kuliah Bab 1.pptx

40
ETIKA PROFESIONAL Mpu 2223

description

bab 1

Transcript of kuliah Bab 1.pptx

Page 1: kuliah Bab 1.pptx

ETIKA PROFESIONAL

Mpu 2223

Page 2: kuliah Bab 1.pptx

OBJEKTIF

• Selepas mempelajari topik ini, pelajar akan dapat:1. Memahami konsep profesion dan profesional.2. Mengenal pasti ciri-ciri khusus profesion.3. Menghuraikan isu-isu dan penekanan dalam kajian

etika profesional.4. Mengenal pasti langkah-langkah yang perlu diambil

apabila menghadapi dilema dalam hal etika.5. Menyedari kepentingan kajian etika profesional

demi kesejahteraan masyarakat.

Page 3: kuliah Bab 1.pptx

PENDAHULUAN

• Kajian tentang etika profesional melibatkan semua isu etika dan nilai dalam sesuatu bidang profesion dan tingkahlaku golongan profesional dalam masyarakat. Dalam menjalani tugasan harian mereka adakalanya berhadapan dengan masalah etika dan nilai yang sukar dan mencabar.

Page 4: kuliah Bab 1.pptx

ISU ETIKAISU PERTAMA

Seorang doktor muda telah didatangi seorang perempuan berumur 16 tahun yang mengandung 3 bulan. Perempuan itu yang sihat dan belum bersuami itu telah menjanjikan upah yang lumayan untuk melakukan pengguguran anak kepada doktor tersebut. Patutkah doktor tersebut menunaikan permintaan perempuan itu?

Page 5: kuliah Bab 1.pptx

ISU KEDUA

Seorang jurutera awam telah didesak oleh kontraktor untuk memberikan kelulusan sijil layak menduduki premis untuk bangunan sekolah yang telah siap dibina. Setelah menjalankan pemeriksaan didapati banyak spesifikasi tidak dipatuhi dan mungkin menimbulkan masalah dari segi keselamatan kelak. Kontraktor berkenaan ialah bapa mertua kepada jurutera tersebut. Wajarkah jurutera itu berkompromi untuk memberikan kelulusan?

Page 6: kuliah Bab 1.pptx

ISU KETIGA Sebuah syarikat arkitek perumahan sedang

menghadapi masalah kewangan kerana kurang menerima kontrak yang besar. Tiba-tiba sebuah syarikat pembentungan telah menawarkan kontrak yang agak besar untuk mereka bentuk sistem pembuangan najis di sebuah kawasan perumahan. Patutkah ketua arkitek di syarkat berkenaan menerima kontrak tersebut?

Page 7: kuliah Bab 1.pptx

ISU KEEMPAT

Sebuah syarikat guaman sedang mengendalikan kes dua orang kliennya di tempat dan mahkamah yang berlainan dan dikendalikan oleh kumpulan peguam yang berbeza. Dalam kes klien A mereka akan berhujah berdasarkan pada satu peruntukan perundangan, sementara dalam kes klien B mereka akan berhujah menentang peruntukan perundingan yang sama. Soal ini berlaku kerana kewujudan konflik kepentingan antara kedua-dua klien itu. Patutkah syarikat guaman mewakili kedua-dua kliennya?

Page 8: kuliah Bab 1.pptx

ISU KELIMA

Seorang profesor sains komputer di sebuah universiti telah dihubungi oleh sebuah agensi keselamatan kerajaan untuk membina laluan mengakses komputer lain yang kodnya tidak diketahui. Ini melibatkan etika dalam penyelidikan. Patutkah Profesor berkenaan menerima tugas itu?

Page 9: kuliah Bab 1.pptx

ISU KEENAM

Seorang doktor keluarga mendapati bapa dalam sebuah keluarga menghidap penyakit kelamin. Pesakit tersebut meminta doktor berkenaan supaya merahsiakan hal itu daripada ahli keluarganya kerana dikhuatiri pembongkaran rahsia itu akan merosakkan rumahtangganya. Masalah obligasi terhadap orang lain. Patutkah doktor tersebut menasihatkan supaya semua ahli keluarga berkenaan menjalani ujian sakit kelamin sedangkan permintaan tersebut melibatkan obligasi seorang profesional terhadap pelanggannya.

Page 10: kuliah Bab 1.pptx

• Kes-kes tersebut adalah antara beberapa isu etika yang melibatkan golongan profesional yang sering dibincangkan dalam masyarakat.

Page 11: kuliah Bab 1.pptx

• Secara umum, golongan profesional terdiri daripada mereka yang terlibat dalam profesion tertentu seperti:o Perubatan (doktor)o Perundangan (peguam)o Kejuruteraan (jurutera)o Perakaunan atau audit (akauntan atau juruaudit)o Seni bina (arkitek)o Perkomputeran (pakar komputer)

PROFESION DAN PROFESIONAL

Page 12: kuliah Bab 1.pptx

• Sehingga kini belum terdapat takrifan profesion dan profesional yang boleh diterima umum.

• Bagaimanapun, perkataan ‘profesion’ disinonimkan dengan ‘pekerjaan’.

• Menjadi profesional dalam sesuatu profesion bermaksud seseorang itu menganggap profesionnya sebagai aktiviti yang menjadi sumber pendapatan tetap.

• Maka timbulah gelaran pemain bole sepak profesional , pelumba kereta profesional dsb.

• Pelumba kereta amatur dan pemain bola sepak amatur tidak boleh dianggap sebagai profesional kerana tidak menjadikan aktiviti ini sebagai sumber pekerjaan.

PROFESION DAN PROFESIONAL

Page 13: kuliah Bab 1.pptx

• Menurut Martin dan Schiuzer (1996) dan Bayles (1981), perkataan profesion dan profesional hanya boleh digunakan dalam bidang pekerjaan tertentu yang memenuhi kriteria khusus seperti berikut:1) Ilmu pengetahuan – ada pengetahuan dari segi

‘bagaimana’ dan ‘apa’ kemahiran yang sofistikated (knowing-how) dan ilmu teori (knowing) untuk membuat penilaian dan melakukan budi bicara.

PROFESION DAN PROFESIONAL

Page 14: kuliah Bab 1.pptx

2) Latihan intensif dan berterusan – menjadi doktor, peguam atau jurutera, seseorang terpaksa mengikuti kursus yang menawarkan komponen intelektual di universiti selama 4-6 tahun. Hal ini berbeza sekali dengan tukang gunting rambut, tukang jahit dan pengikat batu bata yang tertumpu kepada kemahiran fizikal atau psikomotor.

3) Perkhidmatan penting untuk masyarakat – doktor (kesihatan), pensyarah (ilmu), peguam (melindungi hak), jurutera (keselamatan dan kebajikan), arkitek (keselamatan) dan sebagainya yang amat diperlukan bagi masyarakat itu berfungsi.

Page 15: kuliah Bab 1.pptx

4) Badan profesional – hampir semua profesion mempunyai badan profesional yang mewakili mereka. Badan-badan ini bertanggungjawab dalam menentukan standard kemasukan dalam profesion berkenaan, menyediakan kod etika dan mengawal tingkah laku ahlinya. Pada masa yang sama badan-badan ini juga mewakili pihak masyarakat dan kerajaan. PROFESION PROFESIONAL

Doktor Persatuan Perubatan Malaysia

Peguam Majlis Peguam Malaysia

Jurutera Lembaga Jurutera Malaysia

Arkitek Pertubuhan Arkitek Malaysia

Akauntan Institut Perakaunan Malaysia

Kaunselor Persatuan Kaunseling Malaysia

Page 16: kuliah Bab 1.pptx

5) Persijilan (Pertauliahan) – pengamal sesuatu profesion perlu mendapat sijil atau lesen yang dikeluarkan oleh badan profesional masing-masing.

6) Bersifat autonomi – profesional biasanya mempunyai autonomi dalam membuat sebarang keputusan penting dan penilaian mengenai hal-hal yang berkaitan dengan profesionnya. Misalnya seorang doktor membuat penilaian sendiri tentang prosedur terperinci dalam sesuatu pembedahan terhadap pesakitnya. Peguam merangka sesuatu kontrak untuk pelanggannya.

Page 17: kuliah Bab 1.pptx

• Lazimnya perkataan profesion dan profesional membawa konotasi positif dan status yang tinggi tentang bidang profesion seseorang itu.

• Hal ini ada kaitan dengan ilmu dan kemahiran yang dimiliki di samping kepentingan peranannya dalam masyarakat. Tidak hairanlah kalau golongan profesional ini dikatakan patut mendapat gaji, kemudahan dan prestij yang tinggi.

Page 18: kuliah Bab 1.pptx

• Umumnya jen is profes i on dapat dibahagikan kepada dua kumpulan:

1. Profesional perunding2. Profesional bergaji

TERDAPAT DUA JENIS PROFESIONAL

PROFESIONAL

PERUNDING BERGAJI

Page 19: kuliah Bab 1.pptx

PROFESIONAL BERGAJI PROFESIONAL PERUNDING

Makan gaji (menerima upah) seperti pensyarah, penyelidik, dan jurutera

Usahawan (bekerja sendiri)

Tugas atas arahan orang atasan/ institusi tempat kerja/mempunyai banyak klien atau tiada langsung pada satu-satu masa

Bertindak atas keputusan sendiri

Cabaran kurang kerana segala sesuatu mesti rujuk orang atasan/ institusi tempat kerja/ Masalah bayaran, pengagihan dan hubungan dengan klien tidak menjadi masalah utama kerana semuanya telah ditetapkan mengikut peraturan-peraturan syarikat.

Cabaran agak tinggi kerana memiliki autonomi dalam segala keputusan dan penilaian terpaksa dibuat sendiri.

Page 20: kuliah Bab 1.pptx

PROFESIONAL PERUNDING• Pada umumnya terdapat tiga (3) ciri utama profesional

perunding:1) Memberikan perkhidmatan penting 2) Mempunyai monopoli dalam profesion dan perkhidmatan

yang diberikan – sebelum menjadi profesion tertentu, mereka perlu mendapat lesen yang sah. Pengamal tanpa lesen dianggap sebagai kesalahan jenayah. Kadang-kadang monopoli menyebabkan ahli profesional menyalahgunakan kedudukan dan keistimewaan bagi kepentingan tertentu.

3) Ahli profesional mendakwa bahawa mereka dapat mengawal tingkah laku mereka sendiri kerana telah menjalani latihan intelektual dan penilaian secukupnya sebelum menceburi bidang profesionnya. Oleh itu, mereka menganggap masyarakat kurang memahami dan sukar menilai tingah laku mereka.

Page 21: kuliah Bab 1.pptx

PERHATIAN…• Jika sifat monopoli dan mengawal diri sendiri

tidak dilakukan dengan betul, timbul kesan buruk kepada masyarakat dan kualiti kehidupan manusia keseluruhannya.

• Dalam menjalankan tugas hariannya seseorang profesional itu mungkin menghadapi tekanan daripada pelbagai pihak yang boleh menimbulkan isu-isu etika.

Page 22: kuliah Bab 1.pptx

Tekanan yang dihadapi oleh profesional

PROFESIONAL

KLIEN (PELANGGAN)

UNDANG-UNDANG DAN

KERAJAAN

INDUSTRI

BADAN PROFESIONAL

PERSEKITARAN GLOBAL DAN MASYARAKAT

KELUARGA

Page 23: kuliah Bab 1.pptx

ETIKA PROFESI

ONAL

KEPENTINGAN KAJIAN ETIKA

FAKTOR TIDAK

BERETIKA

MASALAH

PENYELESAIAN ETIKA

Page 24: kuliah Bab 1.pptx

• Kesan penyalahgunaan kuasa dan kedudukan dalam profesion profesional kian menjadi-jadi, maka kajian etika profesional wajar dilakukan agar:1) Masyarakat tidak hilang kepercayaan kepada

profesional2) Imej profesion profesional terjejas3) Profesional tidak terus melakukan perbuatan

tidak beretika

KEPENTINGAN KAJIAN ETIKA PROFESIONAL

Page 25: kuliah Bab 1.pptx

NEGARA BIDANG MASALAH ETIKA

Amerika Syarikat Perubatan

Kecuaian dalam bidang perubatan telah menyebabkan kematian 44,000 hingga 98,000 setahun.

Malaysia Perubatan

1. 61 kes kecuaian dalam perkhidmatan perubatan (1986-1990).

2. 1991, 20 kes dibawa ke mahkamah dan bilangan menurun kepada 16 kes pada tahun 1992. mungkin ada kes yang tidak dilaporkan.

Peguam Melarikan wang pelanggan (menipu)

Akauntant Pecah amanah

Jurutera Memberi sijil lulus bangunan yang tidak selamat

Page 26: kuliah Bab 1.pptx

FAKTOR-FAKTOR PERBUATAN TIDAK BERETIKA

Pertambahan bilangan ahli profesionalContoh : pengamal perubatan sehingga ke ceruk pedalaman (selepas DEB dilaksana) –

persaingan survival klinik. Prinsip-prinsip etika dikorbankan.Kebergantungan masyarakat moden kepada ahli

profesional (teknologi dan perundangan yang kompleks)

Contoh : jual beli rumah harus melibatkan peguam, sakit – doktor,

perakaunan dan percukaian – akauntan, keselamatan bangunan -jurutera

Page 27: kuliah Bab 1.pptx

• Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada punca kerumitan penyelesaian masalah etika seperti persekitaran, situasi, dan prinsip atau kepercayaan yang berbeza.

• Tiga (3) faktor yang dikatakan selalu menjadi punca adalah seperti berikut:

1) Masalah ‘kekaburan’ tentang pertimbangan etika atau prinsip yang perlu diamalkan dalam situasi tertentu. Contoh, menerima hadiah diari daripada jurujual. Baru mula bekerja dapat hadiah. Adakah itu dianggap rasuah? Apakah perbuatan itu akan menimbulkan konflik kepentingan?

MASALAH PENYELESAIAN ETIKA

Page 28: kuliah Bab 1.pptx

2) Alasan yang menimbulkan konflik. Timbul dua atau lebih prinsip yang boleh diaplikasi yang bertentangan antara satu sama lain. Keadaan disebut dianggap sebagai dilema moral iaitu satu situasi yang mempunyai dua atau lebih obligasi moral, tanggungjawab dan hak yang bertentangan antara satu sama lain.

Page 29: kuliah Bab 1.pptx

BAGAIMANA MENGHADAPAI DILEMA

1. Kenal pasti faktor etika yang relevan dan alasan-alasannya.

2. Kumpulkan semua fakta yang berkaitan dengan faktor etika terlibat.

3. Susun pertimbangan etika mengikut kepentingan untuk diaplikasikan dalam sesuatu situasi.

4. Sediakan tindakan alternatif untuk menyelesaikan masalah dilema tersebut dan kenal pasti implikasi setiap tindakan itu.

Page 30: kuliah Bab 1.pptx

5. Berbincang dengan rakan untuk mendapatkan cadangan dan alternatif tertentu.

6. Buat keputusan secara berhati-hati dengan mengambil kira semua faktor etika yang relevan dan faktor-faktor lain. (langkah terakhir biasanya dianggap langkah yang paling sukar)

BAGAIMANA MENGHADAPAI DILEMA

Page 31: kuliah Bab 1.pptx

• Contoh : Ali berjanji dengan kawan untuk bertemu, Ayahnya pula sakit. Terpaksa telefon kawan minta maaf. (agak mudah diselesaikan)

• Tapi dilema yang dihadapi oleh profesional adalah lebih rumit sekiranya melibatkan soal hidup atau mati, maruah, kejujuran dan keadilan. Namun, hal ini dapat diatasi dengan menggunakan autonomi moral iaitu kebolehan menggunakan pandangan moral yang sesuai berdasarkan asas-asas nilai kemanusiaan.

Page 32: kuliah Bab 1.pptx

3. Penyelesaian masalah etika yang dikaitkan dengan perbezaan individu dan kumpulan, mengaplikasi dan menyeimbangkan prinsip etika untuk sesuatu situasi. Lagi rumit sekiranya terpaksa bekerjasama dalam keadaan yang telah ditentukan oleh pihak atasan.

Page 33: kuliah Bab 1.pptx

MASALAH

PENYELESAIAN ETIKA

KEKABURAN

PRINSIPKUMPULAN ATAU PIHAK

ATASAN

Page 34: kuliah Bab 1.pptx

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ETIKA PROFESIONAL?

• Etika profesional diiktirafkan sebagai suatu alat kawalan sosial terhadap golongan profesional yang membolehkan oraganisasi dan masyarakat mengawasi dan menilai tingkah laku mereka dari semasa ke semasa.

• Tegasnya, etika profesional merupakan mekanisme kawalan sosial terhadap golongan profesional daripada pelbagai bidang profesion. Melalui kawalan ini, diharapkan profesionalisme dapat dipertingkatkan.

Page 35: kuliah Bab 1.pptx

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PROFESIONALISME?

• Profesionalisme bermaksud suatu tahap daya kecekapan dan rasa tanggungjawab yang tinggi dalam melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin. Bagi mencapai tahap ini, komitmen, minat dan kejujuran amat diperlukan untuk mendatangkan kepuasan.

Page 36: kuliah Bab 1.pptx

ISU KAJIAN ETIKA PROFESIONAL

• Tiga isu utama yang sering dikaitkan dengan kajian etika profesional adalah seperti berikut:

1. Memberikan khidmat profesional yang sama tanpa diskriminasi berdasarkan bangsa, agama, budaya, jantina, fahaman politik dan kedudukan sosio-ekonomi.

Page 37: kuliah Bab 1.pptx

2. Hubungan antara golongan profesional dengan pelanggannya. Ini termasuklah masalah seperti mengambil kesempatan akibat kebergantungan pelanggan, kerahisaan maklumat, hubungan yang melampaui batasan dll.

3. Mengelakkan penyalahgunaan kuasa akibat pangkat, kedudukan dan maklumat tertentu untuk kepentingan diri sendiri. Eg. Rasuah.

Page 38: kuliah Bab 1.pptx

APAKAH YANG DITEKANKAN SECARA KHUSUS OLEH ETIKA

PROFESIONAL1. Menjaga kepentingan individu, masyarakat

dan alam sekitar secara berterusan.2. Mengelakkan daripada berlakunya konflik

antara kepentingan diri dengan umum (masyarakat).

3. Mengelakkan penyalahgunaan kuasa akibat pangkat, kedudukan dan maklumat tertentu untuk kepentingan diri sendiri.

Page 39: kuliah Bab 1.pptx

KESIMPULAN

• Etika profesional cuba menjelaskan peranan profesion dan tingkahlaku yang patut diamalkan oleh golongan profesional. Hal ini kerana golongan profesional sentiasa berdepan dengan isu-isu etika yang kompleks menyebabkan mereka berada dalam situasi dilema dalam memilih sesuatu tindakan.

• Dilema ini berpunca daripada prinsip etika yang kabur, alasan yang membawa kepada konflik dan perbezaan pendapat.

Page 40: kuliah Bab 1.pptx

SESI SOAL JAWAB???

Latihan: