Kuliah 8 Perenggan Isi Dan Penutup

40
Perenggan Isi dan penutup

description

Kuliah 8 Perenggan Isi Dan Penutup

Transcript of Kuliah 8 Perenggan Isi Dan Penutup

  • Perenggan Isi dan penutup

  • (1)Perenggan Isi/badanPerengan-perenggan yang terletak selepas perenggan pendahuluan dan sebelum perenggan penutup, dinamakan perenggan isi atau badan. Jumlah perenggan isi/badan adalah bergantung kepada idea yang hendak disampaikan. Jika sesuatu idea itu kompleks, maka dalam tulisan tersebut akan wujudlah jumlah perenggan isi/badan yang banyak.

  • Bahagian isi mengambil ruang yang paling luas- 80% daripada keseluruhan karanganBerfungsi mengembang dan membicarakan judul secara mendalam, di bahagian ini dikemukakan fakta, pandangan, ulasan, pendapat, contoh dan hujahDi sini letaknya kelemahan dan kekuatan sesebuah karangan dan sama ada karangan itu logik, mantap, dan berkesan atau tidak

  • Pembinaan perenggan isi/badan mempunyai persamaan dengan pembinaan sebuah esei/karangan. Bezanya ialah perenggan dihasilkan dalam skop yang lebih kecil. Dari segi strukturnya, perenggan juga adalah seperti sebuah esei/karangan yang lengkap.

  • Karangan/eseiPerengganPendahuluan/tesisPerenggan perenggan isi/badanpenutupAyat topikAyat sokonganAyat kesimpulan

  • Perenggan isi/badan berperanan untuk mengembangkan idea utama/pernyataan tesis.Setiap perenggan isi/badan akan mengandungi satu ayat judul/topik yang mempunyai kaitan dengan idea pokok/pernyataan tesis penulisan. Ayat judul/topik akan diperluaskan dalam perenggan ini dengan menggunakan ayat-ayat sokongan/ ayat penyangga.

  • Dengan itu, kita boleh menyatakan bahawa perenggan isi/badan mempunyai dua kompenen penting, iaitu (1) ayatjudul/topik, (2) ayat sokongan.

  • Ayat judul ialah ayat yang mengandungi maklumat atau gagasan penting yang berkaitan dengan idea utama. Jika ayat tesis menjadi panduan kepada pembinaan keseluruhan esei yang hendak kita tulis, ayat judul pula menjadi panduan kepada pembinaan perenggan.

  • Ayat judulAyat judul disampaikan dalam satu ayat. Biasanya ayat ini terletak di awal perenggan.Namun ayat judul juga boleh diletakkan pada pertengahan dan akhir perenggan.

  • Struktur perenggan

    Jika ayat judul terletak pada awal perenggan, pola binaan perengan tersebut dikenali sebagai deduktif. bermula dengan bahagian penjudulan (membuat generalisasi tentang topik perbicaraan) kemudian diikuti dengan bahagian perwajaran (ayat-ayat sokongan yang mewajarkan topik perbicaraan)-bermula dengan premis umum

  • Kosa kata memainkan peranan dan merupakan unsur dasar yang paling penting dalam kemampuan berbahasa, khususnya dalam karang-mengarang. Jumlah kosa kata yang dimiliki oleh seseorang akan menjadi petunjuk tentang pengetahuan seseorang itu. Di samping itu jumlah kosa kata yang dikuasai seseorang juga akan menjadi indikator bahawa orang itu mengetahui sekian banyak konsep. Semakin banyak kosa kata yang dikuasai, semakin tinggi pula pengetahuan seseorang. Dengan demikian seorang penulis akan mudah memilih kata-kata yang tepat dan sesuai untuk mengungkapkan idea yang ada dalam fikirannya.

  • Manakala perenggan yang mempunyai ayat judul di akhir perenggan, pola binaan perenggan tersebut dikenali sebagai induktif.Bermula dengan idea-idea sokongan, iaitu hal-hal khusus, kemudian diakhiri dengan generalisasi atau penyetaan umum-ayat topik terletak pada akhir perenggan

  • Sebagai rakyat Malaysia yang diajar dengan bahasa Melayu sejak sekolah rendah lagi maka penggunaan bahasa Melayu dalam pengajaran di IPTS sememangnya akan memberi kesan yang lebih baik daripada penggunaan bahasa Inggeris. Para penuntut akan lebih cepat dan senang memahami apa-apa yang diajarkan dan inilah matlamat utama dalam sistem pengajaran dan pemelajaran. Sewajarnya bahasa Melayu harus dijadikan bahasa pengantar di IPTS tanpa ragu-ragu lagi

  • pola gabungan membina perenggan dengan satu isi/idea tetapi menerusi dua ayat topik-satu ayat topik berada di awal perenggan dan satu lagi berada di akhir perenggan- keduanya diolah dengan cara berbezabhgian pewajaran terletak di tengah-tengah antara dua ayat topik dalam perenggan berkenaan.

  • Peningkatan taraf pendidikan para petani dianggap sama pentingnya dengan usaha peningkatan taraf hidup mereka. Petani yang berpendidikan dapat mengubah sistem pertanian tradisional. Itulah sebabnya peningkatan taraf pendidikan para petani dianggap sangat mustahak.

  • Bagimana hendak menghasilkan ayat judul yang baik?Ayat judul yang baik ialah ayat judul yang mengutarakan satu judul dan juga satu idea tentang judul. Dalam ayat judul terdapat dua unsur, iaitu judul dan idea tentang judul. Idea tentang judul ini dinamakan idea pengawal.Idea pengawal berperanan mengawal perbincangan dalam perenggan berkenaan.

  • Contoh:

    Suasana hari raya di bandar tidak semeriah di kampung IDEA PENGAWALJUDUL/TOPIKTOPIK= selaras dengan temanya iaitu hari rayaIDEA PENGAWAL= lanjutan topik; mengawal perbincangan dalam perenggan tersebut

  • Yang akan kita kembangkan bukan judul, iaitu suasana hari raya, tetapi idea pengawalnya di bandar tidak semeriah di kampung.

  • Idea pengawal berfungsi dalam sesuatu perenggan sahaja. Maksudnya ia hanya akan mengawal perkembangan idea melalui ayat-ayat sokongan dalam perenggan tersebut sahaja. Judul pula merupakan bahagian yang akan menjadi pertalian dengan perenggan-perenggan yang lain.

  • Misalnya dalam contoh Kuala Lumpur sudah menjadi kota rasuah.Yang menjadi fokus dalam perenggan ialah idea pengawal sudah menjadi kota rasuah, manakala yang menjadi fokus keseluruhan esei/karangan ialah yang berkaitan dengan Kuala Lumpur.Ayat judul yang yang baik perlu mempunyai idea pengawal yang jelas, baik dan difokuskan kepada aspek khusus.

  • elakkan daripada membina ayat judul yang berupa fakta. Misalnya:Kuala Lumpur ialah salah sebuah bandar di Asia.Kuala Lumpur ialah ibu kota Malaysia.Ayat judul yang bersifat fakta akan menyukarkan penulis mengembangkan perenggan yang baik.Ayat topik juga tidak boleh terlalu kecil atau terlalu luas skopnya.

  • Ayat sokongan Untuk menghasilkan perenggan isi yang baik, maklumat-maklumat atau gagasan yang ada dalam ayat judul perlu diperjelas dengan menggunakan ayat sokongan. Ayat sokongan berperanan untuk mengembangkan idea pengawal dalam ayat judul. Ayat-ayat sokongan ini digunakan untuk menghujah, mewajarkan, mensahihkan, menjelaskan, memperincikan, menghuraikan atau membuktikan idea yang terdapat dalam ayat judul.

  • Suasana hari raya di bandar tidak semeriah di kampung. Kehidupan di bandar yang sentiasa sibuk membuatkan persiapan hari raya tidak begitu dipentingkan. Berbeza dengan di kampung, suasana sambutan hari raya mula terasa sejak malam-malam terakhir bulan Ramadan lagi.

  • Terdapat beberapa teknik penulisan ayat sokongan, antaranya penyenaraian, perbandingan, pentakrifan, sebab akibat, percontohan, penghuraian proses, pengelasan, analogi dan analisis.(Teknik-teknik ini akan dibincangkan selepas ini)

  • Tentukan jenis perenggan ini? Tekanan jiwa boleh menyebabkan seseorang itu tidak dapat menumpukan perhatian kepada memandu. Dalam keadaan ini, minda si pemandu itu mungkin dipenuhi oleh pemikiran mengenai masalah yang merunsingkan sehingga pemandu itu tidak menumpukan perhatian kepada kerja memandu. Maka dengan itu, kemalangan jalan raya mungkin akan berlaku.

  • Salah satu langkah menangani gejala lumba haram yang paling berkesan ialah dengan penguatkuasaan undang-undang secara lebih menyeluruh. Sebagai contoh, hukuman sebat ke atas mereka yang terlibat dalam kegiatan lumba haram boleh dikenakan. Sekiranya mereka ditahan kerana kesalahan berlumba mereka juga boleh dibawa untuk menjalani khidmat masyarakat. Oleh itu penguatkuasaan undang-undang lebih tegas dapat menangani gejala lumba haram.

  • Perenggan penutupDi samping perenggan pendahuluan aspek yang perlu diberi penekanan juga ialah pengakhiran esei. Perenggan penutup ialah perenggan yang terletak diakhir sesuatu esei/karangan. Isinya adalah rumusan keseluruhan perbincangan yang menandakan berakhirnya esei/karangan tersebut.

  • Jika esei ditamatkan secara tiba-tiba, pembaca akan merasa terbiar atau merasa ditinggalkan dalam keadaan tertanya-tanya. Perenggan penutup seharusnya memberi pembaca perasaan yang seolah-oleh mereka telah sempurna membaca esei tersebut. Dalam perenggan penutup, penulis mungkin mahu menyatakan semula tesisnya atau beberapa isi penting tetapi penulis harus mengelakkan dari mengulangnya dalam bentuk perkataan demi perkataan.

  • Dalam perengan ini juga penulis boleh membuat penilaian tentang bahan yang telah dibincangkan atau penulis boleh membuat rayuan terakhir di mana penulis boleh mendesak pembaca untuk mempertimbangkan implikasi dari idea penulis dan meminta mereka mengambil tindakan yang betul. Kebanyakan pengarang surat khabar membuat pengakhiran dengan cara ini. Mereka menggunakan perkataan seperti sebagai kesimpulan, akhirnya atau hakikatnya.

  • contoh perenggan penutup rencana pengarang daripada akhbar Utusan MalaysiaBUSH TIPU DUNIA TENTANG MALAYSIAHakikatnya, AS telah banyak memusnahkan hidup rakyat negara Islam, dari Palestin, Afghanistan hinggalah ke Iraq.

  • Teknik menulis kesimpulanPerenggan kesimpulan/rumusanPandangan akhir penulis dan ada kaitan dengan isi terdahuluDitandai dengan penanda wacana, bahawa perbincangan esei sudah tamat- contoh: oleh itu Kesimpulannya Rumusannya ialah, daripada perbincangan di atas, dapatlah dirumuskan, dengan lima isi yang dibincangkan tadi, saya merumuskan

  • Dalam perenggan kesimpulan, empat unsur perlu dimasukkan iaitu; rumusan/kesimpulan, cadangan, harapan, pendirian tentang persoalan yang dibincangkan.

  • Contoh(kemalangan jalan raya)Kesimpulannya, kemalangan jalan berpunca daripada sikap pengguna jalan raya seperti cuai semasa di jalan, memandu kenderaan dalam keadaan mabuk, tidak mematuhi undang-undang jalan raya, dan memandu kenderaan terlalu laju, selain masalah teknikal yang sukar dijangka. Oleh itu, saya mencadangkan supaya setiap pengguna jalan raya berhati-hati, bertimbang rasa dan mematuhi undang-undang semasa di jalan raya. Saya berharap penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan supaya denda dan hukuman yang berat dikenakan terhadap pesalah. Akhirnya saya ingin menegaskan bahawa kemalangan jalan raya dapat dikurangkan sekiranya semua pihak berusaha supaya tidak terlibat dalam kemalangan .

  • Beberapa cara yang boleh dilakukan untuk membina perenggan penutup menyimpulkan penyata tesis yang asalmenyatakan tesis tetapi dengan cara lainmembuat anekdot berkaitan dengan tesismemberi petikan yang bersesuaian dengan tesismembuat rumusanmembuat penyata atau soalan yang yang terbuka kepada perbincangan oleh pihak lain

  • Perkara yang perlu dielak dalam binaan perenggan penutupmembuat penyataan yang menunjukkan kelemahan,misalnya saya masih tahun satu, saya belum layak membicarakan perkara ini menyuarakan rasa tidak puashati tentang perkara yang dibincangkanmemberi petikan yang tidak berkaitanmengetengahkan satu isu atau tajuk lain

  • Perenggan transisiPerenggan yang ringkas dan pendekPerenggan transisi adalah jambatan yang menyambungkan dua perenggan. Misalnya antara perenggan pengenalan dengan perenggan isi, atau perenggan isi dengan isi. Fungsinya mewujudkan hubungan dan kesinambungan idea antara satu perenggan dengan perenggan yang lain

  • Perenggan transisi berperanan membawa perbincangan dari satu isi kepada isi yang lain dengan mengingatkan pembaca kepada unsur-unsur dari perenggan yang sebelumnya, dan menjadi penanda hubungan unsur-unsur tersebut dengan unsur-unsur yang berikutnya, kemudian memperkenalkan perenggan baru. Perenggan transisi banyak digunakan untuk menjadi penyambung kepada perengan yang panjang atau kompleks.

  • Jika kita tidak mahu menggunakan perenggan transisi, kita boleh menggunakan perkataan atau frasa transisi menghubungkan satu ayat dengan ayat yang lain misalnya : pertama, kedua, akhirnya, tambahan pula, namun begitu, justeru, oleh yang demikian dsb.

  • perenggan dialogPerenggan dialog selalunya terdapat dalam karya kreatif. Setiap dialog yang ditulis dalam petikan langsung perlu memiliki perenggan sendiri, walaupun dialog itu terdiri daripada satu patah kata.

  • Contoh: Kemana?KahwinKahwin siapaKawan saya Mahmud. Dia kahwin dengan perempuan joget.