KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH · PDF fileKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Pusat...

27
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2002 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH HURAIAN SUKATAN PELAJARAN TINGKATAN EMPAT DAN LIMA

Transcript of KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH · PDF fileKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Pusat...

Page 1: KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH · PDF fileKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2002 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

2002

MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

TINGKATAN EMPAT DAN LIMA

Page 2: KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH · PDF fileKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2002 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut :-

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Page 3: KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH · PDF fileKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2002 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian

Page 4: KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH · PDF fileKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2002 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK

Pendahuluan 1

Matlamat 1

Objektif 2

Organisasi Kandungan 2

Pendekatan Dan Penekanan 3

Pemetaan Kandungan 5

Format Huraian 6

Huraian Tingkatan Empat 7

Huraian Tingkatan Lima 16

Page 5: KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH · PDF fileKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2002 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK

KATA PENGANTAR

Para 1 (kosong)

Huraian Sukatan Pelajaran disediakan untuk membantu guru merancang aktiviti dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap kematangan murid selaras dengan kehendak Sukatan Pelajaran Pembinaan Domestik untuk sekolah menengah atas. Buku ini juga menyediakan penerangan bagi membantu guru menguruskan pelaksanaan kurikulum Pembinaan Domestik dalam bengkel. Guru diharap dapat merancang dan melaksanakan strategi yang berkesan sesuai dengan kebolehan dan minat murid serta persekitaran sekolah supaya pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bermakna.

Para 3 (kosong)

( Dr. SHARIFAH MAIMUNAH BINTI SYED ZIN ) PengarahPusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

Page 6: KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH · PDF fileKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2002 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK

Menservis Peralatan Elektrik Domestik adalah satu daripada mata pelajaran elektif vokasional di sekolah menengah akademik. Ia merupakan satu mata pelajaran amali yang berteraskan teknologi untuk tingkatan empat dan tingkatan lima. Mata pelajaran ini adalah lanjutan dan peluasan kepada mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah rendah.

Penggubalan mata pelajaran ini yang berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dirancang untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti negara dengan membekalkan tenaga mahir yang berpengetahuan dalam bidang elektrik elektronik.

Penawaran mata pelajaran ini merupakan sebahagian usaha Kementerian Pendidikan untuk memperluaskan pendidikan teknikal dan vokasional di sekolah akademik. Persediaan awal ini adalah untuk memenuhi keperluan permintaan tenaga pekerja mahir dan separa mahir dalam pelbagai bidang industri yang semakin meningkat seperti pembinaan bangunan, automotif, elektrik elektronik, perabot, komputer dan multimedia, penghasilan makanan, perkhidmatan hospitaliti, perikanan dan haiwan, pelandskapan, tekstil dan pakaian, hiasan dalaman, dan perkhidmatan penjagaan.

Dalam kurikulum Menservis Peralatan Elektrik Domestik, murid didedahkan dengan perkembangan teknologi semasa, keperluan tenaga mahir, prospek

kerjaya, keselamatan, peraturan, undang-undang, etika dan budaya kerja. Mereka dilatih menggunakan peralatan ujian, mengendalikan litar asas elektrik seperti bekalan kuasa, bahagian kawalan dan beban litar. Seterusnya kemahiran asas murid ini dipertingkatkan kepada tahap menservis pelbagai peralatan elektrik domestik yang meliputi mengendali, mengesan dan mengganti komponen yang rosak. Jenis peralatan elektrik domestik yang diserviskan termasuk kipas, mesin pengisar, seterika, cerek, pembakar roti, pembersih vakum, pam air, ketuhar, mesin basuh dan peti sejuk.

Penerapan nilai murni, sikap positif dan budaya kerja yang baik turut disepadukan dalam mata pelajaran ini.

Matlamat mata pelajaran Menservis Peralatan Elektrik Domestik adalah untuk melahirkan murid yang berkemahiran membaik pulih dan menyenggara peralatan elektrik domestik dengan mengamalkan budaya kerja yang baik dan selamat, serta boleh menjalankan perniagaan sendiri atau berupaya menjadi penyumbang tenaga kerja mahir dalam bidang perkakasan elektrik.

ApakahMata

PelajaranMenservisPeralatan

ElektrikDomestik?

MatlamatMata

PelajaranMenservisPeralatan

ElektrikDomestik

PENDAHULUAN

MATLAMAT

Page 7: KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH · PDF fileKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2002 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK

Kurikulum Menservis Peralatan Elektrik Domestik adalah untuk membolehkan murid :

1.1. Menyenggara peralatan elektrik domestik 2. Mencari dan mengesan kerosakan peralatan

elektrik domestik 3. Melakukan kerja pengujian peralatan elektrik

domestik4. Mengganti komponen dan membaik pulih

peralatan elektrik domestik 5. Mengenal pasti litar bekalan kuasa dan sistem

kawalan peralatan elektrik domestik 6. Menggunakan alatan tangan dan peralatan ujian

dengan cara yang betul dan berkesan serta menyenggara peralatan bengkel

7. Mengamalkan langkah keselamatan dan pertolongan cemas jika perlu semasa menservis peralatan elektrik domestik

8. Mengamalkan budaya kerja yang baik seperti bekerjasama, ingin mencuba, bertanggungjawab dan berkomunikasi dengan berkesan

9. Menyediakan rancangan perniagaan yang mudah dan meminati bidang keusahawanan serta sedar tentang keperluan tenaga mahir dalam bidang menservis peralatan elektrik domestik.

Mata pelajaran ini terbahagi kepada tiga bidang pembelajaran yang diolah mengikut rangka konsep seperti berikut:

RangkaKonsep

OBJEKTIFORGANISASI KANDUNGAN

ObjektifMata

PelajaranMenservisPeralatan

ElektrikDomestik

K E M A H IR A N A S A S

M E N S E R V IS P E R A L A T A N

E L E K T R IK D O M E S T IK

K E M A H IR A N A S A S

L A N J U T A N M E N S E R V IS P E R A L A T A N

E L E K T R IK D O M E S T IK

U s a h a w a nP e k e r ja m a h ir

m e n s e rv is P E D

R A N G K A K O N S E P

Page 8: KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH · PDF fileKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2002 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK

Diskripsi tiga bidang pembelajaran bagi Menservis Peralatan Elektrik Domestik adalah seperti berikut:

1. Kemahiran Asas Menservis Peralatan Elektirk Domestik

Bidang pembelajaran ini merangkumi unit pembelajaran mengenai mengendalikan peralatan ujian, komponen peralatan elektrik dan sistem litar yang terdiri daripada bekalan, kawalan dan beban kuasa. Murid juga didedahkan dengan perkembangan teknologi semasa dan keperluan tenaga mahir dalam bidang Menservis Peralatan Elektrik Domestik. Selain daripada itu murid didedahkan kepada peluang kerjaya, prosedur dan undang-undang dalam dunia pekerjaan serta dipupuk dengan pembentukan etika dan budaya kerja yang cemerlang. Di akhir bidang pembelajaran ini, murid menguasai kemahiran dalam mengenal pasti kerosakan dan memahami fungsi komponen peralatan elektrik domestik.

2. Kemahiran Asas Lanjutan Menservis Peralatan Elektrik Domestik

Bidang pembelajaran ini adalah lanjutan daripada bidang pembelajaran pertama dan murid mengaplikasikan kemahiran di bidang kendalian litar, mengesan kerosakan dan menservis peralatan elektrik domestik seperti loceng pintu, mesin pengisar, kipas, pembakar roti, seterika, cerek elektrik, pembersih vakum, pam air, ketuhar, mesin basuh dan peti sejuk. Murid juga dapat menguasai kemahiran mengurus inventori dan penstoran. Di akhir bidang pembelajaran ini murid akan berkeupayaan membaik pulih

kerosakan dan menyenggara peralatan elektrik domestik.

3. Keusahawanan

Murid didedahkan kepada teknik komunikasi yang berkesan, cara melayan pelanggan dan kemahiran membuat keputusan. Di samping itu, murid dibimbing membuat perancangan perniagaan yang mudah dan mengenal pasti organisasi yang membantu usahawan. Murid juga didedahkan dengan peluang kerjaya yang terdapat di industri berasaskan elektrik dan elektronik.

Menservis Peralatan Elektrik Domestik adalah mata pelajaran yang memberi tumpuan terhadap menguasai kemahiran melalui pembelajaran yang dikendalikan secara amali. Teori asas elektrik yang berkenaan diaplikasikan semasa murid menguasai kemahiran asas membaiki peralatan elektrik domestik. Dalam mengendalikan kelas, penggabung jalinan perlu diadakan di antara bidang pembelajaran Keusahawanan dan bidang pembelajaran mengenai kemahiran menservis bagi membolehkan murid berdikari dan memajukan diri semasa menceburi industri berasaskan elektrik dan elektronik .

KemahiranmelaluiLatihan

Amali

PENDEKATAN DAN PENEKANAN

Page 9: KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH · PDF fileKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2002 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK

Kemahiran yang diperolehi oleh murid perlulah seiring dengan apa yang dikehendaki di dalam industri berasaskan elektrik dan elektronik serta relevan dengan bidang pekerjaan yang sebenar. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik apabila murid dapat mengaitkan apa yang dipelajari dengan bidang kerjaya masa depan.

Nilai murni dan sikap positif serta budaya kerja yang baik harus merentasi aktiviti yang dikendalikan. Tumpuan diberi ke arah murid yang berusaha mencapai kecemerlangan, bersungguh menghasilkan produk yang berkualiti dan ingin memberikan perkhidmatan pelanggan yang baik. Keutamaan juga diberi mengenai kebijaksanaan menggunakan sumber dalam pengendalian dan urusan kerja serta pemeliharaan alam sekitar. Murid harus berfikiran terbuka, menepati masa semasa menyiapkan kerja, berkeyakinan dalam membuat keputusan, bekerjasama, bertanggungjawab dan sentiasa mengutamakan keselamatan diri dan persekitaran. Guru harus memastikan murid dapat menunjukkan dan mengamalkan nilai tersebut semasa menjalankan kerja amali.

Bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam kerja amali, saiz bagi satu kelas mata pelajaran Menservis Peralatan Elektrik Domestikmestilah tidak melebihi dua puluh lima orang murid.

Peraturan dan langkah keselamatan hendaklah sentiasa diutamakan dan dipatuhi semasa berada di bengkel pembinaan maupun semasa menjalankan kerja amali di kawasan luar. Sebarang penggunaan alatan perlu diselia oleh guru untuk mengelakkan kemalangan. Organisasi bengkel dan pengurusan kerja hendaklah dijalankan secara berjadual oleh murid bagi menambahkan pengalaman, semangat bekerjasama dan bertanggungjawab serta mempertingkatkan lagi tahap disiplin murid dan sifat kepimpinan mereka.

Murid digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi mendapatkan maklumat perkembangan terkini di bidang industri berasaskan elektrik dan elektronik seperti pengeluaran peralatan elektrik yang baru, reka bentuk komponen yang digunakan serta sumber bagi mendapatkan bahan komponen terkini di pasaran. Kemahiran ICT murid diperkembangkan seperti melayari internet dan berkomunikasi secara elektronik.

Guru perlu membuat tunjuk cara pada bahagian yang sesuai sebelum murid menjalankan kerja amali.

Modul Pembelajaran Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 disediakan untuk membantu murid menguasai tahap kemahiran dalam setiap unit pembelajaran. Pendekatan dalam modul ini lebih kepada kemahiran praktis di samping maklumat rujukan sebagai pengetahuan teori. Setiap modul mengandungi panduan kerja, maklumat rujukan dan penilaian.

Nilai Murni

TunjukCara

ModulPembelajaran

Teknologi Maklumat

danKomunikasi

Saiz Kelas

Keselamatan dan

PengendalianBengkel

Kemahiranyang

Relevan

Page 10: KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH · PDF fileKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2002 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK

Susunan kandungan dalam sukatan pelajaran Menservis Peralatan Elektrik Domestik untuk tingkatan 4 dan tingkatan 5 adalah seperti dalam Jadual Pemetaan Kandungan Sukatan Pelajaran. Peruntukan masa yang dinyatakan merupakan cadangan untuk membantu guru dalam penyediaan rancangan pengajaran.

Masa pengajaran mata pelajaran Menservis Peralatan Elektrik Domestik ialah dua belas waktu seminggu yang mana setiap waktu ialah empat puluh minit.

Jadual Pemetaan Kandungan Sukatan Pelajaran Menservis Peralatan Elektrik Domestik

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN TINGKATAN 4 (minggu)

TINGKATAN 5 (minggu)

1. Kemahiran Asas Menservis Peralatan Elektrik Domestik ( 35 ) 1.1 Pengenalan 2

a. Perkembangan teknologi semasa

b. Prospek kerjaya c. Kepentingan amalan

keselamatand. Peraturan dan undang-undang

kerja e. Etika dan budaya kerja

1.2 Peralatan ujian 2

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN TINGKATAN 4 (minggu)

TINGKATAN 5 (minggu)

a. Pena ujian

b. Meter pelbagai

c. Penguji tebatan 1.3 Komponen asas elektrik 5

a. Fungsi

b. Penggunaan

c. Pengujian komponen

1.4 Litar bekalan kuasa 6

a. Arus ulang alik (AC)

b. Arus terus (DC)

1.5 Sistem kawalan 8

a. Manual

b. Automatik 1.6 Beban 12

a. Pemanas

b. Motor

c. Transduser

d. Injap solenoid

e. Mentol atau lampu 2. Kemahiran Asas Lanjutan Menservis

Peralatan Elektrik Domestik ( 33 )

2.1 Asas kendalian peralatan elektrik domestik 15

a. Pengendalian peralatan

b. Binaan

c. Manual 2.2 Mengesan kerosakan dan baik

pulih 15

a. Simptom kerosakan

b. Langkah mengesan kerosakan c. Menganalisis dapatan

kerosakan d. Prosedur baik pulih

PemetaanKandunganTingkatan 4

danTingkatan 5

BilanganWaktu

Seminggu

PEMETAAN KANDUNGAN

Page 11: KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH · PDF fileKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2002 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN TINGKATAN 4 (minggu)

TINGKATAN 5 (minggu)

2.3 Penyenggaraan peralatan elektrik 3

a. Cara perolehan

b. Sistem penstoran

c. Penyenggaraan 3. Keusahawanan ( 2 )

3.1 Kemahiran berkomunikasi

3.2 Kemahiran membuat keputusan

3.3 Rancangan perniagaan

3.4 Agensi yang membantu usahawan

3.5 Pemasaran

JUMLAH 35 minggu 35 minggu

Huraian kurikulum ini diperincikan dalam tiga lajuriaitu Bidang / Unit / Tajuk Pembelajaran; Hasil Pembelajaran; dan Cadangan Aktiviti Pembelajaran.

Dalam lajur pertama bidang pembelajaran, unit pembelajaran dan tajuk berkenaan dinyatakan.Dalam lajur ini juga cadangan peruntukkan masa pembelajaran dinyatakan bagi membantu guru.

Dalam lajur dua iaitu Hasil Pembelajaran, keluasan dan kedalaman skop setiap unit pembelajaran dihuraikan dalam bentuk objektif perlakuan yang boleh diukur.

Lajur ketiga iaitu Cadangan Aktiviti Pembelajaran bertujuan membantu guru merancang dan membekalkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan bermakna kepada murid. Guru boleh mengubahsuai cadangan ini dan mereka bentuk aktiviti tambahan yang bersesuaian dengan kebolehan murid dan keadaan sekeliling mereka.

Huraian untuk tingkatan empat dan tingkatan lima diperincikan seperti berikut:

Tiga lajur

Bidang, Unitdan Tajuk

Pembelajaran

HasilPembelajaran

CadanganAktiviti

Pembelajaran

FORMAT HURAIAN

Page 12: KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH · PDF fileKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2002 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK

MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

TINGKATAN EMPAT

Page 13: KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH · PDF fileKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2002 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGANAKTIVITI PEMBELAJARAN

1. Kemahiran Asas Menservis Peralatan Elektrik Domestik ( Cadangan peruntukan masa ialah 35 minggu)

1.1 Pengenalan ( Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu)a. Perkembangan teknologi semasa Menerangkan beberapa contoh

perkembangan teknologi semasa Lawatan industri, tayangan video, melayari internet untuk mendapatkan maklumat produk terkini seperti cerek elektrik tanpa wayar dan teknologi yang digunakan serta prospek kerjaya.

b. Prospek kerjaya Mengenal pasti peluang dalam kerjaya membaik pulih peralatan elektrik domestik

Menyedari tentang wujudnya keperluan tenaga mahir dalam kerja baik pulih.

Merujuk daftar kerjaya dalam ‘Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia’, terbitan Jabatan Tenaga Rakyat, Kementerian Sumber Manusia Malaysia, 1998.

c. Kepentingan amalan keselamatan Memberi pertolongan cemas bila diperlukanMenggunakan peralatan memadam kebakaran mengikut keperluan

Tunjuk cara penggunaan alatan keselamatan 1. Murid mengkaji

dan membincangkan peraturan bengkel, akta-akta dan undang-undang

2. Murid mengkaji dan membincangkan standard kualiti minimum sebagai seorang pekerja.

Page 14: KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH · PDF fileKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2002 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGANAKTIVITI PEMBELAJARAN

d. Peraturan dan undang-undang kerja Menyatakan akta dan undang- undang

yang berkaitan dengan pekerja Perbincangan mengenai akta dan undang-undang yang berkaitan dengan pekerja.Contoh Akta Pekerjaan 1955, Akta Kumpulan Simpanan Pekerja 1991 dan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

e. Etika dan budaya kerja Menepati masa dan sentiasa berusaha memastikan tempat kerja sentiasa bersih dan teratur

Berbincang sebab-sebab perlunya mengamalkan etika kerja.

Mematuhi jadual tugasan dan menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan.

Sentiasa memakai pakaian kerja, alat perlindungan keselamatan dan menjalankan kerja membersih seperti yang dijadualkan.

Guru memberikan helaian tugasan dan menetapkan masa untuk murid menyiapkan tugasan yang diberi.

Menyiapkan kerja yang berkualiti dalam masa yang ditetapkan

Murid sentiasa diingatkan agar mematuhi tahap kualiti hasil kerja (individu dan kumpulan) yang telah ditetapkan.

Page 15: KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH · PDF fileKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2002 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGANAKTIVITI PEMBELAJARAN

1.2 Peralatan ujian ( Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu)

a. Pena ujian

b. Meter pelbagai i. Julat dan skala

ii. Pengukuran

iii. Langkah keselamatan

c. Penguji tebatan i. Julat dan skala

ii. Pengujian

iii. Langkah keselamatan

Menggunakan pena ujian untuk menentukan talian hidup dan neutral Mengamalkan langkah keselamatan menggunakan pena ujian

Memilih fungsi meter yang dikehendaki Memilih julat meter yang sesuai

Menyambung meter dengan kekutuban yang betul Membaca nilai pengukuran pada skala

Mengamalkan langkah keselamatan semasa menggunakan meter pelbagai

Menentukan julat dan skala yang sesuai

Melakukan pengujian dengan kaedah yang betul

Mengamalkan langkah keselamatan semasa menggunakan penguji tebatan

Menguji talian AU 240V.

Tunjuk cara menggunakan meter pelbagai untuk mengukur voltan DC, AC, arus dan rintangan.

Merekodkan hasil penggukuran.

Tunjuk cara menggunakan meter tebatan.

Latihan pengujian.

Page 16: KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH · PDF fileKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2002 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGANAKTIVITI PEMBELAJARAN

1.3 Komponen asas elektrik ( Cadangan peruntukan masa ialah 5 minggu)

a. Fungsi

b. Penggunaan

c. Pengujian komponen

Menerangkan fungsi komponen asas elektrikMengenal pasti penggunaan komponen asas elektrik

Mengenal pasti kekutupan pemuat, diod dan transistor Membezakan komponen baik atau rosak dengan menggunakan meter pelbagai

Mengukur nilai komponen dengan menggunakan meter pelbagai

Menyatakan nilai perintang berdasarkan kod warna

Fungsi dan penggunaan komponen asas elektrik seperti perintang, pemuat, fius, diod, gegelung, alat pengubah dan transistor.

Menguji kerosakan komponen pada peralatan elektrik.

Menggabungkan beberapa perintang untuk mendapatkan nilai rintangan yang dikehendaki.

Murid membaca kod warna perintang.

Page 17: KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH · PDF fileKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2002 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGANAKTIVITI PEMBELAJARAN

1.4 Litar bekalan kuasa ( Cadangan peruntukan masa ialah 6 minggu)

a. Arus ulang alik (AC)

b. Arus terus (DC)

Menentukan litar bekalan kuasa AC Membuat penyambungan bekalan kuasa dengan betulMenentukan punca tamatan Melakukan ujian kekutuban Melakukan ujian keterusan Melakukan ujian kefungsian

Mengamalkan langkah keselamatan diri dan peralatan

Mengenal pasti sumber bekalan kuasa arus terus (DC) Menentukan litar bekalan kuasa DC Membezakan antara bekalan kuasa AC dan DC Membuat penyambungan bekalan kuasa dengan betul Menentukan punca tamatan Melakukan ujian kekutuban, keterusan dan kefungsian Mengamalkan langkah keselamatan diri dan peralatan

Menyambung extension cord.

Menguji litar penyambung extension cordberfungsi atau tidak. Mengambil tindakan yang sewajarnya apabila berlaku kemalangan. AMARANBekalan kuasa AC boleh mengakibatkan kecederaan seperti melecur, terbakar dan renjatan.

Menyambung sel kering dan sel basah dalam litar siri dan selari. Membina litar bekalan kuasa DC teratur(Regulated Power Supply) 0 - 30V .

Page 18: KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH · PDF fileKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2002 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGANAKTIVITI PEMBELAJARAN

1.5 Sistem kawalan ( Cadangan peruntukan masa ialah 8 minggu)

a. Manual i. Jenis suis

ii. Simbol

iii. Pengujian

iv. Penggunaan dalam litar

Menentukan jenis binaan suis kawalan manual (togol, tekan, sentuh, gelansar, pisau)Menentukan jenis suis berasaskan fungsi nya

Melukis simbol suis kawalan manual yang biasa digunakan

Menentukan tamatan suis, lazim tutup (NC), lazim buka (NO) dan sepunya (C) Menguji keterusan suis menggunakan meter pelbagai

Menggunakan suis yang betul dalam penyelesaian masalah yang berkaitan

Melukis simbol skematik jenis-jenis suis.

Menguji kefungsian suis.

Menyambung suis dalam litar secara kekal dan sementara.

Contoh aktiviti penyelesaian masalah ialah murid mengumpulkan maklumat dan data melalui pemerhatian, lawatan, pembacaan, penerokaan internet, penyelidikan dengan bimbingan guru mengenai sistem kawalan manual.

Page 19: KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH · PDF fileKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2002 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGANAKTIVITI PEMBELAJARAN

b. Automatik i. Jenis sensor

ii. Simbol

iii. Pengujian dan penggunaan

Mengenal pasti jenis sensor

Melukiskan simbol sensor

Menggunakan sensor untuk mengawal litar

Sensor yang elok digunakan ialah sensor haba, cahaya, masa, ultrasonik, gerakan dan imbangan.Memasang litar dengan menggunakan sensor:

- Sensor haba iaitu termostat dawai atau logam (untuk mengesan panas) dan rerambut (untuk mengesan sejuk).

- Sensor cahaya iaitu sel foto, perintang peka cahaya (LDR), transistor foto dan diod foto.

- Pemasa iaitu pemasa mekanikal dan pemasa elektrik.

1.6 Beban ( Cadangan peruntukan masa ialah 12 minggu)

a. Pemanas i. Jenis

ii. Penyambungan

iii. Pengujian

Memilih jenis elemen pemanas yang sesuai dengan kegunaan

Membuat penyambungan litar elemen pemanas

Menguji kefungsian elemen pemanas dalam litar kawalan haba

Perbincangan binaan elemen pemanas dan kendalian.

Memasang dan menyambung elemen pemanas dalam litar kawalan haba.

Menguji elemen pemanas dengan menggunakan meter pelbagai.

Page 20: KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH · PDF fileKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2002 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGANAKTIVITI PEMBELAJARAN

b. Motor i. Jenis

ii. Pengujian

iii. Penyambungan

Membezakan pelbagai jenis motor elektrikMemilih motor yang sesuai dengan

kegunaan

Menguji kefungsian motor

Menyambung motor dalam litar kawalan laju, masa dan arah

Perbincangan binaan dan kendalian motor elektrik.

Membuat projek menggunakan motorelektrik yang mengandungi litar kawalanlaju, masa dan arah.

c. Transduser i. Jenis

ii. Pengujian

iii. Penyambungan

Membezakan pelbagai jenis transduser Memilih transduser yang sesuai dengan kegunaan

Menguji kefungsian transduser

Menyambung transduser dalam litar kawalan masa, sentuh dan cahaya

Penbincangan binaan dan kendalian tranduser.

Membuat projek menggunakan buzer, pembesar suara dalam salah satu litar kawalan masa, sentuh atau cahaya termasuk litar pegang (hold circuit ).

Page 21: KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH · PDF fileKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2002 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGANAKTIVITI PEMBELAJARAN

d. Injap solenoid i. Jenis

ii. Pengujian

iii. Penyambungan

e. Mentol atau lampu i. Jenis

ii. Pengujian

iii. Penyambungan

Memilih injap solenoid yang sesuai dengan kegunaan

Menguji kefungsian injap solenoid

Menyambung injap solenoid dalam litar kawalan masa dan had

Memilih mentol yang sesuai dengan kegunaan

Menguji kefungsian lampu

Menyambung mentol dalam litar kawalan manual dan automatik

Perbincangan binaan dan kendalian injap solenoid.

Membuat projek menggunakan injap solenoid.

Contoh Projek: Litar kawalan siraman pokok.

Perbincangan binaan dan kegunaan mentol.

Membuat penyambungan litar menggunakan mentol dengan kawalan manual dan automatik.

Page 22: KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH · PDF fileKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2002 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK

MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

TINGKATAN LIMA

Page 23: KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH · PDF fileKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2002 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGANAKTIVITI PEMBELAJARAN

2. Kemahiran Asas Lanjutan Menservis Peralatan Elektrik Domestik (Cadangan peruntukan masa ialah 33 minggu)

2.1 Asas kendalian peralatan elektrik domestik( Cadangan peruntukan masa ialah 15 minggu)

a. Pengendalian peralatan

b. Binaan i. Rajah blok

ii. Lukisan bergambar

iii. Litar skematik

c. Manual

Mengendalikan peralatan berpandukan manual pengguna

Mengenal pasti komponen dan kendalian peralatanMelakar gambarajah blok bahagian dalam peralatanMelukis lukisan bergambar sambungan komponenMelukis gambarajah skematik

Menggunakan manual pengguna dan manual servis dengan berkesan

Murid merekod hasil kendalian peralatan. Sumber yang diperlukan ialah set peralatan tangan dan ujian, manual servis bagi peralatan elektrik domestik seperti periuk nasi, seterika, mesin pengisar, ketuhar elektrik, ketuhar gelombang mikro, pembakar roti, cerek elektrik, kipas meja, kipas siling, penyedut hampagas, mesin basuh semi automatik dan automatik, pam air, pengering rambut, peti sejuk, pemanas air mandi, loceng pintu dan pengadun makanan.

Page 24: KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH · PDF fileKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2002 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGANAKTIVITI PEMBELAJARAN

2.2 Mengesan kerosakan dan baik pulih ( Cadangan peruntukan masa ialah 15 minggu)

a. Simptom kerosakan

b. Langkah mengesan kerosakan

c. Menganalisis dapatan kerosakan

d. Prosedur baik pulih

Mengenali dan menyatakan tanda kerosakan

Meramalkan bahagian yang rosak

Mengesan kerosakan melalui pemerhatian fizikal Mengesan kerosakan dengan menggunakan peralatan ujian

Menentukan jenis kerosakan

Menulis laporan kerosakan Menanggalkan komponen yang rosak Menentukan spesifikasi komponen yang rosakMengganti komponen yang rosak Menguji kefungsian peralatan selepas dibaik pulih Mengamalkan langkah keselamatan semasa menjalankan kerja baik pulih

Tunjuk cara mengesan kerosakan pada peralatan elektrik yang rosak.

Murid melakukan kerja mengesan kerosakan dan baik pulih mengikut prosedur.

Komponen ganti mestilah mempunyai spesifikasi yang sama dengan komponen asal (Rujuk Servis Manual).

Page 25: KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH · PDF fileKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2002 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGANAKTIVITI PEMBELAJARAN

2.3 Penyenggaraan peralatan elektrik ( Cadangan peruntukan masa ialah 3 minggu)

a. Cara perolehan

b. Sistem penstoran

c. Penyenggaraan

Melengkapkan borang pesanan Menerima dan mengesahkan penerimaan bahan dan peralatan Merekod perolehan bahan dan peralatan mengikut kategori dalam buku stok

Menyimpan dan mengawal bahan dan alatan

Merekodkan tarikh dan aktiviti penyenggaraanMengamalkan penyenggaraan cegah pada peralatan Menjalankan rutin penyenggaraan

Latihan membuat pesanan untuk perolehan bahan dan peralatan.

Sistem penstoran termasuk inventori (rekod penyimpanan alat), bahan habis guna, kunci dan alatan tangan.

Melakukan kerja penyenggaraan cegah berpandukan manual penyenggaraan.

Page 26: KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH · PDF fileKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2002 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGANAKTIVITI PEMBELAJARAN

3. Keusahawanan (Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu )

3.1 Kemahiran berkomunikasi Menyatakan maksud komunikasi Komunikasi ialah perhubungan yang berlaku antara dua pihak dalam menyampaikan maklumat mengenai sesuatu perkara.

Mengamalkan komunikasi yang jelas, tepat dan bertatasusila semasa berurusan dengan pelanggan

Contoh aktiviti seperti simulasi, main peranan dan tayangan video mengenai cara berkomunikasi yang berkesan dalam konteks perniagaan menservis peralatan elektrik domestik.

Simulasi cara berkomunikasi yang berkesan dalam perbincangan dengan pelanggan mengenai cita rasa pelanggan dari segi harga yang dipersetujui, kualiti, ketahanan dan tempoh siap.

Menerangkan kepentingan menjalin perhubungan dengan orang lain

Perbincangan kepentingan membentuk jaringan hubungan ( networking ) dengan pembekal, pekerja dan pelanggan dalam skop perniagaan menservis peralatan elektrik domestik.

3.2 Kemahiran membuat keputusan Mempraktikkan langkah membuat keputusan dalam projek menservis peralatan elektrik domestik

Langkah membuat keputusan ialahmengenal pasti masalah, mencari alternatif, memilih penyelesaian yang baik, bertindak dan menilai semula.

Page 27: KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH · PDF fileKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2002 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGANAKTIVITI PEMBELAJARAN

Sumbangsaran kesan daripada keputusan yang telah dibuat dan kepentingannya membuat keputusan yang sesuai.

Contoh masalah mengenai bekalan bahan, peralatan, kemampuan menyiapkan projek dan tawar menawar harga perkhidmatan. Aktiviti sumbangsaran, main peranan dan perbincangan.

3.3 Rancangan perniagaan Mengenal pasti tujuan menyediakan rancangan perniagaan

Menyediakan rancangan perniagaan mudah

Sumbangsaran tujuan menyediakan rancangan perniagaan.

Membuat rancangan perniagaan mudah berkaitan projek menservis peralatan elektrik domestik.

3.4 Agensi yang membantu usahawan Mengenal pasti agensi yang terlibat

dalam membantu usahawan Perbincangan jenis perkhidmatan dan agensi yang terlibat seperti bimbingan dan latihan oleh MARA dan MEDEC, pelesenan oleh Majlis Kerajaan Tempatan, infrastruktur oleh UDA dan Majlis Kerajaan Tempatan serta kewangan oleh institusi kewangan berlesen.

3.5 Pemasaran Mengenal pasti cara mempromosikan

perkhidmatan menservis peralatan elektrik domestik

Perbincangan cara mempromosi perkhidmatan menservis peralatan elektrik domestik melalui pengiklanan dan kontrak baik pulih peralatan.