Kuliah 4 Peranan Guru Dalam Pengurusan Bilik Darjah

download Kuliah 4 Peranan Guru Dalam Pengurusan Bilik Darjah

of 7

description

Kuliah 4 Peranan Guru Dalam Pengurusan Bilik Darjah

Transcript of Kuliah 4 Peranan Guru Dalam Pengurusan Bilik Darjah

Pengurusan Pentaksiran di dalam Bilik Darjah

Kuliah 4:Pengurusan Pentaksiran di dalam Bilik DarjahDisediakan oleh:Gabriel Wong XiaQingLew Kar Yoong Wong Ik Mei

PENGURUSAN PENTAKSIRAN DI DALAM BILIK DARJAHDUA PROSESPENGUKURAN- penggunaan alat untuk mengumpulkan nilai kuantitatif atau maklumat pencapain pembelajaran individuPENILAIAN-proses membuat keputusan berdasarkan hasil daripada pengukuran

Pentaksiran yang berkesan:Kebolehpercayaan - merujuk kepada ketekalan ujian atau sejauh mana ujian yang sama dapat memberikan keputusan yang sama jika ditadbir beberapa kali dalam masa yang berbeza.Kesahan- sejauh mana alat yang digunakan untuk mengukur menepati tujuannya atau mengukur perkara yang sepatutnya diukur

2 bentuk PentaksiranSumatif - dilaksanakan hujung semester atau penggal untuk memperoleh pencapaian murid dan bertujuan untuk pemberian gred dan sijilFormatif- sebelum dan semasa pengajaran. bertujuan mengesan kemajuan muriddan sejauh mana objektif pengajaran tercapai

Pentaksiran yang efisien dapat meningkatkan motivasi serta pembelajaran murid. murid terdorong untuk mmberikan perhatian dan berusaha lebih jika mereka tahu akan dinilai.

Pentaksiran yang tidak efisien boleh melemahkan semangat murid untuk belajar, menimbulkan rasa tidak puas hati, kurang bermotivasi dan mungkin masalah tingkah laku.

Misalnya, apabila sesuatu pentaksiran tidak menguji kemahiran atau pengetahuan yang telah diajar, murid tersebut akan berasa kecewa dan menyebabkannya menghadapi gangguan emosi dan menarik diri daripada persekitaran pembelajaran.

Sebaliknya, murid akan berusaha ke arah pencapaian objektif pembelajaran jika mereka jelas tentang objektif, tujuan sesuatu pengajaran aktiviti pembelajaran serta kaedah pentakdiran yang akan digunakan.

Maka pentaksiran yang berkesan mesti mempunyai korelasi dengan objektif pembelajaran serta pengajaran.

Proses penyediaan ujian dan peperiksaanKekerapan ujian dalam satu penggal atau semester Tarikh ujian dan peperiksaanMenggubal soalan ujianTempoh masa setiap ujianUjian atau peperiksaan mesti adil dan seharusnya dibentuk berdasarkan pengetahuan atau kemahiran yang telah diajar Soalan-soalan ujian harus merangkumi tahap pemikiran selain daripada peringkat pengetahuanBincang dengan guru mata pelajaran lainMurid dimaklumkan tentang ujian (membuat persediaan awal)Biasakan murid dengan format ujian atau peperiksaan

Pentadbiran ujian atau peperiksaan (langkah-langkah) Sediakan persekitaran yang selesa.Benarkan murid masuk awal ke kelas dan mengambil tempat duduk masing-masing.Murid seharusnya sudah bersedia dan duduk di tempat masing-masing sekurang-kurangnya 10 minit sebelum peperiksaan bermula.Mencatat kehadiran murid semasa ujian/peperiksaanPentadbiran ujian dan peperiksaan mempunyai kesan ke atas sikap murid.