Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI...

55
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 1 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia 2011

Transcript of Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI...

Page 1: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUMbusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/sains... · Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM

SAINS TINGKATAN 1

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

2011

Page 2: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUMbusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/sains... · Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM

Buku Spesifikasi Kurikulum Sains Tingkatan 1 ini ialah terjemahan yang sah daripada buku Curriculum Specifications Form 1 Science terbitan Curriculum Development Centre, Ministry Of Education Malaysia, Putrajaya.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 4-8, Blok E9 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya Malaysia Tel: 603-88842000 Faks: 603-88889917 Laman Web: http://www.moe.gov.my

Cetakan Pertama 2011 © Karya Terjemahan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum © Curriculum Development Centre, 2003

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian teks, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain kecuali dengan keizinan bertulis daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Page 3: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUMbusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/sains... · Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM

KANDUNGAN

Muka Surat Rukun Negara v Falsafah Pendidikan Kebangsaan vii Falsafah Sains Negara ix Prakata xi

Pengenalan 1 Matlamat dan Objektif 2 Kemahiran Saintifik 3 Kemahiran Berfikir 5 Sikap Saintifik dan Nilai Murni 11 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 13 Organisasi Kandungan 17 Tema

Memperkenalkan Sains 19 Manusia dan Kepelbagaian Benda Hidup 25 Jirim dalam Alam 28 Tenaga 37

Panel Penterjamah 43

Page 4: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUMbusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/sains... · Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM
Page 5: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUMbusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/sains... · Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM

RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita

untuk • mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh

masyarakatnya; • memelihara satu cara hidup demokratik; • mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran

negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;

• menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;

• membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

• KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA • KELUHURAN PERLEMBAGAAN • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG • KESOPANAN DAN KESUSILAAN

v

Page 6: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUMbusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/sains... · Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM
Page 7: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUMbusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/sains... · Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan

lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab, berketerampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,

masyarakat dan negara.

vii

Page 8: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUMbusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/sains... · Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM
Page 9: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUMbusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/sains... · Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan sains di Malaysia memupuk budaya Sains dan Teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan ketrampilan teknologi

ix

Page 10: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUMbusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/sains... · Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM
Page 11: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUMbusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/sains... · Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM
Page 12: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUMbusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/sains... · Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM

1

Seperti yang termaktub dalam Polisi Pendidikan Kebangsaan,

pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan untuk

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu supaya dapat melahirkan insan yang seimbang dan

harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Kurikulum sains

sekolah rendah dan menengah dibangunkan dengan hasrat untuk

menghasilkan insan yang dihasratkan.

Sebagai sebuah Negara yang sedang melangkah kearah status

negara maju, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang saintifik

dan progresif serta berilmu, yakni masyarakat yang mempunyai daya

perubahan yang tinggi, memandang jauh ke hadapan, inovatif serta

penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan. Bagi

mencapai hasrat ini, kita perlu membentuk warganegara kritis, kreatif

dan berketerampilan yang mengamalkan budaya sains dan teknologi.

Kurikulum sains Malaysia merangkumi tiga mata pelajaran sains teras

dan empat mata pelajaran sains elektif. Mata pelajaran teras adalah

Sains Sekolah Rendah, Sains

Menengah Rendah dan Sains Menengah Atas. Mata pelajaran Sains

Elektif ditawarkan pada Menengah Atas dan terdiri daripada Fizik,

Kimia, Biologi dan Sains Tambahan.

Mata pelajaran Sains Teras untuk Sekolah rendah dan Menengah

direka bentuk untuk memberi pengetahuan asas sains kepada murid,

menyediakan murid supaya celik sains dan mampu mengikuti sains di

peringkat menengah atas. Mata pelajaran Sains Teras untuk

Menengah atas direka bentuk untuk menghasilkan murid yang celik

sains, inovatif dan berupaya mengaplikasikan pengetahuan sains,

membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan.

Mata pelajaran sains elektif menyediakan murid yang cenderung

dalam bidang sains untuk melanjutkan pelajaran di bidang sains pada

peringkat pra-menengah atas. Golongan murid ini akan menceburi

kerjaya dalam bidang sains dan teknologi yang memainkan peranan

dalam bidang pembangunan negara.

Setiap mata pelajaran sains dibekalkan dua dokumen iaitu sukatan

pelajaran dan huraian sukatan pelajaran. Sukatan Pelajaran

mengandungi tujuan, objektif dan garis panduan bagi kandungan

kurikulum untuk tempoh dua tahun bagi mata pelajaran sains elektif

dan lima tahun untuk mata pelajaran Sains Teras. Huraian sukatan

pelajaran mengandungi maklumat kurikulum yang meliputi tujuan dan

objektif kurikulum, penerangan kemahiran berfikir dan stategi berfkir,

kemahiran saintifik, sikap saintifik dan nilai murni, stategi Pengajaran

dan Pembelajaran dan kandungan kurikulum. Kandungan kurikulum

mengandungi objektif pengajaran, cadangan aktiviti pengajaran dan

hasil pembelajaran dan perbendaharaan kata.

PENGENALAN

Page 13: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUMbusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/sains... · Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM

2

MATLAMAT Matlamat kurikulum sains untuk sekolah menengah adalah bertujuan

untuk membekalkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran sains

dan teknologi serta membolehkan mereka menyelesaikan masalah

dan membuat keputusan dalam kehidupan seharian berdasarkan

sikap saintifik dan nilai murni

Murid yang telah mengikuti kurikulum sains sekolah menengah akan

memperolehi asas sains yang membolehkan mereka memperolehi

pendidikan lanjutan dalam sains dan teknologi secara rasmi dan tidak

rasmi.

Kurikulum ini juga bertujuan untuk membangunkan masyarakat yang

bertanggungjawab, dinamik dan berdaya maju dengan

membudayakan sains dan teknologi secara semulajadi dalam

menangani pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

OBJEKTIF

Kurikulum Sains untuk sekolah menengah membolehkan murid:

1. Memperolehi pengetahuan tentang konsep dan prinsip sains

serta menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan fenomena

alam semulajadi dan pengalaman harian.

2. Memperolehi kefahaman tentang aplikasi konsep dan prinsip

sains dalam bidang teknologi dan kehidupan harian.

3. Menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir.

4. Mengaplikasikan pengetahuan sains dan kemahiran saintifik

secara kritis dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan nilai

murni dalam penyelesaian masalah dan membuat keputusan.

5. Menangani cabaran dalam dunia sains dan teknologi serta

bersedia memberi sumbangan kepada perkembangan sains

dan teknologi.

6. Menilai maklumat mengenai sains dan teknologi dengan bijak

dan berkesan.

7. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.

8. Menyedari kepentingan saling hubungan antara kehidupan

dan pengurusan alam semulajadi serta sumbernya dengan

bijaksana demi kesinambungan hidup manusia sejagat.

9. Menghargai sumbangan sains dan teknologi terhadap

pembangunan negara dan kesejahteraan manusia sejagat.

10. Menyedari bahawa pengetahuan yang diperoleh melalui kajian

sains merupakan hasil usaha manusia untuk memperoleh

penerangan yang rasional tentang fenomena alam berasaskan

kemampuan akal.

11. Mewujudkan kesedaran ke atas kepentingan kasih sayang

kepada alam sekitar dan memainkan peranan dalam

pemuliharaan dan pemeliharaannya.

Page 14: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUMbusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/sains... · Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM

3

KEMAHIRAN SAINTIFIK Sains mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah.

Dalam proses inkuiri dan menyelesaikan masalah, kemahiran saintifik

dan kemahiran berfikir digunakan. Kemahiran saintifik merupakan

kemahiran yang penting untuk menjalankan sebarang aktiviti

mengikut kaedah saintifik seperti menjalankan eksperimen dan

projek.

Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan

kemahiran manipulatif.

Kemahiran Proses Sains

Kemahiran proses sains ialah kemahiran yang membolehkan murid

mempersoalkan sesuatu dan mencari jawapan secara bersistem.

Penerangan tentang setiap kemahiran proses sains diberi seperti

berikut:

Memerhatikan Menggunakan deria penglihatan, pendengaran,

sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpulkan

maklumat tentang objek dan fenomena.

Mengelaskan Melalui pmemerhatian, mengumpulkan objek

atau fenomena berdasarkan persamaan dan

perbezaan.

Mengukur dan menggunakan nombor

Membuat inferens

Meramalkan

Berkomunikasi

Menggunakan perhubungan ruang dan masa

Membuat pemerhatian secara kuantitatif

dengan menggunakan nombor dan alat berunit

piawai. Pengukuran menjadikan pemerhatian

lebih jitu.

Menggunakan pengumpulan data dan

pengalaman lalu untuk membuat kesimpulan

dan menerangkan sesuatu peristiwa.

Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa

berdasarkan pemerhatian dan pengalaman

yang lalu atau data yang boleh dipercayai.

Menggunakan perkataan atau simbol

grafik seperti jadual, graf, rajah atau model

untuk menerangkan tindakan, objek atau

peristiwa.

Memperihalkan perubahan parameter dengan

masa. Contohnya lokasi, arah, bentuk, saiz ,

isipadu, berat dan jisim.

Page 15: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUMbusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/sains... · Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM

4

Mentafsir data

Mendefinasi secara operasi

Mengawal pemboleh ubah

Membuat hipotesis

Memberi penerangan yang rasional tentang

objek, peristiwa atau pola daripada data yang

dikumpulkan.

Memberi tafsiran tentang sesuatu konsep

dengan menyatakan perkara yang

dilakukan dan diperhatikan.

Mengenalpasti pemboleh ubah

dimanipulasikan, pemboleh ubah bergerak

balas dan pemboleh ubah yang dimalarkan.

Dalam sesuatu penyiasatan satu

pembolehubah dimanipulasikan untuk

memerhatikan hubungannya dengan pemboleh

ubah yang bergerak balas. Pada masa yang

sama pemboleh ubah yang lain dimalarkan.

Membuat sesuatu penyataan umum tentang

hubungan antara pemboleh ubah yang

dimanipulasi dan pemboleh ubah yang

bergerak balas untuk menerangkan sesuatu

peristiwa atau pemerhatian. Pernyataan ini

boleh diuji untuk membuktikan kesahihannya.

Mengeksperimen Merancang dan menjalankan aktiviti untuk

menguji sesuatu hipotesis, mengumpulkan

data, mentafsirkan data sehingga mendapat

rumusan daripada aktiviti itu.

Page 16: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUMbusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/sains... · Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM

5

Kemahiran Manipulatif

Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam

penyiasatan sains yang membolehkan murid:

Menggunakan dan mengendalikan peralatan sains dan bahan

dengan betul.

Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat.

Melakar spesimen, bahan dan peralatan sains dengan tepat.

Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.

Menyimpan peralatan sains dan bahan dengan betul dan

selamat.

KEMAHIRAN BERFIKIR Berfikir merupakan satu proses mental yang memerlukan individu

menggabungjalinkan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ada

pada dirinya bagi membolehkannya memahami dan mencorak alam

sekeliling.

Salah satu objektif sistem pendidikan negara adalah untuk

mempertingkatkan daya berfikir di kalangan murid. Objektif ini boleh

dicapai melalui kurikulum yang menekankan pembelajaran berfikrah.

Pengajaran dan pembelajaran yang menekankan kemahiran berfikir

dan strategi berfikir adalah teras kepada pembelajaran berfikrah.

Pembelajaran berfikrah boleh dicapai jika murid dilibatkan secara aktif

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam proses ini aktiviti

pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dapat mencungkil

minda murid dan mendorongnya untuk berfikir agar mereka dapat

mengkonsepsikan, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Kemahiran berfikir boleh digolongkan kepada pemikiran kritis dan

pemikiran kreatif. Seseorang yang berfikir secara kritis akan sentiasa

menilai sesuatu idea dengan sistematik sebelum menerimanya.

Seseorang yang berfikir secara kreatif mempunyai daya imaginasi

yang tinggi, berupaya menjanakan idea yang inovatif dan asli, serta

boleh mengubah suai idea dan produk yang sedia ada.

Strategi berfikir merupakan proses berfikir yang lebih tinggi

peringkatnya yang melibatkan beberapa langkah dan setiap langkah

melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Strategi

berfikir merupakan fungsi utama dan matlamat akhir kepada proses

berfikir.

Page 17: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUMbusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/sains... · Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM

6

Kemahiran Berfikir Kritis Penerangan ringkas tentang setiap kemahiran berfikir adalah seperti

yang berikut :

Mencirikan

Membandingkan dan membezakan

Mengumpulkan dan mengelaskan

Membuat urutan

Menyusun mengikut keutamaan

Mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti

dan unsur sesuatu konsep atau objek.

Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan

kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur

sesuatu objek atau peristiwa.

Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau

fenomena kepada kumpulan masing-masing

berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau

sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan ciri

atau sifat sepunya.

Menyusun objek dan maklumat mengikut tertib

berdasarkan kualiti atau kuantiti ciri atau sifatnya

seperti saiz, masa, bentuk atau bilangan.

Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib

berdasarkan kepentingan atau keutamaan.

Menganalisis

Mengesan Kecondongan

Menilai

Membuat kesimpulan

Mengolah maklumat dengan menghuraikannya

kepada bahagian yang lebih kecil bagi

memahami sesuatu lonsep atau peristiwa serta

mencari makna yang tersirat.

Mengesan pandangan atau pendapat yang

berpihak kepada atau menentang sesuatu

Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara

dari segi kebaikan dan keburukan, berdasarkan

bukti atau dalil yang sah.

Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu

kajian yang berdasarkan kepada sesuatu

hipotesis.

Kemahiran Berfikir Kreatif Penerangan ringkas tentang setiap kemahiran berfikir kreatif adalah

seperti yang berikut :

Menjanakan idea

Menghasilkan idea yang berkaitan

dengan sesuatu perkara.

Page 18: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUMbusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/sains... · Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM

7

Menghubungkaitkan

Membuat inferens

Meramalkan

Mengitlakkan

Membuat gambaran mental

Membuat perkaitan dalam sesuatu

keadaan atau peristiwa untuk mencari

sesuatu struktur atau corak hubungan.

Menggunakan pengumpulan data dan

pengalaman lalu untuk membuat

kesimpulan dan menerangkan sesuatu

peristiwa.

Membuat jangkaan tentang sesuatu

peristiwa berdasarkan pemerhatian dan

pengalaman yang lalu atau data yang

boleh dipercayai.

Membuat pernyataan umum terhadap

sesuatu perkara untuk keselurahan

kumpulan berdasarkan pemerhatian ke

atas sampel atau beberapa maklumat

daripada kumpulan itu.

Membuat tanggapan atau

membayangkan sesuatu idea, konsep,

keadaan atau gagasan dalam minda atau

fikiran.

Mensintesiskan

Membuat hipotesis

Menganalogikan

Mereka cipta

Menggabungkan unsur yang berasingan

untuk menghasilkan satu gambaran

menyeluruh dalam bentuk seperti

pernyataan, lukisan dan artifak.

Membuat sesuatu penyataan umum

tentang hubungan antara pemboleh ubah

yang dimanipulasi dan pemboleh ubah

yang bergerak balas untuk menerangkan

sesuatu peristiwa atau pemerhatian..

Pernyataan ini boleh diuji untuk

membuktikan kesahihannya.

Membentuk kefahaman tentang sesuatu

konsep yang kompleks atau abstrak

secara mengaitkan konsep itu dengan

konsep yang mudah atau maujud yang

mempunyai ciri yang serupa.

Menghasilkan sesuatu yang baru atau

melakukan pengubahsuaian kepada

sesuatu yang sedia ada untuk mengatasi

masalah secara terancang.

Page 19: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUMbusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/sains... · Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM

8

Strategi Berfikir

Penerangan tentang setiap strategi berfikir adalah seperti

yang berikut :

Mengkonsepsikan Membuat keputusan Menyelesaikan masalah

Membuat pengitlakan ke arah membina

pengertian, konsep atau model

berdasarkan ciri spesifik sepunya yang

saling berhubung kait.

Memilih satu alternatif penyelesaian

yang terbaik daripada beberapa alternatif

berdasarkan kriteria tertentu bagi

mencapai matlamat yang ditetapkan.

Mencari penyelesaian yang tepat secara

terancang terhadap situasi yang tidak

pasti atau mencabar ataupun kesulitan

yang tidak dijangkakan.

Selain daripada kemahiran berfikir dan strategi berfikir yang tersebut,

kemahiran menaakul merupakan satu lagi kemahiran yang

diutamakan. Kemahiran menaakul ialah kemahiran yang digunakan

untuk membuat pertimbangan seccara logik, rasional, adil dan

saksama. Penguasaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif serta

strategi berfikir menjadi lebih mudah jika seseorang itu berkebolehan

membuat penaakulan secara induktif dan deduktif. Rajah 1 memberi

gambaran keseluruhan tentang kemahiran berfikir dan strategi

berfikir.

Penguasaan kemahiran berfikir dan strategi berfikir (KBSB) melalui

pengajaran dan pembelajaran sains boleh dikembangkan melalui

peringkat berikut :

1. KBSB diperkenalkan.

2. KBSB dipraktikkan dengan bimbingan guru.

3. KBSB dipraktikkan tanpa bimbingan guru.

4. KBSB diaplikasikan ke situasi baru dan diperkembangkan

dengan bimbingan guru.

5. KBSB digunakan bersama dengan kemahiran yang lain untuk

mencapai tugasan berfikir.

Penerangan lanjut tentang peringkat penerapan KBSB dalam sains

diberi dalam Buku Panduan Penerapan Kemahiran Berfikir dan

Strategi Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains ( Pusat

Pembangunan Kurikulum, 1999).

Page 20: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUMbusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/sains... · Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM

9

Rajah 1 : Model KBSB dalam Sains

Perkaitan antara kemahiran Berfikir dan Kemahiran Proses Sains Kemahiran proses sains ialah kemahiran yang diperlukan untuk

mencari jawapan kepada sesuatu masalah atau membuat keputusan

secara bersistem. Ia merupakan satu proses mental yang

menggalakkan pemikiran secara, kreatif, analitis dan sistematik.

Penguasaan kemahiran proses sains bersama dengan sikap dan

pengetahuan yang sesuai menjamin keupayaan murid untuk berfikir

secara berkesan.

Untuk menguasai kemahiran proses sains, seseorang perlu

menguasai kemahiran berfikir yang berkaitan. Kemahiran berfikir

utama yang berkaitan dengan setiap kemahiran proses sains adalah

seperti berikut:

Kemahiran Proses Sains

Kemahiran Berfikir

Memerhatikan

Mencirikan

Membandingkan dan

membezakan

Menghubungkaitkan

Strategi Berfikir Mengkonsepsikan Membuat keputusan Menyelesaikan masalah

Kemahiran Berfikir

Kritis Mencirikan Membandingkan

& membezakan Mengumpulkan &

mengelaskan Membuat urutan Menyusun

mengikut keutamaan

Menganalisis Mengesan

kecondongan Menilai Membuat

kesimpulan

mmmm

Kreatif Menjana idea Menghubungkait Membuat inferens Meramalkan Membuat

hipotesis Mensintesiskan Mengitlakkan Membuat

gambaran mental Menganalogikan Mereka cipta

Menaakul

Page 21: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUMbusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/sains... · Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM

10

Mengelaskan

Mengukur dan menggunakan nombor

Membuat inferens

Meramalkan

Menggunakan perhubungan ruang dan masa

Mentafsir data

Mencirikan

Membandingkan dan membezakan

Mengumpulkan dan mengelaskan

Menghubungkaitkan

Membandingkan dan membezakan

Menghubungkaitkan

Membandingkan dan membezakan

Menganalisis

Membuat inferes

Menghubungkaitkan

Membuat gambaran mental

Membuat urutan

Menyusun mengikut keutamaan

Membandingkan dan membezakan

Menganalisis

Mengesan kecondongan

Membuat kesimpulan

Mengitlakkan

Menilai

Mendefini secara operasi

Mengawal pemboleh ubah

Membuat hipotesis

Mengeksperimen

Berkomunikasi

Menghubungkaitkan

Menganalogikan

Membuat gambaran mental

Menganalisis

Mencirikan

Membandingkan dan membezakan

Menghubungkaitkan

Menganalisis

Mencirikan

Menghubungkaitkan

Membandingkan dan membezakan

Menjana idea

Membuat hipotesis

Meramalkan

Mensintesiskan

Semua kemahiran berfikir

Semua kemahiran berfikir

Page 22: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUMbusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/sains... · Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM

11

Pengajaran dan Pembelajaran yang Berteraskan Kemahiran Berfikir dan Kemahiran Saintifik

Kurikulum sains ini menekankan pembelajaran berfikrah yang

berteraskan kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. Dalam

kurikulum ini,hasil pembelajaran yang dihasratkan ditulis secara

mengintegrasikan pemerolehan pengetahuan dengan penguasaan

kemahiran iaitu kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. Dalam

pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menitikberatkan penguasan

kemahiran bersama dengan pemerolehan pengetahuan, di samping

penerapan nilai murni dan sikap saintifik.

Berikut diberi beberapa contoh hasil pembelajaran yang berkaitan

dengan pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan kemahiran

berfikir dan kemahiran saintifik.

Contoh :

Hasil Pembelajaran: Membandingkan dan membezakan logam dan

bukan logam berdasarkan sifat fizik. Kemahiran Berfikir: Membandingkan dan membezakan.

Penerangan:

Untuk mencapai hasil pembelajaran yang tersebut, pengetahuan

tentang sifat fizikal dan kegunaan logam dan bukan logam dalam

kehidupan harian mereka dipelajari melalui membandingkan dan

membezakan. Penguasaan kemahiran membandingkan dan

membezakan adalah sama penting dengan pengetahuan tentang sifat

fizikal dan kegunaan logam dam bukan logam.

SIKAP SAINTIFIK DAN NILAI MURNI

Pengalaman pembelajaran sains boleh memupuk sikap dan nilai

positif dalam diri murid. Sikap dan nilai positif yang dipupuk adalah

seperti berikut :

• Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling.

• Jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data.

• Rajin dan tabah.

• Bertanggungjawab ke atas keselamatan diri dan rakan serta

terhadap alam sekitar.

• Menyedari bahawa sains merupakan satu daripada cara

untuk memahami alam.

• Menghargai dan mengamalkan kehidupan yang bersih dan

sihat.

• Menghargai keseimbangan alam semula jadi.

• Berhemah tinggi dan hormat –menghormati.

• Menghargai sumbangan sains dan teknologi.

• Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan.

Page 23: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUMbusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/sains... · Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM

12

• Berfikiran kritikal dan analitis.

• Luwes dan berfikiran terbuka.

• Baik hati dan penyayang.

• Bersifat objektif.

• Sistematik.

• Bekerjasama.

• Adil dan saksama.

• Berani mencuba.

• Berfikir secara rasional.

• Yakin dan berdikari.

Penerapan sikap saintifik dan nilai murni secara umum berlaku

mengikut peringkat berikut :

• Menyedari dan memahami kepentingan dan keperluan sikap

saintifik dan nilai murni.

• Memberi perhatian kepada sikap dan nilai murni.

• Menghayati dan mengamalkan sikap saintifik dan nilai

murni.

Peringkat ini perlu diambil kira oleh guru semasa merancang aktiviti

pengajaran dan pembelajaran sains agar penerapan sikap saintifik

dan nilai murni berlaku secara berkesan dan berterusan. Sebagai

contoh, semasa pengajaran yang melibatkan kerja amali guru perlu

sentiasa mengingatkan murid dan memastikan mereka menjalankan

eksperimen secara berhati-hati, bekerjasama dan jujur.

Perancangan yang rapi adalah diperlukan untuk mengoptimumkan

penerapan sikap saintifik dan nilai murni semasa pelajaran sains.

Guru perlu meneliti semua hasil pembelajaran dalam sesuatu bidang

pembelajaran yang berkaitan termasuk hasil pembelajaran tentang

penerapan sikap saintifik dan nilai murni sebelum memulakan

pelajaran.

Berikut diberi contoh hasil pembelajaran yang berkaitan dengan

penerapan sikap saintifik dan nilai murni.

Contoh :

Tahun : Tingkatan Empat

Bidang Pembelajaran

Objektit Pembelajaran

1. Bahan Kimia Dalam

Perindustrian

1.4 Menyedari kepentingan

pemeliharaan dan

pemuliharaan alam sekitar

dari pencemaran sisa

buangan industri untuk

kepentingan manusia sejagat.

Page 24: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUMbusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/sains... · Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM

13

Hasil Pembelajaran

Cadangan aktiviti

pembelajaran

Sikap saintifik dan nilai murni

Menerangkan kepentingan

mengamalkan sikap

bertanggungjawab dalam

melupuskan sisa buangan

industri.

Melihat tayangan video atau

simulasi komputer tentang

pencemaran sisa buangan

industri dan kesannya

terhadap alam sekitar.

Membincangkan kepentingan

mengamalkan sikap

bertanggungjawab dalam

melupuskan sisa buangan

industri

Menyayangi dan menghargai

alam sekitar.

Bertanggungjawab ke atas

diri sendiri, orang lain dan

alam sekitar.

Menghargai keseimbangan

alam sekitar

Bersikap sistematik

Bersikap bekerjasama.

Penerapan Unsur Patriotisme Kurikulum sains dapat mengukuhkan dan memupuk unsur patriotisme

di kalangan murid. Sebagai contoh, dalam pembelajaran proses

pengkolonian dan proses sesaran di dalam ekosistem, murid akan

belajar mengenai kekayaan biodiversiti negara, mereka akan

menghargai kepelbagaian dan keunikan sumber semulajadi negara

dan meningkatkan kecintaan kepada negara.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum sains

mengutamakan pembelajaran berfikrah. Pembelajaran berfikrah

adalah satu proses pemerolehan dan penguasaan kemahiran dan

ilmu pengetahuan yang dapat mengembangkan minda seseorang

murid ke tahap yang optimum. Pembelajaran berfikrah dapat

mencetuskan pelbagai pendekatan pembelajaran seperti inkuiri,

konstruktivisme, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran masteri.

Aktiviti yang dirancangkan dalam pembelajaran berfikrah mesti yang

dapat mencetuskan pemikiran kritis dan kreatif murid dan bukan

berbentuk rutin. Murid perlu sedar secara eksplisit kemahiran berfikir

dan strategi berfikir yang digunakan dalam pembelajaran. Soalan atau

Page 25: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUMbusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/sains... · Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM

14

masalah yang beraras tinggi ditanyakan kepada murid dan murid

diminta menyelesaikan masalah mneggunakan daya kreatif dan kritis

mereka. Murid dilibatkan secara aktif dalam pengajaran dan

pembelajaran yang mengintegrasikan pemerolehan pengetahuan,

penguasaan kemahiran dan penerapan nilai murni dan sikap saintifik.

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Sains Penemuan Inkuiri

Penemuan inkuiri merupakan pendekatan yang mementingkan

pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri secara am bermaksud

mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang

berlaku di sekeliling. Penemuan merupakan sifat utama inkuiri.

Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip

utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Murid melalui aktiviti

seperti eksperimen akan menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai

kesimpulan sendiri. Guru kemudian membimbing murid untuk

memahami konsep sains melalui hasil inkuiri tersebut. Kemahiran

berfikir dan kemahiran saintifik dikembangkan semasa proses inkuiri

ini. Namun demikian, perlu diingat bahawa pendekatan inkuiri tidak

sesuai digunakan dalam semua situasi pengajaran dan pembelajaran.

Beberapa konsep dan prinsip lebih sesuai didedahkan secara

langsung oleh guru atau melalui inkuiri terbimbing.

Konstruktivisme

Konstruktivisme adalah satu fahaman yang mencadangkan murid

belajar sesuatu apabila mereka membina pemahaman mereka

sendiri. Antara unsur penting dalam konstruktivisme ialah:

� Guru mengambil kira pengetahuan sedia ada murid

� Pembelajaran adalah hasil usaha murid itu sendiri.

� Pembelajaran berlaku bila murid menghubungkan idea asal

dengan idea baru bagi menstrukturkan semula idea mereka.

� Murid berpeluang bekerjasama, berkongsi idea dan

pengalaman serta membuat refleksi.

Sains, Teknologi dan Masyarakat. Pembelajaran yang bermakna akan berlaku jika murid dapat

menghubungkaitkan apa yang dipelajari dengan kehidupan harian

mereka. Pembelajaran bermakna berlaku dalam pendekatan seperti

pembelajaran kontekstual dan Pendekatan Sains, Teknologi dan

Masyarakat (STM).

Tema dan objektif pembelajaran yang berunsurkan STM diwujudkan

dalam kurikulum ini. Pendekatan STM mengesyorkan pembelajaran

sains melalui penyiasatan dan perbincangan berlandaskan isu sains

dan teknologi dalam masyarakat. Pengetahuan sains dan teknologi

dipelajari bersama dengan aplikasi, sains dan teknologi serta

implikasi kepada masyarakat.

Page 26: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUMbusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/sains... · Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM

15

Pembelajaran Kontekstual

Pembelajaran kontekstual adalah pembelajaran yang dikaitkan

dengan kehidupan murid. Dalam konteks ini murid tidak belajar

secara teori sahaja tetapi dapat menghargai kerelevanan

pembelajaran sains dengan kehidupan mereka. Pendekatan

kontekstual digunakan di mana murid belajar secara menyiasat

seperti dalam pendekatan inkuiri penemuan.

Pembelajaran Masteri

Pembelajaran masteri merupakan satu pendekatan yang memastikan

semua murid menguasai objektif pembelajaran yang ditetapkan.

Pendekatan ini berpegang kepada prinsip bahawa setiap murid

mampu belajar jika diberi peluang. Peluang perlu diberi kepada murid

untuk belajar mengikut kadarnya, tindakan pengayaan dan pemulihan

perlu dijadikan sebahagian daripada proses pengajaran dan

pembelajaran.

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran tersebut boleh

dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran

seperti eksperimen, perbincangan, simulasi, projek dan lawatan.

Dalam kurikulum ini, cadangan kaedah pengajaran dan pembelajaran

untuk mencapai objektif pembelajaran yang tertentu dinyatakan

secara eksplisit dalam bentuk ‘Cadangan Aktiviti Pembelajaran’.

Walaubagaimanapun, guru boleh mengubahsuaikan cadangan aktiviti

pembelajaran jika perlu.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dapat

meningkatkan minat murid terhadap sains. Pelajaran sains yang

kurang menarik tidak memotivasikan murid untuk belajar dan

seterusnya mempegaruhi pencapaian murid. Penentuan kaedah

pengajaran dan pembelajaran seharusnya berdasarkan kandungan

kurikulum, kebolehan dan kepelbagaian jenis kecerdasan murid serta

sumber dan prasarana yang ada. Di samping berperanan sebagai

penyampai pengetahuan dan pakar rujuk bidang pengajarannya, guru

juga berperanan sebagai fasilitator dalam pengajaran dan

pembelajaran. Guru perlu prihatin terhadap kepelbagaian jenis

kecerdasan di kalangan murid. Kaedah dan aktiviti yang berbeza

perlu dirancang untuk murid yang mempunyai cara belajar dan

kecerdasan yang berbeza.

Berikut diberi penerangan ringkas tentang beberapa kaedah

pengajaran dan pembelajaran.

Eksperimen

Kaedah eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam

pembelajaran sains. Murid menguji hipotesis melalui penyiasatan

untuk menemui konsep dan prinsip sains tertentu secara saintifik.

Page 27: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUMbusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/sains... · Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM

16

Menjalankan eksperimen menggunakan kemahiran berfikir,

kemahiran saintifik dan kemahiran manipulatif.

Secara kebiasaan, langkah yang diikuti secara eksperimen adalah

seperti berikut:

� Mengenal pasti masalah

� Membuat hipotesis

� Merancang eksperimen

- Mengawal pembolehubah

- Menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan

- Menentukan langkah menjalankan eksperimen dan

kaedah mengumpulkan data dan menganalisis data

� Menjalankan eksperimen

� Mengumpulkan data

� Menganalisis data

� Mentafsirkan data

� Membuat kesimpulan

� Menulis laporan

Dalam perlaksanaan kurikulum ini, adalah dicadangkan selain

daripada eksperimen yang dibimbing oleh guru, murid diberi peluang

merekabentuk eksperimen, iaitu mereka sendiri yang merangka cara

eksperimen yang berkenaan, data yang boleh diukur dan bagaimana

menganalisis data serta bagaimana membentangkan hasil

eksperimen mereka.

Perbincangan

Aktiviti di mana murid menyoal dan mengemukakan pendapat

berlandaskan alasan yang sahih. Perbincangan perlu dijalankan

sebelum, semasa dan selepas menjalankan aktiviti. Guru bertindak

sebagai fasilitator dan mengetuai perbincangan dengan bertanyakan

soalan yang merangsang murid untuk mempamer kebolehan diri.

Simulasi

Aktiviti yang dijalankan menyerupai yang sebenarnya. Contoh

simulasi yang utama ialah main peranan, permainan dan penggunaan

model. Dalam main peranan, murid melakonkan sesuatu peranan

secara spontan berdasarkan beberapa syarat yang telah ditentukan.

Permainan pula mempunyai peraturan yang harus dipatuhi. Murid

bermain untuk mempelajari sesuatu prinsip ataupun untuk memahami

proses untuk membuat keputusan. Model boleh digunakan untuk

mewakili objek atau keadaan sebenar. Murid dapat membayangkan

Page 28: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUMbusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/sains... · Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM

17

situasi tersebut dan seterusnya memahami konsep dan prinsip yang

dipelajari.

Projek

Aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk

mencapai sesuatu tujuan tertentu. Projek mengambil masa yang

panjang serta menjangkau waktu pembelajaran yang formal untuk

dilengkapkan. Hasil projek dalam bentuk laporan, artifak atau lain-lain

perlu dibentangkan kepada guru dan murid lain. Kerja projek

menggalakkan perkembangan kemahiran penyelesaian masalah,

kemahiran pengurusan masa dan pembelajaran kendiri.

Lawatan dan Penggunaan Sumber Luar

Pembelajaran sains tidak hanya terhad di sekolah sahaja.

Pembelajaran sains boleh melalui lawatan ke tempat seperti zoo,

muzium, pusat sains, institut penyelidikan, paya bakau dan kilang.

Lawatan ke tempat-tempat sedemikian boleh menjadikan

pembelajaran lebih berkesan, menyeronokkan dan bermakna. Untuk

mengoptimumkan pembelajaran melalui lawatan, ia mesti dirancang

secara rapi. Murid perlu menjalankan aktiviti atau melaksanakan

tugasan semasa lawatan. Perbincangan selepas lawatan perlu

diadakan.

Penggunaan Teknologi

Teknologi merupakan alat yang amat berkesan dan mempunyai

potensi yang tinggi untuk meningkatkan minat dalam pembelajaran

sains. Melalui penggunaan teknologi seperti televisyen, radio, video,

komputer dan internet, pengajaran dan pembelajaran sains boleh

menjadi lebih menarik dan berkesan. Simulasi dan animasi

berkomputer merupakan alat yang berkesan untuk menjelaskan

pengajaran dan pembelajaran yang abstrak atau konsep sains yang

sukar. Simulasi dan animasi berkomputer juga boleh dipersembahkan

dalam bentuk perisian atau melalui laman web. Perkakasan aplikasi

seperti ‘word processers’, perisian persembahan grafik (graphic

presentation softwear) dan hamparan elektronik (electronic

spreadsheets) adalah merupakan satu alat yang bernilai untuk

menganalisis dan mempersembahkan data. Penggunaan teknologi

lain seperti ‘data loggers’ dan antara muka berkomputer dalam

eksperimen dan projek dapat membantu pengajaran dan

pembelajaran sains berkesan.

ORGANISASI KANDUNGAN

Kurikulum sains ini disusun atur mengikut beberapa tema. Setiap

tema mengandungi beberapa bidang pembelajaran, setiap bidang

pembelajaran mempunyai beberapa objektif pembelajaran. Objektif

pembelajaran mempunyai satu atau lebih hasil pembelajaran.

Page 29: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUMbusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/sains... · Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM

18

Hasil pembelajaran umum ditulis mengikut peringkat dalam domain

kognitif dan afektif. Peringkat dalam domain kognitif adalah

mengetahui, memahami, mengaplikasi, menganalisis, mensintesis

dan menilai. Peringkat dalam domain afektif adalah menyedari,

menghargai, menghayati, mengagumi, menyayangi, mensyukuri,

mendalami dan mengamalkan. Hasil Pelajaran dalam domain afektif

adalah tersirat dalam aktiviti pembelajaran yang dicadangkan.

Penerapan sikap siantifik dan nilai murni perlu dijadikan teras dalam

setiap aktiviti pembelajaran. Ini adalah untuk memastikan penerapan

nilai dan sikap secara spontan dan semulajadi. Hasil pembelajaran

dalam domain psikomotor adalah tersurat dalam aktiviti pembelajaran.

Hasil pembelajaran ditulis dalam bentuk objektif perlakuan yang boleh

diukur. Secara am, Hasil pembelajaran dalam sesuatu objektif

pembelajaran disusun secara berurutan daripada mudah kepada

yang lebih kompleks. Walaubagaimanapun, dalam proses pengajaran

dan pembelajaran, aktiviti pembelajaran perlu dirancang dalam

perlakuan holistik dan integrasi yang membolehkan pelbagai hasil

pembelajaran di capai mengikut keperluan dan konteks. Guru perlu

menggunakan strategi pengajaran untuk cuba mencapai hasil

pembelajaran secara bersepadu mengikut susunan dalam huraian

sukatan pelajaran.

Cadangan aktiviti pembelajaran memberi cadangan pengalaman

pembelajaran dan maklumat tentang skop dan kedalaman sesuatu

hasil pembelajaran. Cadangan aktiviti pembelajaran diberi untuk

membantu guru merancang aktiviti yang perlu dijalankan bagi

mencapai hasil pembelajaran yang berkaitan. Satu aktiviti mungkin

dicadangkan untuk mencapai satu atau lebih hasil pembelajaran.

Pada masa yang sama, lebih daripada satu aktiviti mungkin

dicadangkan untuk satu hasil pembelajaran. Guru boleh

mengubahsuai cadangan aktiviti ini sesuai dengan jenis kecerdasan,

tahap kebolehan murid dan juga keadaan sekeliling mereka. Guru

digalakkan merekabentuk aktiviti tambahan yang inovatif dan

berkesan untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran

sains.

Page 30: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUMbusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/sains... · Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM

19

TEMA: MEMPERKENALKAN SAINS Bidang Pembelajaran: 1. Pengenalan kepada Sains

Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.1 Memahami sains adalah sebahagian daripada kehidupan harian.

Memerihalkan dengan contoh fenomena semula jadi yang murid boleh lihat di sekeliling mereka: a) tumbesaran manusia daripada

bayi hingga dewasa b) kejatuhan bola ke tanah c) pencairan ais Membincangkan kegunaan dan kelebihan sains dalam kehidupan harian. Menghadiri ceramah mengenai kerjaya dalam sains.

Murid boleh: menyenaraikan apa yang

dilihat di sekeliling yang berkaitan dengan sains,

menerangkan kepentingan sains dalam kehidupan harian,

menamakan kerjaya dalam sains seperti: a) guru sains b) doktor c) jurutera d) saintis alam sekitar

Semasa aktiviti pembelajaran, kemukakan konsep dan prinsip sains yang telah murid pelajari di sekolah rendah. Ceramah kerjaya dalam sains oleh ahli professional.

benefit – faedah career – kerjaya discuss – bincangkan educator – pendidik importance – kepentingan professional – profesional related – berkaitan role play – main peranan talks – ceramah natural phenomena – fenomena alam

1.2 Memahami langkah-langkah dalam penyiasatan saintifik.

Menjalankan penyiasatan saintifik/eksperimen, contoh: mengkaji faktor yang mempengaruhi bilangan ayunan bandul ringkas dalam satu jangka masa.

Murid boleh: menyatakan langkah-langkah

dalam penyiasatan saintifik/eksperimen,

menjalankan satu penyiasatan saintifik.

Penyiasatan saintifik perlu melibatkan penggunaan kemahiran proses sains.

affect – mempengaruhi determine – menentukan hypothesis – hipotesis identify – mengenal pasti investigation – penyiasatan involve – melibatkan measure – mengukur observe – memerhati

Page 31: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUMbusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/sains... · Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM

20

Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

Murid akan: a) menentukan apa yang akan

dikaji (mengenal pasti masalah) b) membuat tekaan yang bijak

(membina satu hipotesis), c) merancang bagaimana untuk

menguji hipotesis (merancang eksperimen) mengenal pasti pemboleh

ubah, menentukan radas dan

bahan yang diperlukan, menentukan prosedur

menjalankan eksperimen, kaedah mengumpul dan menganalisa data.

d) menjalankan eksperimen, e) menulis apa yang diperhatikan

(mengumpul data), f) mencari makna daripada apa

yang diperhatikan (menganalisa dan mentafsir data),

g) membuat keputusan sama ada hipotesis adalah benar (membuat kesimpulan),

h) menulis laporan hasil penyiasatan (melapor).

Langkah (a) hingga (c) perlu dibincangkan sebelum murid menjalankan eksperimen. Aktiviti ini membantu mengenal pasti keupayaan murid dalam menjalankan penyiasatan saintifik.

oscillations – ayunan lengkap swings back and forth – berayun ulang alik pendulum – bandul

variable – pemboleh ubah

Page 32: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUMbusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/sains... · Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM

21

Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

Murid boleh diminta untuk melaporkan hasil penyiasatan mereka kepada kelas. Mereka harus menekankan langkah yang telah diambil, apa yang diubah, apa yang dikekalkan dan apa yang diukur.

.

1.3 Mengetahui kuantiti fizik dan unitnya.

Mengenal pasti kuantiti fizik (panjang, jisim, masa, suhu dan arus elektrik), nilai dan unit sebagaimana tertera pada maklumat produk. Mencari perkataan imbuhan yang digunakan dalam pengukuran seperti kilo-, senti-, dan mili-. Mencari simbol yang digunakan dalam unit pengukuran. Mencari nilai bagi setiap imbuhan.

Murid boleh: menyatakan kuantiti fizik iaitu

panjang, jisim, masa, suhu dan arus elektrik,

menyatakan unit S.I. dan simbol yang berpadanan bagi kuantiti fizik,

menyatakan simbol dan nilai imbuhan bagi unit panjang dan jisim: mili -, senti- dan kilo-,

mengenal pasti dan menggunakan imbuhan yang sesuai dalam pengukuran panjang dan jisim.

Maklumat produk boleh dilihat pada label, kotak peralatan elektrik, paket makanan dsb. S.I. ialah singkatan kepada perkataan Perancis iaitu Systéme International d’Unités yang bermaksud sistem antarabangsa untuk unit.

abbreviation – singkatan appropriate – sesuai corresponding symbol – simbol berpadanan electric current – arus elektrik length – panjang mass – jisim measurement – ukuran physical quantity – kuantiti fizik prefix – imbuhan symbol – simbol value – nilai

Page 33: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUMbusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/sains... · Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM

22

Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.4 Memahami penggunaan alat pengukuran

Mengukur panjang garis lurus, garis lengkung dan diameter objek menggunakan pembaris, benang dan angkup. Menganggar luas bentuk sekata dan tidak sekata menggunakan kertas graf. Mengukur isipadu cecair menggunakan silinder penyukat, pipet dan buret. Menentukan isipadu pepejal sekata dan tidak sekata menggunakan kaedah sesaran air. Mengukur suhu badan dan suhu air. Membincangkan pemilihan alat yang sesuai apabila membuat ukuran. Mengaplikasikan kemahiran mengukur dalam konteks menjalankan eksperimen.

Murid boleh: memilih alat yang betul dan

mengukur panjang, menganggar luas bentuk

sekata dan tidak sekata menggunakan kertas graf,

memilih alat yang betul dan menyukat isipadu cecair,

memilih alat yang betul dan mengukur suhu badan serta suhu cecair,

menentukan isipadu pepejal menggunakan kaedah sesaran air. .

Pastikan murid membuat pengukuran yang betul dan jitu.

calipers – angkup curve – garis lengkung displacement – sesaran estimate – menganggarkan irregular – tidak sekata regular – sekata volume – isi padu

Page 34: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUMbusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/sains... · Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM

23

Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.5 Memahami konsep jisim

Menentukan berat pelbagai objek menggunakan neraca spring. Membincangkan berat sebagai tarikan Bumi (daya graviti) ke atas objek. Membincangkan jisim sebagai kuantiti jirim. Menentukan jisim pelbagai objek dengan menggunakan neraca alur/tuas. Membincangkan perbezaan antara jisim dengan berat. Mengaplikasikan kemahiran menggunakan neraca spring dan neraca alur/tuas dalam konteks menjalankan eksperimen.

Murid boleh: menentukan berat suatu

objek, menerangkan konsep berat, menerangkan konsep jisim, menentukan jisim suatu

objek, menerangkan perbezaan

antara jisim dengan berat, mengaplikasikan penggunaan

neraca spring dan neraca alur/tuas dalam konteks menjalankan eksperimen.

Unit untuk berat: Newton Unit untuk jisim: Kilogram

Jalankan eksperimen di mana murid akan menggunakan kemahiran untuk mengukur jisim dan berat.

beam balance – neraca alur determine – menentukan difference – perbezaan force – daya lever balance – neraca tuas mass – jisim matter – jirim pull – tarikan spring balance – neraca spring weight – berat

Page 35: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUMbusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/sains... · Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM

24

Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.6 Menyedari kepentingan unit piawai dalam kehidupan harian

Membincangkan pelbagai unit pengukuran seperti unit untuk panjang (kaki, ela, rantai, batu, meter, kilometer), unit untuk berat (paun, auns, kati, tahil, gram, kilogram) Melakonkan sketsa untuk menunjukkan masalah yang berlaku apabila tidak menggunakan unit piawai seperti ketika membeli barang di pasar. Membincangkan kebaikan dan keburukan apabila menggunakan unit pengukuran yang tidak sama.

Murid boleh: memberi contoh masalah

yang mungkin timbul sekiranya unit piawai tidak digunakan.

act out – lakonkan advantage – kebaikan arise – timbul disadvantage – keburukan realising – menyedari standard – piawai scene – babak various – pelbagai

Page 36: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUMbusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/sains... · Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM

25

TEMA: MANUSIA DAN KEPELBAGAIAN HIDUPAN Bidang Pembelajaran: 1. Sel sebagai unit kehidupan

Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.1 Memahami sel

Mengumpul maklumat mengenai organisma hidup dan mengenal pasti unit asas kehidupan yang membina organisma tersebut. Menyediakan slaid sel pipi dan sel bawang. Memerhati struktur umum sel pipi dan sel bawang di bawah mikroskop menggunakan prosedur yang betul. Melukis dan melabel pelbagai struktur sel haiwan dan sel tumbuhan. Membandingkan sel haiwan dan sel tumbuhan. Mengumpul maklumat mengenai struktur sel dan membincangkan fungsinya.

Murid boleh: mengenal pasti sel sebagai unit

asas kehidupan, menyediakan slaid

menggunakan prosedur yang betul,

menggunakan mikroskop dengan betul,

mengenal pasti struktur umum sel haiwan dan sel tumbuhan,

melukis struktur umum sel haiwan dan sel tumbuhan,

melabel struktur umum sel haiwan dan sel tumbuhan,

menyatakan fungsi setiap struktur sel,

menyatakan persamaan dan perbezaan antara sel haiwan dengan sel tumbuhan.

Struktur umum sel terdiri daripada dinding sel, membran sel, protoplasma (sitoplasma dan nukleus), kloroplas dan vakuol. Penggunaan dan pengendalian mikroskop diperkenalkan dalam bidang pembelajaran ini. Mengingatkan murid mengenai langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil semasa menyediakan sampel sel pipi.

animal cell – sel haiwan cell wall – dinding sel cheek cells – sel pipi chloroplast – kloroplas cytoplasm – sitoplasma handling – mengendali general – umum microscope – mikroskop nucleus – nukleus onion – bawang plant cell – sel tumbuhan precaution – langkah keselamatan prepare – sediakan protoplasm – protoplasma remind – ingatkan sample – sampel slide – slaid structure – struktur vacuole – vakuol

Page 37: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUMbusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/sains... · Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM

26

Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.2 Memahami organisma unisel dan multisel.

Mengumpul maklumat mengenai organisma unisel dan multisel. Menyediakan murid dengan kad gambar, kad nama, kad yang berlabel ‘unisel’ dan ‘multisel’. Murid memadankan kad-kad bagi setiap organisma. Memerhati contoh organisma unisel dan multisel di bawah mikroskop.

Murid boleh: menyatakan maksud

organisma unisel dan multisel, memberi contoh organisma

unisel dan multisel.

Gunakan slaid yang disediakan atau spesimen baru. Perkenalkan istilah ‘mikroorganisma’.

multicellular organism – organisma multisel unicellular organism – organisma satu sel microorganism – mikroorganisma

1.3 Memahami sel membentuk tisu, organ dan sistem dalam badan manusia.

Mengumpul maklumat dan membincangkan perkara berikut: a) jenis sel manusia b) fungsi pelbagai jenis sel

manusia.

Murid boleh: menamakan pelbagai jenis sel

manusia, menyatakan fungsi pelbagai

jenis sel manusia, menyusun organisasi sel

mengikut urutan daripada yang mudah ke kompleks menggunakan istilah sel, tisu, organ, sistem dan organisma.

arrange sequentially – susun mengikut urutan cell – sel function – fungsi human being – manusia ladder – tangga organ – organ organisation of cells – organisasi sel system – sistem simple – mudah tissue – tisu

Page 38: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUMbusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/sains... · Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM

27

Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

Menggunakan pengurusan grafik (seperti tangga hiraki) untuk menunjukkan hiraki organisasi sel:

selÆ tisu Æ organ Æ sistem Æ organisma

1.4 Menyedari manusia adalah organisma yang kompleks.

Membincangkan mengapa manusia adalah organisma yang kompleks.

Murid boleh: menerangkan mengapa

manusia adalah organisma yang kompleks.

complex organism – organisma kompleks human being – manusia realising – menyedari

sel tisu

organ

sistem

organisma

Page 39: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUMbusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/sains... · Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM

28

TEMA: JIRIM DALAM ALAM Bidang Pembelajaran: 1. Jirim

Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.1 Memahami jirim mempunyai jisim dan memenuhi ruang

Menunjukkan semua benda seperti buku, udara, air, tanah dan benda hidup mempunyai jisim dan memenuhi ruang melalui aktiviti. Membincangkan maksud jirim. Menyenaraikan contoh jirim.

Murid boleh: menyatakan semua benda

mempunyai jisim dan memenuhi ruang,

menerangkan maksud jirim, menghubungkaitkan benda dan

jirim, menjalankan aktiviti untuk

menunjukkan udara, air, tanah dan benda hidup mempunyai jisim dan memenuhi ruang.

air – udara living things – benda hidup mass – jisim matter – jirim occupies – memenuhi water – air soil – tanih

1.2 Memahami tiga keadaan jirim.

Mengumpul maklumat dan membincangkan: a) apa yang membina jirim, b) tiga keadaan jirim. Membandingkan tiga keadaan jirim dari segi: a) susunan zarah-zarah, b) pergerakan zarah-zarah.

Murid boleh:

menyatakan jirim terdiri daripada zarah-zarah,

menyatakan tiga keadaan jirim, menyatakan susunan zarah-

zarah dalam tiga keadaan jirim, menyatakan perbezaan

pergerakan zarah-zarah dalam tiga keadaan jirim.

particle – zarah simulate – membuat simulasi arrangement – susunan movement – gerakan state of matter – keadaan jirim

Page 40: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUMbusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/sains... · Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM

29

Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

Membuat simulasi susunan dan pergerakan zarah-zarah dalam tiga keadaan jirim.

1.3 Memahami konsep ketumpatan

Mengingat kembali definisi ketumpatan. Menentukan ketumpatan melalui aktiviti bagi: a) objek berbentuk sekata dan

tak sekata, b) pelbagai cecair. Membincangkan mengapa ada objek dan cecair timbul dan mengaitkannya dengan ketumpatan.

Murid boleh: mendefinisikan ketumpatan, menerangkan mengapa ada

objek dan cecair timbul, menyelesaikan masalah mudah

berkaitan ketumpatan, menyatakan ketumpatan

pelbagai objek dan cecair melalui aktiviti.

Prinsip Archimedes tidak perlu diperkenalkan.

definition – takrifan explain – menerangkan float – timbul liquid – cecair object with irregular shape – objek berbentuk tak sekata object with regular shape – objek berbentuk sekata recall – ingat semula solve – selesaikan

1.4 Menghargai penggunaan ciri-ciri jirim dalam kehidupan harian

Mengumpul maklumat dan membincangkan bagaimana: a) manusia menggunakan

pengetahuan tentang pelbagai keadaan jirim dalam penyimpanan dan pengangkutan gas dan cecair.

Murid boleh: memerihalkan bagaimana

manusia menggunakan pelbagai keadaan jirim,

memerihalkan bagaimana manusia mengaplikasikan konsep ketumpatan,

aplication – aplikasi appreciating – menghargai applies – mengaplikasi build – bina float – pelampung gas – gas property – sifat raft – rakit store – menyimpan transport – mengangkut

Page 41: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUMbusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/sains... · Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM

30

Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

b) manusia menggunakan

konsep ketumpatan untuk membina rakit, pelampung dsb.

Menjalankan aktiviti untuk mengkaji aplikasi konsep timbul dan tenggelam yang berkaitan dengan ketumpatan.

menerangkan aplikasi konsep

timbul dan tenggelam yang berkaitan dengan ketumpatan melalui aktiviti.

Bidang Pembelajaran: 2. Kepelbagaian Sumber di Bumi

Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

2.1 Mengetahui kepelbagaian sumber di Bumi

Mengumpul maklumat mengenai sumber Bumi iaitu air, udara, tanah, mineral, bahanapi fosil dan benda hidup.

Murid boleh: menyenaraikan sumber di Bumi yang diperlukan untuk menyokong kesinambungan hidup,

menyenaraikan sumber Bumi yang digunakan dalam kehidupan harian.

life – kehidupan knowing – mengetahui resource – sumber to sustain life – menyokong kesinambungan kehidupan

Page 42: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUMbusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/sains... · Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM

31

Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

2.2 Memahami unsur, sebatian dan campuran

Mengumpul maklumat dan membincangkan a) maksud unsur, sebatian dan

campuran, b) maksud logam dan bukan

logam c) contoh unsur, sebatian,

campuran, logam dan bukan logam.

Membanding dan membezakan ciri-ciri unsur, sebatian dan campuran. Menjalankan aktiviti untuk membandingkan ciri-ciri logam dengan bukan logam dari segi rupa, kekerasan, kekonduksian haba dan elektrik. Menjalankan aktiviti untuk mengasingkan komponen dalam campuran seperti a) campuran serbuk besi dan

serbuk sulfur, b) campuran pasir dan garam.

Murid boleh: menyatakan maksud unsur,

sebatian dan campuran, memberi contoh unsur,

sebatian dan campuran, menyatakan perbezaan antara

unsur, sebatian dan campuran, membanding dan membezakan

ciri-ciri logam dengan bukan logam melalui aktiviti,

mengelaskan unsur kepada logam dan bukan logam berdasarkan ciri-cirinya,

memberi contoh logam dan bukan logam,

mengasingkan komponen dalam campuran melalui aktiviti.

.

appearance – rupa characterstic – ciri classify – mengelaskan compound – sebatian component – komponen conductivity – kekonduksian electricity – elektrik element – unsur hardness – kekerasan heat – haba mixture – campuran separate – mengasingkan understanding – memahami

Page 43: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUMbusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/sains... · Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM

32

Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

2.3 Menghargai kepentingan kepelbagaian sumber Bumi kepada manusia .

Membincangkan kepentingan sumber Bumi (air, udara, tanah, mineral, bahanapi fosil dan benda hidup) kepada manusia. Melukis peta konsep untuk menunjukkan hubungan antara sumber-sumber ini kepada keperluan asas kehidupan.

Mengumpul maklumat mengenai pemeliharaan dan pemuliharaan sumber di Bumi. Membincangkan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan sumber di Bumi (seperti kitar semula kertas untuk mengurangkan penebangan pokok, memulihara air bersih bagi mengelakkan kekurangan air) Menjalankan projek, kempen atau pertandingan tentang pengurangan penggunaan, penggunaan semula dan kitar semula bahan seperti buku latihan yang tidak habis digunakan sebagai buku nota dan mengumpul surat khabar lama.

Murid boleh:

menerangkan kepentingan

kepelbagaian sumber Bumi kepada manusia,

menyatakan maksud pemeliharaan dan pemuliharaan sumber Bumi,

menyatakan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan sumber Bumi,

mengamalkan penggunaan, guna semula dan kitar semula bahan.

appreciating – menghargai concept map – peta konsep conservation – pemuliharaan needs of life – keperluan hidup preservation – pemeliharaan resource – sumber relationship – hubung kait sustainable development – pembangunan lestari

Page 44: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUMbusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/sains... · Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM

33

Bidang pembelajaran: 3. Udara di sekeliling kita

Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

3.1 Memahami komponen dalam udara

Mengumpul maklumat mengenai: a) komposisi udara, b) peratusan nitrogen, oksigen

and karbon dioksida dalam udara.

Menjalankan aktiviti untuk menunjukkan: a) peratusan oksigen dalam udara, b) udara mengandungi wap air, mikroorganisma dan habuk.

Murid boleh: menyatakan komponen dalam

udara, menerangkan mengapa udara

ialah suatu campuran, menyatakan peratusan

nitrogen, oksigen dan karbon dioksida dalam udara,

menunjukkan melalui aktiviti: a) peratusan oksigen dalam

udara, b) udara mengandungi wap

air, mikroorganisma dan habuk.

Udara ialah campuran nitrogen, oksigen, karbon dioksida, gas nadir, wap air, mikroorganisma dan habuk.

carbon dioxide – karbon dioksida composition – komposisi dust – habuk microorganism – mikroorganisma nitrogen – nitrogen oxygen – oksigen inert gas – gas nadir water vapour – wap air

3.2 Memahami ciri-ciri oksigen dan karbon dioksida

Mengumpul maklumat mengenai ciri-ciri oksigen dan karbon dioksida. Menjalankan aktiviti untuk menunjukkan ciri-ciri oksigen dan karbon dioksida dari aspek:

a) kelarutan dalam air, b) tindak balas dengan natrium

hidroksida,

Murid boleh:

menyenaraikan ciri-ciri oksigen dan karbon dioksida,

mengenal pasti oksigen dan karbon dioksida berdasarkan ciri-cirinya,

memilih ujian yang sesuai untuk oksigen dan karbon dioksida.

lime water – air kapur glowing – berbara indicator – penunjuk reaction – tindak balas solubility – keterlarutan wooden splint – kayu uji

Page 45: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUMbusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/sains... · Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM

34

Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

c) kesan ke atas kayu uji berbara dan menyala, kertas litmus, air kapur dan penunjuk bikarbonat.

3.3 Memahami bahawa oksigen diperlukan untuk respirasi

Mengumpul maklumat dan membincangkan respirasi. Menjalankan eksperimen untuk menunjukkan semasa respirasi, benda hidup: (a) menggunakan oksigen, (b) membebaskan karbon dioksida.

Murid boleh: menyatakan tenaga, karbon

dioksida dan wap air adalah hasil respirasi,

menghubungkait benda hidup menggunakan oksigen dan membebaskan karbon dioksida semasa respirasi,

membanding dan membezakan kandungan oksigen dalam udara sedutan dengan udara hembusan dalam manusia,

menyatakan oksigen diperlukan dalam respirasi,

menjalankan eksperimen untuk menunjukkan benda hidup menggunakan oksigen dan membebaskan karbon dioksida semasa respirasi.

energy – tenaga exhaled air – udara hembusan inhaled air – udara sedutan role – peranan rate of respiration – kadar respirasi yeast – yis

Page 46: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUMbusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/sains... · Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM

35

Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

3.4 Memahami bahawa oksigen diperlukan untuk pembakaran

Mengumpul maklumat dan membincangkan pembakaran. Menjalankan eksperimen untuk: a) menunjukkan oksigen

diperlukan untuk pembakaran,

b) mengkaji kesan saiz suatu bekas ke atas jangka masa nyalaan lilin.

Menjalankan aktiviti untuk menguji hasil pembakaran arang dan lilin.

Murid boleh: menyatakan maksud

pembakaran, menyatakan oksigen diperlukan

untuk pembakaran, menyenaraikan hasil

pembakaran, menjalankan eksperimen untuk

mengkaji pembakaran.

Arang ialah contoh karbon.

candle – lilin charcoal – arang combustion – pembakaran carbon – karbon product – hasil

3.5 Menganalisa kesan pencemaran udara

Mengumpul maklumat dan membincangkan: a) maksud pencemaran udara, b) contoh bahan cemar udara, c) sumber bahan cemar udara, d) kesan pencemaran udara ke

atas manusia dan alam sekitar,

e) langkah-langkah yang diperlukan untuk mengawal pencemaran udara.

Murid boleh:

menerangkan maksud pencemaran udara,

menyenaraikan contoh bahan cemar udara,

menyenaraikan sumber bahan cemar udara,

memerihalkan kesan pencemaran udara,

menerangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menghalang dan mengawal pencemaran udara.

air pollution – pencemaran udara control – kawalan effect – kesan analysing – menganalisis environment – alam sekitar prevent – mencegah pollutant – bahan cemar source – sumber

Page 47: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUMbusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/sains... · Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM

36

Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

Menjalankan projek untuk mengkaji: a) pencemaran udara dalam

suatu kawasan di sekitar sekolah,

b) kesan pencemaran udara.

3.6 Menyedari kepentingan untuk mengekalkan udara yang bersih

Mengumpul maklumat dan membincangkan: a) bagaimana keadaan

kehidupan tanpa udara yang bersih,

b) cara mengekalkan udara supaya bersih

c) amalan yang boleh mengekalkan udara yang bersih.

Menjalankan aktiviti untuk menunjukkan bahan cemar dalam asap rokok.

Murid boleh: memerihalkan bagaimana

kehidupan jika tiada udara bersih,

mencadangkan cara mengekalkan udara supaya bersih,

mempraktikkan amalan yang mengekalkan udara yang bersih.

describe – perihalkan habit – amalan suggest – cadangkan

Page 48: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUMbusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/sains... · Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM

37

TEMA: TENAGA Bidang pembelajaran: 1. Sumber Tenaga

Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.1 Memahami pelbagai bentuk dan sumber tenaga

Mengumpul maklumat mengenai pelbagai bentuk dan sumber tenaga serta perubahan tenaga. Membincangkan matahari sebagai sumber tenaga utama. Menjalankan aktiviti untuk melihat perubahan tenaga

dari tenaga keupayaan kepada tenaga kinetik (contoh: sebiji bola yang bergolek menuruni suatu cerun),

dari tenaga kinetik kepada tenaga keupayaan (contoh: mengunci spring kereta mainan).

Murid boleh: menyenaraikan pelbagai jenis

tenaga, menyenaraikan pelbagai

sumber tenaga, mengenal pasti perubahan

tenaga, mengenal pasti matahari

sebagai sumber tenaga utama, mengkaji perubahan tenaga

keupayaan kepada tenaga kinetik dan sebaliknya melalui aktiviti.

energy change – perubahan bentuk tenaga form – bentuk slope – satah condong kinetic energy – tenaga kinetik potential energy – tenaga keupayaan primary source – sumber primer various – pelbagai vice versa – sebaliknya

Page 49: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUMbusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/sains... · Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM

38

Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.2 Memahami tenaga boleh diperbaharui dan yang tidak boleh diperbaharui

Mengumpul maklumat dan membincangkan maksud sumber tenaga boleh diperbaharui dan yang tidak boleh diperbaharui. Menjalankan projek berikut: a) sumber tenaga boleh

diperbaharui dan yang tidak boleh diperbaharui,

b) penggunaan tenaga solar, c) cara meningkatkan

penggunaan tenaga secara cekap.

Murid boleh: mendefinisikan tenaga boleh

diperbaharui dan yang tidak boleh diperbaharui,

mengelaskan pelbagai sumber tenaga kepada tenaga boleh diperbaharui dan yang tidak boleh diperbaharui

menerangkan mengapa kita perlu memulihara sumber tenaga,

mencadangkan cara-cara menggunakan tenaga secara cekap.

Projek boleh melibatkan penghasilan buku skrap, model dan poster.

efficient – cekap conserve – memulihara non-renewable – tidak boleh diperbaharui renewable – boleh diperbaharui solar energy – tenaga suria

1.3 Menyedari kepentingan memulihara sumber tenaga

Membincangkan kepentingan memulihara sumber tenaga. Membincangkan penggunaan dan pengurusan sumber tenaga yang cekap.

Murid boleh: memerihalkan pentingnya

memulihara sumber tenaga, menerangkan pengunaan dan

pengurusan sumber tenaga yang cekap.

Perbincangan boleh dijalankan dalam bentuk forum, sumbangsaran dsb.

management – pengurusan

Page 50: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUMbusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/sains... · Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM

39

Bidang pembelajaran : 2. Haba

Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

2.1 Memahami haba sebagai suatu bentuk tenaga

Menjalankan aktiviti untuk menunjukkan: a) matahari membebaskan haba. b) cara menghasilkan haba, c) haba dan suhu adalah

berbeza (contoh: Murid diminta meramal dan memerhatikan bagaimana suhu berubah apabila air panas dan air sejuk dicampurkan).

Membincangkan: a) haba ialah suatu bentuk

tenaga, b) pelbagai kegunaan haba

dalam kehidupan harian, c) maksud suhu, d) perbezaan antara suhu dengan

haba.

Murid boleh: menyatakan matahari

membebaskan haba, menyatakan sumber lain bagi

haba, menyatakan haba ialah suatu

bentuk tenaga, memberi contoh pelbagai

kegunaan haba, menyatakan maksud suhu, menyatakan perbezaan antara

haba dengan suhu.

daily life – kehidupan harian difference – perbezaan example – contoh gives out – mengeluarkan heat – haba meaning – maksud temperature – suhu

Page 51: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUMbusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/sains... · Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM

40

Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

2.2 Memahami pengaliran haba dan kesannya

Menjalankan aktiviti untuk menunjukkan haba boleh menyebabkan pepejal, cecair dan gas mengembang dan mengecut (contoh: bola dan gelang, merkuri dalam termometer dan udara dalam kelalang dasar bulat). Menjalankan aktiviti untuk menunjukkan pengaliran haba melalui konduksi, perolakan dan sinaran. Menjalankan aktiviti berkumpulan untuk membincangkan: a) fenomena alam seperti bayu

darat, bayu laut dan pemanasan bumi oleh matahari,

b) bagaimana suhu bangunan boleh dikekalkan sejuk,

c) maksud konduktor haba, d) maksud penebat haba, e) pelbagai kegunaan konduktor

dan penebat haba dalam kehidupan harian.

Menjalankan eksperimen untuk mengkaji kegunaan bahan yang berbeza sebagai penebat haba.

Murid boleh: menyatakan haba

menyebabkan pengembangan dan pengecutan pepejal, cecair dan gas,

menyatakan haba mengalir dengan tiga cara (konduksi, perolakan dan sinaran),

menyatakan haba mengalir dari kawasan panas ke kawasan sejuk,

memberi contoh pengaliran haba dalam fenomena alam,

menyatakan maksud konduktor haba,

menyatakan maksud penebat haba,

menyenaraikan pelbagai kegunaan konduktor dan penebat haba dalam kehidupan harian,

menjalankan eksperimen untuk mengkaji kegunaan bahan berbeza sebagai penebat haba.

Terangkan kesan pemanasan dan penyejukkan ke atas pepejal, cecair dan gas.

conduction – konduksi contract – mengecut convection – perolakan expand – mengembang flow – mengalir gas – gas insulator – penebat land breeze – bayu darat liquid – cecair natural phenomena – fenomena alam radiation – sinaran sea breeze – bayu laut solid – pepejal

Page 52: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUMbusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/sains... · Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM

41

Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

2.3 Menganalisa kesan haba ke atas jirim

Menjalankan aktiviti untuk menunjukkan perubahan keadaan jirim dalam proses fizikal. Membincangkan: (i) kesan haba ke atas keadaan

jirim, (ii) contoh pemerhatian harian

yang menunjukkan perubahan kepada keadaan jirim.

Murid boleh: menyatakan perubahan kepada

keadaan jirim dalam proses fizikal,

menerangkan perubahan kepada keadaan jirim yang melibatkan penyerapan dan pembebasan haba,

memberi contoh pemerhatian harian yang menunjukkan perubahan kepada keadaan jirim.

Proses fizikal melibatkan peleburan, pendidihan, pembekuan, penyejatan, kondensasi dan pemejalwapan.

boiling – pendidihan condensation – kondensasi evaporation – penyejatan freezing – penyejukbekuan melting – peleburan process – proses reference – rujukan sublimation – pemejalwapan

2.4 Mengaplikasi prinsip pengembangan dan pengecutan jirim

Membincangkan kegunaan pengembangan dan pengecutan jirim dalam yang berikut: a) merkuri dalam termometer, b) jalur dwilogam di dalam alat

penggera kebakaran, c) ruang pada landasan keretapi, d) penggolek pada jambatan

keluli. Membincangkan penggunaan prinsip pengembangan dan pengecutan jirim untuk menyelesaikan masalah yang mudah.

Murid boleh: menerangkan dengan contoh

pelbagai kegunaan pengembangan dan pengecutan jirim dalam kehidupan harian,

mengaplikasikan prinsip pengembangan dan pengecutan jirim dalam menyelesaikan masalah yang mudah.

bimetallic strip – jalur dwilogam expansion – pengembangan contraction – pengecutan fire alarm – alat penggera kebakaran roller – penggolek steel bridge – jambatan keluli

Page 53: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUMbusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/sains... · Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM

42

Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

2.5 Memahami bahawa permukaan objek yang gelap dan kusam menyerap dan membebaskan haba denga lebih baik

Menjalankan eksperimen untuk menunjukkan yang berikut: a) objek yang gelap dan kusam

menyerap haba lebih baik daripada objek putih dan berkilat,

b) objek yang gelap dan kusam membebaskan haba lebih baik daripada objek putih dan berkilat.

Murid boleh: menyatakan objek yang gelap

dan kusam menyerap haba lebih baik daripada objek putih dan berkilat,

menyatakan objek yang gelap dan kusam membebaskan haba lebih baik daripada objek putih dan berkilat,

menjalankan eksperimen untuk mengkaji penyerapan dan pembebasan haba.

absorb – menyerap dull – pudar dark – gelap shiny – berkilat

2.6 Menghargai faedah pengaliran haba

Membincang dan mempraktikkan amalan seperti membuka tingkap dalam kelas atau makmal untuk meningkatkan pengaliran udara.

Murid boleh:

mengamalkan prinsip pengaliran haba demi kehidupan yang lebih selesa.

improve air circulation – memperbaiki pengudaraan comfortable living – kehidupan yang selesa

Page 54: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUMbusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/sains... · Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM

43

Penasihat Datu Dr Hj. Julaihi Hj. Bujang

Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum

Mohd Zanal bin Dirin Timbalan Pengarah (Sains dan Teknologi) Bahagian Pembangunan Kurikulum

Penasihat Editorial

Zainon Abd. Majid Ketua Unit Sains Teras Bahagian Pembangunan Kurikulum

Editor

Aizatul Adzwa Mohd. Basri Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum

Penterjemah Burhanuddin Dahalan

SMK Alang Iskandar Bagan Serai, Perak

Fong Woon Yoke SMK Menglembu Menglembu, Perak

Roslan Yusoff SMK Seri Perak Teluk Intan, Perak

Hafiz Zaki Hamdan SMK Seri Perkasa Hutan Melintang, Perak

Norhaida Alias SMK Sultan Abdul Jalil Shah Seberang Perak, Teluk Intan, Perak

Nazirah Abdul Rahman SMJK Hua Lian Taiping, Perak

Maslina Ayu Shaharuddin SMK Convent Taiping, Perak

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH

SAINS TINGKATAN 1

PANEL PENTERJEMAH

Page 55: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUMbusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/sains... · Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

2011