Kuliah 3 Perkataan Dalam Penulisan

36
Bahasa dan penggunaan : Perkataan dan ayat

description

Kuliah 3 Perkataan Dalam Penulisan

Transcript of Kuliah 3 Perkataan Dalam Penulisan

  • Bahasa dan penggunaan:

    Perkataan dan ayat

  • Pengucap dan penulis yang baik ialah mereka yang berupaya membina idea yang bernas dan berkemampuan untuk mengolah idea tersebut dengan berkesan.

    Penyaluran idea yang berkesan dalam medium lisan atau penulisan banyak dibantu dengan penggunaan bahasa yang baik.

    Dengan kata lain penggunaan bahasa yang baik boleh menghasilkan penulisan yang bermutu.

    Penggunaan bahasa yang baik bermaksud kita berkebolehan memilih perkataan yang tepat bagi menyampaikan sesuatu maksud dan berupaya membina ayat mengikut rumus tatabahasa bahasa Melayu dengan berkesan.

    Kepekaan dalam penggunaan bahasa yang baik tercetus apabila seseorang penulis itu menguasai aspek tatabahasa bahasa Melayu.

    Walaupun seseorang perucap atau penulis mempunyai idea yang bernas dan menarik tetapi jika berlakunya kecacatan bahasa, perkara yang hendak disampaikan akan gagal untuk diungkap atau dirakamkan secara berkesan

  • Perkataan dalam penulisan

    Perkataan adalah unit asas kepada binaan ayat.

    Manakala sederetan ayat akan membentuk satu perenggan dan akhirnya jalinan perenggan membina satu wacana atau penulisan.

    Perkataan ialah bunyi atau deretan bunyi yang memberi makna dan setiap perkataan itu mempunyai maknanya yang tersendiri.

  • Perbendaharaan kata yang dimiliki oleh seseorang individu dikatakan berbeza antara lisan, pendengaran, penulisan dan pembacaan.

    Seseorang penulis yang mempunyai perbendaharaan kata yang luas akan memberikan kelebihan kepadanya kerana dia tidak mudah ketandusan kata atau boleh mevariasikan pemilihan katanya dalam penulisan yang akhirnya menghasilkan satu penulisan yang menarik dan berkesan.


  • Tiga perkara yang perlu kita tahu tentang perkataan

    Perkataan adalah simbolPerkataan mempunyai konteksPerkataan mempunyai denotasi dan konotasi
  • Perkataan adalah simbol

    Simbol adalah sesuatu yang digunakan untuk menggambarkan sesuatu yang lain.

    Perkataan adalah simbol oleh kerana ia menggambarkan objek atau konsep.

    Rumah merupakan objek- iaitu binaan untuk tempat tinggal manakala sayang adalah konsep- hubungan antara manusia.

    Hubungan antara perkataan dan makna adalah hubungan yang wewenang (arbitrari).

  • Perkataan yang diujarkan hanya kerana ia mempunyai makna yang sama kepada ahli-ahli kumpulan yang bertuturkan bahasa yang sama.

    Apabila kita mendengar perkataan nasi biryani, kita akan merasa berselera jika kita dalam keadaan lapar, diam akan menyebabkan kita berhenti bercakap dan api! akan menyebabkan kita berlari untuk menyelamatkan diri.

    Setiap tindak balas dalam setiap kes tersebut di cetuskan/ditimbulkan oleh objek atau konsep yang dikaitkan dengan perkataan yang dipadankan dalam fikiran kita.

  • Perkataan mempunyai konteks

    Tidak ada perkataan yang mempunyai makna yang benar-benar sama dengan perkataan yang lain.

    Makna bagi setiap perkataan bergantung pada konteks kehadirannya dalam klausa iaitu termasuklah latar fizikal dan verbal atau persekitaran di mana ia digunakan.

    Oleh sebab sesuatu itu berubah mengikut ruang dan waktu secara konstan, maka tidak ada perkataan yang mempunyai makna yang benar-benar sama kepada seseorang yang mendengar atau melihat perkataan-perkataan yang diulang.

  • Kita memahami perkataan secara berbeza oleh sebab konteks ujaran itu berubah. Konteks fizikal bagi sesuatu perkataan adalah latar geografi dan sejarah dalam mana sesuatu perkataan itu dienkodkan ( lisan atau tulisan) atau didekodkan (dengar atau baca).
  • Perkataan mempunyai denotasi dan konotasi

    Denotasi bermaksud menunjukkan manakala konotasi bermaksud membayangkan. Makna denotasi sesuatu perkataan adalah definisi yang terkandung dalam kamus. Makna konotasi termaksudlah semua makna emosi dan yang bersifat taksiran nilai sebagaimana dicadangkan oleh perkataan itu.
  • Perkataan rumah menunjukkan tempat kita tinggal.

    Tetapi ia membayangkan lebih daripada itu- kebahagiaan, perlindungan, keselesaan dan semua kualiti-kualiti lain yang harus dihubungkan dengan makna rumah.

    Dengan perkataan lain, makna denotasi bagi sesuatu perkataan datang daripada rujukan perkataan itu; manakala makna konotasi diterbitkan melalui set perkaitan yang ditimbulkan melalui penggunaan satu perkataan.

  • Contoh

    Di antara yang mati termasuklah seorang anak kecilTuanku mangkat waktu sedang beradu.Nabi Muhammad wafat ketika berusia 63 tahun.Semuanya telah meninggal dunia.Dia mampus seperti katak.
  • Semua kata-kata yang berhuruf condong dalam contoh di atas mempunyai erti yang sama iaitu badan telah ditinggalkan oleh nyawa.

    Ini ialah makna denotasi daripada semua kata-kata itu. Tetapi pemilihan tiap kata itu dalam tiap ayat bergantung kepada nilai tertentu dan dengan demikian ia termasuk dalam golongan konotasi iaitu mempunyai makna bersifat konotatif, di samping mempunyai makna bersifat denotatif (mati), yakni badan telah ditinggalkan oleh nyawa.

    Maka meninggal mengandungi nilai kebesaran; wafat mengandungi nilai kesucian dan mampus mempunyai nilai paling rendah, layak bagi binatang. Semuanya ini mengandungi makna bersifat konotatif evaluatif


  • Penjenisan perkataan dalam penulisan

    Pemilihan kata yang tepat dan sesuai adalah penting bagi kita menyampaikan maksud sebenar kepada pembaca.

    Perkataan itu adalah sesuai apabila ia selaras dan memenuhi tujuan penulisan kita iaitu termasuk hubungannya dengan analisis situasi dan khalayak pembaca.

    Pemilihan kata perlu disesuaikan dengan situasi sama ada formal atau tidak dan juga bergantung kepada siapa khalayak kita.

  • Perkataan popular dan perkataan yang dipelajari

    Perkataan popular adalah perkataan yang lazim diguna oleh semua orang dan pada setiap masa.

    Ia digunakan untuk berkomunikasi setiap hari oleh orang-orang yang mempunyai latar belakang yang berbeza-beza.

    Perkataan-perkataan ini adalah kategori perkataan yang popular.

    Berlawanan dengan perkataan popular ialah perkataan yang dipelajari.

    Perkataan perkataan ini lebih banyak wujud dalam tulisan daripada lisan. Selain itu ia biasanya digunakan dalam situasi formal.

    Perkataan-perkataan ini dipelajari ini diperoleh dalam proses pembelajaran di sekolah atau melalui pembacaan.

  • Contoh

    Perkataan popular: Perkataan yang dipelajari:

    maklumatinformasi

    huraiandeskripsi

    perpaduanintergrasi

    perhubungankomunikasi

  • Kolokialisme

    Takrif kolokial sebagaimana diberikan oleh Kamus Dewan (2005) adalah sebagai bahasa percakapan atau bahasa basahan (bukan bahasa baku).

    Perkataan kolokial yang juga dikenali dengan nama bahasa basahan bukan sahaja digunakan dalam perbualan sehari-hari tetapi juga dalam penulisan yang mempunyai tujuan tersebut.

  • Perkataan kolokial merupakan perkataan yang digunakan dalam perbualan tak formal oleh semua orang sama ada berpelajaran atau tidak.

    Sesetengah perkataan adalah diterima apabila kita berbual dengan dengan ahli keluarga atau rakan kita.

    Walau bagaimanapun, dalam perbincangan formal dan dalam penulisan, kita harus mengelak daripada menggunakan perkataan kolokial.

    Jika digunakan dalam penulisan pula, ia bertujuan untuk memberi kesan atau tanggapan perbualan secara langsung mesra dan juga untuk mendapatkan kesan bersahaja, penutur kerap kali menggunakan singkatan seperti tak, nak, ku, mu, kau, tv atau perkataan yang digugurkan imbuhannya.

  • Perkataan slanga

    Kamus Dewan ( 2005) mendefinisikan slanga sebagai kata-kata yang bukan daripada golongan bahasa baku atau standard.

    Kata-kata tersebut biasanya digunakan dalam percakapan tidak formal dan tidak boleh digunakan dalam penulisan atau keadaan yang formal.

    Walau bagaimana jika perkataan slanga digunakan dalam penulisan, ia lebih bertujuan untuk memperlihat keadaan semula jadi atau bersahaja yang memenuhi tujuan penulisan tersebut.

  • Bahasa slangaBahasa Melayu baku

    SlumberBuat tak tahu

    Pak weTeman lelaki

    BalakKekasih lelaki

    CauPergi

    GorengIsi atau fakta yang disampaikan tanpa

    pasti ketepatannya

    KacangHal/persoalan yang

    mudah

  • Perkataan Sinonim

    Perkataan sinonim adalah perkataan yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama.

    Perkataan melakukan, membuat dan melaksanakan merupakan contoh perkataan sinonim.

    Sungguhpun perkataan ini mempunyai makna yang sama, namun penggunaaan perlu disesuaikan mengikut konteks penggunaannya kerana mungkin pada satu situasi perkataan itu boleh digunakan silih berganti manakala di situasi lain ia tidak sesuai digunakan.

    Sebagai contoh perkataan mati, meninggal dunia, mangkat, wafat dan mampus berkongsikan makna yang sama iaitu seseorang/sesuatu sudah tidak bernyawa tetapi dalam penulisan, penggunaannya harus disesuaikan mengikut siapa yang menjadi rujukan pada ketika itu.

  • Sinonim yang maknanya berbenar-benar sama dapat mengambil tempat bertukar ganti dalam konteks yang sama. Ini dinamakan sinonim total
  • Contoh

    Barang itu disembunyikan di dalam semak.Barang itu disorokkan di dalam semak. Dia bersembunyi di rumah kawannya.Dia menyorok di rumah kawannya.
  • Perkataan Antonim

    Perkataan antonim bermaksud perkataan-perkataan yang mempunyai pertentangan makna. Contoh-contoh seperti perempuan- lelaki, majikan- pekerja dan menjual membeli boleh dianggap sebagai pasangan antonim.
  • Perkataan Polisem

    Perkataan polisem adalah dua perkataan atau lebih yang mempunyai banyak makna tetapi makna-maknanya saling berkait mengikut konteks penggunaannya. Sebagai contoh perkataan bujang mempunyai beberapa makna iaitu belum berkahwin (teruna, dara). janda/duda bersendirian dan sebagainya.
  • Perkataan Homonim

    Perkataan homonim mempunyai persamaan dengan definisi perkataan polisem Cuma makna-makna dalam perkataan homonim tidak berkaitan antara satu dengan yang lain.

    Homonim boleh dibahagikan kepada homofon dan homograf. Homofon ialah kata yang sama bunyi dan mungkin/tidak mungkin mempunyai ejaan yang sama.

    Contoh homofon ialah daki yang membawa makna kotoran dan panjat.

    Manakala homograf pula merupakan perkataan yang mempunyai ejaan sama dan mungkin/tidak mungkin mempunyai sebutan yang sama.

  • Perkataan umum dan perkataan khusus

    Umum dan khusus adalah dua istilah yang berlawanan.

    Sesuatu perkataan dikatakan sebagai khusus apabila ia merujuk kepada sesuatu objek, peristiwa atau orang. Pulau Pinang, jambatan kota, Jalan pekeliling, Peristiwa 13 Mei, ASEAN ialah nama-nama khusus.

    Sesuatu perkataan dikatakan umum apabila ia merujuk bukan pada sesuatu benda secara individu tetapi kepada sekumpulan benda atau perkara.

    Misalnya Jambatan, jalan, pekan, perjanjian, negeri dan lain-lain.

  • Perkataan konkrit dan perkataan abstrak

    Sesetengah perkataan adalah konkrit dan sesetengah perkataan bersifat abstrak.

    Perkataan konkrit mempunyai objek sebagai rujukannya manakala perkataan abstrak mempunyai konsep sebagai rujukannya.

    Perkataan kerusi, sekolah, bangunan adalah contoh perkataan konkrit oleh sebab setiap perkataan itu mempunyai rujukan objek yang boleh ditunjukkan jika kita inginkan kepastian tentang maknanya.

  • Walau bagaimanapun, dengan perkataan abstrak, tiada sesuatu yang jelas/ketara untuk ditunjukkan bagi memastikan sesuatu perkara. Perkataan abstrak menunjukkan kepada sesuatu konsep yang ada kalanya memerlukan pendefinisian yang lebih lanjut dengan menggunakan perkataan-perkataan lain.
  • Contoh

    Perkataan konkritPerkataan abstrak

    Manusiakemanusiaan

    Binatangkebinatangan

    Sungaikedalaman

    Burungketinggian

    3 meterkeluasan

  • Perkataan dasar dan terbitan

    Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan dipanggil sebagai kata dasar

    Kata terbitan pula ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar.

    Pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan.

    Contoh-contoh kata dasar seperti makan, ajar, tulis dan mandi. Manakala pengimbuhan bahasa Melayu boleh terdiri daripada imbuhan awalan, imbuhan akhiran, imbuhan apitan dan imbuhan sisipan.

    Penggunaan perkataan terbitan boleh menambahkan kekompleksan ayat dan jika digunakan dengan bijak perkataan-perkataan tersebut boleh menambahkan keindahan bahasa dan tulisan.

  • Penggunaan perkataan

    Cadangan berikut boleh membantu kita menggunakan perkataan dengan berkesan dalam penulisan.

    -Guna perkataan yang betul

    -Pilih perkataan yang konkrit

    -Pilih perkataan yang sesuai

  • Guna perkataan yang betul

    Kita harus mengelak daripada menggunakan perkataan yang kita tidak faham.

    Jika kita keliru tentang penggunaan sesuatu perkataan, kita harus lihat maknanya dalam kamus.

    Penulisan yang dipenuhi dengan penggunaan perkataan yang salah atau tidak tepat akan merosakkan kualiti penulisan yang ingin kita hasilkan.

    Salah: Penulis baru akan banyak belajar daripada penulis yang sudah manpan.

    Betul: Penulis baru akan banyak belajar daripada penulis yang sudah mapan.

  • Pilih perkataan konkrit

    Pelajar cenderung untuk menggunakan perkataan abstrak yang menyebabkan penulisan kabur dan membosankan. Penulisan yang baik dapat disampaikan dengan jelas dan tepat.

    Sehubungan dengan itu, untuk menyampaikan sesuatu dengan berkesan maka kita digalakkan untuk menggunakan perkataaan yang lebih konkrit agar lebih jelas dan terang.

    Kabur: Beribu-ribu orang menonton pertandingan bola.

    Konkrit: Pertandingan bola itu ditonton oleh 30,000 orang.

  • Pilih perkataan yang sesuai

    Penilaian dan kepekaan kita terhadap konotasi dan konteks perlu diambil perhatian oleh penulis. Secara umum, kesilapan kecil dalam nada dan gaya menghasilkan penulisan yang kedengaran janggal, mutu yang kurang baik sebagaimana ditunjukkan dalam contoh di bawah.

    Janggal: Biasanya perkembangan bahasa pelajar adalah hasil interaksi pelajar dengan masyarakat bahasanya, dan ini menyokong dengan pengalaman bahasa pelajar.

    Lebih baik: Biasanya perkembangan bahasa pelajar adalah hasil interaksi pelajar dengan masyarakat bahasanya, dan ini disokong dengan pengalaman bahasa pelajar.

  • Bersambung.