pasu atau bata – untuk elak medium mengalir keluar

semasa penyiraman- Isi campuran medium sehingga 2 – 3cm dari permukaan kotak semaian.

- Ratakan permukaan medium, kemudian buat alur penanaman jika perlu.

Page 7: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA SEKS Penyemaian biji benih besar

• Biji benih besar seperti Helianthus, Veitchia merilli, Cassia biflora dan sebagainya ditanam sedalam lebih kurang 2 - 3 kali lebih dalam daripada saiz garis pusat biji benih tersebut.

• Biji benih yang ditanam terlalu cetek akan cepat kering manakala biji benih yang ditanam terlalu dalam sukar untuk bercambah.

• Jarak penanaman di antara biji benih adalah 3 cm.

Page 8: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

Helianthus sp

Page 9: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

Veitchia merillii

Page 10: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

Cassia biflora L.

Page 11: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA SEKS Penyemaian biji benih halus • Biji benih halus seperti Celosia, Tagetes, Gomphrena globosa dan

sebagainya perlu dicampur dengan pasir sebelum disemai bagi memudahkan penyebaran biji benih dengan sekata.

• Nisbah campuran adalah (1:5) iaitu 1 bahagian biji benih dan 5 bahagian pasir halus.

• Sebelum menyemai, alur kecil dibuat dengan menggunakan kayu di permukaan campuran semaian sedalam lebih kurang 1cm.

• Campuran biji benih dan pasir halus tadi ditabur pada alur dan ditutup dengan lapisan tanah yang nipis.

• Siram permukaan kotak semaian dengan penyiram muncung halus. • Kotak semaian ditempatkan di bawah naungan 50%.

Page 12: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

Celosia sp

Page 14: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

Gomphrena globosa

Page 15: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA SEKS Penjagaan tumbuhan di tapak/kotak semaian• Siram 2 kali sehari pada waktu pagi dan lewat petang

sama ada dengan cara manual, sistem renjisan, permukaan atau kapilari.

• Rekodkan:

a. Tarikh menyemai.

b. Tarikh bercambah.

c. Bilangan biji benih yang bercambah setiap minggu.

Peratus percambahan = Bilangan bercambah x 100

Bilangan disemai

d. Ketinggian anak benih setiap minggu.

Page 16: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA SEKS • Pemindahan anak benih  

- Anak benih yang mempunyai daun 4-5 helai boleh dipindah ke beg politena atau pasu.

- Langkah pemindahan anak benih      i. Tutup lubang saliran pasu     ii.      Isi medium sehingga 2-3 cm dari permukaan    iii.      Sediakan lubang untuk anak benih    iv.      Siram anak benih sebelum diubah     v.      Keluarkan anak benih bersama gumpalan

tanah dengan sudip tangan    vi.      Masukkan ke lubang penanaman   vii.      Padatkan tanah di sekeliling pangkal anak

benih  viii.      Siram dan letakkan di tempat yang teduh

Page 17: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA ASEKS

1. KERATAN BATANG

2. KERATAN DAUN

3. PEMBIAKAN SECARA TUT

4. CANTUMAN

5. KULTUR TISU

Page 18: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

1. KERATAN BATANG

Pendahuluan

• Keratan batang merupakan kaedah yang paling mudah dibuat terhadap tanaman hiasan.

• Kaedah ini menggunakan bahagian tumbuhan seperti batang, ranting dan dahan tanaman.

Page 19: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

1. KERATAN BATANG

- 3 Jenis:

i.      Keratan Kayu Lembut

    

ii.      Keratan Kayu Sederhana  

   

iii.      Keratan Kayu Keras 

Page 20: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

1. KERATAN BATANG

i.  Keratan Kayu Lembut

- Keratan diambil dari bahagian yang termuda sekali atau masih hijau.

- Panjang keratan 10-15 cm beserta 2-3 helai daun.

- Keratan kayu lembut mudah kering dan persekitaran hendaklah sentiasa lembap.

- Contoh tanaman yang biasa digunakan:

Altenanthera sp., Portulaca sp. dan Coleus sp.

Page 21: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

Altenanthera sp.

Page 22: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

Portulaca sp.

Page 23: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

Coleus sp.

Page 24: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

1. KERATAN BATANG

ii. Keratan Kayu Sederhana  

- Keratan diambil daripada bahagian dahan atau ranting yang baru matang.

- Panjang keratan 10-20 cm beserta beberapa helai daun setiap keratan kayu sederhana.

- Setiap keratan kayu sederhana biasanya mempunyai sistem akar yang lebih baik berbanding keratan kayu lembut.

- Contoh tanaman yang biasa digunakan: Hibiscus sp., Duranta sp. dan Ixora sp.    

Page 25: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

Hibiscus sp

Page 26: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

Duranta sp.

Page 27: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

Ixora sp.

Page 28: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

1. KERATAN BATANG

iii.      Keratan Kayu Keras 

- Keratan diambil dari bahagian batang atau dahan yang telah matang.

- Bagi keratan kayu keras, semua daun hendaklah dibuang.

- Keratan kayu keras biasanya dilakukan terhadap tanaman yang mudah mengeluarkan akar.

- Contoh tanaman yang biasa digunakan:

Pterocarpus indicus, Tecomaria capensis dan Baphia nitida.

Page 29: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

Pterocarpus indicus

Page 30: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

Tecomaria capensis

Page 32: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

KERATAN BATANG

Page 33: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

KERATAN BATANG

• Medium penyemaian 

-  Medium pengakaran yang digunakan hendaklah mempunyai saliran yang baik, gembur, tidak

mengandungi biji benih rumpai dan agen penyakit serta serangga.

- Medium penyemaian yang boleh digunakan ialah pasir dan tanah loam dengan nisbah campuran tanah untuk medium penyemaian1:1 (satu

bahagian pasir: satu bahagian bahan organik).

- Jika tiada bahan organik, sabut kelapa yang telah dihancurkan boleh digunakan.

Page 34: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

KERATAN BATANG

Hormon penggalak akar– Hormon penggalak akar digunakan untuk membantu

dan menggalakkan pengeluaran dan pertumbuhan akar.

– Jenis hormon penggalak akar yang boleh didapati di pasaran ialah seperti Seradix 1,2,3 dan Hortomon A dan B.

Page 35: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

KERATAN BATANG

Menyemai keratan 

- sebelum menyemai, celup bahagian bawah keratan dengan hormon penggalak akar- masukkan ke dalam lubang atau alur yang disediakan

Pembentukan akar

- Akar keratan akan mula tumbuh dalam masa 1 minggu hingga 6 minggu

-  Keratan yang tidak mudah dicabut menunjukkan ianya telah mula berakar

- Keratan yang mudah dicabut masih belum berakar.

Page 36: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

Prosedur menyemai keratan

Page 37: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

Pembentukan akar

Page 38: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

3 Jenis keratan batang

Keratan kayu hijau

Diambil pada hujung dahan atau pucuk.

Wananya masih hijau atau lembut

Keratan kayu sederhana

Berkayu sederhana keras. Contoh pembiakan keratan ini ialah ati ati (Coleus), pokok duit (Scindapsus

sp) dan bunga lilin (Pachystachys)

Keratan kayu keras

Berkayu dan keras serta kulitnya bewarna perang. Contoh pembiakan keratan

perang ialah Ekor Kucing (Acalypha spp), Bunga raya (Hibiscus rosa senensis),

Bunga kertas (Bougainvillea spp) Siantan (Ixora) dan beringin atau ara (Ficus)

Page 39: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

PEMBIAKAN SECARA KERATAN BATANGPEMBIAKAN SECARA KERATAN BATANG

1. Menyediakan medium semaian

Medium disediakan dengan mencampurkan:

2 bahagian tanah peroi

1 bahagian bahan organik (tahi ayam reput)

1 bahagian pasir (pasir sungai)

Page 40: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

PEMBIAKAN SECARA KERATAN BATANGPEMBIAKAN SECARA KERATAN BATANG

1. Langkah menyediakan medium semaian

1. Longgokkan bahan medium

2. Tapiskan bahan secara berasingan3. Sukat ketiga tiga bahan mengikut isipadu (gunakan baldi simen)

4. Campurkan 2.5gm baja fosfat PO2SO4 kepada 4500cm3 medium semaian

5. Gaulkan Medium sehingga rata dan

masukkan ke dalam kotak semaian

Page 41: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

MENYEDIAKAN KERATAN BATANG

• Pembiakan secara keratan batang dapat menghasilkan tanaman dengan banyak, cepat dan tulin bakanya.

• Pokok yang baru dibiakkan cepat mantap dan cepat membesar

• Keratan yang hendak di biakkan perlu dipilih daripada ranting yang subur

Keratan yang terlalu muda akan reput bila

disemai dan keratan yang terlalu tua akan lambat

berakar

Page 42: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

LANGKAH MENYEDIAKAN KERATAN BATANG1. Pilih dahan yang sihat dan berdiameter

1 cm Potong dahan tersebut sepanjang

10cm – 25cm

Page 43: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

LANGKAH MENYEDIAKAN KERATAN BATANG2. Potong secara serong

bahagian bawah keratan di bawah paras buku. Bahagian atas keratan pula dipotong

melintang dengan jarak 1cm – 2.5 cm bahagian atas buku

Page 44: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

LANGKAH MENYEDIAKAN KERATAN BATANG

3. Buang semua daun daripada bahagian keratan kayu keras. Manakala daun

bahagian keratan kayu lembut dipotong separuh

untuk mengurangkan kadar transpirasi

Page 45: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

LANGKAH MENYEDIAKAN KERATAN BATANG

4. Lembabkan bahagian pangkal keratan dan

celupkan kedalam hormon penggalak akar

Page 46: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

LANGKAH MENYEDIAKAN KERATAN BATANG

5. Tanam keratan secara condong sedikit pada

jarak 8cm – 10 cm dengan 1/3 bahagian tertanam

dalam medium

Page 47: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

MENJAGA KERATAN BATANG DI TAPAK SEMAIAN

• Keratan batang biasanya mengambil masa beberapa minggu untuk berakar

• Keadaan ini bergantung kepada kelembapan medium

• Keratan yang telah berakar boleh di tanam di dalam politena atau pasu

Kelembapan medium boleh dikekalkan dengan

menyiram atau menutup bekas semaian dengan

plastik lutsinar

Page 48: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

Menyediakan Medium Penanaman

Sediakan bahan medium yang sesuai Tapiskan medium tersebut

Sukat bahan mengikut nisbah 7:3:2 atau 3:2:1. Sukatan ini ditentukan berdasarkan isipadu

Gaulkan campuran tersebut. Masukkan medium dalam pasu atau beg politena sehingga 3/4 bahagian

Siram medium sehingga lembap

Page 49: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

MENGUBAH ANAK POKOK• Ia melibatkan kerja memindah keratan

yang telah berakar ke dalam beg politena atau pasu

• Pilih anak pokok yang sihat, segar dan bebas daripada penyakit dan perosak

• Siramkan medium dan anak pokok sehingga lembab. Ini bertujuan untuk memudahkan anak pokok dikeluarkan daripada medium

• Buatkan satu lubang di tengah medium beg politena.

• Tanam anak pokok kedalam lubang yang disediakan dan timbus.

Padatkan permukaan medium

Siram dengan air

Anak pokok diletakkan ditempat yang teduh

dan lakukan penjagaan

Page 50: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

MENJAGA ANAK POKOK1. Menyiram Penyiraman dibuat

sekurang kurangnya sekali sehari.

2. MenggemburPermukaan medium yang

keras hendaklah digembur. Medium yang telah

digembur memudahkan air menembusinya dan

membaiki struktur tanah

3. Membaja

Baja hendaklah ditabur mengikut tempoh tertentu. Baja yang boleh digunakan

ialah Nitrophoska (15:15:15). Tabur baja sekeliling pangkal pokok. Elakkan terkena pada

pangkal pokok dan daun

Penyiraman dilakukan selepas pembajan

Page 51: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

KERATAN DAUN

• Pembiakan tumbuhan hiasan secara keratan daun boleh dilakukan pada pokok yang mempunyai daun yang berlendair kerana daun jenis ini banyak makanan yang tersimpan di dalamnya.

• Dalam kaedah ini, daun atau bahagian daun akan disemai pada medium pengakaran.

• Semasa menyemai tentukan bahagian atas daun menghala ke atas sementara bahagian bawah daun tertanam ke dalam medium.

• Keratan daun tidak akan berakar sekiranya kedudukan daun tidak diletakkan dengan betul.

• Apabila anak pokok tumbuh, daun asal atau induk akan reput.

Page 52: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

KAEDAH KERATAN DAUN

1. KERATAN LAI DAUN• Cara keratan lai daun sesuai pada tumbuhan yang

mempunyai lai daun yang panjang seperti pokok lidah jin (Sanseviera trifasciata).

• Lai daun yang diambil dan dipotong sepanjang 3cm atau 4 cm.

• Keratan yang telah dipotong kemudiannya disemai secara tegak atau pun mendatar di medium pengakaran untuk mengeluarkan anak pokok.

• Terdapat juga beberapa jenis tumbuhan yang boleh mengeluarkan anak pokok daripada lai daunnya seperti daun setawar (Bryophyllum spp.).

• Lai daun tumbuhan ini diletakkan di atas medium pengakaran untuk mendapatkan anak pokok.

Page 53: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

Pokok lidah jin (Sansevieria trifasciata).

Page 54: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

Daun setawar (Bryophyllum spp.).

Page 55: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

Kaedah keratan lai daun

Page 56: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

KAEDAH KERATAN DAUN

2. KERATAN URAT DAUN• Daun tumbuhan seperti resam batu (Begonia spp.)

dibiakkan dengan meletakkan lai daunnya di atas medium pengakaran dan urat daunnya dikerat-kerat.

• Setiap urat daun yang dikerat akan mengeluarkan anak pokok yang baru.

• Satu lagi cara ialah lai daun dicincang kemudian ditabur di atas medium pengakaran.

• Sedikit medium ditaburkan di atas permukaan keratan daun supaya permukaan bawahnya bersentuh rapat dengan medium pengakaran.

• Anak pokok yang baru akan tumbuh daripada keratan

ini.

Page 57: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

Resam batu (Begonia spp.)

Page 58: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

Prosedur pembiakan keratan urat daun

Page 59: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

KAEDAH KERATAN DAUN

3. KERATAN TUNAS DAUN• Keratan tunas daun terdiri daripada daun serta tunas

ketiak dan sebahagian batang. • Keratan tunas daun disemai dalam medium pengakaran

dengan mencucuk keratan sehingga ke paras bahagian bawah lai daun.

• Contoh tanaman yang boleh dibiakkan dengan keratan tunas daun ialah seperti Honeysuckle (Lornicera spp).

Page 60: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

Honeysuckle (Lonicera spp).

Page 61: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

Lonicera sp

Page 62: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

Keratan tunas daun

Page 63: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

KAEDAH KERATAN DAUN

4. KERATAN LAI DAUN DAN TANGKAI DAUN• Keratan lai daun dan tangkai daun terdiri daripada

sekeping daun bersama tangkai daunnya sekali. • Bahagian tangkai daun dibenam ke dalam medium

pengakaran dengan bahagian lai daun berada di atas permukaan daun.

• Contoh tanaman yang boleh dibiakkan dengan kaedah ini ialah Violet Afrika (Saintpaulia sp.) dan Gloxina sp.

Page 64: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

Violet Afrika (Saintpaulia spp.)

Page 67: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

Keratan lai dan tangkai daun

Page 68: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

PEMBIAKAN SECARA TUT

Pendahuluan• Kaedah pembiakan secara tut, merupakan satu

teknik pembiakan yang dilakukan pada dahan atau ranting yang masih terlekat pada pokok induk.

• Oleh itu bahagian yang terlibat masih mendapat makanan dan air dari pokok induk.

• Apabila tut telah berjaya ia boleh dipisahkan daripada pokok induk.

Page 69: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

PEMBIAKAN SECARA TUT

KELEBIHAN TUT1. Ciri pokok induk diwarisi sepenuhnya

2. Tanaman baru lebih cepat matang

KEKURANGAN TUTa. Pembiakan secara tut tidak boleh dibiak dengan

kuantiti yang banyak pada sesuatu pokok induk.

b. Tanaman lebih mudah tumbang kerana tidak mempunyai akar tunjang.

c. Pembiakan secara tut memerlukan kemahiran membuat tut.

Page 70: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

PEMBIAKAN SECARA TUT

Medium pengakaran• Nisbah campuran yang sesuai untuk

menyediakan medium pengakaran ialah satu bahagian tanah loam dan satu bahagian bahan organik.

• Medium digaul dengan rata dan dicampur dengan sedikit air supaya melekit supaya mudah dibentuk seperti bebola untuk dilekapkan pada bahagian ranting yang hendak ditut.

Page 71: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

PEMBIAKAN SECARA TUT

Pemilihan dan penyediaan dahan• Pilih dahan daripada pokok induk yang sihat, ukuran diameter lebih

kurang 1cm atau sebesar pensil tiada ranting kecil pada tempat untuk melakukan tut.

• Buat dua kelaran mengelilingi dahan dengan jarak 2.5 cm hingga 5cm. • Kopek kulit diantara kelaran tersebut dan kikis lapisan kambium untuk

mengelakkan kulit bercantum semula. • Sapukan hormon penggalak akar pada kelaran bahagian atas. • Bentukkan medium seperti bebola lebih kurang 5cm diameter. • Bahagikan bebola kepada dua dan lekapkan pada bahagian yang

dikikis. • Kejapkan medium pada dahan dan balut dengan kertas plastik lut sinar.• Ikat di kedua-dua hujung bahagian yang telah dibalut.

Page 72: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

Prosedur membuat tut

Page 73: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

PEMBIAKAN SECARA TUT

Penjagaan tut• Ranting yang dibuat tut akan mula berakar setelah

beberapa minggu. • Rekodkan perkara berikut setelah dibuat tut:

a. Tarikh membuat tut.

b. Tarikh tut mengeluarkan akar.

c. Kira peratus kejayaan tut.

Page 74: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

PEMBIAKAN SECARA TUT

Mengubah anak pokok• Tut akan berakar dalam masa 1-3 bulan

bergantung kepada jenis tumbuhan hiasan. • Tut yang berjaya (berakar dengan baik) perlu

diubah ke beg politena atau bekas cari. • Potong dahan di bahagian bawah tut untuk

mengasingkan daripada pokok induk. • Buang plastik lutsinar sebelum anak pokok ditanam

untuk membolehkan akar berkembang.

Page 75: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

PEMBIAKAN SECARA CANTUMAN

1. Cantuman baji

2. Cantuman sandingan

3. Cantuman matatunas

Page 76: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

PEMBIAKAN SECARA CANTUMAN

PENDAHULUAN

- Cantuman baji dilakukan untuk menukar pokok besar.

- Cantuman sanding pula dilakukan untuk mencantum beberapa varieti menjadi satu pokok.

- Tumbuhan hiasan yang sesuai bagi kaedah cantuman baji adalah seperti Coleus blumei in villea sp. dan Hibiscus rosa sinensis.

- Bagi teknik cantuman sanding tumbuhan yang sesuai adalah seperti Acalypha sp. dan Codieum variegatum.

Page 77: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

Coleus blumei

Page 78: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

Hibiscus rosa sinensis

Page 79: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

Acalypha sp.

Page 80: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

Codieum variegatum.

Page 81: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

CANTUMAN BAJI

• Sion diambil dari pokok induk kemudian disatukan dengan pokok penanti (stok) yang telah dibuat belahan berbentuk 'V.

• Setelah dua hingga tiga minggu, periksa cantuman dan sekiranya sion bewarna hijau, cantuman adalah berjaya.

• Jika sion kering, cantuman adalah gagal.

Page 82: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

PROSEDUR MEMBUAT CANTUMAN BAJI

Page 83: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

CANTUMAN SANDINGAN

• Cantuman sandingan dilakukan terhadap dua batang pokok yang bersaiz hampir sama.

• Batang pokok penanti dan sion, pokok yang hendak dicantum dihiris selebar 2 cm ke 3 cm, kemudian ditemukan supaya bahagian kambium bertemu dengan baik bagi memastikan kejayaan cantuman.

• Tempat cantuman diikat dengan pita cantuman. • Pada masa ini, sion masih lagi mendapatkan bekalan

nutrien dan air daripada pokok induknya.

Page 84: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

PROSEDUR MEMBUAT CANTUMAN SANDINGAN

Page 85: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

PENJAGAAN POKOK CANTUMAN

• Pokok yang telah dicantum hendaklah diletakkan di tempat teduh, pokok perlu disiram dua kali iaitu pada waktu pagi dan petang.

• Pokok hendaklah dilabel tarikh cantuman, kaedah cantuman dan jenis cantuman.

• Selepas 10 hingga 14 hari tanggalkan serkup plastik pada cantuman baji untuk memastikan kejayaannya.

• Apabila cantuman sandingan berjaya, sion dipotong daripada pokok induknya bagi membolehkannya membesar bersama pokok penanti.

Page 86: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

CANTUMAN MATA TUNAS

Pendahuluan• Pembiakan tumbuhan melalui cantuman mata

tunas bermaksud memindah dan mencantumkan mata tunas sesuatu pokok yang baik bakanya kepada pokok penanti bagi mendapatkan anak pokok yang tulen dan baik bakanya juga.

Page 87: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

CANTUMAN MATA TUNAS

Kelebihan• Pembiakan melalui cantuman mata tunas

mudah untuk mendapatkan benih pokok daripada baka terpilih.

• Cara ini boleh menghasilkan anak pokok yang sifatnya sama seperti induk.

• Cantuman mata tunas boleh menghasilkan pokok yang mempunyai beberapa warna bunga atau daun pada satu pokok.

Page 88: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

CANTUMAN MATA TUNAS

Cara membuat cantuman mata tunas• Pokok penanti dan kayu mata tunas perlulah dalam

keadaan yang cukup sihat dan subur supaya kulitnya senang dikopek.

• Semasa mencantum lapisan kambium, lapisan kambium tersebut hendaklah bersih.

• Kedua-dua lapisan kambium mestilah kena dan melekap antara satu sama lain sebelum dililit dengan pita cantuman.

• Pisau cantuman hendaklah sentiasa bersih dan tajam. • Semua kerja hendaklah cepat, teratur dan selamat. • Lakukan kerja cantuman di tempat teduh.

Page 89: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

PROSEDUR MEMBUAT CANTUMAN MATATUNAS

Page 90: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

CANTUMAN MATA TUNAS

Penyediaan pokok penanti• Pokok penanti ialah pokok di mana satu atau

lebih mata tunas dicantumkan. • Batang pokok penanti hendaklah tegak dan

pokok mempunyai sistem akar yang baik.

Page 91: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

CANTUMAN MATA TUNAS

Mata tunas• Pastikan bintil mata tunas masih terlekat di

bawah kulit keratan mata tunas.• Mata tunas tersebut mestilah dicantumkan

secepat mungkin iaitu sebaik sahaja dipotong daripada pokoknya.

Page 92: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

PEMBIAKAN TUMBUHAN HIASAN SECARA ORGAN TUMBUHAN

- Sesetengah tumbuhan seperti bebawang, ubi, stolon, rumpun dan rizom mempunyai organ atau bahagian khas yang boleh digunakan untuk     pembiakan- Ia boleh digunakan untuk pembiakan secara pembahagian atau cara belahan

Page 93: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

PEMBIAKAN TUMBUHAN HIASAN SECARA ORGAN TUMBUHAN

A. Pembiakan menggunakan Ubi   

i.  Bahagian batang yang menyimpan makanan di dalam tanah

ii.  Ubi mempunyai tunas domain pada badannya

iii.  Tunas domain ini akan mengeluarkan pucuk dan akar baru sekiranya disemai

iv. Caranya memotong ubi mengikut beberapa bilangan mata tunas

Contoh : bunga sarang tabuan (Dahlia pinnata) dan keledek hiasan (Ipomea sp.)

Page 94: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

Pembiakan menggunakan Ubi

Page 95: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

Dahlia pinnata

Page 96: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

Ipomoea sp

Page 97: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

PEMBIAKAN TUMBUHAN HIASAN SECARA ORGAN TUMBUHAN

B. Pembiakan menggunakan rizom            i.      Batang tumbuhan yang tumbuh di bawah

permukaan tanahii.      Rizom boleh dibiakkan dengan

memotongnya menjadi keratan keciliii.     Sebaiknya setiap keratan mempunyai

mata tunasContoh : halia (Zingiber sp.), Heliconia

sp., Costus sp. dan beberapa jenis buluh (Bambusa sp).

Page 98: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

Costus sp

Bambusa sp

Page 99: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

PEMBIAKAN TUMBUHAN HIASAN SECARA ORGAN TUMBUHAN

C. Pembiakan menggunakan Stolon            i.  Batang tumbuhan yang tumbuh melata di

atas permukaan tanah.ii.   Akar dan pucuk baru boleh dikeluarkan pada bahagian buku di sepanjang stolon

Contoh : rumput Bermuda (Cynodon sp.), Zoysia sp. dan Axonopus compressus

Page 100: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

Pembiakan menggunakan rizom dan stolon

Page 101: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

PEMBIAKAN TUMBUHAN HIASAN SECARA ORGAN TUMBUHAN

e. Pembiakan melalui pembahagian rumpun            i.   Dilakukan ke atas tumbuhan yang berumpunii.   Rumpun pokok dicabut dan dibahagikan dengan

menggunakan tangan atau parangiii.  Anak rumpun bersama akar dan daun disemai terus ke dalam beg politena atau tapak semaian

Contoh : Ophiopogon sp., pinang raja (Cyrtostachys lacca) dan pinang kuning (Chrysalidocarpus

lutescens)

Page 102: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

Ophiopogon jaburan

Ophiopogon jaburan variegata

Page 103: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

Pembiakan melalui pembahagian rumpun

Page 104: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

PEMBIAKAN TUMBUHAN HIASAN SECARA ORGAN TUMBUHAN

e. Pembiakan melalui bebawang            i.   Batang tumbuhan yang mempunyai ruas yang sangat

pendek dan juga daun yang berlendair yang keluar dari bahagian bukuii.    Bebawang yang matang mengeluarkan anak bebawang dari bahagian pangkalnyaiii.  Anak bebawang dipisahkan daripada bebawang induk dan ditanam di tapak semaian

Contoh : bebawang hiasan (Zuphyranthes rosea)

Page 105: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

Zuphyranthes rosea

Tulip

Lilies lilien lilium

Page 106: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

Pembiakan melalui bebawang

Page 107: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

PEMBIAKAN TUMBUHAN HIASAN SECARA ORGAN TUMBUHAN

Kekurangan pembiakan menggunakan organ tumbuhan:

- Benih tidak mudah diperolehi

- Tanaman tidak boleh dibiakkan dalam kuantiti yang banyak

Kelebihan pembiakan menggunakan organ tumbuhan:

- Kaedah pembiakan ini mudah dilakukan

Page 108: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

PEMBIAKAN TUMBUHAN HIASAN SECARA ORGAN TUMBUHAN

Merawat organ tumbuhan sebelum disemai:

- Bahagian organ yang telah dipotong hendaklah dicelup ke dalam racun kulat untuk elak serangan kulat

Menyediakan medium semaian:

- Nisbah medium 2:1:1 (tanah loam, bahan organik, pasir sungai)

Page 109: Kuliah 3 - Pembiakan Tanaman

Sekian, Terima Kasih…!!!