Kumpulan S.A.H.A.B.A.T telah dilantik bagi menjalankan...

22
1.1 Penglibatan Pihak Pengurusan Kumpulan S.A.H.A.B.A.T telah dilantik bagi menjalankan projek KIK bagi tahun 2019. Surat lantikan adalah seperti di LAMPIRAN 1A. Gambar Surat Lantikan memo pengarah 1.2 Kumpulan LOGO DAN DEFINISI KUMPULAN 1.0 LATAR BELAKANG - Buku : Merupakan imej sebuah perpustakaan dan merupakan bahan asas dalam perpustakaan - Rumah : Simbolik tempat penyimpanan bahan - Bentuk Berlian : Menunjukkan misi yang ingin dicapai untuk memastikan permasalahan yang ada dapat diatasi - S.A.H.A.B.A.T : Nama kumpulan - BOOKBANK : Nama projek

Transcript of Kumpulan S.A.H.A.B.A.T telah dilantik bagi menjalankan...

Page 1: Kumpulan S.A.H.A.B.A.T telah dilantik bagi menjalankan ...habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2556-book-bank.pdf · derma dan naskhah contoh dari pembekal menambahkan kesesakan

1.1 Penglibatan Pihak Pengurusan

Kumpulan S.A.H.A.B.A.T telah dilantik bagi menjalankan projek KIK bagi tahun 2019. Surat

lantikan adalah seperti di LAMPIRAN 1A.

Gambar Surat Lantikan

memo pengarah

1.2 Kumpulan

LOGO DAN DEFINISI KUMPULAN

1.0 LATAR BELAKANG

- Buku : Merupakan imej sebuah perpustakaan dan merupakan bahan asas dalam perpustakaan - Rumah : Simbolik tempat penyimpanan bahan - Bentuk Berlian : Menunjukkan misi yang ingin dicapai untuk memastikan permasalahan yang ada dapat diatasi - S.A.H.A.B.A.T : Nama kumpulan - BOOKBANK : Nama projek

Page 2: Kumpulan S.A.H.A.B.A.T telah dilantik bagi menjalankan ...habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2556-book-bank.pdf · derma dan naskhah contoh dari pembekal menambahkan kesesakan

1.3 Projek

Nama Organisasi

Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang

Alamat

JKR 2118, Jalan Perpustakaan

13700 Perai, Pulau Pinang

Nama Kumpulan

S.A.H.A.B.A.T

Bilangan Ahli

7 orang

Nama Projek

“BOOKBANK”

Kategori Projek

KIK Primer Inovasi Sosial

Keterangan Projek :

“BOOKBANK” merupakan cetusan idea produk berinovasikan

hasil gabungan usaha bersama ahli-ahli Kumpulan S.A.H.A.B.A.T dalam menangani “Lambakan Bahan Bacaan di dalam Perpustakaan”.

Penubuhan

18 Jun 2018

Page 3: Kumpulan S.A.H.A.B.A.T telah dilantik bagi menjalankan ...habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2556-book-bank.pdf · derma dan naskhah contoh dari pembekal menambahkan kesesakan

2.0 SIGNIFIKAN PEMILIHAN PROJEK

Pemilihan projek “BOOKBANK” ini adalah bagi mengurangkan masalah lambakan bahan di

dalam perpustakaan.

Masalah utama telah diperincikan lagi dengan menggunakan kaedah 5W+1H diikuti dengan

soal selidik dan temubual yang telah dijalankan. Permasalahan yang paling ketara adalah

lambakan bahan bacaan yang tidak digunakan mempengaruhi ruang perpustakaan yang

semakin terhad.

Perpustakaan juga merupakan institusi untuk masyarakat mendapatkan bahan bacaan yang

bermanfaat termasuklah sebagai hub sumbangan bahan dari orang ramai. Dengan adanya

“BOOKBANK” isu ini dapat dibendung dan bahan tersebut akan terus dimanfaatkan

sepenuhnya.

WHAT

WHERE

WHEN

WHY

WHO

HOW

Lambakan bahan dalam perpustakaan yang diterima dari pelbagai sumber samada dari pengguna, pembekal dan perpustakaan sendiri. Bahan ini diterima dan disimpan di dalam perpustakaan dan menyebabkan keadaan perpustakaan menjadi sempit. Lambakan ini terjadi di setiap pusat perkhidmatan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang.

Bahan ini diterima sepanjang tahun dari pelbagai sumber di semua pusat perkhidmatan.

Lambakan ini berlaku kerana pengguna selalu mendermakan buku mereka terutamanya apabila dekat dengan musim perayaan iaitu Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan hujung tahun selepas musim peperiksaan. Pembekal pula akan memberikan naskhah contoh untuk perpustakaan. Perpustakaan juga mempunyai Dasar Pilihbuang yang membolehkan bahan lama dipilihbuang atas beberapa faktor. Disamping itu pembelian bahan juga dilakukan sepanjang tahun ini menyebabkan bahan semakin bertambah namun tiada ruang untuk meletakkan bahan baru tersebut. Lambakan ini melibatkan kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang dan masyarakat sekeliling termasuk pengguna dan pembekal.

Penerimaan bahan dari pelbagai sumber sepanjang tahun yang berjumlah 6000 naskah setahun telah mengakibatkan lambakan bahan di setiap perpustakaan. Aduan diterima dari hampir 70% kakitangan yang menjalankan tugas di Bahagian Rangkaian Perpustakaan mengenai perkara tersebut.

Page 4: Kumpulan S.A.H.A.B.A.T telah dilantik bagi menjalankan ...habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2556-book-bank.pdf · derma dan naskhah contoh dari pembekal menambahkan kesesakan

Melalui Analisis Responden yang telah diperolehi melalui temubual dari petugas yang

berkhidmat di Bahagian Rangkaian Perpustakaan adalah seperti berikut :

1. Puan Rufida Binti Mahmud ( Pembantu Pustakawan - Perp. Digital Tasek Gelugor)

"Bahan derma dari orang ramai diterima hingga memakan ruang perpustakaan sedia ada.

Ruang kini semakin sempit dan pemandangan dalam perpustakaan tidak cantik disebabkan

banyak kotak kelihatan di bahagian belakang kaunter."

2. Puan Shuhailawati Binti Shuib ( Pembantu Pustakawan - PDSI Permatang Tinggi A)

"Ruang dalam perpustakaan menjadi sempit sebab banyak bahan derma dari orang ramai

diterima. Lagipun kebanyakan bahan derma yang diterima koleksinya telah berada dalam

koleksi perpustakaan. Jadi bahan tersebut akan duplikat dengan koleksi perpustakaan itu

sendiri. Sebaiknya kita sumbangkan bahan derma berkenaan kepada institusi yang lebih

memerlukan."

3. Puan Asmawati Binti Chin ( Pembantu Pustakawan - Perp. Cawangan Bukit Mertajam)

"Ruang perpustakaan agak terhad jadi koleksi perpustakaan perlu disusun dengan baik.

Manakala bahan derma yang diterima dari orang ramai akan menjadi masalah kerana jumlah

yang diterima agak banyak setiap bulan terutamanya musim perayaan. Bahan tersebut juga

kebanyakannya tidak menepati kehendak perpustakaan seperti buku ulangkaji, buku latihan

peperiksaan, buku tulis dan sebagainya. Ini menambah beban kakitangan perpustakaan untuk

memilih bahan yang bersesuaian. Diharap pihak Perbadanan boleh memberi satu garis

panduan untuk masalah ini."

4. Puan Azariah Binti Ahmad ( Pen. Pustakawan Kanan - Perp. Negeri Seberang Jaya)

"Koleksi bahan terlalu banyak hingga terpaksa disusun atas meja. Ditambah dengan bahan

derma dan naskhah contoh dari pembekal menambahkan kesesakan buku di rak. Di samping

itu polisi pilihbuang yang memakan masa agak lama menyebabkan bahan tersebut lambat

untuk dipilihbuang. Apabila rak ditambah pula ruang bacaan untuk pengguna menjadi sempit

dan ini menyebabkan pengguna tiada tempat untuk membaca dan membuat kerja. Diharap kita

dapat membuat sesuatu untuk menangani masalah ini."

Page 5: Kumpulan S.A.H.A.B.A.T telah dilantik bagi menjalankan ...habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2556-book-bank.pdf · derma dan naskhah contoh dari pembekal menambahkan kesesakan

2.1 KAITAN DENGAN FUNGSI UTAMA JABATAN

Projek ini berkait rapat dengan dasar kualiti Jabatan iaitu PPAPP komited dalam membina

koleksi yang terbaik, memberi perkhidmatan perpustakaan yang komprehensif dan melangkaui

jangkaan pengguna serta memastikan penambahbaikan sistem penyampaian secara

berterusan.

PPAPP juga akan sentiasa bertanggungjawab memberikan perkhidmatan yang baik, dan

bermutu tinggi untuk seluruh rakyat di negeri Pulau Pinang.

Page 6: Kumpulan S.A.H.A.B.A.T telah dilantik bagi menjalankan ...habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2556-book-bank.pdf · derma dan naskhah contoh dari pembekal menambahkan kesesakan

2.2 MEMENUHI KEHENDAK PELANGGAN DAN STAKEHOLDER

2.3 KAITAN DENGAN AGENDA NASIONAL DAN EKOSISTEM SEMASA

“BOOKBANK” merupakan satu konsep apabila semua sumbangan bahan - bahan bacaan

yang diterima tetapi tidak sesuai dijadikan koleksi perpustakaan di kumpul akan diletakkan di

satu tempat. Justeru, bahan - bahan ini yang keadaan fizikalnya masih baik dengan informasi

yang kekal relevan diguna pakai oleh semua pengguna perpustakaan tanpa sebarang had.

Kewujudan “BOOKBANK Apps” ini memberi peluang kepada pengguna untuk meletakkan

apa jua koleksi bacaan (buku, majalah, bahan media) untuk dikongsi oleh pengguna yang lain.

Selain itu, ianya juga membolehkan para pengguna memilih koleksi pilihan dan yang

bersesuaian.

“BOOKBANK” juga telah menerima banyak sumbangan bahan bacaan dan juga mendapat

impak positif dalam kalangan pengguna walaupun masih baru penubuhannya. Oleh itu

matlamat “BOOKBANK” ini agar maklumat dapat dikongsi dan disebarkan untuk kebaikan

semua masyarakat dan seterusnya menikmati pelbagai koleksi tanpa perlu mengeluarkan

wang tambahan serta menjimatkan ruang penyimpanan di rumah berjaya direalisasikan.

Masyarakat amat berkait rapat dengan perpustakaan. Era digital memaksa perpustakaan melakukan

perubahan “drastik”. Perancangan sistematik dan strategik perlu supaya memberi “high impact” kepada

semua lapisan masyarakat. Peranan perpustakaan menjadi lebih penting kerana bukan sahaja sebagai

tempat pengumpulan ilmu tetapi juga menyalurkan maklumat kepada masyarakat. Isu lambakan bahan

bacaan merupakan penghalang yang harus diselesaikan bagi memastikan bahan tersebut dapat

diperolehi kepada semua golongan masyarakat dan mana-mana institusi yang memerlukan.

Analisa terhadap statistik permintaan sekolah dan institusi pendidikan terhadap bahan bacaan

perpustakaan juga kian meningkat. Justeru, “BOOKBANK” merupakan satu langkah yang terbaik bagi

membanteras masalah ini. Ianya bukan sahaja dijadikan sebagai pusat penyimpanan maklumat secara

digital tetapi memberi peluang kepada pengguna memilih bahan yang bersesuaian.

Page 7: Kumpulan S.A.H.A.B.A.T telah dilantik bagi menjalankan ...habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2556-book-bank.pdf · derma dan naskhah contoh dari pembekal menambahkan kesesakan

2.4 PEMBUKTIAN MELALUI ANALISIS (BAGI TUJUAN PENYELESAIAN)

Analisis penyelesaian bagi projek ini adalah

dengan menggunakan kaedah (SMART).

S• Pengurangan lambakan bahan bacaan di perpustakaan

M

• Mengurangkan sebanyak 30%, bahan lambakan di perpustakaan iaitu sebanyak 125 naskah dalam tempoh 1 minggu

A

• Pengurangan akan dilaksanakan dalam tempoh 2 bulan.

• Penyelesaian dari minggu ke minggu

R

• Pengurangan akan dapat dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan

T• Isu dapat diselesaikan dalam tempoh 6 bulan

Figure 1: Kaedah Penyelesaian SMART

Page 8: Kumpulan S.A.H.A.B.A.T telah dilantik bagi menjalankan ...habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2556-book-bank.pdf · derma dan naskhah contoh dari pembekal menambahkan kesesakan

3.0 CADANGAN PENYELESAIAN DAN PEMBUKTIAN

3.1 CADANGAN PENYELESAIAN DAN PEMBUKTIAN (IDEATE)

Setelah ditubuhkan kumpulan KIK S.A.H.A.B.A.T ini maka perbincangan dan buah fikiran

dilontarkan untuk mencetuskan idea yang bernas dalam menangani permasalahan yang

dibentangkan.

CARTA ALIR "BOOKBANK"

MULA

Bahan diterima daripada pelbagai sumber ke setiap

pusat perkhidmatan

Bahan dikumpulkan ke pusat perkhidmatan

masing-masing

Bahan diletakkan di tempat bersesuaian di

setiap pusat perkhidmatan

Memaklumkan kepada pengguna tentang bahan

baru melalui “BOOKBANK Apps”

Pengguna datang untuk

membuat pemilihan

bahan bacaan

Pengguna boleh

membawa pulang

bahan dan menyumban

g koleksi tersendiri

TAMAT

Page 9: Kumpulan S.A.H.A.B.A.T telah dilantik bagi menjalankan ...habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2556-book-bank.pdf · derma dan naskhah contoh dari pembekal menambahkan kesesakan

CARTA ALIR "BOOKBANK"

Carta alir ini menunjukkan kaedah yang digunakan dalam “BOOKBANK” yang diaplikasikan

di seluruh pusat perkhidmatan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang. Pada awalnya

Perpustakaan Negeri Seberang Jaya mempunyai satu hub penyimpanan satu dikenali sebagai

Knowledge Exchange. Manakala di pusat perkhidmatan yang lain satu sudut khas disediakan

untuk bahan bacaan tersebut. Knowledge Exchange ini merupakan pos pengawal sedia ada

yang tidak digunakan.

Semua bahan bacaan yang diterima dari pelbagai sumber akan dikumpulkan dan diletakkan

di tempat yang berkenaan. Pengguna bebas untuk memilih bahan bacaan yang diminati dan

bebas untuk menyumbang koleksi sendiri. Hub ini juga dilengkapi dengan kemudahan lain

seperti rak, perabot dan ruang yang selesa untuk pengguna memilih bahan bacaan. Namun

begitu, rata-rata pengguna tidak mengetahui kewujudan perkhidmatan ini secara meluas.

Kini kaedah tersebut telah diaplikasikan melalui “BOOKBANK Apps” iaitu perkhidmatan atas

talian. Ianya telah memudahkan pengguna untuk memilih kategori bahan dan mengetahui

jumlah bahan yang terdapat di pusat perkhidmatan. “BOOKBANK Apps” juga menyimpan

data penyumbang yang didaftarkan secara online.

Secara tidak langsung, “BOOKBANK” ini dapat meningkatkan jumlah pendaftaran pengguna.

“BOOKBANK Apps” ini dilengkapi dengan ciri-cirinya yang mesra pelanggan dan menarik.

Sekaligus, ia mampu mempromosikan aktiviti dan program perpustakaan kepada pengguna.

Masyarakat kini lebih mudah untuk mendekati perpustakaan melalui android di peranti masing-

masing.

Page 10: Kumpulan S.A.H.A.B.A.T telah dilantik bagi menjalankan ...habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2556-book-bank.pdf · derma dan naskhah contoh dari pembekal menambahkan kesesakan

3.2 PELAN TINDAKAN PENYELESAIAN (PROTOTYPE)

Kumpulan S.A.H.A.B.A.T merumuskan pelan tindakan penyelesaian melalui SCAMPER seperti

berikut :

MODIFY

MODIFY

SCAMPER

S SUBSTITUTE MANUAL +DIGITAL

=“BOOKBANK”

COMBINE “BOOKBANK” +Apps

ADAPT

SISTEM PERPUSTAKAAN (KOHA)

C

A

M MODIFY

MESRA PELANGGAN + MENARIK

P PUT TO OTHER

USE

IKLAN PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN/

BAHAN BARU/ PROGRAM AKTIVITI

E ELIMINATE -

R REVERSE

FONT LOGO

BAHASA

Page 11: Kumpulan S.A.H.A.B.A.T telah dilantik bagi menjalankan ...habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2556-book-bank.pdf · derma dan naskhah contoh dari pembekal menambahkan kesesakan

3.3 PELAKSANAAN TINDAKAN PENYELESAIAN

Page 12: Kumpulan S.A.H.A.B.A.T telah dilantik bagi menjalankan ...habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2556-book-bank.pdf · derma dan naskhah contoh dari pembekal menambahkan kesesakan

PELAKSANAAN TINDAKAN PENYELESAIAN

Kumpulan S.A.H.A.B.A.T telah ditubuhkan pada 18 Jun 2018 oleh Perbadanan Perpustakaan

Awam Pulau Pinang yang terdiri daripada 7 orang ahli. Masalah yang dihadapi oleh petugas

menjadi subjek utama bagi kumpulan ini. Pembangunan manual "BOOK BANK" dijalankan

untuk kali pertamanya setelah perbincangan demi perbincangan kumpulan dilaksanakan.

Manual 1 yang berkonsepkan keseluruhan lambakan bahan dihimpunkan ke Perpustakaan

Negeri Seberang jaya telah mendapat maklumbalas yang negatif dari petugas di pusat

perkhidmatan berkenaan. Walaupun pusat perkhidmatan yang lain merasakan masalah

mereka telah selesai namun tidak bagi Perpustakaan Negeri. Tempat yang disediakan untuk

lambakan bahan berkenaan jadi semakin tidak terkawal walaupun ada ruang khas untuk tujuan

berkenaan. Oleh yang demikian Manual 1 ini perlu diperbaiki dan ditambahnilai.

Manual 2 dilaksanakan pula dengan menghimpunkan lambakan bahan di setiap Perpustakaan

Negeri dan Daerah. Manual 2 ini juga mendapat maklumbalas yang seimbang kerana

kakitangan Perpustakaan Negeri boleh menarik nafas lega sedikit manakala kakitangan

Perpustakaan Daerah pula mengalami masalah ruang yang agak terhad. Ini kerana

Perpustakaan Daerah ini mempunyai keluasan yang terhad. Manakala untuk kakitangan

Perpustakaan Desa dan Bergerak merasakan lega kerana tidak perlu menghantar buku ke

Perpustakaan Negeri Seberang Jaya.

Setelah membuat sekali lagi analisa dengan maklumbalas yang diterima maka Manual 3 iaitu

“BOOKBANK Apps” diwujudkan. Dalam Manual 3 ini “BOOKBANK Apps” telah

diketengahkan bagi memudahkan proses mengemaskini data bahan dan penyumbang.

Penyumbang akan didaftarkan secara online dan penyerahan bahan dapat dilakukan secepat

mungkin. Usaha ini telah mengurangkan kadar lambakan bahan sebanyak 90% selama 6

bulan. Semua pusat perkhidmatan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang akan

menyimpan sendiri lambakan bahan berkenaan dan mencari lokasi untuk bahan

disumbangkan disamping pengguna sedia ada dapat memilih bahan berkenaan yang terdapat

di pusat perkhidmatan yang dikunjungi.

Selain itu pegawai pemantau diberi tugas untuk memeriksa bahan yang ingin disumbangkan

dan berhubung dengan lokasi yang memerlukan bahan sumbangan. Setelah dianalisa dengan

maklumbalas dari petugas mereka mengatakan cara ini lebih baik dan berjaya mengurangkan

lambakan buku sebanyak 90% di semua pusat perkhidmatan.

Page 13: Kumpulan S.A.H.A.B.A.T telah dilantik bagi menjalankan ...habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2556-book-bank.pdf · derma dan naskhah contoh dari pembekal menambahkan kesesakan

3.4 PERAKUAN DARIPADA PIHAK BERTAULIAH

SURAT KEBENARAN ARKIB

Page 14: Kumpulan S.A.H.A.B.A.T telah dilantik bagi menjalankan ...habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2556-book-bank.pdf · derma dan naskhah contoh dari pembekal menambahkan kesesakan

3.5 PEMBUKTIAN MELALUI PEROLEHAN DATA

CONTOH BORANG SUMBANGAN

Page 15: Kumpulan S.A.H.A.B.A.T telah dilantik bagi menjalankan ...habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2556-book-bank.pdf · derma dan naskhah contoh dari pembekal menambahkan kesesakan

Statistik data telah diambil melalui “BOOKBANK Apps” iaitu jumlah bahan yang diterima

daripada Januari sehingga Oktober adalah 798 bahan. Selepas projek “BOOKBANK” dijalankan,

permintaan bahan daropada pengguna semakin meningkat iaitu sebanyak 844 daripada November ke

April. Setelah data dianalisa dengan tepat, jumlah bahan sumbangan daripada pembekal adalah

sebanyak 2048 Naskhah. Buku weeded pula adalah sebanyak 28,206 naskhah.

“BOOKBANK” telah diterima baik oleh pengguna. Hasilnya sebanyak 3072 bahan telah

disumbangkan melalui program Jom Baca yang dianjurkan oleh PPAPP.

Jumlah bahan yang diterima sebelum projek bermula

BIL BULAN JUMLAH SUMBANGAN

BAHAN

1 JANUARI 109

2 FEBRUARI 148

3 MAC 65

4 APRIL 50

5 MEI 38

6 JUN 79

7 JULAI 80

8 OGOS 55

9 SEPTEMBER 45

10 OKTOBER 129

JUMLAH 798

Jumlah bahan diterima selepas projek bermula

BIL BULAN JUMLAH SUMBANGAN

BAHAN

1 NOVEMBER 197

2 DISEMBER 556

3 JANUARI 11

4 FEBRUARI 6

5 MAC 36

6 APRIL 38

JUMLAH 844

Jumlah bahan sumbangan dari pembekal : 2,048 naskhah Bahan weeded : 28,206 naskhah Bahan yang telah disumbangkan kepada orang luar Jombaca : 3072

Page 16: Kumpulan S.A.H.A.B.A.T telah dilantik bagi menjalankan ...habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2556-book-bank.pdf · derma dan naskhah contoh dari pembekal menambahkan kesesakan

Sumbangan Kepada Sekolah / NGO / Persatuan :

BIL NAMA SEKOLAH JUMLAH

1 SK Hashim Awang 200

2 SK Desa Murni 200

3 KAFA AlBasyir 200

4 CCRC Kampung Selamat 200

5 SJK Chin Hwa 200

6 Tahfiz Islah 200

7 Madrasah Al-Aminiah 200

8 SK Bandar Baru Perda 200

9 SRI Bahrul Ulum 200

10 Masjid Jamek Kampung Setol

100

11 SK Stowell 200

12 Maahad Tahfiz Sirajul Quran

200

13 SMK Penanti 200

14 Persatuan Penduduk Taman Perwira

200

15 SMK Pauh Jaya 200

16 SK Seri Tasek 200

17 SJKC Boon Beng 200

18 SK Bakap Indah 200

19 SMKA (P) Al Mashoor 200

20 SK Jelutong 200

21 Taman Nusantara 200

22 SK Batu Pekaka 200

23 Pusat Aktiviti Kanak2 Sungai Rusa

200

24 Pusat Anak Permata Negara

200

25 SMK Pondok Upeh 200

26 SK Balik Pulau 200

JUMLAH 5100

Page 17: Kumpulan S.A.H.A.B.A.T telah dilantik bagi menjalankan ...habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2556-book-bank.pdf · derma dan naskhah contoh dari pembekal menambahkan kesesakan

4.0 KEBERHASILAN PROJEK - OUTCOME PROJEK & PEMBUKTIAN

Outcome Projek dan Pembuktian adalah seperti berikut :

“BOOKBANK” ini merupakan satu projek yang tidak melibatkan implikasi kewangan yang

besar. Bahan bacaan hasil daripada kaedah Pilihbuang yang dilakukan oleh pihak PPAPP dan

bahan sumbangan orang awam tdak dibuang begitu sahaja ataupun disia-siakan tanpa

memberi manafaat untuk pengguna yang lain.

Lambakan bahan bacaan daripada pilihbuang dan sumbangan orang awam ini telah dapat

diatasi dengan adanya “BOOKBANK’ ini. Bagi bahan bacaan yang telah memalui proses

Pilihbuang iaitu buku dan majalah serta bahan sumbangan orang awam yang tidak diperlukan

lagi oleh pengguna tersebut tetapi masih relevan untuk kegunaan orang lain malah dapat

dimanafaatkan sepenuhnya oleh seluruh masyarakat.

Antara aktiviti yang telah dijalankan oleh Kumpulan S.A.H.A.B.A.T ini melalui “BOOKBANK’ ini

ialah menyampaikan buku-buku kepada agensi yang memerlukan yang tidak mampu untuk

membeli bahan bacaan mahupun mendapatkan bahan bacaan dari tempat lain.

Contohnya ialah di Penjara Jawi, Seberang Perai Selatan. Melalui projek KIK “BOOKBANK’ ini,

kumpulan ini telah menyumbangkan sebanyak 300 unit buku dalam pelbagai genre untuk

bacaan penghuni Penjara wanita di Penjara Jawi. Manakala sebanyak 550 unit buku

disumbangkan kepada Penjara Lelaki di Penjara Jawi.

Keberhasilan projek seumpama ini dapat menghasilkan penyebaran maklumat diberikan

secara tepat dan cepat selain dapat memberi pembelajaran sepanjang hayat kepada penerima

iaitu masyarakat. Secara tidak langsung “BOOKBANK” ini telah memenuhi kehendak jabatan

iaitu memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna sekaligus dapat merealisasikan

hasrat kerajaan dalam Memastikan Dekad Membaca Kebangsaan 2020-2030 dapat dilaksakan

dengan jayanya.

Page 18: Kumpulan S.A.H.A.B.A.T telah dilantik bagi menjalankan ...habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2556-book-bank.pdf · derma dan naskhah contoh dari pembekal menambahkan kesesakan

Gambar sekitar Penyerahan Buku kepada Penghuni Penjara

Aktiviti dan taklimat yang dijalankan semasa majlis Penyerahan Bahan Bacaan “BOOKBANK” kepada

penghuni Penjara Wanita

Page 19: Kumpulan S.A.H.A.B.A.T telah dilantik bagi menjalankan ...habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2556-book-bank.pdf · derma dan naskhah contoh dari pembekal menambahkan kesesakan

4.1 KESAN JANGKA PENDEK DAN NILAI TAMBAH

4.1 (a) PENGURANGAN ADUAN PETUGAS

“BOOKBANK” telah memudahkan petugas di dalam menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan

bahan bacaan yang diterima dari pelbagai sumber yang diletakkan di dalam setiap pusat perkhidmatan.

Bahan yang diterima tidak lagi memenuhi setiap ruang pusat perkhidmatan malah memberi peluang

kakitangan mengenali dan mengetahui keperluan dan kehendak pengguna mengenai koleksi yang

diminati. Petugas juga akan lebih bersemangat untuk menjalankan tugas seharian apabila bahan

tersebut semakin berkurangan. Aduan akan diterima secara atas talian dan maklum balas akan diberi

secara langsung kepada pengguna berkenaan. Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan tersebut juga

turut disertakan dalam perisian ini.

4.1 (b) PENGURANGAN LAMBAKAN BAHAN DI DALAM PERPUSTAKAAN

Penciptaan “BOOKBANK” ini dapat mengurangkan lambakan bahan yang diterima di setiap

pusat perkhidmatan. Jika dibandingkan dengan kaedah yang dilaksanakan sebelum ini iaitu secara

manual “BOOKBANK” ini amat memudahkan petugas. Hal ini disebabkan kaedah manual mengambil

masa yang sangat lama untuk diselesaikan. Tenaga petugas yang ramai juga diperlukan. Berbeza

dengan “BOOKBANK” ini masalah lambahan bahan dapat dikurangkan secara mendadak. Secara

tidak langsung ruang di dalam perpustakaan dapat diperluaskan dan ianya dapat memenuhi keperluan

pengguna.

4.1 (c) PENJIMATAN KOS KEWANGAN JABATAN

Pembinaan hub/tempat yang bersesuaian di setiap pusat perpustakaan dapat mengurangkan

kos jabatan kerana “BOOKBANK” tidak memerlukan kos yang tinggi untuk disiapkan. “BOOKBANK”

akan dikendalikan sepenuhnya melalui sistem android dan boleh diakses oleh semua pengguna. Data

bahan akan terus dikemaskini oleh petugas pada bila-bila masa dan bahan juga telah tersedia di pusat

perkhidmatan yang terdekat. Penjimatan kos juga dapat dikurangkan sepenuhnya apabila tiada ruang

tambahan bagi setiap pusat perkhidmatan diperlukan di serata pelusuk perpustakaan negeri Pulau

Pinang. Oleh yang demikian “BOOKBANK” sudah menangani masalah tersebut. Pengumpulan di

setiap perpustakaan negeri dan daerah yang dilakukan sebelum ini mengambil ruang yang agak banyak

di tempat-tempat berkenaan.

Page 20: Kumpulan S.A.H.A.B.A.T telah dilantik bagi menjalankan ...habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2556-book-bank.pdf · derma dan naskhah contoh dari pembekal menambahkan kesesakan

4.2 KEBERHASILAN PROJEK - IMPAK PROJEK DAN PEMBUKTIAN

4.2.1 KESAN JANGKA PANJANG DAN NILAI TAMBAH

Impak Projek dan Pembuktian adalah seperti berikut :

“BOOKBANK” ini boleh dijalankan di semua pusat Perkhidmatan rangkaian Perbadanan

Perpustakaan Awam Pulau Pinang. Ini menjadikan projek ini merangkumi 5 daerah di Pulau

Pinang termasuklah di kawasan bandar dan luar bandar selagimana terdapat perpustakaan di

kawasan tersebut.

Aplikasi melalui “BOOKBANK Apps” memudahkan lagi pengguna mendaftar sekaligus

mengetahui jumlah koleksi bahan di dalam “BOOKBANK’ yang mereka boleh sumbangkan dan

pohon.

Projek ini dibangunkan secara dalaman oleh ahli kumpulan tanpa melibatkan kos. Sebarang

pengubahsuaian dan penambahbaikan dapat dilakukan serta merta.

4.2.1 (a) KESAN JANGKA PANJANG KEPADA JABATAN

Terhasilnya “BOOKBANK” ini sedikit sebanyak dapat memberikan imej yang baik kepada semua

warga Perbadanan di samping dapat menjalankan tugasan yang telah diamanahkan dengan lebih baik,

tekun, dan bermotivasi. Pihak Perbadanan dan pengguna dapat berkongsi bahan bacaan dalam

mewujudkan masyarakat yang bermaklumat. Secara tidak langsung “BOOKBANK” telah

menyelamatkan industri buku di Malaysia ini.

4.2.1 (a) KESAN JANGKA PANJANG KEPADA NEGARA

Projek “BOOKBANK” ini merupakan satu langkah untuk menyokong Program Dekad

Membaca Kebangsaan (DMK) yang bertujuan untuk menyemarakkan literasi membaca dalam

kalangan rakyat negara ini kerana menurut kajian profil membaca rakyat Malaysia.

Kementerian Pendidikan berhasrat untuk menjadikan tempoh masa 10 tahun iaitu dari tahun

2021 sehingga 2030 sebagai Dekad Membaca Kebangsaan. Menterinya Dr Maszlee Malik,

berkata ia sebahagian usaha ke arah menjadikan Malaysia sebagai Negara Membaca

menjelang 2030.

Page 21: Kumpulan S.A.H.A.B.A.T telah dilantik bagi menjalankan ...habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2556-book-bank.pdf · derma dan naskhah contoh dari pembekal menambahkan kesesakan

Kajian mendapati bahawa setiap rakyat Malaysia hanya membaca purata dua naskhah buku

setahun. Manakala kajian interim 2014 pula menunjukkan bahawa rakyat Malaysia membaca

sebanyak 15 naskhah buku setahun. Hal ini berbeza dengan rakyat negara maju yang

membaca sebanyak 40 naskhah buku setahun.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjadikan rentang masa 10 tahun, dari tahun 2021

hingga tahun 2030 sebagai DMK dan menjadikan Malaysia sebagai negara membaca pada

tahun 2030. Sepanjang tiga tahun mulai tahun 2018 hingga 2020 adalah tempoh menggiatkan

kempen DMK. Slogan dan tanda pagar #MALAYSIAMEMBACA dipilih dan akan dipopularkan

sebagai aspirasi menjadikan Malaysia negara membaca dan melahirkan masyarakat berilmu.

Program “BOOKBANK” mampu mengubah persepsi masyarakat untuk terus membaca dan

secara tidak langsung mampu memupuk minat membaca secara berterusan.

Page 22: Kumpulan S.A.H.A.B.A.T telah dilantik bagi menjalankan ...habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2556-book-bank.pdf · derma dan naskhah contoh dari pembekal menambahkan kesesakan

5.0 POTENSI PENGEMBANGAN INOVASI

“BOOKBANK” berpotensi untuk dinaiktaraf lagi dengan memperluaskan penggunaan manual

kepada digital. “BOOKBANK” juga mempunyai ciri-ciri yang menarik mampu menarik ramai

pengguna khususnya penduduk Pulau Pinang untuk menggunakan keseluruhan perkhidmatan

perpustakaan.

“BOOKBANK” akan memudahkan proses penyerahan dan pemilihan buku oleh pengguna

dengan lebih cepat. Projek ini mampu menaikkan imej PPAPP untuk terus relevan di mata

masyarakat.

“BOOKBANK Apps” ini boleh dikongsi di laman web Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau

Pinang untuk memberi perkongsian idea ini dengan perpustakaan lain. “BOOKBANK” ini turut

menerima baik sebarang cadangan penambaikan manual ini pada masa akan datang.