Kuliah Sejarah

29
Sejarah adalah ilmu yang digunakan untuk mempelajari peristiwa penting masa lalu manusia.Sejarah dikategorikan dalam Ilmu sosial. Ilmu sejarah merangkumi pelbagai kejadian yang berhubungan dengan kemanusiaan masa lalu.

description

sjh

Transcript of Kuliah Sejarah

  • Sejarah adalah ilmu yang digunakan untuk mempelajari peristiwa penting masa lalu manusia.Sejarah dikategorikan dalam Ilmu sosial. Ilmu sejarah merangkumi pelbagai kejadian yang berhubungan dengan kemanusiaan masa lalu.

  • Ilmu sejarah berkaitan dengan Kronologi,Historiografi,genealogi,paleografi dan kliometrik. Orang yang mengkhususkan diri mempelajari sejarah atau ahli sejarah disebut sejarawan. Ilmu sejarah adalah ilmu yang digunakan untuk mempelajari peristiwa penting masa lalu.

  • R.O Winstedt menyatakan perkataan sejarah asalnya dari bahasa Arab iaitu Syajaratun yang membawa makna pohon kayu,keturunan asal usul atau salasilah. Sementara bahasa Inggeris sejarah dikenali sebagai History yang merujuk kepada aktivitas manusia berkaitan dengan peristiwa-peristiwa tertentu yang disusun dalam hubungan kronologis.

  • Sejarah dalam Bahasa Perancis Historie sementara sejarah dalam Bahasa Yunani adalah Historia. Bahasa Itali menamakan sejarah sebagai Storia sementara Bahasa German Sejarah dikenali sebagai Geschiche yang bermaksud terjadi. Bahasa Belanda sejarah dinamakan Gescheiedenis.

  • Definisi Sejarah J.V Bryce menyatakan sejarah adalah catatan dari apa yang telah difikirkan,dikatakan dan diperbuat. W.H.Walsh pula memberi definisi sejarah itu menitikberatkan pada pencatatan yang bererti dan penting.Catatan itu meliputi tindakan-tindakan dan pengalaman-pengalaman manusia di masa lampau pada hal-hal yang penting.

  • History is the memory of human experience menurut kenyataan Robert V.Daniels. Sementara menurut Prof.Khoo Kay Kim History belongs to everyone. R.G .Collingwood menyatakan Sejarah adalah satu Pemikiran. History is continous process of interaction between the Historian and his facts,an unending dialog between the present and the past (Carr,1965:35)

  • Herodotus pula berpendapat sejarah adalah penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya. Ibn Khaldun mendefinisikan sejarah adalah pembicaraan tentang masyarakat manusia dan peradaban manusia serta perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat tersebut. Muhd.Yusof Hashim sejarawan tempatan pula menyatakan sejarah merupakan catatan atau rekod mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu.

  • Ciri Umum Sejarah 1.Fakta yang tepat dan benar- peristiwa, tempat,tokoh dan tarikh yang dibuktikan. 2. Penting dan bermakna- peristiwa yang beri kesan kepada pelajar,keluarga,masyarakat dan negara. 3. Sebab dan akibat- mencari kebenaran sesuatu peristiwa pada masa lalu.

  • Sejarah melalui ruang dan waktu mengandungi dua pengertian iatu yang pertama lebih umum,lazim dan luas keadaannya manakala yang satu lagi adalah lebih khusus dan terbatas keadaannya: i. Sejarah adalah masa lalu itu sendiri.Sejarah

    sebagai masa lalu bermaksud semua peristiwa sejarah telah berlaku dan berlalu sama ada kumpulan atau kejadian yang berasingan.

    ii. Sejarah merupakan suatu catatan mengenai sesuatu peristiwa yang telah berlaku pada masa lalu.Ia terbatas oleh tempat,keadaan,kebudayaan,anutan agama dan waktu.

  • Tiga Ciiri Utama Sejarah 1.Bersifat Kajian 2. Ruang Lingkup Sejarah 3.Berbentuk Narratif 1.Sejarah Bersifat Kajian: Profesor R.G.Collingwood dalam

    penakrifannya tentang sejarah memperakukan bahawa unsur kajian adalah salah satu ciri yang penting .Manakala Profesor Maurice Mandelbaum juga berpendapat demikian.

  • Collingwood berpendapat ciri kajian ini secara lansung dapat mendedahkan usaha untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui.Dalam proses kajian ahli sejarah akan menanyakan soalan dan cuba menjawabnya.Collingwood seterusnya membuat perbandingan sejarah dengan bidang perubatan dimana para doktor berusaha menyelidik punca-punca penyakit.Jadi sejarah juga bersifat seperti sains,Sejarah adalah mengetahui sesuatu ,dan dari segi itu sejarah adalah sejenis sains

  • Kajian dalam sejarah adalah berasaskan kepada penafsiran bukti atau sumber-sumber sama ada dalam bentuk tulisan atau kesan-kesan peninggalan lama.Seseorang ahli sejarah akan mencari jawapan kepada soalan-soalan yang dikaji olehnya dengan menggunakan sumber atau bukti yang dipilih olehnya.

  • Kajian dalam sejarah patut dibuat oleh orang yang ahli dalam bidang tersebut.Walaupun terdapat ramai orang yang berpendidikan tinggi terdedah kepada pemikiran sejarah tetapi mereka ini tidak layak memberi sebarang pendapat tentang sejarah.Oleh itu hanya orang yang berkelayakan sahaja yang boleh memberi pendapat tentang satu sifat,tujuan,kaedah dan nilai pemikiran sejarah.

  • Soal kajian dalam sejarah sangat penting.Mengikut Profesor Mandelbaum ia adalah untuk memajukan bukti yang bebas untuk mengesahkan kebenarannya. Sejarah sebagai ilmu iaitu sesuatu tulisan yang tidak berdasarkan bukti atau sumber(iaitu kajian) tidak boleh diiktiraf sebagai sejarah.Contohnya,tulisan yang berbentuk kenangan-kenangan tidak boleh diterina sebagai bahan penulisan sejarah.Ini atas faktor ia adalah penulisan berdasarkan ingatan seseorang sahaja.

  • Suatu contoh yang nyata ialah karangan YAM Tunku Abdul Rahman yang berjudul Pandang Balik yang berdasarkan ingatan beliau semata-mata.Walaupun beliau mendakwa bahawa semua yang saya sebutkan adalah bertujuan untuk memberi kan data,fakta dan angka-angka sejarah,namun beliau juga mengakui bahawa semua kertas-kertas yang saya simpan telah hilang semasa saya berpindah ke Sekretariat Islam dari Jeddah pada tahun 1970 hingga tahun 1974.Jelas karyanbeliau ridak boleh diiktiraf sebagai sejarah tetapi ia adalah satu sumber sejarah sahaja.

  • 2. Ruang Lingkup Sejarah F.J. Teggart berpendapat sejarah hanya tertumpu pada tindak-tanduk atau tindakan manusia sama ada individu atau sesuatu kelompok yang memberi kesan kepada sesuatu kelompok seperti rakyat,masyarakat dan negara.

  • Sambungan Ruang Lingkup Sejarah Ranke berpendapat ruang lingkup sejarah terbatas dengan hal-hal peperangan,pentadbiran,tentera dan diplomasi.Hal-hal seperti sosial,ekonomi,kedudukan wanita dan orang ramai diabaikan. Ketidakpuasan hati terhadap pensejarahan tradisi telah melahirkan aliran-aliran baharu pada abad ke 20 bagi memperluaskan ruang lingkup sejarah.Antara aliran yang popular adalah aliran Annales,sejarah sosial,sejarah rakyat.

  • Aliran Annales menganjurkan Sejarah Keseluruhan atau Total History yang mana kegiatan-kegiatan manusia dikaji dalam konteks alam dan institusi sosial.Aliran ini dipimpin oleh Lucien Febve,Marc Bloch,Fernand Braudel dan lain-lain.

  • Aliran Sejarah Sosial : Aliran ini dipelopori oleh Profesor Hobsbawm yang menitikberatkan tiga hal iaitu: a) Sejarah orang miskin atau Kelas bawahan. b) Kehidupan manusia dipandang dari pelbagai sudut termasuk resam dan kehidupan tabiat,adat c) Sejarah sosial berserta dengan ekonomi yang mana perubahan-perubahan ekonomi dan kesannya ke atas strktur masyarakat diberi tumpuan. Kajian sejarah dalam aliran ini melibatkan soal kependudukan,keluarga, pergerakan sosial,kelas dan bandar.

  • Aliran Sejarah Rakyat: Dr. Samuel berpendapat aliran ini bertjuan merendahkan hal-hal politik kepada hal-hal kebudayaan dan sosial serta menawarkan satu bentuk sejarah yang lebih luas berbeza dari apa yang diajar di sekolah.Beliau mencadangkan agar kegiatan manusia dikaji dari semua persfektif seperti alat-alat dan teknologi kepada pergerakan sosial dan kehidupan keluarga,serta tidak mengabaikan golongan bawahan seperti penyamun dan golongan sesat.

  • Keistimewaan Sejarah Menurut R.G. Cilingwood keistimewaan sejarah ialah unsur pemikirannya.Unsur ini yang membezakan sejarah dengan sains semula jadi. Pendapat beliau seterusnya sejarah dalam mengkaji tindak tanduk manusia berdasarkan dua aspek iaitu lahiriah dan dalaman . Dalaman merujuk kepada pemikiran seseorang manusia yang mencetuskan sesuatu peristiwa Sementara lahiriah pula merujuk kepada aspek fizikal tindakan individu yang berkaitan.

  • Contoh yang berkaitan unsur pemikiranini boleh kita lihat pada peristiwa Julius Caesar menyeberangi Sungai Rubicon pada tahun 49 S.M.Dari aspek dalaman ialah pemikiran Caeser yang mendorong beliau menyeberangi Sungai Rubicon dan menmgikut Collingwood tindakan Caeser itu adalah hasratnya untuk menentang rang undang-undang yang digubal oleh Senat Rom bagi menyekat perebutan kuasa oleh Caeser. Dari aspek lahiriah pula bagaimana atau cara Caeser dan sekutu-kutunya menyeberangi Sungai Rubicon itu sama ada berjalan kaki atau menunggang kuda,berapa ramainya askar,apakah senjata yang digunakan dan sebagainya.Collingwood berpendapat ruang lingkup sejarah ialah ahli sejarah akan mengambil kira hal-hal yang melibatkan nasib manusia

  • Perbalahan Idea Collingwood dan F.J.Teggart: Peristiwa satu kes pembunuhan yang dirancangkan oleh seseorang suami untuk membunuh isteri bagi mewarisi harta isterinya.Jika mengikut Collingwood yakni mengambil kira semua hal-hal yang melibatkan nasib manusia,peristiwa pembunuhan sejarah dan ahli sejarah juga berkeupayaan untuk menghayati pemikiran si suami yang melakukan itu. Tetapi bagi Teggart kejadian pembunuhan itu tak akan dikaji kerana ia tak memberi kesan kepada masyarakat.Melainkan pembunuhan Birch

  • SEJARAH BERBENTUK NARATIF Satu lagi ciri yang penting berkaitan dengan sejarah ialah ia berbentu naratif. Apa kah yang dimaksudkan dengan Naratif? Naratif adalah cara penyampaian. Naratif ini dapat dihubungkaitkan dengan pendapat Collingwood,yang menyatakan kajian ahli sejarah menghasilkanbarang siapnya naratif sejarah yang mana peristiwa-peristiwa yang ditinjau itu dihubungkaitkan dengan urutan waktu.

  • Teggart berpendapat sejarah adalah pernyataan yang berbentuk narratif yang bertujuan menyediakan paduan,disamping menjadikan persembahan sebagai satu pementasan yang mempunyai titik permulaan ,pertengahan dan kesudahan .Contohnya karya Herodotus mengenai Perang antara orang Yunani dengan orang Parsi diceritakan dan disusun mengikut urutan waktu dengan menghuraikan dahulu keadaan yang menimbulkan ketegangan antara orang yunani dengan orang Parsi dan seterusnya memaparkan peristiwa perang tersebut.

  • Mandelbaum berpendapat sebuah gambaran sejarah adalah satu narratif dan gaya narratif itu boleh memaparkan dengan lebih ketara perubahan yang berlaku dalam pola peristiwa yang dikaji. Walaubagaimanapun bukan semua penulisan sejarah adalah berbentuk narratif ,contohnya rencana Abdullah Bin Ghazali yang bertajuk Pembunuhan J.W.W. Birch merupakan satu kajian tentang pembunuhan Birch yang tidak disusun mengikut urutan waktu.Penulis memulakan menyampaikan pandangan ahli sejarah kemudian mencatatkan bukti yang diambil dari sumber-sumber British yang membolehkan beliau mengenal pasti orang-orang yang bertanggungjawab terhadap peristiwa tersebut.

  • Kesesuaian cara narratif juga dipertikaikan pleh aliran-aliran baharu iaitu sejarah keseluruhan (total history),sejarah sosial dan sejarah rakyat. Aliran baharu berpendapat gaya narratif itu hanya bertujuan penceritaan soalan-soalan apa, bagaimana sahaja tentang sesuatu peristiwa dan bukan menghuraikan mengapa yang difokuskan oleh aliran-aliran baharu itu. Oleh itu,aliran baharu berpendapat bahawa cara penyampaian narratif bukan satu cara yang terbaik digunakan untuk menghuraikan sejarah.

  • Pejuang aliran baharu sejarah lebih cenderung untuk menganalisis masyarakat dan bukan peranan tokoh .Jelas terbukti mengikut aliran baru gaya narratif kurang sesuai dalam aspek penceritaan sejarah. Kaedah penganalisis lebih memberatkan model Marxis,model demografiatau model cliometrik yang mana penghuraian dan penjelasan tentang masyarakat dan pola-pola perubahan sosial disertakan dengan gambar rajah,carta,graf dan data.

  • Kesimpulan : Sejarah bererti peristiwa-peristiwa yang benar-benar pernah berlaku pada masa lalu. History (Bahasa Inggeris) yang berasal dari perkataan historia Yunanani Purba bermaksud penyelididkan. Tiga ciri utama dalam pengertian sejarah ialah bersifat kajian,kajian itu adalah mengkaji tindak-tanduk atau tindakan sosial manusia,dan hasil kajian yang disampaikan melalui penulisan sejarah yang berbentuk narratif.