Kuliah 8 - Inventori, Analisis Tapak Dan Konsep Rekabentuk Landskap

36
Inventori dan analisis tapak “ Kehidupan ibarat satu konsep landskap…… inventori dan analisis perlu sentiasa diperhalusi semoga hidup diberkati ……. Kerana mati itu pasti, hidup itu belum gerenti…..”. (Abu Bakar Mamat ’upsi)

description

ert

Transcript of Kuliah 8 - Inventori, Analisis Tapak Dan Konsep Rekabentuk Landskap

Page 1: Kuliah 8 - Inventori, Analisis Tapak Dan Konsep Rekabentuk Landskap

Inventori dan

analisis tapak

“ Kehidupan ibarat satu konsep landskap…… inventori dan analisis perlu sentiasa diperhalusi semoga hidup diberkati ……. Kerana mati itu pasti, hidup itu belum gerenti…..”.

(Abu Bakar Mamat ’upsi)

Page 2: Kuliah 8 - Inventori, Analisis Tapak Dan Konsep Rekabentuk Landskap

Pengenalan• Proses reka bentuk landskap bermula dengan

penerimaan projek atau penyerahan tugasan oleh pelanggan yang hendak dilandskapkan.

• Tapak dalam proses reka bentuk landskap adalah merujuk kepada kawasan khusus yang diberikan untuk dibina semula landskap yang baru.

• 'Pelanggan' adalah merujuk kepada pemilik kawasan di mana mereka yang akan menggunakan kawasan tersebut atau dibuka kepada pengguna orang awam.

Page 3: Kuliah 8 - Inventori, Analisis Tapak Dan Konsep Rekabentuk Landskap

Lawatan Tapak• Inventori dan analisis tapak adalah tugasan awal

yang perlu dilalui dalam proses reka bentuklandskap sebaik sahaja tugasan diterima.

• Lawatan ke tapak perlu dibuat sebaik sahajamenerima projek.

• Lawatan ini adalah untuk mengenal pasti masalah yang didapati di tapak berkenaan.

• Masalah tapak akan menentukan tujuan pelandskapan atau kenapa perlunyapelandskapan untuk kawasan berkenaan.

• Masalah tapak akan berbeza mengikut kawasandan kegunaannya.

Page 4: Kuliah 8 - Inventori, Analisis Tapak Dan Konsep Rekabentuk Landskap

Inventori Tapak• Inventori tapak adalah aktiviti mengenal pasti dan

menyenaraikan ciri-ciri fizikal tapak serta infrastruktur sedia ada di tapak berkenaan.

• Data-data ini dilukis dan dinyatakan dengan jelas di atas pelan asas yang didapati.

• Pelan asas boleh didapati daripada pelanggan atau membuat sendiri melalui kerja-kerja pengukuran di tapak.

• Hasil pengukuran sebenar dipindahkan dalam bentuk pelan dengan skala yang sesuai bergantung kepada saiz kawasan dan saiz kertas yang digunakan.

• Setelah pelan asas diperolehi, kerja-kerja inventori seterusnya dilakukan dengan mengkaji ciri-ciri fizikal tapak dan mengenal pasti kedudukan infrastruktur dan objek-objek yang didapati pada tapak berkenaan.

Page 5: Kuliah 8 - Inventori, Analisis Tapak Dan Konsep Rekabentuk Landskap

Inventori Tapak (Samb...)Antara ciri-ciri fizikal tapak dan kedudukan infrastrukturnya

adalah seperti berikut:a. Kedudukan tapak, saiz dan sempadannya.b. Topografi atau bentuk muka bumi.c. Jenis dan keadaan tanah termasuk pH dan kesuburannya.d. Jenis-jenis tumbuhan atau tanaman sedia ada di tapak.e. Bangunan dan struktur binaan seperti wakaf, kerusi

taman dan sebagainya.f. Penggunaan tapak dan kawasan sekitar.g. Keadaan cahaya di tapak.h. Sistem lalulintas seperti jalan masuk dan keluar serta

siar kaki.i. Sistem dan struktur saliran (parit/longkang) yang sedia ada.j. Aktiviti persekitaran.

Page 6: Kuliah 8 - Inventori, Analisis Tapak Dan Konsep Rekabentuk Landskap

Analisis Tapak• Analisis tapak adalah aktiviti mengenal pasti

masalah dan potensi yang ada di tapak. • Analisis tapak boleh dibahagikan kepada 3

aspek iaitu:a. Penilaian terhadap unsur-unsur sedia adab. Pemerhatian dan penilaian persekitaran c. Analisis pelanggan dan pengguna

Page 7: Kuliah 8 - Inventori, Analisis Tapak Dan Konsep Rekabentuk Landskap

Analisis Tapaka. Penilaian terhadap unsur-unsur sedia ada

– la melibatkan aktiviti menilai keadaan infrastruktur dan objek sedia ada dari segi kelebihan dan kelemahannya.

– Sebagai contoh menilai keadaan tumbuh-tumbuha,n atau tanaman sedia ada seperti keunikan atau kecacatan yang ada padanya, menilai struktur binaan seperti kedudukan dan kegunaannya serta kerosakan padanya.

Page 8: Kuliah 8 - Inventori, Analisis Tapak Dan Konsep Rekabentuk Landskap

Analisis Tapakb. Pemerhatian dan Penilaian Persekitaran• la melibatkan aktiviti pemerhatian dan penilaian dari segi

potensi dan masalah yang didapati di tapak dan kawasan persekitarannya.

• Sebagai contoh potensi tapak dari segi kedudukannya (lokasi), kemudahan sedia ada, pemandangan menarik dan sebagainya.

• Masalah tapak seperti pencemaran bunyi (bising), pencemaran bau (busuk), kawasan air bertakung, hakisan dan sebagainya.

Page 9: Kuliah 8 - Inventori, Analisis Tapak Dan Konsep Rekabentuk Landskap

Analisis Tapakc. Analisis Pelanggan dan Pengguna• la melibatkan aktiviti menemubual pelanggan dan

pengguna bagi mengetahui kehendak mereka. • Landskap yang dibina adalah untuk pelanggan atau

pengguna yang akan menggunakan kawasan tersebut. • Oleh kerana itu kehendak mereka adalah perlu diambi

kira bagi memenuhi hasrat mereka. • Perkara-perkara yang perlu diketahui adalah seperti

peruntukan kos untuk pelandskapan, ruang atau tempat khusus yang diperlukan, tanaman khusus yang menjadi kesukaannya dan sebagainya.

• Dalam membuat analisis ini, kita perlu mengkelaskan kehendak-kehendak mereka berdasarkan keutamaan dan kesesuaiannya dengan tapak dan persekitaran yang ada.

Page 10: Kuliah 8 - Inventori, Analisis Tapak Dan Konsep Rekabentuk Landskap

Prosedur lawatan inventori dan analisis

• Pelajar menentukan sendiri tapak yang akan dibina landskap.

• Pelajar membuat lawatan ke tapak.• Pelajar dikehendaki membawa pita

ukur, buku skrap, pensil dan pemadam semasa lawatan.

Page 11: Kuliah 8 - Inventori, Analisis Tapak Dan Konsep Rekabentuk Landskap

Perkara yang perlu dilakukan oleh pelajar semasa lawatan inventori dan

analisis.• Di tapak, pelajar mengenal pasti tapak yang akan

dibina landskap iaitu sempadannya, arah mata angin dan rupabentuk tapak secara kasar.

• Langkah pertama adalah menghasilkan pelan asas lakaran untuk kawasan berkenaan.

Page 12: Kuliah 8 - Inventori, Analisis Tapak Dan Konsep Rekabentuk Landskap

Langkah menghasilkan pelan asas lakaran tapak:

1. Mulakan kerja mengukur keseluruhan kawasan atau sempadan dengan menggunakan pita ukur (kerja berkumpulan)

2. Lakarkan kedudukan dan rupa tapak dlm bentuk pelan di dalam buku skrap.

3. Rekodkan semua ukuran yg telah didapati di atas pelan lakaran tersebut.

4. Dengan itu terhasillah satu pelan asas lakaran untuk kawasan yang akan dibina landskap di dalam buku skrap.

Page 13: Kuliah 8 - Inventori, Analisis Tapak Dan Konsep Rekabentuk Landskap

Panduan membuat inventori tapak;

• Kenalpasti objek-objek sedia ada di tapak seperti tumbuh-tumbuhan, struktur binaan, topografi, sistem saliran dan sebagainya.

• Lakarkan kedudukannya secara kasar di atas pelan asas lakaran tapak di dalam buku skrap.

• Dengan menggunakan pita ukur, dapatkan saiz dan kedudukan objek-objek tersebut.

• Rekodkan ukuran objek-objek tersebut di atas pelan asas lakaran tapak.

Page 14: Kuliah 8 - Inventori, Analisis Tapak Dan Konsep Rekabentuk Landskap

Cara melakukan analisis terhadap tapak dan persekitaran.

• Lakukan pemerhatian dan penilaian terhadap objek-objek sedia ada yang didapati.

• Catatkan kelebihan dan kelemahan setiap objek tersebut di dalam buku skrap.

• Lakukan pemerhatian dan penilaian terhadap keseluruhan kawasan tapak dan persekitarannya.

• Catatkan masalah-masalah dan potensi-potensi yang didapati di dalam buku skrap.

Page 15: Kuliah 8 - Inventori, Analisis Tapak Dan Konsep Rekabentuk Landskap

Konsep Rekabentuk Landskap

Pendahuluan• Pembentukan konsep bagi reka bentuk

landskap melibatkan poses pemilihan aktiviti dan susun atur ruang luar di tapak atau kawasan yang akan dibuat pelandskapan.

• Pemilihan aktiviti dan susun atur ruang luar hendaklah menyelesaikan masalah tapak dan mengenengahkan potensi yang telah didapati melalui inventori dan analisis tapak dengan berasaskan prinsip reka bentuk landskap.

Page 16: Kuliah 8 - Inventori, Analisis Tapak Dan Konsep Rekabentuk Landskap

Konsep Rekabentuk Landskap

Pendahuluan• Reka bentuk landskap perlu mempunyai matlamat

rekabentuk hasil dari inventori dan analisis yang telah dilakukan.

• Program rekabentuk disenaraikan bagi mencapai matlamat di atas.

• Program adalah aktiviti-aktiviti atau jenis-jenis ruang luar yang dicadangkan dalam reka bentuk untuk menyelesaikan masalah yang sedia ada.

• Program merupakan perkara utama yang baru dan akan dibuat atau dibina di kawasan landskap.

Page 17: Kuliah 8 - Inventori, Analisis Tapak Dan Konsep Rekabentuk Landskap

Konsep Rekabentuk Landskap

Pendahuluan• Program ini perlu mempunyai konsep bagi menunjukkan

ciri dan gaya yang dikehendaki dalam rekabentuk.• Konsep ditunjukkan dalam gambarajah bulat atau buih

serta pelan konsep. • Gambarajah bulat atau buih menghubungkaitkan di

antara satu program dengan program yang lain.• Pelan konsep menentukan kedudukan program di atas

tapak.• Kedudukan atau lokasi setiap program ditandakan di

atas pelan asas secara kasar dan perkaitannya sama seperti yang telah dibuat dalam gambarajah bulat aatu buih.

• Pelan konsep hanya menunjukkan kedudukan program di atas pelan asas.

Page 18: Kuliah 8 - Inventori, Analisis Tapak Dan Konsep Rekabentuk Landskap

Pelan konsep

Page 19: Kuliah 8 - Inventori, Analisis Tapak Dan Konsep Rekabentuk Landskap

Melakar Gambarajah Bulat @ Buih1. Tetapkan matlamat pelandskapan bagi kawasan yang

telah dibuat inventori dan analisis. Matlamat hendaklah berasaskan masalah dan potensi yang telah dikenalpasti.

2. Senaraikan beberapa program bagi mencapai matlamat yang dinyatakan di dalam buku skrap.

3. Semak matlamat dan program bagi mendapatkan persetujuan.

4. Sediakan kertas lukisan dan lakarkan gambar rajah bulat atau buih bagi menggambarkan hubung kait setiap program yang telah disenaraikan di atas kertas lukisan.

5. Labelkan program dengan betul dan terang.6. Buatkan kotak tajuk mengikut format standard.

Page 20: Kuliah 8 - Inventori, Analisis Tapak Dan Konsep Rekabentuk Landskap

Melukis pelan konsep

1. Sediakan kertas lukisan.2. Lukis pelan asas menmgikut skala.3. Skala yang digunakan hendaklah sama dengan skala

pada pelan inventori dan analisis.4. Pindahkan gambarajah bulat atau buih ke atas pelan

asas dengan lebih jelas.5. Tentukan kedudukan (lokasi) dan saiz kawasan bagi

setiap program yang dicadangkan.6. Lakarkan kedudukan mengikut program dan kawasan

yang diliputinya di atas pelan asas.7. Labelkan program dengan betul dan terang.8. Warnakan pelan konsep mengikut pilihan warna yang

sesuai untuk setiap program9. Lukiskan kotak tajuk mengikut format standard.

Page 21: Kuliah 8 - Inventori, Analisis Tapak Dan Konsep Rekabentuk Landskap

Pelan Induk Landskap

• Pelan induk landskap dihasilkan dengan memperincikan pelan konsep.

• la menunjukkan semua elemen yang dicadangkan dalam konsep reka bentuk dengan jelas dan terperinci.

• Setiap spesis tanaman yang digunakan dalam reka bentuk dilukis simbolnya dan disenaraikan nama spesisnya.

• Struktur binaan dan siar kaki dilukis dengan simbol khusus berdasarkan jenis bahan binaan yang digunakan.

• Kewujudan air dilukis berasaskan bentuk kolam yang direka bentuk.

Page 22: Kuliah 8 - Inventori, Analisis Tapak Dan Konsep Rekabentuk Landskap

Pelan Induk Landskap (Samb….)• Penghasilan pelan induk landskap merupakan

peringkat terakhir dalam proses mereka bentuk landskap.

• Pelan induk landskap yang berwarna dipersembahkan kepada pelanggan atau pemilik kawasan tersebut untuk mendapat persetujuan berkenaan reka bentuk yang telah dibuat.

• Dengan itu, pelan induk landskap perlu lengkap, kemas dan menarik untuk menarik perhatian pelanggan.

Page 23: Kuliah 8 - Inventori, Analisis Tapak Dan Konsep Rekabentuk Landskap

Pelan Induk Landskap (Samb….)

• Bagi menunjukkan gambaran yang lebih jelas dalam reka bentuk, lukisan-lukisan sokongan seperti perspektif, keratan rentas dan tampak serta model dihasilkan bersama pelan induk landskap.

• Lukisan perspektif dan model digunakan untuk menunjukkan gambaran tiga dimensi berasaskan pelan induk landskap.

Page 24: Kuliah 8 - Inventori, Analisis Tapak Dan Konsep Rekabentuk Landskap

Pelan Induk Landskap (Samb….)

• Pelan induk landskap yang telah dipersetujui akan diteruskan ke peringkat pembinaan.

• Bagi melaksanakan kerja-kerja pembinaan, pelan penanaman, pelan perincian pembinaan dan spesifikasi kerja disediakan.

• Pelan-pelan ini disediakan oleh arkitek landskap profesional atau pereka bentuk landskap.

• Dalam profesion arkitek landskap, penyediaan pelan induk andskap, pelan penanaman dan pembinaan serta spesifikasi kerja merupakan bidang tugas utama yang dilakukan.

Page 25: Kuliah 8 - Inventori, Analisis Tapak Dan Konsep Rekabentuk Landskap

Pelan Induk Landskap (Samb….)

• Pelan-pelan perincian penanaman dan pembinaan akan diserahkan kepada kontraktor landskap yang dilantik bagi melaksanakan kerja-kerja pembinaan landskap termasuk landskap lembut dan landskap kejur.

• Arkitek landskap akan memantau kerja-kerja pelaksanaan ini di tapak pembinaan.

Page 26: Kuliah 8 - Inventori, Analisis Tapak Dan Konsep Rekabentuk Landskap

Melukis Pelan Induk Landskap

1. Sediakan sehelai kertas lukisan.2. Lukiskan pelan asas tapak di atas kertas lukisan anda

dengan menggunakan skala yang sama pada pelan konsep.

3. Perincikan program-program yang anda cadangkan daripada pelan konsep.

4. Lakukan susun atur terhadap tumbuh-tumbuhan landskap; perletakan struktur binaan, laluan siar kaki dan bentuk atau rupa kolam jika berkenaan.

5. Susun atur dan perletakan elemen ini hendaklah berasaskan prinsip reka bentuk dan konsep yang telah dibentuk.

6. Semak dengan pelan awal landskap yang dihasilkan.

Page 27: Kuliah 8 - Inventori, Analisis Tapak Dan Konsep Rekabentuk Landskap

Melukis Pelan Induk Landskap

7. Apabila pelan awal dipersetujui, barulah diperincikan lagi untuk menghasilkan pelan induk landskap.

8. Lukiskan simbol-simbol dengan terperinci bagi setiap tumbuh-tumbuhan landskap seperti:

• Pokok utama atau naungan• Pokok Palma• Tanaman Renek• Tanaman Penutup bumi dan rumput turf

9. Senaraikan setiap spesis tanaman landskap yang anda pilih.

10. Lukiskan simbol-simbol untuk menunjukkan elemen-elemen lain yang terdapat seperti air, siar kaki, wakaf, kergsi taman dan sebagainya mengikut skala yang sama.

Page 28: Kuliah 8 - Inventori, Analisis Tapak Dan Konsep Rekabentuk Landskap

Melukis Pelan Induk Landskap

11. Labelkan semua elemen tersebut dengan betul, jelas dan kemas.

12. Lukiskan kotak tajuk mengikut format yang standard sama ada di sebelah kanan atau di bahagian bawah kertas lukisan anda.

13. Akhir sekali, warnakan pelan induk anda dengan warna yang sesuai dan menarik.

Page 29: Kuliah 8 - Inventori, Analisis Tapak Dan Konsep Rekabentuk Landskap

PELAN INDUK LANDSKAP

Page 30: Kuliah 8 - Inventori, Analisis Tapak Dan Konsep Rekabentuk Landskap

Contoh Pelan Induk

Page 31: Kuliah 8 - Inventori, Analisis Tapak Dan Konsep Rekabentuk Landskap
Page 32: Kuliah 8 - Inventori, Analisis Tapak Dan Konsep Rekabentuk Landskap

Membina Model Reka Bentuk Landskap

1. Sediakan sekeping polisterin bersaiz sama dengan kertas lukisan anda,

2. Sediakan sekeping 'mounting board' atau kotak untuk membuat bangunan dan

struktur landskap.3. Potong mounting 'board' atau kotak anda

mengikut saiz bangunan atau struktur mengikut skala di dalam pelan induk landskap.

4. Cantum dan gamkan kepingan-kepingan tersebut bagi menghasilkan bentuk dan

rupa bangunan atau struktur yang dikehendaki.

Page 33: Kuliah 8 - Inventori, Analisis Tapak Dan Konsep Rekabentuk Landskap

Membina Model Reka Bentuk Landskap

5. Letakkan model bangunan atau struktur yang telah siap di atas polisterin sama seperti kedudukannya di atas pelan induk.

6. Lekatkan model bangunan atau struktur anda supaya tidak mudah berganjak.

7. Sediakan kertas pasir atau kertas warna untuk membuat jalan raya atau laluan siarkaki.

8. Potongkan kertas tersebut mengikut bentuk yang telah dilukis di dalam pelan induk

9. Letak dan tampalkan di atas polisterin sama kedudukannya seperti di atas pelan induk landskap anda.

Page 34: Kuliah 8 - Inventori, Analisis Tapak Dan Konsep Rekabentuk Landskap

Membina Model Reka Bentuk Landskap10. Sediakan beberapa span untuk membuat

model tumbuh-tumbuhan landskap.

11. Potong atau guntingkan span tersebut menjadi bentuk-bentuk tanaman landskap yang disenaraikan dalam pelan induk anda mengikut skala yang sama.

12. Warnakan 'tanaman' anda dengan warna yang sesuai mengikut warna semulajadinya.

Page 35: Kuliah 8 - Inventori, Analisis Tapak Dan Konsep Rekabentuk Landskap

Membina Model Reka Bentuk Landskap

13. Cucukkan 'tanaman' tersebut di atas polisterin dengan menggunakan ranting

kayu atau kayu pencucuk satay berdasarkan kedudukannya di atas pelan induk landskap anda. :

14. Buatkan model bagi elemen-elemen lain yang terdapat dengan menggunakan

bahan- bahan yang sesuai dan mudah didapati.

15. Letakkan di atas polisterin mengikut kedudukannya seperti di atas pelan induk.

Page 36: Kuliah 8 - Inventori, Analisis Tapak Dan Konsep Rekabentuk Landskap

Sekian,terima kasih…..!!!!

“ Garisan dalam prinsip landskap seperti perjalanan meniti kehidupan, kadangkala lurus, kadangkala berliku…..langkah hati-hati diperlukan untuk menitinya……”