Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah CEKAP Files/2018... · Panduan untuk Meningkatkan Kemahiran...
Transcript of Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah CEKAP Files/2018... · Panduan untuk Meningkatkan Kemahiran...
Menikmati Masa bersama Anak Anda melalui
Bahasa Melayu
(Panduan untuk Ibu Bapa)
Kurikulum Bahasa Melayu
Sekolah Rendah
CEKAP
CEKAP • C – Cungkil
• E – Eksplorasi / Eksplisit / Estetik
• K – Kandungan / Kecekapan / Komunikasi
• A – Aktif / Aplikasi / Autentik
• P – Pengajaran Pembezaan / Penilaian Holistik
Bahan-bahan Pengajaran dan Pembelajaran Pakej CEKAP
• Pengajaran & pembelajaran di dalam bilik darjah – Bahan Bercetak, Bahan ICT dan Kit CEKAP.
• Bahan-bahan yang boleh digunakan di rumah - Buku Teks, Buku Aktiviti, Buku Kecil dan Bahan-bahan ICT.
PORTAL e-cekap
• ALAMAT LELAMAN – http://tinta.moe.edu.sg/mekar/slot/u112/ecekap/index.html
• Bahan-bahan di portal seperti: audio, video, video muzik,
lampiran dan permainan interaktif
• Gunakan Chrome atau Internet Explorer 9 ke atas
• Peluang untuk belajar secara kendiri
Apakah peranan ibu bapa dalam membimbing
anak mereka mempelajari Bahasa Melayu?
• Mempengaruhi anak melalui kelakuan dan tutur bicara
• Menyediakan persekitaran yang menyokong pembelajaran anak anda
# Peranan sebagai:
perangsang (motivator), contohan (role model) dan pemudah cara (facilitator).
Ibu bapa sebagai Perangsang
Ibu bapa sebagai Contoh
Ibu bapa sebagai Pemudah Cara
Bagaimanakah ibu bapa dapat membantu
mengukuhkan kemahiran mendengar dan
bertutur anak mereka?
• Dedahkan anak anda dengan bahasa Melayu seawal mungkin.
• Ini dapat memudahkan pemerolehan mendengar dan bertutur dalam bahasa Melayu.
• Pendedahan awal akan membantu anak anda menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam bahasa Melayu nanti.
Panduan untuk Meningkatkan Kemahiran
Mendengar dan Bertutur
• Gunakan buku teks dengan bijak
• Dengar rancangan di stesen radio bahasa Melayu
• Tonton drama atau filem Melayu
• Bertutur dalam bahasa Melayu dengan lebih kerap
Bagaimanakah ibu bapa dapat membantu
memperbaik kemahiran membaca anak
mereka?
• Membaca bersama – sama • Membantu anak anda membaca dengan
menyebutkan huruf dahulu, kemudian suku kata dan akhir sekali perkataan
• Mendedahkan anak anda pada pembacaan lebih awal
• Ajukan soalan-soalan yang dapat mengasuh daya fikir anak anda agar mereka dapat membina dan mengukuhkan daya pemikiran kreatif dan kritikal.
Panduan untuk Meningkatkan
Kemahiran Membaca • Gunakan buku teks dengan bijak • Gunakan bahan-bahan pengajaran yang disediakan oleh
pihak kementerian sebaik mungkin • Sediakan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran • Pupuk tabiat membaca • Pilih bahan bacaan yang sesuai • Pastikan membaca menjadi satu proses bermakna dan
menyeronokkan • Jadi penonton setia anak anda • Pergi ke sesi bercerita • Sedia kamus bergambar
Bagaimanakah ibu bapa dapat membantu
meningkatkan kemahiran menulis anak mereka?
• Mulakan dengan menulis perkataan yang mudah dahulu.
Contoh: pensel • Diikuti dengan menulis frasa. Contoh: pensel biru • Akhir sekali, bina ayat. Contoh: Saya ada pensel biru.
Panduan untuk Meningkatkan
Kemahiran Menulis • Gunakan papan putih
- Tuliskan perkataan baharu yang dipelajari di papan tulis
- Bina ayat mudah
• Nikmati keseronokan berbahasa
- Main permainan kata
- Teroka perkataan baharu
• Menulis bersama anak anda
- Galakkan anak anda menulis di dalam jurnal ataupun kad dan nota kecil
- Bantu anak anda dalam penulisan tersebut
Kelab Membaca untuk Kanak-kanak
• Kelab Membaca Wira Cerdik (4 hingga 6 tahun)
• Kelab Membaca Wira Pintar (7 hingga 9 tahun)
• Bertujuan untuk memupuk minat membaca
• Menanamkan tabiat membaca yang sihat
• Mengadakan satu sesi pertemuan setiap bulan
• Kelab-kelab Wira Pintar di Perpustakaan Tampines, Serangoon dan Yishun sudah beroperasi
-> Sila e-mel kepada [email protected]
Program-program Khas Mesra Membaca (Read & Bond) - sesi bersama ibu bapa - selama sejam - menimbulkan sikap positif terhadap membca dan pembelajaran Gig Puisi (Poetry Gig) - platform tetap - dianjurkan 3 bulan sekali
Untuk keterangan lanjut, layari laman web http://www.nlb.gov.sg/golibrary
Lelaman web yang menggalakkan penggunaan bahasa dan budaya Melayu :-
1) http://tinta.moe.edu.sg
2) http://parents-in-education.moe.gov.sg/primary-education/learning-resources-
pri/malay-language-learning-resources
3) http://www.mllpc.sg
4) http://www.malaylanguagecentre.moe.edu.sg
5) www.nlb.gov.sg/golibrary
6) http://beritaharian.sg/
7) http://mbms.sg/en
8) http://prpm.dbp.gov.my/
App yang boleh dimuat turunka ke telefon bijak :-
1) App Pintar Peribahasa
2) App Pintar Kata
3) App Bitara Kata
4) App Berburu Kata
5) App Cerita-cerita Rakyat Nusantara
6) App Kamus Pro
Akhir Kata
Pembelajaran dalam suasana yang menyeronokkan dapat membantu anak-anak
kita belajar di samping mengukuhkan pengetahuan dan penghayatan mereka terhadap
bahasa dan budaya Melayu.
Oleh itu, diharapkan saranan yang dianjurkan tadi dapat digunakan oleh ibu bapa dengan
sebaik mungkin.
Parents’ Evaluation and
Feedback
For Parents’ Workshops 2018 Please scan the QR Code or use the link to
give us your valuable feedback. Thank you.
https://tinyurl.com/y9m65zxr
Parents’ Workshops 2018
Presentation slides will be
available on our school
website within one week after
the workshops.