Kuliah4

23
SUMBER PRIMER SUMBER PRIMER (AWALAN) (AWALAN) KULIAH 4 KULIAH 4

description

nfnnn

Transcript of Kuliah4

  • SUMBER PRIMER (AWALAN)

    KULIAH 4

  • Definisi dan Konsep Sumber Primer.Louis Gottschalk, `Understanding History: A Primer of Historical Method' sumber primer adalah sumber yang diperolehi daripada saksi dalam bentuk tulisan, catatan, dan juga saksi utama terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku.

    Sumber primer - juga dikenali sumber awalan, sumber pertama, sumber utama, dan sumber sezaman. (first-hand sources)

    Sumber primer dihasilkan menerusi peristiwa sezaman dan kebanyakannya diceritakan semula.

  • Ciri-ciri sumber primer Asli (Original) - mengelakkan ahli sejarah membuat tafsir yang tidak tepat. Ciri-ciri asli;

    Kandungan masih baru.Tidak diterjemahkan ke bahasa yang lain dan kekal tulisan asal.Sumber yang belum ditafsir.Teks sebenar, tidak diubahsuai atau ditokok tambah.Sumber maklumat pertama diperolehi.

  • Bahan mentah - yang belum diproses atau pun mengalami perubahan fizikal.Sukar diperolehi kerana terhad, sulit, terhapus, milik peribadi atau orang perseorangan.

    Ahli sejarah melihat sumber primer berdasarkan:Tanpa disalin semula, diterjemahkan, dan dihalusi. Sumber itu dapat memberikan maklumat awal.

  • Sumber primer yang dikatakan tidak asli;Sumber yang diperolehi tidak berbentuk `first-hand sourceMenimbulkan banyak masalah serta kekeliruan apabila ahli sejarah membuat pentafsiran sumber.

  • Pengumpulan Dan Dapatan Sumber Primer.Surat Tulisan TanganOrang Perseorangan (individu)Pembesar (bangsawan), Keturunan Diraja, Keturunan Syed, Penghulu, Ketua AdatPegawai Inggeris Arkib Negara MalaysiaPejabat Public Record

  • Surat-surat Tulisan Tangan

  • Arkib NegaraMalaysiaPerpustakaan UniversitiUniversiti Kebangsaan MalaysiaUniversiti Malaya

    Pejabat Public Record OfficeLondonSingapuraIndia

    Rekod-rekod Kerajaan Fail-fail KerajaanDokumen

  • Laporan TahunanPejabat Kerajaan (Daerah,Tanah)KementerianArkib Negara MalaysiaPerpustakaan UniversitiPerpustakaan Negara, Negeri, JabatanPerpustakaan Jabatan, Badan Berkanun, KementerianJabatan Kerajaan

  • Artifak ArkeologiMonumenTapak-tapak ArkeologiMuzium Negara, Muzium NegeriKawasan KampungTepi Persisir PantaiKawasan warta Kerajaan

  • Lisan (Interview)Tokoh PolitikAhli sejarahTokoh Tempatan, Tokoh AgamaOrang TuaKetua AdatKetua Kampung

  • Pemerosesan Dan Penggunaan Sumber PrimerAhli sejarah perlu melakukan `personal study terhadap sumber primer. Dari manakah mereka boleh mendapatkan sumber primer ini?.

    Adakah sumber diperolehi dari salinan asal ataupun daripada kaedah dapatan yang lain.Ahli sejarah yang menggunakan sumber primer perlu menggunakan metod-metod sejarah yang betul.

    Ahli sejarah seharusnya mahir dengan kaedah penyelidikan dan mempunyai ilmu sejarah.

  • Ahli sejarah yang baik akan menggunakan sumber primer dan membuat pembacaan yang teliti.

    Ahli sejarah akan cuba membuat analisis sumber dari pelbagai sudut dengan merujuk bila sumber itu dihasilkan, di mana dihasilkan, dan siapa yang menghasilkannya.

    Ahli sejarah yang paling `reliable adalah mereka yang memeriksa sumber-sumber dan mengambil peluang terhadap semua saranan, kritikan, dan pandangan yang dibuat.

  • Sumber primer sukar didapati, membosankan, sukar untuk dibaca tetapi sumber primer ini adalah sangat jelas sebagai bahan rujukan utama.Ahli sejarah yang terlatih dan biasa dengan keadaan sumber primer dapat menggunakan sumber tersebut dengan lebih baik.Ahli sejarah bukan sahaja mengumpulkan fakta tetapi cuba mengkaji maksud sumber tersebut dengan membuat pertimbangan dan kritikan ke atas sumber. Kita akan bersikap adil dalam aspek mengkaji sumber sekiranya kita memahami tujuan dan perilaku orang yang menghasilkan sumber.

  • Masalah Pemerosesan Sumber PrimerSumber primer sukar dikenalpasti, manuskrip dan dokumen sejarah tidak tersusun.

    Dokumen-dokumen ini dikumpulkan dalam gedung, bilik gelap, fail, kotak dan berabuk.Sumber primer ditulis dengan cuai, lalai, penuh dengan kesalahan, sukar dibaca, dan tidak terdapat senarai bagi membantu penyelidikan.

  • Ahli sejarah yang mengkaji sumber primer terpaksa melakukan lebih banyak tumpuan kerja.

    Kebolehan ahli sejarah menggunakan sumber primer (first-hand sources) adalah kecil dan selalunya beralih kepada sumber kedua.

    Ahli sejarah yang gagal menggunakan sumber primer, mereka akan merujuk kepada sumber kedua yang banyak.

  • Sumber primer berbentuk lisan kerap terdapat kesilapan menyebabkan penyelidikan semakin tidak tepat.

    Ahli sejarah tidak boleh berpuas hati dengan penggunaan sumber kedua sedangkan sumber primer itu masih ada dan belum dikaji.

    Bentuk sumber primer yang disalin menyebabkan ahli sejarah tidak lagi bergantung kepada manuskrip di arkib dan perpustakaan.

  • Kepentingan Sumber Primer Kebenaran sejarah Penggunaan sumber primer dapat menjelaskan tentang kebenaran sejarah dari sudut keabsahan, validity, ketepatan fakta sejarah.

    Ahli sejarah dapat menghasilkan penyelidikan dan penulisan sejarah yang berkualiti dan baik.

    Penulisan sejarah menggunakan sumber primer akan dijadikan rujukan utama.

    Penggunaan sumber primer dengan kaedah dan penulisan sejarah yang betul dapat mengelakkan kesilapan dan kesalahan fakta sejarah.