Kumpulan Punya
-
Upload
mutiara-hatie -
Category
Documents
-
view
224 -
download
0
description
Transcript of Kumpulan Punya
BAHAGIAN BPENULISAN REFLEKTIF
KUMPULAN( PELAN TINDAKAN )
PELAN TINDAKAN
TARIKH
PERKARA TINDAKAN
Pelan Tindakan
Dalam isu yang dipilih, gejala gangsterisme semakin menular
di sekolah khususnya. Di sekolah, pihak pengurusan sekolah
perlu mengambil tindakan-tindakan pencegahan sebagai
langkah awal dalam menangani gejala gangsterisme ini dalam
Tindakan
daripada
pihak
pengurusan
2 | P a g e
kalangan pelajar. Langkah yang boleh diambil adalah dengan
memperbanyakkan pendedahan mengenai keburukan
kegiatan gangsterisme kepada pelajar. Pihak pengurusan
sekolah dengan kerjasama guru besar, semua guru dan staf
sekolah perlu sentiasa mengingatkan pelajar agar tidak
melibatkan diri dengan gejala tidak sihat ini. Peringatan
mungkin boleh dilakukan semasa perhimpunan sekolah,
semasa proses pengajaran mata pelajaran agama dan moral,
melalui aktiviti-aktiviti lain di dalam dan luar bilik darjah serta
ceramah-ceramah dan program motivasi di sekolah.
Antara kempen pencegahan jenayah yang lazim diadakan di
sekolah adalah seperti tayangan video, pameran berunsurkan
aktiviti jenayah dan mewajibkan jemputan kepada pegawai
polis untuk hadir memberi ucapan mengenai kegiatan jenayah,
kesan dan hukuman kepada pesalah.
sekolah iaitu
Guru Besar,
guru-guru,
staf sekolah
dan pegawai
polis.
PENULISAN REFLEKSI KUMPULAN
Saban hari, kes gengsterisme semakin meningkat dan kebanyakan gengster
terdiri daripada remaja. Hal ini amat membimbangkan segenap lapisan masyarakat.
Bah kata pepatah, “ pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. ” Jika masalah
gengsterisme dibiarkan berterusan, keadaan ini akan menggugat kesejahteraan
sosial dan membantutkan pembangunan negara kelak. Antara aktiviti gengsterisme
adalah seperti peras ugut, ponteng sekolah, sentiasa melepak, merokok dan lain-lain
3 | P a g e
lagi. Faktor perdana yang menimbulkan masalah ini adalah kegagalan ibu bapa
memberikan bimbingan dan perhatian kepada anak-anak. Kini, ibu bapa sibuk
mencari nafkah untuk menampung kehidupan yang semakin mendesak. Oleh itu,
mereka kurang meluangkan masa untuk menyelami isi hati anak-anak.
Selain itu, sebahagian ibu bapa pada masa sekarang rakus mengejar
kemewahan dan kebendaan semata-mata untuk memenuhi naluri mereka sehingga
mengabaikan anak-anak. Mereka sering menjadikan kesibukan sebagai alasan.
Mereka kurang berkomunikasi dengan anak-anak dan menyerahkan tugas menjaga
anak bulat-bulat kepada pembantu rumah. Akibat ketandusan kasih sayang daripada
ibu bapa, remaja mudah bergaul dengan kumpulan gengster yang mengheret
mereka ke lembah jenayah. Dengan itu, mereka menjadi gengster supaya dapat
menarik perhatian ibu bapa mereka.
Kesan jangka panjang pasti akan berlaku seandainya remaja dan masyarakat
pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk menangani permasalahan yang kian
meruncing ini, ini menjadi pembentukkan jati diri dan kemuliaan akhlak rapuh dari
mata masyarakat kita sendiri. Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi
seseorang individu. Sekiranya seseorang individu itu mempunyai akhlak yang buruk,
maka peribadi seseorang individu itu juga akan menjadi buruk. Remaja yang
mempunyai akhlak yang buruk boleh memberi kesan kepada diri sendiri,masyarakat,
dan negara.
Media ialah satu proses komunikasi berasaskan usaha mengatur
persefahaman antara manusia yang pada mulanya menerusi bahasa yang
diucapkan. Perkembangan teknologi maklumat dan siber telah membolehkan
manusia berhubung antara satu sama lain tidak memerlukan ruang dan masa.
4 | P a g e
Namun begitu, media juga banyak memberikan kesan negatif sehingga ia menjadi
faktor yang mempengaruhi gengsterisme. Media massa yang berbentuk cetak atau
elektronik kini semakin sukar di kawal. Remaja terpengaruh dengan filem yang tidak
bermoral dan ganas yang diimport dari negara-negara barat. Budaya dan gaya orang
barat yang tidak beretika iaitu sedikit sebanyak telah merubah cara hidup remaja
kita.
Rakan sebaya merupakan rakan seumur dan dikategorikan rakan
sepermainan, seperjalanan,dan rakan seperjuangan. Semakin kuatnya pengaruh
rakan sebaya yang sebilangan kecil menjurus kepada pembentukan kumpulan geng
atau samseng. Pembentukan kumpulan ini, telah membawa kepada pembentukan
budaya sendiri dalam kalangan remaja. Dalam kalangan remaja tersebut, mereka
ingin memelihara budaya khususnya kumpulan masing-masing.
Pelajar yang lemah dalam bidang akademik mempuyai risiko yang tinggi untuk
menyertai kumpulan gengster. Terdapat pelajar yang lemah menggabung diri
dengan kumpulan yang terlibat dalam aktiviti yang negatif itu. Penglibatan pelajar
tersebut adalah untuk mendapatkan sokongan moral yang membolehkan diri mereka
mempunyai identiti yang tersendiri. Sesetengah pelajar pula untuk mendapatkan
perhatian,pengiktirafan dan mempunyai kuasa untuk memenuhi cita rasa masing-
masing.
Gejala gengsterisme ini perlulah dibendung dengan segera supaya ia tidak
akan mendatangkan masalah yang lebih teruk pada masa akan datang. Dalam
mengatasi masalah ini kerjasama antara kesemua pihak adalah sangat penting.
Justeru pihak berwajib sentiasa bersiap sedia untuk menangani masalah ini dengan
lebih efisen dan komited. Semua pihak harus berganding bahu supaya masalah
5 | P a g e
gangsterisme di sekolah menengah dapat diatasi. Hal ini bukan sahaja mewujudkan
keamanan sekolah, malah kemajuan turut dicapai. Kurikulum Pendidikan perlu dikaji
dan dikemaskini selalu megikut peredaran masa.Ini bagi memastikan input yang
diberi kepada pelajar bertepatan dengan hasrat masyarakat dari segi agama, akhlak
dan budaya negara yang positif.
Pihak kerajaan juga mempunyai peranan yang paling penting dalam hal ini.
Akta pencegahan jenayah dan Akta Juvana juga perlu dikaji dan diubahsuai selaras
dengan zaman globalisasi. Setiap pelajar tanpa mengira kaum dan kelas sosial
perlu didekati supaya mereka menghayati keunggulan disiplin. Keunggulannya dapat
diterapkan melaui kerjasama semua pihak sperti pentadbir sekolah, para guru, ibu
bapa dan sebagainya.Secara tidak langsung masalah disiplin yang semakin serius
dapat dikurangkan peratusannya. Sesungguhnya kuatkuasa disiplin adalah untuk
kebaikan semua pihak.
6 | P a g e