KURIKULUM SEKOLAH RENDAH AGAMA (PKSRA) Panduan PBD KSRA .pdf · PBD menjadi agenda utama untuk...
Transcript of KURIKULUM SEKOLAH RENDAH AGAMA (PKSRA) Panduan PBD KSRA .pdf · PBD menjadi agenda utama untuk...
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
KURIKULUM SEKOLAH RENDAH AGAMA
(KSRA) TAHAP SATU
Bahagian Pendidikan Islam
Jabatan Agama Islam Selangor
2019
Bahagian Pendidikan Islam
Jabatan Agama Islam Selangor
2019
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
KURIKULUM SEKOLAH RENDAH AGAMA
(KSRA) TAHAP SATU
KANDUNGAN
KATA PENGANTAR ii PRAKATA iii SURAT SIARAN iv - vii BAB 1 PENGENALAN
1.1 Latar Belakang 1 1.2 Tujuan 1 1.3 Objektif Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah 1
BAB 2 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH KSRA
2.1 Carta Alir Pelaksanaan PBD KSRA 2 2.2 Tafsiran PBD KSRA Tahap 1 3 2.3 Aktiviti PdPc Yang Melibatkan PBD KSRA 3 2.4 Kaedah Pelaksanaan PBD KSRA 6 2.5 Pelaksanaan Pemulihan 10 2.6 Peranan Guru Dalam PBD KSRA 10
BAB 3 REKOD PENTAKSIRAN BILIK DARJAH KSRA
3.1 Merekod Prestasi Murid Dalam Templat PBD KSRA 12 3.2 Penyimpanan Rekod PBD KSRA 14 3.3 Penjaminan Kualiti PBD KSRA 14
BAB 4 PENUTUP 15 GLOSARI 16 PENGHARGAAN 17 SENARAI RUJUKAN 19
i
KATA PENGANTAR
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat dan inayah-Nya, Bahagian
Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah berjaya menghasilkan
Garis Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Kurikulum Sekolah Rendah
Agama (KSRA) Tahap Satu (1) untuk rujukan sekolah-sekolah rendah agama negeri
Selangor.
Bagi memastikan hasrat dan tujuan dapat dicapai sepenuhnya, Bahagian Pendidikan
Islam telah menyediakan bahan asas seperti Garis Panduan Pelaksanaan PBD untuk
membantu guru-guru melaksanakan pentaksiran secara keseluruhan.
Memenuhi hasrat pendidikan abad ke-21, Jabatan tidak ketinggalan mengikut arus
perdana dalam usaha memartabatkan kualiti pendidikan. Garis panduan ini disusun
dengan mengambil kira keperluan tahap pencapaian murid bagi meneruskan
kegemilangan tamadun Islam.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat menghasilkan
garis panduan ini. Mudah-mudahan usaha murni ini akan mendapat keredhaan Allah
SWT.
Sekian, wassalam.
Pengarah
Jabatan Agama Islam Selangor
ii
PRAKATA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, Garis Panduan Pelaksanaan Pentaksiran
Bilik Darjah (PBD) Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA) Tahap Satu di SRA, SRA
Integrasi dan KAFA Integrasi telah berjaya disediakan dengan kerjasama beberapa
pihak.
Garis panduan ini merupakan satu lagi usaha Bahagian Pendidikan Islam Jabatan
Agama Islam Selangor untuk memperkukuh kualiti Pendidikan Jabatan Agama Islam
Selangor selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 –
2025.
Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor sentiasa membangunkan
dan mewujudkan persekitaran pendidikan yang menggalakkan ke arah melahirkan insan
yang holistik, seimbang serta mempunyai minda kreatif.
Justeru itu, adalah diharapkan garis panduan dapat menjadi panduan dan rujukan oleh
semua guru-guru di SRA, SRAI dan KAFAI Negeri Selangor.
Akhir kata, saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak
terhingga kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan penyusunan Garis Panduan
Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA)
Tahap Satu ini.
Semoga garis panduan ini akan dapat membantu usaha Bahagian Pendidikan Islam
dalam membangunkan kecemerlangan pendidikan di negeri Selangor khususnya.
Sekian, wassalam.
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pendidikan Islam
Jabatan Agama Islam Selangor
iii
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Latar Belakang
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Kurikulum Sekolah Rendah Agama merupakan kaedah pentaksiran yang bersifat autentik dan 8olistic, serta lebih berfokus kepada perkembangan dan pembelajaran murid yang tidak lagi berorientasikan peperiksaan.
PBD menjadi agenda utama untuk mendapatkan maklumat secara berterusan
berkaitan perkembangan prestasi murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan. Situasi ini membol ehkan guru-guru memberikan
lebih penumpuan terhadap Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang dapat
membina karakter, sahsiah murid dan amalan nilai rutin harian.
Pelaksanaan PBD di Sekolah-sekolah Rendah Agama Negeri Selangor (SRA/
SRAI/ KAFAI) bermula tahun 2019 dengan merujuk surat siaran JAI.SEL.BPI
04/002/001 Jld.3 (16) bertarikh 7 Februari 2019 yang menyatakan Pemansuhan
Amalan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun bagi Tahap 1 telah mula
berkuatkuasa. Ia juga merujuk surat siaran Kementerian Pendidikan Malaysia
KPM.100-1/7/2/ Jld.6 (17) bertarikh 19 Disember 2018 sebagai bukti pelaksanaan
dasar mengikut arus perdana pendidikan kebangsaan.
Pelaksanaan PBD ini diharap akan dapat mewujudkan budaya pembelajaran yang
lebih menyeronokkan dan bermakna kepada murid-murid. Di samping itu,
penglibatan ibu bapa juga penting dalam usaha menyediakan persekitaran
pembelajaran yang kondusif dan bebas tekanan kepada murid di peringkat awal
usia persekolahan.
1.2 Tujuan
Garis panduan ini bertujuan untuk memberi penjelasan tentang kaedah
pelaksanaan Pentaksiran PBD Kurikulum Sekolah Rendah Agama seiring dengan
pemansuhan amalan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun bagi murid
Tahap Satu (1) di semua Sekolah Rendah Agama Negeri Selangor (SRA/ SRAI/
KAFAI) mulai tahun 2019.
1.3 Objektif Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah
a. Mendapatkan gambaran tentang perkembangan dan kemajuan
pembelajaran.
b. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid supaya tindakan susulan
yang sesuai dapat diambil secara serta-merta.
c. Memberi maklum balas tentang keberkesanan pengajaran guru.
1
BAB 2 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH KSRA
2.1 Carta Alir Pelaksanaan PBD KSRA
2
Mula
Merancang PdPc &
Kaedah Pentaksiran
Melaksanakan PdPc &
Pentaksiran
Merekod & Menganalisis
Penguasaan Murid
Tamat
Melapor Tahap
Penguasaan Murid
Perlu Tingkatkan
Tahap
Penguasaan?
Ya
Tidak
Tindakan
Susulan
2.2 Tafsiran PBD KSRA Tahap 1
PBD merupakan sebahagian daripada proses PdPc yang dijalankan secara
berterusan. PBD secara sumatif dalam bentuk peperiksaan pertengahan dan
akhir tahun diganti dengan aktiviti-aktiviti pentaksiran dan hasil kerja murid
dinilai sebagai bahan pentaksiran yang dijalankan dalam PdPc.
2.3 Aktiviti PdPc Yang Melibatkan PBD KSRA
PBD dilaksanakan melalui aktiviti PdPc yang berikut:
a. Projek Mudah
b. Bercerita
c. Permainan
d. Main Peranan
e. Kuiz
2.3.1 Guru mata pelajaran boleh berbincang dan merancang dengan guru
mata pelajaran lain untuk melaksanakan aktiviti PdPc. Aktiviti tersebut
boleh menggabungkan dua atau lebih mata pelajaran. Guru juga boleh
menjalankan PBD dalam bentuk aktiviti-aktiviti lain yang dianggap
sesuai.
2.3.2 Contoh Aktiviti Dalam Pelaksanaan PBD KSRA
a. Projek Mudah
3
2.4 Kaedah Pelaksanaan PBD KSRA
PBD dilaksanakan bagi semua mata pelajaran dalam proses PdPc harian dan
secara berterusan. PBD dilaksanakan secara formatif dan sumatif mengikut
keupayaan dan keperluan murid melalui kaedah pelaksanaan PBD seperti
berikut:
2.4.1 Merancang PdPc dan kaedah pentaksiran dengan meneliti dan
memahami kandungan Huraian Sukatan Pelajaran dan Pentaksiran
(HSPP).
2.4.2 Pelaksanakan PBD untuk mengumpul maklumat melalui pelbagai kaedah
pentaksiran:
a. Pemerhatian (sepanjang proses PdPc)
b. Lisan
c. Penulisan
2.4.3 Kaedah Pentaksiran yang dijalankan hendaklah direkodkan dalam
instrumen seperti berikut:
Senarai semak
Lembaran kerja
Skala kadar
Senarai Semak ialah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti
perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan
kebolehan. Senarai Semak boleh dibina dalam bentuk menyatakan sesuatu
tingkah laku yang telah berlaku atau tidak, iaitu dengan skor ‘YA’ atau ‘TIDAK’.
Langkah-langkah penyediaan:
i. Di sediakan lebih awal sebelum pemerhatian dibuat.
ii. Tingkah laku yang diperhatikan dinyatakan dengan ringkas dan jelas.
iii. Digunakan untuk melihat/ menilai tingkah laku mudah dalam konteks
semula jadi.
iv. Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak.
v. Item disusun mengikut pemeringkatan supaya dapat memperlihatkan
perkembangan tingkahlaku yang ingin diperhatikan.
vi. Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapat
maklumat/ amalan yang lebih tepat/ tekal.
vii. Senarai semak boleh digunakan bagi menilai murid secara individu,
kumpulan atau kelas.
6
Lembaran Kerja (Bentuk Jadual)
Guru dapat mengesan kefahaman murid tentang kandungan pembelajaran
selepas PdPc dijalankan.
Langkah-langkah penyediaan:
i. Pilih tajuk.
ii. Tentukan objektik yang hendak dicapai.
iii. Item ditulis dengan jelas supaya dapat memperlihatkan perkembangan,
kemahiran dan penguasaan murid.
iv. Lembaran kerja boleh digunakan bagi menilai murid secara individu.
7
Item penilaian boleh berubah mengikut tajuk dan
mata pelajaran bergantung kepada kreativiti guru.
Skala Kadar ialah penilaian kemajuan yang menggambarkan pencapaian
murid. Skala diberi secara angka atau gred.
Langkah-langkah penyediaan:
i. Menentukan Tajuk.
ii. Menyatakan kemahiran, tingkah laku dan aktiviti dengan jelas.
iii. Penerangan skala dinyatakan.
iv. Skala kadar boleh digunakan secara individu, kelas atau kumpulan.
8
√
A
9
Item penilaian boleh berubah mengikut tajuk dan
mata pelajaran bergantung kepada kreativiti guru.
2.4.4 Merekod dan menganalisis penguasaan murid untuk tindakan susulan.
2.4.5 Melapor tahap penguasaan dan perkembangan murid sekurang-
kurangnya dua kali setahun.
Halaman Templat Pelaporan Mengikut Mata Pelajaran.
Rajah 1: Halaman Templat Pelaporan Pentaksiran Mengikut
Mata Pelajaran
Rajah di bawah perlu di lengkapkan oleh guru mata pelajaran setelah selesai
pelaksanaan PdPc bagi setiap satu tajuk.
2.5 Pelaksanaan Pemulihan
Murid Tahap 1 yang mempunyai kesukaran untuk menguasai kemahiran
membaca, menulis, menghafaz, mengira dan menaakul dikenal pasti dan diberi
pemulihan yang bersesuaian. Pihak sekolah diberi autonomi untuk
melaksanakan pemulihan mengikut kesesuaian di peringkat sekolah.
2.6 Peranan Guru Dalam PBD KSRA
2.6.1 Guru menentukan objektif pembelajaran berdasarkan HSPP, merancang
dan membina instrumen PBD berdasarkan Standard Prestasi,
melaksanakan pentaksiran, merekod hasil pentaksiran, menganalisis
maklumat pentaksiran, membuat tindakan susulan dan melaporkan
perkembangan pembelajaran murid.
10
Masukkan:
Nama Sekolah
Nama Guru MP
Kelas
Tahap penguasaan
mengikut tajuk
Isikan nama, no KP &
jantina murid.
Klik mata pelajaran
yang dipilih (sheet)
Skor 1
(Pertengahan Tahun)
Skor 2
(Akhir Tahun)
2.6.2 Guru hendaklah memastikan terdapat perkembangan dalam
pembelajaran murid. Setiap murid perlu dibimbing untuk mencapai
sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 3 (مقبول). Walau bagaimanapun,
guru juga perlu membuat perancangan dan pelaksanaan untuk
memastikan perkembangan potensi dan minda semua murid bagi
mencapai tahap optimum.
2.6.3 Guru mentaksir murid secara holistik berdasarkan aspek pengetahuan
kemahiran dan nilai secara berterusan melalui pelbagai kaedah seperti
pemerhatian, latihan, respons murid secara lisan dan kerja projek.
2.6.4 Guru boleh menyimpan hasil kerja murid, dalam bentuk sama ada
lembaran kerja, kertas ujian/buku latihan dan bahan maujud sebagai
bahan bukti untuk menunjukkan perkembangan penguasaan murid
kepada pihak yang berkepentingan seperti pentadbir dan ibu bapa.
2.6.5 Guru hendaklah sentiasa berbincang dengan rakan sejawat tentang
perkembangan dan kemajuan murid dalam pembelajaran serta kaedah
PdPc yang sesuai untuk meningkatkan tahap penguasaan murid.
2.6.6 Guru menentukan Tahap Penguasaan murid berdasarkan pengetahuan,
pengalaman, tanggungjawab profesional guru dan hasil pentaksiran
murid.
2.6.7 Guru menyediakan Pelaporan Tahap Penguasaan murid untuk
dimaklumkan kepada murid dan ibu bapa mengenai tahap pembelajaran
murid untuk tindakan susulan.
2.6.8 Guru perlu memberikan ulasan perkembangan murid seperti kemahiran,
sikap dan nilai pada ruangan ulasan guru dalam templat pelaporan untuk
menggambarkan profil murid secara menyeluruh.
11
BAB 3 REKOD PBD KSRA
3.1 Merekod Prestasi Murid dalam Tamplet PBD KSRA
Templat Pelaporan PBD KSRA yang menggabungkan semua mata pelajaran
dibangunkan untuk membantu guru-guru di SRA, SRAI dan KAFAI untuk
melaporkan Tahap Penguasaan PBD murid mengikut kelas.
Templat ini mengandungi tiga halaman (sheet tab) iaitu Rekod Prestasi Murid,
Laporan Murid dan Data Pernyataan.
Halaman Rekod Prestasi Murid
Rajah2: Halaman Rekod Prestasi Murid dalam Templat Pelaporan PBD KSRA
Rajah di atas mengandungi maklumat yang perlu dilengkapkan oleh guru mata
pelajaran.
12
Nama Sekolah
Alamat Sekolah
Pelaporan
Nama Guru
Kelas
Nama Guru Besar/ Ketua Guru
Nama mata pelajaran dan
Tahap Penguasaan Keseluruhan
Nam, No. KP dan Jantina Murid
عبد الرحمن بن موسى3 رضا
46700
تالوة القراءن1
.حفظن2
فـقة3
4
اخالق5
نطق الحروف والكلمات البسيطة بتوجيه الـمعلم، كتابة الحروف والكلمات اللغة العربيّة6البسيطة بتوجيه الـمعلم.
7
8
امالء9
10
خط11
LOGO
SEKOLAH
Halaman Laporan Murid
Rajah3: Halaman Laporan Murid dalam Templat Pelaporan PBD KSRA
Laporan murid seperti dalam Rajah di atas memaparkan Tahap Penguasaan
Keseluruhan yang dicapai oleh seorang murid dalam semua mata pelajaran yang
diambil. Pernyataan Tahap Penguasaan telah dipautkan secara automatik
mengikut Tahap Penguasaan dan mata pelajaran.
Guru perlu mengisi Ruangan Ulasan Guru Kelas di bahagian bawah laporan ini
dengan memilih ulasan yang sesuai daripada ulasan-ulasan yang telah
disediakan.
13
Masukkan logo
sekolah
Pilih nama murid
di dalam kotak
(klik pada anak
panah)
Pilih ulasan guru
kelas (klik pada
anak panah)
Nama Guru Besar
dibahagian bawah
sebelah kiri.
Nama guru kelas
dibahagian bawah
sebelah kanan
Halaman Data Pernyataan
Halaman ini terdiri daripada penyataan Tahap Penguasaan Keseluruhan
(dari Tahap أساسي hingga مـمتاز ) bagi semua mata pelajaran.
Rajah 4: Halaman Data Pernyataan Penguasaan dalam Templat Pelaporan PBD KSRA
Pernyataan ini telah dipautkan secara automatik dengan halaman Laporan Murid.
3.2 Penyimpanan Rekod PBD KSRA
Rekod PBD yang telah disediakan boleh disimpan oleh guru dan pihak sekolah
untuk tujuan pelaporan atau tindakan susulan. Hasil kerja murid boleh
disimpan dalam bentuk digital, cetakan atau apa-apa bentuk yang bersesuaian
untuk rujukan guru dan pihak sekolah.
3.4 Penjaminan Kualiti PBD KSRA
Penjaminan kualiti PBD adalah tanggungjawab sekolah. Pentadbir perlu
menjalankan penjaminan kualiti di peringkat sekolah untuk memastikan
kelancaran dan ketepatan pelaksanaan pentaksiran dalam Kurikulum Sekolah
Rendah Agama.
14
1
.فظحفظن2 ـفظـفظفظ
فظفظ
فظ فظ
توحيد3كفهمن
كفهمنكفهمن
ـفقة4
اخالق5
اللغة العربيّة6نطق الحروف والكلمات البسيطة بتوجيه اـلمعلم، كتابة الحروف والكلمات البسيطة بتوجيه اـلمعلم.
قراءة الكلمات والـجمل البسيطة بتوجيه اـلمعلم، كتابة الكلمات والـجمل البسيطة
بتوجيه اـلمعلم.
كتابة الكلمات والـجمل البسيطة كتابة صحيحة، قراءة الكلمات والـجمل البسيطة ـبمخارج صحيحة.
كتابة الكلمات والـجمل كتابة صحيحة، قراءة الكلمات والـجمل اـلمدروسة من حيث النبر
والتنغيم، نطق الجمل البسيطة مع فهم اـلموضوع اـلمدروس فهما جيّدا.
نطق وحفظ الجمل البسيطة ـبمخارج صحيحة، ونطق ـمحتويات اـلموضوع بتفصيل صحيح.
تكوين الجمل البسيطة تكوينا صحيحا ومساعدة األصدقاء لفهم اـلموضوع وـتحليله.
7ـمخرج
ـمخرج
8كفهمناخالق
9فظفظ
فظفظ
10
حروف حروفحروف
حروففظحروف
ـمخرجفظحروف
مخرج ميثلميثل فظ
حروفخط11حروف
خط نسخ
حروفنسخ خط
حروف
خط نسخ
حروفحروفخط نسخ
خط نسخ
BAB 4 PENUTUP
PBD merupakan proses berterusan dalam PdPc yang bertujuan untuk melahirkan
murid secara holistik yang menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai ke arah
kemenjadian murid seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Islam JAIS
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Keberkesanan dan kejayaan pelaksanaan PBD adalah hasil daripada komitmen
guru-guru, sokongan dan bimbingan semua pihak yang terlibat iaitu pihak pentadbir
sekolah, UPI Daerah dan BPI JAIS serta ibu bapa.
15
GLOSARI
PBD KSRA : Pentaksiran Bilik Darjah Kurikulum Sekolah Rendah Agama
Autentik : Menilai pengetahuan atau penglibatan pelajar dalam konteks yang
mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat mungkin.
PdPc : Pembelajaran dan Pemudahcaraan
Sumatif : Satu jenis ujian formal untuk mengesan pencapaian dalam sesuatu
tahap persekolahan.
Formatif : Satu jenis ujian formal atau tidak formal untuk mengesan tahap
penguasaan dan kemajuan murid di dalam kelas
Holistik : Bersifat saling berkait antara satu sama lain sebagai suatu sistem
bersepadu yang menyeluruh, bukan sekadar menyentuh aspek-
aspek tertentu sahaja.
Menaakul : Membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal
atau logik.
Autonomi : Hak memerintah atau mengurus sendiri, bebas daripada kuasa
lain.
HSPP : Huraian Sukatan Pelajaran dan Pentaksiran.
16
Tahap
m
PENGHARGAAN
Penasihat
Anas bin Ayob Ketua Penolong Pengarah BPI, JAIS
Pengerusi
Hj. Muhamad Asmadi bin Mustakim Ketua Sektor Pengurusan Akademik
Penyelaras
Hjh. Azlinah binti Paiman Unit Kurikulum BPI JAIS
Noraimie binti Darno Unit Kurikulum BPI JAIS
Mohammad Shihabuddin bin Nor Rodin Unit Kurikulum BPI JAIS
Pembantu Penyelaras
Mohd Zam Zam bin Saroni Unit Kurikulum BPI JAIS
Salamah binti Ismail Unit Kurikulum BPI JAIS
Pereka Grafik
Nor Idayu binti Mohd Yunus Unit Kurikulum BPI JAIS
Sumbangan Idea
Hjh. Siti Fauziah bintu Dollah Hamdani UPI Daerah Sepang
Hasmah binti Abdul Wahab UPI Daerah Kuala Selangor
Ezwan Effendi bin Yusof SRA Sg. Hj. Dorani, Sabak Bernam
Ismail bin Intas Ali SRA Bandar Kinrara 5, Puchong
Muhamad bin Hapaid SRA Bukit Kapar Timur, Klang
Noor Anita binti Sihab @ Abd Rahman SRAI Sungai Chincin, Gombak
Ros Anizah binti Hamzah SRAI Muhammadiah, Sabak Bernam
Mohd Amin bin Mohamed Sapie KAFAI Taman Kemuning, K. Langat
Norul Arbaayah binti Abd Rahman KAFAI Al-Firdaus Kota Kemuning
Mazlina binti Mokhlas SRA Taman Bunga Raya, Rawang
Salma Nora binti Subhi SRA Batu Laut, Kuala Langat
Suzila binti Osman SRA Taman Permata Ulu Klang
Siti Murni binti Saparon SRA Desa Putra, Sepang
Nora Hasina binti Bahron SRA Pekan Jeram, Kuala Selangor
Rosanita binti Naspi SRA Kg. Pasir Baru, Hulu Langat
Tini binti Tulos SRA Kg. Cheras Baru, Hulu Langat
Aslindawati bt Saian SRAI Sungai Manggis, Kuala Langat
Zareah binti Kandam @ Kanda SRAI Salak Tinggi, Sepang
Juliana binti Abdul Kadir SRAI Pekan Beranang, Hulu Langat
Siti Norsiah binti Bawon SRAI Bandar Baru Bangi, H. Langat
Noraziyah binti Kayat SRAI Bandar Baru Kuala Selangor
17
Tahap
m
Turut Menyumbang
Dr. Zetty Nurzuliana binti Rashed Fakulti Pendidikan KUIS
Dr. Mohd Faeez bin Ilias Fakulti Pendidikan KUIS
Mohd Izzuddin bin Mohd Pisol Fakulti Pendidikan KUIS
Mohd Bakhtiar bin Matal Sektor Pendidikan Islam JPNS
Hj. Mohd Don bin Raban Unit Pengurusan Sekolah BPI
Hjh. Siti Noridah binti Tohiron Unit Peperiksaan & Penilaian BPI
Jahidi bin Chamari Unit Peperiksaan & Penilaian BPI
Noraini binti Kasiman UPI Daerah Petaling
Rusidah binti Harun UPI Daerah Gombak
Siti Zaleha binti Taib UPI Daerah Hulu Selangor
Mazainah binti Mohd Roslan UPI Daerah Klang
Sarifah Normah binti Sahalan UPI Daerah Kuala Langat
Siti Mariam binti Asa’at UPI Daerah Hulu Langat
Rosiah binti Asmuni UPI Daerah Sabak Bernam
Semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyumbangkan
idea dan bahan untuk penghasilan Garis Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah
(PBD) Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA) Tahap Satu.
18
SENARAI RUJUKAN
Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah terbitan tahun 2018 yang boleh dimuat
turun dari laman sesawang Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan
Malaysia (http://bpk.moe.gov.my).
Pentaksiran Prasekolah
https://www.slideshare.net
19